CONTOH TUGASAN

14
UW00202 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Tajuk DISEDIAKAN NAMA PENSYARAH : DG. HAFIZAH BINTI AG. BASIR SEKSYEN 6 SESI : 2-2012/2013 NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK NO.TELEFON TANDATANGAN

description

hftyuyguhijhgfjhgvhbjgytfgu

Transcript of CONTOH TUGASAN

Page 1: CONTOH TUGASAN

UW00202

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Tajuk

DISEDIAKAN

NAMA PENSYARAH : DG. HAFIZAH BINTI AG. BASIR

SEKSYEN 6

SESI : 2-2012/2013

NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK

NO.TELEFON TANDATANGAN

Page 2: CONTOH TUGASAN

DEMOKRASI DI MALAYSIA

TOPIK HALAMAN

1.0 Pendahuluan

2.0 Demokrasi Di Malaysia

Nama Pelajar Yang bertanggungjawab

2.1 Definisi demokrasi

Nama Pelajar Yang bertanggungjawab

2.2 Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Malaysia

Nama Pelajar Yang bertanggungjawab

2.3 Kepentingan demokrasi

Nama Pelajar Yang bertanggungjawab

2.4 Pandangan masyarakat terhadap sistem pemerintahan

demokrasi di Malaysia

Nama Pelajar Yang bertanggungjawab

2.5 Perbezaan sistem pemerintahan Malaysia dengan Negara luar

(Indonesia)

Nama Pelajar Yang bertanggungjawab

3.0 Analisi Soal selidik

4.0 Kesimpulan

5.0 Rujukan

6.0 Lampiran

2

Page 3: CONTOH TUGASAN

1.0 PENDAHULUAN

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja

Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai

Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-

syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi

Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam

pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi

berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna

negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan,

Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju

dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing,

seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti

mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh

Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan

mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh

Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah

negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat

istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri

Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-

negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara

dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan

menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri

atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan

menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua

Menteri.1

1T.n.p.,2009,pengenalan latarbelakang : www.parlimen.gov.my (diperoleh pada 19 n0v 2012)

3

Page 4: CONTOH TUGASAN

4

Page 5: CONTOH TUGASAN

2.0 KAEDAH KAJIAN

2.1 Perbincangan kumpulan

Berdasarkan tajuk kajian yang hendak dijalankan, perbincangan kumpulan

amat penting. Ini kerana semasa perbincangan dijalankan, maklumat-

maklumat yang telah diperolehi dari ahli kumpulan akan ditelitikan

seterusnya dibincangkan bersama-sama.  Selain daripada itu juga,  idea-idea

daripada ahli kumpulan dapat diketahui.  Perbincangan ini adalah asas

daripada kaedah dalam penyelidikan kajian ini.  Dengan mengadakan

perbincangan, kata sepakat telah diperolehi dan kami telah memilih tajuk

kajian.

2.2 Soal Selidik

Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan

lebih tepat dan betul.  Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk

memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan.  Kami telah mereka bentuk

borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang kami kaji.  Borang itu akan

kami edarkan secara rawak kepada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah

(UMS). Maklumat yang kami inginkan datang daripada borang soal selidik ini.

2.3 Bahan -bahan rujukan

Bahan rujukan utama yang kami perolehi daripada internet dan buku-buku

yang berkaitan dengan tajuk kajian. Maklumat yang kami dapati ialah seperti

corak pemerintahan Negara Malaysia dan kepentingan demokrasi di Malaysia

di samping maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan tajuk kajian.

5

Page 6: CONTOH TUGASAN

3.0 HASIL ANALISIS DEMOKRASI DI MALAYSIA

3.1 Definisi demokrasi

Demokrasi didefinisikan sebagai pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih

dalam pilihan raya yakni berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yang

dijalankan secara perwakilan. Selain itu demokrasi turut didefinisikan sebagai

sebuah unit politik atau sosial yang pada dasarnya dikuasai oleh semua anggota

dan keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas.2

Istilah “demokrasi” tentunya berasal dari bahasa Yunani purba. Ia dicipta oleh

sejarawan bernama Herodotus pada kurun ke-5 SM, dan buat pertama kalinya

digunakan di dalam Sejarah beliau. Ia merupakan gabungan dua perkataan Greek :

demos, rakyat; dan kratein, untuk memerintah; dan kemudiannya membentuk

istilah demokratia yang bermaksud “pemerintahan rakyat”. Oleh itu, demokrasi

dapat difahami sebagai suatu sistem politik yang menekankan peri penting

partisipasi politik dalam hubungan kemasyarakatan. Setiap anggotanya sama-sama

berdaulat, sama ada secara langsung seperti di awal kemunculannya di Athen,

Yunani, atau secara tidak langsung melalui pemilihan perwakilan lewat pilihanraya

yang bebas, sebagaimana diamalkan pada saat ini.3

2DewanBahasadan Pustaka,2005,Kamus DewanEdisi Keempat,331 dan 3323Al-Mustaqeem M. Radhi,2006,Demokrasi Dalam Al-Quran, Hadis Dan Tradisi,7

6

Page 7: CONTOH TUGASAN

3.2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN DI MALAYSIA

3.2.1 Ciri-ciri demokrasi berparlimen

Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.

Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja

Berperlembagaan dan Sistem Republik.Malaysia telah memilih dan mengamalkan

sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan RajaBerperlembagaan sejak

negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.Demokrasi Berparlimen

bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara

manakalaRaja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.Sistem Raja

Berperlembagaan, merupakan pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai

pemerintahtertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri.

7

Ciri-ciri utama sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

PerlembagaanKebebasanasasi

Parti-partipolitik

Raja berperlembagaan

Kuasapemerintahan

Parlimen

Pilihanraya

Page 8: CONTOH TUGASAN

Sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden yang

dipilih oleh rakyatmelalui pilihan raya.Di Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina,

presiden memegang dua jawatan, iaitu sebagai ketuakerajaan dan ketua negara.

Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk

kerajaan. Rakyat bebasmemilih perwakilan melalui pilihan raga. Mereka berhak

menyokong, mengekalkan atau menukarkankerajaan yang sedia ada melalui pilihan

raya.Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan

stabil.Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan

demokrasi berparlimen di negarakita. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat

untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.4

3.3 KEPENTINGAN DEMOKRASI

4T.n.p.,bab 7 sistempemerintahan dan pentadbiran Negara Malaysia : www.smartlibrary.com (diperoleh padapada 19 nov 2012),1

8

Page 9: CONTOH TUGASAN

3.3.1 Politik

Sistem Kerajaan Persekutuan yang berlandaskan kepada demokrasi berparlimen

dapat dijalankan melalui 2 cara iaitu melalui unit politik negara yg boleh

dibahagikan kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri di samping memberikan

rakyat hak untuk memilih kerajaan yang dapat memerintah dengan adil.Dengan

menggunakan cara ini, pertindihan kuasa dapat dielakkan dan dapat

mengurangkan pemusatan kuasa manakala serta rakyat boleh menentukan hala

tuju politik negara.

3.3.2 Sosial

Dengan wujudnya Perlembagaan Malaysia, hak dan kebebasan warganegara

terjamin. Sebagai contoh rakyat berhak memperoleh perlindungan yang sama rata.

Selain itu, rakyat juga memperoleh kebebasan iaitu setiap rakyat negara ini bebas

bergerak, bebas menetap di mana-mana bahagian negara, bebas bersuara, bebas

menganuti agama, bebas memiliki harta dan sebagainya.

Selain itu, dengan pelaksanaan sistem demokrasi ini, keselamatan rakyat terjamin

dan keagamaan, keturunan dan kebudayaan seseorang warganegara tidak akan

didiskriminasi keranawarganegara tidak dibenarkan menimbulkan perkara sentimen

perkauman.

3.3.3 Ekonomi

Dengan adanya Perlembagaan Malaysia, ekonomi Malaysia juga akan mendapat

faedah iaitu kestabilan dalam ekonomi negara dapat diwujudkan dengan mengubal

peruntukan tertentu.Peruntukan yang dimaksudkan termasuklah kewangan, hak

pekerja, hak pengguna, cara mengurus niaga pasaran saham, jenayah

perdagangan, kutipan cukai eksport dan import serta pengurusan niaga mata wang

negara dan lain-lain.

Dengan mengubalkan peruntukan seperti yang dinyatakan,garis panduan kepada

peniaga dapat diwujudkan. Selain itu,pelbagai kegiatan ekonomi juga dapat

dilaksanakan oleh kerajaan.

9

Page 10: CONTOH TUGASAN

3.4 PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP SISTEM PEMERINTAHAN

DEMOKRASI DI MALAYSIA

Meskipun suatu sistem pemerintahan telah diwujudkan di Malaysia, setiap individu

yang bergelar warga Malaysia pasti mempunyai pendirian dan pandangan yang

tersendiri mengenai sistem pemerintahan yang dijalankan di Malaysia. Oleh itu, sesi

soal selidik telah kami jalankan untuk mengetahui pandangan rakyat Malaysia

sendiri mengenai sistem pemerintahan di Malaysia. Soal selidik ini lebih ditumpukan

dalam kalangan pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Berpandukan soal selidik, majoriti pelajar merasakan sistem demokrasi berparlimen

merupakan sistem yang baik untuk dijalankan di Malaysia5. Mereka juga turut

mengutarakan cadangan yang boleh dipertimbangkan bagi memperbaiki sistem

yang sudah ada pada masa kini. Antaranya, terdapat sebilangan cadangan yang

megutarakan agar sistem pemerintahan lebih berteraskan dengan konsep Islam

iaitu berlandaskan Al-Quran serta Sunnah6. Manakala ada yang mengutarakan

konsep bekerjasama sesama parti politik agar negara dapat dimajukan dengan

lebih baik7. Idea-idea ini menunjukkan keprihatinan pelajar UMS mengenai perihal

pemerintahan negara supaya negara menjadi lebih baik di masa hadapan.

Selain itu, majoriti pelajar berpendapat bahawa sistem demokrasi berparlimen ini

adalah lebih baik daripada sistem pemerintahan raja berkuasa berkuasa mutlak

yang pernah diamalkan oleh kebanyakan negeri di Malaysia sebelum kemerdekaan,

terutamanya sebelum era penjajahan8. Pendapat ini dikukuhkan dengan alasan di

mana sistem demokrasi berparlimen ini berpaksikan suara rakyat9. Namun begitu,

mahasiswa mahasiswi berpendapat bahawa sistem pemerintahan yang diamalkan

sekarang ini masih boleh diperbaiki serta dimantapkan10.

5BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, Bahagian a6BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, Bahagian b7BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian b8BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian c9BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian c10BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian c

10

Page 11: CONTOH TUGASAN

3.5 PERBEZAAN SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR

(INDONESIA)

Terdapat banyak negara yang mengamalkan sistem pemerintahan yang berbeza

daripada Malaysia. Antaranya ialah Indonesia. Indonesia merupakan negara

kesatuan berbentuk republik yang mengamalkan sistem pemerintahan berpresiden

di mana kedaulatan terletak sepenuhnya di tangan rakyat dan pemerintahan

dijalankan sepenuhnya oleh Majelis Pemusyarawatan Rakyat (MPR) yang dianggotai

oleh 500 orang anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan 200 orang anggota

Utusan Golongan dan Utusan Daerah. Sistem ini sangat berbeza dengan sistem

pemerintahan di Malaysia di mana sistem demokrasi berparlimen diamalkan. Selain

itu, ketua negara Indonesia ialah presiden Indonesia. Manakala di Malaysia, tidak

wujud jawatan yang digelar presiden tetapi ketua negara Malaysia ialah Yang Di-

Pertuan Agong yang dilantik oleh Majlis Raja-raja Melayu.Jika di Malaysia,Yang Di-

Pertuan Agong dibantu oleh seorang perdana menteri. Tetapi di Indonesia, presiden

dibantu oleh seorang wakil presiden.

Di Indonesia, MPR memegang tanggungjawab untuk mengangkat atau

memberhentikan presiden, manakala di Malaysia, Yang Di-Pertuan Agong sahaja

yang boleh melantik perdana menteri dan Parlimen tidak boleh sesuka hati

memberhentikan perdana menteri. Di Indonesia juga tidak wujud sistem Raja

Berperlembagaan dan Majlis Raja seperti Majlis Raja-raja Melayu di Malaysia. Hal ini

menunjukkan bahawa Indonesia tidak lagi mempunyai Raja di negara mereka untuk

mengetuai negara. Berbeza dengan Malaysia, sistem beraja masih lagi wujud serta

dipertahankan. Raja mempunyai hak-hak yang tertentu ke atas negara dan negeri

masing-masing tetapi hak-hak tersebut adalahberlandaskan Perlembagaan

Malaysia.11

11Che Asyikin Che Ahmad,NurulIzzatiAbdHamid,NurulNabilaFarhana Abdul Rahim,SitiNazirahMohdArshad,SitiNuurFatihahMohdYusop,YuszafrinMohdYusoff,Perbezaan di antara Malaysia dan Indonesia,3-13 : www.static2sosialgo.com (diperoleh pada 19 nov 2012)

11

Page 12: CONTOH TUGASAN

3.6 SOAL SELIDIK

Sesi soal selidik telah dijalankan di mana 34 keping borang soal selidik mengenai

sistem demokrasi di Malaysia telah diedarkan secara rawak kepada 34 orangpelajar

di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Tujuan sesi soal selidik ini adalah untuk

mengetahui pandangan pelajar UMS yang berperanan sebagai anggota masyarakat

Malaysia, mengenai sistem pemerintahan bercorakkan demokrasi yang diamalkan

di Malaysia.

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, majoriti mahasiswa serta mahasiswi

bersetuju dengan sistem demokrasi berparlimen yang dijalankan di Malaysia, yang

diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong12. Di samping itu,majoriti bersetuju mengenai

pembahagian kuasa pentadbiran serta pembahagian Parlimen13. Selain itu,

kebanyakan mereka juga bersetuju mengenai kuasa Yang Di-Pertuan Agong untuk

memberhentikan atau membubarkan Parlimen dan hal penggubalan Perlembagaan

Malaysia yang boleh digubal dengan sokongan dua per tiga di Parlimen14.

Kebanyakan cadangan untuk memperbaiki sistem pemerintahan yang dijalankan

kini ialah supaya Malaysia menjalankan sistem pemerintahan berlandaskan Islam15.

Terdapat juga cadangan yang mahukan kerjasama antara parti-parti politik agar

negara dapat dimajukan bersama16. Cadangan lain pula ialah supaya suara rakyat

diutamakan dan kerajaan harus menepati janji kepada rakayat17. Tidak cukup

dengan itu, terdapat cadangan yang mahukan sistem undian pilihanraya yang adil,

pembanterasan gejala rasuah dan sebagainya18.

Seterusnya, rata-rata pelajar berpendapat bahawa sistem pemerintahan demokrasi

ini lebih bagus daripada sistem pemerintahan raja bekuasa mutlak19. Sistem

12BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian a13BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian a14BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian a15BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian b16BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian b17BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian b18BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian b19BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagianc

12

Page 13: CONTOH TUGASAN

demokrasi ini lebih mengutamakan rakyat di mana suara rakyat menjadi

keutamaan pemimpin.

13

Page 14: CONTOH TUGASAN

PERKARA 1 PERKARA 2 PERKARA 3 PERKARA 4 PERKARA 5 PERKARA 605

101520253035

Pesetujuan Masyarakat Mengenai Sistem Demokrasi Di Malaysia (Borang Soal Selidik

Bahagian A)

SETUJUTIDAK SETUJU TIDAK MENJAWAB

Perkara yang diutarakan di dalam borang soal selidik, bahagian a

Bila

ngan

setu

ju y

ang

dipe

role

hi

*Sumber: Borang Soal Selidik Bahagian a

Perkara 1: Pengamalan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia

Perkara 2: Peranan Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara

Perkara 3: Pembahagian kuasa kepada tiga bahagian pemerintahan iaitu

perundangan,

kehakiman dan pentadbiran

Perkara 4: Pembahagian Parlimen Malaysia kepada tiga komponen iaitu Yang Di-

Pertuan Agong,

Dewan Rakyat dan Dewan Negara

Perkara 5: Yang Di-Pertuan Agong diberi kuasa istimewa untuk memberhenti atau

membubarkan Parlimen

Perkara 6: Perlembagaan Malaysia boleh digubal dengan sokongan dua per tiga di

Parlimen

14

Page 15: CONTOH TUGASAN

Gambar Yang Di-Pertuan Agong Malaysia

Gambar Perdana Menteri Malaysia

15

Page 16: CONTOH TUGASAN

4.0 KESIMPULAN

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana Yang di-Pertuan

Agong merupakan Ketua Negara yang mempunyai hak-hak yang tertentu mengikut

Perlembagaan Malaysia. Sepanjang pengamalan sistem ini, pelbagai kebaikan telah

diperolehi oleh rakyat di mana rakyat dapat mengutarakan pandangan serta idea.

Sistem ini sangat memperjuankan suara rakyat dan hak rakyat sebagai

warganegara Malaysia. Sistem ini telah menyemai sikap kerjasama dan hormat-

menghormati dalam kalangan pemimpin serta rakyat. Oleh itu, pengamalan sistem

ini haruslah diteruskan dan dimantapkan lagi supaya negara dan rakyat akan

memperoleh lebih banyak kebaikan pada masa akan datang.

5.0 RUJUKAN

T.n.p..2009.Pengenalan Latar Belakang.

http://www.parlimen.gov.my (diperolehi pada 19 nov 2012)

2005.Kamus Dewan Edisi Keempat.Dawama Sdn.Bhd.Kompleks Dawama Lot

1037,Jalan AU3/1 54200 Ampang/Hulu Kelang Selangor Darul Ehsan : Dewan

Bahasa Dan Pustaka

Al-Mustaqeem M. Radhi.2006.Demokrasi Dalam Al-Quran, Hadis Dan Tradisi.One

Touch Creative No. 5-2, Jalan Seksyen 3/9, Pusat Perniagaan Kajang Utama, 43000

Kajang, selangor : Perpustakaan Negara Malaysia

T.n.p..Bab 7 Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia.

http://www.smartlibrary.com (diperoleh pada 19 nov 2012)

Borang Soal Selidik : Sistem Demokrasi Di Malaysia

Che Asyikin Che Ahmad,Nurul Izzati Abd Hamid,Nurul Nabila Farhana Abdul

Rahim,Siti Nazirah Mohd Arshad,Siti Nuur Fatihah Mohd Yusop,Yuszafrin Mohd

Yusoff.Perbezaan di antara Malaysia dan Indonesia.

http://www.static2sosialgo.com (diperoleh pada 19 nov 2012)

16

Page 17: CONTOH TUGASAN

17