contoh rumusan 2

download contoh rumusan 2

of 10

description

melayu

Transcript of contoh rumusan 2

Pelajaran 2Latihan di dalam kelasBaca petikan di bawah dan buat suatu rumusan tentang langkah-langkah yang dapat menggalakkan remaja menghayati semangat kejiranan dan faedah-faedah yang diperoleh masyarakat daripada penghayatan tersebut.. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah kata.

Masyarakat bermula daripada jiran. Jiran pula terdiri daripada semua lapisan. Oleh hal itu, remaja merupakansatu daripada entiti yang memenuhi definisi kejiranan.Dalam hal ini remaja ada peranannya yang tersendiri. Konsep kejiranan serta persaudaraan cukup menarik dan mesti dikekalkan oleh masyarakat , khasnya oleh golongan remaja. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan perasaankasih dan bantu-membantu tersemai dalam diri malah dapat membantu mewujudkan kekuatan dalam kalangan rakyat untuk ingat-mengingati dan tegur-menegur, sehingga seseorang itu berasa begitu lemah jika hidup tanpa jiran.Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga dapat menghilangkan perasaan dengki, iri hati, bermusuh-musuhan dan sifat negatif lain yang membawa perpecahan. Oleh sebab remaja merupakan entiti penting dalam masyarakat makaremaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakatseperti Rukun Tetangga yang semakin luas fungsinya meliputi aktiviti pendidikan, alam sekitar, sukan, kesihatan, keagamaan dan ekonomi. Selain itu,remaja boleh berperanan sebagai mata-mata kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah jenayah di kawasan kejiranan masing-masing.Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan guru berperanan untuk memastikan remaja berupaya mentafsirkan peranan masing-masing dalam masyarakat apabila dewasa kelak.Namun begitu,pegangan agama mesti menjadi pegangan kuat dalam kalangan remaja. Mereka perlu memahami dan menghayati matlamat hidup di dunia agar menjadi lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, agama dan masyarakat. Hal ini akan menjadikan remaja lebih peka akan konsep kejiranan.Pada masa yang sama,Rukun Tetangga perlu berbincang dan bersepakat melaksanakan program yang bersesuaian dengan kehendak remajademi kemaslahatan jiran tetangga.Sebagai contoh, penganjuran Hari Keluarga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk, bak kata peribahasa sepakat membawa berkat.Masyarakat pula perlu mempunyai kesedaran untuk berubah. Hasil kajian Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional menunjukkan bahawa sikap mementingkan diri merupakan satu faktor utama kelunturan semangat kejiranan.Tindakan seterusnya ialahkesediaanpihak polis melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah dalam kalangan masyarakat. Rakan Cop yang diperkenalkan pada 9 Ogos 2004 diilhamkan atas kesedaran bahawa polis merupakan elemen pelengkap sesebuah masyarakat yang aman dan harmoni.Pendekatan Rakan Cop adalah untuk membentuk interaksi dua hala dengan masyarakat.Secara tidak langsung remaja boleh bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak polis demi keselamatan jitan mereka. Sementara itu,Gagasan 1Malaysia yang sangat menekankan semangat perpaduan antara semua kaum di Malaysia perlu dihayati dan diaplikasikan oleh golongan remaja dalam aktiviti seharian merekademi pemupukan semangat kejiranan yang utuh dalam kalangan masyarakat.Peranan semua pihak ini akan lebih berkesan jikamedia massa memainkan peranan penting menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan remaja dan masyarakat. Program penyiaran yang melibatkan remaja dalam aktiviti kejiranan dan perpaduan mampu mempengaruhi sikap dan mentaliti remaja terhadap kepentingan semangat kejiranan dalam hidup mereka.Segala usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, sentiasalah beringat bahawa tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni. Demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan remaja yang peka akan kepentingan bermasyarakat, semua pihak dan anggota masyarakat perlu berganding bahu.(dipetik dan diubah suai daripada, Hidup Berjiran Muafakat Masyarakat Oleh Juliana Mansor: Majalah Dewan Siswa, Mac 2011)

JawapanBaca petikan di bawah dan buat suatu rumusan tentang langkah-langkah yang dapat menggalakkan remaja menghayati semangat kejiranan dan faedah-faedah yang diperoleh masyarakat daripada penghayatan tersebut.. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah kata.

Masyarakat bermula daripada jiran. Jiran pula terdiri daripada semua lapisan. Oleh hal itu, remaja merupakansatu daripada entiti yang memenuhi definisi kejiranan.Dalam hal ini remaja ada peranannya yang tersendiri. Konsep kejiranan serta persaudaraan cukup menarik dan mesti dikekalkan oleh masyarakat , khasnya oleh golongan remaja. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan perasaankasih dan bantu-membantu tersemai dalam diri malah dapat membantu mewujudkan kekuatan dalam kalangan rakyat untuk ingat-mengingati dan tegur-menegur, sehingga seseorang itu berasa begitu lemah jika hidup tanpa jiran.Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga dapat menghilangkan perasaan dengki, iri hati, bermusuh-musuhan dan sifat negatif lain yang membawa perpecahan. Oleh sebab remaja merupakan entiti penting dalam masyarakat makaremaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakatseperti Rukun Tetangga yang semakin luas fungsinya meliputi aktiviti pendidikan, alam sekitar, sukan, kesihatan, keagamaan dan ekonomi. Selain itu,remaja boleh berperanan sebagai mata-mata kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah jenayah di kawasan kejiranan masing-masing.Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan guru berperanan untuk memastikan remaja berupaya mentafsirkan peranan masing-masing dalam masyarakat apabila dewasa kelak.Namun begitu,pegangan agama mesti menjadi pegangan kuat dalam kalangan remaja. Mereka perlu memahami dan menghayati matlamat hidup di dunia agar menjadi lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, agama dan masyarakat. Hal ini akan menjadikan remaja lebih peka akan konsep kejiranan.Pada masa yang sama,Rukun Tetangga perlu berbincang dan bersepakat melaksanakan program yang bersesuaian dengan kehendak remajademi kemaslahatan jiran tetangga.Sebagai contoh, penganjuran Hari Keluarga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk, bak kata peribahasa sepakat membawa berkat.Masyarakat pula perlu mempunyai kesedaran untuk berubah. Hasil kajian Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional menunjukkan bahawa sikap mementingkan diri merupakan satu faktor utama kelunturan semangat kejiranan.Tindakan seterusnya ialahkesediaanpihak polis melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah dalam kalangan masyarakat. Rakan Cop yang diperkenalkan pada 9 Ogos 2004 diilhamkan atas kesedaran bahawa polis merupakan elemen pelengkap sesebuah masyarakat yang aman dan harmoni.Pendekatan Rakan Cop adalah untuk membentuk interaksi dua hala dengan masyarakat.Secara tidak langsung remaja boleh bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak polis demi keselamatan jitan mereka. Sementara itu,Gagasan 1Malaysia yang sangat menekankan semangat perpaduan antara semua kaum di Malaysia perlu dihayati dan diaplikasikan oleh golongan remaja dalam aktiviti seharian merekademi pemupukan semangat kejiranan yang utuh dalam kalangan masyarakat.Peranan semua pihak ini akan lebih berkesan jikamedia massa memainkan peranan penting menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan remaja dan masyarakat. Program penyiaran yang melibatkan remaja dalam aktiviti kejiranan dan perpaduan mampu mempengaruhi sikap dan mentaliti remaja terhadap kepentingan semangat kejiranan dalam hidup mereka.Segala usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, sentiasalah beringat bahawa tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni. Demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan remaja yang peka akan kepentingan bermasyarakat, semua pihak dan anggota masyarakat perlu berganding bahu.(dipetik dan diubah suai daripada, Hidup Berjiran Muafakat Masyarakat Oleh Juliana Mansor: Majalah Dewan Siswa, Mac 2011)

Markah penuh 30 dibahagi kepada:(a)Isi-20markah(b)Bahasa-10markah

(a)Isi[20 markah]Nota :(i)Panduan mengira perkataanPerkataan yang dikira sebagai satu perkataan:-Nama khas-Perkataan berulang-Penggunaan kata depan di dan ke-Tarikh-Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan-Gelaran(ii)Kira dantandakanjawapan calon setakat120 patah perkataansahaja sebelum diperiksa.(iii) Periksa jawapan calon setakat120 perkataansahaja.Yang selebihnyatidak perlu diperiksa.

(iv) Berikanmarkahbagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.BAHAGIANMARKAHMARKAH

PENDAHULUAN2

ISI TERSURAT45678910111216

ISI TERSIRAT121110987654

KESIMPULAN2

JUMLAH20

PENDAHULUAN ( 2 markah )Petikan membincangkancara-cara menggalakkan remaja menghayati semangat kejiranandi Malaysia.( 2 markah )

ISI TERSURAT ( 4-12 MARKAH )BILISIMARKAH

1Remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat2

2Boleh berperanan sebagai mata-mata kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah jenayah di kawasan kejiranan masing-masing.2

3Pegangan agama mesti menjadi pegangan kuat dalam kalangan remaja2

4.Remaja memahami dan menghayati matlamat hidup di dunia2

5Rukun Tetangga berbincang dan bersepakat melaksanakan program yang bersesuaian dengan kehendak remaja2

6Masyarakat pula perlu mempunyai kesedaran untuk berubah2

7Pihak polis melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah2

8Gagasan 1Malaysia perlu dihayati dan diaplikasikan oleh golongan remaja dalam aktiviti seharian mereka2

9Media massa memainkan peranan penting menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan remaja2

ISI TERSURAT ( 4-12 MARKAH )BILISIMARKAH

1Remaja/masyarakat tidak bersikap keakuan2

2Sikap saling menghormati /mesra menjadi budaya dalam masyarakat2

3Unsur-unsur negatif/jenayah dapat diatasi bersama-sama dalam kawasan kejiranan/kejadian jenayah berkurangan2

4Remaja /masyarakat hidup dalam suasana harmoni/perpaduan2

5Meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat2

6Masyarakat di dalam kawasan kejiranan dipandang tinggi2

7Kegiatan sosioekonomi bergerak lancar2

KESIMPULAN ( 2 MARKAH )Kesimpulannya, semua pihakperluberusaha bagi memastikan remaja peka akan hal-hal kejirananagarremaja yang mesra jiran dapat diwujudkan.( 2 markah )

Latihan KendiriBaca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentangperanan pusat sumber sekolahdansebab-sebab pusat sumber sekolah kurang dikunjungi.Panjang rumusan hendaklahtidak melebihi 120patah perkataan.Sejak dahulu lagi sesebuah sekolah dianggap tidak lengkap jika tidak mempunyai satu perpustakaan. Perpustakaan itu pula dianggap sebagaigedung ilmudan sumber pengetahuan. Hal ini bermakna, kalau sebelum ini perpustakaan merupakan pusat pengumpulan bahan bercetak dan bilik alat merupakan tempat pengumpulan bahan-bahan alat pandang dengar, sekarang kedua-dua tempat ini diintegrasikan untuk menjadi pusat sumber sekolah.Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pusat untuk menyediakan, menyimpan, mengedarkan, dan memberi perkhidmatan koleksi bahan. Sama ada bersaiz sekadar sebuah bilik darjah ataupun berdiri megah berbentuk bangunan sendiri, pusat sumber sekolah berpotensi besar dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan tahap intelektual warga sekolah,khususnya murid. Usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang menjadi satu daripada fokus tahunan pusat sumber sekolah. Pusat sumber sekolah dapat mengadakan kolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dalam program peningkatan akademik.Pusat sumber sekolah juga merupakan tempat berlakunya segala kegiatan yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pemelajaran. Konsep pusat sumber sekolah ini adalah berkaitan dengan konsep pendidikan moden, iaitu untuk mewujudkan keadaan belajar secara kendiri. Dengan yang demikian, setiap individu boleh menentukan kehendak pelajarnya dan merancang sesuatu bagi memupuk keperluan dan kehendak yang tersendiri. Pusat sumber sekolah sememangnya dapat membantu dan membaiki kualiti pendidikan negara agar dapat memberikan asas yang kukuh bagi membentuk masyarakat berpengetahuan. Oleh itu, golongan pendidik sentiasa diingatkan supaya menghasilkan pengajaran yang berkesan.Pada masa yang sama, pusat sumber sekolah perlu dilengkapi dengan alat bahan, dan kemudahan. Pusat sumber yang lengkap dan menepati kehendak pelanggannya membolehkan proses capaian maklumat dilaksanakan dengan berkesan. Antaranya termasuk penyediaan keratan akhbar dan koleksi rencana daripada majalah. Selain itu, pusat sumber sekolah mampu menghasilkan bahan-bahan yang mudah dan murah, tetapi berkesan kepada pelanggannya. Jadi, pusat sumber sekolah disediakan bertujuan untuk memajukan sumber pelbagai media bagi kegunaan guru dan pelajar.Tegasnya, dapatlah dikatakan bahawa peranan pusat sumber sekolah sangat luas. Di samping memupuk minat gemar membaca dan membuat penyelidikan, diharapkan apabila pelajar dapat memanfaatkan pusat sumber sekolah, mereka akan dapat menjadi pelajar yang berdedikasi, berfikiran matang, berdisiplin, dan dapat mengembangkan bakat, serta kebolehan mereka berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing.(Dipetik dan diubah suai daripada Pusat Sumber Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu oleh Zuridah Hanim Md. Akhir,Pelita Bahasa, April 2011

Jawapan:Pendahuluan MarkahPetikan membincangkan fungsi/tugas/tanggungjawab pusat sumber sekolah.Isi-isi tersurat [4 -12 markah] [Peranan]1. Menyediakan, menyimpan, mengedarkan, dan memberi perkhidmatankoleksi bahan2. Meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan tahap intelektual warga sekolah3. Mengadakan kolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dalam program peningkatan akademik4. Meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pemelajaran.5. Mewujudkan keadaan pelajar secara kendiri.6. Membantu dan membaiki kualiti pendidikan negara.7. Membolehkan proses capaian maklumat dilaksanakan dengan berkesan.8. Menghasilkan bahan-bahan yang mudah dan murah, tetapi berkesan9. Memajukan sumber pelbagai media bagi kegunaan guru dan pelajar.

Isi- isi tersirat (4 12 markah): [Sebab-sebab kurang dikunjungi]1. Tidak sesuai dengan jadual waktu2. Suasana tidak sesuai /kondusif3. Koleksi bahan tidak mencukupi /tidak menarik 4. Ruang bacaan yang sempit5. Peraturan pusat sumber sekolah kurang mesra pelanggan6. Waktu untuk berkunjung ke pusat sumber yang sangat terhad /kekangan masa7. Kurang promosi /tiada galakan /tiada penghargaan8. Kurang aktiviti di peringkat pusat sumber

KesimpulanSemua pihak haruslah memanfaatkan pusat sumber sekolah supaya dapat memupukbudaya membaca.