Contoh rph latihan mengajar

3
Lampiran A. FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN Tarikh : 15 Jun 2003 Hari : Isnin Tingkatan : 1 A2 Bil. Murid: 38 orang Masa : 8.20 9.40 Mata Pelajaran : Pendidikan Agama Islam (Tafsir al Quran) Tajuk : Ayat-ayat al-Quran, surah al-Baqarah ayat 21-22 Hasil Pembelajaran : Pada akhir waktu pengajaran, pelajar dapat: i. Membaca al-Quran, ayat 21-22 surah al-Baqarah dengan lancar dan bertajwid. ii. Menyatakan keyakinan terhadap kekuasaan Allah (s.w.t) yang menjadikan langit dan bumi serta isinya. iii. Membincangkan tentang pengurniaan rahmat dan razeki oleh Allah (s.w.t) kepada makhlukNya. iv. Menanamkan nilai-nilai kepatuhan terhadap perintah Allah (s.w.t.). Sumber Pembelajaran dan Pengajaran: Gambar / ilustrasi langit dan bumi Radio kaset dan pita rakaman Lutsinar tentang makna dan pengertian ayat al-Quran Kad manila yang mengandungi ayat al-Quran. Pengetahuan Sedia : Pelajar telah mempelajari dan memahami ayat-ayat sebelumnya dari surah al_baqarah. Nilai-nilai murni : Bersyukur terhadap nikmat dan rahmat Allah kepada kita Kemahiran generik: Kecerdasan Berganda: Kecerdasan bahasa, Kecerdasan intrapersonal.

Transcript of Contoh rph latihan mengajar

Page 1: Contoh rph latihan mengajar

Lampiran A.

FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN

Tarikh : 15 Jun 2003 Hari : Isnin

Tingkatan : 1 A2 Bil. Murid: 38 orang Masa : 8.20 – 9.40

Mata Pelajaran : Pendidikan Agama Islam (Tafsir al Quran)

Tajuk : Ayat-ayat al-Quran, surah al-Baqarah ayat 21-22

Hasil Pembelajaran : Pada akhir waktu pengajaran, pelajar dapat:

i. Membaca al-Quran, ayat 21-22 surah al-Baqarah dengan

lancar dan bertajwid.

ii. Menyatakan keyakinan terhadap kekuasaan Allah (s.w.t) yang menjadikan langit dan

bumi serta isinya.

iii. Membincangkan tentang pengurniaan rahmat dan razeki oleh Allah (s.w.t) kepada

makhlukNya.

iv. Menanamkan nilai-nilai kepatuhan terhadap perintah Allah

(s.w.t.).

Sumber Pembelajaran dan Pengajaran:

Gambar / ilustrasi langit dan bumiRadio kaset dan pita rakamanLutsinar tentang makna dan pengertian ayat al-QuranKad manila yang mengandungi ayat al-Quran.

Pengetahuan Sedia : Pelajar telah mempelajari dan memahami ayat-ayat sebelumnya dari surah al_baqarah.

Nilai-nilai murni : Bersyukur terhadap nikmat dan rahmat Allah kepada kita

Kemahiran generik: Kecerdasan Berganda: Kecerdasan bahasa, Kecerdasan intrapersonal.

Page 2: Contoh rph latihan mengajar

LANGKAH PENYAMPAIAN :

LANGKAH ISI AKTIVITI CATITAN

Pengenalan / set induksi

Gambaran tentang langit dan bumi serta isi kandungannya.

1. Guru menunjukkan gambar lukisan langit dan bumi serta mengemukan beberapa soalan:i. Ini gambar apa?ii. Bagaimanakah ia terjadi?iii. Siapakah yang

menjadikannya?2. Beberapa orang pelajar mengemukakan pendapat tentang kejadian langit dan bumi.3. Seterusnya guru mengaitkan perkara-perkara tersebut dengan tajuk pelajaran hari ini.

Perkembangan isi : Langkah 1

Petikan ayat al-Quran, ayat 21-22 surah al-Baqarah.

Berdasarkan kad manila, guru memperdengarkan bacaan ayat al-Quran kepada pelajar melalui radio kaset.Guru memperdengarkan bacaan contoh kepada pelajarPelajar membaca ayat tersebut secara beramai-ramai.Beberapa orang pelajar membaca ayat tersebut secara bergilir-gilir dengan bertajwid. Guru membetulkan bacaan pelajar.Guru menegaskan hukum tajwid berkaitan tanwin yang terdapat dalam ayat yang telah dibaca.

Penggabungjalinan

Langkah 2Terjemahan ayat:Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang sebelummu agar kamu bertaqwa…

Berdasarkan lutsinar OHP, guru menyuruh pelajar membaca pengertian ayat dan makna perkataan.Pelajar-pelajar berbincang dan mengeluarkan idea menunjukkan bukti-bukti tentang kekuasaan Allah (s.w.t).

Penerapan nilai murni

Page 3: Contoh rph latihan mengajar

Langkah 3 Pengajaran ayat:Dituntut hanya beribadat kepada Allah sahaja.Allah berkuasa menjadikan langit dan bumiRahmat dan kurnia Allah meliputi di antara dunia dan akhirat

Guru membuka peluang kepada perbincangan mengenai hikmat dan pengajaran ayat khasnya tentang pengurniaan rezeki kepada manusia.Guru menegaskan sekali lagi supaya pelajar menanamkan kepatuhan yang tinggi kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Penilaian Nyatakan isi Soalan-soalan yang digunakan dalam penilaian: lisan,Lembaran kerja,Hasil kerja dll

Konsolidasi/ Rumusan Rumusan /

Dengan bimbingan guru, pelajar membuat rumusan tentang pelajaran hari ini dan guru meminta dua orang pelajar membacakan ayat tersebut sekali lagi.

Aktitiviti Susulan

Nyatakan aktiviti pengukuhan

Pelajar dikehendaki mengulangkaji pelajaran hari ini dan akan datang, iaitu ayat seterusanya dalam surah al-Baqarah.

Penilaian Kendiri

Refleksi:

Catitan Guru:

Catitan Penyelia: