Contoh Surat Rayuan Kemasukan Universiti
-
Upload
jundullah-osman -
Category
Documents
-
view
61.541 -
download
50
description
Transcript of Contoh Surat Rayuan Kemasukan Universiti
Mamat bin Awang Muda
1735-c Kg Pengkalan perahu,
21200, Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
Dekan,
Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 22 November 2010
Tuan,
RAYUAN PERMOHONAN TAWARAN PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH (SARJANA)
Merujuk kepada perkara di atas, saya Mamat bin Awang Muda, 890713115043 memohon agar
terpilih dalam tawaran Program Pengajian Siswazah (Sarjana) ambilan Disember 2010.
2. Saya telah menamatkan Ijazah Sarjana Muda Multimedia (USIM) pada Ogos 2010.
3. Saya telah memohon mengikuti pengajian Sarjana di Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat
(FTSM) di bawah Program Multimedia Kebergunaan. Dukacitanya, permohonan saya telah di tolak.
4. Oleh itu, saya amat berharap rayuan saya ini dipertimbangkan oleh pihak tuan. Segala
kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amat di harapkan dan dihargai.
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar,
( Mamat bin Awang Muda)
Ruj. Permohonan : TT9 02 10/11 100