Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi Bm Thn 5

9
1. Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi Surat kiriman tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai. Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti : 1. Surat ucap tahniah 2. Surat ucap takziah 3. bertanya khabar berita 4. menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat 5. Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru 6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga 7. membalas surat yang dihantar oleh orang lain 8. dan sebagainya Teknik Menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi 1. Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis. 2. Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini. 3. Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda. 4. Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu. 5. Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi. Format Surat Kiriman Tidak Rasmi ( Nama Penulis )............ Alamat )...................... . .............................. ......... Tarikh : (Tertib menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat ) .............. .............................................................................. .................................................................... ......... .............................................................................. .......................................................... Saudara, (atau yang lain) (Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam perenggan yang berasingan)

Transcript of Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi Bm Thn 5

Page 1: Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi Bm Thn 5

1.      Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi

         Surat kiriman tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai.

         Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti :1.      Surat ucap tahniah2.      Surat ucap takziah3.      bertanya khabar berita4.      menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat5.      Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru6.      Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga7.      membalas surat yang dihantar oleh orang lain8.      dan sebagainya

Teknik Menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi

1.      Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.

2.      Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.

3.      Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.

4.      Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu. 5.      Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk

berutus surat lagi.

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi( Nama Penulis )............                  

Alamat )..............................................................

                                                                                               Tarikh :(Tertib menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat )   ................................................................................................................................................................ .................................................................................................................................................Saudara, (atau yang lain)(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam perenggan yang berasingan)........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Page 2: Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi Bm Thn 5

Yang benar,.................

( Nama Huruf Besar )

Contoh 1

Tajuk / Soalan : Tulis sepucuk surat kepada seorang kawan kamu untuk mengajaknya datang ke rumah kamu pada hujung bulan ini kerana buah-buahan di kebun ayah kamu sedang berbuah.

1        Nama dan alamat pengirim (kanan)2        Tarikh (kanan)3        Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata pujian4        Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma)5        Perenggan pertama   menyatakan tujuan surat itu ditulis6        Perenggan ke-2  - buah-buahan sedang masak - ayah memajak sebahagian sahaja                                      - keluarga serta kawan-kawan dapat merasai7        Perenggan ke-3  - boleh ajak keluarga serta kawan-kawan bersama-sama8        Penutup9        Tandatangan pengirim (kanan)

Page 3: Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi Bm Thn 5

SOALAN : Anda akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Tulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR tersebut.

                                                                                                                                                                        No 1, Lorong 12,                                                                                                         Taman Tambun Jaya,                                                                                                         14120 Simpang Empat,                                                                                                         Seberang Perai Selatan,                                                                                                         Pulau Pinang.

                                                                                                         21 Julai  2013

              Menemui sahabatku Syamimi yang kini berada di Alor Setar, Kedah. Semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

Sahabatku,

               Apa khabar saudari sekarang? Saya harap saudari dan keluarga dalam keadaan sihat. Sudah agak lama kita tidak berjumpa. Surat saudari telah saya terima seminggu yang lau. Terima kasih kerana saudari masih mengingati saya di sini. 

               Dalam surat saudari yang lalu, saudari ada bertanyakan tentang persediaan saya menghadapi peperiksaan UPSR. Untuk pengetahuan saudari, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Langkah pertama saya saya ialah dengan mengubahsuai jadual waktu belajar. Saya akan menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran dari pukul 9.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.

                 Selain mengikuti kelas tambahan di sekolah, saya juga ada mengikuti kelas tambahan Pusat Tuisyen. Ibu bapa saya telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak tiga kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.

              Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Saya akan segera bertanya guru sekiranya saya tidak faham supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya dengan berkesan. Program gerak gempur yang diadakan di sekolah amat membantu saya. Hampir setiap hari, saya dan rakan-rakan di kelas akan menjawab soalan latih tubi yang disediakan oleh guru-guru.

Page 4: Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi Bm Thn 5

               Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam Simpang Empat untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan Awam Simpang Empat pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar nota.

              Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudari kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudari serta keluarga.

                                                                                                             Sahabatmu,

                                                                                                             .............................                                                                                                             (Afiqah binti Aiman )

Page 5: Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi Bm Thn 5

CONTOH SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

288 Kampung Setia,Jalan Setia 24,17859 Machang,Kelantan.

18 Jun 2010.

Menemui nenda yang berada di kampung, semoga sihat hendaknya. Kami disini sihat sejahtera. Kami berharap nenda juga begitu.

Nenda,

Kami sekeluarga di sini memohon berbanyak kemaafan kerana tidak dapat pulang ke kampung pada cuti persekolahan yang akan datang. Kami terpaksa memungkiri janji kami sebelum ini kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Sekolah cucunda akan menghadapi Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah.

Untuk pengetahuan nenda, cucunda merupakan salah seorang peserta pertandingan tersebut dan pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan latihan sepanjang cuti sekolah berlangsung. Kejohanan sukan ini amat penting untuk mengukur kebolehan cucunda dan cucunda mesti mengikuti latihan yang telah dijadualkan.

Walaupun anda amat teringin untuk pulang berjumpa nenda namun cucunda terpaksa memilih untuk mengikuti latihan tersebut. Cucunda berharap agar kami sekeluarga dapat pulang ke kampung pada masa yang lain. Besar kemungkinan kami akan pulang pada cuti hujung minggu selepas kejohanan itu berakhir. Kami tidak sabar untuk bertemu nenda kerana sudah lama tidak bersua muka.

Kami sekeluarga juga berharap agar nenda tidak kecewa dengan berita ini. Cucunda yakin nenda dapat memahami keadaan cucunda. Doakan kejayaan cucunda dalam kejohanan tersebut. Mudah-mudahan cucunda berjaya terplih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan pula.

Sekian, salam sayang daripada kami di sini.

Page 6: Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi Bm Thn 5

Yang Ikhlas,

AZMI

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Sambutan Hari Keluarga

No. 07, Kampung Sungai Siput, 55000 Lubuk China, Alor Gajah, Melaka.

27 Ogos 2012

Assalamualaikum, menemui sahabatku Farhan yang diingati selalu. Semoga saudara sihat seisi keluarga. Apa khabar saudara? Di kesempatan ini ingin saya ceritakan sedikit pengalaman saya semasa menyertai sambutan Hari Keluarga anjuran tempat ibu saya bekerja.

Sambutan itu diadakan di pantai peranginan Pengkalan Balak pada 12 Ogos yang lalu. Antara tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan antara rakan sepejabat ibu saya.

Semua peserta diminta berkumpul di pantai tersebut sebelum pukul 7.30 pagi untuk pendaftaran serta mendapatkan nombor bagi acara cabutan bertuah.

Selepas itu, kami dijemput bersarapan dengan nasi lemak bungkus, air teh serta kuih-muih sebelum acara sukaneka dimulakan. Antara aktiviti dalam acara tersebut ialah pertandingan tarik tali, pertandingan bola baling dan pertandingan mencari harta karun. Saya sungguh gembira kerana turut menyertai dalam setiap aktiviti yang diadakan. Apatah lagi apabila keluarga kami mendapat tempat pertama dalam pertandingan mencari harta karun.

Setelah semua aktiviti sukaneka selesai dijalankan, kami berehat selama setengah jam sambil menikmati minuman dan kuih-muih. Pada masa itu, saya berpeluang bergambar bersama keluarga dengan

Page 7: Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi Bm Thn 5

berlatarbelakangkan pemandangan yang indah di pantai tersebut.

Kemudian, kami berpeluang bermandi-manda di pantai yang bersih itu. Ramai peserta yang menyewa kayak dan ‘jet ski’ untuk merasai pengalaman baharu. Saya sungguh seronok kerana ayah telah menyewa sebuah perahu untuk kami bersiar-siar di sekitar pantai.

Kira-kira pukul 11.40 pagi, semua peserta diminta berkumpul untuk acara kemuncak iaitu acara cabutan nombor bertuah dan penyampaian hadiah. Saya sungguh gembira kerana keluarga kami juga bernasib baik dalam cabutan nombor bertuah tersebut, di samping menerima beberapa lagi hadiah lain.

Sebelum pulang , kami dijemput makan tengah hari dengan pelbagai masakan laut yang sungguh menyelerakan seperti sotong bakar dan kepah goreng.

Sesungguhnya pengalaman ini amat menyeronokkan dan saya berharap akan berpeluang menyertai lagi aktiviti seperti ini pada masa akan datang.

Akhir sekali, jika saudara ada pengalaman yang menarik, sudilah dikongsi bersama saya kerana saya sentiasa menunggu khabar daripada saudara. Diharap saudara sudi membalas surat saya ini.

Sahabatmu, Amiruddin

Anda mungkin juga meminati: