CORT1,2&4KKB

download CORT1,2&4KKB

of 74

Transcript of CORT1,2&4KKB

2.0 KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR 2.1 Tujuan Kurikulum Kemahiran Berfikir MRSM bertujuan mendedahkan pelajarpelajar kepada kemahiran berfikir yang menyeluruh dan sistematik. Adalah diharapkan juga dengan mengikuti kurikulum ini, mutu pemikiran pelajar-pelajar akan menjadi lebih kreatif dan berkesan dalam kehidupan seharian yang akhirnya akan menghasilkan individu yang kreatif, producer knowledge (mengeluarkan pendapat) dan kompetitif. 2.2 Objektif : i. Menyedarkan bahawa berfikir adalah suatu kemahiran. ii. Memberi pendekatan berstruktur apabila berfikir. iii. Berfikir dengan sengaja melalui penggunaan alat-alat CoRT. iv. Memberi penghayatan dalam penggunaan alat-alat CoRT. v. Mendedahkan kemahiran berfikir secara sistematik dan menyeluruh. vi. Menjadikan pemikiran lebih kreatif, kritis dan berkesan. vii. Mengaplikasi alat-alat berfikir dalam pembelajaran dan kehidupan seharian

2.3 Kandungan Kursus Kemahiran Berfikir : CoRT : COGNITIVE RESEARCH TRUST CoRT 1 Berfikir Secara Meluas

Pelajaran dalam CoRT 1 menggalakkan pelajar-pelajar untuk berfikir secara meluas dengan menggunakan alat-alat seperti PMI, CAF, C&S, AGO, FIP, APC dan OPV.

CoRT 2

Organisasi (teratur)

CoRT 2 menumpukan perhatian yang sengaja dan teratur untuk melakukan operasi yang perlu dengan bertanyakan soalan-soalan yang khusus dan mencari jawapan-jawapan yang khusus. Tujuan CoRT ini ialah untuk melatih pelajar-pelajar proses berfikir sebagai satu operasi yang teratur. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan alat-alat seperti Recognise, Analyse, Compare dan Select.

CoRT 3

Interaksi (fokus pada pemikiran orang lain)

CoRT 3 pula mendedahkan pelajar-pelajar kepada pemikiran orang lain terhadap sesuatu situasi atau masalah, tetapi tidak menitikberatkan masalah itu sendiri. Cort ini mengemukakan situasi penghujahan. Pelajar-pelajar meneliti pemikiran yang terlibat dalam penghujahan, bagaimana pandangan dikemukakan atau ditegakkan dan bukti-bukti yang digunakan untuk menyokong hujah-hujah. Antara alat-alat CoRT yang digunakan ialah EBS, Evidence, Agreement, Disagreement dan Irrelevance, Being Right dan Being Wrong.

CoRT 4

Kreativiti

Tujuan pelajaran CoRT 4 ialah untuk menggalakkan pergerakan tabiat yang disengajakan (deliberate habits of operation) untuk mencetuskan idea-idea baharu dan cara-cara berbeza melakukan sesuatu. Ini dapat dilaksanakan dengan menggunakan operasi seperti stepping Stone, Random Input dan Concept Challenge.

CoRT 5

Maklumat/Perasaan

CoRT 5 bertemakan maklumat yang bertujuan untuk menyedarkan pelajar-pelajar tentang wujudnya faktor maklumat dan perasaan dalam sesuatu situasi. Alat-alat berfikir yang boleh digunakan antaranya ialah Information-in and Information-out, Question (Fishing and Shooting questions) dan Clues.

CoRT 6

Tindakan

CoRT 6 menekankan proses pemikiran secara keseluruhan. Dimulakan dengan tujuan dan situasi diakhiri dengan tindakan yang khusus untuk dilaksanakan. Tanpa rangka kerja begini, pemikiran kita mungkin tidak berhaluan iaitu banyak berfikir tetapi tidak ada hasilnya. Rangka kerja yang dinamakan TECPISCO dapat mengatasi masalah kekusutan dengan menggariskan proses berfikir langkah demi langkah. 2.4 Isi Kandungan Kursus Kandungan Modul CoRT 1-6 adalah seperti berikut; KURIKULUM KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR (KKB) Pelajar Tajuk CoRT / Tema an 1 Pengenalan pelajaran CoRT dan 2 CoRT Plus, Minus, Interesting 3 Consider All Factors 4 Rules 5 Consequence & Sequel 6 Aims, Goal, Objectives CoRT 1 7 Planning Berfikir Cara Meluas 8 First Important Priorities 9 Alternatives, Possibilities, 10 Choices 11 Decision Other Point Of Views 12 Recognise 13 Analyse 14 Compare CoRT 2 15 Organize Organisasi 16 Consolidate 17 Conclude 18 Examine Both Sides 19 Being Wrong CoRT 3 20 (Exaggerate/Prejudice) Interaksi Evidence (Values) 21 Yes, No, PO dan Stepping Stone CoRT 4 22 Random Input Kreativiti 23 Concept Challenge

Pelajar an 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39

Tajuk Dominant Idea Define The Problem Remove Faults Combinations Requirements Evaluation Information dan Question Values- Emotion TEC P I S C O TEC-PISCO Ujian

CoRT / Tema

CoRT 5 Maklumat Perasaan

&

CoRT 6 Tindakan

4.0 ISI KANDUNGAN CoRT 1 (Cognitive Research Trust 1) mengandungi alat-alat berfikir untuk menggalakkan individu berfikir secara meluas dan sistematik. Alat-alat berfikir yang terdapat dalam CoRT 1 adalah seperti berikut: CoRT 1 ALAT-ALAT BERFIKIR PMI CAF *Rules C&S AGO *Planning MAKSUD Plus, Minus, Kebaikan, Keburukan, Interesting Menarik Consider All Factors Mengambil kira semua faktor Beberapa keadaan untuk Peraturan menggunakan PMI dan CAF. Consequences & Meramalkan Sebab & Akibat Sequel Aims, Goals and Tujuan Matlamat & Objektif Objectives Beberapa keadaan untuk Perancangan menggunakan PMI, CAF, C & S dan AGO.

Keutamaan Mengikut Kepentingan Alternatif, Kemungkinan dan APC Pilihan Beberapa keadaan untuk menggunakan alat-alat *Decision Membuat Keputusan berfikir CAF, AGO, FIP dan APC OPV Other Peoples View Pandangan Orang Lain *Operasi yang menggunakan gabungan alat-alat berfikir FIP

First Important Priorities Alternatives, Possibilities, Choices

PRE TEST KEMAHIRAN BERFIKIR Nama: Kelas: Homeroom: Arahan: Jawab semua soalan. Masa: 40 minit Sila nyatakan pandangan kita pada isu/ perkara di bawah: 1. Pelajar dibenarkan memilih guru yang diminati/ pilihan mereka untuk mengajar. 2. Pelajar tidak perlu masuk ke kelas untuk belajar. Pelajar dibenarkan belajar di rumah sahaja menerusi komputer. 3. Sebagai pelajar PMR / SPM bagaimana kita membuat perancangan untuk mendapat semua A dalam peperiksaan tersebut? 4. Kita diberi pilihan sama ada memasuki asrama (MRSM) atau tidak. Bagaimanakah kita membuat keputusan?

Arahan: Pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada bahagian ini hendaklah merujuk kepada bahagian Pengenalan dalam CoRT 1 (matlamat, objektif, isi kandungan dan lain-lain)

Rajah 1 Gambar satu situasi

Nyatakan perkaitan kemahiran berfikir.

antara

gambar

perempuan

berlari

dengan

Pelajaran CoRT 1 bertujuan untuk meluaskan pemikiran dan mengandungi 7 alat berfikir dan 3 alat Operasi yang menggunakan gabungan alat-alat berfikir. Alat-alat tersebut ialah :

PMI CAP S&S AGO FIP APC OPV RULES PLANNING DECISION

= = = = = = = = = =

Plus, Minus, Interesting Consider All Factors Consequence & Sequence Aims, Goals, Objectives First Important Priorities Alternatives, Possibilities, Choices Other Point of View Peraturan Perancangan Membuat Keputusan

ALAT BERFIKIR

OPERASI

PMI (Plus, Minus, Interesting)

P P PPPPP P P MMMM I I I !

PENGENALAN

PMI merupakan pelajaran asas dalam kurikulum Kemahiran Berfikir. Ia juga merupakan satu alat pemikiran membolehkan pandangan atau persepsi seseorang terhadap sesuatu situasi lebih terbuka.

Pemikiran melalui alat PMI membolehkan kita menyenaraikan : Perkara yang difikirkan baik tentang sesuatu idea P (Plus)

Perkara yang difikirkan tidak baik tentang sesuatu idea M (Minus) Perkara yang menarik tentang sesuatu cetusan idea yang perlu diberi perhatian dan yang tidak tergolong di dalam Plus atau Minus I (Interesting)

Penggunaan PMI akan membolehkan seseorang itu berfikir secara terbuka dan tidak membuat keputusan secara terburu-buru.

Tanpa menggunakan PMI, seseorang itu bertindak berdasarkan emosi yang mungkin menghasilkan pandangan dan keputusan yang kurang atau tidak tepat.

FOKUS GURU : Rumusan guru : i. Idea seseorang itu mungkin berbeza dengan seseorang yang lain. ii. Dalam membuat keputusan kita mesti mengambil kira tiga perkara iaitu baik (Plus), buruk (Minus) dan menarik (Interesting). Contoh : Bas tidak mempunyai tempat duduk Contoh jawapan : P - lebih ramai orang boleh menaiki bas. lebih mudah untuk naik dan turun bas. penumpang akan terjatuh jika bas berhenti secara

M mengejut.

Sukar bagi warga tua dan orang kurang upaya untuk menggunakan perkhidmatan bas. I - kegunaan bas boleh dipelbagaikan. Keperluan menuju ke destinasi mengatasi keselesaan perkhidmatan. LATIHAN 1. Pelajar dimestikan punch card pada setiap hari

Cadangan jawapan : P M I Kehadiran pelajar senang dikawal. Pelajar tidak ponteng. Pengurusan sekolah lebih teratur. Kos yang lebih tinggi. Berlaku penipuan. Kelas seperti pejabat. Pelajar peka dalam pengurusan masa.

PENILAIAN Guru membuat penilaian terhadap setiap pelajaran berdasarkan perkara berikut : i. ii. iii. iv. Bilakah PMI digunakan ? Mengapakah PMI perlu digunakan ? Bagaimana PMI membantu dalam kehidupan ? Senaraikan faedah menggunakan PMI?

RUMUSAN PMI boleh digunakan untuk : i. ii. iii. iv. Mengenal pasti satu idea baharu dari pelbagai aspek. Membuat penambaikan terhadap keputusan yang telah diambil. Mengelakkan pemikiran negatif. Membuat pilihan yang terbaik.

PRINSIP :i. ii. iii.

PMI penting kerana tanpanya kita mungkin menolak sesuatu idea yang bernas yang nampak seolah-olah tidak baik pada mulanya. Tanpa PMI besar kemungkinan kita tidak dapat melihat keburukan sesuatu idea yang kita suka. PMI dapat menunjukkan bahawa sesuatu idea itu bukan sahaja baik atau tidak baik tetapi juga menarik jika ia membawa kepada idea yang lain.

iv.

Tanpa PMI kebanyakan keputusan yang dibuat bukanlah berdasarkan nilai sesuatu idea tetapi berdasarkan kepada emosi pada masa itu. Dengan PMI kita boleh membuat keputusan sama ada suka atau tidak sesuatu idea selepas kita menimjau semua faktor sebelumnya. CAF (CONSIDER ALL FACTORS)C CC CCC CCCC CCCCC CCCCCC fffffffffff a aa aaa aaaa aaaaa fffffffff aaaaaa f fff fffff fffffff

v.

PENGENALAN/KONSEP : CAF (Consider All Factors) atau Mengambil Kira Semua Faktor adalah berkaitan dengan perancangan, penilaian, dan membuat sesuatu kesimpulan. Melalui CAF kita akan mengambil kira semua faktor untuk membuat sesuatu keputusan. Tujuan CAF ialah untuk mengambilkira semua faktor secara menyeluruh tanpa mengira baik atau buruk sesuatu idea sahaja. Fokus pelajaran ini kepada faktor-faktor yang tertinggal sahaja.

Contoh : Lawatan sambil belajar ke Genting Highland Pahang. Apakah fakorfaktor perlu diambil kira sebelum membuat keputusan lawatan. Cadangan jawapan : i. Keselamatan jalanraya yang berbahaya kerana banyak selekoh tajam dan bergaung ii. Semua perkhidmatan dikenakan bayaran. iii. Makanan dan minuman terlalu mahal iv. Membuka minda pelajar v. Udara yang segar dan nyaman vi. Pemkitangan yang indah. vii. Pengalaman penerokaan gaya hidup yang berbeza. viii. Terdedah dengan amalan yang bertentangan dengan agama dan budaya. ix. Pembaziran wang dan masa. x. keselamatan xi. kos xii. faedah xiii. cabaran LATIHAN : 1. Kebanyakan pelajar tidak berminat belajar Bahasa Inggeris. Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan tersebut. Cadangan Jawapan : Masa penggunaan yang terhad Guru tidak berpengalaman Bahasa penjajah Kurang pendedahan awal Kurang sokongan semua pihak PENILAIAN / RUMUSAN GURU :i. ii. iii. iv. v.

Guru membuat penilaian pelajaran hari ini berdasarkan perkara berikut : i. ii. iii. Apakah CAF. Bilakah masa yang paling sesuai untuk membuat CAF? Nyatakan kepentingan CAF

PRINSIP :

i. CAF perlu dilakukan sebelum sesuatu keputusan diambil. ii. Senaraikan semua faktor terlebih dahulu sebelum memilih yang terbaik bagi mengelakkan ada faktor yang tertinggal. iii. Pandangan orang lain perlu diambilkira sebelum membuat keputusan. iv. Faktor yang tertinggal perlu diberikan perhatian untuk memastikan keputusan yang diambil adalah tepat. RULES (PERATURAN)

PENGENALAN / KONSEP Rules bermaksud peraturan. RULES merupakan situasi berfikir. PMI dan CAF boleh diaplikasikan dalam situasi Rules (Peraturan). Penggunaan PMI dapat memberi persepsi secara meluas keatas peraturan yang sedia ada atau yang akan dicadangkan. CAF digunakan ke atas faktor-faktor yang terlibat semasa merancang sesuatu peraturan. CONTOH

Mengapakah peraturan-peraturan seperti di bawah diwujudkan di maktab ? I. Waktu tidur (lights-off) II. Outing III. Pulang bermalam IV. Prep malam Buat PMI dari peraturan-peraturan di atas. Buat rules baharu terhadap perkara di atas dengan menggunakan CAF. LATIHAN Rancang satu permainan baharu. Lakukan CAF dalam membina rules permainan tersebut. i. Bilangan peserta ii. Jantina iii. Usia iv. Masa v. Cara pengadilan vi. Pemarkahan vii. Alatan viii. Kos1

RUMUSAN i. Sesetengah peraturan dibuat bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan: contohnya di Malaysia pemanduan kereta ialah disebelah kiri jalanraya ii. Sesetengah peraturan dibuat untuk tujuan kesenangan dan kesejahteraan: contohnya undang undang dalam permainan. iii. Sesetengah peraturan dibuat oleh sesebuah organisasi untuk ahli: contohnya askar mesti memakai pakaian seragam sewaktu bertugas. iv. Sesetengah peraturan bertujuan untuk mencegah kejadian jenayah: contohnya kita dilarang untuk mencuri, meragut, merompak dan lain-lain. Secara umumnya peraturan dibuat bertujuan untuk menjadikan kehidupan lebih baik dan harmoni. PRINSIP i. Peraturan yang sukar dipatuhi bukan bermakna tidak baik. ii. Sesuatu peraturan seharusnya berfaedah kepada orang ramai.

iii. Tujuan peraturan dibuat mestilah memenuhi kumpulan sasaran. iv. Sesuatu peraturan patut diketahui dan difahami serta dapat dipatuhi. v. Semua peraturan patut di kemas kini dari semasa ke semasa supaya sentiasa relevan. C & S (CONSEQUENCES & SEQUEL)

C&S=?

PENGENALAN :

C & S adalah singkatan daripada perkataan consequences dan sequel yang bermaksud kesan atau akibat mengikut jangka masa (susulan). CAF memberi fokus kepada semua faktor sebelum sesuatu keputusan dibuat, manakala C & S memberi perhatian kepada kesan-kesan selepas sesuatu keputusan itu dibuat dalam jangka masa tertentu.

C & S dibahagikan kepada : i. kesan serta-merta (beberapa hari hingga seminggu) ii. kesan jangka pendek (beberapa bulan hingga setahun) iii. kesan sederhana (setahun hingga 2 tahun) iv. kesan jangka panjang. (5 tahun hingga 20 tahun) Tempoh bagi setiap jangkamasa boleh berubah-ubah mengikut situasi.

Contoh 1 : Pelajar keluar ke bkitar tanpa kebenaran. i. Kesan serta-merta ialah pelajar berasa seronok kerana dapat bersiar-siar (hari itu juga). ii. Kesan jangka masa pendek : perkara itu diketahui oleh warden (1 hari kemudian). iii. Kesan jangka masa sederhana : dihadapkan kepada Pengetua dan Jemaah Disiplin Maktab (1 minggu kemudian). iv. Kesan jangka masa panjang : Kebenaran keluar (outing) digantung selama sebulan dan kes ini dimasukkan ke dalam laporan akademik tahunan. Pelajar dilabel sebagai bermasalah oleh rakan dan guru.LATIHAN :

1. Malaysia kini dibanjiri pendatang tanpa izin. Buat C&S terhadap Negara. Cadangan Jawapan a. Kesan serta-merta : kesibukan berlaku di kaunter Imigresen dan depot tahanan PATI b. Jangka pendek murah : Mudah mendapatkan buruh yang

c. Jangka sederhana : berlaku gejala sosial. d. Jangka panjang i. ii. iii. iv. v. vi. :

Pengaliran wang ke luar negara kadar jenayah meningkat perkahwinan campur merentas sempadan kos pengurusan tahanan PATI meningkat. Persaingan mendapat peluang pekerjaan

PENILAIAN / RUMUSAN GURU : Guru membuat penilaian pelajaran hari ini berdasarkan perkara berikut: i. Apakah kepentingan melakukan C & S? ii. Jelaskan kebaikan melakukan C & S? iii. Mengapakah kita bertanggung jawab melakukan C & S? PRINSIP : i. ii. iii. iv. v. Setiap keputusan yang diambil mempunyai kesan dan akibat. Kita mesti melihat kesan sesuatu itu terhadap diri kita dan orang lain. Kesan positif jangka masa serta-merta tidak semestinya berterusan sehingga jangka masa panjang dan sebaliknya. Kesan mengikut jangka masa perlu diberi perhatian sebelum membuat sesuatu. Orang lain dapat melihat kesan keputusan kita yang mungkin kita sendiri tidak menyedarinya. AGO (Aims, Goals, Objectives)

AGO

PENGENALAN AGO bermaksud tujuan, matlamat dan objektif. Fokus AGO ialah hasrat / niat seseorang melakukan sesuatu untuk membantu mereka membuat keputusan, perancangan dan tindakan yang bermatlamat. Tanpa hasrat/niat yang jelas, sesuatu pelakuan itu hanya satu kebiasaan, ikutan atau dari tindak balas orang lain. Pelajar juga perlu mengetahui objektif orang lain supaya dapat memahami pemikiran dan tindakan mereka.

Contoh:Imam Muda Akademi Al-Quran Akademi Nasyid

Lakukan AGO bagi program realiti televisyen di atas berdasarkan kepada : i. ii. iii. iv. Stesen televisyen Penaja Peserta Penonton

LATIHAN :

1. Perisytiharan slogan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Lakukan AGO terhadap slogan ini. Cadangan Jawapan :i. Mengeratkan perpaduan ii. Memupuk semangat kerjasama iii. Mengelakkan jurang antara kaum iv. Meningkatkan pembangunan produktiviti negara.

PENILAIAN / RUMUSAN GURU : Guru membuat penilaian pelajaran hari ini berdasarkan soalan berikut:i. Apakah yang dimaksudkan dengan AGO ? ii. Jelaskan kepentingan AGO dalam kehidupan. iii. Nyatakan kesan sekiranya kita tidak melakukan AGO dalam

kehidupan? iv. Apakah kepentingan mengetahui AGO orang lain? v. Patutkah kita sentiasa mengetahui objektif dengan tepat? vi. Bilakah masa yang paling sesuai untuk mengetahui objektif kita? vii. Apakah yang akan berlaku sekiranya kita tidak mempunyai objektif?

PRINSIP i. Mempunyai maltlamat yang jelas penting untuk menentukan hala tuju seseorang. ii. Dalam situasi yang sama, objektif adalah berbeza antara individu dengan individu yang lain. iii. Untuk mencapai objektif terakhir (sebenar), terdapat rangkaian objektif-objektif kecil yang bersangkut paut antara satu dengan yang lain. iv. Objektif-objektif sepatutnya tidak terlalu sukar, nyata dan munasabah. v. Daripada pilihan objektif yang ada, kita perlu memilih objektif yang terbaik. PLANNING (PERANCANGAN)

PENGENALAN / KONSEP : Planning bermaksud perancangan. Planning merupakan satu proses berfikir ke hadapan untuk melihat bagaimana seseorang boleh melakukan sesuatu. Planning perlu dirangka dengan teliti supaya program yang dirancang berjalan dengan lancar. Dalam membuat planning kita perlu menggunakan alat seperti PMI, CAF, C & S, AGO dan lain-lain. Semakin besar program atau isu yang hendak dilaksanakan, semakin teliti Planning yang perlu dilakukan. CONTOH Sebagai calon PMR / SPM bagaimana kita membuat planning untuk mendapat semua A dalam peperiksaan tersebut? AGO Ganjaran. Sanjungan bangga / self esteem CAF program akademik terancang program motivasi berterusan pemantapan sahsiah dan jati diri. C&S Jangka serta-merta: persepsi tinggi warga maktab.

Jangka masa pendek: pilihan institusi melanjutkan pelajaran. Jangka masa panjang: merealisasikan cita-cita.

PMI P - Pengiktirafan warga maktab dan masyarakat - mengharumkan nama institusi M Gelaran (ulat buku/ skima) I - Ganjaran daripada pelbagai pihak

LATIHAN 1. Bagaimanakah cara kita merancang program lawatan sambil belajar untuk kelab / persatuan kita ? Gunakan alat-alat AGO, CAF dan PMI. Cadangan jawapan: AGO Memenuhi cuti hujung minggu. Menenangkan fikiran. Meluaskan pandangan dan menimba pengalaman. Mengeratkan hubungan institusi yang dilawati dengan pihak maktab / Mengeratkan hubungan dan kerjasama antara rakan sebaya dan guru pengiring CAF Perbelanjaan yang diperlukan. Masa yang sesuai. bilangan peserta pemilihan tempat yang ingin dilawati PMI Plus: Mengurangkan tekanan. Minus: Melibatkan perbelanjaan yang banyak. Interesting: Bergembira bersama keluarga. PENILAIAN / RUMUSAN GURU : i. Apakah yang kita faham tentang planning? ii. Bagaimanakah cara untuk menghasilkan planning yang baik? iii. Jelaskan kepentingan planning dalam menyelesaikan sesuatu perkara/ isu?

PRINSIP i. Matlamat (AGO) penting bagi menjayakan planning. ii. Perlu mengambil kira semua faktor (CAF) dalam membuat planning. iii. Sentiasa bersedia dengan planning yang lain (alternatif) jika perancangan pertama tidak berjaya. iv. Kualiti planning mempengaruhi kesan dan akibat pada masa akan datang (C & S). v. Planning mesti tersusun, mudah dan munasabah untuk dilaksanakan. vi. Kaji dengan teliti dan kumpul seberapa banyak maklumat sebelum membuat planning. vii. Penggunaan C & S, AGO, PMI dan CAF dapat memantapkan planning. FIP (FIRST IMPORTANT PRIORITIES)

PENGENALAN / KONSEP:

FIP ialah First Important Priorities yang bermaksud keutamaan yang mesti didahulukan. Tujuan melakukan FIP ialah untuk mengarahkan pemikiran kepada perkara-perkara yang penting dan mesti diberi keutamaan kerana: i. Sesetengah ii. Sesetengah iii. Sesetengah iv. Sesetengah Contoh perkara mungkin lebih penting daripada yang lain faktor mungkin lebih penting daripada yang lain objektif mungkin lebih penting daripada yang lain akibat mungkin lebih penting daripada yang lain

Rumah kita terbakar dan kita berada di dalamnya. Kita hanya ada masa untuk menyelamatkan satu daripada perkara berikut: (i) Telefon bimbit (ii) Kenderaan (iii) Ahli keluarga (iv) Binatang kesayangan (v) Barang kemas (vi) Laptop Yang mana satukah akan kita selamatkan? LATIHAN1. Kita ditugaskan untuk menyelamatkan 3 orang pelajar yang sesat

di dalam hutan belantara. Kita diberikan masa 24 jam bagi melaksanakan tugas tersebut. Pilih tiga daripada peralatan berikut bagi membantu tugas kita dan terangkan cara menggunakannya. i. Lampu suluh ii. Mancis api iii. Sebatang buluh iv. Segulung benang v. Sebilah pisau vi. Sehelai kain sarung Cadangan Jawapan : i. Segulung benang sebagai penkita arah supaya senang kembali ke tempat permulaan. ii. Sebatang buluh untuk menyelamatkan diri daripada binatang berbisa dan sebagai senjata. Di samping itu, boleh digunakan untuk alat perubatan contohnya anduh.

iii. Mancis api untuk memasak makanan apabila perlu. Menghalang binatang buas pada waktu malam. Sebagai alat pemberi isyarat meminta bantuan. PENILAIAN / RUMUSAN GURU : Guru membuat penilaian pelajaran hari ini berdasarkan perkara berikut: i. Apakah maksud FIP? ii. Mengapakah kita perlu melakukan PMI, CAF, AGO dan C & S sebelum membuat FIP? iii. Apakah kepentingan membuat FIP dalam kehidupan? PRINSIP : i. Kita mesti berusaha menyenaraikan seberapa banyak idea yang difikirkan penting kemudian lakukan FIP. ii. Keutamaan seseorang adalah berbeza dengan individu yang lain walaupun dalam situasi yang sama. iii. Kita harus mengetahui dengan tepatnya mengapa kita telah memilih sesuatu pilihan sebagai keutamaan. iv. Kita hendaklah menyisihkan pilihan yang tidak penting bagi memudahkan proses membuat keutamaan dalam pilihan.

APC (ALTERNATIVES, POSSIBILITIES, CHOICES)

PENGENALAN / KONSEP: APC (Alternatives, possibilities, choices) yang bermaksud alternatif, kemungkinan dan pilihan. APC mengarahkan perhatian kepada alternatif, pilihan atau kemungkinan-kemungkinan lain yang ada selain daripada yang jelas kelihatan. APC dilakukan untuk mengimbangi tindakan berdasarkan kepada emosi dan kebiasaan. CAF memberikan tumpuan kepada faktor-faktor yang sedia ada manakala APC memberi fokus kepada idea-idea lain yang tertinggal. Melalui APC, tindakan yang diambil mungkin berubah atau tidak berubah. Contoh Sebuah kereta dijumpai tersadai di tepi lebuh raya dan pemandunya telah mati. Lakukan APC terhadap kejadian ini ? Cadangan Jawapan : i. Pemandu telah mengalami sakit jantung atau telah pengsan. ii. Pemandu telah mengalami tayar bocor, tayar meletup atau kerosakan enjin. iii. Pemandu mabuk. iv. Pemandu salah jangka liku jalan raya. v. Pemandu diserang tebuan dan tidak dapat mengawal keadaan. vi. Pemandu telah tertidur.

Pemandu telah dibunuh terlebih dahulu dan diletakkan di dalam kereta yang terhempas. LATIHAN 1. Kemudahan jalur lebar telah disalahgunakan oleh sebahagian pelajar. Kita dapati kawan kita melayari laman sesawang yang tidak bermoral. Apakah APC kita dalam situasi di atas. Cadangan jawapan : i. Menasihatkan pelajar berkenaan ii. Membuat laporan kepada guru iii. Membuat perbincangan berkaitan akibat negatif iv. Berdiam diri PENILAIAN: i. Apakah tujuan melakukan APC? ii. Mengapakah APC boleh mempengaruhi sesuatu keputusan? iii. Bagaimanakah proses APC dilakukan? iv. Apakah keistimewaan APC dalam membuat keputusan? v. Bagaimanakah kita boleh tahu pilihan mana yang terbaik? vi. Bilakah kita berhenti mencari kemungkinan-kemungkinan lain?

vii.

RUMUSAN Guru mengingatkan pelajar, APC perlu dilakukan dalam membuat keputusan untuk memastikan tindakan yang diambil tepat dan terbaik.

PRINSIP i. Kita hendaklah melakukan APC secara berterusan sehingga mendapat keputusan yang paling tepat dan terbaik. ii. Keputusan boleh berubah atau tidak setelah melalui proses APC iii. Keterangan yang baik dan nyata hanya boleh diketahui setelah melakukan. iv. APC perlu dilakukan sehingga kita berpuas hati dengan segala pilihan yang ada. v. Dalam membuat keputusan kita perlu mengambil kira APC orang lain.

DECISIONS (KEPUTUSAN)

PENGENALAN / KONSEP Decisions adalah membuat keputusan. Dalam membuat decisions semua alat pemikiran digunakan (PMI, CAF, C&S, FIP, APC dan AGO) terutama FIP dan APC. Penggunaan alat-alat berfikir tersebut mampu meluaskan pandangan seseorang dan memudahkan mereka membuat keputusan dengan tepat. CONTOH Kita mendapat keputusan SPM dengan cemerlang dan mendapat 2 tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti dalam negara dan luar negara. Buat Decisions pilihan kita. Gunakan alat-alat yang telah dipelajari dalam membuat keputusan. Cadangan jawapan: FIP i. Kebanggaan belajar di universiti terkemuka dunia. ii. Memenuhi cita-cita. iii. Dekat dengan keluarga iv. Kos yang menjimatkan v. Patriotik

vi. Pengalaman vii. Populariti /glamour APC i. Proses asimilasi. ii. Komunikasi iii. Konflik budaya. iv. Persaingan v. Jaringan hubungan LATIHAN 1. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kita mendapat dua tawaran pekerjaan iaitu daripada pihak kerajaan dan pihak swasta. Bagaimanakah kita membuat keputusan? Cadangan jawapan: FIP i. Gaji ii. Cuti. iii. Faedah dan kebajikan iv. peluang kenaikan pangkat AGO i. Menjamin ekonomi ii. Keselesaan iii. Kecemerlangan kerjaya APC i. Masa hadapan yang terjamin jika bekerja dengan kerajaan ii. Daya saing yang tinggi bekerja dengan swasta iii. Bonus mengikut prestasi PRINSIP i. Kita bertanggungjawab dengan keputusan yang dibuat. ii. Kita mesti yakin dengan setiap keputusan yang dibuat adalah terbaik. iii. Setiap keputusan memerlukan pengorbanan. iv. Penggunaan CAF, C&S, AGO, FIP dan APC dapat membantu memudahkan proses membuat keputusan. OPV (Other Peoples View)

PENGENALAN OPV (Other Peoples View): Pandangan atau pendapat orang lain (secara individu atau kelompok). OPV boleh digunakan bersendirian atau digabungkan dengan alat pemikiran yang lain seperti PMI, CAF, C & S, AGO, FIP dan APC Setelah melakukan OPV seseorang akan lebih terbuka untuk menerima pandangan atau pendapat orang lain serta sanggup mengetepikan pandangan atau pendapat sendiri untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik. CONTOH : Seorang jurujual hendak menjual kereta sport terpakai. menyatakan kepada pembelinya tentang beberapa kelebihan: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Tidak pernah kemalangan Jarak perjalanan yang sedikit Tempoh penggunaan Pemilik asal Jantina pemilik Bilangan pengguna Alat ganti yang senang diperoleh Dia

Pembeli pula memikirkan perkara-perkara seperti berikut: i. ii. iii. Kemudahan mendapatkan senggaraan Kadar susut nilai Jarak perjalanan yang digunakan

Penggunaan minyak (petrol consumption) jika dibandingkan dengan kereta lain. v. Enjin dalam keadaan yang baik vi. Bilangan pengguna sebelum dijualiv.

Catatan: Pihak lain yang terlibat dalam situasi ini seperti rakan, ahli keluarga, penilai kereta dan Jabatan Pengangkutan Jalan juga mempunyai pandangan yang berbeza.

LATIHAN 1. Seorang bapa melarang anaknya daripada merokok. Dalam situasi ini apakah yang difikirkan oleh bapa, anak dan syarikat pengeluar rokok. Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan:i.

kumpulan satu diminta memberi pandangan sebagai bapa.

ii. kumpulan dua memberi pandangan sebagai anak. iii. Kumpulan ketiga memberi pandangan sebagai syarikat pengeluar

rokok. Jawapan: Anak i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. i. ii. iii. iv. v. ingin merasa pengalaman merokok kebanyakan rakan sebaya merokok tidak mahu diketawakan mahukan kebebasan boleh merokok pada bila-bila masa tidak tahu akibat buruk merokok Pengaruh iklan dan idola Simbol kedewasaan Bapa merokok membahayakan kesihatan membazirkan wang mulut anaknya berbau menunjukkan beliau gagal mendidik anaknya anaknya masih muda

Syarikat Pengeluar Rokok i. Syarikat mengalami kerugian. ii. Pekerja hilang punca pendapatan iii. Syarikat tidak dapat menaja sebarang aktiviti sukan iv. Syarikat tidak dapat membantu pengusaha tanaman tembakau. PENILAIAN Apakah yang dimaksudkan dengan OPV? Apakah kepentingan OPV dalam membuat sesuatu keputusan? iii. Mengapa sudut pandangan yang berbeza perlu diberikan perhatian dalam membuat keputusan? iv. Bagaimanakah OPV boleh mempengaruhi keputusan yang telah dibuat? v. Siapakah yang betul jika ada dua pandangan yang berbeza? vi. Adakah kita berasa kecewa sekiranya orang lain tidak menerima pandangan kita? vii. Kenapakah kita perlu melihat sudut pandangan yang berbeza? viii. Adakah tingkah laku dan keputusan kita tertakluk kepada pandangan kita sendiri atau pandangan orang lain? PRINSIP Kita perlu bersifat terbuka untuk menerima pandangan orang lain walaupun kita tidak bersetuju. ii. Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza. iii. Perbezaan latar belakang seseorang mempengaruhi OPV mereka walaupun dalam situasi yang sama. iv. Kita boleh melihat dan meneliti persamaan dan perbezaan pandangan.i.

i. ii.

POST TEST KEMAHIRAN BERFIKIR Nama: Kelas: Homeroom:

Arahan: Jawab semua soalan. Masa: 30 minit Sila nyatakan pandangan kita pada isu/ perkara di bawah: 1. Pelajar dibenarkan memilih guru yang diminati/ pilihan mereka untuk mengajar. 2. Pelajar tidak perlu masuk ke kelas untuk belajar. Pelajar dibenarkan belajar di rumah sahaja menerusi komputer. 3. Sebagai pelajar PMR / SPM bagaimana kita membuat perancangan untuk mendapat semua A dalam peperiksaan tersebut? 4. Kita diberi pilihan sama ada memasuki asrama (MRSM) atau tidak. Bagaimanakah kita membuat keputusan?

CoRT 2 ORGANISATION

PENGENALAN KEPADA CoRT 2 ORGANISASI PROSES BERFIKIR

Daripada segi prinsip, CoRT 2 adalah kesinambungan daripada CoRT 1. Tema untuk Cort 2 ialah organization yang menekankan kepada operasi berfikir yang berlainan menggunakan alat-alat seperti Recognise, Analyse, Compare dan Organise. CoRT ini bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar berfikir melalui operasi yang teratur secara sengaja dan lebih berkesan bagi mengelakkan daripada berfikir secara tradisional. Operasi ini dilakukan melalui bertanyakan soalan-soalan yang khusus dan mendapatkan jawapan yang khusus.

Dr Edward de Bono menggariskan tiga prinsip dalam pelajaran CoRT 2 : i. Berfikir adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan dikembangkan. ii. Kebanyakan proses berfikir dilakukan secara persepsi. iii. Kaedah berfikir secara operasi yang digunakan akan dapat melatih individu proses berfikir secara sistematik dan berkesan.

RECOGNISE (MENGENAL)

PENGENALAN

Recognise (alat berfikir pertama dalam CoRT2) merupakan satu kemahiran operasi berfikir yang mengarah kepada proses organisasi pemikiran. Tujuannya ialah untuk menamakan objek atau mengenali sesuatu situasi. Mengikut operasi ini, sebelum kita membuat perancangan atau menyelesaikan masalah kita mesti terlebih dahulu mengenal pasti sesuatu objek atau situasi. Sebaik sahaja kita dapat mengenal sesuatu benda atau situasi, kita: i. Boleh menggunakan segala maklumat berkaitan benda atau situasi tersebut. ii. Tahu bagaimana hendak bertindak

iii. Mencari maklumat-maklumat lain yang dapat digunakan untuk mengenal objek dan menyelesaikan masalah. OPERASI Dalam pelajaran ini, penekanan disengajakan dengan bertanya: diberi terhadap usaha yang

ADAKAH SAYA KENAL OBJEK ATAU SITUASI INI? Contoh Guru menunjukkan gambar tiga biji bola iaitu bola keranjang, bola sepak dan bola pool. (rujuk gambar di atas). Pelajar mengenal pasti objek dan situasi dalam pelbagai sudut. Pelajar akan memberi jawapan yang berbeza seperti Kesemuanya bulat Terdapat pelbagai saiz Boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan di tempat berlainan. Bola dibuat daripada bahan yang berlainan Kesan berbeza terhadap seseorang jika terkena bola. LATIHAN Nota: Aktiviti latihan boleh dilakukan secara kumpulan. Pelajar boleh bertanya secara individu atau memberi jawapan secara berkumpulan. Pelajar-pelajar juga boleh melakonkan latihan-latihan yang mudah (tidak mengambil masa yang lama). A. Objek vii. Dia hidup tetapi tidak bernyawa. Ia mempunyai dua tangan, satu panjang dan satu pendek. Ia sangat berfaedah kepada manusia Jawapan: Jam A ada duri, ada orang suka dan ada menyukainya, bau yang kuat, boleh dimakan. Jawapan: Buah Durian yang tidak

viii.

ix.

B berbau harum dan disukai oleh kaum wanita. Adakah kita kenal objek ini? (Kalau Tidak, lakukan 3 perkara yang dinyatakan dalam operasi mengenal). Jawapan : Bunga, Minyak Wangi, Bedak.

Perbincangan i. ii. iii. Apakah yang membuat sesuatu itu sukar dikenali? Apakah keburukan jika tersalah kenal? Adakah mengenal itu selalunya satu tekaan?

iv. Bolehkah objek atau situasi itu dikenal pasti sebagai dua benda yang berlainan tetapi kedua-duanya betul?

Rumusan i. Sesuatu itu sukar dikenali apabila maklumat yang mencukupi tentangnya. kita tidak mempunyai

ii. Jika kita salah mengenal sesuatu objek atau situasi kemungkinan tindakan yang diambil tidak sesuai atau tidak berkesan. iii. Sesuatu itu boleh dikenal sebagai dua benda yang berlainan dan kedua-duanya betul. iv. Mengenal itu tidak selalunya satu tekaan kerana mengenal itu dibuat berdasarkan maklumat yang ada pada kita ketika itu.

ANALYSE (MENGANALISIS)

PENGENALAN Analyse alat berfikir kedua dalam CoRT 2. Tujuannya ialah untuk memupuk budaya menganalisis (mencerakin) situasi-situasi rumit supaya lebih senang untuk memikirkannya melalui bertanyakan soalan Bagaimana Saya Boleh Mencerakinkan Ini? Dalam membuat analisis kita perlu mencerakinkan sesuatu itu kepada beberapa bahagian dan memikirkan setiap bahagian secara berasingan supaya kita dapat memahaminya dengan lebih baik. Untuk memastikan analisis yang lengkap perlu melihat semua bahagian yang terlibat. OPERASI Terdapat dua cara untuk menganalisis sesuatu:i.

Analisis O.P. (original parts) Dalam analisis sebenar atau asal kita mengenalpasti bahagian atau perkara yang menghasilkan sesuatu objek atau situasi.

ii. Analisis P.P (perceived parts)

Dalam analisis tanggapan, tumpuan diberi terhadap anggapan sesuatu objek atau situasi itu dibuat Contoh

Guru menunjukkan gambar sebiji kek dan menyuruh pelajar menyenaraikan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek tersebut (OP). Kemudian guru meminta pelajar membincangkan tentang kesan-kesan (PP) memakan kek tersebut. Contoh jawapan :O.P. P.P. gandum gula buah ceri telor mentega, dan lain-lain. kenyang

mengakibatkan gemuk, penyakit kencing manis (gula), rosak gigi Fokus Guru 1. Guru memberitahu pelajar bahawa apa yang telah dibuat di atas ialah proses menganalisis (mencerakin). keracunan (pewarna) harga kek dan lain-lain.

2. Analisis terbahagi kepada dua iaitu : a) Analisis Original (O.P Original Parts) Bahagian-bahagian asal yang membina/menjadikan keseluruhan sesuatu objek/situasi. Contoh : Bahan-bahan yang digunakan di dalam kek di atas. b) Analisis Tanggapan (P.P Perceived Parts) Menganalisis sesuatu benda/perkara berdasarkan kepada apa yang ditanggap oleh individu. Contoh : Kesan-kesan kek di atas. Satu analisis yang lengkap mengandungi kedua-dua bahagianbahagian O.P dan P.P analisis.

LATIHAN

5. Lakukan analisis O.P dan P.P terhadap

Menara Berkembar

Petronas

O.P P.P

: Besi, cermin, 88 tingkat, 451 meter, jambatan udara bertingkat (di tingkat 41 dan 42) dan lain-lain : Cantik, unik, daya tarikan pelancong, ruang perniagaan luas, gah, bangunan berprestij, kebanggaan negara, pembaziran wang,

Nota: Bangunan tertinggi dunia (2010) dengan ketinggian 828 meter dan mempunyai 162 tingkat Burj Khalifa, Dubai. RUMUSAN Dengan membuat O.P./ P.P. analisis kita dapat menyusun pemikiran sebelum membuat keputusan.

COMPARE (MEMBANDINGKAN)

PENGENALAN Compare ialah alat pemikiran yang ketiga dalam CoRT 2. Tujuan comparei ialah untuk menggunakan perbandingan sebagai satu operasi yang disengajakan dan bukan sesuatu yang berlaku sekali-sekala.

Compare melibatkan sesuatu yang baharu dengan sesuatu yang telah dikenali supaya kita tahu lebih lanjut mengenai dua objek yang kelihatan amat sama rupanya kita cari perbezaan dan apabila 2 objek kelihatan amat berbeza kita cari persamaan. Operasi: Wujud dua keadaan dalam compare iaitu i. Apabila kita mencari sesuatu untuk dibandingkan dengan apa yang sedia ada. Operasi ini melibatkan kita menanyakan soalan: INI MENYERUPAI APA? Perkara yang kita cari mungkin sama dalam beberapa aspek ataupun sama dalam satu aspek sahaja . ii. Apabila kita berhadapan dengan situasi perbandingan di mana dua benda dikatakan berbeza., kita akan kemukakan soalan berikut: APAKAH PERSAMAAN ANTARANYA? iii. Sekiranya dua objek atau situasi kelihatan sama, soalan berikut ditanya: APAKAH PERBEZAAN ANTARANYA?iv. Perbandingan (compare) dibuat secara sengaja untuk memilih

butir-butir yang sama dan yang berbeza. v. Penekanan diberi kepada:a.

Perbandingan (compare) dibuat sebagai penyelesai masalah.

b. Perbandingan (compare) mesti dibuat dalam bentuk soalan-

soalan. CONTOH Bandingkan (compare) perbezaan dan persamaan antara sekolah dengan kilang. Cadangan Jawapan: Persamaan Matlamat tertentu dan hasil akhir kejayaan bergantung kepada alat-alat yang sedia ada. ii. Kemahiran pekerja dan bahan-bahan mentah. iii. Terdapat orang yang menguruskan semuanya. Perbezaan i. i. Hasil-hasil tidak boleh dibuat dengan cara mekanikal.

ii. Kejayaan dikeluarkan. LATIHAN

tidak

boleh

diukur

melalui

jumlah

yang

1. Perkara-perkara yang disenaraikan di bawah kelihatan amat berbeza. Yang manakah antara berikut mempunyai sekurang-kurangnya satu persamaan? memberus gigi tiga orang polis dalam keadaan terburu-buru anjing pemburuan menonton televisyen pergi ke masjid kem cuti memandu kereta sayur campur dalam kuali Cadangan Jawapan i. Memberus gigi dengan pergi ke masjid bagi sesetengah orang kedua-duanya adalah perkara yang lazim dilakukan. ii. 3 orang polis terburu-buru dengan anjing pemburuan sedang mengejar sesuatu iii. Sayur campur dalam kuali dengan kem cuti benda-benda kecil yang berasingan dikumpulkan di suatu tempat. iv. Menonton televisyen dengan memandu kereta dalam kedua-dua keadaan kita menghabiskan berjam-jam melihat pada screen kaca bersegi empat. Perbincangan : i. ii. iii. Bolehkah sesuatu membanding? idea dikembangkan melalui proses

Adakah perlu membuat perbandingan terhadap dua objek atau situasi yang sama? Dalam keadaan manakah perbandingan digunakan?

iv.

Nyatakan kesan membuat perbandingan (compare)

Prinsip: i. ii. iii. Dalam situasi yang sama perbandingan yang dibuat antara individu adalah berbeza. Sesuatu objek atau situasi akan lebih jelas apabila perbandingan dibuat dengan betul dan menyeluruh. Dalam semua situasi perbandingan perlu mengambil kira aspek perbezaaan dan persamaan antara dua perkara (yang dibandingkan dengan yang diperbandingkan)

ORGANISE (MENGENDALI)

PENGENALAN

Organise (Pelajaran ke empat CoRT2) bertujuan untuk operasi mengendali atau mengurus pemikiran bagi mengelakkan kekeliruan. Tujuan Organise adalah untuk mengendalikan pemikiran secara sengaja. Ia melibatkan penggunaan operasi pemikiran dalam pelajaran yang lepas(recognize, analyse, compare). Operasi berfikir akan menjadi lebih teratur dan sistematik, jika kita tahu apa yang diperlukan, apa yang sedang dilakukan dan apa yang diperlukan selanjutnya,

Organise boleh melibatkan isu, persoalan atau operasi dalam merancang atau membuat keputusan. Secara praktikal, organise juga menggunakan beberapa operasi yang melibatkan alat-alat pemikiran dalam CoRT 1.

OPERASI Perkara penting dalam organise ialah bertanyakan soalan dengan sengaja dan dijawab dengan yakin. BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENGENDALIKAN PERKARA INI? CONTOH Guru bertanya kepada pelajar: SEKIRANYA KITA HENDAK MENINGKATKAN MUTU MAKANAN DI DEWAN SELERA BAGAIMANAKAH KITA HENDAK MENGENDALIKAN PERKARA INI Dalam menangani isu ini, satu proses perancangan perlu dilakukan dengan menggunakan alat berfikir seperti di bawah.

Cadangan Jawapan AGO untuk menyediakan makanan seimbang. untuk menambah kelazatan

LATIHAN

untuk memenuhi cita rasa pelajar

Keutamaan-keutamaan (FIP) : Penyediaan makanan seimbang memenuhi cita rasa pelajar.

faktor-faktor yang terlibat (CAF) : pelbagai cita rasa pelajar kewangan pentadbiran

1. Rakan sebilik anda berdengkur dengan Bagaimanakah anda menyelesaikan masalah ini? Cadangan Jawapan AGO : o Menghentikan dengkur : CAF : o keletihan, o berpenyakit, o keturunan, o bantal tinggi o semula jadi. APC : o Jumpa doktor o rehat secukupnya o tukar bantal o Tutup telinga o ubah waktu tidur o tukar rakan o tukar bilik CAF :

kuat.

o menyinggung perasaan o ketidakselesaan PERBINCANGAN i. ii. iii. Adakah perlu membuat masalah yang sangat kecil? pengendalian(Organise) yang cepat, adakah terhadap Organise

Jika memerlukan keputusan membuang masa? Apakah faedahnya membuat pengendalian (Organise) keberkesanan yang sama?

pengendalian (Organise), jika yang berbeza mempunyai

iv.

Adakah pengendalian yang mengambil masa yang panjang lebih baik daripada pengendalian yang mengambil yang pendek?CONSOLIDATE (PENGUKUHAN)

How far have I got??

PENGENALAN

Consolidate bertujuan untuk menggalakkan proses sengaja merenung kembali untuk memperkukuh sesuatu perbincangan atau pemikiran seseorang. Consolidate (Pengukuhan) dibuat dengan menyenaraikan fakta-fakta atau perkara-perkara yang penting yang telah didapati dalam perbincangan. Consolidate memudahkan kita melihat perkara-perkara yang tertinggal. Apabila melakukan pengukuhan kita boleh melihat wujudnya jurang (Gap) dalam pemikiran ataupun terdapat point yang perlu diberi lebih perhatian. Pengukuhan bukanlah kesimpulan. Melalui proses pengukuhan kita bukan sahaja dapat mengesan kekurangan dalam perbincangan dan pemikiran bahkan dapat mengenal pasti perkara-perkara yang memerlukan perhatian yang lebih mendalam. Sekiranya tiada jurang perbezaan pendapat maka boleh meneruskan ke arah proses membuat kesimpulan.

OPERASI Tanya soalan ini: SEJAUH MANAKAH TELAH SAYA CAPAI?

CONTOH Pelajaran ini dimulakan dengan satu contoh pernyataan. Perbincangan diadakan untuk tajuk Cuti Sekolah Sepatutnya yang Lebih Panjang. Seorang atau dua orang pelajar diminta mengemukakan pandangan tentang pernyataan tersebut. Guru dikehendaki membuat pengukuhan semasa pelajar berbincang. Cadangan Jawapan: i. Kita telah berbincang sama ada guru-guru dan pelajar mahukan cuti itu dipanjangkan. (Gap) ii. Kesan-kesan terhadap kerja sekolah.(point) iii. Apakah yang dapat dilakukan jika cuti dipanjangkan? Wujud jurang antara pandangan cuti yang panjang dengan apa yang perlu dilakukan sekiranya cuti dipanjangkan yang memerlukan pemikiran seterusnya sebelum membuat kesimpulan.

LATIHAN

Perbincangan berkaitan Seorang Guru yang Berkesan telah dilakukan. Hasil perbincangan didapati terdapat pelbagai pandangan seperti berikut: Kita boleh mengenali sama ada seorang guru itu seorang yang baik atau tidak. Ini bergantung juga kepada subjek yang diajar. Seorang guru yang berkesan boleh menjadikan sesuatu topik itu menarik. Sebaliknya seorang guru yang tidak berkesan didapati membosankan dan mengelirukan. Seorang guru yang berkesan tidak semestinya baik. Kadang kala pelajar tidak belajar apa-apa daripada seorang guru baik. Apakah jurang yang terdapat dalam situasi di atas. Cadangan jawapan: i. Kita boleh mengenali sama ada seorang guru itu seorang yang baik atau tidak. (point) ii. Ini bergantung juga kepada subjek yang diajar.(point) iii. Seorang guru yang berkesan boleh menjadikan sesuatu topik itu menarik. (Gap) iv. Sebaliknya seorang guru yang tidak berkesan didapati membosankan dan mengelirukan.(Point) v. Seorang guru yang berkesan tidak semestinya baik.(Gap) vi. Kadang kala pelajar tidak belajar apa-apa daripada seorang guru baik. (Gap) Wujud jurang perbezaan pandangan antara guru yang berkesan tetapi tidak baik yang memerlukan pemikiran seterusnya sebelum membuat kesimpulan.

CONCLUDE (KESIMPULAN)

And we lived happily ever after.

PENGENALAN

Conclude (Kesimpulan) ialah alat pemikiran yang terakhir dalam CoRT 2 ke arah membuat kesimpulan. Keberkesanan pemikiran seseorang itu mungkin tidak mencapai matlamat sekiranya pada akhir perbincangan tiada satu kesimpulan. Kesimpulan itu bukanlah matlamat akhir yang dikehendaki tetapi usaha pemikiran ke arah membuat kesimpulan yang perlu dititikberatkan sekiranya pada akhir perbincangan tidak ada penyelesaian masalah atau tidak ada kesimpulan itu juga adalah satu kesimpulan yang dicapai.

Suatu kesimpulan adalah pasti sekiranya tidak ada keraguan terhadapnya. Sekiranya kesimpulan itu diragui maka itu adalah kesimpulan yang tentatif yang terbaik telah dicapai tetapi masih terdapat keraguan. Kesimpulan itu adalah suatu yang boleh diubah sekiranya terdapat maklumat-maklumat atau keadaan baharu yang memerlukan perubahan terhadap kesimpulan. Namun perkara yang penting ialah satu kesimpulan mesti dicapai dan boleh dinyatakan dengan pasti. Secara praktikalnya, kesimpulan itu boleh dibuat.

OPERASI Tanya soalan ini; APAKAH KESIMPULANNYA

Terdapat beberapa jenis kesimpulan: Idea: Satu atau lebih idea tentang sesuatu perkara atau cara baharu melihat sesuatu. ii. Gambaran: Meneroka tentang sesuatu perkara dengan maklumat, idea dan perasaan. iii. Pendapat : Pandangan peribadi tentang sesuatu perkara berdasarkan fakta, perasaan atau kedua-duanya. iv. Pengadilan: Penilaian berasaskan beberapa prinsip.i.

v. Jawapan : Jawapan terhadap sebarang pertanyaan. vi. Penyelesaian: Penyelesaian terhadap sebarang permasalahan. vii. Operasi: Keputusan hasil daripada operasi alat-alat berfikir CoRT contohnya, AGO, C&S dan lain-lain. viii. Tindakan : Hasil daripada kesimpulan yang telah dicapai. CONTOH Guru berbincang dengan pelajar berkaitan topik berikut: Adakah penting semua orang mesti cemerlang dalam Matematik? Perbincangan ini dijalan dalam masa perbincangan guru memberi kesimpulan. Cadangan Jawapan: 2 -3 minit. Pada akhir

Semua orang sepatutnya mempunyai kemahiran dalam asas matematik seperti juga berkemahiran dalam asas membaca dan menulis tetapi tidak semestinya menjadi seorang ahli matematik yang pakar.

LATIHAN1. Tajuk

: Yang manakah terbaik antara kebijaksanaan,

kekuatan, populariti atau kekayaan? Kesimpulan: Bergantung kepada seseorang. Berikan komen atas kesimpulan ini. Cadangan Jawapan: Dalam kesimpulan tersebut tiada jawapan yang pasti kerana bergantung kepada pilihan individu. keinginan/ kemahuan

CoRT 4YES, NO, PO AND STEPPING STONE

YES

NO POPENGENALAN

~

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita mempertimbangkan sesuatu perkara sebagai benar (YA) atau sebaliknya (TIDAK) berdasarkan pengalaman sedia ada. Kelaziman ini akan menyekat kita daripada berfikir lebih lanjut untuk mendapatkan idea-idea baharu. Dengan memperkenalkan satu konsep baharu iaitu PO, kita dapat melangkaui kebiasaan iaitu membuat pertimbangan atau keputusan

dengan cepat ke atas sesuatu perkara. Dengan menggunakan pernyataan PO semasa berfikir, memberikan kefahaman kepada orang lain bahawa kita bersedia untuk memikirkan sesuatu perkara dengan lebih lanjut. Gambarajah yang dipamerkan di atas menunjukkan YES dan NO sebagai kotak yang stabil. PO berada dalam sebuah bulatan yang menggambarkan kreativiti. Pernyataan PO dipetik daripada poetry, suppose dan hypotesis iaitu merangkumi idea-idea IMAGINATIF untuk mendapatan rangsangan pemikiran selanjutnya. Sesuatu perkara atau idea yang luar biasa, tentunya tidak dapat diterima oleh pemikiran kita tetapi kita tidak menolak idea itu sepenuhnya, Sebaliknya kita bolehlah melihat idea itu secara kreatif sebelum membuat sesuatu keputusan untuk menerima atau menolak idea itu. Melalui konsep PO, sesuatu idea yang luar biasa itu dijadikan sebagai batu loncatan (Stepping Stone) untuk merangsang kita berfikir sehingga suatu idea baharu yang lebih baik dapat dicetuskan daripada idea asal yang luar biasa itu. Perkara penting yang haruskan ditekankan ialah PO digunakan dengan sengaja untuk menunjukkan seseorang itu melakukan operasi di luar pemikiran biasa seperti mana yang berlaku dalam jenaka, puisi dan hipotesis. Segala isi kandungan jenaka, puisi dan hipotesis itu dianggap sebagai idea semata-mata. Ia tidak dinilai sebagai betul atau salah.

Contoh A : Satu masalah yang kerap melkita negara kita ialah masalah jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan di negara jiran. Provokatif untuk situasi ini ialah:

Negara yang terlibat dengan kebakaran hutan mesti menyekat pergerakan asap dari merentasi ruang udara negara jirannya. Jika diamati, pernyataan ini tidak logik tetapi jika difikirkan dengan lebih lanjut dan mendalam, idea ini dapat mencetuskan beberapa idea yang berupaya menyelesaikan masalah ini. Daripada pernyataan ini, kita boleh mencadangkan idea tentang penciptaan teknologi yang dapat mengubah arah angin ataupun mencipta bahan semburan yang akan menyebabkan asap terlalu berat untuk bergerak. Contoh B: Penggunaan pernyataan PO: Rumah yang tiada bilik boleh memberikan idea-idea baharu terhadap konsep pembinaan rumah. Cadangan jawapan: a. Rumah dengan dinding buatan bahan lutsinar di bahagian dalam rumah (nampak tiada bilik) b. Rumah dengan bilik dapur yang tiada dinding c. Rumah dengan dinding yang boleh dipasang/dibuka dengan senang d. Rumah dengan tempat tidur terbuka, satu di tingkat atas dan satu lagi di bahagian bawah tanah. Dalam contoh ini pernyataan PO digunakan sebagai batu loncatan dalam reka bentuk rumah. Daripada idea-idea yang dicetuskan, jelas bahawa rumah yang tiada bilik tidak sesuai dibina. Oleh itu, pernyataan PO ini boleh diketepikan setelah idea-idea baharu diterbitkan daripadanya. CONTOH (Dikendalikan secara lisan bersama pelajar) 1. Pelajar-pelajar menyebut YA, TIDAK atau PO bagi kenyataan berikut: a. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1947. b. Cahaya tidak diperlukan dalam proses fotosintesis. c. Bangunan Parlimen terletak di Kuala Lumpur. d. Campuran warna kuning dan merah menghasilkan warna ungu. e. Semua kapal terbang sepatutnya boleh mendarat pada permukaan air.

PO

Perhatian Guru: Guru meminta pelajar menyebut YA atau TIDAK bagi pernyataan (a) (e). Berdasarkan jawapan yang diberikan, pernyataan (e) akan menghasilkan jawapan YA, TIDAK atau PO. Guru memberikan komen berikut; Apabila pernyataan yang provokatif diberi, kita harus mengelak daripada terus membuat pertimbangan (judgement) dan seharusnya cuba untuk mencetuskan idea-idea baharu daripadanya. CARA-CARA UNTUK MEMBUAT PERNYATAAN PO Setiap pernyataan PO merupakan pernyataan yang provokatif. Caracara untuk membentuk Pernyataan PO adalah seperti berikut: Sesuatu idea diterbalikkan Sesuatu idea dibesarkan Sesuatu idea dipinda maksudnya Menerbitkan idea yang merupakan angan-angan Menerbitkan idea yang tidak diterima akal LATIHAN 1. Antara pernyataan berikut yang manakah pernyataan YA, TIDAK atau PO?. a. Lebih ramai pelajar akan lulus cemerlang sekiranya dibenarkan berbincang semasa peperiksaan dijalankan. b. Kita boleh menjelajah ke dalam lautan tanpa memakai alat menyelam. c. Suatu hari nanti semua orang boleh melancong ke angkasa lepas. d. Dato Seri Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5. e. H20 = H2O2 Buatkan satu pernyataan PO tentang: Kereta, makanan di sekolah , rambut Cadangan jawapan: Kereta a. PO kereta boleh dijadikan bahan bacaan b. PO Kereta boleh menjalankan tugas-tugas penyelidikan. Makanan

1. 2. 3. 4. 5.

2.

a. bentuk pil b. belajar

PO Semua makanan di sekolah dihidangkan dalam PO Makanan di sekolah sebagai pendorong untuk Rambut a. PO Rambut digunakan sebagai alat kecemasan

RUMUSAN 1. PO: Satu konsep baharu yang digunakan dengan sengaja untuk mengelakkan daripada terus membuat keputusan, sebaliknya menerima idea tersebut secara kreatif. Stepping Stone/ Batu loncatan: Satu operasi untuk mendapat idea-idea baharu. Prosesnya memerlukan satu pernyataan provokatif yang akan digunakan dan diteliti (batu loncatan) untuk mendapatkan idea-idea baharu.

2.

INPUT RAWAK (RANDOM INPUT)

PENGENALAN Apabila seseorang menghadapi sesuatu masalah ia akan memikirkan perkara yang sama berulangkali. Sememangnya jika seseorang itu berfikir lagi tentang masalah itu makin susah untuk mereka keluar dari keadaan yang kusut itu. Apa yang perlu ialah suatu ransangan dari luar

yang akan membolehkan seseorang berfikir ke arah jalan yang baharu. Jika kita berusaha mencari idea dari luar kerana idea itu mungkin dipilih untuk dipadankan dengan idea-idea yang sedia ada. Idea dari luar mestilah tidak ada kaitan dengan apa yang sedang difikirkan. Idea dari luar itu dipilih secara rawak. Teknik Input Rawak melibatkan sesuatu yang tidak ada kaitan langsung dengan situasi yang dibincangkan. i. Dengan menggunakan PO input rawak digunakan untuk menyelesaikan masalah agar idea baharu dapat dicetuskan ii. Secara praktikal input rawak yang paling ringkas ialah daripada perkataan rawak. iii. Cara yang lebih mudah ialah dengan menunjukkan jari ke atas suratkhabar dan pilih kata nama (noun) yang terdekat. Perkataan rawak ini merupakan satu pakej konsep yang dibawa ke dalam situasi untuk membuka cara-cara berfikir yang baharu. Contohnya, kita mahu mencari idea-idea baharu tentang cermin mata. Kita sebutkan cermin mata PO jam dan mencari apakah idea yang tercetus. Idea pertama ialah cermin mata yang berfungsi mefokuskan pandangan pengguna berbanding dengan jam berfungsi sebagai penentu masa waktu siang, malam, pagi dan petang. Mungkin cermin mata yang berubah mengikut masa lebih baik dari segi nilai penjagaan mata. Oleh kerana jam menunjukkan masa, mungkin kita boleh meletakkan sejenis cermin yang boleh berubah-ubah keadaan cahayanya dengan warna yang sesuai mengikut keadaan waktu. Pelajaran ini mengenai penggunaan rawak dengan sengaja. Seseorang harus melibatkan perkara yang tidak ada kaitan dan mungkin perkaraperkara yang tidak ada kena mengena langsung untuk mencetuskan idea-idea yang baharu. Kita boleh menumpukan perhatian dengan begitu teliti terhadap satusatu masalah tapi tidak semestinya kita dapat mencapai satu-satu idea yang baharu. Ini adalah kerana tumpuan perhatian kita cuma meneguhkan idea yang telah sedia ada. Untuk mendapat idea yang baharu kita perlu membawa masuk sesuatu idea dari luar. Ia tidak boleh sesuatu yang kita pilih kerana ia akan memenuhi idea yang telah

sedia ada. Jadi ianya perlu dibuat secara rawak. Iaitu ia tidak ada sebarang pertalian dengan masalah yang sedang dipertimbangkan. Tetapi setelah ia dibawa masuk ke dalam masalah, input rawak ini menjadi sebagai satu rangsangan untuk mencetuskan idea baharu.

LATIHAN Dengan mengambil salah satu daripada contoh input rawak di atas, guru boleh memberikan cadangan jawapan lain. Contohnya Kita sedang mencipta sejenis biskut baharu dengan menggunakan input rawak kereta. Apakah idea-idea yang didapati daripada pernyataan Biskut PO kereta. Cadangan jawapan: a. Kita boleh membuat biskut berbentuk seperti kereta untuk menarik minat kanak-kanak supaya gemar memakan biskut. b. Sifat kereta yang keras dan lasak boleh diaplikasikan pada biskut supaya tidak mudah pecah walaupun dipos ke luar negara dan tahan lama atau tidak mudah lemau, walaupun berada di negara yang bersuhu lembab. c. Kereta mempunyai tayar dan biskut boleh dibentuk seperti tayar kereta yang bulat dan tebal serta berwarna hitam. CARA-CARA MENDAPATKAN INPUT RAWAK a. Kita boleh mendapatkan perkataan rawak dengan menggunakan perkataan yang terlintas di fikiran ketika kita melihat di sekeliling kita. b. Kita boleh memejamkan mata kita sambil meletakkan jari telunjuk ke atas surat khabar dan pilih kata nama (noun) yang paling hampir dengan jari kita. c. Kita juga boleh mencabut mana-mana kertas kecil yang tertulis kata nama di atas. Catatan: Input rawak yang dipilih mestilah tidak terlalu hampir / rapat hubungannya dengan idea kita. Contoh input rawak yang tidak sesuai: Buku PO kertas Ayam PO telur

RUMUSAN Untuk mencetuskan idea-idea baharu kita perlu menghubungkan sesuatu idea yang tidak ada kaitan langsung dengan idea lama. Input yang dipilih untuk mencetuskan idea-idea baharu mestilah juga dipilih secara rawak

MENCABAR KONSEP (CONCEPT CHALLENGE)

PENGENALAN Apabila seseorang mengkaji sesuatu situasi dengan tujuan untuk memperbaharui atau mengubah situasi, perkara yang boleh dilakukan ialah mencabar konsep sedia ada dengan menggantikan kepada konsep yang lain. Pelajaran ini bertujuan untuk melihat kembali konsep yang terdapat dalam sesuatu perkara dari berbagai-bagai sudut dengan bertanyakan soalan supaya kita berfikir secara kreatif. Antara soalan yang boleh di tanya ialah; Adakah hanya itu satu-satunya cara untuk melakukan sesuatu? Adakah cara dan alternatif lain? Adakah ia penting? Mestikah ia begitu? Kenapakah kita terus mengamalkan cara-cara begini?

Selepas kita mencabar sesuatu konsep, baharulah kita memikirkan dari sudut dan cara lain. Namun demikian kita harus sedar, tidak semua konsep boleh dicabar khususnya yang bersifat mutlak dari Maha Pencipta. Ada kemungkinan sesuatu idea yang telah diterima umum , merupakan idea-idea yang paling diantara idea-odea yang pernah dikemukan. Faktor ini tidak penting, tetapi yang penting ialah kebolehan mencabar konsep-konsep yang telah diterima umum. Sekiranya cabaran itu gagal menghasilakn keadaan baharu yang lebih bermanfaat, maka konsep lama yang dicabar itu masih digunakan dan dikekalkan. Daripada aspek teori, mencabar konsep memang mudah tetapi dari segi praktiknya terdapat dua kesulitan, 1. Masalah mengenalpasti konsep yang hendak dicabar. Cabaran yang bersifat terlalu umum dan sembarangan tidak akan berkesan. 2. Masalah membezakan antara cabaran dan kritikan. Kritikan membawa implikasi bahawa kelemahan sesuatu konsep itu dipersoalkan. Cabaran pula ialah usaha mencari alternatif dan caracara lain untuk melihat konsep lama daripada sudut yang lain. CONTOH 1. Seorang pereka (designer) di kehendaki mencipta pinggan baharu. Oleh itu, beliau telah mencabar konsep bulat pinggan dengan bertanyakan; Mengapakah bentuk pinggan mesti bulat?

Akibat daripada pertanyaan tersebut dia mencipta pinggan yang berbentuk panjang dan tirus melebar. Oleh itu, setelah seseorang individu habis makan di sebelah satu hujung, individu tersebut boleh makan satu hujung lagi.

LATIHAN Cabar konsep dan cadangkan alternatif atau cara lain. 1. 2. 3. Kenapa komputer bimbit mesti berbentuk empat segi Telefon mudah alih berbentuk sebatang pen Motorbot boleh digunakan di atas darat.

Cadangan jawapan: 1. Kenapa komputer bimbit mesti berbentuk empatsegi. Komputer bimbit boleh berbentuk bulat atau bujur supaya bucu komputer bimbit tidak mudah terhantuk dan merosakkan keseluruhan sistem. Komputer berbentuk bola dan diselaputi getah atau polistrin supaya boleh jatuh bergolek dan tidak merosakan perkakasannya. RUMUSAN Selain daripada menerima sesuatu itu sebagai suatu kelaziman, kita boleh memilih dan mencabar mana-mana konsep untuk memastikan sama ada hanya itulah cara untuk melakukan sesuatu. Dengan ini, berbagai-bagai idea yang baharu dan lebih kreatif dapat dijelmakan. Namun, tidak semua yang boleh dicabar terutamanya sesuatu nilai yang mutlak yang lahir daripada Maha Pencipta. IDEA DOMINAN (DOMINANT IDEA)

PENGENALAN Pelajaran ini bertujuan untuk mencetuskan kreativiti. Kadang kala seseorang individu itu kerap terdorong melihat idea-idea yang dominan dalam sesuatu perkara. Oleh itu pelajaran ini membolehkan pelajar terlepas dan melepaskan diri dari sesuatu idea dominan bagi mencetus idea-idea baharu atau yang berkaitan. Gambar rajah di atas

menunjukkan bahawa idea dominan di laluan utama di laluan lebuh raya. Tidak mudah bagi seseorang yang memikirkan idea-idea dominan melepaskan diri (escape) daripadanya. Oleh itu bagi mendapatkan idea-idea baharu, seseorang itu harus melepaskan daripada idea dominan CONTOH 1. Kenalpasti idea dominan dalam MRSM. Cadangan jawapan: Memberi ilmu kepada pelajar. Mendisiplinkan pelajar. Mendidik pelajar. Menyediakan pelajar menghadapi kehidupan harian. Menguji pelajar

-

LATIHAN 1. Persatuan dan kelab di sekolah adalah untuk melatih bakat kepemimpinan di kalangan pelajar Cadangan jawapan: Pelajar perlu diberikan kursus kepimpinan Pelajar harus diberi peluang mengendali sesuatu program sekolah Pelajar harus dilatih dalam berkomunikasi Pelajar harus ditanamkan semangat bekerja sama. RUMUSAN Kita perlu melepaskan diri dari sesuatu idea dominan bagi mendapatkan idea-idea baharu.

KOMBINASI (COMBINATION)

PENGENALAN Kombinasi adalah satu lagi proses pemikiran kreatif. Melalui proses ini, benda yang wujud berasingan boleh disatukan atau dipadukan untuk menjadi satu benda/alat/ idea tadi baharu yang mungkin lebih berfaedah berbanding benda/alat/ idea tadi secara berasingan. Sebagai contoh, kombinasi mencantumkan sebuah basikal dengan generator untuk menghasilkan elektrik semasa bekalan elektrik terputus adalah amat berguna. Kebanyakan daripada rekaan / ciptaan yang berjaya sekarang bergantung kepada proses kombinasi / penyatuan berbagaibagai benda. Proses penyatuan benda/alat/ idea lama untuk menjadikan sesuatu yang baharu sungguh mudah; lebih mudah daripada hendak memikir atau kemudian mencipta serta menghasilkan satu idea atau rekaan baharu. Melalui proses kombinasi, dua atau lebih benda/alat/ idea berasingan dengan sengaja boleh menjadi batu loncatan untuk menghasilkan benda /alat/ idea baharu. Kadang-kadang penyatuan ini boleh dibuat secara bebas. Sementara pada masa lain pula dua/ lebih benda/alat/ idea berasingan yang sudahpun berguna/ berfaedah disatukan lagi untuk menjana idea-idea baharu yang lebih berfaedah. Tahukah Kita?

Tahukah kita bagaimana orang-orang Mesir zaman silam mengangkat batu-batu yang besar dan berat ke Giza Platean untuk membuat piramid? Di zaman itu tidak ada apa-apa jenis pengangkutan. Batu-batu besar ditarik di atas kepingan kayu. Kombinasi ini mencetus idea roda dancoach dan tenaga ditukar dengan tenaga lembu, keldai dan kuda. Sains menciptakan enjin dan kombinasi enjin dan coach menjadi kereta, lori dan bas.

Perhatian Guru: Kombinasi/ penyatuan adalah satu latihan yang berfaedah kerana ia mudah dan menghasilkan idea-idea yang menarik. Menyatukan dua/ lebih benda/ alat/ idea atau lebih menyebabkan seseorang berfikir bersungguh-sungguh tentang bentuk dasar dan tujuan kedua-dua itu dihasilkan. Prinsip am pelajaran ini ialah benda/alat/ idea baharu itu kadang kala adalah hasil daripada penyatuan benda/alat/ idea lama. Sebagai contoh apabila memasak, satu cara membentuk idea yang baharu ialah dengan mencantum bersama-sama bahan-bahan mentah yang wujud berasingan dan melihat sama ada sesuatu yang berguna dapat diperoleh. Contoh kedua, kereta pertama yang telah direka adalah hasil daripada pencantuman enjin berpetrol yang baharu direka dengan sebuah tricyle. LATIHAN 1. Gabung mana-mana dua daripada benda berikut untuk menghasilkan satu idea yang baharu. Kasut Roda - Khemah Tong Sampah - Berus Cat Tangga - Getah Pancut Air Penyapu - Kerusi PRINSIP Rajah menunjukkan bagaimana tiga benda yang berlainan dapat dicantumkan dan kemudian disatukan menjadi satu benda baharu. Kadang-kadang penyatuan melibatkan pencantuman benda-benda yang berlainan untuk menjadi satu benda baharu. Ada masa pula

penyatuan bermaksud menyatukan benda-benda untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

RUMUSAN Mungkin dengan menyatukan dua atau lebih benda lama kita boleh mendapat satu benda baharu. Kadang-kadang benda-benda itu dicantumkan dan kadang-kadang ia dipadukan.DEFINE THE PROBLEM (MENTAKRIF MASALAH)

PENGENALAN Mentakrif masalah adalah satu proses yang penting diajar kepada para pelajar. Biasanya adalah mudah untuk diperkatakan tentang Mentakrif Masalah atau Define the Problem tetapi selalunya agak sukar untuk dilaksanakan. Namun kita perlu ada daya usaha membuat takrifan yang tepat atau hampir tepat. Kadangkala kita tidak dapat membezakan di antara takrif yang tepat dan takrif alternatif, namun yang pentingnya kita mesti sedar apakah masalah utama?. Dan kadangkala pula orang lain membuat takrifan yang berbeza-beza walaupun di atas masalah yang sama. Namun begitu, takrifan yang berbeza-beza boleh dijadikan topik perbincangan. Dengan cara itu kita akan dapat mengenalpasti masalah

itu dan menyelesaikannya dengan pelbagai cara. Biasanya takrifan yang tepat boleh membawa kepada satu cara penyelesaian yang berbeza dan berkesan LATIHAN

1.

Gejala rasuah semakin menjadi-jadi. Kerajaan mengambil pelbagai langkah drastik untuk membenteras masalah ini hingga ke akar umbi.

Cadangan jawapan: 1. Gaji yang tidak setimpal dengan kerja 2. Kos sara hidup yang tinggi 3. Tabiat berbelanja tanpa had 4. Kesedaran sivik / agama yang kurang RUMUSAN Daya usaha mentakrif semula masalah untuk mendapat takrifan yang paling tepat akan menghasilkan idea-idea baharu untuk menyelesaikan masalah tersebut. MENGASINGKAN KELEMAHAN (REMOVE FAULTS)

PENGENALAN

Tujuan pelajaran ini ialah untuk menegaskannya dan menjadikan operasi ini formal dan sengaja. Langkah pertama dalam operasi ini ialah menyenaraikan semua kelemahan. Langkah kedua ialah cuba menyingkirkan kelemahan-

kelemahan yang wujud. Kelemahan-kelemahan mungkin nyata seperti permainan kanak-kanak yang mempunyai bucu-bucu tajam. Kelemahankelemahan begini adalah mudah di kesan. Ada kalanya kelemahan ialah sesuatu yang tidak lengkap atau tidak jelas kecuali diselidiki dengan teliti dan secara mendalam.

Lukisan muka depan yang menunjukkan pengasingan kelemahan untuk menghasilkan bentuk empat persegi. Dalam kes pertama, sekeping dikeluarkan dan dalam kes yang kedua, satu kekososngan diisi. Perbedaan antara kedua-dua jenis kelemahan ini tidak penting asalkan pelajar-pelajar mencari benda-benda yang tertinggal dan bukan hanya benda-benda yang salah. Menyingkirkan kelemahan merupakan satu proses kreatif yang terhad dan jarang sekali idea baharu dapat dibentuk dari proses peenyingkiran kelemahan. Namun begitu ianya berguna kerana kadangkala sesuatu keadaan itu boleh dibaiki. Sebabnya, kadangkala orangboleh menerima sesuatu idea, apabila kelemahan-kelemahan tersebut disingkirkan.

Sesuatu kelemahan kadangkala terlalu subjektif untuk ditakrif. Contohnya bagi Ahmad semua komputer perlu berbentuk empat persegi dan berwarna hitam, tetapi bagi Aminah pula ialah satu kelemahan. Aminah mungkin berpendapat sesebuah komputer perlu dibuat dalam pelbagai bentuk dan warna.

Prinsip am menyingkirkan kelemahan adalah; 1.Usaha yang sengaja ke arah itu 2. Perlu berhati-hati. 3. Tidak membantutkan kreativiti

Kadangkala kelemahan juga merupakan; 1. 2. 3. 4. Sesuatu yang tidak patut ada Sesuatu yang boleh menimbulkan sugutan Sesuatu yang tertinggal Sesuatu yang patut diketepikan

Bagaimanakah cara mengasingkan kelemahan? 1. 2. 3. Cari dan kesan kelemahan Senaraikan semua kelemahan Ketepikan kelemahan.

Latihan 1. Senaraikan kelemahan-kelemahan di makmal kimia Cadangan Jawapan a. Alatan dan radas tidak mencukupi b. Ruang terlalu sempit c. Tidak ada alat-alat komputer, LCD. d. Lain-lain jawapan Perhatian Guru : Kelemahan Kelemahan boleh merupakan sesuatu yang salah, tidak wujud, belum dikenalpasti, ada pula yang perlu dibiarkan dan ada maklumat yang tertinggal. bantu yang sempurna seperti radio,

Dwi Operasi 1. 2. Apakah kelemahan-kelemahan yang ada? Bagaimanakah cara mengasingkannya?

RUMUSAN Senaraikan kelemahan-kelemahan secara mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut. sengaja, kemudian cuba

REQUIREMENTS (KEPERLUAN-KEPERLUAN)

PENGENALAN Selalunya idea baharu akan timbul dalam usaha menyelesaikan masalah. Kebanyakan idea timbul adalah berhubungkait dengan sesuatu situasi dari masalah yang wujud atau mungkin hanya pembaharuan terhadap sesuatu idea. Apabila sesuatu idea timbul ia mempunyai mempunyai keperluan-keperluannya tersendiri. Keperluan ini mungkin salah, tidak penting atau tidak berguna. Keperluan bermaksud perkara-perkara yang diperlukan di dalam sesuatu situasi. Gambarajah menunjukkan perbagai keperluan untuk membentuk sesuatu idea, penyelesaian dan penemuan baharu. Keperluankeperluan akan memberi pengaruh dan menghasilkan tindakan yang tertentu. Dalam penciptaan ubat baharu, beberapa perkara mesti difikirkan untuk memenuhi beberapa keperluan: 1. selamat walau digunakan secara berlebihan; 2. tidak memberi kesan sampingan; 3. memperlihatkan keistimewaannya; 4. tidak memberi kesan buruk walaupun diguna bersama ubatubatan lain; 5. tidak memberi kesan terhadap bayi dalam kandungan; 6. tidak mahal dan semua orang mampu memilikinya; 7. tidak mudah rosak kerana penyimpanan yang lama. 8. Halal digunakan oleh pengguna Islam

Bilakah keperluan perlu diambilkira? Mungkin ia difikirkan setelah sesuatu idea itu timbul kemudian diubahsuai supaya memenuhi

keperluan. Mungkin juga difikirkan ketika membuat keputusan. Keperluan sebenarnya perlu diambilkira dari permulaan idea pemikiran lagi dan ia akan membantu membentuk idea-idea kreatif. Contohnya; Sekiranya keperluan merekacipta semula sebuah LRT (Light Rail Transport) perlu mengambil kira faktor kos yang murah, lokasinya, kepadatan penduduk atau kualiti material pembuatan LRT tersebut. Tidak semua keperluan-keperluan itu penting. Kadangkala sesuatu idea dapat memenuhi keperluan utama dan gagal memuaskan keperluan yang lain. Sukar sekiranya kita terlalu mengambil berat untuk memenuhi keperluan keseluruhannya. Pelajaran ini menekankan kedua-duanya dengan menyenaraikan keperluan-keperluan dan menyusun semula mengikut keutamaan. Prinsip amnya ialah idea itu tidak timbul sendiri tetapi berkait dengan situasi yang mempunyai keperluan-keperluannya tertentu. CONTOH Seorang pereka cuba mencipta telefon bimbit baharu. menyenaraikan keperluan berikut di dalam pemikirannya : Mudah Murah Menarik Tahan Dia

Apakah keperluan yang tertinggal, Cadangan jawapan : Penjimatan bateri Kekuatan penerimaan gelombang Kekuatan penghantaran gelombang Teknologi terkini dengan fungsi tambahan Sesuai dalam semua keadaan cuaca Ringan Selamat digunakan

Senang dibawa dan disimpan

Perhatian: Guru membacakan contoh yang diberikan dan boleh menambah cadangan jawapan.

LATIHAN Perhatian: Latihan dijalankan secara perbincangan umum, 1. Seorang pereka mendapat satu idea baharu iaitu mencipta badan kereta daripada bahan plastik. Malangnya idea itu ditolak oleh pengeluar kerana tidak memenuhi cirri-ciri sebuah kereta. Pada pendapat kita apakah keperluan yang gagal disempurnakan? Cadangan jawapan : Mudah pecah Kurang cantik Tidak menjamin keselamatan pengguna Kos pembaikan yang tinggi Mudah terbakar Mudah rosak (Dan lain-lain yang difikirkan sesuai)

EVALUATION (PENILAIAN)

PENGENALAN Sesuatu idea mungkin menarik dan kreatif tetapi adakah idea itu baik, berguna dan boleh dilaksanakan? Kesilapan yang sering berlaku dalam kreativiti ialah, sesuatu idea yang hebat serta menakjubkan tetapi faedahnya kecil. Topik ini tidak mengutamakan kreativiti sebaliknya ialah penilaian. Dalam topik ini proses penilaian melalui 2 peringkat. 1. Melihat bagaimanakah sesuatu idea itu dapat memenuhi keperluan? Mungkin ia perkara yang sesuai dan memenuhi keperluan situasi berkenaan atau sebalikya. Sekiranya idea itu dapat memenuhi keperluan utama maka idea berkenaan adalah yang terbaik. 2. Memeriksa idea dengan melihat kelebihan dan kekurangannya. Ini adalah proses yang umum tetapi jangan diabaikan keperluankeperluannya. Sebarang kelebihan atau kekurangan boleh dinyatakan sebagai keperluan-keperluannya tetapi ia tidak semestinya menggambarkan keadaan yang sebenar. Contoh: Cadangan semua kereta mesti dicat kuning. Kelemahannya ialah polis sukar mengesan kereta yang dicuri. tetapi realiti ia mungkin tidak menarik perhatian pembeli

Jika sesuatu idea itu tidak dapat menepati keperluan, seharusnya dibuat operasi PMI terlebih dahulu. Operasi PMI penting dilakukan sebagai tambahan untuk melihat sama ada sesuatu idea itu berguna ataupun tidak. Idea yang tidak melepasi penilaian, memerlukan pengubahsuaian untuk menghasilkan idea yang baik. Prinsip am di dalam penilaian ialah idea semestinya dapat menepati matlamat. Tidak mencukupi sesuatu idea sekadar kreatif, ia juga mesti baik (mengikut kriteria-kriteria yang ditentukan). Contoh: 1. Seorang pelajar telah dihukum gantung persekolahan kerana merokok di dalam kawasan sekolah. Adakah tindakan ini memenuhi keperluan-keperluan pihak sekolah. Cadangan jawapan : Menyingkirkan pelajar yang merokok Memberi pengajaran kepada pelajar lain bahawa pihak sekolah memkitang serius kesalahan merokok Tidak semestinya sepenuhnya gejala merokok dapat dibendung

Lain-lain jawapan yang sesuai

LATIHAN Perhatian Latihan dijalankan secara perbincangan umum, 1. Bandaraya Kuala Lumpur menghadapi masalah kesesakan lalulintas yang teruk, untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam lorong khas bergarisan kuning untuk bas dan teksi telah diwujudkan supaya pengguna kenderaan awam tiba ke tempat tujuan mengikut jadual. Adakah penyelesaian ini memenuhi keperluan pengguna jalanraya. Apakah kelebihan dan keburukannya? Cadangan jawapan : Satu penyelesaian yang baik untuk jangkamasa pendek

Pengguna yang ramai perlu kenderaan awam yang banyak Menyukarkan pengguna yang membawa anak kecil; Sekiranya kenderaan persendirian terus dibenarkan memasuki bkitar keadaan akan lebih teruk dari keadaan asal Perhatian guru : kumpulan. Latihan dijalankan secara pebincangan dalam

GUNAKAN DWI OPERASI Adakah ia sudah memenuhi keperluan? Apakah kelebihan dan kekurangannya? RUMUSAN Penilaian bermaksud meneliti sesuatu idea sama ada ia berguna atau tidak. Iaitu memeriksa sama ada ia telah memenuhi keperluankeperluan serta mengkaji kelebihan dan kekurangannya.