Corak n Rekaan (New)

21
DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001 PENGENALAN Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang moden akan tidak terhasil. Corak dapat didefinisikan sebagai suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Dengan kata lain corak terancang mempunyai pengulangan motif. Sementara corak tidak terancang pula dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Biasanya corak tidak dirancang ini dihasilkan dengan cara merenjis, meniup, mengayak, mengolek dan sebagainya. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. 1

Transcript of Corak n Rekaan (New)

Page 1: Corak n Rekaan (New)

DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

PENGENALAN

Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu

karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional

mahupun yang moden akan tidak terhasil. Corak dapat didefinisikan sebagai suatu

susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud

corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak

Terancang.

Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dalam

susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan

termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Dengan kata lain corak

terancang mempunyai pengulangan motif.

Sementara corak tidak terancang pula dihasilkan secara bebas tanpa

mempunyai motif tertentu. Biasanya corak tidak dirancang ini dihasilkan dengan cara

merenjis, meniup, mengayak, mengolek dan sebagainya.

Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau

gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak tradisi

mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur

tradisional.

Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai

nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

PENGHASILAN CORAK

Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:

a) Corak Terancang

b) Corak Tidak Terancang

1

Page 2: Corak n Rekaan (New)

DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN

Susunan Ulang Sekata

Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi

menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan

grid sebagai panduan.

Susunan Berselang Seli

Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara

ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak

yang menarik dan teratur.

Susunan Batu Bata

Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya

disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

Susunan Bertimbal

Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang

bertentangan.

Susunan Bertindih

Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain

sehingga membentuk corak yang menarik.

Susunan Beralun

Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak.

Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.

2

Page 3: Corak n Rekaan (New)

DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Susunan Berpusat

Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif

ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan

sebagainya.

JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Motif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada:

Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi

Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri

yang lain.

Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia

Rupa atau bentuk angka dan huruf

Rupa atau bentuk kraf tradisional

3

Page 4: Corak n Rekaan (New)

DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

PERBEZAAN ANTARA CORAK DAN REKAAN.

CORAK REKAAN

Corak dapat didefinisikan sebagai suatu

susunan motif sama ada secara teratur,

terancang atau secara bebas

Rekaan pula dimaksudkan dengan hasil

atau bahan buatan atau ciptaan. Ia juga

didefinisikan sebagai suatu bentuk

kreativiti artistic yang dapat memenuhi

keperluan domain kognitif, psikomotor dan

afektif

Dibahagikan kepada 2 jenis iaitu, corak

terancang dan tidak terancang.

Terancang: motif yang disusun

dengan teratur dalam susunan

tertentu

Tidak terancang: dihasilkan secara

bebas tanpa mempunyai motif

tertentu

Penghasilan corak dipengaruhi oleh

kemahiran, kesedaran serta pengetahuan

seni untuk menghasilkannya.

Tidak memerlukan pemikiran yang

mendalam malah boleh dihasilkan dengan

spontan.

Melibatkan proses berfikir yang berhubung

dengan asas rekaan dan prinsip rekaan

Terdapat dalam seni bina, hiasan

dalaman, landskap, kraf dan sebagainya

Terdapat dalam seni bina, hiasan

dalaman, landskap, kraf dan sebagainya

4

Page 5: Corak n Rekaan (New)

DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Susunan Ulang Sekata

Contoh rekaan penghasilan rumah di

sesebuah kawasan perumahan. Rekaan

rumah yang dihasilkan diulang sama ke

semua jenis rumah yang dihasilkan.

Susunan Berselang Seli

Corak selang seli kebanyakan boleh

dijumpai dalam penghasilan barangan

anyaman serta tenunan. Misalnya dalam

gambar di atas menggunakan corak

selang seli digunakan dalam pembuatan

carpet.

5

Page 6: Corak n Rekaan (New)

DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Susunan Batu Bata

Susunan batu bata boleh dilihat di

kawasan pembinaan ataupun di lantai

dalam pelekatan mozek.

Susunan Bertimbal

Corak bertimbal selalunya boleh dilihat

dalam penghasilan lukisan ataupun

gambar foto. Ini merupakan hasil rekaan

gambar foto dengan mengaplikasikan

corak susunan bertimbal.

6

Page 7: Corak n Rekaan (New)

DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Susunan Bertindih

Penghasilan jalan raya bertar tidak

memerlukan apa-apa susuna yang spesifik

tetapi hanya terbentuk daripada timbunan

bertindih batu- batu kelikir yang trelahpun

diratakan.

Susunan Beralun

Hasil beralun yang didapati dalam

penghasilan kain batik amat merupakan

rekaan yang tradisional.

7

Page 8: Corak n Rekaan (New)

DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Susunan Berpusat

Susunan corak berpusat dapat

diperhatikan apabila terdapat hasil yang

diilhamkan daripada bunga.

KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek

Corak sebagai elemen hiasan

Corak sebagai nilai estetik

8

Page 9: Corak n Rekaan (New)

DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

TUGASAN 2

DEFINISI ANYAMAN.

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-

tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan

tumbuhan yang dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan

sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Anyaman juga boleh

dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan alternatif seperti tali, reben, potongan

kertas, daun pisang, daun kelapa, daun bertam dan sebagainya.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ANYAMAN.

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar.

Perkembangan sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar.

Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakannya adalah rotan adalah bahan

asas yang awal untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka

bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus

(1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman

tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman

di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh,

Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain

yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor,

Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

9

Page 10: Corak n Rekaan (New)

DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

JENIS-JENIS ANYAMAN.

Jenis anyaman Bahan Hasil anyaman

Anyaman

Mengkuang

Daun mengkuang Tikar, tudung salji, bekas pakaian

dan lain-lain

Anyaman pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan dinding,

Anyaman Buluh Jenis-jenis buluh yang

sesuai

Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan

lain-lain

Anyaman Rotan Rotan yang telah

diproses

Bakul, bekas pakaian, tempat buaian

anak dan lain-lain

Anyaman Lidi Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekas telor.

Anyaman ribu-ribu Paku pakis ribu-ribu Tempat tembakau, bekas sirih

terbus, bakul, bekas seba guna dan

lain-lain.

CORAK ANYAMAN.

Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar

mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan

peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri

perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau

disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan

sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai

khusus iaitu kelarai pucuk rebung.

Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat

Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat

kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga

durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga

rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk 10

Page 11: Corak n Rekaan (New)

DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

(jantung pisang, manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota

haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga

kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya

ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang,

sisik kelah dan tulang ikan.

Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar

mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara

utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang

digunakan. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan

kelarai, bilah-bilah dicelupkan dua warna yang bertentangan atau berkontras. Misalnya,

kuning dan hijau, merah dan

Dalam penghasilan anyaman, unsur utama yang menjadikan ia unik adalah

dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta dianyam

dengan sempurna dengan kreatif. Motif-motif yang digunakan biasanya yang berunsur

alam semulajadi dan tradisional. Diantara unsur-unsur yang terdapat adalah

bermotifkan fauna, flora dan geometri.

Motif flora yang merupakan unsur tumbuhan yang amat digemari dan digunakan

ialah daun berserta corak bunga dan sebagainya. Bunga, daun dan ranting digunakan

dan diolah serta dipelbagaikan dalam corak yang pelbagai.

Beberapa contoh kelarai bermotifkan bahagian tumbuhan dan bunga:

Tampuk pinang

Tampuk pinang berantai

Tampuk jantung

Tampuk manggis

Pucuk rebung

Pucuk di dalam

Berakar

Pecah lapan

11

Page 12: Corak n Rekaan (New)

DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Bunga cina

Bunga durian

Bunga cempaka

Bunga cengkik

Bunga melur

Bunga beremban

Bunga ator

12

Page 13: Corak n Rekaan (New)

DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Motif fauna pula menjurus kepada motif haiwan yang kerap digunakan ialah

ayam,itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah dan digabungkan dengan

motif flora.

Beberapa contoh kelarai bermotifkan haiwan:

Jari kedidi

Mata ketitir

Mata punai

Anak ikan

Tulang ikan

Sisik kelah

Pusat beranak

Kepala lalat

Belalang cucuk

Kepala gajah

Tapak anjing

Tapak harimau

Buntut siput

Mata berkait

Berhati

Motif abstrak selalunya lebih digemari dalam penghasilan tikar kerana ianya lebih

mudah dan ringkas untuk diolah.

Beberpa contoh kelerai bentuk bebas:

Belah ketupat

Kisar mengiri

Beras patah

Swastika

Tumbu gila madu manis

13

Page 14: Corak n Rekaan (New)

DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Corak tapak catur

CORAK ANYAMAN TIKAR.

            Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu

anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak

dijalin secara selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan

berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat  11

corak yang dianyam iaitu:

Corak Tapak Catur – seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil

cantuman warna cerah dan gelap

Corak Mata Bilis – menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam

satu mata sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan

beras patah.

14

Page 15: Corak n Rekaan (New)

DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Corak Beras Patah – menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam

tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member

gambaran seakan-akan beras patah.

Corak Palembang – berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang

dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan

putih.

Corak Bugis – berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan

hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam

bentuk berdiri dan serong.

Corak Muar – berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna

merah dan biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara

petak-petak digunakan adalah campuran merah dan biru.

Corak Selang-seli – penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian

dianyam mata sama banyak dan selari.

Corak Berdiri – kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua

warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar.

Corak Serong – corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui

contoh ini serta amat digemari oleh para penganyam.

Corak Ketapang Gilir Kacang – seakan-akan corak selang-seli dan susunan

yang rapat. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap.

Corak Malaysia – corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau

dan biru

15

Page 16: Corak n Rekaan (New)

DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Rujukan

1. Pendidikan awal kanak – kanak kemas ( Jabatan Kemajuan Masyarakat kemas)Kementerian Kemajuan luar bandar dan Wilayah.

2. www.wikipedia.org

3. http : // www. oum. edu. my (Open University)

4. http : // www. kemas. gov. my Jabatan Kemajuan Masyarakat

5. Pusat Perkembangan Kurikulam. 2003. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan .

KL; Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. http://www.wordiq.com

7. http://www.artfactory.com

16