Contoh Surat Jemputan Penceramah

5
Ruj Kami: SMKK / Tarikh : 3 April 2015 Pengarah, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tingkat 16, 24-27, 100 Putra Place, Jln Putra, 50622 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tuan, JEMPUTAN MENYAMPAIKAN CERAMAH KEPENGGUNAAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Bidang Teknik & Vokasional, SMK Kiaramas Kuala Lumpur akan menganjurkan Minggu Teknik & Vokasional. Pihak kami ingin menjemput pihak tuan sebagai penceramah sempena minggu tersebut. Ceramah tersebut berkaitan dengan Kepenggunaan.Program adalah seperti butiran yang berikut: Tarikh : 16 APRIL 2015 (Khamis) Tempat : Pusat Sumber SMK Kiaramas, Kuala Lumpur Masa : 12.00 Tengahari – 2.00 Petang Peserta : Kooperator dan Pelajar Tingkatan 3 dan 4 ( Lebih kurang 100 orang) 3. Sehubungan itu saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dengan membenarkan seorang penceramah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi, Dan Kepenggunaan untuk tujuan yang tersebut. 4. Kerjasama daripada tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

description

surat jemputan penceramah

Transcript of Contoh Surat Jemputan Penceramah

Ruj Kami: SMKK /

Tarikh : 3 April 2015

Pengarah,Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Tingkat 16, 24-27,100 Putra Place, Jln Putra,50622 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tuan,

JEMPUTAN MENYAMPAIKAN CERAMAH KEPENGGUNAAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Bidang Teknik & Vokasional, SMK Kiaramas Kuala Lumpur akan menganjurkan Minggu Teknik & Vokasional. Pihak kami ingin menjemput pihak tuan sebagai penceramah sempena minggu tersebut. Ceramah tersebut berkaitan dengan Kepenggunaan.Program adalah seperti butiran yang berikut:

Tarikh : 16 APRIL 2015 (Khamis) Tempat : Pusat Sumber SMK Kiaramas, Kuala Lumpur Masa : 12.00 Tengahari 2.00 Petang Peserta : Kooperator dan Pelajar Tingkatan 3 dan 4 ( Lebih kurang 100 orang)

3. Sehubungan itu saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dengan membenarkan seorang penceramah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi, Dan Kepenggunaan untuk tujuan yang tersebut.

4. Kerjasama daripada tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..( NORIZAN BT DAUD )

Pengetua,SMK Kiaramas,

Kuala Lumpur

Ruj. Kami: SMKKD/ 01/02/008/05(1/2012)

Tarikh

: 5hb FEB 2012

Kepada:

Mansuruddin bin Mohamad Ibrahim,

(651202-61-5011)

57/10 no 37-1,

Taman Koperasi Polis,

Phase 2,

68100 KUALA LUMPUR.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAHDengan hormatnya, saya merujuk kepada Perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kerohanian dan Bina Insan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Seksyen 10 Kota Damansara akan mengadakan program sambutan MAULIDURRASUL 1433H. Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh

: 11hb Februari 2012

Tempat: Dewan Terbuka SMK seksyen 10 Kota Damansara

Masa

: 10.30 pagi 12.30 tengahari

Tajuk

: Syamail Rasulullah saw

3.Sehubungan dengan itu , kami ingin menjemput tuan untuk menyampaikan ceramah.

4. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memenuhi jemputan kami. Segala kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,

PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAHSaya yang menurut perintah,

(ZABEDAH BINTI WARJAN)

Pengetua,

SMK Seksyen 10 Kota Damansara

LETTER HEAD Rujukan Kami : Rujukan tuan : Tarikh : 18 OKTOBER 2006PENGETUASEKOLAH ________________________KAMPUNG _______________________(U.P: GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)Tuan ,JEMPUTAN MENYAMPAIKAN CERAMAH PERSEDIAAN MURID KE SEKOLAH MENENGAHDengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan _______ akan mengadakan Program Ceramah Persediaan Murid Ke Sekolah Menengah seperti pada ketetapan di bawah : Tarikh : 31 OKTOBER 2006 Hari : SELASA Masa : 8.30 PAGI Tempat : DEWAN SK ______2. Sehubungan dengan itu pihak kami amat berbesar hati menjemput pihak tuan ( u.p : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ) untuk menyampaikan ceramah tersebut. 3. Bersama ini disertakan satu atur cara majlis untuk rujukan pihak tuan.4. Segala maklumbalas daripada pihak tuan bolehlah menghubungi pihak sekolah.5. Segala kerjasama dan pertimbangan pihak tuan adalah amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian, terima kasih.Yang menurut perintah,( AHMAD BIN MUHAMMAD )Guru Besar Sekolah ___________________s.k 1. Fail