CONTOH UNDANG-UNDANG

21
CONTOH UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN YANG MEMPUNYAI CAWANGAN Dikeluarkan oleh PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA

Transcript of CONTOH UNDANG-UNDANG

Page 1: CONTOH UNDANG-UNDANG

CONTOH UNDANG-UNDANG

BAGI

PERTUBUHAN YANG MEMPUNYAI CAWANGAN

Dikeluarkan olehPENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA

Page 2: CONTOH UNDANG-UNDANG

PENDAHULUAN

Contoh undang-undang ini dikeluarkan dengan tujuan membantu orang ramai yang ingin menubuhkan pertubuhan menggubal undang-undang tubuhnya mengikut kehendak Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984. Contoh ini disediakan bagi pertubuhan yang bercawangan dan berpandukan Jadual 1, Akta Pertubuhan, 1966 dan kehendak-kehendak Jabatan ini.

2. Contoh undang-undang ini adalah sebagai panduan dan boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan pertubuhan. Walaupun begitu sebarang perubahan hendaklah tidak bercanggah dengan peruntukan-peruntukan yang wajib sebagaimana dicatatkan dalam Jadual 1, Akta Pertubuhan, 1966. Adalah diharapkan contoh ini dapat digunakan oleh orang ramai yang terlibat dalam penubuhan pertubuhan untuk tujuan membuat permohonan bagi mendaftarkan pertubuhan mereka.

PENDAFTAR PERTUBUHAN,JABATAN PERNDAFTARAN PERTUBUHAN,MALAYSIA,

2

Page 3: CONTOH UNDANG-UNDANG

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN

............................................................................................................

(NAMA PENUH PERTUBUHAN)

KANDUNGANFASAL 1 . . NAMAFASAL 2 . . TEMPAT URUSAN FASAL 3 . . BENDERA, LAMBANG, LENCANAFASAL 4 . . TUJUAN/MATLAMATFASAL 5 . . KEAHLIANFASAL 6 . . BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAINFASAL 7 . . PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLIFASAL 8 . . MESYUARAT PERWAKILANFASAL 9 . . JAWATANKUASA PUSATFASAL 10 . . KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAIFASAL 11 . . KEWANGANFASAL 12 . . JURUAUDITFASAL 13 . . PENGAMANAHFASAL 14 . . PEMBUBARANFASAL 15 . . PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGANFASAL 16 . . MESYUARAT AGUNG TAHUNANFASAL 17 . . JAWATANKUASA CAWANGANFASAL 18 . . TUGAS-TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGANFASAL 19 . . KEWANGAN CAWANGANFASAL 20 . . PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGANFASAL 21 . . PINDAAN UNDANG-UNDANG FASAL 22 . . TAFSIRAN UNDANG-UNDANGFASAL 23 . . LARANGAN

3

Page 4: CONTOH UNDANG-UNDANG

UNDANG-UNDANG BAGI

...............................................................................................(NAMA PENUH PERTUBUHAN)

FASAL 1 NAMA

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama ............................................. ...................................................................................................

(Nama dalam Bahasa Malaysia)selepas ini disebut Pertubuhan.

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

(2) Alamat tempat urusan pertubuhan ialah ...........................................

................................................................................................... (Alamat Lengkap)

atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Pusat. Alamat tempat urusan pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

(a) (Jika Pertubuhan bercadang hendak menggunakan bendera, lambang, lencana, atau simbol-simbol lain, huraian mengenai rekabentuk dan warnanya hendaklah dinyatakan dengan jelas dan tepat).

(b) (Contoh simbol-simbol itu yang berwarna hendaklah dilampirkan).

FASAL 4 TUJUAN/MATLAMAT(Undang-undang ini hendaklah mengandungi keterangan penuh berkenaan tujuan/matlamat pertubuhan ini ditubuhkan, atau berusaha untuk mencapainya. Tujuan tersebut hendaklah dinyatakan dengan jelas dan tepat serta selaras dan sesuai dengan nama dan keahlian pertubuhan).

FASAL 5 KEAHLIAN

(1) (Di sini nyatakan syarat-syarat dan kelayakan untuk menjadi ahli pertubuhan, termasuk keterangan berkenaan sekatan umur, jika dikenakan, dan kemasukan menjadi ahli, sama ada disyaratkan lelaki atau perempuan, kaum, agama, bangsa, tempat tinggal, keturunan dan sebagainya. Nyatakan juga sama ada bilangan

4

Page 5: CONTOH UNDANG-UNDANG

ahli-ahli dihadkan atau tidak (Jika dihadkan, nyatakan jumlahnya)).

(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk diluluskan. Jawatankuasa Cawangan boleh, mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan menjadi ahli bagi tempat di mana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat.

(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.

(4) Seseorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

FASAL 6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut : Bayaran masuk RM .............................................................................

(Diikuti dalam perkataan)

Yuran bulanan RM ..............................................................................

(Diikuti dalam perkataan)

(2) Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Cawangan terlebih dahulu di dalam tempoh ........... hari dari awal tiap-tiap bulan. Jika cawangan belum ditubuhkan, pembayaran hendaklah disampaikan kepada Bendahari Agung atau kepada Setiausaha Agung.

(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha Agung atau Setiausaha Cawangan, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.

(4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli pertubuhan dan Jawatankuasa Pusat boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya,

5

Page 6: CONTOH UNDANG-UNDANG

dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

(5) Jawatankuasa Pusat mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi mereka yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

(6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat perwakilan pertubuhan. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.

FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha cawangan dan menjelaskan segala hutangnya.

(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemar nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Cawangan. Sebelum Jawatankuasa Cawangan memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung cawangan menunda atau membatal keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 8 MESYUARAT PERWAKILAN

(1) Bagi undang-undang ini, seorang “ahli-terus” maknanya ialah seorang ahli pertubuhan yang tidak menjadi ahli cawangan dan seorang “wakil ahli” maknanya ialah seorang wakil yang dilantik oleh ahli-ahli terus.

(2) Pentadbiran pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat perwakilan yang mengandungi wakil-wakil cawangan dan wakil-wakil ahli dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat. Sebarang ahli pertubuhan, dengan persetujuan Presiden boleh hadir di dalam mesyuarat perwakilan tetapi ia tidak boleh bercakap atau mengundi.

(3) Wakil-wakil cawangan hendaklah dipilih tiap-tiap tahun oleh cawangan masing-masing dan mereka boleh dipilih semula.

6

Page 7: CONTOH UNDANG-UNDANG

Sesuatu cawangan berhak memilih .......... wakil bagi ......... ahli yang pertama atau sebahagian daripada jumlah itu dan ......... wakil lagi bagi tiap-tiap ........ ahli lebih daripada ....... ahli yang pertama, dengan syarat jumlah wakil bagi sesuatu cawangan tidak lebih daripada .........

(4) Wakil-wakil ahli hendaklah dipilih tiap-tiap tahun oleh ahli-ahli terus dan mereka boleh dipilih semula. .........wakil boleh dipilih bagi ........ ahli yang pertama atau sebahagiannya dan tambahan ....... wakil bagi ...... ahli lebih daripada ........ ahli yang pertama, dengan syarat jumlah wakil ahli tidak lebih daripada ........

(5) Ahli Jawatankuasa Pusat tidak boleh dipilih menjadi wakil cawangan atau wakil ahli-ahli. Ahli Jawatankuasa Pusat dan wakil-wakil yang hadir berkuasa mengundi di dalam mesyuarat perwakilan.

(6) Kuorum untuk mesyuarat perwakilan dianggap cukup jika wakil-wakil yang hadir, tidak kira jumlahnya berjumlah lebih daripada jumlah wakil bagi setengah (1/2) bilangan cawangan-cawangan dan lebih daripada setengah (1/2) jumlah wakil ahli-ahli terus pertubuhan.

(7) Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada ............ hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat; dan jika kourum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah wakil-wakil yang hadir menjalankan mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli.

(8) Mesyuarat Tahunan Perwakilan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada bulan April pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat. Kerja-kerja Mesyuarat Tahunan Perwakilan ialah:

(a) Menerima laporan Jawatankuasa Pusat berkenaan perjalanan Pertubuhan di dalam tahun yang lalu;

(b) Menerima laporan Bendahari Agung dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;

(c) Memilih ahli-ahli Jawatankuasa Pusat dan dua orang Juruaudit untuk tahun akan datang; dan

(d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

(9) Pengumuman awal mengenai Mesyuarat Tahunan Perwakilan yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat, dan panggilan mengemukakan cadangan untuk perbincangan, cadangan untuk meminda undang-undang dan pencalonan untuk pemilihan ahli-

7

Page 8: CONTOH UNDANG-UNDANG

ahli Jawatankuasa Pusat, hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Agung kepada tiap-tiap Setiausaha Cawangan tidak lewat daripada 60 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat, dan pengumuman ini hendaklah ditunjukkan supaya jelas kelihatan di tempat urusan pertubuhan yang telah didaftarkan. Tiap-tiap Setiausaha Cawangan hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan tidak lewat daripada 30 hari setelah menerima pengumuman awal itu.

(10) Nama-nama wakil, pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan cadangan untuk dibincangkan di dalam mesyuarat hendaklah dihantar oleh Setiausaha Cawangan atau ahli-ahli secara individu supaya sampai kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada 40 hari selepas penerimaan pengumuman awal mesyuarat.

(11) Setiausaha Agung, jika boleh hendaklah mengadakan mesyuarat ahli-ahli terus tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Perwakilan, untuk melantik wakil-wakil ahli dengan syarat jika keadaan tempat yang berjauhan tidak sesuai bagi mengadakan mesyuarat, maka dengan cara melantik wakil-wakil ahli hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat.

(12) Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada Setiausaha Cawangan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan mesyuarat satu agenda termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan, cadangan dan pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai berserta dengan penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini hendaklah diberikan kepada tiap-tiap wakil cawangan dan wakil ahli dan salinan surat itu boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan pertubuhan atau di pejabat-pejabat cawangan.

(13) Mesyuarat Khas Perwakilan bagi Pertubuhan ini boleh diadakan:

(a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Pusat; atau(b) Atas permintaan dengan bertulis oleh ahli-ahli

jawatankuasa bagi dua cawangan atau lebih atau oleh tidak kurang daripada 20 orang ahli-ahli terus dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.

(14) Mesyuarat Khas Perwakilan yang diminta oleh Cawangan-cawangan atau ahli-ahli terus hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

(15) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Khas Perwakilan itu hendaklah diedarkan kepada semua Setiausaha Cawangan oleh Setiausaha Agung sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat.

8

Page 9: CONTOH UNDANG-UNDANG

(16) Fasal 7 (6) dan 7 (7) di dalam undang-undang ini berkenaan kourum dan penangguhan Mesyuarat Tahunan Perwakilan boleh digunakan untuk Mesyuarat Khas perwakilan, tetapi dengan syarat jika kourum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Khas Perwakilan itu atas permintaan Cawangan-cawangan, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan, dan sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Khas perwakilan yang dipohon dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

(17) Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada semua Setiausaha Cawangan salinan rangka peringatan tiap-tiap Mesyuarat Tahunan Perwakilan atau Mesyuarat Khas Perwakilan dengan seberapa segera setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 9 JAWATANKUASA PUSAT

(1) (a) Satu Jawatankuasa Pusat seperti berikut yang dinamakan pegawai-pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan:Seorang PresidenSeorang Naib PresidenSeorang Setiausaha AgungSeorang Penolong Setiausaha AgungSeorang Bendahari Agung............Ahli Jawatankuasa Biasa

(b) Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Pusat dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif di dalam Pertubuhan ini hendaklah warganegara Malaysia

(2) Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh wakil-wakil cawangan/ahli di dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan. Semua pegawai, kecuali Bendahari Agung boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

(3) Fungsi Jawatankuasa Pusat ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar Am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Perwakilan. Jawatankuasa Pusat seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Perwakilan dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa Pusat mestilah sentiasa mematuhi keputusan laporannya berkenaan kegiatan-kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Tahunan Perwakilan.

(4) Jawatankuasa Pusat hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam 3 bulan dan ........................ hari pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada kepada ahli-ahli. Presiden dengan bersendirian, atau

9

Page 10: CONTOH UNDANG-UNDANG

tidak kurang daripada 3 orang ahli Jawatankuasa Pusat bersama-sama, boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan kourum mesyuarat.

(5) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa Pusat dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka bolehlah Setiausaha Agung mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pusat secara pengedaran surat sekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Pusat boleh dianggap sebagai telah diterima:

(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Pusat;

(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan

(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

(6) Ahli Jawatankuasa Pusat yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pusat tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Pusat.

(7) Jika seorang ahli Jawatankuasa Pusat meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa Pusat melantik ahli Pertubuhan yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Tahunan Perwakilan diadakan.

(8) Jawatankuasa Pusat boleh memberi perintah kepada Setiausaha Agung dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Pertubuhan. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Pusat atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

(1) Presiden, dalam tempoh memegang jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Perwakilan dan semua

10

Page 11: CONTOH UNDANG-UNDANG

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.

(2) Naib Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya.

(3) Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Perwakilan dan Jawatankuasa Pusat. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku kewangan. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari Agung.

(4) Penolong Setiausaha Agung hendaklah menolong Setiausaha Agung menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Agung.

(5) Bendahari Agung adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah menyimpan akaun bagi semua urusan kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Presiden dan Setiausaha Agung.

(6) Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa Pusat menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 11 KEWANGAN

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam undang-undang ini, wang Pertubuhan boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji dan upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

(2) Bendahari Agung dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM ................ (diikuti dalam perkataan) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan di dalam tempoh tujuh hari ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.

11

Page 12: CONTOH UNDANG-UNDANG

(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangan bersama oleh Presiden (atas ketiadaannya oleh Naib Presiden), Setiausaha Agung dan Bendahari Agung. Semasa ketiadaan Setiausaha Agung atau Bendahari Agung, maka bolehlah Jawatankuasa Pusat melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menurukan tandatangan.

(4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM ...................... (diikuti dalam perkataan) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pusat, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM .................... (diikuti dalam perkataan) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Perwakilan terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM .................. (diikuti dalam perkataan) boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.

(5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan dan diperiksa oleh juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Tahunan Perwakilan yang berikutnya dan salinan boleh diperolehi untuk makluman ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan yang berdaftar dan dari pejabat tiap-tiap cawangan.

(6) Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula daripada 1hb Januari tiap-tiap tahun.

FASAL 12 JURUAUDIT

(1) Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan tidak boleh dilantik semula.

(2) Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan dan cawangan-cawangan bagi setahun, dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Tahunan Perwakilan dan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan. Mereka juga dikehendaki bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kira-kira Pertubuhan atau Cawangan-cawangan pada bila-bila masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Pusat.

FASAL 13 PENGAMANAH

(1) Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan, dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh

12

Page 13: CONTOH UNDANG-UNDANG

Pertubuhan. Semua harta takalih yang dipunyai oleh Pertubuhan akan dimanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).

(2) Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik dan menukarkan harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Perwakilan.

(3) Seseorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Perwakilan oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang mengakibatkan ia tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pemecatan seseorang Pengamanah maka kekosongan itu boleh dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru yang dilantik di dalam Mesyuarat Perwakilan dengan secepat mungkin.

FASAL 14 PEMBUBARAN

(1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) jumlah semua wakil cawangan/ahli yang hadir di dalam suatu Mesyuarat Perwakilan yang dipanggil khas kerananya.

(2) Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Perwakilan berkenaan.

(3) Kenyataan mengenai pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa 14 hari daripada tarikh pembubaran itu.

FASAL 15 PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGAN

(1) Jawatankuasa Pusat boleh membenarkan penubuhan cawangan di kawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya ............... ahli Pertubuhan. Penubuhan cawangan hendaklah dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

13

Page 14: CONTOH UNDANG-UNDANG

(2) Jawatankuasa Pusat boleh membubarkan cawangan:

(a) Jika bilangan ahli-ahli di dalam tempoh enam bulan berturut-turut kurang daripada ....................; atau

(b) Jika cawangan tidak mematuhi undang-undang pertubuhan atau keputusan Mesyuarat Perwakilan atau Jawatankuasa Pusat atau jika Jawatankuasa Pusat mendapatinya bersalah kerana perbuatannya mecemarkan Pertubuhan.

(3) Keputusan membubarkan cawangan hendaklah dengan undi terbanyak di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat, dengan syarat sebelum diambil keputusan membubarkan cawangan atas sebab yang disebutkan di dalam Fasal 15 (2) (b) di atas, cawangan yang berkenaan hendaklah diberi suatu notis selama 30 hari terlebih dahulu dan diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan tersebut.

(4) Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung. Cawangan tidak boleh bergerak mulai dari tarikh penerimaan perintah tersebut kecuali untuk urusan penyelesaian. Sebarang cawangan yang musykil atas perintah pembubaran boleh, dengan kenyataan bertulis kepada Setiausaha Agung di dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan perintah tersebut, membuat rayuan kepada Mesyuarat Perwakilan. Walaupun rayuan telah dibuat namun perintah pembubaran masih berkuatkuasa sehingga dibatalkan tetapi di dalam keadaan yang sedemikian Jawatankuasa Pusat boleh melantik satu jawatankuasa penjaga daripada ahli-ahli untuk menguruskan halehwal cawangan itu sementara rayuan tersebut dipertimbangkan.

(5) Jika sesuatu cawangan ditutup kerana sebab yang disebutkan dalam fasal 15 (2) (a) di atas, maka Jawatankuasa Pusat hendaklah memindahkan ahli-ahli yang ada kepada cawangan yang hampir sekali, dan jika cawangan ditutup kerana sebab di dalam peraturan 15 (2) (b) di atas, maka ahli-ahli akan terhenti menjadi ahli Pertubuhan.

(6) Adalah menjadi kewajipan Yang Dipertua, Setiausaha dan Bendahari bagi cawangan itu menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lainnya yang dimiliki oleh cawangan berserta dengan penyata kira-kira cawangan itu daripada tarikh akhir pengemukaan penyata kira-kira itu dibentangkan sehingga tarikh perintah pembubaran.

(7) Jika ahli-ahli sesuatu cawangan memutuskan hendak keluar daripada Pertubuhan, maka pegawai-pegawai cawangan itu dengan serta merta mestilah menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lain Pertubuhan dan seterusnya menyedia dan menyerahkan penyata kira-kira kepada Setiausaha Agung seperti di dalam Fasal 15 (6) di atas.

FASAL 16 MESYUARAT AGUNG CAWANGAN

14

Page 15: CONTOH UNDANG-UNDANG

(1) Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan akan diadakan tidak lewat daripada 30 hari selepas menerima pemberitahu awal mengenai Mesyuarat Tahunan Perwakilan, supaya pemberitahu mengenai masa, tarikh dan tempat Mesyuarat Agung Tahunan cawangan akan dikeluarkan dengan sewajarnya.

(2) Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan ialah untuk:

(a) Menerima laporan Bendahari Cawangan dan Kira-kira Cawangan yang telah diaudit bagi tahun lepas.

(b) Memilih wakil-wakil Mesyuarat Perwakilan untuk tahun hadapan.

(c) Memilih Jawatankuasa Cawangan dan Juruaudit Cawangan untuk tahun hadapan.

(d) Membincangkan perkara-perkara lain yang akan dibentangkan.

(3) Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan pemberitahu awal yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat mesyuarat, panggilan mengemukakan cadangan untuk perbincangan dan pencalonan untuk pemilihan pegawai cawangan.

(4) Pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan cadangan untuk perbincangan di dalam mesyuarat tersebut hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Cawangan tidak lewat daripada 7 hari selepas penerimaan pemberitahu awal mesyuarat.

(5) Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan, satu agenda (acara mesyuarat) termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan berserta dengan penyata kira-kira cawangan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan cawangan.

(6) Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli-ahli cawangan berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa cawangan, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi kourum untuk mesyuarat.

(7) Jika kourum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapakn untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 7 hari) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Cawangan, dan jika kourum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli berkuasa menjalankan

15

Page 16: CONTOH UNDANG-UNDANG

mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

(8) Suatu Mesyuarat Agung Khas cawangan hendaklah diadakan:

(a) Atas arahan Jawatankuasa Pusat; atau(b) Apabila Jawatankuasa Cawangan memikirkannya mustahak;(c) Atas permintaan bertulis tidak kurang daripada ...................

ahli-ahli cawangan dengan menyatakan tujuan dan sebab untuk mengadakan mesyuarat itu.

(9) Mesyuarat Agung Khas cawangan atas permintaan ahli-ahli hendaklah diadakan dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.

(10) Fasal 16 (6) dan 16 (7) di dalam undang-undang ini berkenaan kourum dan penangguhan mesyuarat Agung Tahunan Cawangan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas Cawangan, tetapi dengan syarat jika kourum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli tersebut, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

(11) Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli dan Setiausaha Agung satu salinan deraf catatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Cawangan dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 17 JAWATANKUASA CAWANGAN

(1) (a) Sesuatu Jawatankuasa Cawangan seperti berikut yang akan dikenali sebagai pemegang jawatan Cawangan, akan dipilih pada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan:Seorang Yang Dipertua Cawangan;Seorang Naib Yang Dipertua Cawangan;Seorang Setiausaha Cawangan;Seorang Penolong Setiausaha Cawangan;Seorang Bendahari Cawangan; dan............. Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan.

(b) Semua ahli yang berkhidmat di dalam jawatankuasa Cawangan dan tiap-tiap pegawai lain yang menjalankan tugas-tugas eksekutif dalam cawangan hendaklah warganegara Malaysia

(2) Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadang dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan

16

Page 17: CONTOH UNDANG-UNDANG

Cawangan. Semua pegawai kecuali Bendahari Cawangan boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

(3) Pekerjaan Jawatankuasa Cawangan ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Cawangan mengikut Undang-undang Pertubuhan dan arahan-arahan Jawatankuasa Pusat dan Mesyuarat Perwakilan. Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan dan cukup kourum jika hadir satu perdua (1/2) daripada ahli-ahlinya. Setiausaha Cawangan akan memberi satu salinan peringatan tiap-tiap mesyuarat kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada .................. hari selepas mesyuarat itu diadakan.

FASAL 18 TUGAS-TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN

(1) Yang Dipertua Cawangan dalam tempoh memegang jawatannya akan menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung Cawangan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan serta bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat setelah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek cawangan bersama-sama dengan Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan.

(2) Naib Yang Dipertua Cawangan akan memangku jawatan Yang Dipertua Cawangan semasa ketiadaannya.

(3) Setiausaha Cawangan hendaklah menjalankan kerja-kerja cawangan mengikut undang-undang dan ia hendaklah menjalankan perintah-perintah Mesyuarat Agung Cawangan dan Jawatankuasa Cawangan. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat cawangan dan membuat catatan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Cawangan bersama-sama dengan Yang Dipertua Cawangan dan Bendahari Cawangan.

(4) Penolong Setiausaha Cawangan hendaklah membantu Setiausaha Cawangan dalam menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu dalam masa ketiadaanya.

(5) Bendahari Cawangan adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan cawangan. Ia hendaklah mengurus dan menyimpan kira-kira mengenai urusan kewangan cawangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.

(6) Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan hendaklah membantu Jawatankuasa Cawangan menjalankan sebarang tugas yang diarah olehnya.

17

Page 18: CONTOH UNDANG-UNDANG

FASAL 19 KEWANGAN CAWANGAN

(1) Semua wang yang dikutip di Ibu Pejabat dan Cawangan-cawangan Pertubuhan akan menjadi aset bersama Pertubuhan.

(2) Mesyuarat Tahunan Perwakilan akan menentukan dari masa ke semasa peratusan kadar yuran yang akan disimpan di Cawangan sebagai kumpulan wang Cawangan dan akan menetapkan jenis-jenis perbelanjaan yang akan menggunakan wang Cawangan.

(3) Tiap-tiap Bendahari Cawangan akan menyampaikan kepada Bendahari Agung sebelum 15hb. tiap-tiap bulan yuran-yuran yang diterima oleh cawangan setelah ditolak peratusan yang disimpan sebagai kumpulan wang Cawangan.

(4) Bendahari Cawangan akan juga menyampaikan kepada Bendahari Agung sebelum 15hb. tiap-tiap bulan suatu penyata pendapatan dan perbelanjaan Cawangan bagi bulan lepas.

(5) Semua wang Cawangan hendaklah disimpan di atas nama Cawangan di dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Cawangan dan kira-kira wang itu akan dikelolakan bersama-sama oleh Yang Dipertua Cawangan, Bendahari Cawangan dan Setiausaha Cawangan. Bendahari Cawangan dibenarkan menyimpan wang di dalam tangan sebanyak tidak lebih daripada RM .......... (diikuti dengan perkataan) pada suatu masa. Perbelanjaan yang melebihi RM ............. (diikuti dengan perkataan) pada suatu masa tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran diperolehi terlebih dahulu daripada Jawatankuasa Cawangan dan perbelanjaan yang kurang RM ............ (diikuti dengan perkataan) bagi suatu masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua Cawangan bersama-sama dengan Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan.

(6) Semua wang, buku dan harta-harta lain Pertubuhan yang dipegang oleh mana-mana Cawangan yang telah dibubarkan akan dihantarkan dengan segera oleh Setiausaha Cawangan kepada Setiausaha Agung, bersama-sama dengan penyata kira-kira sebagaimana dinyatakan pada fasal 15 (6) dan 15 (7).

18

Page 19: CONTOH UNDANG-UNDANG

FASAL 20 PERUNTUKAN-PERINTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN

(1) Di mana peruntukan khas tiada disebut di dalam Undang-undang ini bagi perkara-perkara berhubung dengan pentadbiran Cawangan-cawangan Pertubuhan, undang-undang yang berkenaan mengenai pentadbiran Ibu Pejabat Pertubuhan akan diikuti sejauh mana yang sesuai.

(2) Mesyuarat Perwakilan dan Jawatankuasa Pusat akan memberi arahan kepada Mesyuarat Agung atau Jawatankuasa Cawangan mengenai pentadbirannya.

FASAL 21 PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Perwakilan. Permohonan untuk perubahan dan pindaan undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 28 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Perwakilan meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh berkuatkuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 22 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

(1) Di antaranya berlangsungnya mesyuarat-mesyuarat perwakilan, Jawatankuasa Pusat boleh memberikan tafsirannya kepada Undang-undang ini dan apabila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Perwakilan, keputusan Jawatankuasa Pusat ke atas ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Perwakilan.

FASAL 23 LARANGAN

(1) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.

(2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.

19

Page 20: CONTOH UNDANG-UNDANG

(3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama pertubuhan atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

(4) “Faedah” seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 tidaklah boleh diberi oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

................................................. ...........................................

.. Presiden Setiausaha Agung

Nama: Nama:

20

Page 21: CONTOH UNDANG-UNDANG

JADUAL 1

(Seksyen 7 (3) (e))

PERLEMBAGAAN DAN ATURAN-ATURANPERTUBUHAN-PERTUBUHAN

1. Perkara-perkara yang peruntukan baginya dikehendaki dibuat dalam perlembagaan atau aturan-aturan bagi tiap-tiap pertubuhan tempatan atau cawangannya adalah seperti berikut:

(a) nama dan pejabat berdaftar atau alamat pos berdaftar bagi pertubuhan;

(b) (dibatalkan melalui Akta A557 berkuatkuasa mulai 13-05-83);

(c) butir-butir yang betul mengenai sifat rekabentuk dan warna apa-apa bendera, lambang, lencana atau lain-lain tanda yang digunakan oleh pertubuhan;

(d) maksud-maksud atau tujuan-tujuan yang kerananya pertubuhan ditubuhkan, atau yang ia berusaha hendak mencapai atau yang kerananya kumpulan-kumpulan wangnya atau mana-mana daripadanya boleh digunakan;

(e) kelayakan-kelayakan keanggotaan, termasuk butir-butir mengenai apa-apa sekatan atau batasan yang boleh dikenakan tentang bilangan, had, umur, jantina, ugama, bangsa, tempat tinggal, suku bangsa atau nama baka bagi orang-orang yang boleh dibenarkan menjadi anggota pertubuhan;

(f) kaedah perlantikan atau pemilihan bagi anggota-anggota;

(g) penubuhan dan kaedah perlantikan jawatankuasa atau badan pengelola dan jawatan-jawatan, kuasa-kuasa dan kerja-kerja pemegang-pemegang jawatan bagi pertubuhan dan cawangan-cawangannya jika ada;

(gg) bahawa jika dikehendaki oleh Pendaftar, pemegang-pemegang jawatan pertubuhan dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas pemerintah dalam pertubuhan itu hendaklah warganegara-warganegara persekutuan.

(h) punca-punca yang daripadanya pertubuhan akan mendapat pendapatannya, termasuk kadar-kadar dan kaedah membayar apa-apa bayaran masuk dan yuran berkala sebagaimana yang diputuskan;

(i) kuasa atau kuasa-kuasa berkenaan dengan perbelanjaan daripada kumpulan-kumpulan wang pertubuhan;

21

Page 22: CONTOH UNDANG-UNDANG

(j) penyimpanan kira-kira pendapatan dan perbelanjaan pertubuhan dan penyiaran kira-kira itu kepada anggota-anggotanya tiap-tiap tahun;

(k) perlantikan seorang atau beberapa orang juruaudit;

(l) cukup bilang yang dikehendaki untuk menjalankan urusan dalam mana-mana mesyuarat pertubuhan atau badan pengelolanya; dan

(m) cara bagaimana perlembagaan atau aturan-aturan pertubuhan boleh dipinda.

2. Jika sesuatu pertubuhan adalah pertubuhan parti politik, maka perlembagaan atau aturan-aturannya hendaklah, sebagai tambahan kepada perkara-perkara yang disenaraikan di dalam perenggan 1, mengadakan peruntukan bahawa:

(a) tiap-tiap anggota pertubuhan itu, tiap-tiap pegawai yang menjalankan kerja-kerja tadbiran di dalam pertubuhan itu dan tiap-tiap penasihat, bagi pertubuhan itu hendaklah warganegara Persekutuan; dan

(b) tiap-tiap anggota adalah berhak mengundi dan boleh memegang jawatan dalam jawatankuasa atau badan pengelola dalam pertubuhan itu.

3. Jika mana-mana pertubuhan berdaftar membuat peruntukan dalam perlembagaan atau aturan-aturannya berkenaan dengan penubuhan cawangan-cawangan, maka ianya hendaklah juga membuat peruntukan di dalamnya berkenaan dengan kaedah dan cara bagaimana penubuhan cawangan-cawangan itu akan diluluskan oleh pertubuhan itu atau badan pengelolanya.

22