Contoh Karangan PMR

download Contoh Karangan PMR

of 24

description

Contoh Karangan Bahasa Melayu PMR

Transcript of Contoh Karangan PMR

Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi

SoalanAnda dan keluarga telah berpindah ke tempat lain. Tuliskan surat kepada kawan anda untuk menceritakan keadaan di tempat itu.

Kampung Tambunan,

93200 Kuching.

8 April 2011.

Ke pesisiran sahabatku Nizam, yang tinggal di bandar Dungun, dengan selamatnya.

Saudara,

Sudah lama saya tidak mendengar khabar daripada saudara. Mungkin saudara sibuk, maklumlah peperiksaan pun kian hampir. Sya berdoa agar saudara berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudara bahawa saya telah berpindah ke tempat baharu. Tempat baharu ini letaknya kira-kira 40 kilometer dari bandar Kuching.

Saya terpaksa pindah kerana ayah saya pun pencen dan tidak lagi menduduki rumah kerajaan. Dengan menggunakan wang ganjaran, ayah saya membeli sebidang tanah dan mendirikan sebuah rumah di atas tanah itu.

Terdapat lima puluh keluarga di tempat baharu ini. Pada mulanya, agak sukar untuk kami menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat baharu itu. Tambahan pula, jirang-jiran kami terdiri daripada berbilang kaum. Namun hal itu dapat kami atasi. Rupa-rupanya mereka jiran yang baik dan mudah mesra.

Kami bernasib baik kerana di hadapan rumah kami terdapat sebatang jalan raya. Di tepi jalan itu ayah mendirikan sebuah gerai. Kami menjual pelbagai jenis buah-buahan. Kadang-kadang saya membantu ayah saya menjual buah-buahan yang dibekalkan oleh pemborong di gerai tersebut.

Saya berharap agar saudara membalas surat saya. Tentu banyak berita yang dapat saudara ceritakan. Saya menantikan ketibaan warkah saudara.

Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya.Sahabatmu,

Khairul Amin

[cr: http://aminredzwan.blogspot.com]

Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi

SoalanAndaikan anda setiausaha Jawatankuasa Sosial kampung anda. Tuliskan surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengadu masalah sampah sarap yang tidak dipungut di kawasan anda.

No. 12, Jalan Dahlia,Taman Dahlia,68100 Ampang.

Pihak Berkuasa Majlis Bandaraya Ampang,Jalan Pegawai,68100 Ampang,

SELANGOR DARUL EHSAN. 25 JUN 2013

Tuan,

Masalah Sampah Sarap di Taman Dahlia

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya, bagi pihak penduduk Taman Dahlia, Ampang, ingin mengadukan masalah sampah sarap di taman ini.

2.Sejak dua minggu lalu, sampah sarap di kawasa taman ini tidak dipungut oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak tuan. Duah buah tong sampah besardi taman ini sudah sarat dengan sampah. Oleh sebab itu, penduduk taman ini terpaksa membuang sampah di sekeliling tong-tong sampah itu. Akibatnya, sampah sarap bertaburan di kawasan itu dan mencacatkan pemandangan penduduk. Setiap hari, terdapat anjing, kucing, tikus yang berkeliaran di kawasan sampah sarap itu untuk mencari makanan. Lalat pula tidak terkira banyaknya.

3.Sampah sarap itu mengeluarkan bau yang busuk dan tengik. Bau busuk ini menggangu penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan sampah sarap itu. Sekiranya angin bertiup dengan kuat, bau busuk itu dapat dihidu sehingga 200 meter jauhnya. Kami bimbang keadaan itu menjejaskan kesihatan penduduk taman ini.

4.Kami telah menghubungi kontraktor yang berkenaan sebanyak dua kali, tetapi sehingga sekarang tiada tindakan yang diambil olehnya. Kami sungguh kecewa dengan sikap yang tidak bertanggungjawab kontraktor tersebut.

5.Kami berharap agar tuan akan mengambil tindakan segera unttuk mengatasi masalah sampah sarap di taman kami.

Yang benar,

KHAIRUL AMIN

(MOHD KHAIRUL AMIN)Wakil Penduduk Taman Dahlia

[cr: http://aminredzwan.blogspot.com]

Contoh karangan berformat : Laporan

Laporan Lawatan Kelas 5 Disiplin ke Pameran Kerjayadi Persada Johor, Johor Bahru.

Pada 20 Jun 2012 yang lalu, kelas 5 Disiplin telah mendapat peluang keemasan yang tidak boleh disia-siakan dalam hidup. Pada tarikh bahagia tersebut, kelas 5 Disiplin telah diberi peluang oleh pihak sekolah untuk menghadiri Pameran Kerjaya di Persada Johor, Johor Bahru. Peluang yang diberikan ini telah membuatkan setiap pelajar tidak sabar-sabar lagi untuk menimba ilmu pengetahuan daripada lawatan sambil belajar ini. Seramai 40 orang telah terlibat dan dua orang guru pengiring telah mengiringi kami iaitu Puan Najidah dan Cik Nalini Madavan.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang peluang-peluang kerjaya yang sesuai selepas tamat alam persekolahan. Pameran ini telah mendapat tajaan daripada beberapa syarikat korporat seperti Syarikat Buku Ali Sdn. Bhd. dan Syarikat Air Johor. Program ini juga bertujuan untuk memberi maklumat yang terperinci tentang bidang pekerjaan yang terdapat di Malaysia di samping memberikan motivasi kepada para pelajar supaya dapat bersaing dalam arus pembangunan negara. Melalui perkara ini, kami sentiasa berharap supaya setiap peserta akan mendapat manfaatnya.

Perjalanan kami dengan menaiki bas yang ditaja oleh Syarikat Bas Mayang Sari telah melalui jalan raya yang sibuk. Namun, kami telah tiba di lokasi tepat pada waktunya iaitu pada pukul 8.30 pagi. Disiplin pelajar yang mantarp telah memudahkan guru pengiring untuk membawa kami. Setiap pelajar beratur dengan tertib dan sentiasa peka akan arahan guru pengiring. Guru pengiring telah membawa kami ke meja pendaftaran lalu disambut dengan tangan terbuka oleh petugas pameran tersebut. Hati gembira tidak terkata apabila kami dihadiahkan buku catatan dan sebatang pen oleh pihak penganjur supaya memudahkan kami mencatat maklumat yang berguna untuk dikongsi bersama-sama kawan-kawan di sekolah. Setelah mendaftar, Pegawai Perhubungan Awam Persada Johor iaitu Encik Roslan bin Kaliwon telah menyampaikan taklimat ringkas tentang perjalanan kami dalam program ini secara jelas dan terperinci. Sebaik sahaja taklimat selesai, kami telah dibawa oleh petugas ke ruang pameran yang berlangsung di dewan Sri Cempaka.

Guru pengiring telah membawa kami melawat ke tapak pameran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Ketika di tapak pameran ini, kami telah mengetahui dengan lebih jelas tentang bidang-bidang yang ditawarkan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) selepas tamat Tingkatan 5. Kami mendapat maklumat bahawa kos pengajian di IPTA lebih murah berbanding kos pengajian di universiti swasta. Kaunselor yang bertugas juga telah memaklumkan kepada kami bahawa univeristi awam di Malaysia sudah setanding dengan universiti bertaraf antarabangsa. Hal ini demikian kerana banyak universiti di Malaysia telah diiktiraf sebagai universiti penyelidikan contohnya Unversiti Teknologi Malaysia, Univeristi Putra Malaysia dan Universiti Malaya. Kajian-kajian profesor tempatan seperti penciptaan alat pengesan bahan pengawet di dalam makanan juga telah berjaya dicipta. Dalam bidang bahasa pula, hampir seribu orang penuntut asing berkunjung ke univeristi tempatan untuk mempelajari bahasa ibunda kita yang tercinta iaitu Bahasa Melayu. Oleh itu, jelaslah bahawa univeristi awam tempatan sudah setaraf dengan universiti antarabangsa dan kami berharap supaya dapat melangkah kaki ke menara gading pada masa hadapan.

Selain itu, kami juga telah melawat pameran Angkatan Tentera diRaja Malaysia yang sangat menarik hati. Kami tertarik hati untuk berkunjung ke sini kerana melihat senjata canggih dan kereta kebal yang diletakkan di luar tapak pameran. Kami telah melihat gambar-gambar pasukan tentera Malaysia yang bertugas ketika berada di perbatasan untuk mengawal negara. Kami sedar bahawa tugas sebagai anggota tentera sangat berat kerana ketika kita dibuai mimpi yang indah, mereka bersengkang mata, mempertaruhkan nyawa menjaga keselamatan negara. Dalam pameran ini, kami telah diberi pendedahan tentang tugas sebenar anggota tentera yang bukan sahaja bertugas mempertahankan negara di udara, darat dan laut malah meliputi berbagai-bagai aspek. Contoh yang dapat dikongsi bersama-sama di sini ialah tugas mekanik tentera yang sentiasa menyelenggara kenderaan tempur supaya selamat digunakan ketika menjalankan tugas. Kami juga mendapat tahu bahawa bidang kulinari dalam Angkatan Tentera Malaysia juga sangat penting supaya dapat memastikan tentera negara sentiasa sihat dan cergas untuk menjalankan aktiviti lasak. Melalui lawatan di kios pameran Angkatan Tentera Malaysia ini, jelaslah bahawa tugas anggota tentera itu bukan sahaja mempertahankan negara malahan meliputi banyak lapangan tugas yang berbeza dan mencabar. Kami sempat berada di ruang pameran ini selama sejam dan masih banyak lagi tapak pameran yang belum dilawat. Namun, guru pengiring telah mengumpulkan kami untuk bertolak ke sekolah kerana kesuntukan masa. Guru pengiring telah mencadangkan supaya kami melawat lagi pameran ini bersama-sama keluarga tersayang pada hujung minggu. Sepanjang lawatan ini, kami berasa sangat bertuah kerana telah meneroka lautan pekerjaan yang terhidang di Malaysia dan kami juga telah menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mengejar cita-cita. Sesungguhnya, lawatan seperti ini sangat bermakna dan kami berharap agar pihak sekolah akan memberi peluang kepada setiap pelajar untuk merasai nikmatnya.

Disediakan oleh, 28 Jun 2012

.....................................(NEELOFA A/P ALI)Setiausaha,Kelas 5 Disiplin,SMK Sultanah Engku Tun Aminah,Johor Bahru.

[cr: http://bmseta.blogspot.com]

CONTOH KARANGAN KEPERIHALANNGAPERIHALANSOALAN: Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang.Anda berada di stesen bas untuk pulang ke kampung.Perihalkan suasana di stesen bas tersebut.

JAWAPAN: Beberapa hari lagi lebaran akan menjelang.Sama seperti muslim yang lain,aku tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung juga.Sudah menjadi tradisi,penghuni kota akan pulang menyambut hari raya di kampung.Pada waktu perayaan utamalah,perut kota kian lengang. Aku tiba di Hentian Puduraya pada pukul 12.00 tengah hari.Suasana pada waktu ini begitu sibuk.Rata-rata,kurasakan bahawa masing-masing mempunyai tujuan yang sama sepertiku.Aku sempat menjeling ke kaunter tiket.Masih banyak orang yang beratur panjang untuk membeli tiket.Aku berasa lega kerana telah membeli tiket awal-awal lagi sebelum bulan puasa yang lalu. Sementara menanti bas tiba,aku duduk di bangku yang disediakan.Aku ralit melihat gelagat manusia yang pelbagai ragam.Kebanyakannya membawa beg besar.Ada ibu bapayang memimpin atau mendukung anak masing-masing.Aku berasa kasihan melihat anak kecil yang menangis sambil dipujuk oleh ibunya.Mungkin keadaan hentian yang panas dan sesak menyebabkan kanak-kanak itu berasa kurang selesa. Keadaan di hentian ini umpama pasar borong pada waktu ini.Suara orang berbual,suara wanita yang mengumumkan jadual ketibaan bas di platform dan bunyi bising enjin serta hon bas yang bercampur-baur membingitkan keadaan.Sungguhpun demikian,kegembiraan jelas terpancar pada wajah masing-masing meskipun mimik wajah mereka membayangkan keletihan. Begitu cepat masa berlalu dan jarum masa sudah menunjukkan angka 2.30 petang.Aku menuju ke Platform 9 sambil menjinjing satu beg besar dan satu beg sandang.Bas ke utara yang kutunggu masih belum tiba.Sungguhpun masih ada setengah jam lagi,tetapi penumpang yang menungu di platform itu sudah banyak.Nafasku sedikit sesak dek asap kenderaan yang berkepul-kepul. Akhirnya bas yang kunantikan-nantikan pun tiba.Aku mendahulukan ibu-ibu yang membawa anak kecil naik untuk mendapatkan tempat duduk.Kaum bapa sibuk menyimpan beg-beg di dalam perut bas.Aku turut berbuat demikian.Setelah bas dipenuhi penumpang,barulah bas itu meninggalkan hentian.Terbayang di ruang mataku,wajah insan-insan yang kurindui menyambutku di kampung.

[cr: http://saifuladli106.blogspot.com]

Contoh Karangan Peribahasa

PERIBAHASA : Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Pada cuti sekolah yang lalu, aku telah pulang ke kampung di Negeri Sembilan bersama-sama keluarga. Sebaik tiba di kampung, aku mula berpakat dengan sepupu-sepupuku, Atan dan Usap untuk memancing ikan di Sungai Jelai.

"Jangan main sungai. Bahaya. Hujan lebat semalam. Arus sungai deras," pesan nenekku.

Bagaimanapun ketika ibu dan ayah berbual dengan nenek di dapur, aku, Atan dan Usop meneruskan rancangan kami memancing di sungai itu. Setelah beberapa minit mencampakkan mata kail ke dalam sungai, Atan dapat memancing seekor ikan yang besar. Atan berasa sangat gembira. Setelah memasang mata kail yang baharu pada jorannya, Atan mencampakkan pancingnya kembali ke dalam sungai.

Tiba-tiba Atan tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Atan menjerit meminta tolong. Aku dan Usop cuba mencapai tangannya tetapi gagal kerana arus sungai agak deras. Aku lihat Atan cuba berenang untuk menyelamatkan diri tetapi terus dibawa arus. Tangannya terkapai-kapai dalam air.

Aku menjerit meminta tolong. Usop pula berlari pulang untuk memberitahu penduduk kampung. Tidak lama kemudian, penduduk kampung datang bersama-sama ibu dan ayah kami. Beberapa orang penduduk berenang ke dalam sungai untuk mencari Atan, tetapi gagal. Aku dan Usop menangis teresak-esak. Lebih kurang tiga jam kemudian, anggota bomba dan penyelamat yang datang menemui mayat Atan tersangkut pada akar pokok. Mayatnya kemudian dibawa ke hospital.

Aku amat menyesal kerana tidak mendengar nasihat nenekku. Bagaimanapun, penyesalanku sudah tidak ada gunanya kerana "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna."CONTOH KARANGAN JENIS BERITA

Tuliskan berita tentang kejadian tanah runtuh.

IPOH,15 Jun Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Gua Tempurung petang semalam. Kejadian tanah runtuh ini terjadi setelah hujan lebat berlarutan sejak tiga hari yang lalu.Lima buah kenderaan yang terdiri daripada tiga buah kereta dan dua buah lori tela rosak teruk akibat kejadian tanah runtuh ini. Bagaimanapun, tiada mangsa yang mengalami kecederaan parah. Hanya luka-luka kecil dan kecederaan ringan dialami oleh mangsa-mangsa.Menurut salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Encik Halim, kejadian berlaku apabila beliau dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah. Setibanya di tempat kejadian keretanya telah dibawa arus deras. Mujurlah ada batang di tepi jalan yang menyelamatkan beliau daripada terhumban ke dalam gaung. Beliau sempat keluar daripada keretanya dan menyelamatkan diri.Kejadian tanah runtuh ini telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas sepanjang lima kilometer. Pasukan keselamatan dan penyelamat telah bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa-mangsa dan mengawal keadaan lalu lintas.Pihak polis dengan bantuan kakitangan PLUS bertungkus lumus memindahkan batu-batan yang bertaburan di jalan raya. Pihak polis terpaksa menutup lebuh raya tersebut untuk menjalankan siasatan lanjut.Kenderaan yang menuju ke utrara dan selatan tanahair akan dilencongkan ke jalan biasa. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati apabila melalui lebuh raya tersebut. Pandu cermat jiwa selamat. [cr: http://karangan-essay.blogspot.com]

CONTOH KARANGAN FAKTA/RENCANA

Soalan : Keburukan internet?

Internet merupakan gedung ilmu yang tiada sempadan dan tiada tepinya.Tidak dinafikan lagi penggunaanya memberi banyak faedah kepada pengguna.Namun begitu,internet juga dapat memerangkap minda remaja marcapada ini terpengaruh dengan dunia maya.Unsur-unsur negetif seperti,bahan lucah dan aksi ganas dipaparkan melalui skrin komputer memberi impak negetif yang besar pada anak watan negara ini dan mampu membawa padah.

Kesan dari penyalahgunaan kemudahan internet pada aset negara ini akan membuat mereka lalai.Minda remaja sudah ketagih dengan unsur-unsur negetif alam maya akan menyebabkan tercetusnya gejala ponteng sekolah.Hal ini berlaku akibat daripada nafsu pelajar yang ingin berseronok di kafe siber dengan menyaksikan aksi lucah,ganasa dan bermain permainan online.

Selain itu,anak watan negara ini akan obses dengan budaya yang ditonjolkan di internet.Natijahnya,orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa mereka.Tidak hairanlah kita menyaksikan kes melawan guru,berzina,bertumbuk,bergaduh sehingga membunuh di kalangan remaja dipaparkan melalui media massa.Siapakah penghulunya? Adakah internet patut dipersalahkan?

Seterusnya,akibat daripada penyalah gunaan internet,ini akan membantutkan misi negara untuk mencapai wawasan 2020 sekaligus menyekat pembangunan negara untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama yang unggul.Kesannya negara kita akan kehilangan tonggak peneraju negara.Dengan mudah musuh luar dapat menakluk negara kita jika tiada pemimpin yang berkaliber dan bijaksana.Dalam pada itu,ekonomi negara turut terjejas bak kata pepatah melayu cubit paha kanan,paha kiri terasa juga.Natijahnya,kemerosotan ekonomi memandu negara ke arah kemiskinan.

Nama negara yang gah di mata dunia tercalar akibat daripada rakyatnya yang terperangkap oleh alam maya dan kerajaan gagal untuk melahirkan modal insancemerlang seperti yang digariskan dalam wawasan 2020.Negara kita akan dipandang rendah oleh negara membangun lain jika hal sedemikian terus berleluasa.Di manakah semangat remaja untuk membantu negara?Menurut statistik,pelajar cemerlang yang dilahirkan semakin merosot dari tahun ke tahun.Adakah ini tanda-tanda awal yang membawa negara ke arah hari kekalahan?

Bangunlah wahai ummah.Pihak berkuasa,pihak sewasta atau semua pihak harus berganding bahu dalam mencegah hal sedemikian dan jangan bersikpa meterialistik dan individualistik.Anak watan peneraju negara harus dibentuk dengan acuan yang betul agar tidak dipenjara oleh diri sendiri akibat daripada sikap diri.

[cr: http://bacanotaku.blogspot.com]

CONTOH KARANGAN PENDAPAT/PERBINCANGANSOALAN: Sistem pengangkutan yang cekap penting untuk membantu pembangunan negara.Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

JAWAPAN: Negara kita akan mencapai taraf negara maju pada 2012 nanti.Dengan itu,pelbagai projek mega yang terancang telah dan sedang rancak dilaksanakan.Salah satu aspek yang diberikan perhatian oleh kerajaan ialah aspek sistem pengangkutan. Sistem pengangkutan yang cekap dan maju amat penting untuk membantu pembangunan negara.Dengan adanya sistem pengangkutan yang cekap,sektor pertanian dapat dimajukan dan diperluas.Hasil-hasil pertanian dapat dipasarkan secara cekap ke semua lokasi.Kerugian yang disebabkan oleh hasil pertanian tidak segar atau busuk dapat dielakkan.Kesannya,sektor pertanian menjadi semakin rancak dan menyumbang kepada pendapatan negara. Kemajuan dalam sistem pengangkutan air diberikan perhatian juga.Dengan adanya sistem pengangkutan air yang cekap dapat memesatkan aktiviti eksport dan import negara.Kesan langsung yang diperoleh telah mewujudkan pelabuhan-pelabuhan yang bertaraf dunia serta meyakinkan syarikat-syarikat konglomerat asing menggunakan jaringan pengangkutan air yang kita sediakan.Cukai dan caj perkhidmatan yang dikenakan itu dapat menambahkan perbendaharaan negara dan dapat digunakan untuk projek-projek pembangunan.

Selain itu,sistem pengangkutan yang cekap dapat memajukan industri pelancongan juga.Dengan adanya sistem penerbangan yang cekap dan maju,penerbangan ulang-alik dari negara kita ke negara asing dan sebaliknya dapat dilakukan dengan lebih kerap.Perkhidmatan kereta api,kereta sewa,bas dan sebagainya yang disediakan dapat membawa para pelancong melawat negara kita dengan mudah dan selesa.Dengan kemudahan sepertiini sudah pastilah akan memikat hati mareka untuk menjadikan negara kita sebagai destinasi pelancongan utama pada masa akan datang. Di samping itu,sistem pengangkutan yang cekap dapat meningkatkan produktiviti kerja juga.Hal ini demikian kerana segala urusan harian dapat dilakukan dengan lebih lancar tanpa perlu banyak mengorbankan masa yang disebabkan oleh kesukaran mendapatkan perkhidmatan pengangkutan.Para pekerja dapat memulakan tugas tanpa tekanan,urusan kerja dan perkhidmatan serta pentadbiran di luar pejabat dapat dilakukan dengan lebih cepat. Sistem pengangkutan yang cekap amat mempengaruhi pembangunan negara.Penyediaan kemudahan seperti ini dapat melancarkan operasi dan aktiviti pembangunan yang dirancangkan.

[cr: http://saifuladli106.blogspot.com]

KARANGAN JENIS GAMBARANSebagaimana yang diramalkan oleh Jabatan Kaji Cuaca,hujan lebat telah turun dengan mencurah-curah selama tiga jam pada 6 November 1997 di seluruh ibu kota Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan di sekitarnya.Berikutan kejadian yang mendadak ini,rasa cemas telah menyelubungi semua penduduk yang terbabit. Akibat bencana ini,beratus-ratus tiang telefon telah tumbang dan perhubungan pun terputus.Batang-batang pokok yang selama ini berdiri tegak telah tersungkur ke atas jalan raya.Ranting-ranting pokok yang patah dan terkena pada bumbung-bumbung bangunan telah menyebabkan kemusnahan yang serius.

Rumah-rumah kediaman telah dimasuki oleh air yang kuat arusnya.Keadaan ini telah memaksa banyak penduduk di Kilometer 7 Jalan Klang dan Kampung Abdullah Hukum berpindah ke pusat-pusat pemulihan banjir.

Pada pukul 6:30 petang,hujan mulai reda.Pihak Polis Diraja Malaysia terpaksa menutup Jalan Klang kerana paras air di situ didapati kian meningkat tinggi.Bas-bas sekolah yang mengangkut kanak-kanak terpaksa melalui Petaling Jaya untuk menghantar mereka pulang ke rumah masing-masing dengan selamat.Ada ibu-bapa yang berasa terlalu bimbang kerana anak-anak mereka hanya dapat sampai di rumah pada jam 9:00 malam.

Banjir kilat yang kerap berlaku di Kuala Lumpur ini telah mendatangkan beberapa keburukan.Banyak harta benda telah musnah.Ada kalanya nyawa juga teragut.Mujurlah dalam kejadian banjir kilat yang baru lalu,tidak membabitkan kehilangan jiwa.Ini kerana pihak berkuasa telah mengambil beberapa langkah berjaga-jaga seperti memberi amaran kepada ibu bapa agar memastikan anak-anak mereka tidak bermain di dalam air banjir.

Pada keesokannya,keadaan telah pulih kepada sedia kala.Pihak Tenaga Nasional Berhad dan Sistem Telekom Malaysia berhad bekerja keras semalaman bagi memulihkan perkhidmatan mereka.Kementerian Kesihatan juga telah memainkan peranan untuk mencegah penyakit-penyakit yang dijangkiti melalui air,seperti taun. Kehidupan di ibu kota Kuala Lumpur berjalan seperti biasa apabila air banjir sudah surut.Ramai penduduk telah kembali ke tempat asalnya untuk mengambil semula barang-barang mereka.

[cr: http://blogpensyarah.blogspot.com]

KARANGAN JENIS CERAMAH

Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang saya muliakan, tuan pengerusi majlis, para jemputan dan hadirin yang dihormati sekalian. Tajuk ceramah yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah kesan perkembangan perkhidmatan perubatan swasta.Tuan-tuan dan puan-puan,Perkembangan perkhidmatan perubatan swasta di Negara ini semakin pesat. Kepesatan ini adalah selaras dengan perkembangan yang di capai dalam sector sosioekonomi penduduk. Perkembangan pesat ini adalah untuk menampung keperluan perubatan Negara.Hadirin sekalian,Perkhidmatan perubatan swasta menekankan aspek kualiti dan kecekapan perkhidmatan yang diberikan. Oleh kerana setiap perkhidmatan yang dikenakan bayaran, maka aspek kualiti dijaga dengan baik bagi menjamin operasi perkhidmatan.Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,Walaupun perkembangan perkhidmatan ini memberi kesan yang baik namun terdapat juga kesan buruk seperti perkhidmatan yang diberikan tidak terkawal. Seperti menjual ubatan secara haram.

Tuan-tuan dan puan-puan,Pada dasarnya perkhidmatan yang disediakan ini adalah memberi manfaat kepada masyarakat. Sekiranya terdapat perkara yang tidak elok berlaku, tindakan tegas harus diambil supaya perkhidmatan perubatan ini mapu memberikan kesenangan kepada masyarakat.Sekian sahaja ceramah saya pada kali ini. Terima kasih.[cr:http://karanganberformatbm.blogspot.com/]KARANGAN JENIS WAWANCARAMasalah jenayah sering dikaitkan dengan tugas dan peranan polis. Dalam membenteras masalah tersebut, polislah yang bertanggungjawab memastikan setiap individu dan masyarakat terselamat daripada ancaman tersebut. Untuk mengetahui peranan pihak polis ini, saya selaku pemberita ditugaskan mewawancara Penguasa Yusuf Majid, seorang pegawai polis di bandar ini. Kita ikuti wawancara tersebut.

Pemberita :Selamat pagi, tuan. Apa khabar?

Pegawai Polis :Selamat pagi. Khabar baik.

Pemberita:Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara. Pertamanya, polis dan undang-undang sering diibaratkan sebagai aur dengan tebing. Kedua-duanya begitu rapat dan sering berjalan seiring. Apakah pandangan tuan tentang perkara ini?

Pegawai Polis:Ya, pasukan polis merupakan penguat kuasa undang-undang yang tama. Ini bererti tanpa polis, undang-undang yang ada tidak bermakna kerana undang-undang tersebut tidak dapat dikuatkuasakan. Sebaliknya, tentulah sukar untuk pihak polis menjalankan tugas jika sesebuah negara tiada undang-undang. Jika tiada undang-undang yang berkaitan dengan jenayah, tentulah tugas polis untuk membenteras jenayah tidak kesampaian. Jadi polis dan undang-undang mempunyai kaitan yang begitu rapat.

Pemberita:Bolehkah tuan huraikan dengan lebih jelas, bagaimanakah undang-undang boleh digunakan oleh polis untuk memerangi jenayah di negara kita?

Pegawai Polis:Sesuai dengan peranan polis sebagai penguat kuasa, maka undang-undang yang berhubung dengan jenayah menjadi panduan dan sering digunakan oleh pihak polis. Antaranya termasuklah Kanun Keseksaan dan Kanun Atur Cara Jenayah. Antara jenayah yang dikaitkan dengan Kanun Keseksaan adalah mencuri, merompak, merogol, mencederakan orang, penipuan, dan sebagainya. Kanun Atur Cara Jenayah pula telah memberikan kuasa kepada polis untuk menangkap atau seumpamanya terhadap penjenayah yang melakukan jenayah-jenayah tadi.Pemberita:Cuba tuan jelaskan tentang kewibawaan pasukan polis dalam menangani masalah jenayah.

Pegawai Polis:Kewibawaan dan prestasi pasukan polis sebenarnya bergantung kepada cara mereka melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang. Untuk itu, pihak polis mesti menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama. Jika terdapat sesuatu kesalahan jenayah, pihak polis akan bertindak tanpa mengira pangkat atau kedudukan seseorang. Pihak polis juga mesti berani untuk memerangi jenayah. Oleh sebab itu, kita dapati banyak penjenayah menjadi mangsa keberanian dan kewibawaan pihak polis. Kadang kala anggota polis terpaksa berkorban apa sahaja demi menjaga keamanan negara. Mereka terpaksa mengorbankan masa, cuti, keluarga dan nyawa apabila bertugas.

Pemberita:Tugas sebagai anggota polis tentu menghadapi pelbagai cabaran atau risiko yang membahayakan keselamatan polis itu sendiri. Cuba tuan berikan pandangan?

Pegawai Polis:Ya, sebagai anggota polis, kami memang mengetahui adanya pelbagai implikasi dan risiko di hadapan. Misalnya, jika berlaku kes rompakan, pihak polis mungkin terpaksa berbalas tembakan dengan perompak. Jika bukan perompak, mungkin pihak polis yang menjadi mangsa. Ada kalanya penjenayah ini tidak takut berdepan dengan pihak polis. Oleh sebab itulah mereka berani melawan anggota polis kita. Selain itu, pihak polis juga kadang-kadang menghadapi cabaran masyarakat. Kami sering kali juga menimbulkan rasa takut dan prejudis orang ramai. Oleh sebab itu, kerjasama masyarakat sukar diperoleh untuk mengatasi kes-kes jenayah.

Pemberita:Sebelum kita mengakhiri wawancara ini, apakah harapan tuan terhadap masyarakat atau orang ramai untuk mengatasi masalah jenayah?

Pegawai polis:Kita memerlukan kerjasama orang ramai. Tanpa kerjasama dan komitmen orang ramai tentulah sukar untuk kita membenteras masalah jenayah. Mereka harus melaporkan kepada pihak kami jika berlaku sesuatu kejadian jenayah dan mereka juga tidak harus melindungi seseorang penjenayah. Berilah kerjasama, penghormatan, dan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis demi keselamatan dan keamanan negara.

Pemberita:Saya juga berharap penjelasan tuan akan menjadi renungan kepada masyarakat kita. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas kesudian tuan.Pegawai Polis : Sama-sama.

[cr: http://pakanasksah.blogspot.com/]

KARANGAN JENIS CATATAN

30 April 201111.00 pagiBertolak dari rumah pada pukul 11.00 pagi untuk pergi bercuti ke Cherating, Pahang Darul Makmur. Selepas itu, singgah di Hentian Rehat dan Rawat Temerloh. Namun begitu, kami tidak dapat berhenti rehat di situ kerana ramai pengguna jalan raya yang berhenti rehat di situ. Perjalanan diteruskan dan kami sekeluarga bersama-sama dengan kawan-kawan lain berhenti di hentian yang seterusnya untuk berehat dan bersolat. Kami memjamu bekalan makanan yang dibawa dari rumah.Kemudian, kami meneruskan perjalanan lagi. Selepas dua jam perjalanan kami pun sampai di hotel penginapan. Kami mendaftar masuk hotel. Hotel yang kami menginap ini sungguh besar dan cantik serta dilengkapi dengan kolam renang.

8.00 malamBerkumpul di lobi hotel untuk makan malam. Kami dan rakan-rakan lain pergi ke kedai makan untuk jamuan makan malam. Ketua rombongan telah memesan makanan terlebih dahulu agar kami tidak menunggu terlalu lama. Selepas makan, kami pergi bersiar-siar ke Cherating. Kami membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang.

01 Mei 2011Selepas bersarapan kami bersiap-siap untuk pergi ke Bukit Gambang Resort. Tempat ini merupakan taman tema air yang baru dibuka pada tahun lepas. Semasa kami sampai sudah ramai dengan pengunjung kerana hari ini merupakan cuti umum,iaitu cuti Hari Pekerja. Sebaik sampai kami terus mencari tempat duduk untuk meletakkan barang-barang yang kami bawa. Kemudian kami mandi dan bermain dengan permainan yang ada. Selepas puas bermain dan mandi,iaitu kira-kira pukul 5.00 petang kami pun bersiap untuk pulang ke rumah. Sebelum meneruskan perjalanan pulang kami singgah pula di rumah salah seorang rakan kami. Kami dijamu dengan hidangan makan malam. Selepas itu barulah kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Pukul 3.00 pagi kami pagi kami pun sampai di rumah. Kami sungguh berasa seronok dan ingin berkunjung lagi ke situ.

[cr: http://cikguaton.blogspot.com/]