contoh prosiding KT

download contoh prosiding KT

of 6

description

kajian tindakan PJ

Transcript of contoh prosiding KT

Menggunakan Kaedah Berjengket Untuk Membetulkan Kemahiran Asas Berlari di Atas Bebola Kaki.

Siti Aisah Binti SawinMohd Zairi Bin Husain

IPG Kampus Temenggong Ibrahim,Johor Bahru, Johor.E-mail: [email protected]

IPG Kampus Temenggong Ibrahim,Johor Bahru, Johor.E-mail: [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenalpasti masalah sekaligus mengatasi masalah sampel kajian yang berlari menggunakan di atas tumit kaki (rarefoot running) berbanding berlari menggunakan bebola kaki (forefoot running). Melalui pemerhatian bersturuktur, pengkaji mendapati sampel kajian berlari menggunakan tumit kaki. 8 orang murid tahun 5 Matahari dari Sekolah Kebangsaan Rancangan Klias Beaufort, Sabah terlibat sebagai sampel kajian. Mereka terdiri daripada 3 orang perempuan dan 5 orang lelaki. Sampel kajian berumur dalam lingkungan 11 tahun. Fokus kajian ini adalah untuk membetulkan teknik larian di atas bebola kaki menggunakan kaedah berjengket. Tinjauan awal mendapati ianya merupakan amalan dan kebiasaan peserta kajian berlari menggunakan tumit kaki sejak dari kecil. Sampel kajian sudah selesa menggunakan tumit kaki semasa berlari berbanding menggunakan teknik berlari atas bebola kaki. Pengkaji memilih untuk mengetengahkan kemahiran asas lokomotor, berjengket untuk dijadikan kaedah rawatan intervensi. Dalam kitaran satu dan dua, didapati peserta kajian cenderung untuk berlatih dalam suasana yang menyeronokkan. Selain itu, bagi mengubah satu kebiasaan, peralatan seperti tali skipping, gelung dan kain bulatan kecil serta ulangan latihan amat diperlukan. Pelbagai intensti latihan nampaknya dapat memberi satu peningkatan dalam prestasi teknik berlari atas bebola kaki sampel kajian. Ulangan dalam latihan di samping motivasi yang diberikan pada peserta kajian amat membantu meningkatkan kemahiran sampel kajian kerana pada peringkat umur 11 tahun, murid-murid biasanya masih memerlukan bimbingan dan motivasi daripada guru. Kesimpulannya, hasil kajian ini mendapati bahawa empat minggu latih tubi melakukan kaedah berjengket adalah sesuai dan efektif untuk meningkatkan penggunaan bebola kaki dalam larian sampel kajian. Secara keseluruhannya, berlaku peningkatan dalam teknik larian atas bebola kaki sampel kajian. Walaubagaimanapun pada masa akan datang, waktu latihan boleh dipanjangkan sedikit supaya dapat memperolehi kesan yang lebih nyata. Kekerapan jumlah set satu sesi, jenis latihan dan intensiti latihan boleh diubahsuai. Kreativiti guru untuk mempelbagaikan penggunaan kaedah berjengket di perlukan untuk menimbulkan keseronokkan belajar di kalangan murid disamping memperbaiki kemahiran berlari atas bebola kaki murid.1.0PENDAHULUANKemahiran berlari merupakan salah satu cabang pergerakan asas lokomotor yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Oleh itu, kemahiran ini diletakkan sebagai kemahiran kedua yang perlu diajar kepada murid Tahun Lima dalam kemahiran lokomotor di bawah tajuk pergerakan asas, tunjang kemahiran selepas berjalan. Pola berlari adalah sama dengan pola berjalan. Perbezaannya ialah semasa berlari ada ketikanya kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat dari mencecah bumi. Lutut lebih kerap diangkat dan dibawa ke arah hadapan. Tangan dibengkokkan di bahagian siku sambil diayun ke arah hadapan dan belakang bertukar ganti dengan arah pergerakan kaki. Kemahiran berlari dititik beratkan kerana hampir setiap aktiviti dalam dua tunjang Pendidikan Jasmani, iaitu tunjang kecergasan dan tunjang kemahiran terselit aktiviti larian. Oleh itu, menjadi satu masalah besar dalam perkembangan fizikal kanak-kanak sekiranya mereka tidak didedahkan dengan lebih awal tentang teknik larian yang betul. Pergerakan asas yang lemah pada peringkat kanak-kanak mempengaruhi tahap aktiviti fizikal pada peringkat usia yang lebih dewasa. Kebiasaannya kanak-kanak yang mempunyai pergerakan asas yang lemah mempunyai kesukaran dalam melakukan beberapa aktiviti fizikal terutama yang berkaitan dengan sukan. Menurut Mosston and Ashworth(1990), terdapat 11 spektrum gaya pengajaran Pendidikan Jasmani, iaitu command, practice, reciprocal, self-check, inclusion, guide discovery, convergent, divergent production, learner designd individual program, learner initiated and self teaching style. Pengkaji hanya mengutamakan penggunaan gaya pengajaran praktis dengan penumpuan pada kaedah menjengket. Kajian ini akan dijalankan sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dari semasa ke semasa mengikut aktiviti yang disediakan oleh pengkaji.

2.0PERNYATAAN MASALAH.Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa mengajar kelas tahun 5 Matahari, murid-murid adalah seronok dan gembira dapat berlari bersama rakan-rakan. Hampir semua pembelajaran dalam pendidikan jasmani melibatkan aktiviti larian. Namun begitu, terdapat satu masalah yang sama berlaku semasa murid-murid melakukan larian. Pengkaji dapat melihat beberapa orang murid berlari seperti menghentakkan kaki iaitu berlari menggunakan tumit tidak seperti teknik asas larian berlari atas bebola kaki yang betul. Keadaan ini telah menyebabkan sebilangan kecil daripada mereka mudah kepenatan dan mengalami sakit pada bahagian tumit kaki setelah berlari. Selain daripada rasa sakit dan penat, murid-murid terbabit sering mengadu apabila rakan-rakan sekumpulan dalam aktiviti yang dilaksanakan mempersendakan cara larian mereka dan mempersalahkan mereka apabila kalah dalam pertandingan permainan. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, pengkaji rasa perkara ini adalah tanggungjawab besar. Pengkaji perlu melakukan sesuatu agar situasi seperti ini tidak akan berulang lagi.

3.0OBJEKTIF KAJIANKajian ini menumpukan pada objektif berikut:1. membetulkan kemahiran asas berlari atas bebola kaki menggunakan kaedah berjengket.1. Merubah amalan teknik berlari murid yang salah kepada amalan teknik berlari mengikut teknik yang betul.

4.0METODOLOGI KAJIAN4.1 Reka Bentuk Kajian.Pengkaji menggunakan rekabentuk kajian tindakan berpandukan Model Kajian Tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis dan McTaggart (1988). Menurut Kemmis dan McTaggart (1988), model tersebut menggandungi empat langkah kajian tindakan yang disarankan berdasarkan gelungan (cycle) iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.Berdasarkan model tersebut, keseluruhan kajian tindakan disifatkan sebagai satu gelungan. Sekiranya masalah belum dapat diselesaikan dalam gelungan pertama, gelungan kedua boleh digunakan sehinggalah masalah diselesaikan. Pendekatan yang digunakan bagi kajian ini adalah gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif.

4.2Persampelan

Sampel kajian melibatkan 8 orang murid dari kelas 5 Matahari yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Umur sampel kajian adalah dalam lingkungan 11 tahun. Sampel kajian terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Kadayan, Bisaya dan Bajau. Sampel kajian tersebut dipilih berdasarkan pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Pengkaji juga telah menguji kesemua murid Tahun 5 Matahari untuk berlari dalam jarak 50 meter untuk memastikan sampel kajian yang dipilih bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.

4.3Kaedah Pengumpulan Data4.3.1.Pemerhatian4.3.2.Soal Selidik4.3.3.Temubual4.3.4Ujian Pre dan Ujian Post

4.4Instrumen Yang Digunakan4.4.1Senarai Semak4.4.2Borang Soal Selidik

5.0ANALISIS DAN DAPATAN KAJIANSetelah program intervensi dijalankan, hasil analisis menunjukkan perbandingan peningkatan yang signifikan. Hasil daripada pre test dan post test intervensi adalah tinggi dan ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah berjengket dapat membetulkan teknik asas berlari atas bebola kaki. Berikut adalah jadual perbandingan pre test dan post test.

SAMPEL KAJIANPRE TESTPOST TEST

TUMITBEBOLA KAKITUMITBEBOLA KAKI

S1/XX/

S2/XX/

S3/XX/

S4/XX/

S5/XX/

S6/XX/

S7/XX/

S8/X/X

Jadual 1: Menunjukkan Perbandingan Hasil Dapatan Kajian Sebelum Dan Selepas Intervensi

Perbandingan menunjukkan bahawa 7 daripada 8 sampel kajian menggunakan bebola kaki untuk berlari. Hanya satu sampel sahaja yang masih mengekalkan penggunaan tumit kaki dalam larian.

5.1DEMOGRAFI SAMPEL KAJIAN5.1.1Taburan sampel kajian mengikut jantina dan kaum.SAMPEL KAJIANJANTINAKAUM

LELAKIPEREMPUANBISAYABRUNEIKADAYAN

S1

S2

S3

S4

S5

S6

S7

S8

JUMLAH63511

Jadual 2 : Jadual menunjukkan jumlah taburan sampel kajian mengikut jantina dan kaumBerdasarkan jadual 2 diatas, menunjukkan taburan sampel kajian mengikut jantina dan kaum. Daripada jumlah 8 orang sampel kajian, 6 orang adalah lelaki dan 3 orang adalah perempuan. Rajah juga menunjukkan bahawa majoriti sampel kajian adalah daripada kaum bisaya iaitu seramai 5 orang. Dua orang sampel kajian lagi masing-masing adalah kaum Kadayan dan kaum Brunei.

6.PERBINCANGANDalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Jasmani Tahun 5, menyatakan standard kandungan 1.9 Berkebolehan melakukan kemahiran asas berlari dengan betul(43). Sekiranya asas berlari dengan betul tidak dapat dikuasai oleh murid, menjadi kesukaran pada murid untuk melakukan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam pengajaran pendidikan jasmani. Kemahiran asas berlari akan terus di pelajari sehingga ke peringkat sekolah menengah. Oleh itu mengenalpasti masalah berlari murid adalah tugas guru pendidikan jasmani. Pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan (Gagne, 1970). Oleh yang sedemikian, penyelidik perlu mengambil langkah untuk membuat perubahan pada teknik larian murid yang bermasalah kepada teknik larian yang betul bagi memastikan pembelajaran berlaku ke atas mereka. Satu-satunya cara meningkatkan prestasi dalam setiap sukan termasuk berlari adalah melalui latihan (Ibeatbrucelee, 2007). Walaupun terdapat pendapat lain atau kaedah lain yang juga biasa digunakan dalam membetulkan larian murid, namun penyataan ini memberikan penyelidik idea dan keyakinan untuk membantu memperbetulkan teknik larian murid melalui kaedah praktis yang dipelopori oleh Mosston dan Ashworth (1986). Teach a child proper stride technique, controlled breathing, and proper pacing and they will be well on the wall to mastering correct running technique Ray Fauteux (2007).

7.KESIMPULANKesimpulannya, hasil kajian ini mendapati bahawa empat minggu fasa intervensi latih tubi melakukan kaedah berjengket adalah sesuai dan efektif untuk meningkatkan penggunaan bebola kaki dalam larian. Daripada 8 sampel,7 daripadanya dapat melakukan teknik asas berlari atas bebola kaki. SK8 dapat mengekalkan larian atas bebola kaki. Berdasarkan pemerhatian seterusnya,SK8 tidak dapat mengekalkan teknik larian atas bebola kaki mungkin di sebabkan faktor berat badan. Berat badan SK8 ternyata melebihi berat badan normal SK8 sendiri. Kesemua sampel kajian melibatkan diri dengan aktif semasa setiap fasa intervensi dijalankan. Secara keseluruhannya, Kaedah Berjengket dapat membantu membetulkan teknik asas berlari atas bebola kaki.

8.RUJUKANMatthew Mitchell's Bio. (2013). Heels Or Toes: What Is The Best Way To Run?. Diperoleh 29 Ogos 2015 dari http://fl.milesplit.com/articles/112223/heels-or-toes-what-is-the-best-way-to-run

Topik 6: Pengetahuan Asas Dalam Pergerakan. Diperoleh Oktober 1, 2015 daripada file:///C:/Users/Admin/Downloads/topik6pengetahuanasasdalampergerakan-110913001556-phpapp02.pdf

Yusof Boon.Halijah Ibrahim.Asya Hasnimy Mohd Hashim.Kajian Berkaitan Kecergasan Fizikal Dan Kemahiran Motor. Johor.Universiti Teknologi Malaysia.

Brian Metzler.(2014). Footstrike 101: How Should Your Foot Hit The Ground?.Diperoleh 27 September 2015 dari http://running.competitor.com /2014/03/injury-prevention/footstrike-101-how-should-your-foot-hit-the-ground_63548Thomas C. Michaud.(2014). Is It Harmful To Heel Strike When Running?. Diperoleh 27 September 2015 dari http://running.competitor.com/2014/02/injury-prevention/is-it-harmful-to-heel-strike-when-running_95678Jen Rulon.(2014). On the 7th Day of Pose Method Running Tips. Diperoleh 27 September 2015 dari http://jenrulon.com/2014/12/17/on-the-7th-day-of-pose-method-running-tips/

Sylwyn Melvyn Sylvester.Namrod Dolois(2011). Kaedah Pengumpulan Data Kajian Tindakan. Diperoleh 9 Oktober 2015 dari http://www.slideshare.net/nym_namrod/kajian-tindakan-kaedah-pengumpulan-data-kajian-tindakanCoaching Jurnal Akademi Kejurulatihan Kebangsaan.Volume 1 Issue 3.(2014). Diperoleh 15 September 2015 dari http://www.nsc.gov.my/media /2014/07/CJJan2014.pdfKevin G. Hatala,Heather L. Dingwall,Roshna E. Wunderlich,Brian G. Richmond.Variation in Foot Strike Patterns during Running among Habitually Barefoot Populations. Diperolehi pada 30 0ktober 2015 daripada http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3541372/

6