Corak dan rekaan

59
HBAE2103 CORAK & REKAAN <FAKULTI > <SEMESTER / TAHUN > <KOD KURSUS> <TAJUK KURSUS> NO. MATRIKULASI : <NO MATRIKULASI> NO. KAD PENGNEALAN : <NO. KAD PENGENALAN> NO. TELEFON : <TELEFON> E-MEL : <EMEL ID> PUSAT PEMBELAJARAN : <PUSAT PEMBELAJARAN> 1

Transcript of Corak dan rekaan

Page 1: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

<FAKULTI >

<SEMESTER / TAHUN >

<KOD KURSUS>

<TAJUK KURSUS>

NO. MATRIKULASI : <NO MATRIKULASI>

NO. KAD PENGNEALAN : <NO. KAD PENGENALAN>

NO. TELEFON : <TELEFON>

E-MEL : <EMEL ID>

PUSAT PEMBELAJARAN : <PUSAT PEMBELAJARAN>

1.0 PENGENALAN

1

Page 2: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek

pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan daya

kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan

dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi

proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat

komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni

visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai

keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat

keputusan.

Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan

deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek yang terdapat di

sekeliling mereka. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif

dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini

melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan

dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan

idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina

keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas

utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission).

Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan

estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas

profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang

belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula

adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak.

Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti. Tugas

kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara yang baik serta

melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh bangsa dan negara. Hal ini

2

Page 3: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

sejajar dengan gelaran “jurutera masyarakat” yang diberikan kepada golongan pendidik

dewasa ini.

Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus,

pembimbing, motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi

kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum,

menyeluruh dan menyeronokkan.

Sebagai seorang guru seni yang cermerlang, kita perlulah mengambil kira kaedah

penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Menurut

Joyce, B., & Weil, M., (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin

adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan

berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta pengusaan proses

pembelajaran. Hal ini bermaksud, pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang

lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid. Bagaimana untuk mewujudkan

pembelajaran yang mudah dan berkesan?

Bagi meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak, guru wajar menyediakan peralatan

melukis dengan lengkap. Cara ini dapat merangsang imaginasi, kreativiti dan gembira

untuk meluahkan emosi.

2.0 Peranan Guru Pendidikan Seni Visual.

a. Guru sebagai pengurus

Peranan utama guru Pendidikan seni visual ialah bertindak sebagai pengurus.

Apa yang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-

tugas pengawasan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan

mendisiplinkan murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma

hidup dalam keluarga dan masyarakat ( W.F. Connell, 1972). Takrifan ini

membawa maksud guru perlu memainkan peranan sebagai pengurus bukan

sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi pengurus kepada pelajar

3

Page 4: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

dalam proses P&P. Antara perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh seorang

guru seni ialah:

i) Menguruskan rutin bilik darjah

ii) Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian.

iii) Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah.

iv) Mengurus keadaan fizikal bilik darjah.

v) Mengurus aktiviti kumpulan

vi) Mengurus karya dan hasil kerja murid

vii) Mengurus sumber, alat dan bahan Pendidikan Seni Visual

viii) Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik

ix) Menguruskan dan mewujudkan suasana penngajaran dan

pembelajaran seni yang menyeronokkan

x) Mewujudkan suasana bilik yang kondusif

b. Guru sebagai pembimbing

Antara lain, guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing

dalam pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan

pengetahuan baharu kepada murid mengenai seni, menambah baik

pengalaman sedia ada serta mengcungkil bakat dan memupuk minat murid

terhadap mata pelajaran Seni Visual. Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku

apabila ia dijalankan dalam kumpulan di mana peserta digalakkan mengambil

tanggungjawab dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut

beliau juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat

interaksi kolaboratif dalam kalangan murid. Sebagai pembimbing, seseorang

guru itu perlu peka terhadap tingkah laku dan perkembangan spiritual murid

dalam P&P Seni Visual. Sebagai contoh, jika seseorang guru itu ingin

mengajar murid-muridnya melukis pemandangan di tepi pantai, guru tersebut

perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid mengenai suasana di

tepi pantai. Kemudian, guru perlu membimbing murid-murid melukis gambar

4

Page 5: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

tersebut dengan memberikan input-input baharu mengenai perkara tersebut.

Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan

bimbingan guru. Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu

mempunyai sikap-sikap seperti berikut:

i) Bersopan santun

ii) Menghormati pandangan murid

iii) Peramah

iv) Jujur

v) Prihatin

Bimbingan dan dorongan daripada guru akan membantu murid-murid memahami

dengan lebih jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain daripada itu,

pembelajaran secara bimbingan akan memupuk nilai instrumental seperti

berdikari, rasioanal, berani dan bersemangat semasa menghasilkan karya seni

visual.

c. Guru sebagai motivator

Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan

guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini

dikemukakan oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia

pendidikan. Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada kebolehan

seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam P&P Seni

Visual, guru perlu berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat

mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang

kepentingan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi

guru juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan

ingin membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni dengan cara :

i) Memberi komentar yang positif

ii) Mewujudkan persaingan yang positif serta kerjasama dalam

kalangan murid.

iii) Memilih alat dan bahan

5

Page 6: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

iv) Merangsang murid dengan mempamerkan hasil karya mereka

v) Fleksibel dalam proses pengajaran. Guru perlu mengubah cara

mengajar mengikut idea dan cadangan daripada murid.

vi) Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga murid patah

semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.

vii) Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid atas usaha dan

komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.

Sebagai seorang guru seni yang baik, perlulah mengambil kira kaedah penyampaian ilmu

yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Menurut Joyce, B., & Weil,

M., (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin adalah meningkatkan

kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat

perolehan pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan proses pembelajaran. Hal ini

bermaksud, pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dan

mudah difahami oleh murid. Bagi meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak, guru-guru

wajar menyediakan peralatan melukis dengan lengkap. Cara ini dapat merangsang

imaginasi, kreativiti dan gembira untuk meluahkan emosi.

2.0 Latar Belakang Kajian

Tugasan kali ini akan membincangkan satu kajian dan analisa terhadap perlakuan ,

persepsi dan pengetahuan budaya murid dalam satu aktiviti membuat corak kepada empat

atau lima orang murid yang sebaya umurnya. Murid-murid yang dipilih ialah seramai

lima orang dari tahun enam yang mana pada peringkat ini murid telah dapat melukis

figura dalam saiz yang sebenar.

Perkembangan estetika boleh diamati menerusi aktiviti kreatif seperti visual,

emosi, jiwa dan pemikiran kanak-kanak. Tugasan kali ini ialah guru perlu berbual atau

membuat satu temu bual semasa aktiviti pendidikan seni kerana melalui pergerakan

badan, guru dapat memahami maksud di sebalik pergerakan dan perlakuan yang cuba

ditunjukkan. Pergerakan badan menjadi refleksi pada perkembangan estetika kanak-

kanak. Komunikasi lisan dan bukan lisan memberi isyarat visual yang menggambarkan

emosi dalaman kanak-kanak. Pada umur enam tahun, gerak geri menunjukkan elemen

6

Page 7: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

psikologi. Contohnya apabila sedih, mereka menundukkan muka manakala jika berfikir,

mereka menongkat dagu. Perlakuan ini dilakkukan secara spontan. Perkembangan artistik

kanak-kanak berlaku mengikut transisi perkembangan iaitu daripada contengan hingga

perwakilan sebenar.

Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid

memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi

suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana

hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil

daripada pelbagai teknik dan cara iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak

terancang dibuat menggunakan motif dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif

ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan

garisan grid dalam penghasilan corak. Manakala corak tidak terancang dihasilkan secara

bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara merenjis, meniup,

mengayak, menggolek dan sebagainya. Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama

dalam meghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni

baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil.

Menurut Modul OUM HBAE 2103, Membuat Corak dan Rekaan, ada

menyatakan bahawa definisi corak ialah susunan motif sama ada secara teratur atau

secara bebas. Oleh itu, corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang.

Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak

terancang. Enam jenis susunan dalam corak dan rekaan dapat dinyatakan seperti di

bawah:

1. Corak ulang sekata

2. Corak berpusat

3. Corak cerminan

7

Page 8: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

4. Corak bertindih

5. Corak selang – seli

6. Corak batu – bata

Tujuan utama membuat corak dan rekaan dalam kursus ini ialah dapat

membentuk perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya murid selaras dengan matlamat

tersebut. Berikut dijelaskan secara terperinci tujuan membuat corak dan rekaan

berdasarkan hasil karya yang telah dibuat oleh lima orang murid tahun 6 Tekun dan 6

Arif. Sebelum murid menghasilkan karya masing-masing, guru terlebih dahulu

menetapkan tajuk, motif, teknik dan bidang. Yang lain terpulang kepada pelajar mengikut

kreativiti mereka. Guru telah mendedahkan corak-corak yang terdapat dalam bidang

mencorak ini.

Kriteria seperti di bawah:

Bidang : membuat corak dan rekaan

Tajuk : membuat pembalut hadiah

Motif : alam Flora/alam semula jadi

Teknik : Capan dan Catan

2.1 Tujuan Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Perlakuan

Berdasarkan pemerhatian terhadap lima orang pelajar tahun enam, didapati kelima-lima

pelajar tersebut dapat memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. Warna

memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Warna merupakan unsur yang sangat

penting dalam karya seni.Warna dapat diperolehi dimana-mana sahaja.Warna juga

mempengaruhi personaliti dan psikologi seseorang. Personaliti seseorang itu dapat

ditonjolkan melalui warna kegemarannya.

Dalam bidang psikologi seni,warna dapat mempengaruhi emosi seseorang.Warna yang

terang dan cerah dapat menimbulkan perasaan riang dan gembira. Manakala warna yang

gelap dan kelam menimbulkan perasaan muram dan sedih. Dalam seni visual,warna

8

Page 9: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

dijadikan alat komunikasi yang sangat berkesan.Selain itu warna juga boleh menjadikan

sesuatu gubahan itu menarik. Warna dihasilkan oleh cahaya

9

Page 10: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

menarik. Warna dihasilkan oleh cahaya, tanpa cahaya warna tidak akan wujud.Warna

dihasilkan apabila cahaya dibalikkan dari permukaan sesuatu objek.

10

Page 11: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

11

Page 12: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

12

Page 13: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

13

Page 14: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

14

Page 15: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

15

Page 16: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

16

Page 17: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

17

Page 18: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

18

Page 19: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

19

Page 20: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

menarik. Warna dihasilkan oleh cahaya, tanpa cahaya warna tidak akan wujud.Warna

dihasilkan apabila cahaya dibalikkan dari permukaan sesuatu objek.

Didapati dua orang murid telah menghasilkan corak geometri. Mereka

menggunakan bentuk-bentuk segi tiga dan bulat yang disusun menjadi corak yang

terancang. Berdasarkan hasil corak dua orang murid ini didapati mereka banyak memilih

warna-warna yang lembut seperti warna oren cair yang diselang-selikan dengan warna

kuning cair sebagai warna latar corak yang dipilih oleh adik Norazwin binti Amrun.

Kombinasi dua warna ini memberi gambaran keriangan. Manakala Muhamad Amirul

Irshad memilih lebih daripada tiga warna iaitu ungu, merah, kuning, hijau dan biru.

Warna biru menggambarkan ketenangan dan kedamaian, Walaupun banyak warna yang

digunakan, namun hasil gabungan semua warna ini masih lagi menunjukkan kelembutan

dan keceriaannya pelakunya.

Murid-murid tahun enam ini telah menghasilkan satu susunan corak geometri yang

disusun secara berulang dan berselang seli yang menarik.

Azreen Batrisya, suraya dan adik Mishya Amylia dari kelas 6 Arif pula memilih

corak batik. Motif terdiri daripada motif flora dan geometrical. Corak tradisi mempunyai

motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional.

Contoh yang biasa kita dengar adalah seperti corak bunga buluh, pucuk rebung, bunga

kiambang dan sebagainya. Murid biasanya melihat jenis-jenis corak mini berdasarkan

pemerhatian di sekeliling mereka seperti corak di kain batik ibu mereka, corak di wau

dan juga corak di kertas pembalut hadiah.

Selain itu, membuat corak dan rekaan juga dapat memberikan pelajar mempunyai

pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya kordinasi mata dan tangan yang baik

untuk menghasilkan karya seni mereka. Pelajar dapat membuat pengamatan dengan

membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak. Melalui

corak, pelajar belajar mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu hasil kerja iaitu

mengetahui sesuatu proses penghasilan hasil seni, produk dan objek yang terdapat di

sekeliling mereka.

20

Page 21: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

Tujuan penghasilan corak kalau kita nilai dari sudut kognitif adalah memberi peluang

kepada pelajar menjana idea mereka. Penghasilan mengikut tema yang sesuai banyak

membantu mereka meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Corak apa dan bahan apa

yang perlu digunakan, cara menyusun bentuk-bentuk dan teknik yang sesuai dan

menarik. Seterusnya kita lihat dari sudut fizikal pula. Corak dan rekaan melatih murid

dari segi psikomotor mereka terutama tangan mereka

2.2 Tujuan Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Persepsi

Persepsi merupakan tanggapan seseorang tentang sesuatu perkara setelah orang itu

mengalami perkara yang dimaksudkan. Setelah membuat analisis sama ada secara

spontan atau sebaliknya, satu idea terbentuk di dalam pemikirannya tentang perkara

berkenaan. Persepsi tidak semestinya betul atau salah secara mutlak. Baird (1986)

menganggap perbezaan persepsi adalah sesuatu yang dijangkakan. Persepsi adalah satu

proses kognitif yang dilakukan oleh seorang individu untuk memberi makna kepada

persekitarannya.

Hasil corak dan rekaan yang dibuat oleh lima orang pelajar tahun enam, didapati

murid tersebut secara tidak langsung menggunakan prinsip seni reka seperti imbangan,

harmoni, penegasan, kepelbagaian, kesatuan dan kontra dalam penghasilan corak.

Harmoni merujuk kepada susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara tertentu

sama seimbang atau berhubung kait. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk

menarik perhatian pada sesuatu objek ataupun imej yang dihasilkan. Selain itu ianya

memberi gambaran yang kemas, selesa, sempurna, menyeronokkan dan seimbang. Dalam

istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai. Dalam istilah seni harmoni

merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang. Harmoni

wujud dalam penggunaan garisan dan warna. Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-

unsur yang bercanggah.

21

Page 22: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam

sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus,

mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Kontra dapat dihasilkan melalui

penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan.

Melalui gambar corak murid yang disertakan di atas, jelas kelihatan bahawa unsur

dan objek yang dapat memberi gambaran sebenar tentang prinsip penegasan melalui

penghasilan warna garang ( warna jingga ) yang terdapat pada objek bunga tumbuhan

tersebut yang dihasilkan oleh adik Azreen Batrisya. Bunga yang sedia ada mempunyai

warna yang kontra jika dibandingkan dengan latar. Ini menunjukkan wujudnya unsur

penegasan. Oleh yang demikian, dalam sesuatu hasil karya yang baik, penggunaan warna

yang betul serta sesuai dapat memberi unsur penegasan terhadap objek yang dihasilkan di

samping kedudukan objek yang diletakkan pada bahagian hadapan dan dilukis dalam saiz

yang besar.

Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan.

Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:

a. Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah

(garisan „axis‟ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)

b. Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi

mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.

Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza

dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya

tarikan dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan

unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan.

Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik,

berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas,

teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan.

22

Page 23: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

Selain daripada menyedari prinsip seni reka, Corak dan rekaan juga meningkatkan daya

kreativiti di kalangan murid-murid. Corak dan rekaan banyak membantu murid mencipta

dan mencetuskan idea mereka masing – masing. Kebebasan menggambarkan corak

mereka sedikit sebanyak membantu mereka melahirkan idea mereka. Pemilihan warna

yang sesuai, teknik yang sesuai dan menarik membantu mereka menghasilkan corak yang

menarik mengikut kreativiti mereka. Maka, boleh dikatakan di sini bahawa antara tujuan

adan fungsi corak adalah untuk memberi peluang kepada murid meluahkan idea mereka

menerusi corak dan rekaan warna mengikut kebebasan mereka. Mereka juga dapat belajar

dan membuat peniruan dengan keadaan yang sebenar, mengolah dan menghasilkan corak

mengikut gaya dan kreativiti mereka sendiri.

Melalui kemahiran membuat corak dan rekaan, kita membantu kanak-kanak

meningkatkan pengamatan mereka apabila mereka meneliti corak-corak yang dihasilkan

melalui motif-motif yang diminta. Kanak-kanak akan cuba mengkaji dan melihat

hubungkait antara motif-motif dan rekaan serta corak yang dibuat. Kepekaan pengamatan

mereka dapat dilihat andainya corak tersebut menepati dengan motif yang diminta.

Contohnya, jika ditugaskan mereka untuk membuat rekaan dan corak bermotifkan flora,

kita dapat melihat bagaimana mereka akan melihat alam semula jadi ini sebagai sebuah

motif dan hasil tersebut adalah berdasarkan kepada pengamatan mereka kepada flora.

Contoh yang lain pula ialah apabila sesuatu rekaan dan corak itu bermotifkan hidupan

laut, maka, kepekaan kanak-kanak kepada hidupan laut dapat ditonjolkan seperti corak

tapak sulaiman yang berbentuk bintang. Bentuk tersebut adalah berdasarkan pengamatan

mereka seterusnya dilahirkan kepada corak yang menarik. Dapat dinyatakan disini,

melalui pembelajaran membuat corak dan rekaan amat membantu kanak-kanak

meningkatkan daya pengamatan mereka untuk menghasilkan corak yang lebih menarik

dan kreatif.

Melalui jenis-jenis susunan corak, ia membantu murid untuk membuat corak yang

menarik berdasarkan susunan terancang, tersusun dan mengikut luahan ekspresi mereka.

Pemikiran mereka dapat dikritiskan melalui hasilan serta pengamatan mereka di dalam

23

Page 24: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

melaksanakan aktiviti mencorak dan membuat rekaan. Apabila mereka menjalankan

aktiviti tersebut, kanak-kanak akan membuat penerokaan serta mengkaji motif-motif

yang ingin digunakan, setrusnya mereka akan mencari satu bahagian yang sesuai untuk

dijadikan corak dan seterusnya membuat lakaran yang sesuai. Melalui pemikiran pula

mereka membuat keputusan yang tepat untuk memilih dan seterusnya mebuat sesuatu

rekaan.

2.3 Tujuan Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Pengetahuan Budaya

Kita tahu, sejak daru dahulu lagi, corak-corak terhasil adalah daripada pengamatan

pereka-perekanya. Seni melayu misalnya mengambil corak-corak dari alam flora seperti

bunga, pucuk, daun, ranting dan sebagainya. Ini semua adalah berdasarkan pengamatan

orang dulu-dulu didalam membuat sesuatu corak dan rekaan. Maka tidak dapat

disangkalkan lagi bahawa mempelajari seni corak dan rekaan amat membantu kanak-

kanak di dalam meningkatkan kepekaan pengamatan mereka.

Brown (1980),OUM HBAE 1103(2006) mendapati bahawa pengalaman kanak-

kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan

kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuan tentang

perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-

kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan

mengembangkan pemikiran yang kritis.

Dalam penghasilan corak dan rekaan, unsur utama yang menjadi corak itu unik adalah

dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta diwarmakan

dengan sempurna dengan kreatif. Motif-mo tif yang digunakan biasanya yang berunsur

alam semulajadi dan tradisional. Diantara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan

fauna, flora dan geometri. Pelajar-pelajar biasa melihat contoh corak daripada

pemerhatian dan pengalaman mereka seperti kain batik sarung, kain tenunan songket,

corak di wau dan sebagainya. Daripada pemerhatian dan pengalaman ini, pelajar dapat

24

Page 25: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

mengenal dan membuat corak-corak tradisional mudah dan seterusnya mengubahsuai dan

menggunakan unsur-unsur corak kraftradisional.

Sebagai contoh, dalam susunan reka corak kain songket terdapat tiga jenis

kumpulan iaitu susunan bunga penuh, susunan bunga bertabur dan juga susunan

bercorak. Hasil corak dan rekaan murid ini walaupun tidak sepenuhnya mengikut susunan

reka corak kain songket tetapi ada motif-motif yang diselitkan seperti batu bata dan

ulangan selang seli. Selain itu susunan bercorak juga ada diselitkan seperti ruang zig-zag

disebut corak siku keluang, bahagian berpetak disebut corak disebut tapak catur dan

ruang tegak disebut corak berdiri.

Menurut D‟zul Haimi Md Zain (1992) simbol-simbol yang terbentuk akan

memberi makna. Pucuk rebung yang terdapat dalam karya murid amat sinonim dengan

kepercayaan apabila ingin mendidik anak biarlah dari kecil supaya tidak menimbulkan

masalah apabila dewasa kelak. Ini membawa maksud rebung itu bersifat lembut dan akan

menjadi keras apabila menjadi buluh.

Corak geometri juga boleh diaplikasikan dengan falsafah dan maksud yang tersirat

seperti contoh, bentuk bulatan. Ia dikaitkan dengan maksud tiada permulaan dan tiada

pengakhiran ataupun sebagai simbol keabadian. Bulatan merupakan bentuk asas kepada

bentuk poligon yang lain.

.

4.0 KESIMPULAN.

25

Page 26: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan

warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan

afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang

dan harmonis. Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,

menghargai alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah

pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum

Pendidikan Seni sama ada McFee (melalui penerokaan), Lansing(domain utama),

Feldman (pengajian), Efland (ekspresi dan respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-

KPM (aktiviti-aktiviti kreatif), semua membawa harapan yang sama iaitu untuk

melahirkan golongan pelajar seterusnya masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran

berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni.

Dalam banyak perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat

KPM iaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di

samping boleh menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai

cara hidup). Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan

kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan

dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui

penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Pelajar diharap dapat

mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya

yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai

positif. Secara tidak langsung menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang

diperolehi. Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah

satu unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.

Peranannya dalam pendidikan dapat memupuk sifak kecintaan pada seni dan estetika.

26

Page 27: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

RUJUKAN / REFERENSI

Baha Zain, Dr Zakaria Ali, Nur Hanim Khairuddim, Sharifah Zuriah AlJeffri dan

Rosihan Juara ( 1997 ), Alam, Seni dan Perjalanan – Pekan Seni Ipoh. Perak :

Yayasan Kesenian Perak.

Haslinda Madon ( 2007 ), HBAE 1403 Menggambar. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn.

Bhd.

Kathleen Chee (2004) .Fokus e-masteri SPM Pendidikan Seni Visual, Bangi,

Selangor : Penerbitan pelangi Sdn Bhd.

Mohd Zaihidee Hj Arshad ( 2011 ), HBAE 2103 Corak Dan Rekaan. Selangor :

Meteor Doc. Sdn. Bhd

Teeart (2009), Corak Terancang, (atas talian), http://www.images.teearts.multiply.com

(08.03.2009).

http://bangdey.blogspot.com/2009/11/unsur-unsur-seni.html

http://bloginspirasidiariseni.blogspot.com/p/membuat-corak-rekaan.html

http://lifeasaartstudentlilizala.

http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/2012/04/capan.html

27

Page 28: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

28

Page 29: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

29

Page 30: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

30

Page 31: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

31

Page 32: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

32

Page 33: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

33

Page 34: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

34

Page 35: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

35

Page 36: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

36

Page 37: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

menarik. Warna dihasilkan oleh cahaya, tanpa cahaya warna tidak akan wujud.Warna

dihasilkan apabila cahaya dibalikkan dari permukaan sesuatu objek.

Didapati dua orang murid telah menghasilkan corak geometri. Mereka

menggunakan bentuk-bentuk segi tiga dan bulat yang disusun menjadi corak yang

terancang. Berdasarkan hasil corak dua orang murid ini didapati mereka banyak memilih

warna-warna yang lembut seperti warna oren cair yang diselang-selikan dengan warna

kuning cair sebagai warna latar corak yang dipilih oleh adik Norazwin binti Amrun.

Kombinasi dua warna ini memberi gambaran keriangan. Manakala Muhamad Amirul

Irshad memilih lebih daripada tiga warna iaitu ungu, merah, kuning, hijau dan biru.

Warna biru menggambarkan ketenangan dan kedamaian, Walaupun banyak warna yang

digunakan, namun hasil gabungan semua warna ini masih lagi menunjukkan kelembutan

dan keceriaannya pelakunya.

Murid-murid tahun enam ini telah menghasilkan satu susunan corak geometri yang

disusun secara berulang dan berselang seli yang menarik.

Azreen Batrisya, suraya dan adik Mishya Amylia dari kelas 6 Arif pula memilih

corak batik. Motif terdiri daripada motif flora dan geometrical. Corak tradisi mempunyai

motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional.

Contoh yang biasa kita dengar adalah seperti corak bunga buluh, pucuk rebung, bunga

kiambang dan sebagainya. Murid biasanya melihat jenis-jenis corak mini berdasarkan

pemerhatian di sekeliling mereka seperti corak di kain batik ibu mereka, corak di wau

dan juga corak di kertas pembalut hadiah.

Selain itu, membuat corak dan rekaan juga dapat memberikan pelajar mempunyai

pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya kordinasi mata dan tangan yang baik

untuk menghasilkan karya seni mereka. Pelajar dapat membuat pengamatan dengan

membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak. Melalui

corak, pelajar belajar mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu hasil kerja iaitu

mengetahui sesuatu proses penghasilan hasil seni, produk dan objek yang terdapat di

sekeliling mereka.

37

Page 38: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

Tujuan penghasilan corak kalau kita nilai dari sudut kognitif adalah memberi peluang

kepada pelajar menjana idea mereka. Penghasilan mengikut tema yang sesuai banyak

membantu mereka meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Corak apa dan bahan apa

yang perlu digunakan, cara menyusun bentuk-bentuk dan teknik yang sesuai dan

menarik. Seterusnya kita lihat dari sudut fizikal pula. Corak dan rekaan melatih murid

dari segi psikomotor mereka terutama tangan mereka

2.2 Tujuan Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Persepsi

Persepsi merupakan tanggapan seseorang tentang sesuatu perkara setelah orang itu

mengalami perkara yang dimaksudkan. Setelah membuat analisis sama ada secara

spontan atau sebaliknya, satu idea terbentuk di dalam pemikirannya tentang perkara

berkenaan. Persepsi tidak semestinya betul atau salah secara mutlak. Baird (1986)

menganggap perbezaan persepsi adalah sesuatu yang dijangkakan. Persepsi adalah satu

proses kognitif yang dilakukan oleh seorang individu untuk memberi makna kepada

persekitarannya.

Hasil corak dan rekaan yang dibuat oleh lima orang pelajar tahun enam, didapati

murid tersebut secara tidak langsung menggunakan prinsip seni reka seperti imbangan,

harmoni, penegasan, kepelbagaian, kesatuan dan kontra dalam penghasilan corak.

Harmoni merujuk kepada susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara tertentu

sama seimbang atau berhubung kait. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk

menarik perhatian pada sesuatu objek ataupun imej yang dihasilkan. Selain itu ianya

memberi gambaran yang kemas, selesa, sempurna, menyeronokkan dan seimbang. Dalam

istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai. Dalam istilah seni harmoni

merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang. Harmoni

wujud dalam penggunaan garisan dan warna. Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-

unsur yang bercanggah.

38

Page 39: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam

sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus,

mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Kontra dapat dihasilkan melalui

penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan.

Melalui gambar corak murid yang disertakan di atas, jelas kelihatan bahawa unsur

dan objek yang dapat memberi gambaran sebenar tentang prinsip penegasan melalui

penghasilan warna garang ( warna jingga ) yang terdapat pada objek bunga tumbuhan

tersebut yang dihasilkan oleh adik Azreen Batrisya. Bunga yang sedia ada mempunyai

warna yang kontra jika dibandingkan dengan latar. Ini menunjukkan wujudnya unsur

penegasan. Oleh yang demikian, dalam sesuatu hasil karya yang baik, penggunaan warna

yang betul serta sesuai dapat memberi unsur penegasan terhadap objek yang dihasilkan di

samping kedudukan objek yang diletakkan pada bahagian hadapan dan dilukis dalam saiz

yang besar.

Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan.

Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:

a. Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah

(garisan „axis‟ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)

b. Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi

mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.

Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza

dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya

tarikan dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan

unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan.

Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik,

berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas,

teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan.

39

Page 40: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

Selain daripada menyedari prinsip seni reka, Corak dan rekaan juga meningkatkan daya

kreativiti di kalangan murid-murid. Corak dan rekaan banyak membantu murid mencipta

dan mencetuskan idea mereka masing – masing. Kebebasan menggambarkan corak

mereka sedikit sebanyak membantu mereka melahirkan idea mereka. Pemilihan warna

yang sesuai, teknik yang sesuai dan menarik membantu mereka menghasilkan corak yang

menarik mengikut kreativiti mereka. Maka, boleh dikatakan di sini bahawa antara tujuan

adan fungsi corak adalah untuk memberi peluang kepada murid meluahkan idea mereka

menerusi corak dan rekaan warna mengikut kebebasan mereka. Mereka juga dapat belajar

dan membuat peniruan dengan keadaan yang sebenar, mengolah dan menghasilkan corak

mengikut gaya dan kreativiti mereka sendiri.

Melalui kemahiran membuat corak dan rekaan, kita membantu kanak-kanak

meningkatkan pengamatan mereka apabila mereka meneliti corak-corak yang dihasilkan

melalui motif-motif yang diminta. Kanak-kanak akan cuba mengkaji dan melihat

hubungkait antara motif-motif dan rekaan serta corak yang dibuat. Kepekaan pengamatan

mereka dapat dilihat andainya corak tersebut menepati dengan motif yang diminta.

Contohnya, jika ditugaskan mereka untuk membuat rekaan dan corak bermotifkan flora,

kita dapat melihat bagaimana mereka akan melihat alam semula jadi ini sebagai sebuah

motif dan hasil tersebut adalah berdasarkan kepada pengamatan mereka kepada flora.

Contoh yang lain pula ialah apabila sesuatu rekaan dan corak itu bermotifkan hidupan

laut, maka, kepekaan kanak-kanak kepada hidupan laut dapat ditonjolkan seperti corak

tapak sulaiman yang berbentuk bintang. Bentuk tersebut adalah berdasarkan pengamatan

mereka seterusnya dilahirkan kepada corak yang menarik. Dapat dinyatakan disini,

melalui pembelajaran membuat corak dan rekaan amat membantu kanak-kanak

meningkatkan daya pengamatan mereka untuk menghasilkan corak yang lebih menarik

dan kreatif.

Melalui jenis-jenis susunan corak, ia membantu murid untuk membuat corak yang

menarik berdasarkan susunan terancang, tersusun dan mengikut luahan ekspresi mereka.

Pemikiran mereka dapat dikritiskan melalui hasilan serta pengamatan mereka di dalam

40

Page 41: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

melaksanakan aktiviti mencorak dan membuat rekaan. Apabila mereka menjalankan

aktiviti tersebut, kanak-kanak akan membuat penerokaan serta mengkaji motif-motif

yang ingin digunakan, setrusnya mereka akan mencari satu bahagian yang sesuai untuk

dijadikan corak dan seterusnya membuat lakaran yang sesuai. Melalui pemikiran pula

mereka membuat keputusan yang tepat untuk memilih dan seterusnya mebuat sesuatu

rekaan.

2.3 Tujuan Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Pengetahuan Budaya

Kita tahu, sejak daru dahulu lagi, corak-corak terhasil adalah daripada pengamatan

pereka-perekanya. Seni melayu misalnya mengambil corak-corak dari alam flora seperti

bunga, pucuk, daun, ranting dan sebagainya. Ini semua adalah berdasarkan pengamatan

orang dulu-dulu didalam membuat sesuatu corak dan rekaan. Maka tidak dapat

disangkalkan lagi bahawa mempelajari seni corak dan rekaan amat membantu kanak-

kanak di dalam meningkatkan kepekaan pengamatan mereka.

Brown (1980),OUM HBAE 1103(2006) mendapati bahawa pengalaman kanak-

kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan

kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuan tentang

perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-

kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan

mengembangkan pemikiran yang kritis.

Dalam penghasilan corak dan rekaan, unsur utama yang menjadi corak itu unik adalah

dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta diwarmakan

dengan sempurna dengan kreatif. Motif-mo tif yang digunakan biasanya yang berunsur

alam semulajadi dan tradisional. Diantara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan

fauna, flora dan geometri. Pelajar-pelajar biasa melihat contoh corak daripada

pemerhatian dan pengalaman mereka seperti kain batik sarung, kain tenunan songket,

corak di wau dan sebagainya. Daripada pemerhatian dan pengalaman ini, pelajar dapat

41

Page 42: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

mengenal dan membuat corak-corak tradisional mudah dan seterusnya mengubahsuai dan

menggunakan unsur-unsur corak kraftradisional.

Sebagai contoh, dalam susunan reka corak kain songket terdapat tiga jenis

kumpulan iaitu susunan bunga penuh, susunan bunga bertabur dan juga susunan

bercorak. Hasil corak dan rekaan murid ini walaupun tidak sepenuhnya mengikut susunan

reka corak kain songket tetapi ada motif-motif yang diselitkan seperti batu bata dan

ulangan selang seli. Selain itu susunan bercorak juga ada diselitkan seperti ruang zig-zag

disebut corak siku keluang, bahagian berpetak disebut corak disebut tapak catur dan

ruang tegak disebut corak berdiri.

Menurut D‟zul Haimi Md Zain (1992) simbol-simbol yang terbentuk akan

memberi makna. Pucuk rebung yang terdapat dalam karya murid amat sinonim dengan

kepercayaan apabila ingin mendidik anak biarlah dari kecil supaya tidak menimbulkan

masalah apabila dewasa kelak. Ini membawa maksud rebung itu bersifat lembut dan akan

menjadi keras apabila menjadi buluh.

Corak geometri juga boleh diaplikasikan dengan falsafah dan maksud yang tersirat

seperti contoh, bentuk bulatan. Ia dikaitkan dengan maksud tiada permulaan dan tiada

pengakhiran ataupun sebagai simbol keabadian. Bulatan merupakan bentuk asas kepada

bentuk poligon yang lain.

.

4.0 KESIMPULAN.

42

Page 43: Corak dan rekaan

HBAE2103CORAK & REKAAN

Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan

warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan

afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang

dan harmonis. Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,

menghargai alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah

pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum

Pendidikan Seni sama ada McFee (melalui penerokaan), Lansing(domain utama),

Feldman (pengajian), Efland (ekspresi dan respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-

KPM (aktiviti-aktiviti kreatif), semua membawa harapan yang sama iaitu untuk

melahirkan golongan pelajar seterusnya masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran

berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni.

Dalam banyak perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat

KPM iaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di

samping boleh menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai

cara hidup). Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan

kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan

dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui

penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Pelajar diharap dapat

mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya

yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai

positif. Secara tidak langsung menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang

diperolehi. Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah

satu unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.

Peranannya dalam pendidikan dapat memupuk sifak kecintaan pada seni dan estetika.

43

Page 44: Corak dan rekaan

44