Contoh penggunaan geganti

download Contoh penggunaan geganti

If you can't read please download the document

Transcript of Contoh penggunaan geganti

POLITEKNIK KOTA KINABALU JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK TUGASAN 1: PLC E4800

Contoh penggunaan geganti Relay dalam Pembaca Kad Magnetik Magnetic Card Reader

Rajah 1 Magnetic Card Reader Sebuah sistem keselamatan pintu terkunci dalaman interlock security system Boleh dihasilkan dengan menggunakan linear output sensor, kad magnetic, dan juga microprocessor linearization circuit, dalam contoh litar/rajah diatas apabila kad magnetic diselit masuk, sensor/pengesan akan menghasilkan satu isyarat keluaran, isyarat analog ini akan kemudianya ditukarkan ke bentuk isyarat digital, isyarat digital inilah yang akan menyebabkan geganti tersebut berfungsi. Apabila gegelung geganti solenoid menarik maka pintu yang terkunsi akan terbuka. Bagi sistem yang memerlukan cir-ciri keselamatan tambahan, lapisan megnetik boleh ditambahkan keatas permukaan kad tersebut, dan tray penyelit yang menggunakan motor kelajuan tetap menarik masuk kad terkod masuk dan dibaca oleh pengesan kad tersebut Sensor yang akan menghasilkan beberapa bentuk isyarat denyutan, isyarat denyutan ini adalah ditujukan ke unit penyahkod yang seterusnya kan menghasilkan satu isyarat apabila isyarta frekuensi yang betul dihasilkan, ataupun isyarat ini juga boleh terdiri daripada fungsi multi-bit terkod, yang membenarkan masukan kepada unit-unit tertentu. Konsep penggunaan dalam sistem computer seperti ini sesuai untuk kegunaan terminal perbankan.

1

POLITEKNIK KOTA KINABALU JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK TUGASAN 1: PLC E4800

Contoh Penggunaan Geganti kedua adalah Geganti digunakan sebagai pelindung Motor dan juga penjana Generator - Gambar Rajah Litar tidak dapat disediakan Dalam penjana Generator rotor adalah bahagian yang paling mudah berlaku kerosakan, seperti motor, ketidakseimbangan arus yang terhasil daripada belitan rotor tersebut menyebabkan arus frekuensi berganda seterusnya menyebabkan suhu rotor meningkat secara mendadak (Over Heat), oleh yang demikian geganti lebihan arus (Over current)negative (-ve) digunakan bagi mengelakan kejadian kerosakan akibat daripada ketidak seimbangan ini. Ketidak seimbangan pada beban, kerosakan sistem, fasa terbuka, atau keadaan tak simetrik yang boleh menghasil fasa voltan penjana yang tidak seimbang. Prinsip Operasi Geganti sebagai Pelindung Motor dan juga Penjana adalah seperti berikut: Geganti arus Pengimbang fasa menggunakan unit masukan bagi membandingkan magnitud fasa arus yang relatif. Bergantung kepada penguluarannya dan juga model geganti yang digunakan, dua atau tiga unit induksi digunakan untuk perbandingan arus fasa tersebut. Unit induksi ini direka dengan menggunakan 2 gegelung yang terletak pada dua kedudukan yang bertentangan Apabila arus tersebut menjadi tidak seimbang kuasa force pada cakera tesebut juga menjadi tidak seimbang akibatnya cakera tersebut akan berputar, kadar putaran cakera tersebut adalah sejajar dengan kadar ketidak seimbangan yang terbentuk. Sesetangah geganti tak seimbang ini direkabentuk agar kadar electromagnet mempunyai kadar pusingan yang sekata. Rekabentuk ini akan menghasilkan ciri-ciri slope, iaitu bagi arus tak seimbang ini harus mencapai satu tahap yang ditetapkan bagi membolehkan cakera tersebut berputar. Dalam keadaan seimbang sesentuh gerak ini berada dalam keadaan terapung dalam kedudukan yang neutral, apabila beralukan ketidak seimbangan arus, maka cakera yang berputar dan seterusnya menutup sesentuh kiri atau kanan.

2