Contoh soalan TITAS

9
TOPIK 1 : PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN BAB 1- BAB 7 1. Berikut adalah istilah-istilah yang digunakan di dalam Bahasa Arab untuk memberi maksud “civilization” kecuali…. A Hadarah B Harakah C Maddana D Umran 2. Berikut adalah elemen-elemen asas pembentukan tamadun kecuali: A Hayat penghidupan stabil yang panjang. B Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan dan meningkatnya penciptaan sains dan teknologi. C Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan anggota masyarakatnya. D Wujud organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan pendidikan yang teratur dan sistematik. 3. Tamadun manusia secara tipologi dibahagikan kepada 4 ciri, pilih 4 ciri yang dimaksudkan:. I Tamadun Mistik. II Tamadun Intelektual. III Tamadun Materialistik. IV Tamadun berasaskan wahyu. A I, II dan III. B I, II dan IV. C I, III dan IV. D Semua di atas.

Transcript of Contoh soalan TITAS

Page 1: Contoh soalan TITAS

TOPIK 1 : PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

BAB 1- BAB 7

1. Berikut adalah istilah-istilah yang digunakan di dalam Bahasa Arab untuk memberi maksud “civilization” kecuali….

A HadarahB HarakahC MaddanaD Umran

2. Berikut adalah elemen-elemen asas pembentukan tamadun kecuali:

A Hayat penghidupan stabil yang panjang.B Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan dan meningkatnya

penciptaan sains dan teknologi.C Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal

perlakuan anggota masyarakatnya.D Wujud organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam bidang politik,

ekonomi, sosial dan pendidikan yang teratur dan sistematik.

3. Tamadun manusia secara tipologi dibahagikan kepada 4 ciri, pilih 4 ciri yang dimaksudkan:.

I Tamadun Mistik.II Tamadun Intelektual.III Tamadun Materialistik.IV Tamadun berasaskan wahyu.

A I, II dan III.B I, II dan IV.C I, III dan IV.D Semua di atas.

 4. Hubungan, pertemuan, komunikasi dan sebagainya di antara individu, kelompok, masyarakat dan seterusnya negara adalah apa yang dikatakan sebagai:

A Toleransi peradaban.B Pertemuan peradaban.C Interaksi antara peradaban.D Pertembungan peradaban (the clash of civilization).

Page 2: Contoh soalan TITAS

5. Fakta manakah yang tepat menggambarkan faktor-faktor pendorong kepada kemunculan sesebuah tamadun?

I Kesengsaraan hidup.II Kemenangan di dalam peperangan.III Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni.IV Rangsangan daripada semangat wanita-wanita dan kaum ibu.

A I, II dan III.B I, II dan IV.C I, III dan IV.D Semua di atas.

 6. Salah satu daripada kenyataan berikut bukan merupakan sifat-sifat utama sesebuah tamadun.

A Kewujudan satu atau beberapa bahasa yang serumpun dengan sistem tulisan yang tersendiri.

B Kewujudan sebuah sistem sosial meliputi politik, perekonomian dan pendidikan yang tersusun.

C Kewujudan satu kepercayaan (agama) yang dapat menyatukan seluruh masyarakat dalam wilayah tamadun tersebut.

D Kewujudan penempatan manusia di sesebuah kawasan atau beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota atau sistem (Madinah).

 7. Interaksi budaya merupakan salah satu daripada jenis interaksi peradaban yang paling jelas berlaku dalam banyak Tamadun. Antara faktor-faktor berikut, yang manakah telah menyebabkan berlakunya interaksi budaya?

I Pengalaman sejarah, diserang, berperang dan sebagainya.II Faktor geografi; Lokasi strategik akan lebih terdedah kepada

interaksi contohnya Tamadun Melaka.III Faktor perdagangan; pengalaman berinteraksi melalui

perdagangan akan menyebabkan tamadun berkenaan lebih terbuka.

IV Faktor kepimpinan; contohnya Maharaja Jepun; Maharaja Meiji berpendapat untuk mengelak dari dijajah Jepun perlu berinteraksi dengan Barat. Jepun hanya mahu ilmu barat sahaja.

A I, II dan III.B II, III dan IV.C I, II dan IV.D Semua di atas.

Page 3: Contoh soalan TITAS

 8. Merujuk kepada peradaban awal dunia seperti Mesir, Mesopotamia, Greek dan Rome merupakan peradaban yang telah jatuh. Kemerosotan, kejatuhan dan berakhirnya tamadun-tamadun tersebut adalah disebabkan oleh kepincangan dalam beberapa aspek peradaban. Antara berikut manakah BUKAN menunjukkan ciri-ciri kepincangan tersebut.

A Bencana alam dan penyakit yang terukB Rakyat yang bersungguh-sungguh mengumpul harta.C Pemimpin mengabaikan kebajikan dan kemudahan rakyat.D Pembinaan monumen-monumen besar yang menggambarkan

kemewahan.

9. Berikut menerangkan tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kehidupan manusia dalam mewujudkan kehidupan yang bertamadun.

I Peperangan.II Konflik antara agama dan kaum.III Kemelesatan ekonomi dunia dan negara.IV Kegawatan sosial.

A I, II dan III.B I, II dan IV.C I, III dan IV.D I, II, III dan IV.

10 Antara berikut yang manakah menggambarkan interaksi tamadun dalam bentuk yang negatif.

A Kejadian gempa bumi dan bencana alam seperti tsnunami.B Pertembungan Tamadun Islam dan Tamadun Barat membawa

kepada berlakunya Perang Salib (1096-1291).C Perletakkan jawatan  sesetengah pemimpin berlaku disebabkan tekanan

oleh golongan rakyat.D Pembunuhan tokoh-tokoh penting di dunia disebabkan interaksi yang

gagal.

TOPIK 2 :  TAMADUN ISLAMBAB 1 : ISLAM DALAM TAMADUN MANUSIA

Page 4: Contoh soalan TITAS

1. Tamadun Islam menjadikan pandangan semester Islam mengenai konsep kehidupan manusia sebagai asas perkembangannya. Pilih kenyataan yang SALAH tentang konsep kehidupan manusia.

A Manusia adalah makhluk yang paling mulia dalam aspek rohani dan jasmani.

B Manusia telah mengakui keesaan Allah swt ketika di alam Roh.C Kehidupan di alam barzakh akan mempengaruhi alam dunia seperti

penjelmaan semula dan berkomunikasi.D Setiap amalan manusia di dunia akan mendapat balasan di hari akhirat

kelak.

2. Berikut adalah kenyataan yang tidak benar mengenai hakikat alam Barzakh.

I Bahagia atau derita bergantung amalan semasa di alam dunia.II Roh akan mempengaruhi alam dunia seperti berinteraksi dan

sabagainya.III Terpisah di antara Roh dan Jasad .IV Ruh berkuasa terhadap kehidupan manusia yang masih hidup di

dunia.

A I, II dan III.B I, II dan IV.C I, III dan IV.D I, II, III dan IV.

  3. Matlamat  tamadun Islam adalah untuk memelihara keselamatan mengikut

urutan keutamaan iaitu :

I Aqal FikiranII Nyawa (Hak Hidup).III Kehormatan dan keturunan.IV Hak dan kebebasan.V Harta Benda .

A.   I, II, III, IV,VB.   II, I, III, IV,VC.   I, II, III, V, IVD.   II, I, III,V, IV.

BAB 2 : KONSEP TAMADUN ISLAM

Page 5: Contoh soalan TITAS

1. Tamadun Islam adalah tamadun yang berteraskan aqidah tauhid, Berikut adalah penyataan yang benar tentang aqidah tauhid dalam tamadun  Islam  KECUALI 

A Mengesakan Allah SWT sebagai ILAH pada keyakinan, ucapan dan pengamalan seharian.

B Garis pemisah membezakan tamadun Islam dengan tamadun lain.C Ikatan yang menghubungkan semua nabi dan rasul.D Melahirkan sifat taqlid dan jumud kepada umat Islam.

2. Tamadun Islam menjadikan pandangan semester Islam sebagai asas perkembangannya. Pilih kenyataan yang SALAH tentang pandangan semester Islam

A Al-Quran sebagai satu-satunya sumber rujukan umat Islam.B Islam adalah ajaran yang mengandungi aspek aqidah, syariah dan

akhlak.C Setiap amalan manusia di dunia akan direkodkan dan akan mendapat

balasan di hari akhirat kelak.D Tujuan manusia diciptakan hanya untuk beribadah kepada Allah swt.

3. Syariah adalah intipati asas dalam tamadun Islam. Berikut adalah penyataan yang benar tentang Syariah dalam tamadun  Islam KECUALI 

A Panduan dalam kehidupan individu dengan tuhannya, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

B Asas perkembangan sistem sosial, ekonomi dan politik IslamC Terdapat unsur yang berbentuk fleksible berdasarkan kesuaian masa,

tempat, budaya dan bangsa sesebuah masyarakat Islam.D Berkuatkuasa sepenuhnya sebelum penghijrahan Rasulullah saw ke

Madinah.

4. Berikut adalah kenyataan yang terdapat dalam cirri-ciri khusus dalam Tamadun Islam. Pilih kenyataan yang SALAH tentang cirri-ciri khusus  Tamadun Islam

Page 6: Contoh soalan TITAS

A Rabbaniyyah bermaksud segala konsep, prinsip, nilai, hukum, dan peraturan secara mutlak daripada Allah swt

B Alamiyyah bermaksud persamaan sesama manusia yang berbilang bangsa, kaum dan darjat. Umat manusia di setiap tempat dan zaman, tanpa dibatasi oleh batasan politik, budaya, bangsa ataupun sempadan geografi.

C Konsep toleransi Islam membenarkan dan menggalakkan penerusan sesuatu unsur tamadun  yang membawa kebaikan selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam dan tidak menjejaskan hak orang lain dalam tamadun tersebut

D Konsep tabieyyah tamadun Islam memupuk sifat-sifat positif dan sifat semula jadi yang ada pada manusia seperti memerlukan panduan kerohanian dan ilmu, sukakan keindahan dan kesenian, suka kemajuan dan perubahan, berinovatif, bersistematik bermula pada diri, keluarga, masyarakat dan negara

BAB 3 : PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

9. Pilih kenyataan yang tepat tentang Tamadun Jahiliyyah menurut pandangan Said Hawa

A Kemajuan masyarakat berpegang teguh dengan perasaan asabiyyahB Kemajuan metarial tanpa mengambil kira aspek moralC Kemajuan fizikal yang menolak kefahaman agamaD Kemajuan masyarakat tanpa ada kekuatan jatidiri

10 Pada  zaman Jahiliyah, struktur masyarakat arab Hadhari (tinggal dibandar)dan Badwi (tinggal di padang pasir) tertakluk kepada sistem yang berlandaskan semangat ’Asabiyah’ .Berikut adalah kenyataan  yang benar tentang asabiyah KECUALI

A Pertalian darah dan keturunanB Semangat kejirananC Memandang hina khabilah lainD Perasaan setiakawan        

BAB 4 : PENDIDIKAN DALAM TAMADUN ISLAM

Page 7: Contoh soalan TITAS

  

1. Beberapa istilah yang berkaitan dengan definisi pendidikan Islam selain dari ”tarbiah” ialah:

     A ta’lim, ta’dib, irsyad dan tadrisB ta’lim, taqrib, irsyad dan tadrisC ta’lim, ta’dib, takhrij dan tadrisD ta’lim, ta’dib, tahdis dan tadris

2.  Pelbagai istilah dalam pengertian pendidikan Islam yang perlu difahami, dihayati dan diaplikasikan untuk membina generasi Islam yang sempurna. Pilih kenyataan yang SALAH tentang istilah pendidikan Islam.

A. Tarbiyyah – ialah proses membentuk keperibadian manusia dari satu tahap ke satu tahap sehingga mencapai matlamat terakhir iaitu insan yang sempurna mengabdikan diri dengan tulus ikhlas kepada Allah s.w.t.

B. Ta’lim – ialah proses pengajaran atau pemindahan ilmu kepada manusia untuk merealisasikan fungsi , tugas dan statusnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

C. Ta’dib – ialah proses mendidik manusia agar mampu memperkembangkan segala potensi ke arah pembentukan tatasusila perlakuan atau adab sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

D. Irsyad – bermaksud pengajaran yang dilakukan oleh seseorang kepada penuntut tentang sesuatu subjek