Contoh Minit Mesy. Agung Pibg (Bukan Pembubaran)

10
Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 – 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 – 5191 1671 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA Tarikh : 25 Februari 2006 Hari : Sabtu Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Kehadiran : 1. Ibubapa ( 78 orang ) 2. Guru ( 43 orang ) AGENDA 1. UCAPAN PENGERUSI 1.1 Tuan Pengerusi mengalu-alukan kedatangan para ibubapa dan guru serta mengucapkan ribuan terima kasih. 2. BACAAN DOA 2.1 Bacaan doa disampaikan oleh Ustaz Tajuddin b Che Seman 3. UCAPAN GURU BESAR 3.1 Ucapan alu-aluan di atas kehadiran para ibubapa ke mesyuarat pada hari ini serta menyatakan tujuan mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan cadangan-cadangan untuk meningkatkan prestasi sekolah disamping pelantikan AJK 2006/2007. 3.2 Menyatakan maklumat mengenai sekolah iaitu terdiri daripada 805 orang murid termasuk murid prasekolah. Guru seramai 46 orang dan sebanyak 22 kelas. Sekolah ini hanya mempunyai satu sesi sahaja. 3.3 Menerangkan hasrat kementerian untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dari pelbagai aspek terutamanya akademik. Pelaksanaan ini memerlukan komitmen dari semua pihak iaitu guru-guru, ibubapa dan murid-murid. 3.4 Pihak sekolah telah menjalankan pelbagai program bagi meningkatkan taraf akademik seperti kelas tambahan pagi dan kelas tambahan malam yang mendapat sambutan menggalakkan. Murid-murid juga diberi penekanan dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Pihak sekolah akan memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran- kemahiran ini apabila tamat persekolahan. 1

description

Surat Rasmi

Transcript of Contoh Minit Mesy. Agung Pibg (Bukan Pembubaran)

  • Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua

    Tel: 03 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 5191 1671

    MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA

    Tarikh : 25 Februari 2006 Hari : Sabtu Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Kehadiran : 1. Ibubapa ( 78 orang ) 2. Guru ( 43 orang ) AGENDA 1. UCAPAN PENGERUSI

    1.1 Tuan Pengerusi mengalu-alukan kedatangan para ibubapa dan guru serta mengucapkan ribuan terima kasih.

    2. BACAAN DOA

    2.1 Bacaan doa disampaikan oleh Ustaz Tajuddin b Che Seman 3. UCAPAN GURU BESAR

    3.1 Ucapan alu-aluan di atas kehadiran para ibubapa ke mesyuarat pada hari ini serta menyatakan tujuan mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan cadangan-cadangan untuk meningkatkan prestasi sekolah disamping pelantikan AJK 2006/2007.

    3.2 Menyatakan maklumat mengenai sekolah iaitu terdiri daripada 805

    orang murid termasuk murid prasekolah. Guru seramai 46 orang dan sebanyak 22 kelas. Sekolah ini hanya mempunyai satu sesi sahaja.

    3.3 Menerangkan hasrat kementerian untuk memperkasakan sekolah

    kebangsaan dari pelbagai aspek terutamanya akademik. Pelaksanaan ini memerlukan komitmen dari semua pihak iaitu guru-guru, ibubapa dan murid-murid.

    3.4 Pihak sekolah telah menjalankan pelbagai program bagi meningkatkan

    taraf akademik seperti kelas tambahan pagi dan kelas tambahan malam yang mendapat sambutan menggalakkan. Murid-murid juga diberi penekanan dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Pihak sekolah akan memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran ini apabila tamat persekolahan.

    1

  • Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua

    Tel: 03 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 5191 1671

    3.5 Sekolah telah mencapai banyak kejayaan pada tahun lepas seperti mengadakan Hari Keusahawanan dengan jayanya bagi mengutip dana PIBG serta menjadi naib juara pertandingan bola sepak Piala Raja Muda.

    3.6 Menegaskan bahawa keperluan buku-buku kerja dan latihan adalah

    untuk memastikan murid-murid diberi banyak latihan yang menjurus ke arah peperiksaan UPSR. Pembelajaran dengan mengharapkan buku teks sahaja tidak mencukupi untuk mendedahkan murid-murid dengan suasana sebenar peperiksaan.

    3.7 Sekolah merancang mengadakan Aerobikthon pada tahun ini bagi

    mengumpul dana untuk membina dewan terbuka dan mengharapkan agar ibubapa memberikan sokongan kepada pihak sekolah.

    3.8 Menyatakan bahawa guru-guru di sekolah ini merupakan guru-guru

    yang berdedikasi,bersemangat dan sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjalankan aktiviti sekolah. Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru.

    3.9 Mengharapkan agar ibubapa dapat memilih AJK PIBG 2006/2007

    yang dapat memberikan sokongan mantap kepada pihak sekolah serta merakamkan penghargaan kepada AJK PIBG 2005/2006 dalam persediaan mengadakan mesyuarat pada hari ini.

    4. UCAPAN DAN PERASMIAN OLEH PENGERUSI PIBG SESI 2005/2006

    4.1 Encik Zainal Hasaudin selaku YDP PIBG sesi 2005/2006 mengalu-alukan kedatangan para guru dan ibubapa ke mesyuarat PIBG kali ini.

    4.2 Beliau juga merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak

    dalam memberikan sumbangan dan kerjasama kepada AJK PIBG 2005/2006.

    4.3 Menyentuh tentang program-program yang telah dijalankan oleh PIBG

    seperti Hari Kantin yang berjalan dengan lancar dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan murid-murid dalam pertandingan Piala Raja Muda.

    4.4 Beliau mengharapkan sokongan dan kerjasama ibubapa dan guru

    dalam PIBG supaya tidak semata-mata mencari kesalahan mana-mana pihak.

    4.5 Menegaskan bahawa antara ciri-ciri mencapai kecemerlangan adalah

    disiplin yang tinggi. Beliau juga meminta ibubapa memberi perhatian yang serius kepada keselamatan anak yang menghadiri kelas malam

    2

  • Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua

    Tel: 03 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 5191 1671

    atau aktiviti lain dengan mengambil dan menghantar anak supaya tidak terlibat dengan gejala yang tidak sihat.

    4.6 Memohon maaf di atas ketidakhadiran perasmi iaitu Tuan Haji Ghazali Hamzah dan beliau berucap bagi pihak perasmi dan selaku YDP PIBG. Seterusnya beliau merasmikan mesyuarat agung PIBG kali ke 9.

    5. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

    5.1 Puan Norlia mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh En Shahruddin Ahmad.

    6. PERKARA BERBANGKIT

    6.1 En Nazeri b Zainal 6.1.1 Meminta supaya tahap kebersihan tandas ditingkatkan.

    6.2 Pn Asmahniza bt Amin

    6.2.1 Meminta supaya mengkaji semula yuran PIBG serta menyuarakan isu pembelian baju sukan.

    6.3 En Dzulkafli Mustapha

    6.3.1 Meminta yuran PIBG dikaji semula dan menyatakan kekeliruan

    tentang perbezaan harga baju sukan di kedai buku iaitu hanya RM5 sedangkan di sekolah RM15. Belau juga kecewa dengan kelewatan pihak sekolah memberikan pakaian sukan.

    6.4 Pn Saliza bt Meon

    6.4.1 Menyuarakan tentang isu pembayaran yuran iaitu jumlah pada resit yang didapati tidak sama dengan yang dibayar.

    6.5 En Mohd Rosli b Masiran

    6.5.1 Mencadangkan agar resit sementara dikeluarkan sementara menunggu resit rasmi.

    6.6 En Abdul Razak b Jidin (Guru Besar)

    6.6.1 Menyatakan bahawa tandas dicuci dua kali sehari iaitu selepas

    rehat dan pada 2.30 petang. Meminta supaya ibubapa memahami keadaan kerana tandas digunakan oleh 800 orang murid.

    3

  • Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua

    Tel: 03 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 5191 1671

    6.6.2 Pihak sekolah tidak memaksa ibubapa membeli t-shirt sukan.

    Tujuan pemakaian t-shirt sekolah adalah untuk mengelakkan murid-murid memakai baju seperti bercorak kartun. T-shirt sekolah boleh digunakan untuk Pendidikan Jasmani dan juga sukan.

    6.6.3 Memaklumkan bahawa kedai sekolah tidak mampu lagi

    mengendalikan jualan t-shirt dan seluar sekolah kerana rugi. Harga RM5 di kedai adalah untuk seluar yang tidak laku dijual. Sekolah mengambilalih semula penjualan dan menetapkan harga mengikut harga purata bagi saiz S, M dan L dan mengikut kualiti kain. Kelewatan pemberian pakaian tersebut adalah kerana masalah dengan pihak pembekal dan sekolah tetap akan memberi pakaian sukan kepada murid walaupun lewat.

    6.6.4 Senarai yuran mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian (a)

    yuran persekolahan, (b) bagi yuran pelbagai dan (c) yuran PIBG. Resit yang diberi ialah resit bagi yuran persekolahan dan PIBG sahaja manakala bahagian (b) tidak dikeluarkan resit.

    6.6.5 Memohon ibubapa memberi masa kepada guru kerana

    penyediaan resit tidak boleh mengandungi kesilapan. Guru juga tidak dapat menyediakan resit pada hari pendaftaran kerana kekangan masa.

    6.7 Encik Zainal b Hasaudin (YDP PIBG)

    6.7.1 Menyatakan bahawa gotong royong yang dijalankan oleh pihak sekolah tidak mendapat sambutan.

    6.7.2 Pembelian t-shirt dan seluar sekolah adalah untuk

    menyeragamkan pakaian sukan murid.

    6.8 Puan Norlia bt Ahmad (GPK Ko-Kurikulum)

    6.8.1 Menyatakan bahawa sekiranya ada pertandingan sukan, murid-murid perlu memakai pakaian sukan sekolah supaya ada keseragaman. Pemberian pakaian sukan yang lewat juga disebabkan oleh kelewatan ibubapa membuat bayaran.

    6.8.2 Menegaskan bahawa ibubapa perlu mengambilkira

    perkembangan fizikal murid-murid. Ini kerana pakaian sukan yang lama mungkin tidak sesuai digunakan terlalu lama kerana murid semakin membesar terutamanya murid perempuan.

    7. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN

    4

  • Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua

    Tel: 03 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 5191 1671

    7.1 Pembentangan laporan kewangan oleh Pn Siti Norasiah Ishak yang

    telah disahkan oleh En Mohamed Najib dan En Md Ali. 8. PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2005/2006

    8.1 YDP PIBG, En Zainal mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG 2005/2006 dan mengumumkan pembubaran AJK PIBG sesi 2005/2006.

    9. PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA

    9.1 En Che Om mencadangkan En Khairil Fithri dilantik sebagai pengerusi sementara dan Pn Norlaily sebagai pencatat.

    10. PERLANTIKAN AJK PIBG SESI 2006/2007

    10.1 Lantikan AJK PIBG sesi 2006/2007 YDP : En Khairil Fithri bin Md. Hatah NYDP : En Mohamed Iqbal bin Mohamed Kassim Setiausaha : Cik Yuhanissa binti Che Abd Samad Bendahari : Pn Maznira binti Mohamad AJK Ibubapa : 1. Pn Nazeema binti Mohamed Yunus

    2. Pn Asmahniza binti Amin 3. En Kamarudin bin Ishak

    4. En Mohd Ali bin Hj. Ahmad

    5. Pn Nor Azlina Abdul Aziz

    AJK Guru : 1. Pn Jarah binti Ismail 2. En Ikram bin Ibrahim 3. En Mohamad Shukri bin Shahabudin

    4. Cik Zarina binti Ramli 5. Pn Aisyah binti Muhamad Razi

    5

  • Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua

    Tel: 03 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 5191 1671

    Juru Audit : En Mohamed Najib b Mustapha (Guru) En Saiful Adli bin Abd Rahim (Ibubapa) 11. UCAPAN YDP PIBG SESI PIBG 2006/2007

    11.1 En Khairil Fithri mengucapkan terima kasih kepada para hadirin kerana memilih beliau untuk menerajui PIBG dan berharap dapat menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin.

    11.2 YDP memperkenalkan AJK PIBG sesi 2006/2007.

    12. PEMBENTANGAN USUL

    12.1 Melebarkan tempat menunggu bagi kereta ibubapa. (dibatalkan kerana pengusul tiada )

    13. HAL-HAL LAIN

    13.1 En Khairil Fithri b Md. Hatah

    13.1.1 Pendaftaran murid tidak dijalankan dengan sempurna seperti meja dan kerusi tidak cukup.

    13.1.2 Keselamatan kelas-kelas di tingkat atas adalah

    membimbangkan kerana kebanyakan cermin pecah.

    13.1.3 Meminta pihak pengurusan menegur pihak kantin tentang lalat yang banyak di atas makanan.

    13.2 En Hj Fikri b Ariffin

    13.2.1 Mengesyorkan pihak sekolah membuka tender kepada syarikat luar untuk pakaian sukan supaya sekolah tidak rugi.

    13.2.2 Masa pendaftaran dan pembelian buku dilihat terlalu

    sesak. Meminta supaya diasingkan pembelian buku bagi murid tahun 1 hingga 6 supaya menjimatkan masa.

    13.2.3 Pihak sekolah perlu mengadakan pelbagai program

    motivasi dan teknik belajar untuk murid tahun 4,5 dan 6.

    13.3 En Azman b Hamzah

    6

  • Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua

    Tel: 03 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 5191 1671

    13.3.1 Buku-buku latihan yang dibeli tidak berbaloi dan

    merugikan sekiranya tidak dibuat oleh murid. 13.3.2 Bayaran yuran sekolah agama membebankan.

    13.4 En Adi Yazid b Rosli 13.4.1 Makmal komputer tidak digunakan dengan sepenuhnya

    sedangkan anak-anak perlu didedahkan dengan ICT.

    13.5 En Dzulkafli Mustapha

    13.5.1 Keselamatan murid-murid melintas jalan pada waktu pagi tidak terjamin kerana ketiadaan pengawal. Mencadangkan agar gaji pengawal keselamatan dinaikkan.

    13.5.2 Menegur pihak kantin kerana mengenakan bayaran 10 sen

    bagi penambahan sambal.

    13.5.3 Meminta supaya setiap perkara berbangkit dijawab dengan persediaan dan untuk menyelesaikan permasalahan.

    13.6 En Ridhwan b Ali

    13.6.1 Tidak bersetuju dengan kenyataan dalam surat kebenaran membawa keluar murid menyertai aktiviti luar sekolah dan meminta supaya kenyataan tersebut ditukar.

    13.6.2 Mencadangkan agar dana PIBG digunakan sebaik

    mungkin.

    13.7 Pn Julita bt Baharom

    13.7.1 Mencadangkan agar usul-usul dapat disenaraikan dalam minit mesyuarat dan mengedarkan minit mesyuarat AJK PIBG kepada semua ibubapa.

    13.7.2 Mengesyorkan agar tandas dibaikpulih atau ditambah.

    13.8 En Che Om b Ahmad

    13.8.1 Meminta ibubapa supaya tidak mempersoalkan yuran

    PIBG kerana bantuan dari kementerian tidak mencukupi. 13.8.2 Meminta supaya ibubapa dan guru perlu bekerjasama agar

    segala aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna.

    7

  • Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua

    Tel: 03 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 5191 1671

    13.9 En Rajan

    13.9.1 Pihak sekolah perlu memberi perhatian tentang keselamatan murid-murid pergi dan balik sekolah. Menyatakan bahawa garisan kuning (speed) di jalan raya sudah haus dan pengawal keselamatan tidak memakai jaket keselamatan dan tidak memegang papan tanda.

    13.9.2 Mengesyorkan pihak sekolah membuat satu target, dan mengenalpasti pencapaian yang perlu diperbaiki atau dinaikkan agar mencapai peningkatan dalam UPSR.

    13.10 En Shahruddin Ahmad

    13.10.1 Mengucapkan tahniah kepada AJK 2005/2006 atas

    kerjasama yang membanggakan dan berharap kewangan PIBG dapat ditambahkan lagi. Ucapan terima kasih kepada guru-guru di atas kejayaan murid-murid.

    13.10.2 Menggalakkan ibubapa menghantar anak-anak ke kelas

    tambahan sekolah dan mengutarakan pandangan bagaimana untuk meningkatkan kualiti kelas tambahan.

    13.11 En Mohd Abu Bakar

    13.11.1 Mengucapkan tahniah di atas kejayaan sekolah dalam Piala Sumbangsih. Pihak sekolah juga perlu memberi perhatian kepada sukan-sukan yang lain.

    13.11.2 Meminta supaya pihak sekolah tidak melantik ibubapa

    menjadi pegawai sukan secara bidan terjun. 13.11.3 Berharap ibubapa dapat memberikan kerjasama kepada

    pihak sekolah bagi melancarkan proses pendaftaran.

    13.12 Pn Noraziah bt Ghazali

    13.12.1 Meminta supaya semua pihak memperbetulkan cara sebutan nama sekolah.

    13.12.2 Meminta supaya jangan menganggap pandangan suatu

    kritikan dan berharap agar segala masalah dapat disertakan dengan cara mengatasi.

    13.12.3 Mencadangkan agar tandas dibersihkan tiga kali sehari.

    13.12.4 Mencadangkan agar KAFA dikaji semula seperti

    diletakkan di kelas-kelas bawah.

    8

  • Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua

    Tel: 03 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 5191 1671

    13.13 En Nazeri b Zainal

    13.13.1 Pengawas tidak sepatutnya diberi tugas menjaga kelas terlalu lama dan skop tugas pengawas perlu dikurangkan.

    13.14 Pn Norlia bt Ahmad (GPK Ko-kurikulum)

    13.14.1 Mengesyorkan ibubapa agar membuat tabungan awal

    supaya tidak timbul masalah untuk membayar yuran. 13.15 En. Abdul Razak b Jidin (Guru Besar)

    13.15.1 Guru mengajar mengikut kesesuaian samada menggunakan buku latihan atau buku kerja. Pihak sekolah juga mengadakan pemeriksaan buku pada setiap hari Isnin.

    13.15.2 Menyatakan bahawa sekolah tidak mempunyai perisian

    yang dibekalkan oleh kementerian. Sekolah juga tidak mempunyai peruntukan untuk membeli perisian dari pihak swasta. Permohonan untuk mengadakan kelab komputer juga telah ditolak

    13.15.3 Meminta ibubapa supaya menyerahkan tanggungjawab

    penggunaan makmal komputer kepada pihak sekolah. Ini kerana bukan semua kelas dapat mengikuti pembelajaran di dalam makmal kerana kekangan masa. Pembelajaran ICT juga boleh dijalankan di dalam bilik darjah menggunakan LCD dan laptop.

    13.15.4 Pengawal keselamatan dicari dan diberi gaji oleh PIBG.

    Tidak ramai yang sanggup menjadi pengawal walaupun dibayar RM200. PIBG boleh berurusan dengan MBSA untuk membuat semula garisan kuning (speed) di jalan raya.

    13.15.5 Sekolah akan sentiasa mengkaji dan memantau

    kebersihan di kantin serta dari segi kualiti dan kuantiti makanan.

    13.15.6 Menyatakan bahawa mana-mana sekolah juga

    menggunakan ayat yang sama dalam surat kebenaran membawa murid keluar. Ibubapa ada hak untuk tidak membenarkan anak-anak mengikuti aktiviti sekiranya berasa tidak selamat.

    13.15.7 Kebanyakan ibubapa tidak datang pada hari pendaftaran

    dan ini menyukarkan pihak sekolah. Menyatakan bahawa penjualan buku di kedai buku telah lama dibuka tetapi ibubapa tidak datang sebaliknya membeli buku semasa

    9

  • Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua

    Tel: 03 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 5191 1671

    hari pendaftaran. Kesesakan pasti berlaku tambahan pula penjual buku cuma seorang dan kedai buku yang sempit.

    13.15.8 Usul boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam

    buku program tetapi perlu juga ditapis kerana bukan semua berbentuk usul.

    13.15.9 Pihak swasta hanya menghantar dua orang pekerja sahaja

    dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk membersihkan tandas sekerap mungkin dan untuk melakukan kerja pembersihan seluruh bangunan sekolah.

    13.15.10 Kewangan PIBG telah digunakan sebaik mungkin dalam

    pelbagai program. Yuran PIBG tidak boleh dibayar secara ansuran. Pembayaran sebanyak dua kali adalah bagi tahun 2005.

    13.15.11 Kelas KAFA diletakkan di tingkat atas supaya tidak

    mengganggu kelas-kelas tahun 1 dan enam di tingkat bawah. Kelas- kelas tahun satu mempunyai banyak peralatan dan dibimbangi akan rosak dan hilang.

    13.15.12 Pengawas cuma ditugaskan membantu guru dan bukan

    selalu ditugaskan menjaga kelas. 14. UCAPAN PENANGGUHAN

    14.1 YDP menyarankan agar penyampaian maklumat lebih berkesan seperti dengan penggunaan surat supaya tidak timbul salah faham di kalangan ibubapa.

    14.2 YDP mengucapkan terima kasih kepada ibubapa dan guru-guru dalam

    melicinkan perjalanan mesyuarat agung PIBG ke 9. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.40 tengah hari.

    10

    SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA