contohpenulisanrefleksikajian-130618235125-phpapp01.pdf

1
9.0 REFLEKSI KAJIAN Semasa ujian pos dilakukan, saya merasa sangat gembira dan terharu apabila melihat murid-murid yang sebelum ini langsung tidak tahu menulis perkataan Jawi dan tidak tahu menyambung huruf- huruf tunggal mampu melakukannya dengan penuh keyakinan tanpa memanggungkan kepala mereka untuk melihat kiri dan kanan bagi mencari jawapan daripada rakan, seperti sebelum ini. Mereka begitu khusyuk tunduk dan menulis jawapan mereka tanpa ragu-ragu. Walaupun kami telah berpuas hati kerana murid telah mengenal huruf yang boleh dan tidak boleh disambung secara total, tetapi daripada pemerhatian, masih ada murid yang tidak tahu untuk menulis huruf jawi dengan betul apabila bersambung. Saya telah merangka beberapa cara untuk mengatasi masalah tersebut melalui Kajian Tindakan yang seterusnya. Penulisan Kajian Tindakan ini juga banyak membuka dimensi pemikiran baru saya terhadap dunia pendidikan. Saya dapat mencungkil kekuatan dan kelemahan diri dan murid. Saya telah menyenaraikan beberapa cadangan untuk tindakan pada masa hadapan, iaitu menggunakan dua teknik ini seawal mungkin terhadap murid-murid dan menggunakan teknik ini dengan kerap dalam latihan latih tubi agar mereka tidak perlu menggunakan kunci huruf lagi untuk meningkatkan kemahiran menulis sesuatu perkataan.

Transcript of contohpenulisanrefleksikajian-130618235125-phpapp01.pdf

  • 9.0 REFLEKSI KAJIAN

    Semasa ujian pos dilakukan, saya merasa sangat gembira dan terharu apabila melihat murid-murid

    yang sebelum ini langsung tidak tahu menulis perkataan Jawi dan tidak tahu menyambung huruf-

    huruf tunggal mampu melakukannya dengan penuh keyakinan tanpa memanggungkan kepala

    mereka untuk melihat kiri dan kanan bagi mencari jawapan daripada rakan, seperti sebelum ini.

    Mereka begitu khusyuk tunduk dan menulis jawapan mereka tanpa ragu-ragu.

    Walaupun kami telah berpuas hati kerana murid telah mengenal huruf yang boleh dan tidak boleh

    disambung secara total, tetapi daripada pemerhatian, masih ada murid yang tidak tahu untuk

    menulis huruf jawi dengan betul apabila bersambung. Saya telah merangka beberapa cara untuk

    mengatasi masalah tersebut melalui Kajian Tindakan yang seterusnya.

    Penulisan Kajian Tindakan ini juga banyak membuka dimensi pemikiran baru saya terhadap dunia

    pendidikan. Saya dapat mencungkil kekuatan dan kelemahan diri dan murid. Saya telah

    menyenaraikan beberapa cadangan untuk tindakan pada masa hadapan, iaitu menggunakan dua

    teknik ini seawal mungkin terhadap murid-murid dan menggunakan teknik ini dengan kerap dalam

    latihan latih tubi agar mereka tidak perlu menggunakan kunci huruf lagi untuk meningkatkan

    kemahiran menulis sesuatu perkataan.