contoh karangan bm

download contoh karangan bm

of 151

Transcript of contoh karangan bm

Isnin, April 18, 2005 Petua Penulisan Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah UPSR NOTA: Beberapa isi kandungan di dalam artikel ini telah diubahsuai dan dipermudahkan oleh Cikgu Amiene Rev berdasarkan sumber asal yang diperolehi menerusi: http://members.tripod.com/~skdarau/petua.html PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN ) Lazimnya , dalam ujian penulisan Bahasa Melayu adik-adik dikehendaki menulis dua buah karangan, iaitu soalan satu dan soalan dua. Dalam soalan 1, adik-adik diberi dua tajuk karangan , oleh itu pilihlah salah satu daripada dua tajuk tersebut sama ada soalan 1(a) atau soalan 1(b). Soalan 2 tiada pilihan dan merupakan soalan wajib. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kedua-dua soalan itu ialah satu jam. Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan. Jenis-Jenis Karangan Karangan Berformat: Jenis Surat Kiriman Rasmi Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi Karangan jenis Ucapan Karangan jenis Syarahan Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara Karangan jenis Berita Karangan jenis Catatan Diari Karangan jenis Laporan Karangan jenis Perbahasan Kad Jemputan Jenis-Jenis Karangan Tidak Berformat Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata

Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi Karangan Jenis Fakta / Penerangan Karangan Jenis Perbincangan Karangan Jenis Melengkapkan Cerita Karangan Jenis Autobiografi / Biografi Karangan Jenis Peribahasa

TUJUAN ANDA MENGARANG menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda. menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.

PANDUAN MENGARANG / MENULIS Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang : A. Pengenalan B. Isi-isi dan C. Penutup A. Pengenalan Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.

B. Isi Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda: Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah: Apa? Siapa? Bila? Mengapa? Di mana? Bagaimana?

C. Penutup

Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS 1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah : a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2 Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi. Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat. Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan

Bagaimana hendak memahami kehendak soalan supaya tidak terkeluar daripada tajuk?

Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti contoh-contoh di bawah: CONTOH 1: Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan mengenainya. CONTOH 2: Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

Komen: Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza. Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.

Tips: Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.

b. Menyusun rangka karangan Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin. Susun isi mengikut urutan kepentingannya. Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai. Isi penting jangan diulang-ulang

c. Menulis karangan Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan. Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya. Bahagian-bahagian karangan yang ideal: Perenggan Pendahuluan Perenggan isi pertama dengan contoh berkaitan isi pertama Perenggan isi kedua dengan contoh berkaitan isi kedua Perenggan isi ketiga dengan contoh berkaitan isi ketiga Perenggan isi keempat dengan contoh berkaitan isi keempat Perenggan Penutup Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan. d. Menyemak karangan Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.

Baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.

e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan 4 minit mencari isi 24 minit menulis karangan 2 minit menyemak semula karangan Jumlah = 30 minit Tips Pengurusan Masa: Jika tidak faham soalan satu, cubalah jawab soalan lain Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan. Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.

Tips Menulis Ayat: Ayat biarlah ringkas tetapi padat. Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa. Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan. Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.

Panduan Menulis Dialog: Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik? Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda. Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh:

Contoh Penulisan Dialog Yang Bagus "Kamu baru pulang ?"

"Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.

Contoh Penulisan Dialog Yang Teruk "Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.

PETUA BILA MENULIS KARANGAN Perlu memahami betul-betul kehendak soalan. Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting. Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan. Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup. Bagi karangan meminta fakta, sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelokeloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi. Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

PEMARKAHAN PENULISAN A. Pemberian Markah Soalan 1 = 25 markah Soalan 2 = 25 markah Soalan 1 + Soalan 2 = 50 markah Jumlah keseluruhan = 50 X 2 = 100 markah

1. Penilaian aspek isi ( 10 markah ) Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting:

Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai. Huraian isi perlu jelas dan tepat. Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian dengan isi atau tema yang hendak ditulis. 2 markah x 4 isi yang lengkap = 8 markah 1 markah pendahuluan = 1 markah 1 markah penutup = 1 markah Jumlah markah isi = 10 markah

2. Penilaian aspek Bahasa ( 15 markah ) Aspek bahasa terbahagi a. Perbendaharaan kata = 3 markah b. Struktur ayat = 3 markah c. Imbuhan = 3 markah d. Tanda baca = 3 markah e. Ejaan = 3 markah Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 + 10 = 25 markah untuk satu soalan. Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan baik iaitu pengolahannya menarik dan sangat berkesan. 1 markah diberi untuk satu-satu isi yang pengolahannya kurang menarik. Maksudnya tidak dapat markah penuh. markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah. Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga mempengaruhi markah. Pembahagian markah adalah sama banyak bagi kedua-dua soalan tersebut. Adikadik mesti menjawab kedua-dua soalan untuk lulus dengan gred yang baik. * Peringatan: Karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak melebihi 5 markah daripada 25 markah. Ini bermakna walau baik sekali pun karangan tersebut , jika terpesong, markah tertinggi hanyalah 5 markah sahaja. Isi yang berunsur negatif tidak akan diberi markah. ( ukuran nilai ialah yang berteraskan budaya Melayu / Islam )

Tahukah kamu? Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan isi dan jalinan idea yang baik. Kata aluan dan ucap terima kasih bagi karangan berbentuk surat kiriman dan ucapan adalah dikira sebagai format. Markah tambahan juga mungkin akan diberikan bagi karangan yang bertulisan cantik.

B. Potong Markah: Perkara yang perlu dielakkan semasa menulis karangan. 1. Bilangan perkataan tidak mencukupi: kurang daripada 40 perkataan ( markah penuh tidak melebihi 10 ) 41 hingga 50 patah ( tolak 3 markah ) 51 hingga 60 patah ( tolak 2 markah ) 61 hingga 70 patah ( tolak 1 markah )

2. Bagi setiap satu kesalahan: imbuhan tolak markah tanda baca tolak markah ejaan tolak markah 3. Karangan yang terpesong langsung: markah yang diperolehi tidak melebihi 10 markah 4. Format: salah format tolak 3 markah daripada jumlah markah (markah keseluruhan) yang diperolehi untuk soalan itu.

Contoh pemotongan markah surat kiriman: tiada alamat = tolak 1 tiada nama pengirim = tolak 1 tiada tanda tangan = tolak 1 tiada tarikh tolak = tiada kata panggilan hormat = tolak 1 tiada ucapan terima kasih = tolak 1 Salah letak format = tolak tiada tajuk bagi surat rasmi = tolak

Tahukah kamu ? Kesalahan yang melebihi enam (6) kali bermakna anda tidak mendapat sebarang markah, (0 markah) bagi setiap satu aspek tatabahasa. Tiada potongan bagi kesalahan ejaan yang berulang. Potongan keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa tidak lebih daripada 3 markah.

TANDA MEMERIKSA isi salah guna perkataan _____________________ kesalahan struktur ayat /\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\ kesalahan ejaan / kesalahan ejaan yang berulang // tanda yang tertinggal /

kesalahan imbuhan kesalahan tanda baca O isi yang tidak berkaitan ( )

Tips : Cara membilang perkataan Nama khas yang terdiri daripada beberapa patah perkataan dikira sebagai satu perkataan saja contoh 'Bahasa Melayu Tahun Enam'

BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: Fahami arahan kehendak soalan. Kenal pasti format yang perlu digunakan. Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan. 2. Guna isi yang berlainan: susun isi secara berturutan letak isi mengikut perenggan memberi huraian yang tepat kepada isi. sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni. 3. Penggunaan perkataan yang pelbagai: ada menggunakan perkataan yang terkini elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap penggunaan perkataan teknikal dengan tepat

elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima. 4. Susun ayat dengan kemas: elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek guna ayat yang pendek tetapi lengkap kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik 5. Penggunaan tanda baca pada tempat yang betul: gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya. 6. Dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan: dapat membezakan imbuhan an dan kan guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran / sisipan / apitan ( sekurangkurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis ) 7. Tulis mengikut ejaan yang betul: elak mengikut sebutan dialek / daerah elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan

Tahukah kamu ? Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan. (contoh keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain )

PUNCA-PUNCA PENULISAN KARANGAN MENJADI LEMAH DAN DIPOTONG MARKAH A. Kesalahan memilih tajuk

Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja. B. Kekurangan isi Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan. C. Pembahagian perenggan Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan! D. Tidak merangka karangan Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan. Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ). E. Kesalahan tatabahasa Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat A. Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada calon yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari" dengan "daripada", "bila" dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya. F. Kesuntukan masa Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis.

Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( C ) sahaja. G. Kesalahan lain Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan. Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan. Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan / bahasa Utara / bahasa Jawa / bahasa Bugis / bahasa SMS )

Di bawah ini adalah contoh kesalahan tatabahasa dan pembetulannya.

A. Penggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu Ayat. SALAH: Selepas mandi Yusri bersarapan, selepas itu dia memakai baju, selepas itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal. BETUL: Selepas mandi, Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.

B. Salah Menggunakan Perkataan dari dan daripada SALAH: Kain batik itu datang daripada Terengganu. BETUL: Kain batik itu datang dari Terengganu. Nota Cikgu Amiene Rev: Perkataan 'dari' digunakan untuk tempat.

SALAH: Saya baru terima surat itu dari kakak. BETUL: Saya baru terima surat itu daripada kakak. Nota Cikgu Amiene Rev: Perkataan 'daripada' digunakan untuk orang.

untuk , supaya dan selama SALAH: Jenna Bush pergi ke pasar untuk membeli sayur. BETUL: Jenna Bush pergi ke pasar membeli sayur. SALAH: Steve McNair menjerit untuk meminta tolong. BETUL: Steve McNair menjerit meminta tolong. SALAH: Rihanna bercita-cita untuk menjadi doktor. BETUL: Rihanna bercita-cita hendak menjadi doktor. SALAH: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam ujian. BETUL: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam ujian. SALAH: Kami akan tinggal untuk dua minggu. BETUL: Kami akan tinggal selamadua minggu. SALAH: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuksatu jam. BETUL: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam.

adalah dan ialah BETUL: Adalahdengan hormatnya dimaklumkan . SALAH: Denganhormatnya dimaklumkan . BETUL: Tuduhan itu adalah fitnah belaka. SALAH: Tuduhan itu fitnah belaka. SALAH: Keperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian. BETUL: Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.

bila dan apabila SALAH: Zainal pun bangun bila namanya dipanggil.

BETUL: Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil. SALAH: Bila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu. BETUL: Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.

ramai, banyak, semua dan para SALAH: Ramai murid-murid menonton pertandingan bola sepak itu. BETUL: Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu. SALAH: Banyak pakaian-pakaian terpakai dijual oleh Ali. BETUL: Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali. SALAH: Semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan. BETUL: Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan. SALAH: Para-para jemputan dipersilakan masuk ke dewan. BETUL: Para jemputan dipersilakan masuk ke dewan. SALAH: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah-hadiah pemenang-pemenang. BETUL: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah pemenangpemenang. yang dan bahawa SALAH: Hasri memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke sekolah. BETUL: Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah. SALAH: Mereka memberitahu yang tindakan itu tidak adil. BETUL: Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.

kata ganti nama SALAH: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini. BETUL: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini.

SALAH: Entah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung. BETUL: Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.

kata ganti "dia" dan "ia" Nota : kata ganti "dia" ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja. Kata ganti nama "ia" ialah untuk binatang, benda, pokok masalah dan sebagainya. SALAH: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga dengan rapi oleh Sani. BETUL: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Ia dijaga dengan rapi oleh Sani. SALAH: Perut Rosli memulas. Ia memulas sejak malam tadi lagi. BETUL: Perut Rosli memulas sejak malam tadi lagi.

apa, mana dan bagaimana SALAH: Baju apa yang kamu pakai ? BETUL: Baju mana yang kamu pakai ? SALAH: Mana katanya betul belaka. BETUL: Apa katanya betul belaka. SALAH: Apa pendapat tuan mengenai soal itu ? BETUL: Bagaimana pendapat tuan mengenai soal itu ?

penjodoh bilangan SALAH: Ibunya seorangyang baik hati. BETUL: Ibunya baik hati. SALAH: Amran pulang ke rumah dengan sebuah bas sekolah. BETUL: Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah.

Pada dan kepada SALAH: Beri surat ini pada Hasrul. BETUL: Beri surat ini kepada Hasrul. Nota Cikgu Amiene Rev: Gunakan perkataan 'kepada' untuk orang.

Di dan pada SALAH: Di masa rehat saya ke kantin. BETUL: Pada masa rehat saya ke kantin. Nota Cikgu Amiene Rev: Perkataan 'pada' mewakili masa.

C. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit) SALAH: Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar. BETUL: Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar. SALAH: Semua kuih di atas meja itu telah dimakan oleh saya. BETUL: Semua kuih di atas meja itu telah saya makan. SALAH: Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah BETUL: Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke sekolah. SALAH: Mamat kelihatan muram ibunya meninggal dunia BETUL: Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal dunia. SALAH: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai selama-lamanya. BETUL: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila. SALAH: Apakah nama kamu? BETUL: Siapakah nama kamu?

D. Tanda baca Menggunakan tanda baca pada tempat yang salah

SALAH: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik, gitar, piano dan, dram. BETUL: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik; gitar, piano, dan dram.

tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul SALAH: Jangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak, jerit polis kepada perompak itu. BETUL: "Jangan bergerak! Kalau bergerak kamu akan ditembak," jerit polis kepada perompak itu.

Penggunaan huruf kecil / besar tidak pada tempat SALAH: Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harian itu? BETUL: Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan anjuran Berita Harian itu? SALAH: Jarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5 Kilometer. BETUL: Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5 kilometer.

E. Imbuhan Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan "di" dan "ke" SALAH: Masukkan buku ini didalam beg. BETUL: Masukkan buku ini ke dalam beg. SALAH: Semua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke dewan. BETUL: Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke dewan.

Tidak dapat membezakan imbuhan "an dan "kan"

SALAH: Masakkan ibu sungguh lazat. BETUL: Masakan ibu sungguh lazat. SALAH: Masukan buku ini ke dalam almari. BETUL: Masukkan buku ini ke dalam almari.

Lain-lain kesalahan SALAH: Kejayaan Najib membanggakan dan mengembirakan ibu bapanya. BETUL: Kejayaan Najib membangga dan menggembirakan ibu bapanya. SALAH: Pasar Besar Jertih mempunyai tempat meletak kereta yang menyelesa. BETUL: Pasar Besar Jertih mempunyai tempat letak kereta yang selesa. Ditulis oleh Amiene Rev pada 7:14 PM Label: Bahasa, Karangan dan Esei, Kesalahan Bahasa Comments (6)

Echo 6 Items Admi n

Log In Follow Moderation General Settings Admin Notices Get this for your site Echo Blog Echo on Twitter

Log In Help

navina Terima kasih.. folio saya sudah siap. Monday, June 16, 2008, 6:32:21 PM Flag Like Reply Delete Edit Moderate Liked by

Guest

husna terima kasih banyak2. ruangan ini banyak membantu. -----------------------------------------------o Maklum balas Amiene Rev: Sama-sama. Thursday, June 19, 2008, 11:27:40 PM Flag Like Reply Delete Edit Moderate Liked by

Guest

amirah ade x contoh karangan peribahasa untuk pelajar pmr?? ----------------------------------------------o Maklum balas Amiene Rev: Karangan peribahasa memerlukan kefahaman adik mengenai maksud atau mesej yang disampaikanb oleh peribahasa tersebut. Wednesday, August 20, 2008, 3:12:47 PM Flag Like Reply Delete Edit Moderate Liked by

Guest

ZULKIFLLY cuba bagi petua untuk penulisan format baru. 3 bhg, memindahkan maklumat, menulis karangan , dan mencari nilai murni. Thursday, September 04, 2008, 7:59:58 AM

Flag Like Reply Delete Edit Moderate

norlela Hai... Blog ni nampaknya berguna utk saya, Saya terpaksa belajar semula, untuk menjadi guru pada anak-anak yang sedang membesar ni. Terima Kasih Friday, January 30, 2009, 1:50:39 PM Flag Like Reply Delete Edit Moderate

farah izzati blog anda telah mmbatu saya dalam mnyiapkan asgnmnet..terima kasih Saturday, September 12, 2009, 6:35:19 PM Flag Like Reply Delete Edit Moderate Liked by

mohd apiez

Social Networking by Echo

Leave a comment @Controls

Use my avatar from...

No avatar

My computer Top of Formhttp%3A%2F%2F

Bottom of Form

My Google Profile

My Twitter Account

My FriendFeed Account

Use my avatar from...

My Yahoo! Account

Gravatar email

Login Login with:

My Google Profile My Twitter Account My FriendFeed Account My Yahoo! Account My Blogger Account My JS-Kit Account My Haloscan Account My OpenID My Websites: My Site (click to edit)My Site (cli

Your name

Share Share with:

This Page My Google Friends My Twitter Followers My FriendFeed Followers My Yahoo! Friends This Page

W

Add images

FollowCancel Post

Comments | Trackback Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama Langgan: Comment Feed (RSS) Iklan Nuffnang 336 - Terima Kasih Kepada Penaja

CLICK Iklan Di Atas Untuk Informasi Tambahan

Cari Lebih Tepat Apa Yang Anda Mahu Cari Di Blog Ini Top of Formpartner-pub-8240 ISO-8859-1 Search

Bottom of Form

Custom Search

Iklan Nuffnang 160

My Facebook Amiene Rev

Amiene Rev Facebook

RAHSIA PROTON EXORA LAGI

Do you truly know the truth about MPVs? #allaboutexora

CERITA SENI HIBURAN

Help our very own homegrown boys achieve their dreams by voting for Rosevelt to score an opening spot for Incubus' concert. #rosevelt4incubus

FREE DELIVERY WITHIN KL & PJ.

Just a click away and you can win cash prizes up to RM 75,000! #BeritaHarian

Malay In Google

Perjuangan ini selesai. Kini, sudah ada Bahasa Melayu dalam Language Tools.

ChurpChurp

TOP UP HP!

Lo and behold! With Hotlink prepaid data roaming, #nowyoucan be online ANYWHERE!

RUMAH ANAK YATIM

MISSING CHILD

MISSING CHILDREN

Foto Adik Sharlinie

FREE E-ZINE

Blog Designer

Hakcipta Terpelihara

Copyright 2006++ Amiene Rev. Template & Design by Amiene Rev

Visit Kelantan!

Sejarah Jalur Gemilang Bendera Malaysia Jalur Gemilang dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah yang ketika itu berusia 29 tahun dan merupakan seorang arkitek di JKR (Jabatan Kerja Raya) di Johor Bahru, Johor. Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950. Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.

Tokoh: Hassan Al Banna Pada 12 Februari 1949, Hassan Al Banna telah meninggal dunia, iaitu dua hari sebelum Hari Memperingati Valentinus. Maka, adalah wajar jika kita memperingati pemergian tokoh terbilang Islam ini, pada setiap 12 Februari, bagi setiap tahun.

Technorati

Add Me Tool Add Me! - Search Engine Optimization

CLUSTER MAP

Geng Jurnal

Yusof Family's Official Blog New site with lots of updates - Wednesday, February 18, 2009 - Halimahton Ten tips to improve your teaching - Wednesday, May 21, 2008 - Halimahton What can you do for your kids education? - Friday, May 16, 2008 - Halimahton Testing - Tuesday, May 13, 2008 - Iskander Getting kids to enjoy learning - Wednesday, April 30, 2008 - Halimahton

OMG Posters! Captain America Posters by Tyler Stout and Olly Moss (Onsale Info) - Friday, July 22, 2011

Letting Go Art Print by Matt Dangler - Friday, July 22, 2011 The New Popshot Magazine Print Shop - Friday, July 22, 2011 Cirque Du Soleil Zarkana Poster by Ron English - Friday, July 22, 2011 Two New Concert Posters by Ken Taylor (Onsale Info) - Thursday, July 21, 2011

concept ships Concept spaceships by Liviu Tudoran - Saturday, July 23, 2011 Concept ships by Tim Murray - Friday, July 22, 2011 I'm friggin 40! - Wednesday, July 20, 2011 Concept ship art by Michel Rousseau - Wednesday, July 20, 2011 SDF-1 Macross art on Conceptships - Friday, July 15, 2011

concept robots Concept robot by Liviu Tudoran - Saturday, July 23, 2011 ROOK mech walker concept by Michael Herm - Thursday, June 30, 2011 Concept robots by Nikolay Yeliseyev - Saturday, June 25, 2011 Robot concept by Ross Burt - Thursday, June 16, 2011 Robotic animal concept by Marco Kunardi - Saturday, June 11, 2011

Artistic Anatomy Various works by Israel Martinez - Thursday, August 14, 2008 John Watkiss Solo Exhibition - Friday, August 01, 2008 Various works by Victor Wang - Thursday, July 31, 2008 Various works by John Watkiss - Tuesday, July 29, 2008 Various works by Sir Lawrence Alma-Tadema - Monday, July 28, 2008

RSS FEED atom| feedburner| rss

Apa Kata Mereka?

HuffingtonPost America's Best Outdoor Movie Theaters - The hush that falls over those gathered at Hollywood Forever Cemetery isn't just a sign of respect for the dead. On select evenings, it signals that a bl... 11 min yang lalu

Mashable! Buyer Beware: BBB Highlights Top 10 Online Scams [INFOGRAPHIC] - Who would know better about how to deal with online scams and swindles than the Better Business Bureau (BBB)? When people are ripped off, the tr 46 min yang lalu

The Official Google Blog Google Apps highlights 7/22/2011 - *This is part of a regular series of Google Apps updates that we post every couple of weeks. Look for the label Google Apps highlights" and subscribe to t... 17 beberapa jam yang laluhttp://anw aribrah

Anwar Ibrahim

Isu Scorpene : Peguam Perancis Dihantar Pulang Tanpa Sebab - Dari http://www.tvsnews.net/ Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, akan dihantar pulang ke negarany... 1 hari yang lalu

Colour Lover Seamless Studio for Mac/PC ~ Pattern Power! - What we love more than anything is helping people share their ideas & inspirations. A couple years ago we added the ability for members to color in 100 pre... 2 beberapa hari yang lalu

TONTONFILEM Latah, Belon Putih dan Imejan Islam 3 beberapa hari yang lalu

Writerswrite.com's Writer's Blog F&W Media Buys The Writers Store - F+W Media, Inc. has announced the purchase of The Write Store, a reseller of third-party writing and filmmaking tools. The Write Store has a store in Burba... 3 beberapa hari yang lalu

Isu dan Berita Hangat Liverpool vs Malaysia MATCH SCHEDULE: - MATCH SCHEDULE: Date/Time: Jul 16, 2011, 5:30am Competition: Friendly Live/Repeat: Live Liverpool will face Malaysia XI July 16, 2011, on Friday. Liverpool... 4 beberapa hari yang lalu

Celebrity Blogsphere

Google Buys G.Co Domain - [image: Google Logo]TechCrunch reports that Google has purchased the g.codomain. Google will used it as a shortcut for Google products and services. The g.c... 4 beberapa hari yang lalu

Resepi Petua Cerita Berita Laluan Alternatif ke Petua Cerita Berita - Our Blog Has Moved To: http://petuaceritaberita.blogspot.com/ 6 beberapa blan yang lalu

SELAMBAKODOK'S HOUSE Raja lawak 5 - Raja lawak kembali lagi dan saya rasa ini akan menjadi antara musim raja lawak yg terbaik pernah kita tengok! Tapi ada berberapa benda yg agak menyentuh ha... 6 beberapa blan yang laluhttp://w w w .kany

Kanye's Blog BALMAIN Distressed sequined cotton top - Click HERE to leave a comment 10 beberapa blan yang lalu

Peluang Pekerjaan Unit Trust Consultant - Part time/Full time - Unit Trust Consultant - Part time/Full time (*10 vacancies*) Unit Trust Consultants Urgently Required. Full time/Part time. Min. Qualification : Diplo... 1 tahun yang lalu

Grup Karyawan Luar Negara

Telah berpindah! - Kami telah berpindah ke HTTP://KARYAWANLUARNEGARA.COM HTTP://KARYAWANLUARNEGARA.COM HTTP://KARYAWANLUARNEGARA.COM HTTP://KARYAWANLUARNEGARA.COM HTTP://KARYA... 1 tahun yang lalu

Yasmin Ahmad A song of longing I'm hoping to use for the ending in Wasurenagusa. 2 beberapa tahun laluhttp://bigb.bigadd

Amitabh Bachchan DAY 356(i) - Prateeksha, Mumbai April 15, 2009 Wed 11:08 PM Trusting in God will not ma... 2 beberapa tahun laluhttp://test.chedet.

Tun Dr. Mahathir Statement on the Israeli Invasion of Gaza - The Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War is shocked and angered over the Israeli invasion of Gaza since Saturday 27 December 2008. Our hearts go to the... 2 beberapa tahun lalu

Pandangan Terhormat zamlina: syahdu menatap titipan cikgu dalam blog..tersentuh hati saya membacanya. Begitu besar tugas seorang ...

Twitter

Join the conversation

PLAN INTERNET HEBAT

Get #P14G ONE Plan with 2 modems for the best broadband experience at indoor and outdoor! And save up to RM290!

BEAUTIFUL BODY TIPS

Try out #HotlinkIChannels Top Up Adventure game & stand a chance to win an iPad 2 or an iPod Nano!

ANUGERAH PENGGUNA DIGI

Have you seen the new edgy Vios G Limited and TRD Sportivo? Dont miss it at the #ToyotaRoadshow http://www.toyota.com.my/vios/roadshow.dot

RAHSIA PROTON EXORA MANTAP

Think you know all about Proton Exora? Well, let us tell you what you don't know! #allaboutexora

HONDA TERHEBAT! MILIK SIAPA?

It's time we need to shower some love to our tummy and you can do so by taking up the #nestlebliss challenge!

TANYA SAMA AMIENE REV

BLOGGER CONTRACTS Sukacita dimaklumkan bahawa kontrak penulisan DUKE AMIENE REV sudah mencapai kuota yang dikehendaki. Tawaran kini ditutup.

DUKE AMIENE REV LOGO

DUKE AMIENE REV LOGO

Profil Blogger

Lihat profil lengkap saya

MISSING PERSON

ABAR: Anugerah Blogger Amiene Rev

Ulasan ABAR 2008

E-ZINE AMIENE REV 01

E-ZINE AMIENE REV 02

Hikayat Amiene Rev

Forum Dragonizer

Arkib Blog 2011 (288) Julai 2011 (22) PERTANDINGAN AKHIR PIDATO 1 MALAYSIA Haqqul Yakin PROGRAM KECERIAAN BULAN KEMERDEKAAN 2011 - 16 JULA... Senarai Badan Islam Yang Diiktiraf JAKIM 2011 Rakyat Malaysia Utamakan Harga Murah Harga pulau diturunkan dari RM6 juta kepada RM456,... Petua Kempiskan Perut - Rahsia Six Pack Cicak Tokek Haram Dimakan

Tiada Kopitiam Halal Di Selangor JAKIM Semakan Nama Calon Latihan Khidmat Negara PLKN 201... PENGHAYATAN RAMADHAN MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A... PERHIMPUNAN BERSIH - Senarai Jalan Ditutup Bersih 2.0 - Perhimpunan Bersih Malaysia 2011 Contoh Surat Kiriman Rasmi - Surat Permohonan Contoh Surat Kiriman Rasmi Surat Aduan Contoh Karangan Surat Rasmi Jenis-jenis Lelongan Yang Menguntungkan Musim Bulan Terang Punca Harga Ikan Naik Program Motivasi Alihan Pelajar - Mendisiplinkan a... Kenaikan Gaji Pekerja Berkemahiran 15-20 Peratus Motosikal Terbang Pertama Di Dunia - Flying Bike SURUHANJAYA PILIHAN RAYA - FAKTA-FAKTA Jun 2011 (45) 1 Julai 2011 - Peraturan Pelabelan Sayur dan Buah... Cukai Telefon Mudah Alih Prabayar - Prepaid Tax Celcom Instanet - Perkhidmatan Jalur Lebar Termura... Harga Ayam Naik RM1 Sekilo - Harga Ikan Turut Naik... Punca Kemalangan Jalan Raya Senarai Harga Barangan Jatuh Laman Web KDPNKK SEPAH Juara Maharajalawak Naib Juara JOZAN Petrol RON 97 turun 10 sen - Kini RM2.80 seliter Taktik Penggodaman Dalam Jangkaan - Strategi Meman... Laman Web Malaysia Digodam Diserang Hackers WWW SCAMMER ALERT INFO Laman Web Khusus Senarai Sc...

Temubual dengan Anonymous Hacker, Malaysia Sasaran... Kejatuhan Facebook Semakin Disedari Hacker Ancam Serang 10 Laman Web Kerajaan 3.30 pag... PEKIDA - Datuk Yusof Haslam - Filem KL Gangster - ... Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules Movie Synopsis... X-MEN First Class Synopsis Poster Kisah Hantu Budak Sesat Cari Emak di Lebuh Raya Ka... Puntianak Hempap But Kereta di Lebuh Raya Karak ULASAN KL GANGSTER - ADA NILAI KEMANUSIAAN DAN PEN... Video Maharaja Lawak Kumpulan Sepah Minggu 11 - Ra... Video Maharaja Lawak Jozan Minggu Ke 11 - Lawak Pr... Video JOZAN Maharaja Lawak Minggu Ke 11 TERBAIK! Maharaja Lawak Minggu ke 11 - Nabil, Jambu dan R2 ... Apa Nak Buat Masa Cuti Hujung Minggu Ini? Punca Bosan - Kalau Bosan Nak Buat Apa? Sejarah Melayu - The Malay Annals (1948 Pindaan Da... Green Lantern Movie Synopsis Movie Poster 2011 Mei 2011 (53) April 2011 (49) Mac 2011 (34) Februari 2011 (23) Januari 2011 (62) 2010 (256) Disember 2010 (50) November 2010 (45) Oktober 2010 (45)

September 2010 (22) Ogos 2010 (22) Julai 2010 (2) Jun 2010 (14) Mei 2010 (21) April 2010 (5) Mac 2010 (10) Februari 2010 (6) Januari 2010 (14) 2009 (326) Disember 2009 (49) November 2009 (26) Oktober 2009 (42) September 2009 (48) Ogos 2009 (26) Julai 2009 (15) Jun 2009 (11) Mei 2009 (1) April 2009 (4) Mac 2009 (34) Februari 2009 (30) Januari 2009 (40) 2008 (395) Disember 2008 (48) November 2008 (27) Oktober 2008 (25)

September 2008 (104) Ogos 2008 (27) Julai 2008 (34) Jun 2008 (27) Mei 2008 (26) April 2008 (30) Mac 2008 (28) Februari 2008 (10) Januari 2008 (9) 2007 (302) Disember 2007 (15) November 2007 (2) Oktober 2007 (35) September 2007 (34) Ogos 2007 (53) Julai 2007 (23) Jun 2007 (12) Mei 2007 (15) April 2007 (46) Mac 2007 (20) Februari 2007 (28) Januari 2007 (19) 2006 (187) Disember 2006 (31) November 2006 (41) Oktober 2006 (37)

September 2006 (13) Ogos 2006 (46) Jun 2006 (5) Mei 2006 (14) 2005 (60) September 2005 (12) Julai 2005 (1) Jun 2005 (1) Mei 2005 (1) April 2005 (7) Soal Jawab Agama - Orgasme Tanpa Bersetubuh Soal Jawab Agama - Hukum Oral Seks dan Air Mazi Soal Jawab Agama - Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut ... Soal Jawab Agama - Hukum Melancap Atau Onani Muat Turun Lagu Secara Halal - The Safe and Legal ... Petua Penulisan Karangan Bahasa Melayu Sekolah Ren... Soal Jawab Agama - Seks Dalam Keadaan Berbogel Februari 2005 (38)

Kod Pengkritik Blog

Letakkan kod ini ke dalam blog anda: