Contoh Rancangan Pengajaran Harian (4)

9
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Subjek : Sains Tahun : Tahun 5 Tema : Menyiasat Alam Bahan Tajuk : Asid dan Alkali Tarikh : 24 September 2011 Masa : 1 jam (8.00 9.00 pagi) Kelas : 5 Adil Bilangan murid / Kedatangan : 20/20 Pengetahuan sedia ada : Murid-murid boleh membezakan rasa makanan sama ada masam, manis, tawar dan pahit. KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis) : 1. Memerhati gambar, lukisan, video dan lukisan berkaitan topik Asid dan Alkali. 2. Meramal rasa bahan-bahan semasa membuat eksperimen.

Transcript of Contoh Rancangan Pengajaran Harian (4)

Page 1: Contoh Rancangan Pengajaran Harian (4)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Subjek : Sains

Tahun : Tahun 5

Tema : Menyiasat Alam Bahan

Tajuk : Asid dan Alkali

Tarikh : 24 September 2011

Masa : 1 jam (8.00 – 9.00 pagi)

Kelas : 5 Adil

Bilangan murid / Kedatangan : 20/20

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid boleh membezakan rasa makanan sama ada masam, manis,

tawar dan pahit.

KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis) : 1. Memerhati gambar, lukisan, video dan lukisan berkaitan topik Asid dan

Alkali.

2. Meramal rasa bahan-bahan semasa membuat eksperimen.

Page 2: Contoh Rancangan Pengajaran Harian (4)

3. Mengelaskan bahan-bahan kepada asid, alkali dan neutral.

4. Berkomunikasikan data dengan mengelaskan bahan-bahan kepada asid,

alkali dan neutral di dalam jadual.

5. Menganalisis gambar, lukisan, video dan lukisan berkaitan topik Asid dan

Alkali.

6. Penjanaan idea dengan memberi contoh-contoh lain bahan-bahan yang

berasid, beralkali dan neutral.

7. Membuat kesimpulan tentang bahan-bahan yang berasid, beralkali dan

neutral.

Penerapan nilai murni : 1. Kerjasama di dalam kumpulan

2. Bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan yang diberikan

3. Patuh pada arahan

4. Keseronokkan

Alat bantu mengajar : Video, persembahan power point, Gambar, persembahan OHP, lukisan,

model 3D dan bahan-bahan eksperimen seperti air limau nipis, air asam jawa,

air ubat gigi, air sabun, kicap, cuka, air syampu, air serbuk pencuci basuh

kain, minyak, air gula dan air kosong serta kertas A4, surat khabar dan kertas

litmus.

Page 3: Contoh Rancangan Pengajaran Harian (4)

Objektif pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid akan dapat memahami tentang ciri-ciri bahan

yang bersifat asid, alkali dan neutral.

Hasil pembelajaran : Murid-murid dapat,

1. Mengenalpasti bahan yang berasid, beralkali dan neutral dengan

menggunakan kertas litmus.

2. Mengenalpasti rasa bahan yang berasid, beralkali dan neutral

3. Membuat kesimpulan tentang ciri-ciri bahan yang berasid, beralkali dan

neutral

Page 4: Contoh Rancangan Pengajaran Harian (4)

Fasa Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Set induksi

(5 minit)

1. Guru mengarahkan murid agar mengeluarkan bahan-bahan

seperti air limau nipis, air asam jawa, air ubat gigi dan air

sabun.

2. Guru merendam sehelai kertas A4, surat khabar dan kertas

litmus ke dalam air limau.

3. Guru bertanyakan soalan kepada murid-murid :

a. Apakah yang dapat diramalkan sekiranya kertas A4,

surat khabar dan kertas litmus direndam di dalam air

limau?

b. Kenapa kertas litmus menukar warna biru kepada

merah?

4. Guru menyatakan topik yang akan murid-murid pelajari iaitu

tentang Asid dan Alkali.

Alat Bantu Mengajar :

Bahan-bahan seperti air limau nipis,

air asam jawa, air ubat gigi dan air

syampu

(Lampiran 1)

Kertas A4, surat khabar dan kertas

litmus

(Lampiran 2)

Kaedah :

Demonstrasi

Penerangan

KBKK :

Memerhati

Meramal

Penerapan nilai :

Keseronokkan

Page 5: Contoh Rancangan Pengajaran Harian (4)

Penyampaian Isi

Langkah 1

(10 minit)

1. Guru memaparkan lukisan gambar bersaiz besar dengan

menggunakan kertas mahjung yang diletakkan di hadapan

kelas.

2. Guru meminta semua murid untuk mengenalpasti dan

menyatakan apa yang mereka lihat di dalam gambar

tersebut.

3. Guru menerangkan gambar tersebut di mana terdapat tiga

ciri bahan iaitu asid, alkali dan neutral.

4. Guru mengajar topik Asid dan Alkali dengan menggunakan

persembahan power point.

Alat Bantu Mengajar :

Gambar lukisan yang dilukis

menggunakan kertas mahjung

(Lampiran 3)

Persembahan power point

(Lampiran 4)

Kaedah :

Soal jawab

Penerangan

KBKK :

Memerhati

Menganalisis

Komunikasi

Penerapan nilai :

Keyakinan diri

Kerjasama dalam kumpulan

Page 6: Contoh Rancangan Pengajaran Harian (4)

Langkah 2

(10 minit)

1. Guru memaparkan video mengenai demonstrasi menguji

bahan-bahan sama ada bersifat asid, alkali atau neutral

dengan menggunakan kertas litmus.

2. Guru mengarahkan murid melakukan eksperimen secara

berkumpulan untuk menguji ciri-ciri bahan yang berasid,

beralkali dan neutral.

3. Murid akan menguji bahan yang mereka bawa dari rumah

seperti air syampu, air ubat gigi, air limau dan air asam

jawa.

4. Guru memberi bahan-bahan lain seperti cuka, kicap, air

gula, air serbuk pencuci basuh kain, minyak dan air kosong

kepada setiap kumpulan untuk diuji. Setiap keputusan

direkodkan di dalam jadual yang telah disediakan.

(Lampiran 8)

5. Selepas itu, guru meminta murid untuk membuat

kesimpulan daripada eksperimen yang telah dilakukan.

Patuh pada arahan

Alat Bantu Mengajar :

Video

(Lampiran 5)

Bahan-bahan yang dibawa oleh

murid seperti air limau nipis, air asam

jawa, air ubat gigi dan air syampu

(Lampiran 6)

Bahan-bahan yang disediakan oleh

guru seperti cuka, kicap, air gula, air

serbuk pencuci basuh kain, minyak

dan air kosong

(Lampiran 7)

Kertas litmus

Kaedah :

Eksperimen

Perbincangan

Page 7: Contoh Rancangan Pengajaran Harian (4)

Langkah 3

(10 minit)

1. Guru memberi contoh bahan yang lain dengan

memaparkan gambar di atas transperansi melalui

persembahan OHP supaya murid dapat menambahkan

pemahaman mereka tentang ciri-ciri bahan yang berasid,

beralkali dan neutral.

2. Guru mengedarkan sekeping gambar kepada semua murid

di dalam kelas.

3. Gambar-gambar tersebut hendaklah ditampal di papan

putih.

4. Setiap murid dikehendaki mengelaskan gambar-gambar

KBKK :

Memerhati

Membuat kesimpulan

Penerapan nilai :

Keseronokkan

Keyakinan diri

Kerjasama dalam kumpulan

Patuh pada arahan

Alat Bantu Mengajar :

Gambar transperansi melalui

persembahan OHP

(Lampiran 9)

Gambar bahan-bahan

(Lampiran 10)

Kaedah :

Soal jawab

Page 8: Contoh Rancangan Pengajaran Harian (4)

Langkah 4

(10 minit)

tersebut kepada tiga kategori iaitu asid, alkali dan neutral.

5. Murid diminta untuk mengklasifikasikan bahan-bahan

tersebut ke dalam tiga kategori iaitu asid, alkali dan neutral

dan merekodkan bahan-bahan tersebut di dalam jadual

mengikut kategori masing-masing. (Lampiran 11)

6. Guru membuat perbincangan dengan murid tentang bahan-

bahan yang berasid, beralkali dan neutral.

1. Guru mempamerkan bahan-bahan 3D di hadapan kelas.

2. Guru meminta murid-murid untuk mengenalpasti dan

menyatakan bahan-bahan tersebut.

3. Guru mengarahkan murid-murid untuk mengklasifikasikan

bahan-bahan 3D tersebut ke dalam kategori masing-masing

sama ada asid, alkali dan neutral.

Perbincangan

KBKK :

Memerhati

Mengelas

Komunikasi

Penerapan nilai :

Keyakinan diri

Patuh pada arahan

Alat Bantu Mengajar :

Bahan-bahan 3D

(Lampiran 12)

Kaedah :

Soal jawab

KBKK :

Memerhati

Menganalisis

Page 9: Contoh Rancangan Pengajaran Harian (4)

Komunikasi

mengelas

Penerapan nilai :

Keyakinan diri

Patuh pada arahan

Penutup

(5 minit)

1. Guru memberi tugasan kerja kepada murid-murid.

2. Guru bertanya kepada murid-murid tentang apa yang telah

mereka pelajari.

3. Guru akan memberikan beberapa contoh yang melibatkan

situasi yang sebenar, berkaitan dengan topik asid dan

alkali.

Alat Bantu Mengajar :

Kertas kerja

(Lampiran 13)

Kaedah :

Soal jawab

Latihan

KBKK :

Komunikasi

Penjanaan idea

Page 10: Contoh Rancangan Pengajaran Harian (4)

Penerapan nilai :

Keyakinan diri

Refleksi Guru :

________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________