Contoh Minit Mesyuarat Kelab Guru SKBG

3
SMK Seri Ampang, Ipoh, Perak Minit Mesyuarat AJK Kelab Guru dan Staf Sokongan Kali Kedua-2009 Tarikh : 14 Mei 2009 Masa : 1.10 Petang Tempat : Pusat Sumber Kehadiran : Seperti lampiran Agenda : 1. Ucapan Pengerusi 2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu 3. Perkara Berbangkit 4. Sambutan Hari Guru 5. Persaraan Pn Ho Lee Choo 6. Hal-hal lain 1.0 Ucapan Pengerusi Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Kelab Guru dan Staf Sokongan yang hadir. Tuan Pengerusi memohon agar guru-guru dapat memberikan cadangan untuk aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009. 2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu Pengerusi membaca dan membentangkan minit mesyuarat kali pertama 2009. Pn Norhaslinda bt Din mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Cik Norhezan bt Che Teh . 3.0 Perkara Berbangkit 3.1 Pengerusi mencadangkan jamuan hari lahir dibuat pada setiap 3 bulan sekali.

Transcript of Contoh Minit Mesyuarat Kelab Guru SKBG

SMK Seri Ampang, Ipoh, Perak

Minit Mesyuarat AJK Kelab Guru dan Staf Sokongan Kali Kedua-2009

Tarikh:14 Mei 2009Masa:1.10 PetangTempat:Pusat SumberKehadiran:Seperti lampiranAgenda:1. Ucapan Pengerusi2.Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu3.Perkara Berbangkit4.Sambutan Hari Guru5.Persaraan Pn Ho Lee Choo6.Hal-hal lain

1.0Ucapan PengerusiTuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Kelab Guru dan Staf Sokongan yang hadir. Tuan Pengerusi memohon agar guru-guru dapat memberikan cadangan untuk aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009.

2.0Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang laluPengerusi membaca dan membentangkan minit mesyuarat kali pertama 2009. Pn Norhaslinda bt Din mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Cik Norhezan bt Che Teh .

3.0Perkara Berbangkit3.1Pengerusi mencadangkan jamuan hari lahir dibuat pada setiap 3 bulan sekali.

4.0Sambutan Hari Guru4.1Jamuan Hari GuruPn Norhaslinda mencadangkan supaya Kelab Guru mendapatkan sumbangan daripada pihak kantin sekolah untuk Jamuan Hari Guru.

4.2Hadiah Hari Guru4.2.1 RM5 daripada duit kebajikan Kelab Guru akan digunakan untuk membeli hadiah hari guru.4.2.2Pn Norhaslinda mencadangkan supaya satu aktiviti bertukar-tukar hadiah diadakan antara guru-guru. Setiap guru perlu membeli hadiah masing-masing dengan harga minimum RM10. Pertukaran hadiah akan dilakukan semasa jamuan.

4.3Persembahan Cik Norhezan mencadangkan supaya guru-guru mencari pelajar-pelajar yang ingin membuat persembahan sambutan Hari Guru.

5.0Persaraan Pn Ho Lee Choo5.1Jamuan PersaraanJamuan persaraan Pn Ho Lee Choo akan diadakan pada waktu petang jam 4 petang. Sambutan untuk sesi pagi turut diadakan tetapi hanya secara ringkas.

5.2Hadiah Persaraan5.2.1 Kelab Guru akan menyumbangkan RM70 bagi membeli hadiah untuk persaraan Pn Hoo Lee Choo.5.2.2Pn Norhaslinda mencadangkan supaya setiap kelas memberikan sumbangan hadiah bagi persaraan Pn Ho Lee Choo.

6.0Hal-hal lain6.1Pn Norhaslinda mencadangkan supaya surat khabar lama bilik guru dikumpul dan dijual untuk dikitar semula bagi menambah pendapatan Kelab Guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh,Disahkan oleh,

_______________________________________________________________(Nor Ashikin bt Sued)(En Abdullah b )Pen SU Kelab Guru dan Staf SokonganPengerusi Kelab Guru dan Staf Sokongan