Contoh Kertas Kerja Hari Anugerah Cemerlang

5
HARI ANUGERAH CEMERLANG SAMTTAR 2014 Tarikh : 11 Mei 2014/11 Rejab 1435H (Ahad) Tema : PELAJAR CEMERLANG PENJANA PENDIDIKAN GEMILANG Tempat : Dewan Al-Ghazali SAMTTAR, Sungai Manggis. Anjuran: Unit Kurikulum SAMT Tengku Ampuan Rahimah Sungai Manggis, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan 1

Transcript of Contoh Kertas Kerja Hari Anugerah Cemerlang

Page 1: Contoh Kertas Kerja Hari Anugerah Cemerlang

HARI ANUGERAH CEMERLANG

SAMTTAR 2014

Tarikh :11 Mei 2014/11 Rejab 1435H (Ahad)

Tema :PELAJAR CEMERLANG PENJANA PENDIDIKAN

GEMILANG

Tempat :Dewan Al-Ghazali SAMTTAR,

Sungai Manggis.

Anjuran:

Unit Kurikulum

SAMT Tengku Ampuan Rahimah

Sungai Manggis, 42700 Banting,

Selangor Darul Ehsan

1

Page 2: Contoh Kertas Kerja Hari Anugerah Cemerlang

1.0 NAMA PROGRAM“HARI ANUGERAH CEMERLANG SAMTTAR 2014”

2.0 TEMAPELAJAR CEMERLANG PENJANA PENDIDIKAN GEMILANG

3.0 TUJUANKertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk mendapat kebenaran

mengadakan program tersebut diatas dan mendapatkan sokongan daripada pengetua untuk memohon peruntukan kewangan daripada sekolah dan PIBG Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis.

4.0 RASIONALHari Anugerah cemerlang adalah hari ucapan dan penyampaian hadiah

kepada pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan awam serta peperiksaan dalaman sekolah, pelajar terbaik dalam aktiviti ko-kurikulum dan mempunyai sahsiah yang baik. Hari Anugerah Cemerlang juga adalah hari di mana pihak sekolah mengiktiraf sumbangan para pelajar, guru, kakitangan dan tokoh pendidik tempatan terhadap pencapaian cemerlang mereka di dalam bidang masing-masing di dalam menaikkan nama sekolah.

5.0 OBJEKTIF5.1. Memberi anugerah kepada para pelajar yang cemerlang dalam

peperiksaan awam dan peperiksaan dalaman sekolah.5.2. Memberi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam

aktiviti kokurikulum, guru, kakitangan dan tokoh pendidikan setempat terhadap sumbangan mereka dalam mencapai kecemelangan sekolah.

5.3. Mengiktiraf pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik.5.4. Memberikan anugerah kepada tokoh pelajar.5.5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru, ibubapa dan

masyarakat.

6.0 ANJURANUnit Kurikulum Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan

Rahimah, Sungai Manggis, Banting.

7.0 KUMPULAN SASARAN

2

Page 3: Contoh Kertas Kerja Hari Anugerah Cemerlang

7.1. Pelajar cemerlang peperiksaan PMR, SMA, SPM, STAM, STPM dan MUET tahun 2013.

7.2. Pelajar cemerlang setiap kelas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2013.

7.3. Tokoh pelajar akademik, kokurikulum dan pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik.

7.4. Ketua dan Penolong Ketua Umum serta Ketua dan Penolong Ketua Asrama.

7.5. Guru-guru, kakitangan dan bekas guru SAMTTAR, Sg Manggis yang cemerlang di dalam menyumbang usaha ke arah kecemerlangan sekolah.

8.0 TEMPATDewan al-Ghazali Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis.

9.0 TARIKH11 Mei 2014/11 Rejab 1435H (Ahad)

10.0 JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUKPengerusi : Pn Siti Romziah Bt MadongNaib Pengerusi 1 : Pn. Norafizah bt AhmadNaib Pengerusi 2 : Ustaz Ramli bin Rashid.Naib Pengerusi 3 : Tuan Haji Khairollah bin Haji Tahir.Naib Pengerusi 4 : Puan Norlina binti Shaharuddin.Pengarah : En Ahmad Zawawe bin HassanTimb. pengarah : Pn.Nor Azah Azan binti Mohamed.

: Pn.Sotnizan binti Sapare.: Pn.Ilya Romiza Binti Suri.: Pn.Norazna binti Kusni.: Pn.Norraha Binti Banuri.: Pn. Laiyinah Az-Zahra binti Mohamad Rabeh

Setiausaha : Pn.Raja Nurhidayah bt Raja AzamanBendahari : Pn.Umi Kalsom bt Ismail

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANALihat lampiran A

11.0 ATURCARA PROGRAM Lihat lampiran B

3

Page 4: Contoh Kertas Kerja Hari Anugerah Cemerlang

12.0 IMPLIKASI KEWANGAN

12.1 ANGGARAN PERBELANJAAN Lihat lampiran C

12.2 SUMBER KEWANGAN 12.2.1 Sekolah 12.2.2 PIBG SAMT TAR

13.0 PENUTUPAdalah diharapkan usaha murni ini dapat dilaksanakan dengan sebaik

mungkin dengan harapan ianya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi semua segi sama ada dari segi sahsiah, akademik mahupun ko-kurikulum. Melaluinya juga, diharapkan agar segala ilmu yang diperolehi nanti mampu melahirkan pelajar yang mampu memberi sumbangan yang terbaik untuk sekolah khususnya dan kepada agama, masyarakat dan negara umumnya.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

…………………………………… ………………………………………(RAJA NURHIDAYAH BT RAJA AZAMAN) Setiausaha HAC 2014

Disahkan oleh ,

……………………………………………..

4