Contoh surat mohon ALIM

1
Ruj. Kami : KAFA (I) Petaling/SARAM/03/08/1 Tarikh : 18 Ogos 2015 Komandan PULAPES AKADEMIK LATIHAN INOVASI DAN MOTIVASI Kg. Permatang Pasir Banting, Selangor Tuan, MEMOHON PENGGUNAAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DI AKADEMIK LATIHAN INOVASI DAN MOTIVASI (ALIM), JUGRA. Merujuk perkara di atas, segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak kami berminat untuk mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas di tempat tuan. 2. Berikut adalah maklumat mengenai program ini. Program : Kursus Kepimpinan Pengawas Tarikh : Masuk - 9.00 pagi, 24 Oktober 2015 Keluar - 4.00 petang, 25 Oktober 2015 Bil. Peserta : 40 Orang ( berumur 9 – 11 tahun) Bil. Urusetia : 10 Orang 3. Manakala kemudahan yang ingin digunakan ialah : 2 buah asrama 1 rumah urusetia 2 bilik urusetia 1 Bilik Seminar Kafeteria Surau Padang / Kawasan lapang Kemudahan aktiviti lasak Pihak sekolah juga berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat mencadangkan kemudahan-kemudahan lain yang ada ditempat tuan sekiranya boleh digunakan oleh kami. 4. Seterusnya bagi tujuan makluman dan perhubungan dengan pihak kami, diharapkan pihak tuan dapat membalas surat ini ke emel [email protected]. Pihak tuan juga boleh terus menghubungi saya di nombor 011 2075 8600. 5. Segala kerjasama dan prihatin dari pihak tuan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Yang benar, (KHAIRUL IMRAN BIN MOHAMED ALIPIAH) Setiausaha Jemaah Pengurusan Sekolah KAFA Integrasi Al-Munawwarah Seksyen 27, Shah Alam

description

Surat permohonan untuk menggunakan kemudahan di ALIM, Jugra

Transcript of Contoh surat mohon ALIM

Page 1: Contoh surat mohon ALIM

Ruj. Kami : KAFA (I) Petaling/SARAM/03/08/1 Tarikh : 18 Ogos 2015 Komandan PULAPES AKADEMIK LATIHAN INOVASI DAN MOTIVASI Kg. Permatang Pasir Banting, Selangor Tuan, MEMOHON PENGGUNAAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DI AKADEMIK LATIHAN INOVASI DAN MOTIVASI (ALIM), JUGRA. Merujuk perkara di atas, segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak kami berminat untuk mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas di tempat tuan. 2. Berikut adalah maklumat mengenai program ini. Program : Kursus Kepimpinan Pengawas Tarikh : Masuk - 9.00 pagi, 24 Oktober 2015 Keluar - 4.00 petang, 25 Oktober 2015 Bil. Peserta : 40 Orang ( berumur 9 – 11 tahun) Bil. Urusetia : 10 Orang 3. Manakala kemudahan yang ingin digunakan ialah :

2 buah asrama

1 rumah urusetia

2 bilik urusetia

1 Bilik Seminar

Kafeteria

Surau

Padang / Kawasan lapang

Kemudahan aktiviti lasak

Pihak sekolah juga berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat mencadangkan kemudahan-kemudahan lain yang ada ditempat tuan sekiranya boleh digunakan oleh kami. 4. Seterusnya bagi tujuan makluman dan perhubungan dengan pihak kami, diharapkan pihak tuan dapat membalas surat ini ke emel [email protected]. Pihak tuan juga boleh terus menghubungi saya di nombor 011 2075 8600. 5. Segala kerjasama dan prihatin dari pihak tuan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Yang benar, (KHAIRUL IMRAN BIN MOHAMED ALIPIAH) Setiausaha Jemaah Pengurusan Sekolah KAFA Integrasi Al-Munawwarah Seksyen 27, Shah Alam