contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum

3
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON, PETI SURAT 60591,91115 LAHAD DATU, SABAH Minit Mesyuarat Kurikulum Bilangan 02, 2017 Rujukan :600-09/002(02) Tarikh : 04.07.2017- Selasa Masa : 1.35 pm Tempat : Bilik mesyuarat Sk Bukit Balacon Lahad Datu Kehadiran: 1. Pn.Zamaliah Hj Abdul Karim Guru Besar 2. En.Ednin Sodoi PK Kurikulum 3. Pn.Edana Subal PK HEM 4. Pn.Ajijah Esran 5. En.Victor Julius 6. En Mohd Nurhaminza Abdul Rahman@Asmat 7. En Razvi Musily 8. Pn Jamiyana Abdullah 9. Pn Nor anisyafira Ab Halim 10. Pn Norayah Emanah 11. Pn Rabiana Ramli 12. Pn Farhiyah Abdul Ghani 13. Pn Failin Jaipol 14. Pn Norzaini Sergius 15. Pn Umy Fazilah Masri 16. Pn Hasnawia Abdul Rahman 17. Pn Norliana Ismail 18. Pn Jurainey Jamil 19. Pn Rinah Tinggas 20. Pn Asmiah Paidi 21. Pn Nurulfadhilah Abdullah 22. En Mohd Rifaei Hassan Setiausaha: Cik Nor Mahani Mohd Asran Tidak Hadir: 1. En Selamat Hj Abdul (PK Ko-kurikulum)- Urusan rasmi 2. En. Dismond Jabong- Urusan rasmi 3. Pn. Siti’ Afifah Bt Misman- Cuti bersalin 4. Pn Suzianah Abdullah- Urusan rasmi 5. Pn Norazita Alimudin – Urusan rasmi

Transcript of contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON,

PETI SURAT 60591,91115

LAHAD DATU, SABAH

Minit Mesyuarat Kurikulum Bilangan 02, 2017

Rujukan :600-09/002(02)

Tarikh : 04.07.2017- Selasa

Masa : 1.35 pm

Tempat : Bilik mesyuarat Sk Bukit Balacon Lahad Datu

Kehadiran:

1. Pn.Zamaliah Hj Abdul Karim Guru Besar

2. En.Ednin Sodoi PK Kurikulum

3. Pn.Edana Subal PK HEM

4. Pn.Ajijah Esran

5. En.Victor Julius

6. En Mohd Nurhaminza Abdul Rahman@Asmat

7. En Razvi Musily

8. Pn Jamiyana Abdullah

9. Pn Nor anisyafira Ab Halim

10. Pn Norayah Emanah

11. Pn Rabiana Ramli

12. Pn Farhiyah Abdul Ghani

13. Pn Failin Jaipol

14. Pn Norzaini Sergius

15. Pn Umy Fazilah Masri

16. Pn Hasnawia Abdul Rahman

17. Pn Norliana Ismail

18. Pn Jurainey Jamil

19. Pn Rinah Tinggas

20. Pn Asmiah Paidi

21. Pn Nurulfadhilah Abdullah

22. En Mohd Rifaei Hassan

Setiausaha: Cik Nor Mahani Mohd Asran

Tidak Hadir:

1. En Selamat Hj Abdul (PK Ko-kurikulum)- Urusan rasmi

2. En. Dismond Jabong- Urusan rasmi

3. Pn. Siti’ Afifah Bt Misman- Cuti bersalin

4. Pn Suzianah Abdullah- Urusan rasmi

5. Pn Norazita Alimudin – Urusan rasmi

1. Ucapan alu-aluan

1.1 Ucapan salam dan selamat datang ke mesyuarat Kurikulum kali kedua daripada Pn Zamaliah Hj

Abdul Karim.

1.2 Ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru.

2. Perkara-perkara berbangkit

3.1 tiada isu dibangkitkan.

3. Post Mortem Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, 2017

3.1 Bahasa Melayu tahun 1 bagi subjek pemahaman dan penulisan mencatat penurunan peratus

markah disebabkan oleh murid masih belum terdedah dengan format soalan peperiksaan.

Tambahan pula terdapat murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis

terutamanya murid kelas 1 Intelek. Untuk penambahbaikan, murid akan didedahkan dengan format

soalan peperiksaan. Tindakan: En Victor Julius

3.2 Bahasa Inggeris tahun 2, murid tidak serius menjawab soalan peperiksaan. Penguasaan tatabahasa

murid juga lemah dan murid juga malas membaca petikan yang mengandungi jawapan. Tindakan

lanjut akan diambil. Tindakan: Pn Jamiyana Abdullah

3.3 Matematik tahun 3, murid masih belum menguasai sifir dan tindakan lanjut akan diambil.

Tindakan: Pn Jurainey Jamil

3.4 Bahasa Inggeris tahun 3, murid tidak menyiapkan soalan dan tindakan lanjut akan diambil.

Tindakan: Pn Jamiyana Abdullah

3.5 Bahasa Melayu tahun 4, murid kurang latihan, kos pencetakan menjadi isu. Guru besar

mencadangkan agar menjimatkan kos dengan menggunakan peta minda, kerja kumpulan.

Tindakan: Pn Farhiyah Abdul Ghani/ semua guru

3.6 Matematik tahun 4, asas pengiraan dan operasi sifir belum dikuasai oleh murid. Tindakan lanjut

akan diambil. Tindakan: Guru Matematik

3.7 Bahasa Arab tahun 4, 21 orang merupakan dari kelas Intelek yang lemah membaca dan menulis.

Penggunaan kaedah pengecaman digunakan guru untuk penambahbaikan.

Tindakan: Pn Umy Fazilah Masri

3.8 Bahasa Inggeris tahun 4, 53 murid tidak menguasai pemahaman dan 52 murid tidak menguasai

penulisan. Soalan 100 % diambil daripada buku teks. Murid belum memahami format UPSR yang

digunakan dalam peperiksaan pertengahan tahun. Ujian bulanan akan diberi.

Tindakan: Pn Norliana Ismail

3.9 Bahasa Inggeris tahun 5, isu disiplin murid dalam kelas tidak fokus dalam pdp dan perlu diubah.

Tindakan: Pn Edana Subal/ Guru kelas

3.10 Bahasa Melayu tahun 5 pemahaman, penguasaan tatabahasa murid masih lemah. Tindakan lanjut

akan diambil. Tindakan: En.Razvi Musily/ Cik Nor Mahani M.A

3.11 Bahasa Melayu tahun 6 penulisan, murid tidak faham soalan, tidak membaca soalan dengan telit i,

pengurusan masa menjawab masih lemah. Tindakan lanjut akan diambil.

Tindakan: Pn Ajijah Esran/Cik Nor Mahani Mohd Asran

3.12 Matematik tahun 6, terdapat sedikit peningkatan. Murid akan diajar mengikut aras kelas dan

memberi murid menguasai operasi matematik. Tindakan: En Mohd Nurhaminza

3.13 Sains tahun 6, meningkat. Jawapan murid beri terlalu umum. Kurang pengetahuan fakta, tidak

menguasai maksud istilah, kurang peka terhadap soalan, mengosongkan jawapan dibahagian

tertentu tidak menguasai sifir menjawab soalan. Intervensi: buku program Ganda Cemerlang Sains

dari tahun 4 hingga 6, penggunaan nota I-Think, banyakkan latihan hipotesis, tujuan penyiasatan

dan inferens. Tindakan: Pn Farhiyah Abdul Ghani

3.14 Bahasa Inggeris tahun 6, soalan diambil sepenuhnya daripada buku teks. Murid mengalami

kesukaran menjawab soalan nyatakan pendapat berdasarkan situasi. Intervensi: Latih-tubi semua

bahagian, gerak-gempur format UPSR termasuk pengurusan masa dan ujian bulanan untuk

dijadikan penanda aras buat guru subjek. Tindakan: Pn Failin Jaipol/Pn Rinah Tinggas

3.15 Pn Zamaliah Abdul Karim mengarahkan semua guru membuat ujian bulanan untuk subjek teras

mengambil kira kemahiran yang telah dipelajari. Setiap Panitia diarahkan agar membuat ruangan

sendiri untuk setiap panitia di atas meja kantin berkaitan subjek panitia masing-masing.

4. Saringan Linus

4.1 Tahun 1 LBI: Tidak menguasai 43 orang, tidak mencapai KPI PPD

4.2 Tahun 2: semuanya mencapai KPI PPD

4.3 Tahun 3: semua saringan mencapai KPI PPD kecuali numerasi.

4.4 Tahun 4: semua menguasai.

Tindakan: Semua guru LBM dan LBI

4.5 Saringan IKAM dan IPP2M

4.5.1 10 orang murid tahun 4 menguasai kecuali Erwin tidak menguasai asas operasi matematik dan sifir.

4.5.2 IPP2M skor 45% ,dikuasai.

Tindakan: Pn Norayah Emanah dan ibu/bapa angkat program pemulihan

4.6 Program Kecemerlangan tahun 6

4.6.1 Pegawai SISCt akan dijemput ke sekolah memberi perkongsian ilmu kepada murid -muird tahun 6

mengikut subjek.

4.6.2 Kelas tambahan sabtu untuk semua subjek akan dijalankan.

4.6.3 Percubaan berpusat akan diadakan bulan Julai dan peringkat sekolah akan diadakan bulan ogos.

4.6.4 Murid bermasalah akan dirujuk ke Kaunseling sekolah.

Tindakan: Semua guru tahun 6/ En Azreen Julbahasa

4.7 Hal-Hal Lain

4.7.1 Akan diadakan pembentangan kertas kerja program Kolaborasi bersama agensi awam yang akan

diadakan pada 20.7.2017. Tindakan: Semua guru

4.7.2 Cadangan oleh Pn Jurainey Jamil agar menyusun semula susunan murid dalam kelas . kelas tahun

1 dan 6 tidak akan dirombak. Rombakan kelas hanya melibatkan kelas tahun 2 hingga 5. Data

APDM kelas-kelas yang dirombak tidak akan diubah. Masih mengikut data kelas yang lama.

Tindakan: Guru Kelas

4.7.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.21 pm.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(NOR MAHANI MOHD ASRAN) (Ednin Sodoi)

Setiausaha Unit Kurikulum Penolong Kanan Pentadbiran

Sk Bukit Balacon Sk Bukit Balacon

Lahad Datu Lahad Datu

Dicadang untuk disahkan oleh :_________________________________________

Disokong oleh :_________________________________________

Tarikh :_________________________________________