Contoh Kertas Kerja Kawad Kaki

7
SEKOLAH KEBANGSAAN LAGUD TENOM KERTAS KERJA NAMA PROGRAM : LATIHAN INTENSIF KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM PERSATUAN PENGAKAP TARIKH : 22 OGOS 2015 TEMPAT : PADANG SEKOLAH SK LAGUD ANJURAN : PERSATUAN PENGAKAP

description

Contoh Kertas Kerja Kawad KakiPersatuan Pengakap SK

Transcript of Contoh Kertas Kerja Kawad Kaki

Page 1: Contoh Kertas Kerja Kawad Kaki

SEKOLAH KEBANGSAAN LAGUD

TENOM

KERTAS KERJA

NAMA PROGRAM :

LATIHAN INTENSIFKAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM

PERSATUAN PENGAKAP

TARIKH :

22 OGOS 2015

TEMPAT :

PADANG SEKOLAH SK LAGUD

ANJURAN :

PERSATUAN PENGAKAP

SEKOLAH KEBANGSAAN LAGUD

Page 2: Contoh Kertas Kerja Kawad Kaki

1.0 PENGENALAN

Kertas cadangan ini disediakan bagi melaksanakan satu aktiviti iaitu Latihan intensif kawad kaki badan beruniform untuk ahli Pengakap . Ahli-ahli persatuan tersebut akan menyertai Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Tenom.

Aktiviti latihan intensif kawad kaki yang dilaksanakan ini mampu meningkatkan teknik kawad kaki pasukan yang akan bertanding tidak lama lagi. Tambahan pula, inilah julung-julung kalinya Persatuan Pengakap akan menyertai prtandingan kawad kaki.

2.0 TAJUK AKTIVITI

- Latihan intensif kawad kaki Persatuan Pengakap SK Lagud.

3.0 TUJUAN PROGRAM

3.1 Membekalkan pengetahuan dan kemahiran asas kepada pelajar berkaitan dengan kawad kaki.

3.2 Membentuk jati diri pelajar.

3.3 Memupuk semangat bekerjasama pelajar.

3.4 Melahirkan keseronokan kawad kaki dan saingan yang sihat melalui pertandingan dengan menerapkan nilai-nilai supaya melahirkan pelajar yang berdisiplin, bersemangat dan berkeperibadian tinggi.

4.0 JAWATANKUASA PELAKSANA AKTIVITI

Page 3: Contoh Kertas Kerja Kawad Kaki

4.1 Penasihat : En. Abang Hj Man.

4.2 Jurulatih Utama : En Azlan

Pn Nazahiah

Cik Ismafatini

Cik Rosliza

4.3 Tempat Latihan : Padang SK Lggud

4.4 Tarikh : 22 Ogos 2015, Sabtu.

4.6 Jumlah Ahli : 50 ahli & 4 Jurulatih

5.0 KAEDAH / STRATEGI PELAKSANAAN

5.1 Aktiviti yang dirancang berdasarkan tahap keupayaan kawad kaki pelajar.

5.2 Sesi program yang dirancang menyeronokkan, menarik minat dan

menaikkan semangat untuk terus berlatih serta mengikuti aktiviti.

5.3 Menanam semangat untuk mencapai kejayaan kepada setiap

pelajar melalui latihan yang dilaksanakan dengan menyeluruh.

5.4 Aktiviti yang dirancang akan dijalankan dari pukul 8 am-2 pm.

6.0 TENTATIF PROGRAM

6.1 Tentatif Aturcara / Program :

8.00 pg - Pendaftaran Kehadiran Ahli Pengakap.

8.15 pg - Nyanyian lagu Negaraku & Pengakap.

8.30 pg - Senamrobik.

9.00 pg - Minum Pagi.

9.15 pg - Taklimat tentang Objektif Penubuhan PKP di Sekolah dan Latihan Serta Pengurusannya Aktivitinya & Taklimat ringkas berkaitan aktiviti Perkhemahan.

10.15 pg - Latihan Fizikal : Aktiviti Mara Lasak ( Catatan masa ).

Page 4: Contoh Kertas Kerja Kawad Kaki

11.00 pg - Ulangkaji Latihan Kawat Statik ( Mengikut Format Pertandingan Kawat Kaki ).

11.30 pg - Latihan Kawat Berjalan Pelajaran 1 - Cepat Jalan ( Mengikut Format Pertandingan Kawat Kaki ).

12.30 tgh -Rehat / Makan Tengahari.

1.00 tgh - Latihan Kawat Berjalan Pelajaran 2 - Perlahan Jalan ( Mengikut Format Pertandingan Kawat Kaki ).

1.30 tgh - Latihan ( Kawat Bersahutan / Kata Perintah Kawat kepada Semua Koperal Platun utk Pemilihan Sjn Platun dan Ulangkaji Pelajaran Kawat Statik / Berjalan ( Pelajaran 1 & 2 ).

2.00 ptg - Bersurai.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Sasaran program adalah utk semua Ahli Pengakap SK Lagud.

8.0 SUMBER KEWANGAN

- Peruntukan Ko-kurikulum

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITIHARGASEUNIT

JUMLAH

1.0 Makan Tengahari- Jurulatih- Ahli Pengakap

450

RM7.00RM5.00

RM28.00RM250.00

2.0 Minum Pagi- Jurulatih- Ahli Pengakap

450

RM3.00RM2.50

RM12.00RM125.00

3.0 Jumlah RM415.00

Page 5: Contoh Kertas Kerja Kawad Kaki

10.0 PENUTUP

Saya amat berharap program latihan intensif ini mendapat kerjasama dan komitmen daripada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakannya. Hal ini kerana, program ini memberi manafaat kepada murid-murid untuk menimba pengalaman baru serta mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru dan murid. Di samping dapat mencungkil bakat-bakat baru berkawad kaki dalam kalangan ahli Persatuan Pengakap Sekolah diperingkat sekolah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

_________________ _________________ ______________

En. Abang Hj Man En. Sharil Shadan En. Unus Jiko

Guru Penasihat Pengakap Penolong Kanan Kokurikulum Guru Besar

SK Lagud, Tenom SK Lagud, Tenom SK Lagud, Tenom