Copyright@FTSM€¦ · dan resepi yang disediakan. Selain langkah masakan yang mudah dituruti,...

13
1 SISTEM ‘LET’S GET COOKING’: PENGHANTARAN KIT MAKANAN BERASAS WEB Hanis Nabila Ansary Rodziah Latih ABSTRAK Matlamat utama projek ini adalah untuk membangunkan sistem penghantaran kit makanan berasaskan web yang dinamakan Let’s Get Cooking. Sistem ini akan memudahkan pelanggan untuk menempah kit makanan secara dalam talian. Tanpa perlu menyediakan setiap bahan untuk masakan yang ingin dimasak, pelanggan dengan mudah boleh menempah kit makanan bagi sesuatu masakan. Kit makanan ini secara khususnya mengandungi bahan-bahan sesuatu masakan yang lengkap dan dalam ukuran atau isipadu yang tepat. Dengan adanya bahan yang siap ditimbang, pembuangan sisa yang tidak diperlukan akan berkurangan sekaligus memupuk budaya amalan hijau. Mereka tidak akan terbeban untuk membeli barangan di pasaraya serta tidak perlu menimbang bahan-bahan yang digunakan untuk masakan seperti rempah-ratus. Pengguna sistem terdiri dari dua kategori iaitu penjual dan pelanggan. Penjual yang mewakilli syarikat masing-masing akan memuat naik produk mereka ke dalam sistem untuk dilihat pelanggan. Mereka akan memberi segala maklumat berkaitan kit makanan yang dijual bagi memudahkan pelanggan memilih menu dan kit yang bersesuaian dengan mereka. Setelah menerima bungkusan kit makanan, pelanggan boleh terus memasak dengan mengikut panduan dan resepi yang disediakan. Selain langkah masakan yang mudah dituruti, pelanggan juga boleh mendapatkan petua-petua dan mengadaptasi teknik masakan yang bersesuaian bagi mendapatkan masakan yang sedap, berkhasiat dan mudah. Sasaran utama pengguna sistem ini adalah mereka yang sibuk dan menghabiskan masa yang panjang di luar rumah namun inginkan masakan yang dimasak sendiri. Pengguna juga dapat menjimatkan masa memasak dan menumpukan lebih perhatian kepada keluarga ketika makan di samping membentuk gaya hidup sihat dan lestari. 1. PENGENALAN Kesibukan tugas dalam kerjaya seseorang itu bukanlah alasan untuk mengabaikan diet pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian. Masa bekerja yang panjang menyebabkan seseorang itu mempunyai masa yang terhad dalam menguruskan kehidupan seharian di rumah dari segi hal ehwal pemakanan anak-anak dan seisi keluarga. Kehidupan masyarakat pada masa kini banyak dipengaruhi oleh pengaruh dari media sosial dan media massa. Antara pengaruh baik yang semakin hari menyedarkan masyarakat adalah kebaikan pemakanan yang sihat dan baik untuk kesihatan jangka masa panjang. Hal ini menyebabkan ramai yang celik minda dan berusaha beralih arah dari menjamu makanan ringan dan makanan segera kepada makanan yang mempunyai khasiat yang tinggi, segar dan bebas PTA-FTSM-2019-050 Copyright@FTSM

Transcript of Copyright@FTSM€¦ · dan resepi yang disediakan. Selain langkah masakan yang mudah dituruti,...

  • 1

    SISTEM ‘LET’S GET COOKING’:

    PENGHANTARAN KIT MAKANAN BERASAS WEB

    Hanis Nabila Ansary

    Rodziah Latih

    ABSTRAK

    Matlamat utama projek ini adalah untuk membangunkan sistem penghantaran kit makanan

    berasaskan web yang dinamakan Let’s Get Cooking. Sistem ini akan memudahkan pelanggan

    untuk menempah kit makanan secara dalam talian. Tanpa perlu menyediakan setiap bahan

    untuk masakan yang ingin dimasak, pelanggan dengan mudah boleh menempah kit makanan

    bagi sesuatu masakan. Kit makanan ini secara khususnya mengandungi bahan-bahan sesuatu

    masakan yang lengkap dan dalam ukuran atau isipadu yang tepat. Dengan adanya bahan yang

    siap ditimbang, pembuangan sisa yang tidak diperlukan akan berkurangan sekaligus memupuk

    budaya amalan hijau. Mereka tidak akan terbeban untuk membeli barangan di pasaraya serta

    tidak perlu menimbang bahan-bahan yang digunakan untuk masakan seperti rempah-ratus.

    Pengguna sistem terdiri dari dua kategori iaitu penjual dan pelanggan. Penjual yang mewakilli

    syarikat masing-masing akan memuat naik produk mereka ke dalam sistem untuk dilihat

    pelanggan. Mereka akan memberi segala maklumat berkaitan kit makanan yang dijual bagi

    memudahkan pelanggan memilih menu dan kit yang bersesuaian dengan mereka. Setelah

    menerima bungkusan kit makanan, pelanggan boleh terus memasak dengan mengikut panduan

    dan resepi yang disediakan. Selain langkah masakan yang mudah dituruti, pelanggan juga

    boleh mendapatkan petua-petua dan mengadaptasi teknik masakan yang bersesuaian bagi

    mendapatkan masakan yang sedap, berkhasiat dan mudah. Sasaran utama pengguna sistem ini

    adalah mereka yang sibuk dan menghabiskan masa yang panjang di luar rumah namun inginkan

    masakan yang dimasak sendiri. Pengguna juga dapat menjimatkan masa memasak dan

    menumpukan lebih perhatian kepada keluarga ketika makan di samping membentuk gaya

    hidup sihat dan lestari.

    1. PENGENALAN

    Kesibukan tugas dalam kerjaya seseorang itu bukanlah alasan untuk mengabaikan diet

    pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian. Masa bekerja yang panjang menyebabkan

    seseorang itu mempunyai masa yang terhad dalam menguruskan kehidupan seharian di rumah

    dari segi hal ehwal pemakanan anak-anak dan seisi keluarga.

    Kehidupan masyarakat pada masa kini banyak dipengaruhi oleh pengaruh dari media

    sosial dan media massa. Antara pengaruh baik yang semakin hari menyedarkan masyarakat

    adalah kebaikan pemakanan yang sihat dan baik untuk kesihatan jangka masa panjang. Hal ini

    menyebabkan ramai yang celik minda dan berusaha beralih arah dari menjamu makanan ringan

    dan makanan segera kepada makanan yang mempunyai khasiat yang tinggi, segar dan bebas

    PTA-FTSM-2019-050

    Copy

    right@

    FTSM

  • 2

    bahan perasa tiruan seperti MSG. Dalam masa yang sama, mereka juga mencari alternatif

    dalam menyediakan makanan berkualiti buat keluarga mereka.

    Disebabkan itu, mereka mencari-cari perkhidmatan yang mesra pengguna dan mampu

    memberikan perkhidmatan dan bahan makanan yang terbaik buat mereka. Keperluan untuk

    menyediakan makanan buatan sendiri yang diyakini bersih dan sihat turut meningkatkan lagi

    permintaan untuk menempah sesuatu menu makanan dan dihantar terus ke pintu rumah mereka.

    Tempahan menu makanan yang dinyatakan membolehkan mereka menentukan pilihan bahan

    makanan yang mereka minati mahupun yang perlu dielakkan disebabkan alahan ke atas sesuatu

    makanan.

    Seperti yang kita sedia maklum, perniagaan penghantaran makanan pada masa kini

    bertambah saban hari bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Namun, penghantaran kit

    makanan masih lagi kurang dalam kalangan masyarakat. Kit makanan ini turut disertakan

    bersama resepi dan petua-petua memasak sesuatu resepi yang ditempah. Perkhidmatan ini

    merupakan platform yang sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja namun inginkan makanan

    buatan sendiri yang bersih, senang dan sihat.

    Sasaran pengguna terdiri daripada dua jenis pengguna iaitu penjual dan pelanggan.

    Penjual akan memuat naik produk mereka ke dalam sistem supaya pelanggan dapat meneliti

    menu kit makanan dan pelan yang bersesuaian dengan mereka. Mereka akan memberi segala

    maklumat berkaitan kit makanan yang dijual bagi memudahkan pelanggan memilih menu kit

    makanan. Sistem ini akan memudahkan pelanggan untuk menempah kit makanan secara dalam

    talian. Tanpa perlu berfikir untuk menyediakan setiap satu bahan untuk masakan yang ingin

    dimasak, pelanggan dengan mudah boleh menempah kit makanan bagi sesuatu masakan.

    Kit makanan ini secara khususnya mengandungi bahan-bahan sesuatu masakan yang

    lengkap dan dalam ukuran atau isipadu yang tepat. Dengan adanya bahan yang siap ditimbang,

    pembuangan sisa yang tidak diperlukan akan berkurangan sekaligus memupuk budaya amalan

    hijau. Mereka tidak akan terbeban untuk membeli barangan di pasaraya serta tidak perlu

    menimbang bahan-bahan yang digunakan untuk masakan seperti rempah-ratus.

    Pelanggan boleh terus memasak kit makanan dengan memahami dan mengikut resepi

    yang disediakan. Selain menunjukkan langkah masakan yang mudah diikuti, pelanggan juga

    PTA-FTSM-2019-050

    Copy

    right@

    FTSM

  • 3

    boleh mendapatkan petua-petua dan mengadaptasi teknik masakan yang bersesuaian bagi

    mendapatkan masakan yang sedap, berkhasiat dan mudah. Sasaran utama pengguna sistem ini

    adalah mereka yang sibuk dan menghabiskan masa yang panjang di luar rumah namun inginkan

    makanan yang dimasak sendiri dengan jaminan kebersihan dan sihat. Pengguna juga dapat

    menjimatkan masa memasak dan menumpukan lebih perhatian kepada keluarga ketika makan

    di samping membentuk gaya hidup sihat dan lestari.

    2. PENYATAAN MASALAH

    Antara kekangan yang dihadapi masyarakat khasnya generasi muda masa kini terutamanya

    yang berkerjaya dan sibuk menguruskan kehidupan harian adalah kekangan masa dalam

    menyediakan bahan masakan untuk dimasak setiap hari. Mereka yang sibuk bekerja biasanya

    mengalami kekangan masa dalam proses penyediaan bahan-bahan masakan seharian. Hal ini

    kerana mereka biasanya banyak menghabiskan masa di luar yakni tempat kerja, lalu

    menyebabkan mereka kekurangan masa untuk pergi ke pasar dan pasaraya membeli bahan

    masakan. Mereka banyak menghabiskan masa bekerja dan terperangkap dalam kesesakan lalu

    lintas pergi dan pulang daripada tempat kerja. Hal ini menyebabkan mereka beralih arah kepada

    makanan segera sebagai pilihan utama dalam pemakanan seharian. Ini menyebabkan diet

    mereka tidak terjaga dan diabaikan.

    Selain itu, mereka terbeban dengan beberapa proses yang remeh. Antaranya adalah

    bersiap-siap untuk keluar rumah dan bergerak ke pasaraya mahupun pasar basah. Aktiviti

    membeli barangan basah seperti ayam dan ikan, bukanlah sesuatu yang disukai ramai

    disebabkan mereka perlu memilih sendiri bahan tersebut. Beban mengangkut bahan-bahan

    masakan yang dibeli secara banyak untuk jangka masa yang tertentu bukanlah sesuatu yang

    ringan. Malah bahan-bahan masakan yang dibeli adakalanya tidak digunakan dalam masa yang

    tertentu lalu tamat tarikh luputnya. Masa yang diambil untuk beratur membayar barangan di

    pasaraya, mencari parkir dan menghadapi kesesakan lalu lintas turut menambah beban.

    3. OBJEKTIF PROJEK

    Objektif projek ini adalah untuk membangunkan sistem penghantaran kit makanan berasaskan

    web. Sistem ini akan memudahkan pelanggan untuk menempah kit makanan secara dalam

    talian.

    PTA-FTSM-2019-050

    Copy

    right@

    FTSM

  • 4

    4. METODOLOGI PROJEK

    Sistem cadangan ini akan dibangunkan secara prototaip (Tavolato 1984). Model prototaip

    merupakan pendekatan pembangunan sistem yang mana setiap fasa perlu disempurnakan dan

    diulangi selari mengikut keperluan sistem dan keperluan pengguna sistem. Model prototaip

    juga mempunyai fasa-fasa yang penting seperti yang terdapat dalam kitar hayat pembangunan

    sistem. Fasa-fasa tersebut adalah seperti fasa kajian dan analisis keperluan sistem, rekabentuk,

    pembangunan prototaip, penilaian prototaip, pembangunan sistem, pengujian, dan

    perlaksanaan dan penyelenggaraan sistem. Pendekatan prototaip ini melibatkan komitmen

    yang tinggi di antara pengguna, pembangun system dan teknologi kerana setiap fasa akan

    dilakukan berulang kali sehingga sebuah sistem yang lengkap memenuhi keperluan pengguna

    berjaya dihasilkan. Rajah 1.1 menunjukkan model prototaip yang digunakan dalam sistem.

    Rajah 1 Model prototaip

    Kajian dan analisis

    Keperluan

    Reka bentuk Pembangunan

    prototaip

    Penilaian prototaip

    Pembangunan

    sistem

    Pengujian sistem

    Penyelenggaraan

    PTA-FTSM-2019-050

    Copy

    right@

    FTSM

  • 5

    4.1 Fasa Kajian dan Analisis Keperluan

    Fasa ini merupakan fasa yang terawal dilaksanakan dalam membangunkan sistem ini. Melalui

    fasa ini, penetapan tajuk yang sesuai akan dijalankan. Segala masalah utama yang dihadapi

    oleh pengguna dalam sistem yang sedia ada akan dikenal pasti. Fasa ini merangkumi proses

    mengenal pasti objektif yang bakal dicapai untuk sistem ini. Fasa ini penting bagi memberi

    gambaran awal tentang keperluan sistem yang akan dibangunkan. Fasa ini juga melibatkan

    kajian yang lebih teliti mengenai keperluan yang bersesuaian bagi pembangunan sistem ini.

    Kaedah yang digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan sistem ini ialah melalui

    Internet. Terdapat beberapa contoh laman web kit makanan yang sedia ada diperoleh melalui

    Internet untuk dijadikan sebagai kajian perbandingan. Laman web yang dikaji adalah ‘Blue

    Apron’, ‘HelloFresh’ dan ‘SideChef’. Perbandingan dilakukan dari segi fungsi yang

    disediakan, platfom perlaksanaan, dan reka bentuk antara muka.

    Perbincangan dengan penyelia turut dilaksanakan dalam fasa ini. Perbincangan ini

    penting untuk memastikan maklumat yang diperoleh menepati keperluan sistem dan lebih jelas

    dengan skop projek agar proses perlaksanaan reka bentuk sistem menjadi lebih teratur dan

    sistematik. Selain itu, dalam fasa ini kaedah merujuk kepada jurnal, prosiding, dan buku

    rujukan yang berkaitan turut digunakan bagi memastikan pembangunan sistem lebih teliti.

    4.2 Fasa Reka Bentuk

    Fasa ini merupakan fasa yang perlu disediakan sebelum memulakan fasa pembangunan sistem

    yang sebenar. Fasa ini akan mereka bentuk sistem prototaip dan juga sistem keseluruhan.

    Rekabentuk prototaip adalah reka bentuk sebahagian daripada sistem yang sebenar, Antara

    rajah yang digunakan selain dari pembangunan prototaip adalah Rajah Konteks, Rajah

    Hubungan Entiti, Rajah Aliran Data dan Kamus Data.

    4.3 Fasa Pembangunan Prototaip

    Dalam fasa ini, sistem prototaip akan dibangunkan mengikut reka bentuk yang telah

    disediakan. Pembangunan akan menggunakan perisian PHP dan HTML.

    PTA-FTSM-2019-050

    Copy

    right@

    FTSM

  • 6

    4.4 Fasa Penilaian Prototaip

    Dalam fasa ini, sistem prototaip yang dibangunkan akan dinilai oleh pengguna. Komen dari

    pengguna akan digunakan untuk menambah baik prototaip.

    4.5 Fasa Pembangunan Sistem

    Dalam fasa pembangunan sistem ini, sistem yang sebenar akan dibangunkan berdasarkan

    kepada sistem prototaip yang ada.

    4.5 Fasa Pengujian Sistem

    Dalam fasa ini, pengujian sistem dan penilaian sistem akan dilakukan. Pengujian sistem adalah

    proses menguji sama ada sistem yang dibangun boleh diguna iaitu fungsi-fungsi boleh

    dilaksana sebagaimana yang dinyatakan dalam spesifikasi keperluan sistem. Pengujian sistem

    akan menggunakan Teknik kotak-hitam. Proses penilaian sistem pula akan dilakukan oleh

    pengguna sistem bagi menilai sama ada sistem yang dibangun mudah untuk digunakan atau

    pun tidak. Maklum balas yang diperolehi dari pengguna akan digunakan untuk menambah baik

    sistem.

    5. HASIL KAJIAN

    Fungsi yang disediakan oleh sistem ini terdiri dari dua kategori iaitu fungsian untuk penjual

    dan fungsian untuk pembeli.

    Fungsian untuk penjual adalah:

    • Penjual boleh boleh daftar akaun dan log masuk akaun.

    • Penjual boleh membina menu kit makanan bagi disimpan dalan pangkalan data.

    • Penjual boleh mengamaskini senarai bahan, cara memsak serta petua memasak bagi

    setiap menu kit makanan.

    • Penjual boleh memasukkan jumlah kalori yang ada dalam sesuatu menu.

    • Penjual boleh mencipta pelan seperti pelan vegetarian.

    • Penjual boleh mamadam menu.

    PTA-FTSM-2019-050

    Copy

    right@

    FTSM

  • 7

    Fungsian untuk pembeli pula adalah:

    • Pelanggan boleh daftar akaun dan log masuk akaun.

    • Pelanggan boleh menyemak senarai menu kit makanan secara mingguan.

    • Pelanggan boleh memesan kit makanan.

    • Pelanggan boleh menyusun atur dan menapis menu kit makanan dari aspek masa, taraf

    kepayahan dan harga.

    • Pelanggan boleh memberi maklumbalas bagi kit makanan yang telah dipesan.

    • Pelanggan boleh menerima peringatan penghantaran kit makanan yang telah dipesan.

    • Pelanggan boleh mengubahsuai menu dan bahan-bahan sesuatu kit makanan mengikut

    citarasa mereka.

    • Pelanggan boleh menetapkan tarikh penghantaran bagi setiap kit makanan.

    • Pelanggan boleh mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI) dengan mengisi ruangan berat dan

    tinggi.

    • Pelanggan boleh mengira jumlah kalori yang diperlukan oleh individu.

    Rajah 2 yang berikut menunjukkan rajah Kes Guna bagi sistem ini.

    PTA-FTSM-2019-050

    Copy

    right@

    FTSM

  • 8

    Rajah 2 Rajah kes guna bagi Sistem Let’s Get Cooking.

    Rajah 3 menunjukkan carta alir penggunaan sistem ini.

    Penjual

    Sistem Let’s Get Cooking

    PTA-FTSM-2019-050

    Copy

    right@

    FTSM

  • 9

    Rajah 3 Rajah carta alir Sistem Penghantaran Kit Makanan

    Reka bentuk sistem memainkan peranan penting kerana ia boleh menarik pengguna untuk terus

    menggunakannya. Rajah 4 menunjukkan halaman log masuk pelanggan bagi sistem aplikasi

    Let’s Get Cooking.

    PTA-FTSM-2019-050

    Copy

    right@

    FTSM

  • 10

    Rajah 4 Antara muka halaman log masuk pelanggan

    Rajah 5 pula, menunjukkan halaman utama bagi aplikasi Let’s Get Cooking. Ia

    menggabungkan ciri-ciri aplikasi web yang futuristic dan berorientasikan keluarga.

    Rajah 5 Antara muka halaman utama

    PTA-FTSM-2019-050

    Copy

    right@

    FTSM

  • 11

    Rajah 6 menunjukkan halaman penukaran unit ukuran.

    Rajah 6 Antara muka halaman penukaran unit ukuran

    Rajah 7 menunjukkan antara muka halaman pencarian menggunakan kata kunci menu,

    pelan dan kategori.

    Rajah 7 Antara muka halaman pencarian

    Rajah 8 pula, menunjukkan antara muka halaman menu yang boleh disusun mengikut

    kategori nama menu daripada A hingga Z dan sebaliknya.

    PTA-FTSM-2019-050

    Copy

    right@

    FTSM

  • 12

    Rajah8 Antara muka halaman menu

    Rajah 9 pula, menunjukkan antara muka halaman tempahan yang membolehkan

    pelanggan membuat tempahan kit makanan dengan memilih pelan yang digemari dan

    menetapkan Tarikh langganan.

    Rajah 9 Antara muka halaman tempahan

    PTA-FTSM-2019-050

    Copy

    right@

    FTSM

  • 13

    6. KESIMPULAN

    Pada amnya, sistem Let’s Get Cooking yang dibangunkan berjaya memenuhi objektif serta

    skop projek yang telah ditetapkan semasa fasa kajian dan Analisa keperluan. Sistem ini

    dibangunkan bagi memudahkan pelanggan untuk menempah kit makanan secara dalam talian.

    Skop projek yang ditentukan pada awal pembangunan projek juga dipenuhi dengan

    membolehkan pelanggan memilih menu kit makanan, mendapatkan resepi serta petua-petua

    masakan. Mereka juga boleh mengubahsuai bahan-bahan yang terdapat dalam sesuatu menu

    mengikut pilihan mereka sendiri. Pelanggan boleh membeli kit makanan dan seterusnya

    membayar dengan langkah yang mudah.

    Selain itu, sistem ini mampu memudahkan kebanyakan golongan masyarakat kerana

    ianya menyediakan sebuah platform untuk mereka merancang dan menganalisis gaya

    pemakanan dari segi mengetahui jumlah kalori yang diperlukan badan dan seterusnya memilih

    menu pemakanan seharian yang bersesuaian. Pengetahuan mengenai nutrisi sesuatu makanan

    dapat mendorong dalam pengambilan makanan yang lebih sihat dan bernutrisi tinggi. Mereka

    juga boleh mengetahui Indeks Jisim Badan iaitu BMI hanya dengan mengisi berat dan tinggi.

    RUJUKAN

    Tavolato P., Vincena K. (1984) A Prototyping Methodology and Its Tool. In: Budde R.,

    Kuhlenkamp K., Mathiassen L., Züllighoven H. (eds) Approaches to Prototyping. Springer,

    Berlin, HeidelbergAbe.

    PTA-FTSM-2019-050

    Copy

    right@

    FTSM