Contoh Laporan Penanda Arasan

3
Laporan Penanda Aras Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP Sejarah Semester 4, Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman (IPDA) Kedah dengan Pelajar Sejarah Institut Perguruan Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM) Melaka. Nama Ketua Unit: __________________ Unit: Sejarah Laporan Penanda Aras. Pada hari Khamis bersamaan 9hb Oktober 2014, pelajar Pismp Sejarah Semester 4 daripada IPDA seramai 27 orang dan seorang pensyarah telah membuat penanda aras ke IPGKPM Melaka . Mereka telah merancang beberapa aktiviti semasa berada di IPGKPM. Antaranya ialah melakukan sesi diskusi bersama pelajar Pismp Sem 1 IPGKPM selama satu jam. Dalam sesi diskusi ini, mereka telah memaparkan beberapa video, antaranya ialah: 1. Lawatan sambil belajar ke Lembah Bujang. i. Lawatan ini telah dilakukan semasa mereka di pengajian Program Persedian Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Semester 1. ii. Tujuan mereka ke Lembah Bujang adalah untuk memenuhi kehendak yang terdapat dalam salah satu kursus sejarah iaitu Pengantar Ilmu Sejarah. 2. Historian Night. i. Program ini merupakan program besar yang pertama dilakukan oleh mereka semasa Pismp Semester 2. ii. Tujuan program ini diadakan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50. iii. Program ini melibatkan kerjasama semua siswa/siswi pendidik semester 2. iv. Setiap unit diwajibkan membuat persembahan seperti nyanyian lagu patriotik, lakonan, teater, sketsa,

description

contoh laporan penanda aras

Transcript of Contoh Laporan Penanda Arasan

Laporan Penanda Aras Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP Sejarah Semester 4, Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman (IPDA) Kedah dengan Pelajar Sejarah Institut Perguruan Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM) Melaka.

Nama Ketua Unit: __________________Unit: SejarahLaporan Penanda Aras.

Pada hari Khamis bersamaan 9hb Oktober 2014, pelajar Pismp Sejarah Semester 4 daripada IPDA seramai 27 orang dan seorang pensyarah telah membuat penanda aras ke IPGKPM Melaka . Mereka telah merancang beberapa aktiviti semasa berada di IPGKPM. Antaranya ialah melakukan sesi diskusi bersama pelajar Pismp Sem 1 IPGKPM selama satu jam. Dalam sesi diskusi ini, mereka telah memaparkan beberapa video, antaranya ialah:

1. Lawatan sambil belajar ke Lembah Bujang.i. Lawatan ini telah dilakukan semasa mereka di pengajian Program Persedian Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Semester 1.ii. Tujuan mereka ke Lembah Bujang adalah untuk memenuhi kehendak yang terdapat dalam salah satu kursus sejarah iaitu Pengantar Ilmu Sejarah.

2. Historian Night.i. Program ini merupakan program besar yang pertama dilakukan oleh mereka semasa Pismp Semester 2.ii. Tujuan program ini diadakan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50.iii. Program ini melibatkan kerjasama semua siswa/siswi pendidik semester 2.iv. Setiap unit diwajibkan membuat persembahan seperti nyanyian lagu patriotik, lakonan, teater, sketsa, deklamasi sajak dan koir yang berkisarkan sejarah penubuhan Malaysia.

3. Peta Gergasi Malaysia.i. Aktiviti ini merupakan aktiviti kedua yang terbesar dilakukan oleh mereka sehingga berjaya mencatat rekod di Malaysian Book of Records.ii. Aktiviti ini bersempena Hari Malaysia yang ke-50. Tujuan lain aktiviti ini juga untuk membuat kelainan sempena Hari Malaysia.iii. Sebelum melaksanakan aktiviti ini, mereka menubuhkan ahli jawatankuasa bagi memudahkan perjalanan aktiviti dan melibatkan semua unit semester dua.iv. Proses pertama aktiviti ini ialah penggumpalan surat khabar. Proses ini memakan masa selama empat bulan iaitu bermula pada bulan Jun sehingga bulan September. v. Setiap malam mereka perlu menggumpal kertas sebanyak 5000 gumpalan . Mereka perlu menggumpal kertas sebanyak 150000.vi. Hasil kerjasama semua unit, proses penggumpalan berjaya menghasilkan gumpalan kertas yang ingin dicapai.vii. Setelah selesai sesi penggumpalan, mereka memulakan proses untuk mewarnakan gumpalan yang telah berjaya dihasilkan.viii. Warna yang digunakan semasa proses mewarna ini ialah warna-warna yang terdapat di dalam bendera Malaysia.ix. Selesai proses mewarna, mereka menjemur gmpalan kertas tersebut. x. Pada masa yang sama, AJK Ukur telah menjalankan tugas untuk mengrid padang.xi. Dua hari sebelum Hari Malaysia, semua unit bekerjasama menyusun gumplan kertas menjadi peta Malaysia.xii. Pada 16 September 2012, peta gergasi Malaysia tersebut siap tersusun di padang IPDA. xiii. Peta ini berukuran 152.8 kaki persegi dan aktiviti ini merupakan rekod kedua IPDA kerana sebelum ini pelajar IPDA juga telah berjaya membuat kad gergasi sempena Hari Guru.xiv. Wartawan daripada TV3 telah menemubual Pengarah Projek mengenai perjalanan aktiviti ini.Selesai sesi penayangan video, mereka telah menerangkan serba sedikit projek-projek yang telah mereka lakukan. Setelah itu, Ketua Unit Pismp Sejarah IPGKPM iaitu Nur Dini binti Supian telah memberikan ucapan. Akhir sekali, pemberian cenderahati daripada pelajar IPDA sebagai tanda berakhirnya majlis.

Disediakan oleh____Fatin___(NUR FATIN SYAMIMIE BINTI ZAWAWI)Pelajar Sejarah Sem 1IPGKPM Melaka.