Contoh Projek Ternakan Kambing

10
PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING Di KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise) PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING DI KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH 1.0 PENGENALAN Nama : Ali bin Kassim Nama Syarikat : XYZ Enterprise No. Kad Pengenalan : 651212-10-5432 (LAMPIRAN 1 ) Alamat Rumah : Lot 1234, KAMPUNG BARU KUALA NERANG 41250 KEDAH. No. Telefon (bimbit) : 012-3456789 2.0 LATARBELAKANG 2.1 Butir-butir Syarikat No. Pendaftaran : 001122334-U (LAMPIRAN 2 ) Tarikh Daftar : 12 Disember 2002 Tarikh Luput : 28 Disember 2006 Alamat Syarikat : Lot 5678, KAMPUNG BARU KUALA NERANG 41250 KEDAH Bentuk Perniagaan : Pemilik Tunggal (Ali bin Kassim) Jenis Perniagaan : Menternak & menjual lembu & kambing. 2.2 Butir-butir Peribadi 1

description

contoh kertas kerja

Transcript of Contoh Projek Ternakan Kambing

Page 1: Contoh Projek Ternakan Kambing

PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGINGDi KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)

PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING

DI KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH

1.0 PENGENALAN

Nama : Ali bin Kassim

Nama Syarikat : XYZ Enterprise

No. Kad Pengenalan : 651212-10-5432 (LAMPIRAN 1)

Alamat Rumah : Lot 1234, KAMPUNG BARU KUALA

NERANG

41250 KEDAH.

No. Telefon (bimbit) : 012-3456789

2.0 LATARBELAKANG

2.1 Butir-butir Syarikat

No. Pendaftaran : 001122334-U (LAMPIRAN 2)

Tarikh Daftar : 12 Disember 2002

Tarikh Luput : 28 Disember 2006

Alamat Syarikat : Lot 5678, KAMPUNG BARU KUALA

NERANG

41250 KEDAH

Bentuk Perniagaan : Pemilik Tunggal (Ali bin Kassim)

Jenis Perniagaan : Menternak & menjual lembu & kambing.

2.2 Butir-butir Peribadi

Umur : 41 Tahun

Taraf Kelulusan : Sijil Rendah Pelajaran (SRP)

Taraf Kesihatan : Baik dan tiada kecacatan anggota

Taraf Kekeluargaan : Berumahtangga

Nama Isteri : Aminah binti Abu

Pekerjaan Isteri : Suri rumahtangga

Bil. Tanggungan : 5 orang anak (3 sudah bersekolah)

1

Page 2: Contoh Projek Ternakan Kambing

PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGINGDi KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)

Pekerjaan Tetap : Kerja-kerja kontrak

Pekerjaan Sambilan: Menternak Kambing

2.3 Pendapatan & Perbelanjaan / Bulan

2.2.1 Pendapatan

a. Pekerjaan Tetap : RM1,500.00

b. Hasil Pertanian : 0.00

(Belum keluar hasil)

Jumlah Pendapatan RM1,500.00

2.2.2 Perbelanjaan

a. Sarahidup keluarga : RM 800.00

b. Anak sekolah : 150.00

c. Bil-bil air, elektrik dll : 150.00

d. Kos luar jangka : 150.00

Jumlah Perbelanjaan RM1,250.00

2.2.3 Lebihan Pendapatan : RM 250.00

2.4 Harta & Tanggungan

2.4.1 Harta

a. Kereta : RM34,000.00

b. Motosikal : 2,000.00

c. Simpanan : 2,000.00

d. Tabung Haji : 15,000.00

d. Kambing / Lembu : 16,850.00

Jumlah Harta RM69,850.00

2.4.2 Tanggungan

a. Pinjaman : RM 0.00

(Tiada pinjaman dimana-

mana Institusi Kewangan)

2.4.3 Harta Bersih : RM69,850.00

2

Page 3: Contoh Projek Ternakan Kambing

PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGINGDi KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)

2.5 Pengalaman

Saya telah memulakan projek ternakan kambing sejak 5 tahun yang

lalu dengan hanya 4 ekor sahaja. Kini saya telah mempunyai 25

ekor kambing dan 3 ekor lembu.

Sila rujuk LAMPIRAN 3, Gambar Ternakan Kambing di tapak

projek masa kini.

Selama 5 tahun ini saya telah menimba banyak pengetahuan

tentang menternak kambing dengan bimbingan pegawai Pejabat

Haiwan, Daerah KEDAH. Saya telah menghadiri kursus menternak

kambing / lembu kelolaan Pejabat Haiwan di Ipoh selama 1 hari

pada bulan Julai 2006 untuk mendapatkan teknik ternakan yang

lebih sistematik dan menguntungkan.

3.0 PROJEK

3.1 Keadaan Projek Masakini

Kandang kambing seluas 20’ X 40’ dibina di atas tanah seluas 1

ekar yang disewa dari seorang pemilik (sewa RM60.00 sebulan).

Sila rujuk LAMPIRAN 4, Perjanjian Sewa Tanah.

Kandang ini dibina sendiri dengan bahan binaan yang bercampur

aduk, dibuat sedikit-sedikit bila ada modal. Walau bagaimanapun ia

mungkin dapat bertahan sehingga 5 tahun lagi.

Dari 25 ekor kambing yang ada sekarang, 21 ekor darinya adalah

betina dan 4 ekor jantan (induk). Kesemuanya dari jenis Jamnapari

dan kacukan dengan jenis tempatan (Katjang). Sehingga kini sejak

mula-mula projek dimulakan tidak seekorpun kambing ini dijual.

Hanya susu kambing dijual, itupun diatas permintaan.

3

Page 4: Contoh Projek Ternakan Kambing

PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGINGDi KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)

3.2 Projek Cadangan

3.2.1 Stok Kambing

Saya bercadang untuk membesarkan projek ternakan

kambing pedaging saya dari jumlah sekarang (25 ekor)

kepada 260 ekor. Tambahan sebanyak 175 ekor

(kesemuanya dari jenis Jamnapari) perlu dibeli pada awal

projek cadangan untuk menjadikan jumlah ternakan

sebanyak 200 ekor. Jumlah ini akan bertambah sehingga

260 ekor pada tahun ke 3 dan seterusnya sebab kandang

yang akan dibina dapat menampung jumlah tersebut.

3.2.2 Tapak Projek

Saya telah mendapatkan sebidang tanah TOL kurniaan dari

Kerajaan Negeri Selangor seluas 3 ekar untuk diusahakan

berdekatan dengan tapak projek masakini. Sila rujuk

LAMPIRAN 5, Butir-butir Tanah Tapak Projek.

3.2.3 Kandang

Sungguhpun tanah ini terletak di luar ban, kandang akan

dapat dibena di atas pelantar (Menggunakan piling konkrit

dan kayu bakau) dengan keluasan 40’ X 90’. Setor untuk

makanan dan peralatan dibina seluas 400’ persegi.

3.2.4 Bekalan Makanan

Selain dari dedak makanan yang disediakan dari campuran

jagung, hampas kelapa dan hampas soya serta garam galian,

rumput Napier dan rumput gajah dapat di tanam di sepanjang

ban selebar 20 kaki dan sepanjang 2 km.

3.3 Kedudukan Tapak Projek

Tapak projek seluas 3 ekar terletak di luar ban ditepi sungai KEDAH

dan anak sungai Telok Godam. Terletak tidak jauh dari tapak projek

4

Page 5: Contoh Projek Ternakan Kambing

PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGINGDi KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)

sekarang iaitu di KAMPUNG BARU KUALA NERANG . Sila rujuk

LAMPIRAN 6, Lakaran Ke Tapak Projek.

4.0 PENGURUSAN

Buat masakini projek sedia ada di uruskan oleh saya sendiri dengan

dibantu anak lelaki saya. Walau bagaimanapun untuk projek cadangan

projek perlu dibantu oleh 2 orang pekerja tetap dengan bayaran RM700.00

sebulan.

Dari segi kawalan penyakit, saya dapat merawat jika kambing terkena

penyakit biasa seperti kembung, luka dan masalah kambing bunting.

Tetapi jika terkena penyakit kronik, pegawai perubatan haiwan dari Pejabat

Haiwan KEDAH dapat membantu pada bila-bila masa sahaja.

5.0 PEMASARAN

Kambing akan dijual kepada penjual daging kambing di pasar KEDAH

yang sentiasa memerlukan bekalan pada setiap hari. Jualan juga dapat

dibuat kepada penduduk tempatan untuk tujuan Aqikah, kenduri kahwin

dan kepada restoran-restoran yang banyak terdapat di Bandar KEDAH.

Kesimpulannya pemasaran tidak menjadi masalah.

Kambing boleh dijual mengikut berat atau jualan dibuat seekor-seekor.

Purata harga kambing dewasa dapat dijual dengan harga RM800.00

seekor, manakala anak kambing adalah RM300.00 seekor.

6.0 KEWANGAN

6.1 Modal Permulaan Projek Cadangan

Perbelanjaan permulaan adalah Kos Tetap untuk membina kandang

dan setor termasuk jalan masuk ke tap projek, pagar, elektrik, pam

air dan peralatan adalah sejumlah RM117,300.00.

Sejumlah 175 ekor kambing akan dibeli dengan pecahan anak

kambing (60 ekor), kambing betina (100 ekor) dan kambing jantan

(15 ekor), kesemua berjumlah RM52,500.00.

5

Page 6: Contoh Projek Ternakan Kambing

PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGINGDi KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)

Jumlah Modal Permulaan Projek Cadangan adalah RM169,800.00,

sila rujuk LAMPIRAN 7, Perincian Kepada Aliran Kewangan.

6.2 Modal Pusingan

Perbelanjaan yang tinggi bagi modal pusingan adalah keperluan

makanan, perubatan dan upah pekerja. Perbelanjaan ini

bergantung kepada bilangan kambing, sila rujuk LAMPIRAN 7

(Perincian Kepada Aliran Kewangan) dan LAMPIRAN 8 (Struktur

Stok Ternakan).

6.3 Penyata Untung Rugi

Kadar Pulangan Pelaburan (ROI) = 65.6%

Pulangan Keatas Pelaburan (IRR) = 15.6%

Bagi projek ternakan kambing ini, dengan kedar pulangan pelaburan

serta kadar keuntungan yang positif dan memberengsangkan, maka

ia menunjukkan projek yang akan diusahakan adalah berdaya maju

dan mampu memberi pulangan yang baik dan menguntungkan.

6.4 Susunan Pembiayaan Projek

Sila rujuk LAMPIRAN 11 – Aliran Kewangan Projek

Kurangan Terkumpul Tertinggi RM170,156 100.0%

Pembiayaan Bank RM150,000 88.2%

Modal Sendiri (Ekuiti) RM 20,156 11.8%

Pembiayaan Bank diperlukan sejumlah RM150,000.00 untuk

menampung sebahagian besar perbelanjaan projek cadangan

terutamanya pada permulaannya iaitu Kos Tetap. Cadangan

Pembiayaan Projek (Pinjaman Bank dan Ekuiti Sendiri) adalah

sebagaimana LAMPIRAN 12.

Jumlah pinjaman ini termasuk faedah dapat dibayar balik dalam

tempoh 5 tahun termasuk penangguhan pokok pada tahun pertama.

6

Page 7: Contoh Projek Ternakan Kambing

PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGINGDi KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)

Pada tahun ke 3 hingga 5, projek masih mencatatkan lebihan positif

selepas bayaran balik pinjaman sejumlah RM2,266.00 / bulan.

Pada tahun ke 6 dan seterusnya, projek akan menerima keuntungan

bersih tanpa tolak bayaran balik sejumlah RM5,860.00 / bulan.

7.0 PENUTUP

Projek cadangan ini sangat berdaya maju dan menguntungkan. Ianya

dapat meningkatkan taraf hidup saya sekeluarga dan membantu kerajaan

meningkatkan pengeluaran daging kambing dalam Negara.

Masalah yang paling minima pada pengurusan sebab saya mempunyai

pengetahuan dan pengalaman luas dalam ternakan kambing ini. Dari segi

pemasaran, permintaan adalah sangat tinggi di Lembah KEDAH ini

disebabkan kita masih lagi mengimport daging kambing dari Negara luar.

Saya berasa sangat positif keatas kejayaan projek cadangan ternakan

kambing pedaging ini dan pembiayaan dana dari institusi kewangan sangat

diharapkan.

Sekian, terima kasih.

XYZ Enterprise, KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH.

7