contoh permainan kognitif
description
Transcript of contoh permainan kognitif
Permainan yang dipilih untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
serta justifikasinya
Permainan yang dipilih oleh saya ialah permainan bahasa yang diberi nama “teka
lukisan” dan dikategorikan dalam permainan kognitif. Dalam permainan kognitif, Piaget
telah mengemukakan tiga peringkat dan kategori main, iaitu main latihan (practice play)
yang melibatkan deria motor dan penerokaan berasaskan aktiviti fizikal. Yang ke dua
adalah main simbolik (symbolic play) seperti fantasi, sosiodrama dan main olok-olok
yang melibatkan penggunaan perwakilan mental. Dan yang terakhir adalah main yang
melibatkan aplikasi peraturan. Antara jenis permainan kognitif adalah Main Berfungsi
(functional), Main Konstruktif, Main Simbolik dan Main Berperaturan (Piaget, 1962).
GAMBAR 1: ilustrasi gambar menunjukkan murid-murid meneka gambar yang sedang
dilukis oleh rakannya