contoh REFLEKSI permainan tradisional

4

Click here to load reader

description

refleksi

Transcript of contoh REFLEKSI permainan tradisional

SITI AISAH BINTI SAWINPPG PJK Kohort 2840309125218

REFLEKSI

Syukur Alhamdulillah dan segala pujian terhadap Allah S.W.T dan Rasulnya, akhirnya saya berjaya mengharungi pengajian bagi proforma PJM3112, Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Pengajian ini memerlukan saya menyelesaikan tugasan secara amali, menyediakan kertas kerja terutama bagi permainan tradisional dimana perlu dibuat secara berkumpulan serta menganjurkan Lawatan Ilmiah serta Karnival Permainan Tradisional. Terima kasih kepada pensyarah yang mengajar Encik Sallehuddin Bin Ibrahim kerana memberi panduan dan tunjuk ajar sepanjang proses pembinaan tugasan ini berlangsung. Hasil daripada kerjasama kumpulan yang cukup baik maka siapalah tugasan yang di amanahkan.

Pengalaman / Dapatan.Daripada proses pembinaan tugasan ini, saya menyedari bahawa kemahiran saya dalam penganjuran dan pentadbiran aktiviti masih cetek. Banyak yang saya perolehi hasil dari pembinaan modul serta hasil dari pembelajaran amali. Lawatan ilmiah ke Frenz United dan Majlis Sukan Negara banyak membuka mata saya tentang kepentingan saya mencari bakat atlet seterusnya membawa mereka ke level yang lebih tinggi. Saya juga berpeluang merasa sendiri sukan menembak. Permainan tradisional memberi saya kesempatan mempelajari permainan yang saya pernah dengar namun tidak pernah melihatnya dimainkan di hadapan mata iaitu Kabadi dan Sepak Raga Bulatan( di mana saya dan rakan kumpulan Cik Clearenna Adun dan Encik Mohd Zaiddi Mohd Dahan menyediakan kertas kerja dan penganjuran permainan). Saya sendiri merasa seronok ketika carnival dijalankan bersama murid-murid SK Taman Daya 3. Saya bersyukur sekurang-kurangnya dengan adanya pelajaran ini pada semester ini, saya dapat memperbaiki lagi kemahiran-kemahiran saya untuk menganjurkan sebarang lawatan tidak semestinya sukan dan penganjuran sukan. Ini juga sangat berguna untuk kejurulatihan saya di sekolah serta untuk pengajaran dan pembelajaran saya di kelas.Masalah.Masalah utama yang saya hadapi semasa proses menyiapkan tugasan ini ialah kesihatan yang kurang stabil memandangkan saya sedang hamil pada 3 bulan pertama dan saya sering pening dan letih yang teramat. Saya terpaksa mengurangkan pergerakan di mana menyebabkan saya terutamanya ketika pembelajaran amali Permainan Tradisional, tidak dapat merasa sendiri permainan yang dipilih rakan sekelas. Hakikatnya saya cemburu melihat rakan sekelas bermain kabadi, jentik getah, rampanau, dan sepak raga bulatan. Saya hanya dapat menjadi pemerhati di tepi padang untuk mengelakkan risiko dan tidak mahu rakan-rakan terpaksa berhati-hati sekiranya saya menyertai amali tersebut. Saya juga menghadapi masalah menemukan kawasan sekolah SK Taman Daya 3 sehingga menyebabkan tersesat bersama rakan lebih setengah jam di kawasan berhampiran. Setelah sampai pula saya dan rakan tidak dapat menyiapkan gelanggang Sepak Raga Bulatan kerana hujan turun dengan sangat lebat ketika baru hendak turun ke padang. Akhirnya kami terpaksa balik tanpa dapat menyiapkan gelanggang sebelum waktu karnival. Syukur sepanjang amali lawatan ilmiah ke Frenz United dan Majlis Sukan Negara saya tidak menghadapi sebarang masalah.

Cara mengatasi.Syukur Alhamdulillah apabila masuk ke minggu-minggu terakhir pengajian semester 5, masalah hamil yang saya hadapi berkurangan dan saya dapat mengikuti lawatan ilmiah serta menyertai Karnival Permainan Tradisional kerana kandungan saya berada dalam 5 bulan. Ini membantu saya dalam mengambil ujian amali kerana saya dapat melakukan amali tanpa menghadapi masalah kesihatan. Saya masih tidak dapat bermain permainan tradisional namun saya cuba mempelajari permainan tersebut dengan memerhati rakan bermain serta bertanya bagaimana permainan tersebut dijalankan. Maslah hujan lebat yang saya hadapi semasa penyediaan gelanggang Sepak Raga Bulatan di atasi dengan bersedia awal pada hari karnival sebelum karnival berlangsung. Syukur masalah cuaca hujan lebat tidak berlaku semasa penyediaan gelanggang membawa ke pertandingan Sepak Raga Bulatan. Saya dan ahli kumpulan dapat menjalankan pertandingan yang kami pilih dengan jayanya.

Yang benar,

_________________(SITI AISAH SAWIN)

PJM3113