Contoh Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 Unedit

download Contoh Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 Unedit

of 26

description

Teks MC

Transcript of Contoh Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 Unedit

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAN GRADUASI PRASEKOLAH 2013

Mengumumkan ketibaan Pengurus FELDA ANGGERIK JENGKA 1, ENCIK SULAIMAN Bin IBRAHIM.

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing.Pagi yang indah penuh ceria.hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan,Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha Encik Sulaiman bin Ibrahim Pengurus FELDA ANGGERIK JENGKA 1Yang Berusaha Pn Remelah binti Mamat Guru Besar SK LKTP Jengka 1. Yang Dihormati En. Juhari bin Ahmad, Yang Dipertua PIBG SK LKTP Jengka 1 Yang Dihormati En. Azlan bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Zainal Abidin bin Sagir, Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum,.Guru-guru SK LKTP Jengka 1, Ibu bapa, penjaga, murid-murid, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,Dibawa ke Perlis bersama peria,Hari ini kita berkampung,Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke :

Majlis hari anugerah kecemerlangan SK LKTP Jengka 2013. Saya Cikgu Mohd Mukhtaruddin bin Mukhtar dan

saya Puan Nor Haslina bt Abd Aziz, akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berusaha Encik Sulaiman bin Ibrahim Pengurus FELDA ANGGERIK JENGKA 1, kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Azme Bin Abdullah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Azme Bin Abdullah atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah,Majlis dibuka penuh rahmatNya,Mohon keberkatan serta hidayah,Moga tercerna minda kelas pertama.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati Yang Dihormati En. Juhari bin Ahmad, Yang Dipertua PIBG SK LKTP Jengka 1 untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, Yang Dihormati En. Juhari bin Ahmad, selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 1 atas ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Pn Remelah binti Mamat Guru Besar SK LKTP Jengka 1 untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Ucapan terima kasih kepada Pn Remelah binti Mamat Guru Besar SK LKTP Jengka 1 atas ucapan tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Sulaiman bin Ibrahim Pengurus FELDA ANGGERIK JENGKA 1, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan dan Graduasi Pra Sekolah bagi seisi 2013. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

***********(Ucapan VIP )

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Sulaiman bin Ibrahim Pengurus FELDA ANGGERIK JENGKA 1 , atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan Pakaian Beragam daripada murid-murid pra sekolah SK LKTP. Dipersilakan.

************(Persembahan).

Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita. Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk prestasi pelajar terbaik bagi tahap 1.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Pn Remelah binti Mamat Guru Besar SK LKTP Jengka 1 mengiringi Yang Berusaha Encik Sulaiman bin Ibrahim Pengurus FELDA ANGGERIK JENGKA 1, ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

(1)************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap 1)

Kita mulakan dengan penerima hadiah kedudukan dalam kelas

Pra sekolah;

(~PENYAMPAIAN CENDERAHATI~) Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Encik Sulaiman bin Ibrahim Pengurus FELDA ANGGERIK JENGKA 1 kerana telah sudi hadir dan menyerikan acara Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2010 pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Pn Remelah binti Mamat Guru Besar SK LKTP Jengka 1bagi menyempurnakan agenda.

Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha kepada Yang Berusaha, Encik Sulaiman bin Ibrahim Pengurus FELDA ANGGERIK JENGKA 1.Dengan ini majlis berhenti rehat . Yg Berusaha kepada Yang Berusaha, Encik Sulaiman bin Ibrahim Pengurus FELDA ANGGERIK JENGKA 1 diiringi oleh Puan Guru Besar, Pen Kanan 1, PK Hem dan semua guru ke kantin untuk menjamu selera. Warga dewan dan majlis rehat selama 20 minit. Warga dewan dikehendaki masuk semula pada ...................................................

**************(rehat)

Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menghayati persembahan Dikir Barat Bahasa Arab yang bertajuk Ahlan Wa Sahlan dan Wau Bulan Nasyid ini dipersembahkan oleh murid Tahun 4 dan 5 , di bawah bimbingan Ustazah Safura Bt Md Zain dan Puan Zainab bt Baba. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********(persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Persembahan yang sungguh menyusuk kalbu.

Pergi sekolah seawal pagi,Melintas jalan berhati-hati,Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah, bagi meraikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah KebangsaanPadang Besar SelatanTahun 2010. Hari ini, tanggal 11 November 2010, warga dewan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah seterusnya. Bagi meneruskan majlis, anak-anak pra sekolah akan tampil ke atas pentas untuk menyempurnakan majlis khas untuk mereka iaitu Mini Konvokesyen. Untuk menyempurnakan majlis, dijemput Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan tampil ke pentas.Murid-murid pra sekolah yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat awal persekolahan ialah :

********(Lampiran) (2)***********(Mini Konvokesyen)

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan untuk penyampaian sijil itu tadi.

Dari kedah ke bandar Perlis,Singgah bersantai di tepi jeti,Persembahan menyusul memeriahkan majlis,Semoga hadirin terhibur di hati.

Untuk meneruskan majlis , kita akan diperdengarkan dengan tiupan rekoder oleh murid tahun 6 di bawah pimpinan guru muzik SKPBS Pn. Azlina bt. Mohamed.Tajuk lagu yang akan dipersembahan ialah Sejahtera Malaysia dan Tanya sama hati..

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan rekoder)

Terima kasih kepada murid-murid Tahap 2 yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan terutamanya dalam peperiksaan dan dalam kokurikulum.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik tahap dua bagi tahun 4 &5 dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran. Majlis menjemput Guru Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir bin Mahmud untuk menyempurnakan majlis.

(3)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua) Tahun 4&5Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelas

Kelas 4 ArifTempat pertama: Intan Suraya bt. JohariTempat kedua : Muhd.Redza b. Mohd. RodziTempat ketiga : Nurshafini bt. Zainol

Kelas 4 BestariTempat pertama: Hanesya Hezanea bt. HafifiTempat kedua : Muhd. Faizal B. AbdullahTempat ketiga : Muhd.Asyraf b. Mohd. Zamberi

Kelas 5 ArifTempat pertama: Nurul Nasuha bt. Nazri Tempat kedua : Nursyazwani bt. ShahidanTempat ketiga : Siti Aishah bt. Hakimi

Kelas 5 BestariTempat pertama: Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. WahabTempat kedua : Nur Hidayah bt. YusnizalTempat ketiga : Noor Atikah bt. Noor Shahidin

Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun:Tahun 4:

Nur Atikah bt. Yusof (BM Pemahaman)Intan Suraya bt. Johari(BM Penulisan, PJK, Pen. Muzik)Nur Athirah Nadira bt Norpendi( BM penulisan, Pend Agama Islam, B Arab, PSKW)Ain Nur Nadira bt. Shurizan ((B. Inggeris)Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan ( Sains, Matematik)Nur Azlin bt. Azizan (PSKW)Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KH,idup K. Tempatan)Muhd. Nur Afifi b. Roslan (KHidup)Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KHidup, K. Tmptan)Aiman Hakim b. Jaafar(K. Tmptan)

Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun :Tahun 5:

NurSyazwani bt. Shahidan( BM Pnulisan, BM Pmham, Matematik, Sains, Pen Agama Islam, Pjk, Pskw)

Nurul Nasuha bt. Nazri (B.I, Pend Agama Islam, Pjk, Pend Muzik, Pskw, K. Hidup, K.tmptan)

Siti Aishah bt. Hakimi (Pend. Islam)Nur Shahirah bt. Halim (PJK)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir bin Mahmud atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pelajar.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik mengikut kelas dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran bagi murid tahun 6. Majlis menjemput Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S). untuk menyempurnakan majlis diiringi oleh Puan Hajjah Rokiah Bt. Ismail guru besar SKPBS.

(4)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua) Tahun 6.Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelasKelas 6 ArifTempat pertama: Muhd. Alif Ajwad b. Azis Tempat kedua : Nur Nasha Najeeha bt. RozainTempat ketiga : Nurul Ainaa Afifah bt. Ahmad Basri Kelas 6 BestariTempat pertama: Siti Nur Asyura bt. Nazri Tempat kedua : Nurul Shafika bt. NorhanTempat ketiga : Noor Earliza bt. Ismail

Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun Tahun 6:Nurul Ainaa Afifah bt. Ahmad Basri (BM Pmhman. Pend Agama Islam, PJK, K. Tmptan)Muhd. Alif Ajwad b. Azis (BM Penulisan, Matematik, Sains, PJK, Pskw)Nur Nasha Najeeha bt. Rozain (BI, Matematik,PJK, K. Hidup)Muhd.Zaki Zamani b. Zakaria (P. Islam)NurJazmina bt. Mohd. Fazli (P. Islam, PJK)Nor Shafira Idris (Muzik , PJK)

Berikut ialah murid yang mendapat markah tertinggi dalam m/ pljrn PJK:

Nur Farhana bt. RahimiJunaidah Juliza Farahana bt. JantanNur Diyana bt. Amiral YahsubiAin Nur Iman bt. ShurizanNur Affika bt. ZabreeNur Awatif bt. AzizanSiti Haida Amira bt. MazriNur Aiyani bt. SidikNur Zetty Farhanim bt. ZambriNur Shahira SharifNur Hidayah bt. NordinHanif b. Abd. WahabIzman Arif b. AzizanRafiziamirun b. SazaliMuhd. Farif Aiman b.YusofMohd Saiful Nizam B. Rosli.

Bagi murid tahun 6 mereka akan meninggalkan SKPBS, Banyak jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan. Untuk itu sekolah berbesar hati untuk menghargai pengorbanan yg diberikan dengan pemberian sijil. Bagi penerima sijil penghargaan tersebut ialah:

*************(Lampiran)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG SKPBS atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pelajar.

Untuk meneruskan majlis, kita akan mendengar alunan lagu nasyid yang bertajuk Keluarga Bahagia. Kumpulan nasyid ini juga adalah pimpinan Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Majlis mempersilakan.

**************(Persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Warga dewan sekalian, Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi galakan sekaligus teladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka menjadi lebih berjaya pada masa akan datang.Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang memegang jawatan dan mengawal disiplin sekolah, mempraktikkan budaya membaca melalui Penganugerahan Sijil Nilam dan beberapa anugerah khas yang lain. Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas ini, pihak majlis pada petang ini berbesar hati mempersilakan Pn Hajjah Rokiah B. Ismail guru besar SKPBS untuk tampil ke pentas bagi acara yang seterusnya iaitu anugerah khas kecemerlangan tokoh murid. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(5)*************(Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid).Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid

Ketua Pengawas Muhd. Alif Ajwad b. azisPen. Ketua Pengawas - Nur Nasha Najeeha bt. Rozain

Ketua Pengawas Perpustakaan Hanif b. abd. WahabPen. Ketua Pengawas Perpustakaan - Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi

Tokoh NILAM Tahap 1 Farah Adibah bt. Mohd. TarmiziTahap 2 Nur Edryana Alyssa bt. Zaidi

Kecemerlangan UPKK - Muhd. Alif Ajwad b. Azis Hadirin sekalian,Pada tahun 2009, Seorang murid telah berjaya mencatat kecemerlangan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (U.P.S.R). Oleh yang demikian, pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan murid bertuah ini untuk menerima anugerah atas kejayaan mengharumkan nama sekolah. Murid ini juga telah berjaya mendapat tempat belajar yang selesa iaitu di Sek. Men Sains Tuanku Syed Putra. Dijemput Siti Norizah bt Salahudin Khan tampil ke atas pentas. Semoga kejayaan yang lebih bermakna akan diperolehi pada masa depan

Kategori pemilihan bagi cemerlang kokurikulum adalah berdasarkan penyertaan dalam bidang sukan dan permainan.

Di jemput Rafiziamirun b. Sazali Adik Rafiziamirun telah menyertai bola sepak dan lompat tinggi di peringkat daerah. Manakala bagi peringkat sekolah pula Rafizi menyertai bola tampar, sepak takraw, lompat pagar dan lari 4X2oom.

Dijemput Noor Earliza bt. Ismail . Noor Earliza telah menyertai lontar peluru mewakili negeri manakala bolatampar, bola jarring, bola baling, lari 100m, 4x100m, 4x 200m dan lompat tinggi bagi peringkat sekolah.

Di jemput Nur Nasha Najeeha bt. Rozain. Nur Nasha Najeeha telah menunjukkan prestasi yang konsisten dari tahun 1 hingga tahun 6

Penerima Hadiah Kedatangan Penuh.Prasekolah Hanis Idayu bt. Hashar2 Arif - Muhd. Danial Haikal b. Norpendi2 Bestari - Muhd. Asyraf b. Abd. Aziz4 Arif - Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan- Nur Athirah Nadhira bt. Norpendi5 Arif - Hazwani bt. Halim- Nur Husnina bt. Hassan5 Bestari - Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. Wahab6 Arif - Muhd. Farif Aiman b. yusof- Nur Awatif bt. Azizan- Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi- Nur Nasha Najeeha bt. Rozain- Nor Shafira bt. Idris6 Bestari - NorKhairul Azman b. Zailani- Farah Nur Fakhira bt. Rozali

Murid ini ialah anak tunggal kepada sepasang suami isteri yang tinggal di Kpg Kurung Tengar.Ayahnya seorang petani dan ibunya seorang surirumah. Seorang anak yang baik, taat kepada kedua ibubapanya. Murid ini adalah menjadi harapan keluarga dan sememangnya beliau sudah pandai berdikari sejak usia muda lagi.

Murid ini sering mendapat tempat pertama dalam kelas bermula dari tahun 1 hinggalah kini.Beliau pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah al-quran, kuiz agama,..

Murid yang sentiasa mengukirkan senyuman walaupun sedang dimarahi oleh guru.Memandang wajah dan mengajar murid ini membuatkan guru ingin mengajar 1000 tahun lagi.Beliau telah berjaya mendapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan UPKK tahun 2009. Beliau juga menyandang jawatan ketua pengawas . Murid yang yang dimaksudkan dan dinobatkan sebagai tokoh murid bagi tahun 2010 ialah Muhammad Alif Ajwad B. Azis. Dijemput Muhd Alif Ajwad B. Azis bersama-sama ibu bapa tersayang tampil ke pentas untuk menerima cenderahati dan sijil daripada pihak sekolah.

Adalah diharapkan anak-anak ini dapat menjadi role model kepada murid-murid yang lain...insyaAllah

Terima kasih diucapkan kepada Pn Hajjah Rokiah B. Ismail atas kesudian beliau menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar sebentar tadi.

Bersyukur kini kami panjatkan,Majlis anugerah telah disempurnakan,Sekalung penghargaan kami hulurkan,Segulung tahniah kami ucapkan....

Pada Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini, guru besar Pn Hajjah Rokiah B. Ismail berbesar hati untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada semua staf SKPBS 2010. Justeru, adalah menjadi harapan supaya semua staf dan warga pendidik sekolah ini menjadikan penghargaan ini sebagai tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam diri sendiri dan seterusnya kepada para pelajar untuk prestasi dan melonjakkan kecemerlangan SKPBS.

*************lampiran Senarai Nama Guru dan Staff.

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat Menjadi ingatan sepanjang zaman Amalan sepakat membawa berkat Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patahBanyak kain tidak berjahitKalau ada silap dan salahJangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian wabillahi taufik..................

CONTOH SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH

1. cue : Apabila Puan Mastiah bt Munir Pegawai Pelajaran Gabungan Bintulu muncul di pintu masuk .

Ann : Ketibaan Yang Berbahagia Puan Mastiah Bt Munir, Pegawai Pelajaran Gabungan Bintulu.

cue : Apabila suasana sudah tenteran, kaset lagu Negaraku dimainkan.

Ann : Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.2. cue : Apabila PPG sudah duduk dengan selesa dan sudah menerima buku program.

Ann : Bismillah Assalamualaikum wbkt Selamat pagi dan salam sejahtera

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara

Yang Berbahagia, Puan Mastiah Bt. Munir, Pegawai Pelajaran Gabungan Bintulu

Yang Berusaha, Puan Piot Edward, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang

Yang dihormati, Puan Cheng Sai Leng Yang Dipertua Pertsatuan IbuBapa Guru Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang

Guru-guru, ibu bapa, para pelajar, hadirin-hadirat yang dihormati.

Selamat datang ke majlis penyampaian hadiah dan sijil Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan khususnya Yang Berbahagia, Puan Mastiah Bt. Munir. Sesungguhnya majlis ini diadakan bagi mengucapkan selamat jalan kepada murid-murid yang telah berjaya mengharungi pendidikan sekolah rendah dan akan melangkah kaki ke sekolah menengah.

Majlis dimulakan dengan mempersilakan Al Fadhil Ustaz Zakirin Bin Zakaria untuk mengetuai bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

3. cue : Selesai bacaan doa.

Ann : Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

4. cue : Apabila Guru Besar sudah bersedia..

Ann : Adat berbahasa menyampaikan pesan. Adat upacara Menyampaikan ucapan aluan.

Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan Puan Piot Edward, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

5. cue : Apabila Puan Piot Edward selesai menyampaikan ucapan

Ann : Untaian madah kata aluan, untaian ingatan sepanjang zaman. Terima kasih Puan Piot Edward, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang.

6. cue : Apabila Yang Dipertua PIBG sudah bersedia

Ann : Hadirin yang dihormati, meneruskan majlis kita pada pagi ini,dengan segala hormatnya dipersilakan Puan Cheng Seng Lai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

7. cue : Apabila YDP PIBG selesai menyampaikan ucapan..

Ann : Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Cheng Sai Leng

8. cue : Apabila Puan Mastiah, PPG sudah bersedia.

Ann : Terbang tinggi burung merpati terbang melayang melewati awan tetamu kehormat sudah menanti untuk berucap penuh wawasan

Untuk itu, majlis dengan hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia, Puan Mastiah Bt Munir, Pegawai Pelajaran

Gabungan Bintulu untuk menyampaikan ucapan perasmian. Dengan penuh hormat dipersilakan.

9. cue : Selesai sahaja ucapan Puan Mastiah.

Ann : Bunga selasih dibuat minyak Dijual biduan di tepi lorong Terima kasih banyak-banyak Amanat puan jadi pendorong

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Puan Mastiah bt Munir di atas amanat yang penuh hemat dan perangsang tadi.

10. cue : Apabila juruteknik sudah bersedia di sisi laptop.

Ann : Hadirin hadirat yang dihormati. Sekarang tiba masanya untuk kita menonton `slide show aktiviti sepanjang tahun Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang. Sama-sama kita saksikan

11. cue : Selesai sahaja slide show..

Ann : Begitulah tadi eratnya kerjasama antara guru, pihak Persatuan Ibu Bapa Guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang tak ubah seperti paku melekat di papan.12. cue : Apabila AJK Hadiah dan Sijil sudah bersedia..

Ann : Hadirin dan hadirat yang dihormati. Sekarang tiba masanya untuk kita menyaksikan para pelajar menerima hadiah sebagai tanda kejayaan yang dikecapi pada tahun ini. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha, Puan Piot Edward Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang untuk menyampaikan hadiah.

13. cue : Apabila GB sudah naik ke pentas..

Ann : Dari Tahun 1 Dahlia, tempat pertama, adik Nicholas ak Nanti, tempat kedua, adik Sharifah Aminah bt Syed Jamal dan tempat ketiga, adik Siti Hajar bt Raduan.

Dari Tahun 2 Dahlia, 1- adik Noreen Noor 2 adik Felix Agus 3 adik Idayu Abd Rahman

Dari Tahun 3 Dahlia, 1 adik Amylea Zainuddin 2 adik Eleena Natasha 3 adik Zulkifli Badang

Dari Tahun 4 Dahlia, 1 adik Agnes Muli 2 adik Mirang Agus 3 adik Tambi ak Gong

Dari Tahun 5 Dahlia, 1 adik Farah Fauzana 2 adik Eddy Feireira 3 adik Jackson Jambul

Dari Tahun 6 Dahlia, 1 adik Mawi b. Abdullah 2 adik Dayang Nurfaiza 3 adik Camelia

Majlis merakamkan terima kasih kepada Puan Piot Edward.

13. cue : Apabila pelajar ( yang membuat persembahan tarian ) sudah bersedia..

Ann : Hadirin yang dihormati. Majlis kita diteruskan lagi dengan persembahan tarian oleh kumpulan Sendayu Tinggi. Terimalah Ngajat Tampi..

14. cue : Apabila kumpulan tarian sudah bergerak ke dalam

Ann : Demikian tadi persembahan Ngajat Tampi oleh kumpulan Sendayu Tinggi. Kumpulan tarian itu tadi di bawah bimbingan Puan Jacqueline dan Puan Evelin.

15. cue : Apabila AJk Hadiah dan Sijil sudah bersedia

Ann : Hadirin yang dihormati. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi kategori mata pelajaran terbaik.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Cheng Sai Lai Yang DiPertua Persatuan IbuBapa Guru Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.16. cue : Apabila YDP sudah naik ke pentas

Ann : Dari Tahun 1 Dahlia, pelajar terbaik bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik disandang oleh adik Nicholas ak Nanti.

Dari Tahun 6 Dahlia, pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di sandang oleh adik Mawi b. Abdullah

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Cheng Sai Leng

17. cue : Apabila kumpulan Boria sudah sedia di pentas

Ann : Seri Andalas nama diberi Cukup cantik nampak berseri Kumpulan Boria sudah menanti Untuk persembahan penuh bererti

Hadirin yang dihormati terimalah persembahan boria dari Kumpulan Seri Andalas. Dipersilakan..

18. cue : Apabila kumpulan boria sudah masuk ke belakang

Ann : Demikian tadi persembahan boria di bawah pimpinan Encik Fauzi Marzuki. Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

19. cue : Apabila AJK Hadiah dan Sijil sudah bersedia..

Ann : Hadirin-hadirat yang dihormati. Tiba masanya kita ke acara kemuncak kategori pelajar contoh 2006.

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha, Puan Piot Edward Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang dan Yang Dihormati Yang DiPertua Persatuan IbuBapa Guru Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang untuk mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia, Puan Mastiah Bt. Munir untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada pelajar contoh.

20. cue : Apabila GB dan PPG sudah naik ke pentas.

Ann : Kategori pelajar contoh bagi pelajar lelaki disandang oleh adik Mawi Abdullah dari Tahun 6 Dahlia.

Kategori pelajar contoh bagi pelajar perempuan disandang oleh adik Erra Fazira dari Tahun 6 Dahlia

21. cue : Sebelum PPG turun dari pentas

Ann : Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, Puan Piot Edward, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia, Puan Mastiah bt Munir, Pegawai Pelajaran Gabungan Bintulu. Dengan segala hormatnya dipersilakan

22. cue : Setelah PPG menerima cenderamata.

Ann : Majlis sekali lagi ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Mastiah kerana sudi menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang. Terima kasih.

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Piot Edward GB SK Pinang Sebatang untuk menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia dan tetamu jemputan untuk menikmati jamuan ringan di bilik mesyuarat Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

23. cue : Apabila tetamu sudah berlalu..

Ann : Para Guru, Ibu bapa dan murid-murid dipersilakan untuk menjamu selera di dewan makan Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Adalah dimaklumkan, AJK Peralatan untuk kembali semula ke dewan untuk mengemaskan segala peralatan yang telah digunakan. Sekian, wabillah hitaufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Majlis perasmian penutup penyampaian hadiah robotik

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN ROBOTIK KOLEJ VOKASIONAL/ SMT ZON NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA tahun 2013*************************************************************Pengumuman Ketibaan

Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia Tuan pengetua SM Vokasional Juasseh, dan semua tetamu kehorrmat, masuk ke dalam dewan

Hadirin-hadirat diminta berdiri.

Bismillahhirrahmannirrahimm.

Ucapan protokol

1. Yang berbahagia Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh2. Yang berusaha Pn Zaidah Binti Danial, Timbalan Pengarah sokongan akademik 3. Yang di hormati En Sarimen Bin Sapiei, Timbalan Pengarah akademik4. En Noor Azuan Bin Parmin selaku penyelaras kejohanan antara KV/SMT robotik tahun 20135. Pengarah-pengarah Kolej Vokasional dan Pengetua-pengetua sekolah menengah teknik Zon negeri sembilan dan melaka6. AJK Pengelola Majlis Pertandingan Robotik Van Gogh 20117. Hakim-hakim pertandingan dari syarikat sasbadi sdn bhd8. Guru-guru pengiring dan para peserta yang mengambil bahagian,9. Pensyarah Guru-guru, pelajar-pelajar seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang dihormati sekelian

Ucapan alu-aluan MC 1

Assalammualaikum w.b.t dan Salam sejahtera

Alhamdullillah. bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin limpah kurnia Nya pada hari ini, kita dapat bersama-sama berhimpun di dewan gemilang kolej vokasional juasseh bagi meraikan MAJLIS PERASMIAN PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN ROBOTIK KOLEJ VOKASIONAL/ SMT ZON NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA tahun 2013

Terlebih dahulu bagi pihak majlis , kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekelian. Semoga dengan kesudian kalian meluangkan masa pada majlis kejohanan pertandingan robotik pada kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita khasnya bagi kolej sekolah-sekolah menengah teknik Zon negeri sembilan dan melaka

Sayang kumbang mencari makan,Terbang seiring di tepi kali;Selamat datang kami ucapkan,Moga diiring restu Ilahi.

Bacaan Doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya kita bersama-sama menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah daripada Yang Maha Esa. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ust Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa . Dengan limpah takzimnya, majlis mempersilakan.

****************************BACAAN DOA*************************

Amin ya rabbal alamin..Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ust Hasbullah Bin Ali di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan kalimah doa ini, diberkati hendaknya, segala hasrat yang direncana...insyaAllah.

Ucapan alu-aluan MC 1 (objektif)

Hadirin yang di rahmati sekelian

Pertandingan ciptaan robotik ini di wujudkan dalam menggalakkan budaya rekacipta dan inovasi di kalangan pelajar disamping membangunkan produk rekacipta tempatan. Selain itu, pertandingan ini juga akan mempertingkatkan keterampilan dan daya usaha pelajar dalam kategori kejuruteraan inovasi. Pada masa yang sama, ia juga menggalakkan para peserta menjalani aktiviti kokurikulum yang berteraskan pemikiran kreatif dan inovasi dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Hal ini bertepatan dengan tema pertandingan robotik robot connecting people.

Warga dewan gemilang yang di hormati

Diantara 6 buah SM teknik dan kolej vokasional di bawah zon negeri sembilan dan melaka beradu kreativiti dan idea dalam menghasilkan ciptaan robotik masing-masing bagi merebut gelaran juara pertandingan robotik tahun 2013. . Diantara SM teknik yang terlibat adalah dalam zon melaka dan negeri sembilan ini adalah

Bagi Negeri Sembilan pula

1. Kolej Vokasional Juasseh2. Kolej Vokasional Port Dickson3. SM Teknik Tuanku Jaafar4. Kolej Vokasional Ampangan

Bagi Negeri Melaka

1. Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin2. SM Teknik Melaka

Perasmian majlis

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa.

Jesteru majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Pengetua Cemerlang SM Vokasional Juasseh untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH Pertandingan ciptaan robotik bagi tahun 2011majlis dengan penuh takzim mempersilakan

***************************Ucapan Perasmian tuan pengetua************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berbahagia Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Pengetua Cemerlang SM Vokasional Juasseh atas ucapan dan penyempurnaan MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH Pertandingan ciptaan robotik bagi tahun 2012 sebentar tadi

Taklimat hakim pertandingan dan mengumumkan pemenang.

Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Seterusnya sebelum keputusan diumumkan, kita akan mendengar ulasan tentang mutu persembahan rekabentuk peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Pertandingan robotik pada tahun ini.Dengan itu majlis mempersilakan En Adam Bin AG Yusof selaku Ketua Hakim dari syarikat sasbadi sdn bhd untuk memberikan ulasan. dengan segala hormatnya dipersilakan.

****************************************Ulasan Ketua Hakim**********************************

Demikianlah tadi ulasan Pertandingan rekacipta dan inovasi yang telah disampaikan oleh En Adam Bin AG Yusof selaku Ketua Hakim pertandingan robotik pada kali ini.Majlis merakamkan jutaan terima kasih

Penyampaian hadiahPohon ciku pohon bacangTumbuh berapit dengan pulasanBerdegup jantung bertambah kencangBerdebar hati menunggu keputusan

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Kini tibalah masanya untuk acara penyampaian hadiah, sijil dan cenderamata. Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg berusaha pn hjh rusnawati binti juda untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Pengetua Cemerlang SM Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli bagi menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Cenderamata hakimCenderamata pertama diberikan dengan penyampaian cenderamata kepada ketua hakim pertandingan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Adam Bin AG Yusof selaku Ketua Hakim untuk menerima sijil dan cenderamata. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Penyampaian pemenangHadirin warga dewan bestari sekelian,

kini tibalah kepada acara kemuncak majlis pada hari ini iaitu pengumuman keputusan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.

Diumumkan keputusan pemenang bagi pertandingan robotik peringkat Zon negeri sembilan dan melaka tahun 2011, Dimulakan dengan tempat ke 3 diberikan kepada

Ke 3 : _______________________________________________________________________

Naib Johan : ________________________________________________________________

Johan pertandingan robotik Zon negeri sembilan dan melaka tahun 2012 di sandang oleh sekolah Men Teknik : ______________________________________________

Mentor terbaik

Dan bagi kategori mentor terbaik di KEJOHANAN ANTARA TEKNIK (KAT) Pertandingan Robotik tahun 2012 di sandang oleh....

PenutupHadirin-hadirat yang dikasihi,

Majlis merakamkan sekalung tahniah kepada pasukan sekolah yang Berjaya, manakala yang kurang Berjaya di harapkan tidak berputus asa dan cuba lagi pada pertandingan yang akan datang.Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Bagi pihak majlis lagi sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat dan hadirin-hadirat sekelian yang telah sudi memeriahkan majlis pada hari ini. Akhir kata maaf jua dipinta sekiranya terdapat kekasaran mahupun kesilapan tutur kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan.

Di atas dahan burung tempua,Melihat rusa tepi perigi;Salam perpisahan untuk semua,Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,Jatuh ditimpa buah berangan;Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua kami pohonkan.

Seterusnya dijemput yang berusaha gpk koko pn Zaidah binti danial untuk mengiringi Tetamu Kehormat dan tetamu-tetamu jemputan, barisan panel hakim serta JK pengelola majlis untuk ke majlis jamuan ringan di tempat yang telah disediakan.. dipersilakan.

Dengan itu saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t dan terima kasih.