CONTOH SOALAN - ITEM TIMSS 19

3
document.doc Mata Pelajaran Matematik Kategori Model (PISA/BR/LP/TIMSS )* Konstruk Analisis Aras Sederhana Jenis Soalan Objektif Tingkatan 1 Bidang Nombor Tajuk Peratusan Objektif Pembelajaran Menyelesaikan masalah harian melibatkan peratusan Hasil Pembelajaran Di akhir PdP, pelajar akan dapat menyelesaikan masalah harian yang melibatkan peratusan. Pengetahuan Sedia Ada Pola dan urutan nombor, peratusan Catatan Soalan: Seorang penghidap penyakit kencing manis menerima suntikan insulin sebagai rawatan untuk menurunkan aras glukos dalam darah. Insulin di dalam tubuhnya akan beransur-ansur berkurang selepas suntikan diambil. Selepas setiap satu jam, hanya 60% daripada insulin tersebut yang masih aktif. Perkara ini berulang pada akhir setiap jam. Andaikan pesakit itu diberi satu dos suntikan 300 pmol/L insulin pada pukul 7.00 pagi setiap hari. Jadual dibawah menunjukkan jumlah insulin yang masih aktif dalam darah wanita tersebut bermula jam 7.00 pagi hingga 1

Transcript of CONTOH SOALAN - ITEM TIMSS 19

Page 1: CONTOH SOALAN - ITEM TIMSS 19

document.doc

Mata Pelajaran Matematik

Kategori Model (PISA/BR/LP/TIMSS)*

Konstruk Analisis

Aras Sederhana

Jenis Soalan Objektif

Tingkatan 1

Bidang Nombor

Tajuk Peratusan

Objektif Pembelajaran Menyelesaikan masalah harian melibatkan peratusan

Hasil Pembelajaran Di akhir PdP, pelajar akan dapat menyelesaikan

masalah harian yang melibatkan peratusan.

Pengetahuan Sedia Ada Pola dan urutan nombor, peratusan

Catatan

Soalan:

Seorang penghidap penyakit kencing manis menerima suntikan insulin

sebagai rawatan untuk menurunkan aras glukos dalam darah. Insulin di dalam

tubuhnya akan beransur-ansur berkurang selepas suntikan diambil. Selepas setiap

satu jam, hanya 60% daripada insulin tersebut yang masih aktif. Perkara ini

berulang pada akhir setiap jam. Andaikan pesakit itu diberi satu dos suntikan 300

pmol/L insulin pada pukul 7.00 pagi setiap hari.

Jadual dibawah menunjukkan jumlah insulin yang masih aktif dalam darah

wanita tersebut bermula jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi. Kira jumlah insulin yang

masih aktif dalam darah wanita tersebut dan lengkapkan jadual.

Masa 7.00 am 8.00 am 9.00 am 10.00 am 11.00 am

Insulin

(pmol/L)300 38.88 23.3

[1 markah]

1

Page 2: CONTOH SOALAN - ITEM TIMSS 19

document.doc

Respon Jawapan

A. 120.0 pmol/L , 48.0 pmol.L

B. 64.8 pmol/L, 38.8- pmol/L

C. 72.00 pmol/L, 28.80 pmol/L

D. 180.00 pmol/L, 108.00 pmol/L

Penyelesaian : Jawapan D

Jumlah insulin yang masih aktif.

Selepas 1 jam pertama

300 x 60% = 180.00 pmol/L

Jam kedua

180 x 60% = 108.00 pmol/L

Jam ketiga

108 x 60% = 64.80 pmol/L

Jam keempat

64.8 x 60% = 38.88 pmol/L

2