Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

40
960918-10-5614 PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PEMBUATAN COKLAT BAR KAVANA DI SEMENYIH, SELANGOR. ABSTRAK. Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti cara pembuatan Coklat Kavana Bar melalui penggunaan sains dan tekonologi . Kajian ini mengemukakan beberapa objektif kajian iaitu objektif kajian pertama untuk mengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan coklat Kavana Bar berperisa Almond dan Mint oleh pengusahanya di Semenyih,Selangor .Objektif kedua untuk mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi kepada kualiti serta kuantiti dalam perusahaan coklat tersebut.. Kajian ini dijalankan di Taman Industry Mega, Semenyih . Kaedah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik dan temubual . Data dikumpul melalui kajian soal selidik yang melibatkan 30 orang responden yang terlibat secara rawaknya . Responden dikehendaki menjawab satu set soal selidik yang berkaitan dengan penggunaan sains dan teknologi dalam proses pembuatan coklat Kavana tersebut dan kesan daripada penggunaan tersebut serta faktor produktivi coklat tersebut . Sebelum hasil dapatan awal, pihak pengusaha telah menunjukkan semangat bekerjasama dan sikap tolong menolong semasa saya ingin menjalani kajian ini . Hasil dapatan akhir pula mendapati coklat merupakan salah satu makanan yang diminati dan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat,. Secara kesimpulan kecil , keproduktifan makanan sememangnya dipengaruhi oleh penggunaan sains dan teknologi kini . 1

Transcript of Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

Page 1: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PEMBUATAN COKLAT BAR KAVANA DI SEMENYIH, SELANGOR.

ABSTRAK.

Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti cara pembuatan Coklat Kavana Bar

melalui penggunaan sains dan tekonologi . Kajian ini mengemukakan beberapa objektif kajian

iaitu objektif kajian pertama untuk mengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam

penghasilan coklat Kavana Bar berperisa Almond dan Mint oleh pengusahanya di

Semenyih,Selangor .Objektif kedua untuk mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi

kepada kualiti serta kuantiti dalam perusahaan coklat tersebut.. Kajian ini dijalankan di Taman

Industry Mega, Semenyih . Kaedah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik dan

temubual . Data dikumpul melalui kajian soal selidik yang melibatkan 30 orang responden yang

terlibat secara rawaknya . Responden dikehendaki menjawab satu set soal selidik yang berkaitan

dengan penggunaan sains dan teknologi dalam proses pembuatan coklat Kavana tersebut dan

kesan daripada penggunaan tersebut serta faktor produktivi coklat tersebut . Sebelum hasil

dapatan awal, pihak pengusaha telah menunjukkan semangat bekerjasama dan sikap tolong

menolong semasa saya ingin menjalani kajian ini . Hasil dapatan akhir pula mendapati coklat

merupakan salah satu makanan yang diminati dan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat,.

Secara kesimpulan kecil , keproduktifan makanan sememangnya dipengaruhi oleh penggunaan

sains dan teknologi kini .

1

Page 2: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

SENARAI ISI KANDUNGAN

Tajuk Halaman

Sinopsis 1

Senarai isi kandungan 2

Penghargaan 3

1.0 Pengenalan 4-5

2.0 Objektif kajian 6

3.0 Lokasi kajian

3.1 Peta 7-8

4.0 Kaedah kajian

4.1 Pemerhatian 10

4.2 Kaedah soal selidik 11

5.0 Dapatan kajian

5.1 Demograsi responden 12-13

5.2 Mengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam

penghasilan coklat bar kavana berperisa almond dan

mint oleh pengusahanya

5.3 Mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi kepada

kualiti serta kuantiti dalam perusahaan Coklat Kavana

Bar Berperisa Almond dan Mint

.

6.0 Rumusan dan Kesimpulan 22

Rujukan 23

Lampiran 24-29

2

Page 3: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

PENGHARGAAN

Dengan kurniaan-Nya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am kertas 4

(900/4) penggal 2 tahun 2015 yang bertajuk “Proses Pembuatan Coklat Kavana Bar berperisa

Almond Dan Mint dengan Penggunaan Sains & Teknologi Terkini ” dalam masa yang telah

ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu Puan Jannah binti yang merupakan guru Pengajian Am di

sekolah saya.

Terlebih dahulu ingin saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak

terhingga kepada Puan Hajah Kamilah Bt. Saleh yang merupakan pengetua cemerlang Sekolah

Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said,Nilai kerana telah member keizinan kepada saya untuk

menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan teratur.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran

Pengajian Am saya iaitu Puan Jannah kerana telah banyak meluangkan masa, memberikan

tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu saya menyiapkan kajian ini, selain memberikan

semangat kepada saya untuk menjalankan tugasan ini dengan sebaik-baiknya.

Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya iaitu

Encik Sambamoorthy Sannasy serta Ghita Vengadasu yang telah banyak berkorban untuk saya

dari segi tenaga, dorongan serta dari segi kewangan untuk memastikan kerja kursus ini supaya

berjalan dengan lancar.

Akhir sekali,di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serta

pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam membantu saya

menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini.

Semasa saya menjalankan kerja kursus Pengajian Am ini, saya telah menghadapi banyak

kesukaran dan cabaran dalam menyiapkan kajian, akan tetapi dengan berkat kesabaran dan doa

yang tidak putus kepada-Nya, dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

3

Page 4: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

1.0 PENGENALAN

Sweetkiss Makanan Perindustrian & Trading Sdn Bhd, popular disebut sebagai

Sweetkiss, adalah salah satu pengeluar konfeksi terkemuka di Malaysia. Dengan tumpuan khas

kepada coklat gula-gula, biskut dan produk snek daripada Sweetkiss, produknya direka khas

untuk memenuhi permintaan hari ini memenuhi dalam dan di banyak negara-negara lain di luar

daripada kawasan. Ditubuhkan pada bulan Ogos 1995, Sweetkiss kini terletak pada tanah 2 ekar,

dengan iringan adalah sebanyak 100,000 persegi kaki di Semenyih,Selangor . Pelbagai produk

makanan yang dihasilkan berjenama SWEETKISS dan ROYAL de Dolton kini merupakan nama

yang berpengaruh.

Pasukan pihak penguasha telah berjaya dicampur pengetahuan pasaran dan pengalaman

ke dalam keupayaan pengeluaran dan logistik. Dengan bersemangat tinggi dan komitmen

daripada pelaksanaan kerja berpasukan yang hebat, Sweetkiss mempunyai kemajuan pesat dalam

tempoh yang singkat tempoh dalam menguruskan rangkaian pengedaran meluas menembusi

seluruh negara, Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia, Hong Kong, Vietnam, Chin, India,

Bangladesh, Afrika, dan Timur Tengah.

Koko atau nama saintifiknya  Theobroma cacao dari keluarga "Sterculiaceae" adalah

berasal daripada bahasa Yunani yang membawa maksud makanan para dewa. Pokok

koko menghasilkan buah yang bijinya diambil untuk dibuat coklat dan minuman koko. Koko

mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1920 dan  penanaman secara komersil bermula pada

1950.  Koko berasal dari Lembah Amazon dan lain-lain kawasan Selatan

Tropika dan Amerika Tengah. Di Malaysia penanaman secara komersil apabila kaltivar Upper

Amazon didapati sesuai ditanam dinegara ini. Kawasan tanaman koko pertama sekali ditemui di

Melaka dalam tahun 1778. Selepas itu, penanaman koko mulai dijalankan di Stesen Pertanian

Serdang dan Pusat Penyelidikan Pertanian Silam, Sabah. Pengkomersialan koko berlaku di

antara tahun 1853 hingga 1959 di mana koko jenis Amelonado pertama kali ditanam di Jerangau,

Terengganu yang melibatkan kawasan seluas 403 hektar. Pokok koko  adalah kecil dengan

ketinggian antara (4.5-7.5 m), merupakan pokok malar hijau dalam FamiliSterculiaceae, yang

4

Page 5: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah.Benih koko biasanya digunakan untuk

menghasilkan koko dan coklat.

Menurut Kamus Dewan, Sains didefinsikan sebagai suatu proses pengumpulan ilmu

atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang

bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat . Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang

lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan

daripadanya.

Pada dasarnya,semua sains bertujuan untuk memahami dunia di sekliling kita.

Terdapat tiga komponen utama dalam setiap aktiviti sains iaitu Penghuraian,Mencari

Keseragam,danPembentukanTeoridanHukum.

Secara umumnya, teknologi boleh ditakrifkan sebagai "aplikasi pengetahuan sains

yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam

kehidupan seharian.Dalam bidang teknologi dan kejuruteraan, umumnya sesuatu yang baru itu

dianggap lebih baik berbanding yang lama. Sebagai contoh, pemproses mikro Pentium 4

dianggap lebih pantas berbanding pemproses mikro Pentium 3 dan sebelumnya.

Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi terutama dalam bidang sains dan

teknologi makanan pada hari ini berlaku dengan cukup pesat. Pelbagai teknologi terkini

digunakan bagi memastikan makanan yang terhasil adalah berkualiti tinggi. Keadaan ini

diperkuatkan lagi dengan gabungan pelbagai disiplin ilmu yang berkaitan dengan kejuruteraan,

biologi, kimia, mikrobiologi dan lain-lain sehingga dapat menghasilkan pelbagai jenis makanan

yang baru dan makanan yang sedia ada diperbaiki lagi kualitinya.

Bukan itu sahaja, peralatan teknologi juga turut berubah demi untuk membantu

pihak industri makanan. Kesemuanya bertujuan bagi memastikan makanan yang terhasil adalah

mencukupi untuk keperluan manusia, menjamin supaya manusia memperolehi nutrien yang baik

sehingga menghasilkan kesihatan yang baik dan membantu memanjangkan umur hayat manusia.

5

Page 6: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

Kesimpulannya, sains dan teknologi memainkan peranan yang penting dalam

menggerakkan kemajuan pengeluaran makanan. Perbezaan yang ketara antara negara maju dan

negara sedang membangun memperlihatkan jurang yang begitu jauh dalam aspek pembangunan.

Manusia walau bagaimana pun terus menghasilkan teknologi baru dengan harapan dapat

mencipta sesuatu yang sempurna dan dapat memberi kebaikan secara keseluruhan kepada umat

manusia dan alam ini. Teknologi-teknologi ciptaan manusia tidak dapat dinafikan membantu

mengubah kehidupan manusia. .

 Oleh itu, penduduk di negara sedang membangun perlu bekerja lebih keras lagi bagi

memastikan industri makanan terus berkembang. Hasil dari perkembangan ini dapat menampung

jumlah bekalan makanan kepada penduduk yang semakin tinggi peningkatannya di negara

sedang membangun. Perkara ini juga dapat meningkatkan prestasi ekonomi dan sdapat bertindak

sebagai negara pengeluar makanan.

6

Page 7: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pengakaji menjalankan kajian ini berdasarkan kepada dua objektif iaitu :

1. Mengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan Coklat Kavana Bar

di Semenyih, Selangor.

2. Mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi kepada kualiti serta kuantiti dalam

perusahaan Coklat Kavana Bar Berperisa .

3.

7

Page 8: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Peta

Peta 1: Peta Negeri Selangor

SUMBER: LAMAN WEB RASMI http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/122

Walaupun wujud beberapa pendapat mengenai asal usul nama Selangor, namun sejarah

membuktikan bahawa ia diambil sempena nama Sungai Selangor yang mengalir ke Selat Melaka

menerusi kawasan petempatan yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor. Perkataan Selangor itu

sendiri tidak membawa sebarang makna yang jelas dalam bahasa Melayu dan pengkaji

beranggapan ia mungkin merupakan singkatan, gabungan atau  perubahan yang berlaku terhadap

perkataan asal menerusi peredaran masa. Negeri Selangor Darul Ehsan terletak di bahagian

tengah pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Perak di sebelah utara,

Pahang di sebelah timur dan Negeri Sembilan di sebelah selatan.

8

Page 9: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

Peta 2: Peta Daerah Semenyih, Selangor.

SUMBER : GOOGLE MAP.

Semenyih adalah sebuah pekan di Selangor, Malaysia, berjarak kira-kira 8 km arah

tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Pekan ini mempunyai nama yang sama

dengan Sungai Semenyih yaitu sungai utama yang mengalir di sekitar Pekan Semenyih.

9

Page 10: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

Peta 3 : Peta Lokasi Kajian .

SUMBER : GOOGLE MAP

Ini adalah peta ke Sweetkiss Food Industry Sdn. Bhd dari tempat keidaman saya. Jarak antara

tempat keidaman saya ke lokasi kajian saya kira – kira 21.2 kilometer . Masa yang diambil untuk

sampai ke lokasi tersebut kira – kira 20 minit dengan menggunakan kenderaan bermotor . .

Semenyih merupakan sebuah kawasan yang pesat membangun dengan pelbagai jenis lagi

perindustrian yang lain selain daripada Sweetkiss Food Industry .

10

Page 11: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

3.2 FOTO LOKASI KAJIAN .

3.2.1 : Foto Lokasi Kajian

11

Page 12: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

SUMBER : LOKASI LAPANGAN 2015

Ini merupakan gambar lokasi kajian saya. “Sweetkiss Food Industry Sdn. Bhd ” ini terletak di

Semenyih , Selangor . Lokasinya terletak di Taman Mega , Jalan Mega B , bernombor 36 hingga

44. Berposkod 43500 , Semenyih ,Selangor. Sweetkiss Food Industry tidak jauh daripada pekan

Semenyih.

4.0 KAEDAH KAJIAN

12

Page 13: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

Bahagian ini membincangkan metodologi yang digunakan semasa melakukan kajian tersebut .

Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini.

Pelbagai kaedah ini digunakan untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan

tepat . Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah

kualitatif dijalankan dengan membuat pemerhatian serta sesi temubual bagi mendapatkan

suasana yang sebenar berkaitan kajian itu.Selain itu, melalui kaedah kuantitatif iaitu dengan

menyediakan borang soal selidik dapat mengumpul data serta menganalisis maklumat dengan

lebih jelas dengan menggunakan kaedah gundalan dan peratusan bagi mengira bilangan

responden yang disoal selidik.

4.1 KAEDAH PEMERHATIAN :

Melalui kaedah pemerhatian, saya telah mengetahui cara pembuatan coklat Kavana Bar

dengan penggunaan mesin yang canggih

Pada hari pertama, seawal jam 2.30 petang pada hari Jumaat bertarikh 26 Februari

2015. Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, saya disambut dengan tangan terbuka oleh pengurus pemasaran dan promosi, Encik Soo Ming Lei. Encik Soo

telah membawa saya ke bilik mesyuarat.Di dalam bilik mesyuarat itu, saya diberi

sedikit penerangan sejarah penubuhan kilang coklat secara ringkas tapi jelas. Selepas

mendengar taklimat, rombongan saya ke pembuatan coklat pun bermula.

Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Saya

dibawa ke bahagian paling penting, yakni zon penyediaan. Di kawasan itu, saya diberi

pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan yang

bersih dan selamat adalah penting kata Encik Soo kerana pihak kilang amat mementingkan

soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan menjamin mutu makanan yang

disediakan. Saya melihat sendiri biji koko panggang dikisar dengan sebuah mesin.Saya telah

melihat pelbagai jenis mesin yang digunakan dalam proses pembuatan coklat ini.

13

Page 14: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang diimport khas. Selepas

proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair pekat yang berperisa almond dan mint

mencapai kepanasan seratus lima puluh darjah itu disalurkan ke paip besar yang menuju ke

bahagian pemprosesan coklat prapembungkusan. Di bahagian itu, saya dapat melihat pelbagai

jenis coklat berjaya diproses dengan mesin yang canggih. Mesin itu seterusnya menghantar

jongkong-jongkong coklat yang sudah siap diproses menuju ke peringkat pembungkusan

mengikut saiz dan perisa. Di bahagian ini, bilangan pekerja yang banyak diperlukan untuk

menyudahkan proses pembungkusan sehingga proses akhir, penyimpanan.

Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, saya telah mengemukakan soalan tentang

kepentingan penyediaan coklat dengan penggunaan sains dan teknologi. Sepanjang dua jam

lawatan, saya berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan. Di bilik mesyuarat, saya diberi

taklimat multimedia berkaitan perancangan masa depan kilang coklat ini. Sememangnya ,

dengan penggunaan sains dn teknologi telah meningkatkan produktivi coklat tersebut . Coklat

Kavana Var ini yang berperisa Almond Dan Mint merupakan salah satu produk yang mendapat

sambutan yang tinggi .

14

Page 15: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

4.2 KAEDAH SOAL SELIDIK

Kaedah soal selidik dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan

betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang

hendak dijalankan. Soalan dibentuk sebagai borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk

yang dikaji dan dapat memenuhi objektif kajian. Borang itu hendaklah diedarkan secara

rawak kepada 30 orang responden di kawasan kajian, iaitu di penduduk sekitar Taman Mega

serta para pekerja kilang tersebut.

Sebanyak 30 borang soal selidik telah diedarkan berdasarkan dua objektif yang telah

dilakukan. Kesemua soalan hendaklah ditandakan betul pada soalan yang berkenaan sahaja.

Borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang responden secara rawak . Kesemua

responden telah memberikan kerjasama yang baik dalam menyempurnakan urusan borang

soal selidik.

BIL. PERKARA Sangat

setuju

(5)

Setuju

(4)

Tidak pasti

(3)

Kurang setuju

(2)

Sangat tidak setuju

(1)

Borang soal selidik ini dianalisa menggunakan bilangan dan peratus untuk memudahkan

proses kajian. Data yang diambil daripada jadual akan dipersembahkan dalam dapatan kajian

menggunakan jadual, min dan carta pai.

15

Page 16: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

4.3 KEADAH TEMU BUAL

Pengkaji telah menjalankan temu bual secara formal dengan pihak penguasha

syarikat tersebut. Temu bual dilaksanakan dengan pengkaji menyediakan lapan soalan yang

berkaitan dengan proses pembuatan Coklat Kavana Bar Berperisa Almond dan Mint untuk

maklumat serta response mengenai pengaruh sains dan teknologi dalam proses

makanan .Hasil daripada temu bual tersebut dicatat dan dibuat rumusan , serta dikaitkan

dengan data yang diperolehi melalui soal selidik dan akhirnya dibincangkan dalam bahagian

dapatan kajian .

16

Page 17: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden terhadap makanan melalui pengaruh sains dan teknologi terkini. Dapatan kajian yang diperolehi melalui kajian ini adalah bilangan responden melalui persampelan responden yang terdiri penduduk Taman Mega dan yang dipilih atau diambil secara rawak .Hal ini bertujuan bagi mendapatkan perbezaan pendapat responden yang berlainan peringkat umur yang meminati Coklat Kavana Bar yang Berperisa Almond dan Mint .

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Dapatan kajian yang diperolehi melalui kajian ini adalah bilangan responden melalui

persampelan responden yang terdiri golongan belia yang berumur diantara 15-20, 21-30 , 31-40

dan 41-50 secara rawak.

Jadual 1 di bawah menunjukan bilangan responden mengikut umur golongan belia yang terlibat

JADUAL 1 : LATAR BELAKANG REPONDEN

Bil Perkara Kategori Bilangan Peratusan (%)

1. Umur

15-20 9 30

21-30 12 40

31-40 6 20

41-50 3 10

JUMLAH 30 100

2. Jantina

Lelaki 13 43

Perempuan 17 56

JUMLAH 30 100

SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015

17

Page 18: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

Rajah di bawah menunjukan peratus demografi responden mengikut umur.

30%

40%

20%

10%

Demografi Responden Berdasarkan Umur

15-20 21-30

31-40 41-50

PETUNJUK (U-MUR)

Rajah 1: Peratus Demografi Responden Mengikut Umur

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan Rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur penduduk di Taman

Mega . Daripada 30 orang penduduk yang telah di soal selidik, seramai 9 orang responden

berumur 15 hingg 20 tahun bersamaan dengan 30% . Sementara itu , bagi yang umur antara 21

hingga 30 tahun adalah seramai 12 orang responden bersamaan 40% . Seterusnya, seramai 6

orang responden bersamaan dengan 20% bagi yang berumur antara 31 hingga 40 tahun. Akhir

sekali, responden yang berumur antara 41 hingga 50 tahun seramai 3 orang responden bersamaan

dengan 10%.

18

Page 19: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

Rajah di bawah menunjukan peratus demografi responden mengikut jantina.

43%

57%

Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Lelaki Perempuan

PETUNJUK (JANTINA)

Rajah 2: Peratus Demografi Responden Mengikut Jantina

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan Rajah 2 , menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina penduduk

di Taman Mega. Daripada 30 orang penduduk yang telah disoal selidik , seramai 13

orang responden adalah jantina lelaki yang bersamaan dengan 43%. Sementara itu, bagi

jantina perempuan adalah seramai 17 responden yang bersamaan dengan 57% .

19

Page 20: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

5.2 MENGENAL PASTI PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM

PENGHASILAN COKLAT BAR KAVANA BERPERISA ALMOND DAN MINT OLEH

PENGUSAHANYA ( OBJEKTIF 1 )

Berdasarkan soal selidik yang diperoleh , data tealh dianalisis secara deskriptif menggunakan

peratusan . Analisis dapatan berkaitan dengan pengaruh sains dan teknologi dalam penghasilan

Coklat Bar Kavana berperisa almond dan mint ditunjukkan dalam Jadual 2.

JADUAL 2: ANALISIS PERATUSAN BAGI KEPUASAN RESPONDEN DALAM PERISA

YANG DIKELUARKAN OLEH PENGUSAHA MELALUI PENGGUNAAN SAINS DAN

TEKNOLOGI.

Bil Soalan Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju

Sangat Tidak Setuju

Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 3 10 21 70 1 3.33 4 13.33 1 3.33Adakah anda

berpuashati dengan perisa tersebut ?

SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015

Seramai 3 orang responden bersamaan dengan 10% sangat setuju bahawa mereka sendiri

berpuashati dengan perisa yang dikeluarkan .Manakala 21 orang setuju bersamaan dengan 70% ,

1 orang iaitu 3.33% tidak pasti dan 4 orang iaitu 13.33 tidak setuju , manakala 1 orang sangat

tidak setuju bersamaan dengan 3.33% . Majoriti responden setuju bahawa coklat pengeluar

SweetKiss Food Industry berjenama Coklat Bar Kavana memuaskan mereka dengan perisanya

yang begitu sedap iaitu seramai 24 orang (3 orang sangat setuju dan 21 orang setuju) atau

sejumlahnya ialah 80% .

20

Page 21: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

Analisis dapatan berkaitan tentang kepuasan dalam pembungkusan coklat Bar Kavana tersebut

dalam Jadual 3.

JADUAL 3 : ANALISIS PERATUSAN BAGI KEPUASAN RESPONDEN DALAM

PEMBUNGKUSAN COKLAT YANG DIKELUARKAN OLEH PENGUSAHA MELALUI

PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI.

Bil Soalan Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju

Sangat Tidak Setuju

Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

2

Adakah anda berpuashati dengan cara

pembungkusan coklat tersebut ?

0 0 21 70 6 20 0 0 3 10

SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015

Seramai 21 orang responden bersamaan dengan 70% setuju dengan cara pembungkusan coklat

yang dikeluarkan oleh penguasha melalui penggunaan sains dan teknologi . Manakala , 6 orang

tidak pasti bersamaan dengan 20% , manakala 3 orang sangat tidak setuju bersamaan dengan

10% . Majoriti responden setuju dengan cara pembungkusan coklat yang dikeluarkan oleh

penguasha melalui penggunaan sains dan teknologi iaitu seramai 21 orang atau sejumlahnya

70%.

21

Page 22: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

Analisis dapatan berkaitan tentang cara pembuatan coklat bar Kavana tersebut melibatkan sains

dan teknologi dalam Jadual 4.

JADUAL 4 : ANALISIS PERATUSAN BAGI CARA PEMBUATAN COKLAT BAR

KAVANA DIPENGARUHI DENGAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI .

Bil Soalan Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju

Sangat Tidak Setuju

Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

3

Adakah anda rasa cara pembuatan coklat Bar

Kavana tersebut melibatkan penggunaan

sains dan teknologi ?

26 86.67 3 10 1 3.33 0 0 0 0

SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015

Seramai 26 orang responden bersamaan dengan 86.67% sangat setuju bahawa pengeluaran coklat

bar Kavana ini dipengaruhi oleh penggunaan sains dan teknologi .Manakala , 3 orang responden

setuju bersamaan dengan 10% , manakala 1 orang responden tidak pasti bersamaan dengan

3.33% . Majoritinya sangat setuju bahawa pengeluaran coklat bar Kavana ini dipengaruhi oleh

penggunaan sains dan teknologi iaitu seramai 29 orang responden (26 orang sangat setuju dan 3

orang setuju) atau sejumlahnya 96.67%.

22

Page 23: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

JADUAL 5 : MENGENAL PASTI PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI

DALAM PENGHASILAN COKLAT BAR KAVANA ( OBJEKTIF 1 )

Bil Soalan Sangat SetujuBil%

SetujuBil%

Tidak PastiBil%

Tidak SetujuBil%

Sangat Tidak Setuju

Bil%

1 Adakah anda berpuashati dengan perisa tersebut ? 3(10) 21(70) 1(3.33) 4(13.33) 1(3.33)

2

Adakah anda berpuashati dengan cara

pembungkusan coklat tersebut ?

0(0) 21(70) 6(20) 0(0) 3(10)

3

Adakah anda rasa cara pembuatan coklat Bar

Kavana tersebut melibatkan penggunaan

sains dan teknologi ?

26(86.67) 3(10) 1(3.33) 0(0) 0(0)

Berdasarkan jadual 5 , jadual menunjukkan pengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan coklat bar kavana berperisa almond dan mint oleh pengusahanya.

23

Page 24: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

GRAF 1 : ANALISIS MENUNJUKKAN PENGENAL PASTI PENGGUNAAN SAINS

DAN TEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN COKLAT BAR KAVANA

0

500

1000

1500

2000

2500

sangat setuju

Setuju

Tidak pasti

Tidak setuju

Sangat tidak setuju

Faktor penggunaan sains dan teknologi

Peratusan / %

SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015

Analisis menunjukkan pengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan

coklat bar kavana berperisa almond dan mint oleh pengusahanya dalam graf 1.

24

Page 25: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

5.3 MENGKAJI KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI KEPADA

KUALITI SERTA KUANTITI DALAM PERUSAHAAN COKLAT KAVANA BAR

BERPERISA ALMOND DAN MINT ( OBJEKTIF 2 )

Berdasarkan soal selidik yang diperoleh , data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan

peratusan. Analisis dapatan berkaitan dengan keproduktifan, masa dan kesihatan dalam

penggunaan sains dan teknologi coklat Bar Kavana ditunjukkan dalam Jadual 7.

JADUAL 7 : ANALISIS PERATUSAN BAGI KEPRODUKTIFAN , MASA DAN

KESIHATAN DALAM PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM

PENGHASILAN COKLAT BAR KAVANA .

Bil Soalan Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju

Sangat Tidak Setuju

Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1

Adakah anda rasa dengan penggunaan sains dan

teknologi dapat meningkatkan produk

coklat tersebut ?

20 66.67 10 33.33 0 0 0 0 0 0

2

Adakah anda rasa dengan penggunaan sains dan

teknologi dapat menjimatkan masa ?

25 83.33 5 16.67 0 0 0 0 0 0

3

Adakah anda rasa bahawa penggunaan sains dan

teknologi dalam industri pemakanan boleh membawa kepada

penyakit atau memjejaskan kesihatan ?

0 0 0 0 1 3.33 8 26.67 21 70

SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015

25

Page 26: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

Berdasarkan Jadual 7 , seramai 20 responden bersamaan dengan 66.67% sangat setuju bahawa

dengan penggunaan sains dan teknologi dapat meningkatkan keproduktiviti coklat bar kavana .

Manakala 10 orang setuju bersamaan dengan 33.33% . Majoriti responden setuju bahawa dengan

penggunaan sains dan teknologi dapat meningkatkan keproduktiviti coklat bar kavana iaitu

seramai 30 orang ( 20 orang responden sangat setuju dan 10 orang setuju ) atau sejumlahnya

ialah 100%.

Selain itu , seramai 25 orang responden bersamaan dengan 83.33% sangat setuju bahawa dengan

penggunaan sains dan teknologi dapat menjimatkan masa dalam pengeluaran Coklat Bar Kavana.

Manakala , 5 orang responden setuju bersamaan dengan 16.67% . Majoriti responden setuju

bahawa dengan penggunaan sains dan teknologi dapat menjimatkan masa iaitu seraai 30 orang

( 25 orang responden sangat setuju dan 5 orang setuju ) atau sejumlahnya ialah 100%.

Keputusan peratusan untuk kesihat menunjukkan majoritinya tidak setuju . Seramai 1 orang

responden bersamaan 3.33% tidak pasti dalam penggunaan sains dan teknologi dalam industri

pemakanan yang boleh nemjurus kepada penyakit atau memjejaskan kesihatan . Manakala ,

seramai 8 orang responden bersamaan 26.67% tidak setuju dan seramai 21 orang responden

bersamaan dengan 70% sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut . Majoritinya , responden

tidak setuju dalam penggunaan sains dan teknologi dalam industri pemakanan yang boleh

nemjurus kepada penyakit atau memjejaskan kesihatan iaitu seramai 29 orang responden (8

orang responden tidak setuju dan 21 orang responden sangat tidak setuju ) atau sejumlahnya

96.67% .

26

Page 27: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

JADUAL 8 : MENGKAJI KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI KEPADA

KUALITI SERTA KUANTITI DALAM PERUSAHAAN COKLAT KAVANA BAR

BERPERISA ALMOND DAN MINT ( OBJEKTIF 2 )

SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015

27

Bil Soalan Sangat SetujuBil%

SetujuBil%

Tidak PastiBil%

Tidak SetujuBil%

Sangat Tidak Setuju

Bil%

1

Adakah anda rasa dengan penggunaan sains dan

teknologi dapat meningkatkan produk

coklat tersebut ?

20(66.67) 10(33.33) 0(0) 0(0) 0(0)

2

Adakah anda rasa dengan penggunaan sains dan

teknologi dapat menjimatkan masa ?

25(83.33) 5(16.67) 0(0) 0(0) 0(0)

3

Adakah anda rasa bahawa penggunaan sains dan

teknologi dalam industri pemakanan boleh membawa kepada

penyakit atau memjejaskan kesihatan ?

0(0) 0(0) 1(3.33) 8(26.67) 21(70)

Page 28: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

GRAF 2 : ANALISA DALAM MENGKAJI KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI KEPADA KUALITI SERTA KUANTITI DALAM PERUSAHAAN COKLAT KAVANA BAR

Keproduktifan Menjimatkan Masa Menjejaskan Kesihatan0

500

1000

1500

2000

2500

Sangat setuju setujutidak pastitidak setujusangat tidak setuju

Kesan penggunaan

Peratusan (%)

SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015

Analisa dalam mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi kepada kualiti serta kuantiti

dalam perusahaan coklat kavana bar dalam graf 2.

28

Page 29: Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

960918-10-5614

29