Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/2012/Kemente… · tidak...

9
1 Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan Pencegahan (Preventive) Kementerian Bagi Tempoh 1 Januari Hingga 31 Disember 2012 Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan 1. Kementerian Kesihatan Malaysia (Hospital Putrajaya) Pengadu mendakwa bahawa tempat meletak kenderaan di Hospital Putrajaya tidak mencukupi dan menyebabkan pelanggan hospital terpaksa meletakkan kenderaan di tepi jalan masuk ke hospital. Tindakan pelanggan tersebut telah menyebabkan mereka disaman. Pihak Pengurusan Hospital Putrajaya (HPJ) mengucapkan terima kasih di atas maklum balas yang diberikan dan memohon maaf terhadap segala kesulitan yang dialami oleh pengadu. HPJ memaklumkan hanya mempunyai 579 lot tempat letak kereta. Jumlah tersebut sememangnya tidak mencukupi bagi menampung jumlah kedatangan pesakit. Dengan itu, HPJ telah melaksanakan beberapa strategi untuk mengatasi kesesakan lalulintas dan masalah tempat letak kereta seperti berikut: (i) Melaksanakan perkhidmatan ‘shuttle van’ secara percuma kepada kakitangan, pengunjung dan pesakit dari Lobi Putrajaya Sentral ke Lobi Utama HPJ bermula jam 6.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang. (ii) Melaksanakan perkhidmatan Pharmacy SMS Take and Go selaras dengan pelaksanaan Gerbang SMS Kerajaan (MySMS) yang telah dilancarkan oleh MAMPU. Pihak pengurusan Hospital Putrajaya memohon kerjasama pesakit yang mengambil bekalan ubat

Transcript of Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/2012/Kemente… · tidak...

Page 1: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/2012/Kemente… · tidak mengalir ke luar kawasan tandas; dan (iii) Membina, mengorek, dan menebuk . 7 ...

1

Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan Pencegahan (Preventive) Kementerian Bagi Tempoh 1 Januari Hingga 31 Disember 2012

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

1. Kementerian Kesihatan Malaysia

(Hospital Putrajaya)

Pengadu mendakwa bahawa tempat meletak kenderaan di Hospital Putrajaya tidak mencukupi dan menyebabkan pelanggan hospital terpaksa meletakkan kenderaan di tepi jalan masuk ke hospital. Tindakan pelanggan tersebut telah menyebabkan mereka disaman.

Pihak Pengurusan Hospital Putrajaya (HPJ) mengucapkan terima kasih di atas maklum balas yang diberikan dan memohon maaf terhadap segala kesulitan yang dialami oleh pengadu.

HPJ memaklumkan hanya mempunyai 579 lot tempat letak kereta. Jumlah tersebut sememangnya tidak mencukupi bagi menampung jumlah kedatangan pesakit. Dengan itu, HPJ telah melaksanakan beberapa strategi untuk mengatasi kesesakan lalulintas dan masalah tempat letak kereta seperti berikut: (i) Melaksanakan perkhidmatan ‘shuttle

van’ secara percuma kepada kakitangan, pengunjung dan pesakit dari Lobi Putrajaya Sentral ke Lobi Utama HPJ bermula jam 6.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang.

(ii) Melaksanakan perkhidmatan Pharmacy SMS Take and Go selaras dengan pelaksanaan Gerbang SMS Kerajaan (MySMS) yang telah dilancarkan oleh MAMPU. Pihak pengurusan Hospital Putrajaya memohon kerjasama pesakit yang mengambil bekalan ubat

Page 2: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/2012/Kemente… · tidak mengalir ke luar kawasan tandas; dan (iii) Membina, mengorek, dan menebuk . 7 ...

2

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

ulangan/susulan agar menggunakan perkhidmatan ini bagi mengurangkan masalah tempat letak kereta di HPJ.

(iii) Memperkenalkan perkhidmatan Home Delivery Pharmacy bagi memudahkan pesakit mendapatkan ubat tanpa perlu datang ke hospital.

2. Kementerian Kesihatan (Hospital Tanah Merah)

Pengadu tidak berpuashati dengan layanan dan rawatan yang dilakukan oleh seorang doktor pakar pedeatrik di Hospital Tanah Merah yang merawat anaknya yang mengalami penyakit jantung berlubang. Pengadu sangat terkilan dengan kata-kata doktor tersebut yang didakwa mengatakan bahawa anak pengadu tiada harapan untuk hidup

Pihak Hospital Tanah Merah telah memohon maaf bagi pihak pakar dan kakitangan atas keterlanjuran bicara.

Permasalahan yang telah diadukan oleh pengadu telah mendapat perhatian Pihak Hospital terutamanya Pengarah Hospital yang berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa. Selain itu, nasihat telah diberikan kepada pegawai yang terlibat serta semua kakitangannya termasuk pakar untuk menekankan/mengamalkan prinsip budaya korporat.

Page 3: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/2012/Kemente… · tidak mengalir ke luar kawasan tandas; dan (iii) Membina, mengorek, dan menebuk . 7 ...

3

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

dan tiada guna membuat pembedahan jantung dan hanya akan membazirkan wang Kerajaan yang lebih baik disedekahkan kepada golongan yang ada harapan untuk hidup.

3. Kementerian Kesihatan Malaysia (Klinik Kesihatan Selangor)

Layanan di Klinik Kesihatan Selangor kurang memuaskan hati pengadu kerana ubat penyakit darah tinggi yang diberikan hanya cukup untuk tempoh seminggu. Pengadu telah diminta untuk membeli sendiri ubat di farmasi swasta atau kedai ubat kerana stok ubat di klinik kesihatan telah habis.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan surat arahan supaya ubat jenis simvastatin sebagai alternatif kepadan ubat jenis lovastatin. Pihak Pengurusan Klinik Kesihatan juga telah mengeluarkan memo yang terkini yang memberi kuasa kepada pihak farmasi untuk menukarkan ubat lovastatain

Anggota yang terbabit telah diminta untuk memberikan surat tunjuk sebab dan pihak pengurusan akan mengambil tindakan jika anggota didapati bersalah.

Page 4: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/2012/Kemente… · tidak mengalir ke luar kawasan tandas; dan (iii) Membina, mengorek, dan menebuk . 7 ...

4

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

kepada simvastatin untuk semua pesakit.

4. Kementerian Kesihatan Malaysia (Hospital Putrajaya)

Pengadu mendakwa proses pengambilan darah di Bahagian Patologi Hospital Putrajaya sangat lambat. Dengan jumlah pesakit yang hendak mengambil darah agak ramai, pihak hospital perlu mencari alternatif untuk mempercepatkan proses tersebut supaya pesakit tidak perlu menunggu lama memandangkan pesakit-pesakit diwajibkan berpuasa dari malam sehinggalah proses mengambil darah selesai.

Pihak Hospital Putrajaya (HPj) akan melanjutkan waktu pengambilan darah yang sedia ada kepada hari Sabtu untuk mengelakan kesesakan pada hari biasa.

Pihak HPj juga akan membuat penambahbaikan dalam waktu terdekat ini. HPj juga sentiasa berusaha untuk menjadi lebih inovatif dan proaktif dari masa ke semasa dan adalah menjadi harapan HPj supaya pendekatan baru yang akan dijalankan dalam masa terdekat ini dapat menambahbaik perkhidmatan pengambilan darah sedia ada dan memuaskan hati pihak pesakit.

Page 5: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/2012/Kemente… · tidak mengalir ke luar kawasan tandas; dan (iii) Membina, mengorek, dan menebuk . 7 ...

5

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

5. Kementerian Kesihatan Malaysia

(Bahagian Pengurusan Latihan)

Pengadu telah memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh melalui Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah menerima surat tawaran. Pengadu kemudiannya dimaklumkan bahawa surat tawaran beliau adalah terbatal. Pengadu berharap agar agensi Kerajaan lebih berhati-hati semasa mengeluarkan surat sebegini.

Pihak Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) mengambil maklum berhubung perkara berkenaan dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Kesilapan tersebut disedari sehari selepas surat tawaran dikemukakan kerana permohonan asal pegawai adalah Cuti Belajar Bergaji Penuh tanpa HLP tetapi disebabkan pegawai hanya mempunyai 2 tahun LNPT maka pegawai hanya layak ditawarkan Cuti Belajar Tanpa Gaji dan Tanpa HLP.

Sehubungan itu, BPL telah membetulkan kesilapan tersebut dan akan memastikan kesilapan yang sama tidak berulang di masa hadapan.

Page 6: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/2012/Kemente… · tidak mengalir ke luar kawasan tandas; dan (iii) Membina, mengorek, dan menebuk . 7 ...

6

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

6. Kementerian Kesihatan Malaysia (Hospital Sibu, Sarawak)

Pengadu mendakwa seorang jururawat masyarakat di Hospital Sibu bersikap kasar dan ini adalah sangat bertentangan dengan Piagam Pelanggan yang dipaparkan pada dinding wad hospital berkenaan.

Pihak hospital telah menjalankan siasatan dan jururawat terbabit telah diberikan nasihat dan teguran supaya tidak bersikap kasar terhadap pesakit dan juga ahli keluarga pesakit. Jururawat berkaitan juga telah dirujuk kepada Pegawai Kaunseling pada 13 September 2012.

Sebagai tindakan pencegahan, jururawat

berkenaan akan dihantar untuk menghadiri

kursus soft skill supaya dapat memperbaiki

kelemahan dalam tingkah laku.

7. Kementerian

Kesihatan

Malaysia

(Poliklinik Jalan

Masjid, Kuching)

Pengadu mendapati

keadaan tandas yang

ditakungi air di tandas

Poliklinik Jalan Masjid

masih tiada perubahan

semenjak bulan Jun

yang lepas. Pengadu

merasakan keadaan

tandas yang sedemikian

Syarikat yang menjaga

kebersihan tandas

diarahkan agar

mempertingkatkan

usaha dan kekerapan

untuk membersihkan

bahagian tandas setiap

hari.

(i) Memasang tikar carpet getah/plastik di kawasan ruang tandas supaya tidak licin;

(ii) Membina penghadang konkrit di bawah pintu bagi kesemua tandas supaya air tidak mengalir ke luar kawasan tandas; dan

(iii) Membina, mengorek, dan menebuk

Page 7: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/2012/Kemente… · tidak mengalir ke luar kawasan tandas; dan (iii) Membina, mengorek, dan menebuk . 7 ...

7

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

rupa dan licin mungkin

boleh mendatangkan

kecederaan kepada

pengguna.

lubang perparitan tambahan untuk menyalurkan air berlebihan dari tandas-tandas supaya dapat disalur terus ke longkang besar di luar bangunan.

8. Kementerian

Kesihatan

Malaysia

(Pejabat

Kesihatan

Daerah Rompin)

Jabatan Kecemasan di

daerah Rompin, Pahang

didakwa sangat teruk

dalam menangani kes-

kes kecemasan di mana

petugas mengambil

masa yang lama untuk

menghantar mangsa ke

Hospital Tengku

Ampuan Afzan (HTAA)

Kuantan, Pahang.

Mereka mengambil

masa sekurang-

kurangnya 3 hingga 4

jam untuk menghantar

mangsa yang kritikal ke

hospital, di mana

menyebabkan ramai

Mengikut rekod dari

Januari sehingga 18

November 2012,

seramai 484 pesakit

telah dirujuk ke HTAA

dimana melibatkan

pesakit-pesakit dari

Klinik Kesihatan

Rompin, Tanjong

Gemok dan Bandar

Tun Razak. Dari

jumlah tersebut, hanya

dua kematian berlaku

semasa dalam

perjalanan. Siasatan

ke atas kes-kes

tersebut telah

dijalankan dan

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Rompin

mengambil perhatian yang serius berkaitan

perkara ini dan telahpun mengarahkan

semua anggota untuk melaporkan semua

kematian yang berlaku semasa dalam

perjalanan kepada Pegawai Kesihatan

Daerah agar siasatan lanjut dapat dijalankan.

Page 8: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/2012/Kemente… · tidak mengalir ke luar kawasan tandas; dan (iii) Membina, mengorek, dan menebuk . 7 ...

8

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

mangsa meninggal

sebelum tiba di hospital.

mendapati tidak

berlaku kelewatan

rawatan dan

mendapati proses

penghantaran adalah

mengikut prosedur

yang telah ditetapkan.

9. Kementerian

Kesihatan

Malaysia

(Jabatan

Kesihatan Negeri

Sarawak)

Pengadu mendakwa

bahawa terdapat sebuah

Cold Storage di Green

Heights Mall Kuching

masih menjual barang

mentah yang telah tamat

tempoh luput semasa

membeli belah di premis

tersebut pada 29 April

2012. Keadaan ini

adalah membahayakan

kesihatan pengguna

sekiranya tiada

pemantauan terhadap

perkara tersebut.

Tindakan yang telah diambil adalah: (i) pemeriksaan oleh

Unit Keselamatan dan

Kualiti Makanan, Pejabat

Kesihatan Kuching mendapati

aduan adalah berasas dan

sebanyak 9 pek daging yang telah

tamat tempoh telah dirampas.

Pemantauan secara berkala akan terus

dijalankan ke atas premis yang diadukan.

Page 9: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/2012/Kemente… · tidak mengalir ke luar kawasan tandas; dan (iii) Membina, mengorek, dan menebuk . 7 ...

9

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

(ii) Supervisor dan pekerja telah dinasihatkan agar sentiasa mengemaskini makanan yang mempunyai jangka hayat pendek yang hampir pada tarikh luput. Akta makanan 1985 juga telah dijelaskan kepada supervisor dan pekerja.

Sumber: Unit Aduan BPA & maklumbalas dari Agensi/Kementerian Tarikh Kemaskini: 22 Januari 2013