Contoh Profil Usahawan

7
WUS 101 TERAS KEUSAHAWANAN SIDANG AKADEMIK 2013/2014 PROFAIL USAHAWAN “ MUHD. ZAHID BIN HAFISZAN” DI SEDIAKAN OLEH : AIZATTUL ANIS BINTI SOBRI 114998 KUMPULAN 128 DI SEDIAKAN UNTUK : EN. MOHD SHAFIE BIN ARIFFIN TARIKH PENGHANTARAN : 17 APRIL 2014

description

Kerja kursus subjek Teras Keusahawanan USM 2013/2014

Transcript of Contoh Profil Usahawan

Page 1: Contoh Profil Usahawan

WUS 101 TERAS KEUSAHAWANAN

SIDANG AKADEMIK 2013/2014

PROFAIL USAHAWAN

“ MUHD. ZAHID BIN HAFISZAN”

DI SEDIAKAN OLEH : AIZATTUL ANIS BINTI SOBRI

114998

KUMPULAN 128

DI SEDIAKAN UNTUK : EN. MOHD SHAFIE BIN ARIFFIN

TARIKH PENGHANTARAN : 17 APRIL 2014

Page 2: Contoh Profil Usahawan

Surat Pengesahan Penghantaran

Tarikh : 17 April 2014

Aizattul Anis Binti Sobri

M06 / 02-28 Desasiswa Tekun.

11800 Minden,

Universiti Sains Malaysia,

Pulau Pinang.

En. Mohd Shafie Ariffin

Pensyarah,

Teras Keusahawanan WUS101

Universiti Sains Malaysia

RE : Penyerahan WUS 101 Tugasan Profail Usahawan.

Saya menyerahkan tugasan saya untuk penilaian Tuan. Sila hubungi saya di talian 013-

7023449 jika Tuan mempunyai sebarang soalan.

Yang benar,

…………………………

(Aizattul Anis Binti Sobri

Page 3: Contoh Profil Usahawan

LATAR BELAKANG USAHAWAN

Nama beliau ialah Mohd. Zahid Bin

Hafiszan. Beliau dilahirkan pada 15 Mac

1969 dan berumur 45 tahun. Beliau

berasal dari Ipoh, Perak. Beliau sekarang

menetap di Bayan Mutiara, Pulau Pinang.

Beliau mempunyai 6 adik-beradik dan

beliau merupakan anak yang tiga. Beliau

sangat meminati motor berkuasa tinggi

(superbike) mendorong beliau untuk

menceburkan diri dalam perniagaan motor

berkuasa tinggi seta aksesori kenderaan

tersebut.

Dilahirkan dalam keluarga yang bergiat aktif dalam perniagaan, Encik Muhd. Zahid pada mulanya

lebih selesa bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta. Setelah memiliki sebuah motorsikal

berkuasa tinggi pada tahun 2000, beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan motorsikal berkuasa

tinggi dan aksesori seperti helmet dah kelengkapan untuk penunggang motorsikal. Dengan sokongan

daripada rakan-rakan dan ahli keluarga, beliau terus memajukan perniagaannya

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Encik Muhd. Zahid merupakan graduan Universiti Sains Malaysia dalam kursus Sains Sosial tahun

1993. Setelah tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda, beliau melanjutkan pelajaran beliau ke

peringkat lebih tinggi iaitu ijazah sarjana di universiti yang sama. Setelah menghabiskan pengajian di

peringkat asrjana, beliau terus diterima bekerja di sebuah syarikat swasta di Georgetown, Pulau

Pinang. Sebelum memulakan perniagaan, beliau banyak mengikuti kursus-kursus pendek berkaitan

perniagaan yang dianjurkan oleh pelbagai badan kerajaan dan bukan kerajaan.

Page 4: Contoh Profil Usahawan

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Dengan sokongan rakan-rakan dalam kelab pemilik motor berkuasa tinggi dan ahli keluarga,

beliau mula membuka sebuah kedai menjual dan mengimport motor-motor berkuasa tinggi dan

aksesori seperti helmet, sarung tangan dan pakaian kelengkapan untuk menunggang motor berkuasa

tinggi. Premis beliau yang terletak di The Palazzia, Bukit Gambir turut menempatkan pejabat urusan

beliau. Kesemua produk jualan beliau diimport dari luar negara seperti United Kingdom, Amerika

Syarikat dan Jepun.

Syarikat perniagaan ini mempunyai 4 orang pekerja yang bertindak sebagai pengurus jualan,

kerani dan pekerja bahagian teknikal. Kini setelah hampir dua tahun membuka perniagaan di situ, Fast

Bike Panca Abadi semakin dikenali ramai bukan hanya dalam kalangan peminat motorsikal berkuasa

tinggi sahaja.

Fast Bike Panca Abadi beroperasi setiap hari Isnin hingga Sabtu bermula seawal 8.30 pagi

sehingga 7.00 malam. Perniagaan ini mula dikenali ramai kerana harga motorsikal berkuasa tinggi

yang ditawarkan lebih murah berbanding pasaran biasa serta jenama-jenama motorsikal yang

digemari peminat motorsikal berkuasa tinggi seperti Ducati, BMW, Harley Davidson dan Kawasaki.

Encik Muhd. Zahid menyatakan sebagai usahawan, kita perlu banyak bersabar dan tabah

dalam mengharungi segala dugaan dan rintangan semasa menjalani perniagaan. Menurut beliau,

perniagaan selalunya mempunyai risiko yang tinggi. Jadi, beliau menasihatkan para usahawan yang

baru menceburi bidang ini untuk mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak mudah berputus asa serta

berusaha dengan sedaya upaya.

Beliau turut mengakui menghadapi masa-masa yag sukar sebagai seorang usahawan seperti

proses mendapatkan modal dan persaingan. Tetapi dengan berkat kesabaran seta sokongan padu

daripada rakan-rakan dan ahli keluarga, beliau dapat mengharungi cabaran tersubut.

Akhir sekali, beliau berharap agar lebih ramai belia melibatkan diri dalam bidang

keusahawanan tidak kira dalam bentuk perniagaan apapun. Ini kerana bidang perniagaan boleh

mendatangkan keuntungan yang besar kepada usahawan terbabit. Beliau berharap agar beliau dapat

meluaskan lagi perniagaan beliau agar dapat memenuhi permintaan peminat motorsikal berkuasa

tinggi yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Page 5: Contoh Profil Usahawan

Lampiran

Suasana di dalam premis perniagaan

Di luar premis perniagaan

Kad perniagaan