CONTOHKERTASKERJAKEMLINUS2013

download CONTOHKERTASKERJAKEMLINUS2013

of 5

description

linus

Transcript of CONTOHKERTASKERJAKEMLINUS2013

KERTAS KERJA PROGRAM KEM LINUSSEKOLAH KEBANGSAAN 2013

1.0NAMA PROGRAMKem Linus

1. PENDAHULUANLINUS merupakan program yang mengkhusus kepada usaha menyeluruh dan bersepadu di bawah sub-NKRA Pendidikan yang berhasrat memperluas akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.Dari aspek istilah, LINUS merupakan akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening). Manakala dari aspek kandungan, LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi (Matematik) pada akhir 3 tahun persekolahan pada peringkat pendidikan rendah.LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.

2. RASIONALSetiap murid, sama ada dalam kategori Linus atau Linus Tegar memiliki potensi tersendiri untuk menguasai kemahiran dan konstruk-konstruk literasi dan numerasi. Usaha bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa jemu mampu meningkatkan keupayaan murid-murid Linus untuk mentransformasi kemahiran mereka sehingga boleh berpindah ke kem perdana. Kecenderungan murid-murid terhadap aktiviti didik hibur dan permainan perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memupuk minat mereka mengikuti sesi pembelajaran di bilik darjah. Justeru, Karnival Linus merupakan medan paling sesuai bagi merangsang minat murid-murid Linus dan Linus Tegar untuk terus kekal dalam mood belajar.

3. OBJEKTIFa. Menyediakan peluang kepada murid-murid Linus untuk menunjukkan kebolehan mereka menguasai konstruk-konstruk tertentu bagi literasi dan numerasi.b. Menggalakkan persaingan yang sihat dalam kalangan murid-murid Linus dalam usaha menguasai kemahiran dan konstruk literasi dan numerasi.c.Memupuk dan memperkembang sifat berani dalam diri murid-murid Linus.d.Menyemai dan memupuk sifat kesungguhan dan keazaman dalam diri murid-murid Linus serta mengekang sifat mudah putus asa.

4. KUMPULAN SASARAN Murid-murid Linus Tegar dan Linus Tahun 1 selepas Saringan 1 bagi tahun 2013 dan guru-guru LINUS dan guru pemulihan.

5. MATLAMAT Mensifarkan murid-murid LINUS TEGAR dan LINUS dalam saringan 2 yang akan datang. Program ini dapat mengesan kelemahan murid secara individu dan seterusnya membantu mereka untuk memantapkan kemahiran mereka untuk menguasai kemahiran 3M dengan teknik yang betul.

6.PENERAJU Penyelaras Linus dan guru-guru Linus dan semua guru Panitia Matematik.

7. JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA PROGRAM

PENASIHATEn (Guru Besar)

PENGERUSIPn (Guru Penolong Kanan Kurikulum)

PENYELARASPn (Penyelaras Linus)

Setiausaha LiterasiPn (Guru Literasi)

Setiausaha NumerasiEn. (Guru Numerasi)

MentorPn Pn Pn Pn Pn EnPn

8. PENGISIAN PROGRAM a. Pra saringanb. Aktiviti(stesen)c. Post saringan

9. KAEDAH PENILAIANi. Pre test dan post test boleh guna Instrumen saringan yang terdahulu

10. TENTATIF PROGRAM7.30 pagi:Pendaftaran8.30 pagi:Pra Saringan9.30 pagi:Aktiviti (stesen)10.00 pagi:Rehat- minum pagi10.30 pagi:Aktiviti (stesen)12.30 ptg.:Post saringan1.30 ptg:Bersurai

11. TARIKH CADANGAN PERLAKSANAANKem Linus Pertama- 18 Jun 2013Kem Linus Kedua- 13 Ogos 2013Kem Linus Ketiga- 22 Oktober 2013

12. TEMPAT PERLAKSANAANDewan SK

13. ANGGARAN KOS

BILPERKARAPENGIRAAN KOS

1Makan/minum murid (pagi)RM50

2Bahan untuk ABM/BBMRM50

JumlahRM100

6. PENUTUPSemoga dengan adanya Kem Linus ini akan dapat mensifarkan bilangan murid Linus Tegar dan Linus di sekolah ini dan diharap Kem Linus ini dapat mengesan kelemahan murid secara individu dan seterusnya membantu mereka untuk memantapkan kemahiran mereka untuk menguasai kemahiran 3M dengan teknik yang betul dan berkesan. Selain itu kem ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara murid dan guru dan juga semua guru tahap satu dapat bersama menggembleng tenaga demi memantapkan pencapaian Linus di sekolah.

Disediakan oleh,

.(PN )Penyelaras LinusSK

Disahkan oleh,

..(EN )Guru BesarSK

5