Copyright@FTSM · PTA-FTSM-2018-130 yang memaparkan perkhidmatan yang disediakan dan kesukaran...

15
PTA-FTSM-2018-130 SISTEM TEMPAHAN KERETA SEWA BERASASKAN WEB (UKM EZ-CAR) Noor Aznida Farina Binti Md Saad Masnizah Mohd Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Sistem berasaskan web iaitu UKM EZ-CAR dibangunkan bagi membolehkan pelanggan membuat tempahan perkhidmatan kereta sewa menerusi dalam talian yang dilihat mampu memberi paparan katalog kepada pelanggan serta banyak maklumat yang berkaitan dengan tempahan kereta sewa dapat diperoleh melalui menu tapisan. Berdasarkan pemerhatian, sistem sedia ada kurang mempelbagaikan fungsi carian mengikut tapisan menu dalam katalog sistem bagi memberi kemudahan pelanggan mencari kereta sewa. Bagi menjayakan sistem UKM EZ-CAR ini, ‘System Development Life Cycle’ (SDLC) digunakan sebagai metodologi yang bertindak sebagai garis panduan yang merangkumi beberapa fasa utama iaitu perancangan, analisis, rekabentuk,implementasi dan penyelenggaraan. Di akhir pembangunan sistem UKM EZ-CAR ini, pelanggan mampu untuk membuat tempahan perkhidmatan kereta sewa dalam talian yang dilihat dapat memberi keselesaan dan kepuasan kepada pelanggan kerana sistem ini menyediakan katalog yang memaparkan maklumat yang berkaitan dengan kereta sewa fungsi carian. Fungsi ini dilihat dapat memberikan maklumat tambahan kepada pelanggan dan dapat membantu pelanggan dalam memudahkan carian untuk membuat tempahan perkhidmatan kereta sewa. 1 PENGENALAN Pada masa kini, dapat dilihat bahawa penggunaan kenderaan seperti kereta dan motosikal menjadi pilihan pengguna untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan memiliki kenderaan sendiri, pengguna dapat bergerak mengikut keselesaan mereka sendiri tanpa rasa terikat. Sebagai contoh, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dapat dilihat bahawa ramai pelajar ynag mempunyai kenderaan sendiri sama ada kereta mahupun motorsikal. Ini dilihat dapat memudahkan pergerakan mereka untuk bergerak ke kelas atau pun melakukan aktiviti harian mereka yang lain. Copyright@FTSM

Transcript of Copyright@FTSM · PTA-FTSM-2018-130 yang memaparkan perkhidmatan yang disediakan dan kesukaran...

Page 1: Copyright@FTSM · PTA-FTSM-2018-130 yang memaparkan perkhidmatan yang disediakan dan kesukaran untuk pelanggan mencari perkhidmatan kereta sewa kerana tidak diiklan secara meluas.

PTA-FTSM-2018-130  

  

SISTEM TEMPAHAN KERETA SEWA BERASASKAN WEB

(UKM EZ-CAR)

Noor Aznida Farina Binti Md Saad

Masnizah Mohd  

Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK  

Sistem berasaskan web iaitu UKM EZ-CAR dibangunkan bagi membolehkan pelanggan membuat tempahan

perkhidmatan kereta sewa menerusi dalam talian yang dilihat mampu memberi paparan katalog kepada pelanggan

serta banyak maklumat yang berkaitan dengan tempahan kereta sewa dapat diperoleh melalui menu tapisan.

Berdasarkan pemerhatian, sistem sedia ada kurang mempelbagaikan fungsi carian mengikut tapisan menu dalam

katalog sistem bagi memberi kemudahan pelanggan mencari kereta sewa. Bagi menjayakan sistem UKM EZ-CAR

ini, ‘System Development Life Cycle’ (SDLC) digunakan sebagai metodologi yang bertindak sebagai garis panduan

yang merangkumi beberapa fasa utama iaitu perancangan, analisis, rekabentuk,implementasi dan penyelenggaraan.

Di akhir pembangunan sistem UKM EZ-CAR ini, pelanggan mampu untuk membuat tempahan perkhidmatan kereta

sewa dalam talian yang dilihat dapat memberi keselesaan dan kepuasan kepada pelanggan kerana sistem ini

menyediakan katalog yang memaparkan maklumat yang berkaitan dengan kereta sewa fungsi carian. Fungsi ini dilihat

dapat memberikan maklumat tambahan kepada pelanggan dan dapat membantu pelanggan dalam memudahkan carian

untuk membuat tempahan perkhidmatan kereta sewa.

1 PENGENALAN

Pada masa kini, dapat dilihat bahawa penggunaan kenderaan seperti kereta dan motosikal menjadi

pilihan pengguna untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan memiliki kenderaan

sendiri, pengguna dapat bergerak mengikut keselesaan mereka sendiri tanpa rasa terikat. Sebagai

contoh, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dapat dilihat bahawa ramai pelajar ynag

mempunyai kenderaan sendiri sama ada kereta mahupun motorsikal. Ini dilihat dapat memudahkan

pergerakan mereka untuk bergerak ke kelas atau pun melakukan aktiviti harian mereka yang lain.

Copyri

ght@

FTSM

Page 2: Copyright@FTSM · PTA-FTSM-2018-130 yang memaparkan perkhidmatan yang disediakan dan kesukaran untuk pelanggan mencari perkhidmatan kereta sewa kerana tidak diiklan secara meluas.

PTA-FTSM-2018-130  

  

Tetapi tidak semua pelajar mampu memiliki kenderaan sendiri seperti yang dapat dilihat

di Universiti Kebangsaan Malaysia di mana masih ramai pelajar yang tidak mempunyai sebarang

kenderaan dan mereka bergerak melakukan aktiviti harian mereka dengan hanya menaiki

kenderaan awam seperti bas yang disediakan pihak universiti. Setelah melihat dan merasa sendiri

pengalaman tidak mempunyai kenderaan di kampus, pelajar- pelajar ini menghadapi masalah

untuk bergerak keluar dari universiti kerana mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri dan cuma

berharap kepada khidmat bas awam yang disediakan oleh pihak universiti.

Sehubungan dengan itu, pelajar yang mempunyai kenderaan mengambil peluang ini untuk

menjalankan bisnes kereta sewa kepada pelajar yang memerlukan khidmat kenderaan. Selain dari

menjana pendapatan sampingan, mereka juga dapat membantu pelajar lain untuk menyewa

kenderaan dan dapat bergerak mengikut keselesaan mereka sendiri.

Menurut Kepentingan Komunikasi Dalam Perniagaan (2013), sesebuah perniagaan perlu

membuat komunikasi dalam dan luaran yang berkesan dalam usaha untuk berjaya dan mestilah

memberi kefahaman kepada pelanggan. Dengan memberi kefahaman kepada pelanggan, ini

dipercayai dapat membentuk hubungan yang positif antara perniagaan dengan pelanggan.

Bagi mengelakkan perkara ini dari berlanjutan, bisnes kereta sewa di UKM perlu

diletakkan di dalam satu platform yang baru iaitu menerusi laman web. Dipercayai bahawa dengan

meletakkan sesuatu perniagaan ke dalam laman web, jumlah pelanggan akan bertambah kerana

perniagaan tersebut dapat menjangkaui pelanggan yang ramai. Ini pasti memberi pendapatan

tambahan kepada pelajar kerana pelanggan mereka tidak terhad.

2 PENYATAAN MASALAH

Sebagai salah seorang pelanggan, didapati bahawa bisnes kereta sewa yang terdapat di Universiti

Kebangsaan Malaysia terdapat beberapa kekurangan yang sepatutnya boleh diperbaiki demi

keselesaan pelanggan. Antara masalah atau kekurangan yang sering dihadapi pelanggan adalah

dari segi maklumat yang kurang mencukupi dimana pelanggan tidak disediakan dengan katalog

Copyri

ght@

FTSM

Page 3: Copyright@FTSM · PTA-FTSM-2018-130 yang memaparkan perkhidmatan yang disediakan dan kesukaran untuk pelanggan mencari perkhidmatan kereta sewa kerana tidak diiklan secara meluas.

PTA-FTSM-2018-130  

  

yang memaparkan perkhidmatan yang disediakan dan kesukaran untuk pelanggan mencari

perkhidmatan kereta sewa kerana tidak diiklan secara meluas.

Kekurangan fungsi katalog dalam sistem sedia ada ini menyebabkan kesukaran pada

pelanggan untuk melihat servis yang ditawarkan serta sukar untuk mereka membuat sewaan. Hal

ini terjadi kerana kenderaan yang ditawarkan untuk disewa tidak diiklan dengan baik dimana

pelanggan tidak mendapat maklumat yang secukupnya dan berlaku kekeliruan dapat memperoleh

maklumat.

Selain itu, fungsi carian item dalam katalog adalah kurang tepat dimana keputusan carian

kurang sepadan dengan apa yang dicari oleh pelanggan. Melalui sistem sedia ada, fungsi ini tidak

dapat dilaksanakan dengan baik kerana kekangan dalam menggunakan medium komunikasi

sebagai pengantara antara pelanggan dengan perniagaan.

3 OBJEKTIF KAJIAN

Projek ini dibangunkan berlandaskan beberapa objektif, antaranya :

i. Merekabentuk sistem tempahan kereta sewa yang dilengkapi fungsi carian katalog.

ii. Mengenalpasti komponen dan item yang sesuai untuk memudahkan pelanggan melakukan

proses carian.

Objektif pertama adalah untuk merekabentuk satu sistem tempahan kereta sewa yang

dilengkapi fungsi carian katalog. Objektif ini perlu dilaksanakan dengan sebaiknya bagi

memudahkan carian untuk membuat tempahan perkhidmatan kereta sewa dan memberi paparan

katalog yang lengkap serta memberi maklumat yang cukup kepada pelanggan.

Objektif seterusnya adalah untuk mengenalpasti komponen dan item yang sesuai untuk

memudahkan pelanggan melakukan proses carian dalam katalog. Objektif ini dapat memberi

pengalaman tempahan kereta sewa yang terbaik untuk pelanggan dan bagi memudahkan pelanggan

membuat tempahan kereta sewa. Dengan adanya fungsi carian ini, proses carian mengikut tapisan

menu dapat dilakukan.

Copyri

ght@

FTSM

Page 4: Copyright@FTSM · PTA-FTSM-2018-130 yang memaparkan perkhidmatan yang disediakan dan kesukaran untuk pelanggan mencari perkhidmatan kereta sewa kerana tidak diiklan secara meluas.

PTA-FTSM-2018-130  

  

4 METODOLOGI KAJIAN

Dalam membangunkan sesebuah sistem, adalah penting bagi pembangun untuk mengenal pasti

kaedah apakah yang paling sesuai untuk digunakan sebagai asas perancangan sistem tersebut. Hal

ini penting kerana pembangun sistem perlu mengenal pasti apa yang seharusnya dilakukan

bermula dari peringkat awal pembangunan sistem sehingga peringkat pelupusannya bagi

mengelakkan pembaziran masa, tenaga dan kos.

Sehubungan dengan itu, bagi menyokong pembangunan sistem UKM EZ-CAR ini, kaedah

“System Development Life Cycle” (SDLC) telah digunakan. Menurut Radack (2013), kitaran hayat

sesebuah sistem itu bermula dari proses perancangan, analisis, rekabentuk, implementasi dan akhir

sekali penyelenggaraan. Proses-proses ini haruslah dilakukan mengikut aturan dan secara

berperingkat. Rajah dibawah menunjukkan proses System Development Life Cycle.

Rajah 1 : Gambar rajah metodologi projek

Perancangan

Analisis

Rekabentuk

Implementasi

Penyelenggaraan

Copyri

ght@

FTSM

Page 5: Copyright@FTSM · PTA-FTSM-2018-130 yang memaparkan perkhidmatan yang disediakan dan kesukaran untuk pelanggan mencari perkhidmatan kereta sewa kerana tidak diiklan secara meluas.

PTA-FTSM-2018-130  

  

FASA-FASA PEMBANGUNAN SYSTEM DEVELOPMENT LIFE CYCLE (SDLC)

i) Fasa Perancangan

a) Pemilihan sistem yang hendak dibangunkan

b) Mengumpul maklumat hasil daripada pemerhatian

c) Mengenalpasti pelanggan, pembekal perkhidmatan kereta sewa, objektif dan skop projek

ii) Fasa Analisis

a) Menganalisis masalah yang sering berlaku apabila tempahan sewaan dilakukan melalui

aplikasi WhatsApp

b) Analisis terhadap masalah ini dilakukan agar sistem yang ingin dibangunkan dapat

mengatasi masalah-masalah tersebut

ii) Fasa Rekabentuk

a) Merekabentuk gambar rajah konteks, carta aliran data, dan rajah hubungan entiti

b) Merekabentuk antara muka sistem yang interaktif dan mudah difahami pengguna

c) Merekabentuk jadual aliran dalam setiap proses yang berlaku dalam sistem

iv) Fasa Implementasi

a) Mengaplikasikan bahasa pengaturcaraan yang sesuai bagi membolehkan sistem ini dapat

berjalan dengan baik

b) Mengimplementasi antara muka sistem menggunakan bahasa pengaturcaraan yang telah

dipilih

c) Mengimplementasi fungsi sistem dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang telah

dipilih.

v) Fasa Penyelenggaraan

Copyri

ght@

FTSM

Page 6: Copyright@FTSM · PTA-FTSM-2018-130 yang memaparkan perkhidmatan yang disediakan dan kesukaran untuk pelanggan mencari perkhidmatan kereta sewa kerana tidak diiklan secara meluas.

PTA-FTSM-2018-130  

  

a) Proses pengujian sistem akan dibuat bagi mengetahui sama ada sistem yang dibangunkan

dapat berjalan dengan baik atau sebaliknya

b) Pengujian sistem ini akan dibuat secara berperingkat dimana setiap modul akan diuji

sebelum pengujian keseluruhan sistem dilakukan

Perkakasan dan perisian yang diguna untuk membangun projek harus dipilih dengan teliti.

Perkakasan dan perisian yang baik berfungsi dengan lancar serta menyokong pembangunan projek

sistem tempahan kereta sewa berasaskan web ini. Pemilihan perkakasan dan persisian yang tidak

tepat boleh menjejas hasil projek. Spesifikasi keperluan perkakasan yang diguna untuk menghasil

antara muka dan fungsi sistem adalah perkakasan asas sesebuah komputer.

Bagi membangunkan sistem web ini, perisian Sublime dipilih sebagai perisian utama

dalam mereka bentuk web tersebut. Perisian Sublime dipilih kerana ia membolehkan pembangun

projek mereka web secara visual dengan bantuan kod. Selain itu, perisian Sublime mampu

menyokong PHP dan membolehkan pembangun projek membina laman web menggunakan

HTML. Bagi memindahkan fail daripada komputer ke web server, FTP (File Transfer Protocol)

digunakan. PHPmyAdmin bertindak sebagai pangkalan data untuk menyimpan segala data yang

diperlukan untuk membangunkan sistem tempahan kenderaan berasaskan web ini.

5 HASIL KAJIAN

Bahagian ini memberi fokus kepada pengujian sistem yang telah dibangunkan. Pengujian perlu

dilakukan terlebih dahulu bagi mengenalpasti kekurangan atau kesalahan yang terdapat di dalam

sistem. Pengujian boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya melakukan simulasi cara

penggunaan sistem kepada pengguna seterusnya mendapatkan maklum balas atau pandangan dari

pengguna sistem. Melalui maklum balas dari pengguna ini, ia dapat membantu pereka sistem untuk

menambahbaik kekurangan yang terdapat di dalam sistem. Dengan pengujian ini, pembangun

sistem berupaya untuk menghasilkan sistem yang mesra pengguna kerana telah mengambil

pandangan pengguna terlebih dahulu.

Sistem UKM EZ Car terdiri daripada enam modul. Antara modul yang terdapat di dalam sistem

ini ialah :

i. Modul pendaftaran

Copyri

ght@

FTSM

Page 7: Copyright@FTSM · PTA-FTSM-2018-130 yang memaparkan perkhidmatan yang disediakan dan kesukaran untuk pelanggan mencari perkhidmatan kereta sewa kerana tidak diiklan secara meluas.

PTA-FTSM-2018-130  

  

ii. Modul sistem tempahan kereta sewa melalui web

iii. Modul pembayaran

iv. Modul pengelasan katalog mengikut julat harga dan fungsi carian katalog

v. Modul proses kemaskini maklumat kereta sewa dan pembekal perkhidmatan

vi. Modul laporan

 

   

Copyri

ght@

FTSM

Page 8: Copyright@FTSM · PTA-FTSM-2018-130 yang memaparkan perkhidmatan yang disediakan dan kesukaran untuk pelanggan mencari perkhidmatan kereta sewa kerana tidak diiklan secara meluas.

PTA-FTSM-2018-130  

  

 

Rajah 2 : Modul pendaftaran

Rajah 2 menunjukkan modul pendaftaran pelanggan. Pelanggan perlu mendaftarkan diri

terlebih dahulu sebelum membuat tempahan kereta sewa. Pelanggan perlu memasukkan

maklumat diri seperti nombor kad pengenalan, nama, kata kunci, jantina, nombor telefon dan

juga emel. Bagi mengaktifkan akaun, emel dan kata kunci diperlukan. Setelah akaun berjaya

didaftarkan, pelanggan dapat melihat katalog dan seterusnya dapat membuat tempahan kereta

sewa.

Copyri

ght@

FTSM

Page 9: Copyright@FTSM · PTA-FTSM-2018-130 yang memaparkan perkhidmatan yang disediakan dan kesukaran untuk pelanggan mencari perkhidmatan kereta sewa kerana tidak diiklan secara meluas.

PTA-FTSM-2018-130  

  

 

Rajah 3 : Maklumat kereta sewa

 

Rajah 4 : Modul sistem tempahan kereta sewa melalui web

Rajah 3 dan 4 masing-masing menunjukkan maklumat kereta sewa dan modul sistem

tempahan kereta sewa melalui web. Skrin akan memaparkan maklumat kereta sewa secara

terperinci apabila pelanggan ‘Details’ di katalog. Setelah membuat pilihan kereta sewa,

pelanggan boleh membuat tempahan dengan memasukkan maklumat sewaan seperti tarikh dan

tempoh sewaan. Pelanggan seterusnya perlu menekan butang ‘Confirm’ bagi mengesahkan

tempahan kereta sewa mengikut tarikh yang berkenaan.

Copyri

ght@

FTSM

Page 10: Copyright@FTSM · PTA-FTSM-2018-130 yang memaparkan perkhidmatan yang disediakan dan kesukaran untuk pelanggan mencari perkhidmatan kereta sewa kerana tidak diiklan secara meluas.

PTA-FTSM-2018-130  

  

 

Rajah 5 : Modul pembayaran

Rajah 5 menunjukkan invois pembayaran oleh pelanggan bernama Aznida. Setelah

pelanggan mengesahkan tempahan kereta sewa, skrin akan memaparkan invois lengkap yang

mengandungi maklumat tempahan termasuk nama pelanggan, nama kereta sewa yang

ditempah, jangka masa tempahan dan juga jumlah bayaran yang dikenakan untuk tempoh

sewaan tersebut. Selain itu, invois ini turut memaparkan maklumat bank UKM EZ Car yang

membolehkan pelanggan membuat pembayaran.  

Copyri

ght@

FTSM

Page 11: Copyright@FTSM · PTA-FTSM-2018-130 yang memaparkan perkhidmatan yang disediakan dan kesukaran untuk pelanggan mencari perkhidmatan kereta sewa kerana tidak diiklan secara meluas.

PTA-FTSM-2018-130  

  

 

Rajah 6 : Pengelasan kereta sewa berdasarkan harga dan jenama kereta sewa

Rajah diatas menunjukkan katalog sistem UKM EZ Car yang memaparkan gambar serta

butiran kereta yang boleh disewa oleh pelanggan. Melalui paparan katalog ini, pengguna sistem

mendapat maklumat yang cukup dan dapat membuat keputusan dalam memilih kereta yang sesuai

untuk disewa. Di sebelah kiri katalog ini, pengguna sistem boleh melakukan pengelasan kereta

sewa dengan menentukan harga di fungsi julat harga dan juga pencarian kereta sewa mengikut

kategori jenama kereta tersebut. Dengan adanya fungsi julat harga dan carian ini, proses carian

akan lebih cepat kerana katalog telah dikelaskan mengikut harga dan jenama. Seperti yang dapat

dilihat, katalog menunjukkan senarai kereta jenama Perodua yang menawarkan harga antara RM6

hingga RM7 sahaja.

Fungsi tapisan julat harga

Fungsi carian mengikut jenama

Copyri

ght@

FTSM

Page 12: Copyright@FTSM · PTA-FTSM-2018-130 yang memaparkan perkhidmatan yang disediakan dan kesukaran untuk pelanggan mencari perkhidmatan kereta sewa kerana tidak diiklan secara meluas.

PTA-FTSM-2018-130  

  

 

Rajah 7 : Antara muka ‘Login’

Rajah 8: Modul proses kemaskini maklumat kereta sewa dan pembekal perkhidmatan

Rajah 7 menunjukkan antara muka ‘Login’ yang perlu diisi oleh pembekal perkhidmatan

sebelum membuat sebarang kemaskini. Rajah 8 menunjukkan salah satu fungsi sistem UKM EZ

Car ini iaitu pembekal perkhidmatan dapat mendaftar dan mengemaskini maklumat kereta sewa.

Dapat dilihat di rajah 8 bahawa kemaskini dapat dilakukan apabila pembekal perkhidmatan

menekan butang ‘Edit’ dan seterusnya segala butiran bagi sesebuah kereta sewa akan dipaparkan

di atas untuk dikemaskini.

Copyri

ght@

FTSM

Page 13: Copyright@FTSM · PTA-FTSM-2018-130 yang memaparkan perkhidmatan yang disediakan dan kesukaran untuk pelanggan mencari perkhidmatan kereta sewa kerana tidak diiklan secara meluas.

PTA-FTSM-2018-130  

  

Rajah 9 : Fungsi mengemaskini dan mendaftar pembekal perkhidmatan

Rajah 9 menunjukkan salah satu fungsi sistem UKM EZ Car ini iaitu pentadbir dapat

mendaftar dan mengemaskini maklumat pembekal perkhidmatan. Dapat dilihat di rajah 9 bahawa

kemaskini dapat dilakukan apabila pentadbir menekan butang ‘Edit’ dan seterusnya segala butiran

bagi pembekal perkhidmatan akan dipaparkan di atas untuk dikemaskini.

Rajah 10 : Modul laporan

Rajah 10 menunjukkan modul laporan yang menunjukkan senarai tempahan yang telah

dibuat oleh pelanggan. Dengan adanya modul laporan ini, pentadbir sistem dapat mengenalpasti

kereta sewa yang mendapat tempahan sewaan paling banyak dan dapat memperbaiki servis

perkhidmatan kereta sewa.

Copyri

ght@

FTSM

Page 14: Copyright@FTSM · PTA-FTSM-2018-130 yang memaparkan perkhidmatan yang disediakan dan kesukaran untuk pelanggan mencari perkhidmatan kereta sewa kerana tidak diiklan secara meluas.

PTA-FTSM-2018-130  

  

6 KESIMPULAN

 

Dengan pembangunan sistem UKM EZ Car yang menggunakan web sebagai platform utama, ia

memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat tempahan kereta sewa. Antara fungsi yang

ditawarkan kepada pelanggan ialah pelanggan dapat membuat tempahan dengan memeriksa

dahulu sama ada kereta yang hendak disewa itu telah pun disewa atau masih terdapat kekosongan.

Selain itu, pelanggan juga dapat melihat senarai kereta sewa yang ditawarkan. Sistem web ini juga

ada menyediakan katalog dengan fungsi carian untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan

untuk menyewa kereta yang bersesuai dengan bajet. Menerusi web tersebut, pelanggan disajikan

dengan senarai gambar dan spesifikasi kereta sewa yang jelas bagi memudahkan pelanggan

membuat keputusan. Tambahan lagi, dengan berbuat demikian, kepercayaan pelanggan dapat

diperoleh kerana segala maklumat telah dipaparkan terlebih dahulu sebelum mereka membuat

tempahan.

Bagi mencapai objektif kajian, beberapa perkara telah dipertimbangkan. Sistem ini

dilengkapi dengan fungsi carian katalog di mana pelanggan boleh membuat carian berkenaan di

dalam sistem UKM EZ Car. Fungsi carian ini disediakan bagi memudahkan pelanggan mencari

item berkaitan dan mudahkan mereka membuat tempahan perkhidmatan kereta sewa. Selain itu,

objektif seterusnya dapat dicapai dengan menawarkan fungsi komponen dan item yang sesuai

untuk memudahkan pelanggan melakukan proses carian menerusi menu tapisan. Menu tapisan ini

dilihat akan memudahkan pengguna sistem untuk membuat tempahan kereta sewa dan dapat

memberi kesenangan kepada pengguna untuk memahami sistem ini. Menu tapisan juga membantu

pelanggan untuk memuat keputusan dengan cepat dalam proses tempahan perkhidmatan kereta

sewa.

Copyri

ght@

FTSM

Page 15: Copyright@FTSM · PTA-FTSM-2018-130 yang memaparkan perkhidmatan yang disediakan dan kesukaran untuk pelanggan mencari perkhidmatan kereta sewa kerana tidak diiklan secara meluas.

PTA-FTSM-2018-130  

  

7 RUJUKAN

Abdullah, R. (2016, October 26). Kelebihan Perniagaan Dalam Talian. Retrieved from Utusan Online: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/kelebihan-perniagaan-dalam-talian-1.399616

Che Ibrahim, K. A. (2017, August 2). Bisnes Kereta Sewa Rancak Pada Musim Perayaan. Retrieved from Universiti Malaysia Kelantan (Institutional Repository): http://umkeprints.umk.edu.my/7514/

Ismail, R. '. (2012). Khidmat Kereta Sewa di IPT. Kuching, Sarawak: Harian Metro.

Isnaini, J., & Budhiartini, D. (2007). Persepsi Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam : Kajian Kes Laluan Medan - Pematang Siantar . Persepsi Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam, 19-25.

Kepentingan Komunikasi Dalam Perniagaan. (2013, January 27). Retrieved from SlideShare: https://www.slideshare.net/muhamaD69/kepentingan-komunikasi-dalam-perniagaan

Lee, E. B., Lee, S. G., & Yang, C. G. (2017). The influences of advertisement attitude and brand attitude on purchase intention of smartphone advertising. Industrial Management & Data System, 1011-1036.

Olkkonen, R., Tikkanen, H., & Alajoutsijarvi, K. (2000). The role of communication in business relationships and networks", Management Decision. Management Decision, 403-409.

Omar, F. I., Rahim, S. A., & Othman, N. A. (2017). Penggunaan Internet Dalam Kalangan Usahawan Wanita: Akses, Kemahiran Dan Motivasi. Jurnal Komunikasi, 21-36.

Radack, S. (2013). Advising Users On Information Technology. Security Consideration In Information System Development Life Cycle.

Wok, S., Ismail, N., & Hussain, M. Y. (2003). Teori-Teori Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. .

Copyri

ght@

FTSM