Contoh Penulisan 3&4tugasan 3 4 Jun 2014

24
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA GGGB 6013: KAEDAH PENYELIDIKAN 1 TUGASAN 3: KENALPASTI PEMBOLEHUBAH YANG AKAN DIUKUR DAN BINA INSTRUMEN (SS) DAN PROTOKOL TEMUBUAL APLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBM) DALAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PORSES SAINS (KPS) DALAM TOPIK TENAGA SAINS TAHUN 5 PENSYARAH: DR MOHD KHALID BIN MOHAMMAD NASIR PELAJAR: FAIZATUNAZIYAH BINTI MOHD JAIS PENDIDIKAN SAINS P78956

description

kaedah penulisan 1

Transcript of Contoh Penulisan 3&4tugasan 3 4 Jun 2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GGGB 6013: KAEDAH PENYELIDIKAN 1

TUGASAN 3:

kenalpasti pembolehubah yang akan diukur dan bina instrumen (ss) dan protokol temubual

APLikasi PEmbelajaran berasaskan masalah (Pbm) dalam peningkatan kemahiran porses sains (kps) dalam topik tenaga sains tahun 5PENSYARAH:

DR MOHD KHALID BIN MOHAMMAD NASIR

PELAJAR:

faizatunaziyah binti mohd jaisPENDIDIKAN SAINS

P789563.1POPULASI KAJIAN Kajian ini akan dijalankan ke atas murid tahun 5 UM dan 5UKM SK Ampang Tinggi yang sedang belajar topik tenaga.

3.2 RESPONDEN/SAMPEL KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan ke atas 52 orang murid tahun 5 bagi matapelajaran sains di mana mata pelajaran ini merupakan matapelajaran teras dan merupakan subjek wajib untuk UPSR.3.3 LOKASI KAJIAN Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi,71500 Tanjong Ipoh,

Negeri Sembilan

3.4 INSTRUMEN

3.5 PEMBOLEHUBAH KAJIAN Pembolehubah Tidak Bersandar = Kemahiran Proses Sains di kalangan muridPembolehubah Bersandar = Keberkesanan penggunaan Proses Pembelajaran Berasaskan Masalah3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA 1. Kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah2. Memilih 52 orang responden.

3. Ujian Pra.

4. Menjalankan intervensi penerapan kemahiran proses sains dalam pelajaran

5. Ujian Pasca.3.7 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA Analisis data yang telah dijalankan ialah:

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GGGB 6013: KAEDAH PENYELIDIKAN 1

TUGASAN 4: rekabentuk

PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM KAEDAH PENILAIAN OSCE BAGI MENINGKATKAN KUALITI PENDISPENSAN PELAJAR DIPLOMA Farmasi PENSYARAH:

Dr mohd isa hamzah

PELAJAR:

nur khairani khalid

PENDIDIKAN SAINS

P73828

REKABENTUK KAJIAN4.1PENGENALAN

Bab ini memaparkan beberapa aspek penting berkaitan metodologi kajian. Ia merangkumi reka bentuk kajian, alat kajian, kaedah pengumpulan dan penganalisisan data yang digunakan untuk menjawab persoalan kajian.

Menurut Gandes R. Rahayu (2005), terdapat pelbagai teknik yang digunakan dalam mengenalpasti kompetensi iaitu reflektif, kajian filosofikal, analisis tugasan, kajian deskriptif, kajian pemikiran diagnostik, pandangan pengguna, insiden kritikal dan kajian epidemiologi. Menurut Ananthakrishnan N. (1993), OSCE adalah satu alat pengujian yang mana komponen kompetensi klinikal seperti pengambilan rekod sejarah, pemeriksaan fizikal, prosedur ringkas, analisis keputusan makmal, masalah pengurusan pesakit, komunikasi, sikap dan sebagainya diuji dengan menggunakan senarai semak dan melibatkan pergerakan pelatih dalam beberapa bilangan stesen yang sesetengahnya melibatkan pemerhati atau pemeriksa.

Inovasi paling awal tentang Objective Structured Clinical Examination (OSCE) yang kemudiannya diaplikasikan kepada Objective Structured Practical Examination (OSPE) telah dihuraikan pada tahun 1975 dan secara terperinci pada 1979 oleh Harden dan kumpulannya (N. Ananthakrishnan, 1993). Malah menurut Ananthakrishnan (1993), penilaian klinikal dan praktikal melalui cara konvensional mempunyai beberapa masalah. Walaupun pemarkahan seharusnya bergantung kepada kepelbagaian pelajar, kepelbagaian pesakit dan pemeriksa juga mempengaruhi markah pelajar. Markah yang diberi juga hanya menggambarkan pencapaian keseluruhan calon dan tidak berdasarkan kepada kompetensi seseorang individu. Masalah dalam komunikasi juga mempengaruhi hasilan pembelajaran. Sikap selalunya langsung tidak diuji oleh penilaian konvensional. Malah dalam kemahiran klinikal, pelatih selalunya diuji dengan soalan-soalan yang mengkehendaki pelatih membuat kesimpulan akhir. Melalui cara ini, kemampuan pelatih untuk memeriksa pesakit dan seterusnya membuat kesimpulan selalunya tidak dipantau oleh pemeriksa. Tambahan pula markah akhir yang menunjukkan pencapaian keseluruhan seseorang calon tidak langsung memberikan petunjuk atau respon kepada calon.

Kelemahan penilaian klinikal dan praktikal ini telah pun disedari agak lama dan telah mencetuskan usaha-usaha untuk meningkatkan perubahan dalam senario semasa (Edelstein D.R. et al., 1990; Stiliman P.L. et al. 1977; Newbie D.I. 1991). Di samping itu, kebanyakan pengamal perubatan juga menyedari betapa perlunya kaedah penilaian yang lebih realistik untuk menilai kemahiran dan kemampuan pelajar perubatan. Objective structured clinical examination (OSCE) adalah salah satu kaedah yang mempunyai kelebihan yang mana membenarkan sejumlah besar jenis kompetensi diuji dalam keadaan yang sama tara untuk kesemua calon (Sean McAleer, 1989). Manakala Objective structured practical examination (OSPE) digunakan sebagai satu kaedah penilaian bersifat objektif untuk menguji latihan-latihan makmal dalam Sains Pra-klinikal, terutamanya dalam bidang Fisiologi. Kaedah ini telah diadaptasikan daripada kaedah OSCE (U. Nayar et al., 2009).

Peperiksaan OSCE selalunya mengandungi 15 hingga 20 stesen yang setiap satu stesen memerlukan masa lebih kurang 4-5 minit. Semua stesen seharusnya boleh disempurnakan dalam masa yang sama. Pergerakan pelajar adalah mengikut giliran ke semua stesen mengikut isyarat yang diberikan. Dengan menggunakan 15 stesen dan dalam 4 minit setiap satu, 15 pelajar boleh melengkapkan peperiksaan dalam masa 1 jam (N. Ananthakrishnan, 1993). Setiap stesen direka untuk menguji satu komponen dalam kompentensi klinikal. Di sesetengah stesen pula, dikenali sebagai stesen prosedur yang mana pelajar diberikan satu tugas untuk dikendalikan bersama pesakit. Pemerhati akan memberikan markah (Checklist) mengikut prosedur yang dijalankan. Terdapat juga response stations yang mana pelajar dikehendaki memberi maklum balas kepada soalan yang bersifat objektif kepada satu komponen kompetensi klinikal.

Pendekatan satu kajian oleh Kimball dan lain-lain dalam Antonio et al. (1968) menyatakan bahawa satu cara untuk menganalisa mekanisma komunikasi ialah dengan mengasingkan komunikasi oral dan bukan oral. Kajian komunikasi aspek bukan oral seperti bahasa isyarat, bahasa tubuh dan bahasa objek melengkapkan analisis kefahaman pada tahap oral (Antonio et al., 1968).

4.2REKABENTUK KAJIAN

Bagi mengenalpasti item-item kemahiran komunikasi pelajar, pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian yang telah dijalankan ialah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan Kuasi-Eksperimen. Kajian telah dijalankan ke atas 50 pelajar Diploma Farmasi KPJ University College untuk menerapkan kemahiran komunikasi ke dalam kaedah penilaian OSCE bagi meningkatkan kualiti pendispensan pelajar diploma farmasi.

Kajian ini akan dianalisis secara statistik inferensi iaitu dengan menentukan sama ada penggunaan OSPE boleh meningkatkan komunikasi pelajar dalam pendispensan ubat ataupun tidak. Ujian t sampel tak bersandar akan dilakukan dengan membuat perbandingan pengaruh kumpulan dalam pembolehubah bebas/tidak bersandar (Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan) terhadap pencapaian komunikasi pelajar dalam pendispensan ubat. Analisa data dibuat berdasarkan kepada markah yang diperolehi semasa menjalankan ujian pra dan ujian pos. Segala maklum balas akan disemak serta dikumpulkan dalam bentuk graf dan jadual bagi menunjukkan perbandingan pencapaian peratusan bagi kumpulan kawalan dan rawatan.

KESAHAN KAJIAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN Ujian t sampel tak bersandar adalah ujian min 2 sampel, di mana terdapat 2 purata dan 2 sisihan piawai. Hipotesis

H0 1 = 2H1 1 ( 2Dari output komputer, jika nila p < 0.05 (aras keertian) kita akan tolak H0, dan menyatakan bahawa ada perbezaan yang bererti manakala jika nila p > 0.05 (aras keertian) kita akan terima H0 dan menyatakan tiada perbezaan.

KAJIAN PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM KAEDAH PENILAIAN OSCE BAGI MENINGKATKAN KUALITI PENDISPENSAN PELAJAR DIPLOMA FARMASI

SOAL SELIDIK INI MENGANDUNGI 1 BAHAGIAN IAITU:

bahagian a: maklumat peribadi pelajar

BAHAGIAN b: TAHAP KEYAKINAN PELAJARANDA DIMINTA UNTUK MENJAWAB SETIAP SOALAN SECARA JUJUR DAN SPONTAN. SEGALA MAKLUMAT ADALAH RAHSIA DAN AKAN DIGUNAKAN UNTUK KAJIAN INI SAHAJA. KERJASAMA ANDA AMATLAH DIHARGAI.

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600 BANGI

SELANGOR

nO.

bahagian a: maklumat peribadi pelajar

Sila tandakan () pada ruang yang berkenaan atau isikan maklumat yang diperlukan.

1.ETNIK:

Melayu

Cina

India

Bumiputera Sabah/Sarawak

Lain-lain (nyatakan) ________________

2.JANTINA:

Lelaki

Perempuan

3.UMUR:

18 21

22 24

24 ke atas

4.AGAMA:

Islam

Buddha

Hindu

Kristian

Lain-lain (nyatakan) _________________

5.Tempat tinggal ibu bapa / penjaga:

Luar Bandar

Bandar

BAHAGIAN b: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR

Bagi item No. 1 hingga No. 4 sila nyatakan pilihan anda untuk setiap pernyataan di bawah dengan tanda () pada ruangan yang disediakan mengikut skala berikut:

Sangat tidak setuju1

Tidak setuju2

Kurang setuju3

Setuju4

Sangat setuju5

Bil.Pernyataan12345

1Saya berasa yakin dan boleh berkomunikasi dengan efektif bersama pesakit.

2Saya mempunyai pengetahuan dan kebolehan dalam memberi nasihat/konsultasi ubat-ubatan kepada pesakit.

3Saya mempunyai kemahiran lengkap yang diperlukan dalam pendispensan.

4Saya mempunyai kemahiran dalam memahami apa yang ingin diketahui oleh pesakit.

* TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA*

KAJIAN PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM KAEDAH PENILAIAN OSCE BAGI MENINGKATKAN KUALITI PENDISPENSAN PELAJAR DIPLOMA FARMASI

SOAL SELIDIK INI MENGANDUNGI 2 BAHAGIAN IAITU:

BAHAGIAN c: KEMAHIRAN KOMUNIKASI PELAJAR

BAHAGIAN d: TAHAP KEYAKINAN PELAJARANDA DIMINTA UNTUK MENJAWAB SETIAP SOALAN SECARA JUJUR DAN SPONTAN. SEGALA MAKLUMAT ADALAH RAHSIA DAN AKAN DIGUNAKAN UNTUK KAJIAN INI SAHAJA. KERJASAMA ANDA AMATLAH DIHARGAI.

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600 BANGI

SELANGOR

nO.

Soal Selidik (Pesakit)

BAHAGIAN c: KEMAHIRAN KOMUNIKASI PELAJAR

Bagi item No. 1 hingga No. 15 sila nyatakan pilihan anda untuk setiap pernyataan di bawah dengan tanda () pada ruangan yang disediakan mengikut skala berikut:

Sangat tidak setuju1

Tidak setuju2

Kurang setuju3

Setuju4

Sangat setuju5

Bil.Pernyataan12345

1Pelajar telah memperkenalkan diri kepada saya.

2Pelajar memberi ucap selamat sebelum memulakan pendispensan.

3Pelajar memastikan nama pesakit/waris yang mengambil ubat-ubatan dengan betul.

4Pelajar melayan saya dengan senyuman.

5Pelajar bercakap dengan jelas.

6Pelajar memandang saya ketika mendispen ubat-ubatan.

7Pelajar menggunakan perkataan yang saya fahami.

8Pelajar memastikan bahawa saya memahami tentang apa yang telah dimaklumkan kepada saya.

9Pelajar memberi peluang kepada saya untuk bertanyakan soalan.

10Pelajar melayan saya dengan penuh rasa hormat dan bertanggungjawab.

11Pelajar menjawab semua persoalan yang saya ajukan dengan memuaskan.

12Saya berasa selesa dengan intonasi suara pelajar tersebut ketika mendispen ubat-ubatan.

13Saya yakin dengan apa yang telah dimaklumkan oleh pelajar tersebut kepada saya.

14Saya berasa gembira jika pelajar yang sama mendispen ubat-ubatan kepada saya.

15Pelajar mengingatkan saya supaya sentiasa mengambil ubat mengikut regim yang telah ditetapkan di akhir pendispensan.

BAHAGIAN d: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR

Bagi item No. 1 hingga No. 4 sila nyatakan pilihan anda untuk setiap pernyataan di bawah dengan tanda () pada ruangan yang disediakan mengikut skala berikut:

Sangat tidak setuju1

Tidak setuju2

Kurang setuju3

Setuju4

Sangat setuju5

Bil.Pernyataan12345

1Pelajar kelihatan yakin dan boleh berkomunikasi dengan efektif bersama pesakit.

2Pelajar mempunyai pengetahuan dan kebolehan dalam memberi nasihat/konsultasi ubat-ubatan kepada pesakit.

3Pelajar mempunyai kemahiran lengkap yang diperlukan dalam pendispensan.

4Pelajar mempunyai kemahiran dalam memahami apa yang ingin diketahui oleh pesakit.

* TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA*

rujukan

A Barman (2005). Critiques on the objective structured clinical examination. Annals Academy of Medicine, Singapore 34:478-82.

Adele Mackellar, Darren M. Ashcroft and John Marriott Dawn Bell, Delyth Higman James (2007). Identifying criteria for the assessment of pharmacy students communication skills with patients. American Journal of Pharmaceutical Education 2007; 71 (3) Article 50.Antonio Ordonez Plaja, Lucy M. Cohen & Julian Samora (1968). Communication between physicians and patients in outpatient clinics: social and cultural factors. The Milbank Memorial Fund Quarterly, Vol. 46, No. 2, pp. 161-212.

Ananthakrishnan N. Objective structured clinical/practical examination (OSCE/OSPE). [serial online] 1993 [cited2011 Mar 6];39:82.N. Department of Surgery, Jawaharlal Institute of Postgraduate Medical Education and Research, Pondicherry, India.

Bissell, P., Hibbert, D., Ward, P. R., & Noyce, P. R. (2000). Transforming the work of the pharmacy: the challenge of lay expertise, Sociology of Health and Illness.

Bloom B. S. (1956). Taxonomy of Educational Objectives, Handbook I: The Cognitive Domain. New York: David McKay Co Inc.

Cole SA, Bird J. Medical Interview: The Three-Function Approach. Philadelphia: Mosby, 2000:7:13.Coulehan JL, Block MR. The Medical Interview: Mastering Skills for Clinical Practice, 4th ed. Philadelphia: F.A. Davis Company, 2001.

D. A. Sloan, M. B. Donnelly, R. W. Schwartz, & W. E. Strodel (1995). The objective structured clinical examination, the new gold standard for evaluating postgraduate clinical performance. Annals of Surgery, 222 (6), 735-742.

Delyth James, Sladjana Nastasic, Rob Horne and Graham Davies (2001). The design and evaluation of a simulated-patient teaching programme to develop the consultation skills of undergraduate pharmacy students. Pharmacy World & Science 2001;23(6): 212-216.Epstein RM. Mindful practice. JAMA. 1999;282:8339.

F. Daniel Duffy, MD, Geoffrey H. Gordon, MD, Gerald Whelan, MD, Kathy Cole-Kelly, MS, MSW, Richard Frankel, PhD (2004). Assessing competence in communication and interpersonal skills. The Kalamazoo II Report; The American Academy on Physician and Patients Conference on Education and Evaluation of Competence in Communication and Interpersonal Skills. Academic Medicine, Vol. 79, No: 6.Gandes R. Rahayu (2005), Assessment methods for measuring clinical competence: review on their psychometric properties. Jurnal Pendidikan Kedokteran dan Profesi Kesehatan Indonesia, Vol 1, No. 1.: 25-38.

Gunilla Anebloma,Cecilia Stlsby Lundborg b,c,d, Anders Carlsten d, Karin Eurenius a, Tanja Tydn a,e (2003). Emergency contraceptive pills over-the-counter: practices and attitudes of pharmacy and nurse-midwife providers.

Hassell, K., Noyce, P. R., Rogers, A., Harris, J., & Wilkinson, J. (1997). A pathway to the GP: the pharmaceutical consultation as a rst port of call in primary health care. Family Practice, 14(6), 498502.

Janisse T, Vuckovic N. Can some clinicians read their patients minds? Or do they just really like people? A communication and relationship study. Permanente J 2002;6:3540.Judith A. Hall, Debral. Roter, Cynthia & S. Rand (1981). Communication of affect between patient and physician. Journal of Health and Social Behavior, Vol. 22: 18 - 30.

Krathwohl, D. R., Bloom, B. S., & Masia, B. B. (1973). Taxonomy of Educational Objectives, the Classification of Educational Goals. Handbook II: Affective Domain. New York: David McKay Co., Inc.

Laing, R., Hogerzeil, H., & Ross-Degnan, D. (2001). Ten recommendations to improve use of medicines in 140 J. Chalker et al. / Social Science & Medicine 60 (2005) 131141 developing countries. Health Policy and Planning, 16(1), 1320.

Longman Active Study Dictionary of English (1992). 24th Impression.

Pasukan Bertindak Pendidikan Farmasi (2010), Hala tuju pendidikan farmasi selaras dengan pelan strategik pengajian tinggi Negara (PSPTN). Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

R.M. Harden, M. Stevenson, W. Wilson Downie, & G. M. Wilson (1975). Assessment of clinical competence using objective structured examination. British Medical Journal, 1, 447-451.

R. M. Epstein & E. M. Hundert (2002). Defining and Assessing professional competence. Journal of American Medical Association, 287: 226-235.

Royal Pharmaceutical Society of Great Britain (1999). Medicines, ethics and practice: A guide for pharmacists. London: RPSGB.

Simpson E. J. (1972). The Classification of Educational Objectives in the Psychomotor Domain. Washington, DC: Gryphon House.

U. Nayar et. al (1986), Objective structured practical examination: a new concept in assessment of laboratory exercises in preclinical sciences Article first published online: 29 Jan 2009, Blackwell Publishing , Volume 20, Issue 3, pages 204209, May 1986

Zoppi K, Epstein RM. Is communication a skill? Communication behaviors and being in relation. Family Med. 2002;34:319 24.