corak & rekaan

15
1.Pengenalan Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Lebih-lebihnya jika ia merupakan seni kraf halus batik dan songket. Dalam teorinya, corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Corak Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. Hampir 70% corak tradisional diolah menggunakan motif semulajadi sama ada dari tumbuhan ataupun dari binatang. Ada yang menggabungkan kedua-dua unsur ini bagi menonjolkan rekaan kraf masing-masing. Contoh yang biasa kita dengan adalah seperti corak bunga buluh,pucuk rebung,bunga kiambang dan sebagainya. Dalam tugasan ini satu kajian yang membincangkan bagaimana corak dari sumber motif yang pelbagai yang diolah dan disusun bagi membentuk keaslian dan keunikan kedua-dua tekstil batik dan songket. Batik dan songket yang dipilih kerana ianya merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Ia juga meupakan seni kraf halus yang terulung sekali. Ia juga memerlukan skil tertentu untuk menghasilkan kraf tersebut. Kajian meliputi sejarah, perkembangan serta impak terhadap masyarakat melayu dan kesimupulan mengenai penggunaan seni kraf halus tersebut. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. Batik lukis dikatakan mula diperkenalkan Syarikat Mohd Salleh (Samasa Batik) dari Kelantan sekitar tahun 1945. Kedah turut menghasilkan Batik Merbok yang mengetengahkan motif

Transcript of corak & rekaan

Page 1: corak & rekaan

1.Pengenalan

Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya seni.

Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang

mengikut zaman akan tidak terhasil. Lebih-lebihnya jika ia merupakan seni kraf halus batik

dan songket. Dalam teorinya, corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur,

terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu

Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas

dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical

dan organik. Corak Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama

tertentu yang berunsur tradisional. Hampir 70% corak tradisional diolah menggunakan motif

semulajadi sama ada dari tumbuhan ataupun dari binatang. Ada yang menggabungkan kedua-

dua unsur ini bagi menonjolkan rekaan kraf masing-masing. Contoh yang biasa kita dengan

adalah seperti corak bunga buluh,pucuk rebung,bunga kiambang dan sebagainya.

Dalam tugasan ini satu kajian yang membincangkan bagaimana corak dari sumber

motif yang pelbagai yang diolah dan disusun bagi membentuk keaslian dan keunikan kedua-

dua tekstil batik dan songket. Batik dan songket yang dipilih kerana ianya merupakan satu

bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Ia juga meupakan seni kraf halus yang terulung

sekali. Ia juga memerlukan skil tertentu untuk menghasilkan kraf tersebut. Kajian meliputi

sejarah, perkembangan serta impak terhadap masyarakat melayu dan kesimupulan mengenai

penggunaan seni kraf halus tersebut.

Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara

tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat

pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik

mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik

berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau

menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di

alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun

1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan

dan Terengganu. Batik lukis dikatakan mula diperkenalkan Syarikat Mohd Salleh (Samasa

Batik) dari Kelantan sekitar tahun 1945. Kedah turut menghasilkan Batik Merbok yang

mengetengahkan motif berunsurkan flora, fauna dan artifak sejarah yang ada di dalam daerah

Merbok, Kedah.

Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun

Page 2: corak & rekaan

bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15

yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit.

Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai

Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun

mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama

seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya. Walaupun songket

merupakan harta pusaka warisan melayu ia masih menguasai pasaran kini kerana keunikan

serta kualitinya yang tidak terhingga. Busana dan butik zaman sekarang masih memberi

ruang untuk perkembangan industri tekstil batik dan songket ini. Apa yang turut

menakjubkan ialah minat terhadap kedua-dua seni halus dapat memukau pandangan orang

ramai. Penggunaan batik dan songket tidak herhad kepada orang melayu sahaja tetapi kaum

lain juga turut meminati perkembanagan serta penggunaannya secara meluas.

Motif

Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik.

Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif

Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-

tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.Contoh Motif Organik adalah seperti berikut :

Motif Ayam

Motif Bunga Buluh

Motif Bunga Kerak Nasi

Motif Bunga Kotak Bercampur

Motif Bunga Orkid

Motif Bunga Raya

Motif Daun Sireh

Motif Geometrik

Page 3: corak & rekaan

Motif Pucuk Rebung

Motif Rama-rama

Motif Siput

Contoh Motif Geometrik.

Motif Pucuk RebungMotif Bunga Kotak Bercampur

Corak

Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.Antara corak-corak yang sering digunakan.

i. Corak BerdiriCorak JalurCorak MelintangCorak MenyeluruhCorak MenyerongCorak Tompok-tompokCorak Ulangan Batu-bataCorak Ulangan/Selang selang

Proses Membuat

Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.

a)Blok penerapb)Campuran lilinc)Kaind)Pencelupe)Sebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas

diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia

akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses

ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda.

Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya

akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan

dibungkus untuk dipasarkan.

Motif abstrak batik lukis

Corak yang hasilkan kebanyakannya adalah bermotif abstrak dengan teknik warna

yang berbeza. Apa yang tersirat di sebalik lakaran yang hasilkan adalah berdasarkan rahsia

Page 4: corak & rekaan

alam seperti langit senja, daun hutan dan urat daun. Batik jenis ini diperluaskan mengikut

kehendak pasaran. Sehingga kini penghasilnya menghasilkan bunting batik, hiasan dinding,

cadar, langsir, skaf dan pario menjadikan penggunaan batik lukis lebih meluas. Batik lukis

milik semua dan menjadi tanggungjawab kita untuk meneruskan kesinambungannya

berlandaskan kemahiran serta kreativiti tersendiri supaya ia diterima semua peringkat

masyarakat. Motif abstrak bersama fesyen siap untuk dipakai menjadi strategi jenis batik ini

terus kekal di dalam industri ini.

Penjenisan Kain Batik

Batik terbahagi kepada tiga jenis.

Batik Blok

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak

diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut

susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu

ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Batik Conteng

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah

kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan

menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan

meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan

tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Page 5: corak & rekaan

Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng.

Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik

dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin

dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi

dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang

berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu

warna sahaja.

SONGKET

1. Motif

Contoh motif-motif songket ialah:

Motif Tumbuh-Tumbuhan Motif Binatang Motif Alam/Benda Motif Kuih

2. Corak

Contoh-contoh corak yang digunakan ialah:

Susunan Bunga Penuh Susunan Bunga Bertabur Susunan Bercorak

3. Proses

Mecelup benang ke dalam pewarna dan dikeringkan. Melerai benang dengan menggunakan alat darwin dan alat pemutar rahat. Menganeng benang ialah proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun. Menggulung benang-benang dengan sekeping papan loseng. Menyapuk benang. Mengarak benang. Menyongket benang dengan menggunakan alat lidi dengan menyongketkan benang loseng. Menenun dengan menggunakan alat torak yang diisi dengan benang emas atau perak dan

selepas itu dimasukkan di celah-celah benang mengikut corak yang dipilih hingga menjadi sehelai kain.

6. Penggunaan

Pakaian pengantin Perhiasan dinding Cenderamata

Songket selalunya didapati lebih mahal dari batik kerana proses membuat songket amat sukar dan semuanya dibuat dari tangan.

Motif   1.

Page 6: corak & rekaan

Ragamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain.

Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur.

2.

Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan.

Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan.

3. Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan.

4. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometric.

5. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak.

6. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain.

7. Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).

Susunan Motif Songket

1. Susunan bunga penuh

corak penuh bersulam juga dikenali songket cuban. Motif benang emas dan perak ditenun memenuhi keseluruhan kain.

2. Susunan bunga tabur

Page 7: corak & rekaan

corak ditenun secara bertaburan dan tidak terikat atau berangkai antara satu sama lain. Motif bunga yang ditenun ialah bunga tanjung, bunga buah cermai, bunga buah kesemak dan lain-lain. Taburan pada kain songket juga dilengkapi dengan garisan corak di kepala dan kaki kain.

3. Susunan bercorak

susunan motif dibuat secara jaluran berdiri atau melintang.

Proses Tenunan Songket

Kek Tenun

Page 8: corak & rekaan

Bahan dan AlatBenang dan pewarna ialah bahannya. Alatnya pula terdiri daripada kek tenunan, kek mengarat, rahak, peleting buluh (bobbin), lidi daun kelapa, papan gulung, anak kayu, dua belira, sikat dan jentera, jarum culik, batang anak kayu, kayu karat, benang losen, lidi nibung atau buluh, benang batang bunga songket, darwin pakan, darwin benang emas, cuban, torak pakan, torak benang emas dan sumbi.

Teknik dan Proses

Setelah benang dibersihkan dan dimasukkan ke dalam pencelup warna, ia dibilas dengan air dan dijemur hingga kering. Lapan proses lagi yang terlibat sebelum sesuatu tenunan boleh disiapkan ialah melerai, menganing, menggulung, menyampuk, menghubung, mengarak, menyolek dan menenun.

1. Melerai

Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak untuk diputarkan pada satu alat yang bernama peleting. Proses ini dipanggil melerai. Terdapat dua jenis rahak, iaitu darwin pakan dan darwin emas. Darwin pakan digunakan untuk benang pakan sahaja. Ia diperbuat daripada buluh dan tali atau rotan. Darwin emas pula digunakan untuk benang emas sahaja dan diperbuat daripada kayu atau dawai kerana benang emas kasar dan berat.

2. Menganing

Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing untuk menentukan ukuran panjang benang yang hendak dimuatkan pada alat ini. Biasanya segulung benang pakan atau seloseng yang berukuran 26 - 31 m boleh menghasilkan 12 - 14 helai kain.

3. Menggulung

Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang losen pada papan gulung yang hendak dipasung. Losen ialah benang yang memanjang pada kek. Kedudukan benang perlu diperiksa setiap tiga kali menggulung untuk memastikan susunan kemas.

4. Menyampuk

Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat. Biasanya, proses ini dilakukan di dalam kek mengarak supaya senang untuk menyampuk benang kepada jentera. Setiap lubang sikat disusukan dua urat benang losen. Pada kedua belah hujung sikat itu disusukkan empat urat benang supaya tepi kain tidak terkoyak apabila disangkutkan pada kayu sumbi kain. Sumbi kain ialah sebatang anak kayu yang mempunyai paku di kedua-dua belah hujungnya. Sumbi kain menjaga tepi kain tenun supaya sama jarak dan tidak berkedut.

5. Menghubung

Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggil ubung tindas. Proses ini bertujuan menyambungkan benang losen untuk menenun. Meja kecil dinamakan meja hidangan berukuran 10 cm panjang, 8 cm lebar dan 20 cm digunakan untuk menghubung.

6. Mengarak

Page 9: corak & rekaan

Kerja mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk. Mengarak dilakukan dengan melilit benang asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang losen. Jumlah karat yang digunakan biasanya hanya dua karat dan setiap karat mempunyai empat batang anak kayu.

7. Menyolek

Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses menenun kain songket. Cara menyolek reka corak adalah dengan menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang dikehendaki. Biasanya kain songket ditenun dengan teknik tekat tiga atau tekat lima. Jika menggunakan tekat lima, setiap lima unit benang losen, satu benang alas ditolak ke bawah dan benang-benang alas ini disengkang pula dengan belira. Setelah benang losen berada di atas, barulah kamu boleh menyolek dalam pelbagai corak pada benang losen dengan menggunakan lidi buluh. Belira dimasukkan pada setiap lidi buluh tadi mengikut giliran. Belira ditegakkan untuk menyenangkan ikatan benang butang. Butang-butang inilah yang akan menjadikan corak atau motif bunga di atas kain songket. Apabila selesai proses menyongket, benang losen bersama karat-karatnya ditukar ke kek tenun untuk ditenun agar menjadi kain songket.

8. Menenun

Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan kain. Bagi kain songket bercorak penuh, benang emas dilayarkan melalui torak benang emas untuk menghasilkan sulaman motif bunga atau hiasan reka corak penuh. Bagi kain songket corak melintang atau corak bunga bertabur, benang emas dilayarkan melalui cubaan untuk mendapatkan motif-motif yang dikehendaki. Lazimnya selepas satu benang emas dilayarkan, ia dikepuh (beat) dan diikuti pula dengan melayarkan dua benang pakan. Penenun akan menukarkan benang butang mengikut giliran dan corak yang telah ditentukan. Proses ini diulangi sehingga menghasilkan sehelai kain songket.

PERSAMAAN

·        Kedua-dua seni kraf batik dan songket menggunakan motif dari benda-benda alam

seperti awan atau langit, motif tumbuh-tumbuhan serta binatang.

·        Kedua-dua boleh digunakan sebagai pakaian tradisional dan rasmi.

·        Kedua-dua boleh menjadi sebuah cenderamata dalam majlis rasmi atau pun sebagai

kenagan.

Page 10: corak & rekaan

·        Kedua-dua seni halus ini boleh digunakan sebagai perhiasan rumah, restoran serta

pameran di dinding. Ia turut mendapat sambutan hangat dari masyarat tempatan serta

warga asing sebagai bahan perhiasan.

PERBEZAAN

Walaupun terdapat beberapa persamaan namun kedua-dua seni halus ini masih menampilkan perbezaan yang ketara, dimana kita dengan senang membezakan kedua-dua seni halus melalui perbezaan yang berikut. Kriteria-kriteria inilah dapat membezakan kedua-dua seni kraf halus kita.

  Batik Songket

1. Batik dibuat daripada benang

kapas.

Songket dibuat daripada benang

sutera.

2. Coraknya dibuat dengan

menggunakan cap.

Coraknya dibuat dengan menenun

benang.

3. Berasal dari Indonesia. Berasal dari Malaysia.

4. Proses menghasilkan batik lebih

cepat dari songket.

Proses menghasilkan songket lebih

sukar dan lama dari batik.

5. Harganya lebih murah. Harganya lebih mahal.

Corak

Corak Flora Corak Flora

Page 11: corak & rekaan

Senarai Motif Batik

Unsur flora Unsur fauna dan benda Unsur geometri

Bunga kaca piring Abor Banji

Akar-akar menjalar Ayam jantan Ceplok

Bunga air mata Buntut siput Jalur

Bunga anggerik (orkid) Burung Kawang

Bunga kenanga Jaring ikan Kisi-kisi

Bunga baling Kala jengking Swastika

Bunga kerak nasi Kampung Keluk pinggir awan persegi

Bunga buluh Kupu-kupu Pilin berganda ‘s’

Bunga cempaka Unggas Buntut siput

Bunga kerawang Wai Parang rosak

Bunga mawar Wayang kulit  

Bunga mangga Awan  

Bunga raya Mega mendong  

Bunga teratai Bertampalan  

Daun pala    

Daun berjalar    

Daun keladi    

Daun puding    

Daun sirih emas    

Daun Siti Fatimah    

Jerampang    

Kiambang    

Lonang atau Rohani    

Pohon ara    

Pucuk rebung    

Page 12: corak & rekaan

Tampuk manggis    

Telepuk    

Gambarajah menunjukkan corak yang dihasilkan sewaktu melukis corak di atas kain rentang batik. Pergerakkannya dapat dilihat dengan jelas setiap pergerakkan akan menghasilkan corak tertentu di mana hasilnya dapat dilihat setelah siap lukisan di atas kain rentang.

Manakala bagi seni kraf songket pula, coraknya dihasilkan ketika proses tenunan dan susunan benang dalam mesin kek pula. Setiap corak melambangkan kelainan dan keunikanya tersendiri. Di mana, penggunaan corak dan rekaan yang diaplikasikan dari motif tumbuhan serta haiwan dan campuran kedua-duanya sekali. Ada juga yang menggunakan corak geometri seperti bentuk bulat, segitiga dan segiempat.

Sekiranya diteliti dengan lebih terperinci, corak yang digunakan masih lagi

menampakkan keaslian dan keunikan walapun terdapat perkembangan teknologi maklumat.

Apatah lagi jika corak yang dihasilkan dapat memberikan kepuasan maksima. Apa yang

dihasilkan adalah seratus peratus tulen dan asli. Ia tidak boleh dihasilkan oleh orang lain.

Walaupun kita cuba mempercepatkan kerja penghasilan corak dengan kepakaran komputer

namun keaslian itu tidak menjamin kepuasan rakyak yang menghargai kesenian ini.

Walaupun penggunaan corak kontemporari semakin meningkat namun minat rakyat terhadap

corak dan rekaan asli masih mendapat sambutan daripada rakyat tempatan. Ini dapat

dibuktikan melalui penggunaan batik dan songket yang dihasilkan secara cara tradisional

Page 13: corak & rekaan

masih digemari ramai. Walaupun sesuatu bahan yang dihasilkan mengambil masa yang lama

dan prosesnya pula banyak peringkat namun kepuasan menjadi motif utama dalam penialain

sesuatu bahan.

Selain daripada itu, rekaan dan corak pada sesuatu karya pada penghasilan batik dan juga

songket memain peranan sebagai sesuatu nilai estetik yang hidup mengikut aliran zaman.

Corak yang sterotaip tanpa pengubahsuaian dan nilai seni yang kreatif mengikut kehendak

zaman akan menjadikannya “mati” dan hanya layak untuk menjadi bahan sejarah. Kreativiti

penggiat seni yang berterusan mencipta corak dalam rekaan batik sarung mengikut kehendak

dan permintaan penggemar batik akan menjadikan batik sesuatu yang diminati dan

mempunyai nilai komersial yang berterusan. Ini akan memberi nilai tambah kepada penggiat

seni batik tersebut.

Nilai komersial yang terdapat pada batik sarung bergantung kepada rekaan dan corak yang

dihasilkan pada permukaan batik sarung. Nilai komersial inilah yang merancakkan industi

pembikinan batik di Malaysia. Nilai komersial akan secara tidak langsung membangkitkan

suatu pesaingan dikalangan penggiat batik untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan unik.

Sudah pasti rekaan dan corak yang akan dihasilkan menitik berat perancangan yang terliti

untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Ini dapat kita lihat dipasaran, setiap bulan akan ada

sesuatu corak yang baru diperkenalkan oleh pelbagai pengusaha batik tempatan.

Nilai identiti juga memainkan peranan pada rekaan dan corak batik dn songket. Akhir-akhir

ini ada pihak tertentu cuba menuntut hak asal pembikinan batik dan songket terutamanya

daripada negara yang mempunyai rumpun yang sama. Identiti batik dan songket Malaysia

dengan hasil keluaran negara jiran seperti Indonesia, Negeri Thai dan sebagainya mempunyai

keunikan rekaan dan corak tersendiri dan perbezaannya juga ketara.Ini secara langsung

memberi identiti yang tersendiri kepada batik dan songket Malaysia dan membezakannya

dengan keluaran negara lain.Yang jelas disini, rekaan dan corak pada batik dan songket

tempatan yang dihasilkanlah yang memainkan peranan memberi identiti kepada sesuatu

hasilan seni karya tersebut.

Kesimpulannya, rekaan dan corak didalam karya seseorang penggiat seni batik dan songket

sesungguhnya memberi pengertian yang amat mendalam dan bukan hanya untuk nilai estetik

semata-mata. Corak dan rekaan pada batik dan songket mempunyai hak ciptaan, nilai

komersial dan identitinya tersendiri. Bagi pendapat saya, waplaupun kita memerlukan

pembaharuan namun apa yang diwarisi serta diamalkan perlu dikekalkan supaya tidak hilang

begitu juga.

Page 14: corak & rekaan

BIBLIOGRAFI

http://malaysiana.pnm.my/04/0408songket.htm

http://malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htm

http://www.expat.or.id/info/batik.html

Kementerian Pendidikan Malaysia (1985) Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual,

KBSR.KL., DBP.

Open University Malaysia, (2006) HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual,

UNITEM Sdn.Bhd.

Open University Malaysia, (2007) HBAE3503 Perkembangan Seni dan Kanak-Kanak,

UNITEM Sdn.Bhd.

Open University Malaysia, (2007) HBEF1403 Seni dan Dalam Pendidikan, UNITEM

Sdn.Bhd.