CONTOH KERTAS CADANGAN
-
Upload
khairunnisa-mohd-shah -
Category
Education
-
view
1.151 -
download
9
Transcript of CONTOH KERTAS CADANGAN
1
1.0 Tajuk Kajian : Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tingkatan Dua di sebuah
sekolah dalam daerah Kota Tinggi Terhadap Hadith dengan Menggunakan Kaedah Faham
dan Ingat
Nama Penyelidik : Khairunnisa’ Binti Mohd Shah
Kumpulan Penyelidik : Kelas SABK Ambilan 2014
Organisasi : Salah Sebuah Sekolah di daerah Kota Tinggi
1.1 PENGENALAN
Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tingkatan Dua di salah sebuah sekolah daerah
Kota Tinggi Terhadap Hadith dengan Menggunakan Kaedah Faham dan Ingat.
(Kata kunci : meningkatkan, penguasaan, hadith, faham, ingat)
Kajian ini berkaitan dengan kesan pembelajaran ilmu hadith di sekolah menengah
agama kerajaan Johor. Salah satu daripada bahagian di dalam subjek Pendidikan Islam
tersebut ialah Hadith. Hadith merupakan sumber kedua setelah Al-Quran. Firman Allah
Taala di dalam surah al-hasyr:7, “Dan apa jua suruhan yang dibawa ole Rasulullah s.a.w.
kepada kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu
melakukannya maka patuhilah larangannya”. Nabi s.a.w. telah bersabda, dari Abu Hurairah
r.a., dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda, “ Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua
perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada
keduanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.“ (Imam Malik ). Usaha untuk
mencapai keselamatan yang sejati ialah berpegang teguh kepada ajaran-ajaran kitab Allah
dan jalan pimpinan rasulullah s.a.w.
Kajian yang dibuat ini bertujuan untuk mengetahui persepsi dan pengetahuan
pelajar terhadap pengajian ilmu hadith, mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh
pelajar dalam pembelajaran ilmu hadith dan untuk mengenalpasti keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran ilmu hadith dalam kalangan pelajar dan pengaplikasian ilmu ini dalam
gaya bahasa mereka. Sebanyak 66 orang pelajar dari tingkatan dua di salah sebuah
sekolah di daerah Kota Tinggi telah dipilih sebagai sampel. Kajian ini menggunakan soal-
selidik bagi mendapatkan data kajian.
2
Refleksi kajian sebelum ini menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai persepsi dan
minat yang kurang terhadap ilmu hadith dan kajian juga telah menunjukkan bahawa
pengajaran ilmu hadith di sekolah yang dipilih kurang berkesan dalam meningkatkan
penguasaan pelajar terhadap ilmu hadith.
Kesan daripada itu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh para pelajar
akan dikenalpasti yang boleh mengganggu mereka untuk menguasai ilmu ini. Bagi
memastikan para pelajar dapat menguasai ilmu hadith dengan sebaik mungkin, penyelidik
telah mencadangkan beberapa langkah yang boleh diperhatikan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), pengurusan sekolah dan para guru.
Sunnah Nabi saw adalah bahagian terpenting dalam ajaran Islam, kerana ia
merupakan acuan terhadap seluruh perilaku umat Islam. Sunnah membentuk tradisi kaum
muslimin. Namun demikian dalam perkembangannya sunnah terkodifikasi dalam hadis.
Penghimpunan sunnah dalam bentuk hadith menjadikannya terikat, sehingga
menghilangkan sebahagian tradisi yang semestinya menjadi amalan umat Islam.
Pendekatan terhadap penelitian dan pemahaman hadith dengan menggunakan sirah
kaedah memahami dan mengingat, tasmi’ dan pertandingan hafazan Hadith akan dapat
diketahui keautentikan dan kandungan sebuah hadis secara utuh berdasarkan praktikal
yang telah dijalankan umat Islam sepanjang hidup ini.
Di era moden ini, telah muncul pelbagai firqah yang menyesatkan tanpa disedari
kerana kononnya mereka hanya berpegang kepada Al-Quran semata-mata dan menolak
seratus peratus hadith Nabi s.a.w. ataupun menerima sebahagian sahaja dan menolak
sebahagian hadith yang lain. Mereka ini tergolong di dalam golongan yang mengingkari
hadith bahkan telah menolak pemimpin rahmatan lil a’lamin, nabi s.a.w.. Hal ini sangat
berbahaya kepada masyarakat kerana ia boleh merebak kepada sekeliling sebagai contoh
salah seorang pensyarah university tempatan, Kassim Ahmad, telah membawa ideology
songsang ini ke seluruh negara, malah kitab penulisan pemikirannya juga tersebar selain
daripada pemikiran yang yang dibawa oleh Pengingkar-pengingkar hadith di luar negara
yang telah muncul sejak zaman sahabat lagi. Golongan sebegini perlu dibaiki semula
pemikiran kerana kebanyakan mereka hanya menerima logik akal dan al-Quran sahaja. Di
sini, kita perlu menimbulkan perasaaan bimbang sekiranya ia berlaku dalam kalangan
pelajar kita sama ada di sekolah atau selepas pendidikan mereka di luar kelak. Oleh itu,
langkah pencegahan dengan menanamkan rasa minat kepada pelajaran hadith nabi s.a.w.
adalah perlu dititikberatkan.
3
1.2 PENYATAAN MASALAH
Pelajar Pendidikan Islam di Tingkatan Dua di salah sebuah sekolah di daerah Kota
Tinggi yang pernah saya berkhidmat selama dua tahun di sana dilihat kurang menguasai
pelajaran di bahagian hadith. Kekurangan ini mungkin disebabkan kurang menariknya
aplikasi PdP saya di dalam bilik darjah sehingga menyebabkan para pelajar kurang
kesedaran akan kepentingan hadith di dalam kehidupan. Ia merupakan satu tamparan yang
sangat besar buat saya kerana hadith merupakan sumber terpenting dalam kehidupan
seorang muslim bahkan ia merupakan peninggalan kekasih kita semua, Nabi Muhammad
s.a.w..
Selain daripada itu, dari sudut pelajar pula, mereka kurang berminat untuk
mendalami dan mendekati hadith Rasulullah s.a.w. serta terdapat juga merasakan bahagian
hadith ini merupakan sesuatu yang membosankan dan tidak penting.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan
prestasi pelajar di dalam ujian atau peperiksaan bahkan yang lebih membimbangkan adalah
masa depan pelajar dengan pengaiabaian terhadap hadith. Sepanjang pengalaman yang
saya lihat dan alami, manusia yang tidak berpedomankan hadith dalam kehidupan mereka
tidak dapat mencapai objektif hidup yang jelas serta kehidupan mereka berada jalan yang
bengkang-bengkok.
Jadi, kajian yang akan dilaksanakan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman
pelajar dalam bahagian hadith Pendidikan Islam dari segi makna ringkas hadith, huraian dan
aplikasi hadith dalam hidup.
Langkah yang pertama, semakan buku latihan pelajar akan dibuat seperti biasa. Ini
bertujuan untuk untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar
sehingga menjejaskan keputusan peperiksaan mereka. Ia akan melalui dua cara: 1)
Kaedah Pemerhatian dan Penandaan, 2) Temubual dengan para pelajar secara atas talian
dan sewaktu PdP. Diharapkan melalui langkah ini saya dapat menganalisa keupayaan para
pelajar dalam tajuk Hadith.
Oleh hal yang demikian, kekreatifan guru di dalam menyampaikan bahagian hadith
Pendidikan Islam sangat dituntut dan diperlukan bagi mencapai objektif PdP agar para
pelajar dapat memahami hadith dengan cemerlang. Sebagaimana seseorang guru itu
maklum bahawa para pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza dan peringkat remaja
merupakan fasa sedang mencari identiti. Jadi, seharusnya seorang guru Pendidikan Islam
sangat berpeluang untuk menerapkan nilai murni kepada para pelajar yang juga remaja
sekolah menengah agar dapat mendorong minat mereka kepada jalan yang benar. Kaedah
4
pengajaran yang baik bukan sahaja dapat mencapai objektif PdP malah pelajar akan
bertambah perasaan inkuiri terhadap hadith ini serta mempunyai paradigm yang baik untuk
kehidupan kelak.
1.3 LATAR BELAKANG KAJIAN
Penulis membuat kajian berkaitan “Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tingkatan
Dua Di Sebuah Sekolah Dalam Daerah Kota Tinggi Terhadap Hadith dengan Menggunakan
Kaedah Faham dan Ingat” kerana ia merupakan satu kewajipan guru bagi mengembangkan
kompetensi yang dimilikinya sehingga dapat memberikan peluang kepada para pelajar di
dalam menungkatkan kualiti pendidikan yang seiring dengan kecemerlangan akademik dan
akhlak.
Maklumat daripada temubual secara atas talian dan secara tak langsung dengan
pelajar sekolah tersebut telah mendapati para pelajar sekadar menghafaz untuk mudah
menjawab peperiksaan, mereka melupakannya begitu sahaja setelah tamat tingkatan. Ia
juga dapat dibuktikan apabila saya bertanya kepada pelajar berkaitan teknik pengajaran
yang mereka minat dan idamkan; mereka menjawab lebih menjurus kepada pencapaian
kecemerlangan akademik semata-mata
Kurangnya pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan penghayatan dan
penguasaan hadith di dalam kehidupan seorang muslim merupakan punca utama perkara
ini berlaku kesan daripada teknik pengajaran yang tak menarik. Perkara ini berlaku kerana
didikan yang kurang serta bimbingan berkaitan pendedahan hadith Rasulullah sama ada di
rumah, di dalam masyarakat dan pendedahan di luar.
Melalui kajian ini, saya ingin meningkatkan cara pendekatan PdP agar pelajar bukan
sahaja minat dengan hadith Rasulullah s.a.w. bahkan sentiasa ternanti-nanti pelajaran baru
hadith untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya, dengan amalan PdP ini murid akan dapat;
i. Menguasai topik hadith dari segi bahasa arab dan terjemahannya dalam kalangan
pelajar Tingkatan Dua di salah sebuah sekolah di daerah Kota Tinggi dengan
menggunakan kaedah Tasmik berdua-duaan
ii. Menambahkan kualiti hafazan dengan melaksanakan pertandingan Hafazan Hadith
bagi setiap kelas 2 Siddiq dan 2 Fathonah.
5
1.5 PERSOALAN KAJIAN
i. Sejauh manakah pelajar boleh menguasai topik hadith sanad dan matan di
dalam bahasa arab dan terjemahannya dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua
SMAKT?
ii. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan kualiti hafazan hadith bagi kelas 2
Siddiq dan 2 Fathonah?
1.6 KUMPULAN SASARAN
66 orang dari kelas tingkatan Dua di daerah Kota Tinggi:
- 2 Fathonah yang terdiri daripada 33 orang pelajar perempuan
- 2 Siddiq yang terdiri daripada 33 orang pelajar lelaki.
- Sebahagian pelajar mempunyai latar belakang akademik yang sederhana dan
sebahagian lagi lemah dalam mengingati dan menghurai hadith Rasulullah s.a.w.
1.7 METODOLOGI
Rajah 1.7
Proses Kajian Tindakan ini dicadangkan menggunakan Model Teori Medan Kurt Lewin.
Pertama, dengan guru menjalankan refleksi ke atas sesuatu isu PdP yang dijalankan dan
penyelesaian bagi masalah tersebut. Guru akan bertindak menjelaskan satu pelan tindakan
yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Seterusnya, setelah tindakan dibuat
kajian perlu dilihat dan diperhati dari sudut perkembangan yang berlaku.
6
Seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu
memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan objektif PdP yang hendak capai
di dalam bilik darjah. Langkah-langkah yang dibuat adalah berdasarkan teori Medan Kurt
Lewin.
a. Peratusan pelajar dalam topik Hadith (sedekah pemangkin kesejahteraan) dalam Ujian
Pertengahan Tahun
i. Dalam kajian ini, saya akan meninjau pencapaian pelajar dalam topik Hadith
(Sedekah) dalam Ujian Pertengahan Tahun.
ii. Terdapat 4 soalan subjektif dalam topik Hadith (Sedekah) .
iii. Jumlah bilangan jawapan yang betul dicatat dalam bentuk peratus. 4 soalan
objektif yang melibatkan topik Hadith dalam ujian pertengahan tahun seperti
di lampiran
b. Ujian Tasmi’ Hadith
iv. Ujian dilakukan bagi mengetahui perbezaan keputusan. Hasilnya seramai 45 orang
pelajar berjaya mengingati dan memahami matan hadith dan huraian hadith sedekah .
c. Pertandingan Hafazan Hadith\
Setelah saya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar, saya bercadang untuk
memperkenalkan Kaedah Hafazan Menarik kepada pelajar untuk membantu mereka
mengingati maksud hadith. Hadiah dan ganjaran diberikan kepada pemenang.
Diharap melalui pertandingan ini menghasilkan peningkatan kemahiran serta pelajar
berlumba-lumba untuk menghafaz tanpa paksaan.
Memperkenalkan Kaedah Hafazan Menarik
Langkah 1:
• Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan
• Bersama mereka disertakan kad kilas yang tertera matan dan sanad Hadith beserta
makna dan huraiannya
• Masa diberikan selama 10 minit untuk mengingati hadith dan memahaminya
dengan mengaitkan dengan sebuah cerita
Langkah 2:
• Sesi ‘tasmi’ ’ (memperdengarkan) di dalam kumpulan masing-masing secara
berdua-dua agar pelajar cepat mengingati matan hadith tersebut
Langkah 3:
7
Setiap kumpulan menghantar 2 wakil masing-masing untuk memperdengarkan
hadith dan maknanya kepada rakan-rakan yang lain di dalam kelas.
Mereka juga akan mewakili pertandingan hafazan hadith berdasarkan kelayakan
yang dibuat.
Pelajar yang lain boleh bertanya soalan kepada peserta hafazan berkaitan hadith
dari segi makna ringkas, adab sedekah, dan pengajarannya dalam kehidupan
Penggunaan hafazan yang dikaitkan dengan sebuah cerita memudahkan para
pelajar untuk mengingati fakta-fakta yang banyak di dalam semua mata pelajaran.
1.8 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA
Di antara perancangan mengumpulkan data yang akan dibuat ialah dengan membuat
analisis kelemahan pelajar. Seterusnya, cara semakan buku latihan, Ujian Pertengahan
Tahun berkaitan Hadtih tajuk Sedekah dan akan memberikan data berbentuk dokumen.
(i) Semakan Buku Latihan : kaedah ini dapat mengesan kelemahan pelajar melalui latihan
pengukuhan hadith yang diberikan. Latihan ini akan dibuat setelah PdP dilaksanakan
(ii) Ujian Pertengahan Tahun Topik Hadith (Sedekah): Terdapat 4 soalan subjektif dalam
topik Hadith (sedekah). Jumlah bilangan jawapan yang betul dicatat dalam bentuk
peratus. 4 soalan objektif yang melibatkan topik hadith dalam ujian pertengahan tahun
seperti di lampiran
(iii) Data Berbentuk Dokumen melalui pertandingan Hafazan Hadith: Saya akan
menjalankan pertandingan hafazan hadith di Dewan Darul Hikmah di dalam minggu
Pendidikan Islam. Sebanyak 10 soalan lisan yang akan diberikan kepada pelajar dan 10
lagi soalan secara bertulis. Markah pelajar akan direkodkan dan ditukar ke dalam bentuk
peratusan.
1.9 PERANCANGAN PERLAKSANAAN TINDAKAN
Kajian ini bermula pada 23 September 2014 hingga 2 November 2014. Iaitu
memakan masa selama 5 minggu.
Untuk melaksanakan kajian ini, saya memerlukan satu sesi pengajaran, satu sesi
ujian pertengahan tahun dan satu sesi pertandingan hafazan.
Kedua-dua sesi pengajaran ini berada di bawah tajuk yang sama iaitu Hadith
subtopiknya juga sama iaitu Sedekah Pemangkin Kesejahteraan, manakala, Pertandingan
hafazan hadith dibuat di dalam minggu Pendidikan Islam.
8
Strategi pengajaran yang telah saya gunakan dalam sesi pertama ini adalah
berpusatkan guru dan saya telah mengajar tentang “Mengingati sanad, matan dan makna
hadith secara ringkas”. Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap ahli kumpulan
perlu mencari pasangan masing-masing bagi tujuan menghafaz serta mentasmi’ hadith
bergilir-gilir. Slaid sanad dan matan hadith ditayangkan dengan menarik. Tempoh masa
yang bersesuaian akan diberikan untuk aktiviti ini.
Aktiviti selanjutnya diteruskan dalam kumpulan yang sama: guru meminta pelajar
mentasmi’ hafazan hadith mereka di dalam kumpulan masing-masing.
Pada Ujian Pertengahan Tahun, pelajar diminta menjawab kesemua soalan dalam
kertas ujian yang diedarkan. Oleh itu, saya akan dapat mengesan bilangan pelajar yang
dapat mengingati sanad, matan, serta makna ringkas hadith dengan baik. Ini kerana semasa
aktivti berkumpulan murid sangat seronok dan membuatkan mereka tidak sabar untuk
tasmi’ hafazan hadith.
Untuk sesi temubual, saya telah mengambil masa selama sepuluh minit untuk
bertanya soalan kepada beberapa orang pelajar berkenaan sistem hafaz berpasangan yang
digunakan sebentar tadi.
1.10 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA
Dengan membuat pemerhatian dan Ujian Pertengahan Tahun. Terdapat 4 soalan
Pendidikan Islam, sub topik hadith dalam Ujian Pertengahan Tahun. Bilangan pelajar yang
dapat menajwab dengan betul akan dicatat dalam bentuk peratus seperti contoh dalam
jadual di lampiran.
Jadual 4 menunjukkan 66 orang pelajar daripada Tingkatan 2 Siddiq dan 2
Fathonah yang akan menjawab Ujian Pertengahan Tahun juga akan disemak latihan
pengukuhan dan beberapa orang daripada mereka yang layak bakal menyertai
pertandingan hafazan hadith. Jadual tersebut akan menunjukkan, sekiranya:
a) Terdapat 3 orang pelajar sahaja yang dapat menjawab keempat-empat soalan
dengan betul;
b) terdapat 6 orang pelajar dapat menjawab 3 daripada 4 soalan dengan betul;
9
c) hanya seramai 12 orang yang dapat menjawab dua soalan daripada 4 soalan
yang diberikan
d) terdapat pelajar yang dapat menjawab satu soalan sahaja daripa 4 yang telah
dikemukakan mencapai 30 orang pelajar;
e) Baki daripadanya tidak mendapat menjawabb kesemua soalan. Sekiranya
mereka menjawab juga tetapi tidak menepati kehendak soalan. Di antara pelajar
yang mungkin membuat kesilapan ini kebiasaannya di dalam kalangan pelajar
yang lemah.
Sekiranya hal ini berlaku, kesimpulan yang mungkin boleh dibuat adalah pelajar
memang belum menguasai dengan sebaiknya topik Hadith di dalam Pendidikan
Islam. Jadi, langkah yang sewajarnya perlu diteruskan.
Untuk mendapat respon dan pendapat pelajar sendiri, saya bercadang untuk
melaksanakan temubual kepada beberapa orang pelajar. Temubual yang dibuat adalah
secara semi struktur. Temubual ini akan dibuat melalui whatssapp dan ditulis semula
sebagaimana berikut, sebagai contoh :
2.0 CADANGAN TEMUBUAL
Apakah pendapat anda tentang
pembelajaran hadith? Ia penting ataupun
tidak?
P1: saya kurang berminat dengan topik atau
subjek hadith.
P2: Bagi saya, belajar hadith ini
membosankan.
P3: Bagi saya pula, belajar hadith ini penting
untuk kita mengetahui hukum-hakam.
Adakah PdP nya menarik atau
membosankan?
P1: Ya, pembelajaran yang saya alami
selami ini membosankan.
P2: Guru yang mengajarnya tidak dapat
menarik perhatian kami.
P3: Walaupun terdapat ramai yang
mengatakan bahasa arab itu sukar dan
kitab-kitab hadith yang asa-usul nya susah
didapati, maka, bagi saya, kerana itula kita
10
perlu faham dan hafaz untuk memudahkan
kita kelak.
Sekiranya anda bosan dengan PdP tersebut,
bagaimana kaedah menarik bagi anda yang
boleh meningkatkan kefahaman dan prestasi
anda di dalam subjek ini?
P1: Di antara kaedah yang menarik adalah
seperti :
1) penggunaan LCD untuk slaid
pembelajaran hadith melalui
slideshow,
2) memberi hadiah kepada setiap
pelajar yang berjaya menghafaz
hadith paling banyak,
3) dan akhir sekali untuk peperiksaan,
guru bolehlah mengumpulkan soalan-
soalan tahun lalu dan
membukukannya bagi memudahkan
pelajar membuat latihan sebelum
peperiksaan menjelma.
P2: 1) buat satu modul hadith dengan
menggunakan kertas berwarna-warni.
Dengan cara ini akan memupuk semangat
belajar hadith.
2) beri makna setiap perkataan hadith
yang dipelajari supaya pelajar-pelajar dapat
memahaminya dengan mudah.
P3: pendapat saya:
1) semasa belajar, boleh dibuat secara
berkumpulan lalu pelajar membuat
pembentangan. Cara ini
memudahkan pelajar untuk
mengingati apa yang dibentangkan
dan juga apa yang rakan mereka
sampaikan.
2) Kemudian, selepas belajar, mungkin
guru boleh membuat pop kuiz untuk
menguji kefahaman kami semua.
3) Kaedah untuk menguatkan lagi
ingatan kami adalah dengan cara
11
memberi peluang kepada kami
menyampaikan tazkiran kepada
rakan-rakan sama ada semasa
belajar atau di luar waktu belajar
4) Untuk menghafaznya pula, saya
menarik dengan cara sekiranya kita
membuat minggu hadith di mana
pelajar wajib menghafaz hadith dan
terjemahannya, lalu ditasmik dan diuji
oleh guru yang berkaitan. Itu sahaja
cadangan daripada saya.
Sekiranya anda dapat mengamalkan apa
yang telah anda pelajari, bukankah itu
sesuatu yang menarik dan mencapai
kepuasan?
(Soalan ini ditanya secara tak langsung dan
bukan melalui whatsapp)
P1ya, saya bersetuju. Ia sangat menarik.
Tetapi ia amat sukar kerana saya belum
menguasainya.
P2: Saya dapat mengamalkannya sedikit
demi sedikit sekarang kerana baru
memahami sebahagian daripada apa yang
dipelajari.
P3: Sudah tentu ia mencapai kepuasan
sekiranya saya dapat memahami dan
mengamalkannya dalam hidup.
2.1 REFLEKSI KAJIAN
Semasa saya mengajar di salah sebuah sekolah dalam daerah Kota Tinggi, saya
telah diamanahkan untuk mengajar dua kelas iaitu 2 Siddiq dan 2 Fathonah. Dari
pemerhatian setelah mengajar subjek Pendidikan Islam kedua-dua kelas tersebut, didapati
terdapat kelebihan dan kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Semasa saya
mengajar. Sebelum ini saya mengajar tanpa membuat perancangan yang awal walaupun
saya mempunyai Rancangan Pengajaran Tahunan. Apabila saya belajar Institut Pendidikan
Guru, banyak yang menyedarkan saya tentang penambahbaikan dan kaedah PdP yang
menarik, di antaranya:
1) sebelum proses PdP berlaku, saya merancang rancangan pengajaran harian
secara berstuktur dan berkesan. Sebagai contoh Objektif dalam PdP yang
12
dirancang lebih khusus, boleh diukur, mampu dicapai, sesuai dan mempunyai
penetapan jangka masa.
2) Semasa merancang saya juga merujuk sembilan elemen pembelajaran Gagne
untuk diterapkan dalam PdP. Saya juga memahami bahawa saya perlu
mewujudkan persekitaran pengajaran yang soalan yang saya berikan, saya
akan memberi peneguhan yang positif seperti ucapakan tahniah kepada murid
saya atau memberikan ganjaran seperti gula-gula sebagai tanda saya
menghargai jwapan dan keberaniannya untuk menjawab.
Tetapi, jika terdapat pelajar yang menjawab soalan dengan salah, saya perlu
meberikan motivasi dan kata-kata semangat kepada mereka.
3) Hasil kerja murid secara individu atau berkumpulan juga saya perlu pamerkan di
sudut Pendidikan Islam yang terdapat di dalam kelas sebagai tanda
penghargaan saya kepada mereka sebagai contoh penulisan khat hadith
Rasulullah s.a.w. secara tidak langsung, pelajar yang sering melihat tulisan khat
ini akan menambahkan kekuatan ingatan terhadap hadith.
4) Peraturan PdP perlu diajalankan dengan tegas. Bahakan sesi pertama PdP
bersama mereka perlu disebutkan tentang ini. Sekiranya mereka lupa, perlu
diingatkan semula. “Trade mark” juga diperkenalkan untuk murid memberi
tumpuan dan fokus semasa sesi pembelajaran sebagai contoh guru akan
menyebut secara tiba-tiba sewaktu pelajar leka, “tahmid” dan pelajar menjawab
“Alhamdulillah”.
5) Soaljawab pelajar samada secara individu atau kumpulan melalui lisan atau
bertulis pop kuiz mungkin boleh membantu pentaksiran kepada pelajar. Ini juga
salah satu pembelajaran yang berpusatkan murid. Pelajar yang berjaya
menjawab soalan paling banyak mungkin boleh diberikan ganjaran. Ini
memungkinkan pelajar akan berlumba-lumba untuk mengingat dan menjawab
soalan yang diajukan guru. Dalam penyoalan, saya merujuk ‘Taksonomi Bloom’
yang dikaji semula untuk mencipta soalan pemikiran aras tinggi, sebagai contoh
“ Bagaimanakah kamu menghubungkaitkan hadith dengan kehidupan seharian
kamu?”
6) Pendekatan koperatif sangat sesuai untuk topik hadith terutamanya bagi sesi
menghafaz dan tasmi’. Di samping itu, guru dapat menjimatkan masa dan
menambah keyakinan pelajar kerana sebelum mereka tasmi’ kepada guru,
mereka perlu tasmi’ kepada rakan mereka terlebih dahulu.
Walaupun demikian, terdapat kelemahan yang mungkin dihadapi. Tidak semua
pelajar mampu mencapai peningkatan dalam hal ini.
Di antaranya:
13
1) jangka masa. Contohnya dalam perancangan PdP saya merangka masa
perjalanan aktiviti yang berkaitan topik yang diajar selama 25 minit tetapi
akibat pengurusan yang kurang terancang, atau kerjasama pelajar yang
kurang memungkinkan perjalanan aktiviti lebih dari masa yang dirancang.
2) Oleh itu, ia akan menjejaskan aktiviti penutup dan rumusan yang akan
guru sampaikan. Jika ini berlaku, saya perlulah menambahkan
pengetahuan dari sudut kawalan kelas serta kemahiran membina dengan
baik aktriviti yang dirancang.
3) Sekiranya tugasan ataupun aktiviti tidak bersesuain dengan masa yang
diperuntukkan, saya perlulah membina perancangan yang lain untuk
mencapai objektif ini. Sebagai contoh, dalam satu kumpulan dua orang
sahaja menjawab soalan satu, dua orang lagi menjawab soalan dua, dua
orang menjawab soalann pop kuiz, dan bakinya menjawab soalan
bertulis. Jadi, pelajar tidak akan rasa tersisih di dalam kumpulan mereka
sendiri.
2.1 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
SEPTEMBER-NOVEMBER
14
2.2 JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI KAJIAN
ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD
MINGGU 1
MINGGU 2
MINGGU 3
MINGGU 4
MINGGU 5
MESYUARAT/ MENGENAL PASTI MASALAH /PEMBENTUKAN JK
MENULIS KERTAS CADANGAN /MERANCANG TINDAKAN
MELAKSANAKAN TINDAKAN/ MEMBINCANGKAN MASALAH
YANG TIMBUL
UJIAN UNTUK MENGESAN PENCAPAIAN/DAPATAN
REFLEKSI/ MENULIS LAPORAN/ PEMBENTANGAN
KAJIAN
15
2.3 Jadual pelajar yang akan menjawab soalan Ujian Pertengahan Tahun
BIL AKTIVITI TARIKH/MINGGU
PELAKSANAAN
CATATAN
1. Mengenal Pasti Masalah Dan
Pengumpulan Data Awal
23 SEPTEMBER
2014
MESYUARAT JK
INDUK/PELAKSANA
2. Menulis Kertas Cadangan 29 SEPTEMBER
2014
SETIAUSAHA
3. Merancang Tindakan 29 SEPTEMBER
2014
MESYUARAT PELAKSANA
4. Melaksanakan Tindakan
–Aktiviti 1 (Menyemak Buku latihan
dan Ujian Pertengahan Tahun)
3 OKTOBER 2014 PELAJAR TERLIBAT
:TINGKATAN 2
5. Membincangkan Masalah Yang
Timbul Dalam Aktiviti 1
12 OKTOBER 2014 MESYUARAT JK
INDUK/PELAKSANA
6. Melaksanakan Tindakan
–Aktiviti 2 ( Melatih Pelajar
Menghafaz Hadith Di Dalam Kelas
dan Melaksana Latihan Bertulis
Menarik Hafazan Hadith)
14 OKTOBER 2014 PELAJAR TERLIBAT
:TINGKATAN 2
7. Membincangkan Masalah Yang
Timbul
Dalam Aktiviti 2
15 OKTOBER 2014 MESYUARAT JK
INDUK/PELAKSANA
8. Ujian untuk mengesan
pencapaian/dapatan
16 OKTOBER 2014 PELAJAR TERLIBAT
:TINGKATAN 2
9. Refleksi kajian 17 OKTOBER 2014 MESYUARAT PELAKSANA
10. Menulis laporan Kajian 30 OKTOBER 2014 MESYUARAT JK
INDUK/PELAKSANA
11. Pembentangan dapatan kajian 2 NOVEMBER 2014 MESYUARAT JK
INDUK/PELAKSANA
16
Bil.
ID
Pelajar Bilangan Jawapan Betul Bilangan Jawapan Betul
(4 soalan Topik Hadith) Ujian
(10 soalan Lisan Hadith)
Pertandingan
1 P1 1 3
2 P2 2 5
3 P3 2 5
4 P4 2 5
5 P5 1 3
6 P6 1 3
7 P7 1 3
8 P8 2 5
9 P9 0 2
10 P10 4 6
11 P11 4 6
12 P12 1 3
13 P13 0 2
14 P14 1 3
15 P15 2 2
16 P16 2 2
17 P17 3 2
18 P18 2 5
19 P19 1 3
17
20 P20 0 2
21 P21 1 3
22 P22 0 2
23 P23 4 6
24 P24 1 3
25 P25 0 2
26 P26 5 8
27 P27 0 2
28 P28 1 3
29 P29 1 3
30 P30 3 7
31 P31 0 2
32 P32 3 7
33 P33 1 3
34 L1 0 2
35 L2 3 6
36 L3 1 3
37 L4 3 7
38 L5 2 6
39 L6 2 6
40 L7 1 3
41 L8 1 3
18
42 L9 1 3
43 L10 2 6
44 L11 1 3
45 L12 1 3
46 L13 1 3
47 L14 1 3
48 L15 4 8
49 L16 1 3
50 L17 2 6
51 L18 2 6
52 L19 3 6
53 L20 1 3
54 L21 1 3
55 L22 1 3
56 L23 1 3
57 L24 1 3
58 L25 1 3
59 L26 1 3
60 L27 0 2
61 L28 0 2
62 L29 0 2
63 L30 1 3
19
64 L31 1 3
65 L32 0 2
66 L33 0 2
2.4 CARTA GANT PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
BIL AKTIVITI SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER
1. Mengenal Pasti Masalah Dan
Pengumpulan Data Awal
2. Menulis Kertas Cadangan
3 Merancang Tindakan
4 Melaksanakan Tindakan
–Aktiviti 1 (Melatih Pelajar
Menghafaz Hadith Di Dalam Kelas)
5 Membincangkan Masalah Yang
Timbul
Dalam Tindakan
6 Melaksanakan Tindakan
–Aktiviti 2 (Melaksana Latihan
Bertulis Menarik Hafazan Hadith)
7 Membincangkan Masalah Yang
Timbul
Dalam Tindakan 2
8 Ujian untuk mengesan
pencapaian/dapatan
9 Refleksi kajian
10 Menulis laporan Kajian
11 Pembentangan dapatan kajian
20
2.5 BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :
Kertas A4 –2 rim
Pen drive
Kertas Warna
Projektor
2.6 BAHAN DAN ANGGARAN KOS
BIL
JENIS BAHAN
KUANTITI X HARGA
SEUNIT
JUMLAH KOS
KERTAS A4
2 RIM X RM8.00 RM 16.00
FAIL DAN BUKU
CATATAN
66 X RM 2.00 RM 132.00
ALAT TULIS
RM150.00
CETAK BAHAN DAN
KAJIAN
RM 250.00
JUMLAH BESAR
RM 548.00
21
3.0 Literatur Review
8.0.1 Penguasaan Pelajar Sekolah Menengah Aliran Agama Terhadap Pengajian
Ilmu retorik Arab. Azhar Bin Muhammad, Abdul Hafiz Bin Abdullah, Dan Lain-Lain. (2006).
Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia
Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai persepsi dan minat yang
mendalam terhadap ilmu Balaghah dan kajian juga telah menunjukkan bahawa pengajaran
ilmu Balaghah di sekolah yang dipilih berkesan dalam meningkatkan penguasaan pelajar
terhadap ilmu Balaghah. Namun terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti yang
dihadapi oleh para pelajar yang boleh mengganggu mereka untuk menguasai ilmu ini.
Bagi memastikan para pelajar dapat menguasai ilmu Balaghah dengan sebaik mungkin,
penyelidik telah mencadangkan beberapa langkah yang boleh diperhatikan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pengurusan sekolah dan para guru.
Kaitan kajian ini dengan kajian yang bakal dibuat adalah dari sudut mengenalpasti
kefahaman pelajar dan persepsi pelajar terhadap sesebuah subjek. Walaubagaimanapun
masalah yang timbul dalam kalangan pelajar perlu diambil tindakan segera sekiranya metod
pengajaran sudah berkesan tinggal lagi penguasaan mereka sahaja yang perlu ditingkatkan.
8.0.2 Pengajian Hadith Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM):
Kajian Terhadap Metodologu Pengajaran Di Sekolah Menengah Kebangsaan Pauh Jaya,
Pulau Pinang. Mohammad Akhir Bin Wahab. (2008). Jabatan Al-Quran dan Al-hadith
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti metodologi pengajaran Hadith dengan penumpuan
diberikan terhadap aspek langkah pengajaran serta kaedah pengajaran yang dilaksanakan
di dalam kelas. Atas tujuan itu, penulis memilih SMKPauh Jaya, Pulau Pinang sebagai
sampel kajian. Data diperolehi menerusi temu bual, pemerhatian dan juga soal selidik.
Analisis soal selidik mendapati majoriti murid dapat menerima dengan baik langkah
pengajaran ini. Kajian turut mendapati semua guru menggunakan kaedah-kaedah syarahan,
penyoalan lisan,perbincangan, pengulangan, pemberian latihan serta pengajaran yang
berbantukan alat bantu mengajar dalam pengajaran hadith. Sebahagian guru turut
mengaplikasikan kaedah-kaedah penceritaan dan pemberian nota catatan.
22
Hasil analisis soal selidik menunjukkan bahawa pelaksanaan langkah dan kaedah di
atas mendapat maklum balas yang positif daripada majoriti murid serta menepati aspirasi
mereka.
Kajian ini mencadangkan agar pihak yang berkenaan dapat memastikan kelangsungan
pengajian Hadith dalam arus pendidikan kebangsaan, di samping mengambil langkah-
langkah wajar bagi memperkasa dan memantapkannya dalam menghadapi era globalisasi.
Cabaran utama guru Pendidikan Islam adalah sejauh mana kemampuan mereka untuk
mengaplikasikan multimedia secara optimum di dalam pengajaran Hadith. Kajian turut
mencadangkan agar bidang khusus bagi Hadith dapat diwujudkan di dalam subjek
Pendidikan Islam agar pengajarannya lebih terbuka dan menyeluruh.
Kajian ini sangat berkait rapat dengan kajian yang bakal dibuat untuk mengenalpasti
Penguasaan Pelajar di sekolah tersebut. Terhadap Hadith setelah melaksanakan aktiviti
yang bersesuaian bagi menggantikan metod pengajaran yang terdahulu.
23
LAMPIRAN 1
4 Soalan Subjektif mengikut format PT3 Ujian pertengahan untuk topik hadith
1. Nyatakan empat amalan sedekah yang terdapat dalam hadith.
2. Berikan dua adab bersedekah.
3. Jelaskan dua kelebihan sedekah kepada pemberi sedekah.
4. Sedekah dapat membantu orang yang memerlukan. Berikan pengajaran hadith di
atas.
24
LAMPIRAN 2
Latihan menghafaz hadith dibuat di dalam
kelas
Pengacara mengendalikan majlis
pertandingan hafazan hadith
Para pelajar menjalani latihan hadith secara
berkumpulan
25
Tasmik hadith sesama rakan sebaya
Pertandingan diadakan di Dewan Darul
Hikmah SMAKT
Salah seorang pemenang adalah daripada
kelas 2 Siddiq
Pemenang hafazan hadith bahagian lelaki
2014 Johan-Saguhati
26
Lampiran 3
Kaedah-kaedah tindakan yang dirancang untuk dilaksanakan seperti di bawah:
Rancang Tindakan Kajian Refleksi Langkah 1
Ulang Semula Rancang
Tindakan Kajian Refleksi Langkah 2
27
28
29
Contoh di bawah ini menunjukkan graf halangan komunikasi yang berlaku di dalam kelas. Sebagai
cadangan penambahan soalan temubual.
Gambar pelajar mendengar sesi taklimat pertandingan hadith