Correction SDP 1

31

Transcript of Correction SDP 1

1.0 PENGENALAN

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

3.0 BAHAN BANTU MENGAJAR 1) CD pengajaran berasaskan unsur TMK2) Bahan maujud 3D (Baju Jalur Gemilang)3) Bahan maujud 2D (Buku Sajak)

4.0 BAHAN MAUJUD 2D & 3D

5.0 REFLEKSI

6.0 LAMPIRAN

7.0 BIBILIOGRAFI

ISI KANDUNGAN

1.0 Prakata2.0 Rancangan Pengajaran Harian3.0 Bahan Bantu Mengajar4.0 Bahan Maujud Berbentuk 2D dan 3D5.0 Refleksi6.0 Lampiran7.0 Bobliografi

LAGU CIPTAAN SENDIRI (LIRIK)

Rasa sayang, hey!Rasa sayang sayang heyHey lihat Malaysia KuRasa sayang sayang hey!

Kalau singgah di Kuala LumpurJangan lah lupa ke KLCCBandar damai serta tersohorSajak gelaran Ibu Negeri

ulang Chorus

Rasa sayang, hey!Rasa sayang sayang heyHey lihat Malaysia KuRasa sayang sayang hey!

Mari kita singgah MelakaPenuh dengan seribu misteriJika anda tidak percayaAFamosa teguh berdiri

ulang Chorus

Rasa sayang, hey!Rasa sayang sayang heyHey lihat Malaysia KuRasa sayang sayang hey!

Jika sebut pasal makananTidak kan habis sampai ke pagiMurtabak, rojak dan roti canaiNasi lemak lah wajah kami

ulang Chorus

Rasa sayang, hey!Rasa sayang sayang heyHey lihat Malaysia KuRasa sayang sayang hey!

Bumi bertuah tempat bernaungPesat membangun dan juga kayaUniknya kami pelbagai kaumMelayu, Cina, serta India

REFLEKSIDalam tugasan bagi kursus WAJ3073 Seni Dalam Pendidikan (SDP) saya dikehendaki menyediakan Rancangan pembelajaran harian berserta dengan bahan bantu mengajar (BBM) sama ada 2D atau 3D. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan Seni Dalam Pendidikan ini dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan yang tidak jemu memberikan tunjuk ajar. Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Puan Izzatul Ashikin kerana tunjuk ajar dan bimbingan serta komen yang membina yang telah beliau beri sepanjang proses melaksanakan tugasan kerja kursus iniPada mulanya tugasan ini memberi sedikit tekanan kepada saya kerana kurang pengalaman dan pemahaman dalam bidang ini. Setelah itu perasaan ini sudah mulai hilang apabila mendapat tunjuk ajar dari pensyarah serta rakan-rakan yang lain. Setiap komen yang diberi oleh pensyarah dijadikan sebagai panduan kepada diri saya mahupun rakan-rakan yang lain agar dapat menghasilkan kerja yang berkualiti.Sepanjang proses menyiapkan projek ini, terlalu banyak cabaran yang saya hadapi termasuklah memahami semua konsep seni yang telah dipelajari sebelum ini. Projek ini telah membuka minda saya sebagai seorang bakal guru yang akan berkhidmat dan sesi pembelajaran seharusnya menarik dan menyeronokkan untuk menarik minat pelajar untuk belajar tanpa ada perasaan jemu dalam jiwa mereka. Pembelajaran yang menyeronokkan akan membuatkan pelajar semakin hari semakin menebal minat mereka untuk menuntut ilmu.

Sepanjang penghasilan tugasan ini, pelbagai ilmu baru telah saya perolehi. Sebagai contoh, pembelajaran yang berkesan tidak bersandarkan kepada kurikulum sahaja bahkan turut perlu mempunyai unsur seni agar proses penerimaan ilmu dikalangan pelajar lebih jitu. Di samping itu tugasan ini juga membuka mata serta minda saya bahawa pelbagai kaedah yang boleh membantu guru menjadikan pembelajarannya menyeronokkan, bukan hanya menggunakan kapur dan papan hitam sahaja. Saya berharap agar ilmu yang diperoleh dapat menbantu saya untuk menjadi guru yang cemerlang dan berdedikasi pada masa akan datang.

Melalui pelaksanaan tugasan ini saya dapat mengenal pasti kekuatan serta kelemahan yang ada pada saya. Oleh it saya mengemukakan SWOY dalam refleksi saya. SWOT disini bermaksud (Strength, Weaknes, Oppurtunity, threats) ataupun (Kekuatan, Kelemahan, Peluang, Ancaman)

KEKUATAN: Pertama sekali, saya dapat mengenal pasti kekuatan saya iaitu dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai. Saya telah menghasilkan sehelai baju Jalur Gemlang yang saya cipta dari hasil gabungan bendera yang digabungkan dengan reka bentuk baju melayu walaupun agak sukar dan mengambil masa yang lama tetapi hasilnya amatlah memuaskan. Pada awalnya saya merasakan ianya agak mustahil untuk saya menghasilkan BBM seperti ini kerana saya beranggapan bahawa memerlukan masa yang sangat panjang. Setelah membuat pertimbangan akhirnya saya bersetuju membuat baju Jalur Gemilang kerana secara tidak langsung ianya dapat menyerlahkan bakat seni saya. Untuk bahan 2D pula saya telah menyediakan sekeping buku yang berisi sajak untuk di deklamasikan di dalam kelas nanti. Buku sajak itu saya telah hasilkan dengan memotong mounting board dan menghiasnya dengan kertas warna sebagai latar dan akhirnya menggunting dan menampal sajak tersebut di dalam buku itu untuk digunakan di dalam kelas nanti. Berikut merupakan langkah ringkas saya menghasilkan BBM ini :

Langkah 1: proses di mulakan dengan menjahit baju menggunaka reka bentuk Baju Melayu untuk melambangkan Tradisi dan Budaya di Malaysia.

Langkah 2: proses di sambung dengan menghasilkan samping dengan munggunakan Jalur Gemilang. Dengan sedikit potongan di bahagian bawah serta menyambung bendera tersebut maka terhasil keputusan seperti dalam rajah di atas.

Langkah 3: proses di teruskan dengan menjahit bahagian seluar pula, untuk bahagian seluar saya telah menggunakan 2 Jalur gemilang untuk menghasilkan corak yang seimbang dan kelihatan kemas.

Hasil yang diperolehi setelah melalui ke tiga-tiga proses di atas.

Rajah diatas merupakan hasil terakhir buku sajak hasil ciptaan saya sendiri. Rajah di atas merupakan bahagian dalam buku dan rajah di bawah pula merupakan bahagian luar atau pun kulit buku tersebut.

Langkah 6: Setelah menyiapkan kedua-dua bahagian buku, saya telah menggabungkan buku tersebut dengan menebuk lubang pada mounting board dan mengikat buku menggunakan ring seperti rajah di atas

Langkah 5: proses melekat dan menghias bahagian kedua buku sajak, kertas warna merah pula digunakan sebagai latar untuk menimbulkan unsur kontra serta menarik.

Langkah 4: setelah selesai menggunting dan menampal latar belakang, proses diteruskan dengan menampal kepingan sajak pada bahagian pertama buku sajak. Setelah itu muka surat pertama dihiasi dengan tali rayban dan kertas yang membentuk rayban.

Langkah 3: seterusnya kertas yang digunting di tampal pada bahagian hadapan sbagai kulit buku. Sedikit campuran kertas warna dicera-ceraikan untuk dijadikan hiasan

Langkah 2: proses menggunting kertas warna untuk di jadikan hiasan pada muka hadapan dan digunting berbentuk huruf atau abjad. Kertas warna juga digunakan sebagai latar belakang pada bahagian dalam buku.

Rajah dibawah pula merupakan proses penghasilan Buku Sajak yang berjudul Pertama Dan Terakhir

Langkah 1: proses di mulakan dengan menggunting mounting board berbentuk buku serta dibentuk dengan corak geometri yang menarik.

KELEMAHAN: tiada manusia yang sempurna di dunia ini dan manusia juga tidak pernah lari dari membuat kesilapa. Antara kelemahan saya adalah saya tidak pandai menguruskan masa. Saya sepatutnya menyediakan satu jadual kerja serta membuat perancangan awal supaya segalanya berjalan dengan teratur serta saya akan mempunyai masa meneliti semua hasil kerja saya. Selain itu saya juga bersikap suka menangguh-nangguh dalam melakukan kerja saya menyebabkan semua yang di fikirkan kebanyakan nya tidak menjadi akibat masa yang tidak mencukupi. Selain itu kelemahan saya juga adalah saya amat lemah di dalam penulisan rph di mana saya agak keliru dengan pelbagai format yang di persembahkan. Saya amatlah khuatir dan risau sekiranya RPH saya tidak cukup bagus dan melengkapi kriteria yang di tetapkan.

PELUANG: Pelaksanaan tugas ini memberikan saya peluang untuk menghasilakn BBM 2D dan 3D yang menarik. Sebelum ini saya tidak mempunyai sebarang pengalaman menghasilakn baju Jalur Gemilang kerana saya kurang yakin ianya akan berjaya. Saya juga dapat merasai kepuasan yang tidak terhingga melihat hasil kerja saya sendiri dan memberi sedikit anjakan paradigm kepada saya untuk terus maju dan percaya pada diri saya sendiri.

ANCAMAN: Antara ancaman atau pun halanganyang menyukarkan lagi saya untuk membuat tugasan ini ialah ianya merupakan tugasan individu. Kelemahan pada tugasan individu ialah ianya akan mengambil proses yang sangat lama selain itu akan menjadi sukar kerana kekurangan idea kerana hanya satu otak sahaja yang berfikir berbanding tugasan berkumpulan. Selain itu ancaman lain juga merupakan kelajuan internet yang sangat rendah dan menyukarkan saya untuk mencari sumber rujukan dan informasi yang mahu di jadikan contoh idea saya. Ancaman terakhir saya ialah bahan yang tehad. Setelah puas memerah otak memikirkan idea saya mengalami kesukaran mencari bahan kerana tidak semua bahan yang saya perlukan itu di jual di kedai. Oleh tu saya perlulah menyelaraskan bahan yang ada dengan kesesuaian idea saya. Ianya amatlah sukar dan membimbangkan saya kerana takut hasil yang saya perolehi itu tidak memusakan hati. Akan tetapi Alhamdulillah saya berjaya mengatasi semua hanlanagn serta cabaran dalam menghadapi tugasan ini hingga dari awal hingga ke akhir.

Bibiliografi1) Mas Anom Musdar, and Nathan Kumar., (2007). Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. 1st ed. Seri Kembangan, Selangor: PNI Neuron (M).

2) YouTube, (2014). Malaysia -Truly Asia-. [online] Daripada: http://www.youtube.com/watch?v=bP0obUFqtsI&feature=youtu.be [Diakses pada 14 ogos. 2014].3) JELANI, H. (2009). BLOG SUMBER GURU PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH RENDAH: CONTOH RANCANGAN MENGAJAR HARIAN. [online] Psksksd.blogspot.com. Daripada : http://psksksd.blogspot.com/2009/08/contoh-rancangan-mengajar-harian.html [Dilayari pada 14 Ogos. 2014].4) 6, R. (2014). My DiZZy FlaVeR: RPH PSK TAHUN 6. [online] Yunnowy2.blogspot.com. Daripada: http://yunnowy2.blogspot.com/p/rph.html [Dilayari pada 15 Ogos. 2014].5) Anon, (2014). [online] Daripada: http://atiqahali.blogspot.com/2010/11/contohrph-psk.html [Dilayari pada 15 Ogos. 2014].