Contoh Negara Mengikut Jenis Kepimpinan (1)

7
Contoh Negara Mengikut Jenis Kepimpinan 1. Autokratik (RUSIA) Rusia pada asalnya telah mengamalkan Sistem Pemerintahan Beraja bermula tahun 1547 sehingga tahun 1917. Maharaja dipanggil “Tsar” di Russia. Ivan IV merupakan raja pertama yang menggunakan gelaran Tsar dan penggunaannya berakhir dengan Dinasti Ramanov pada tahun 1917. Tsar Ivan The Terrible / Tsar Ivan IV 1547 adalah raja pertama menyatukan daerah kecil dan membentuk sebuah negara yang kuat. Tsar Ivan dikenali sebagai raja yang terkenal dengan cara pemerintahannya yang bersifat autokratik. Dikenali sebagai ”Ivan yang ganas” telah memerintah dengan menggunakan kuasa mutlak. Mereka juga berkebalan dari segi undang-undang dan diberi pelbagai kemudahan istimewa. Segala kata Tsar akan dirujuk dan dianggap sebagai undang-undang. Tsar Russia adalah Michael Romanov (1613-1645), Peter the Great (1682-1725), Catherine I (1725-1727), Tsar Alexander I (1801-1825), Tsar Nicholas I (1825-1855), Tsar Alexander II (1855-1881), dan Tsar Nicholas II memerintah dari 1894 hingga Mac 1917 merupakan Tsar terakhir Russia. Pada umumnya, sehingga tahun 1917, empayar Rusia mempraktikkan pemerintahan bercorak autokratik yang diterajui oleh Tsar Nicholas II. Beliau merupakan pemerintah terakhir dinasti Romanov yang menerajui tampuk pemerintahan Rusia sejak tahun 1613. Beliau memerintah dari tahun 1894 hingga 1917 setelah mengambil alih tampuk pemerintahan dari bapanya iaitu Alexander III. Tsar Nicholas mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan keputusan pentadbiran serta hal ehwal kerajaan misalnya melantik serta memecat para menteri. Oleh kerana abad ke-20 kebanyakan negara-negara mengalami revolusi, Tsar bertindak mengawal segala pergerakan rakyat dan menghadkan pemikiran mereka dengan melakukan beberapa dasar yang menghalang hak demokrasi misalnya sebarang perhimpunan dan pertubuhan tidak dibenarkan wujud kecuali dengan keizinannya. Organisasi yang berbaur keagamaan juga tidak dibiarkan berleluasa walaupun penganut Kristian Katolik merupakan majoriti terbesar di Rusia. Pada tahun 1894, penganut-penganut Stundist, satu mazhab agama Baptist Rusia mengadakan upacara sembahyang namun dihalang oleh tentera-tentera atas arahan Tsar kerana beliau merasakan terdapat cubaan penyebaran idea subversif. Penganut mazhab Dukhobor pula dikenakan kerahan tenaga dan dipaksa menjadi tentera pemulihan di Cyprus menyebabkan permusuhan terhadap Tsar semakin mendalam. Rakyat yang ingkar dan menentang akan dipenjarakan atau dihantar ke Siberia tanpa perbicaraan kerana tidak patuh arahan Tsar. Segala bentuk cubaan yang boleh menjatuhkan kekuasaan kerajaan akan disekat misalnya kebebasan berakhbar. Segala berita atau tulisan yang ingin dikeluarkan mestilah melalui proses penapisan dan mendapat kebenaran Tsar bertujuan untuk menghalang idea sosialis atau subversif tersebar dalam pemikiran

description

contoh kepimpinan ikut negara

Transcript of Contoh Negara Mengikut Jenis Kepimpinan (1)

Page 1: Contoh Negara Mengikut Jenis Kepimpinan (1)

Contoh Negara Mengikut Jenis Kepimpinan

1. Autokratik (RUSIA)

Rusia pada asalnya telah mengamalkan Sistem Pemerintahan Beraja bermula tahun 1547 sehingga tahun 1917. Maharaja dipanggil “Tsar” di Russia. Ivan IV merupakan raja pertama yang menggunakan gelaran Tsar dan penggunaannya berakhir dengan Dinasti Ramanov pada tahun 1917. Tsar Ivan The Terrible / Tsar Ivan IV 1547 adalah raja pertama menyatukan daerah kecil dan membentuk sebuah negara yang kuat. Tsar Ivan dikenali sebagai raja yang terkenal dengan cara pemerintahannya yang bersifat autokratik. Dikenali sebagai ”Ivan yang ganas” telah memerintah dengan menggunakan kuasa mutlak. Mereka juga berkebalan dari segi undang-undang dan diberi pelbagai kemudahan istimewa. Segala kata Tsar akan dirujuk dan dianggap sebagai undang-undang. Tsar Russia adalah Michael Romanov (1613-1645), Peter the Great (1682-1725), Catherine I (1725-1727), Tsar Alexander I (1801-1825), Tsar Nicholas I (1825-1855), Tsar Alexander II (1855-1881), dan Tsar Nicholas II memerintah dari 1894 hingga Mac 1917 merupakan Tsar terakhir Russia.

Pada umumnya, sehingga tahun 1917, empayar Rusia mempraktikkan pemerintahan bercorak autokratik yang diterajui oleh Tsar Nicholas II. Beliau merupakan pemerintah terakhir dinasti Romanov yang menerajui tampuk pemerintahan Rusia sejak tahun 1613. Beliau memerintah dari tahun 1894 hingga 1917 setelah mengambil alih tampuk pemerintahan dari bapanya iaitu Alexander III. Tsar Nicholas mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan keputusan pentadbiran serta hal ehwal kerajaan misalnya melantik serta memecat para menteri. Oleh kerana abad ke-20 kebanyakan negara-negara mengalami revolusi, Tsar bertindak mengawal segala pergerakan rakyat dan menghadkan pemikiran mereka dengan melakukan beberapa dasar yang menghalang hak demokrasi misalnya sebarang perhimpunan dan pertubuhan tidak dibenarkan wujud kecuali dengan keizinannya. Organisasi yang berbaur keagamaan juga tidak dibiarkan berleluasa walaupun penganut Kristian Katolik merupakan majoriti terbesar di Rusia. Pada tahun 1894, penganut-penganut Stundist, satu mazhab agama Baptist Rusia mengadakan upacara sembahyang namun dihalang oleh tentera-tentera atas arahan Tsar kerana beliau merasakan terdapat cubaan penyebaran idea subversif. Penganut mazhab Dukhobor pula dikenakan kerahan tenaga dan dipaksa menjadi tentera pemulihan di Cyprus menyebabkan permusuhan terhadap Tsar semakin mendalam. Rakyat yang ingkar dan menentang akan dipenjarakan atau dihantar ke Siberia tanpa perbicaraan kerana tidak patuh arahan Tsar.

Segala bentuk cubaan yang boleh menjatuhkan kekuasaan kerajaan akan disekat misalnya kebebasan berakhbar. Segala berita atau tulisan yang ingin dikeluarkan mestilah melalui proses penapisan dan mendapat kebenaran Tsar bertujuan untuk menghalang idea sosialis atau subversif tersebar dalam pemikiran rakyat. Rakyat bawahan juga tidak dibenarkan menyertai mana-mana pertubuhan elit dan jawatan dalam kerajaan hanya untuk golongan bangsawan. Begitu juga kebebasan golongan minoriti misalnya Yahudi dikawal dan tempat tinggal mereka hanya dibenarkan di satu kawasan dikenali sebagai The Jewish Pale of Settlement. Justeru, rakyat tidak mempunyai ruang atau hak untuk menyuarakan perasaan dan tuntutan mereka terhadap kerajaan.

Page 2: Contoh Negara Mengikut Jenis Kepimpinan (1)

Autokratik memperlihatkan satu bentukkuasa mutlak. Rakyat harus menerima setiapkeputusan sama ada ia baik ataupunsebaliknya. Setiap keputusan yang dikeluarkan, rakyat terpaksa menerimanya kerana ia bersifat diktator.

Page 3: Contoh Negara Mengikut Jenis Kepimpinan (1)

2. Demokratik (MALAYSIA)

Pengasas-pengasas negara kita Malaysia telah memilih sistem demokrasi untuk politik dan pentadbiran negara kita. Demokrasi memberi kuasa kepada rakyat untuk mentadbir negara mereka sendiri. Kuasa memilih pemimpin ditentukan oleh rakyat dan rakyat tentu bijak dalam pemilihan pemimpin mereka. Mereka tentu tidak akan memilih orang yang ternampak jelas akan merosakkan negara mereka dan membinasakan mereka. Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan tertinggi Kerajaan Malaysia. Secara rasmi mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, selaku Ketua Negara, dan biasanya pemimpin sesebuah parti politik atau parti komponen terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat) akan dipilih dan dilantik oleh rakyat melalui pilihanraya. Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1957-1970) dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein (1970-1976) digelar sebagai Bapa Pembanggunan, Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn (1976-1981) dikenali sebagai Bapa Pemodenan, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (1981-2003) digelar sebagai Bapa Pemodenan, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi (2003-2009) digelar sebagai Bapa Pembanggunan Modal Insan, dan Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak (2009-Kini) dikenali sebagai Bapa Transformasi Malaysia.

Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang bermaksud Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan. Struktur pemerintahan di Malaysia telah diasingkan kepada tiga badan bagi menjaminpemerintahan yang cekap dan telus. Badan tersebut ialah Badan Perundangan (Legislatif),Badan Pemerintahan (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari). Pengasingan kuasa ini bertujuan untuk mengelakkan kewujudan sebarang permuafakatan atau komplot antara badanperundangan, badan pemerintahan dan badan kehakiman. Selain itu, menjadi kepentingankuasa-kuasa ini diasingkan supaya tidak berlaku pemusatan kuasa antara ketiga-tiga badan tersebut. Pemerintahan Malaysia yang bercirikan demokrasi berperlimen dan raja berpelembagaan yang unik kerana Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen Yang Di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Di peringkat persekutuan, Yang di-Pertuan Agong harus menerima nasihat dari jemaah menteri dan perdana menteri Malaysia.

Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi “kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat”. Kebebasan bersuara merujuk kepada hak seseorang individu untuk mengekspresikan idea-ideanya tanpa campurtangan kerajaan. Jika seorang manusia itu mempunyai hak berfikir untuk dirinya sendiri dan untuk menggunakan mindanya semahunya, maka dia juga haruslah mempunyai hak untuk mengekspresikan buah fikirannya dan idea-idea dalam bentuk yang konkrit, samada dalam bentuk penulisan ataupun lisan.

Unsur penting dalam demokrasi ialah “pemerintahan rakyat”. Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi. Dalam autokrasi, rakyat tidak boleh bersuara dan tidak dibenarkan terlibat dalam urusan pemerintahan negara.

Page 4: Contoh Negara Mengikut Jenis Kepimpinan (1)

Rujukan

1. Mahadi Shuid, Suzani Osman, Pra-U STPM Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Longman, 2006, halaman 230, 231, 232, 233, 234, 235, 236, 237, 238.

2. Ranjit Singh Malhi, Rujukan STPM Pengajian Am Kenegaraan Malaysia, Kuala Lumpur: Federal Publiction, cetakan keempat 2001, halaman 32, 33, 34, 35.

3. Portal Rasmi Parlimen Malaysia http://www.parlimen.gov.my/html#

Page 5: Contoh Negara Mengikut Jenis Kepimpinan (1)

3. L aissez faire (Indonesia)

Prof. Dr.-Ing. H. Bacharuddin Jusuf Habibie adalah Presiden Republik Indonesia yang ketiga. Ia menggantikan Soeharto yang mengundurkan diri dari jabatan presiden pada 21 Mei 1998 berikutan tekanan gerakan reformasi yang hebat. Pada 21 Mei 1998, bertempat di Istana Negara, Presiden Soeharto meletakkan jawatannya sebagai presiden dihadapan ketua dan beberapa anggota dari Mahkamah Agung. Pada ketika itu juga B.J. Habibie yang selaku Wakil Presiden dilantik untuk menggantikan Soeharto dan menjadi presiden, serta pelantikannya dilakukan di depan Ketua Mahkamah Agung dan para anggotanya. Selepas itu, jawatan Presiden Republik Indonesia dijawat oleh B.J. Habibie sebagai presiden yang ke-3. Dari tahun 1978 ke 1998, Habibie merupakan Menteri Teknologi dan Badan Pengkajian Dan Penerapan Teknologi dalam zaman kepemimpinan Presiden Suharto. Pada masa kedudukannya sebagai menteri, beliau pun diangkat menjadi ketua umum Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia (ICMI). Habibie diangkat menjadi Wakil Presiden dalam Kabinet Pembangunan VII pada tahun 1998. Dua bulan kemudian, beliau dilantik menjadi Presiden apabila Suharto dipaksa meletak jawatan.

BJ Habibie memang seorang idealis yang dengan keras kepala tidak mahu berubah dari pendiriannya dalam memperkenalkan Indonesia modern dan cara mencapainya. Pada era pemerintahannya, beliau menekankan kebebasan bersuara dan berpendapat. Oleh itu, semua media diberi kebebasan sepenuhnya dalam mengelurkan berita, pendapat mahupun kritikan. Beliau juga telah membebaskan tahanan- tahanan politik yang dilakukan oleh pemerintah sebelumnya kerana ia bercanggah dengan prinsip kebebasan. Beliau seorang yang sangat mempercayai kemajuan rakyatnya dalam pembangunan Negara dan beliau menjadi pemantaunya. Sesuailah dengan prinsipnya iaitu “Percaya itu baik tetapi memeriksa lebih baik lagi” yang sangat mementingkan kesempurnaan. Karena itu BJ Habibie sangat mementingkan pengawasan, termasuk pengawasan atasan langsung terhadap bawahannya. Tidak menghairankan bahwa ia menerapkan tingkat konsentrasi atau pemusatan pengambilan keputusan yang relatif tinggi, terutama proses pengendalian dan pengawasan.

Pandangan seorang pemimpin yang laissez faire memperlakukan para bawahan sebagai orang yang bertanggung jawab, orang-orang yang dewasa, orang yang setia dan sebagainya. Nilai yang tepat dalam hubungan atasan-bawahan adalah nilai yang didasarkan kepada saling mempercayai yang tinggi. Kepentingan orang bawahan mendapat perhatian sangat penting karena dengan terpeliharanya kepentingannya, mereka akan dengan sendirinya berperilaku positif dalam kehidupan organisasinya.

Rujukan :

1. Ahmad Shahab. Biografi Politik Presiden RI Ketiga BJ Habibie Berbasis Teknologi. Jakarta: Peace. 2008. hal.xvi

2. Dwinuri, Annisa. 2013. “Gaya Kepemimpinan BJ Habibie”, (online),(http://annisadwinuri.blogspot.com/2013/01/gaya-kepemimpinan-bj-habibie.html#, 6 April 2014)

3. Kartini Kartono. Pemimpin dan Kepemimpinan. Jakarta: PT.Grafindo Persada. 2005. hal.31.

Page 6: Contoh Negara Mengikut Jenis Kepimpinan (1)