COVER
-
Upload
nor-najwa-solihah -
Category
Documents
-
view
225 -
download
0
description
Transcript of COVER
KURSUS :
HPD232 PEMIKIRAN PEMIMPIN NEGARA
TAJUK :
“TOKOH SUKAN NEGARA ALLAHYARHAM DATUK MOKHTAR
DAHARI”
DISEDIAKAN OLEH:
NOR NAJWA SOLIHAH BINTI ABD MOLOK
2013391965
UNTUK:
CIK NORSYIDAH BINTI MAHMAT SANI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA JOHORFACULTY OF BUSINESS MANAGEMENT
BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION (HONS) MARKETING
(BM240)
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, ingin kami ucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana memberi
kesempatan kepada kami untuk menyiapkan assignment ini dengan jayanya.Alhamdullillah
sepanjang menyiapkan assignment ini, kami berjaya menangkis segala permasalahan yang
timbul.
Terima kasih juga diucapkan kepada keluarga kami berdua kerana senantiasa
menyokong dan memberi galakan terhadap kami. Mereka sentiasa menyokong kami dengan
membantu kami sedikit sebanyak dalam memahami tajuk kami dengan lebih mendalam.
Di sini,kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pensyarah
CTU101 kami, Puan Nor Azmawati bt Abd Aziz,kerana beliau sentias membantu kami.
Segala kesulitan dalam menjayakan assignment ini dapat diatasi dengan bantuan beliau.
Terakhir sekali,terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu menjayakan
assignment ini.Kawan-kawan D1E5,kawan sebilik kami dan semua yang terlibat,terima kasih
kami ucapkan.
Cabaran dalam Membina
Kecemerlangan Tamadun
Ummah
ISLAM
Islam dari segi bahasa berasal daripada bahasa Arab iaitu al-Islam yang bermaksud
selamat sejahtera yakni apabila orang yang menganut Islam itu mempelajari Islam,memahami
ajaran dan cara hidup Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan ,maka ia menjadi orang
yang soleh kepada Allah S.W.T dan soleh kepada sesama manusia dan alam. Selain itu,itu
juga bermakna taat dan patuh yang bermaksud,semua umat Islam harus taat terhadap perintah
Allah S.W.T dan mematuhi segala peraturan Islam tanpa meraguinya ataupun
mempersoalkannya. Dari segi istilah,Islam adalah agama yang diturunkan kepada seluruh
nabi-nabi dan rasul-rasul bermula dari Adam A.S sehinggalah Nabi Muhammad S.A.W.
Muslim pula adalah orang yang mentauhidkan Allah S.W.T ,patuh,tunduk dan jujr hatinya
kepada Allah S.W.T serta beriman dengan pengajaran-pengajaran agama yang dibawa oleh
Nabi Muhammad S.A.W.
Islam juga membawa maksud aman dan damai,iaitu aman apabila ada amar makruf
dan nahi mungkar dan damai apabila kehidupan saling berkasih sayang antara satu sama
lain,bertoleransi dan sentiasa mencintai kedamaian.Tidak cukup dengan itu,Islam juga
bermakna tunduk dan menyerah diri yang mana menrangkan bahawa umat Islam tunduk
kepada kekuasaan Allah S.W.T di bawah kebijaksanaan-Nya dan menyerah diri dibawah
ketentuan Allah S.W.T setelah berusaha.
Islam juga boleh didefinisikan sebagai suatu pegangan hidup secara bersederhana
yang memerlukan seseorang itu taat,patuh dan tundukmenyerah diri kepada Allah S.W.T
yang melibatkan hubungan dengan Allah S.W.T, sesama manusia dan alam,dalam urusan
didunia dan di akhirat.Menurut ulama Salaf-as-Soleh,Islam adalah penyerahan diri kepada
Allah melalui petunjuk syara',ianya dibina diatas tauhid yang dimantapkan dengan mengenal
ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya,dikukuhkan dengan memahami kelima-lima rukunnya,
Islam juga adalah pengukuhan akidah umatnya melalui cara mempelajari,memahami dan
mengenal keenam-enam rukun iman,memahami rukun Islam dan rukun iman yang telah
diperjelaskan oleh para ulama serta Islam dimulakan dengan pengucapan kalimah tauhid,iaitu
dua kalimah syahadah serta pengakuan bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah utusan-
Nya.Sentiasa difahami,dipenuhi tuntutan dan syarat-syarat yang terdapat pada kalimah
syahadah ini. (Pengantar Asas-Asas Islam,Che Zuina Ismail,2006)
SEJARAH KEAGUNGAN TAMADUN UMMAH PADA ZAMAN DAHULU
Dalam tempoh 23 tahun sahaja,seorang insan yang dilahirkan pada tahun 570 masihi
ini,telah berjaya mengubah fahaman jahiliah dan penyembahan berhala kepada ketundukan
kepada Tuhan Yang Maha Esa,daripada pertelingkahan dan peperangan antara kabilah
kepada perpaduan bangsa dan umat,daripada sifat mabuk dan tidak berakhlak kepada sifat
yang tegas dan warak,daripada tidak mempunyai undang-undang kepada kehidupan yang
berperaturan,dan daripada keruntuhan akhlak kepada akhlak yang angat cemerlang.
Sedangkan sebelum itu belum pernah ada sejarah peradaban yang melalui perubahan dan
pembaharuan yang sempurna seperti yang berjaya dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Muhammad Rasullullah S.A.W telah merintis kecemerlangan bagi bangsa manusia
yang menunujukkan kecemerlangan hakiki didunia dan akhirat.Agama Islam dapat dibina
dengan teguhnya oleh Baginda kerana Baginda menterjemahkannya dalam bentuk setiap
tindakan yang diambil.Umat manusia dapat melihat bahawa agama Islam bukan sahaja indah
dari unsur fahaman semata-mata,bahkan ia sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan
sempurna dan bersifat amali.
Menurut buku Ummah Negara Islam,Muhammad Abdul Rauf,di bawah pimpinan
Rasullullah,anggotanya-anggotanya bersatu sebagai satu binaan yang padu,sekalipun mereka
menyedari perbezaan yang padu,sekalipun mereka menyedari perbezaan yang wujud
dikalangan mereka,iaitu di antara golongan penghijrah(Muhajirin),dengan penduduk
tempatan yang membeikan sokongan(Ansar).Keadaan mereka ini kekal untuk selama-
lamanya:para penghijrah yang dimuliakan dan penduduk tempatan yang memberikan
bantuan,bukan orang asing yang menceroboh dan rakyat yang marahkan para penghijrah.
Pembahagiaan ini merupakan pembahagiaan dua kumpulan yang saling melengkapi,bukan
kumpulan yang saling bermusuhan.Faktor yang menyatukan mereka ini ialah ikatan yang
sama iaitu agama Islam,yang melangkaui perhubungan darah walaupun hak dan
tanggungjawab bersama yang timbul daripada perhubungan darah telah ditetapkan.Jadi,
dalam lingkungan perpaduan Islam yang mempunyai kekuatan,kuasa serta sifat
universal,perhubungan darah yang dibayangkan,diselaraskan dalam suatu rangka kerja yang
begitu jitu dan memuaskan.
Malah,Nabi Muhammad juga telah berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah
Islam.Keunggulan agama Islam yang diterjemahkan oleh RasullullahS.A.W tidak terhenti
setakat hayat Baginda,malah ia terus hidup dan berkembang subur di seluruh pelusuk alam
ini.Hari ini dunia menyaksikan bahawa penganut Agama Islam mewakili satu perlima jumlah
dunia sekaligus membuktikan bahawa agama Islam adalah agama yang menjadi pilihan
utama manusia.Kemegahan agama Islam pada waktu ini tidak dapat dipertikaikan lagi dan
semuanya hasil usaha Nabi Muhammad S.A.W.
KERUNTUHAN TAMADUN UMMAH
Menurut buku Pedoman Hidup Muslim,Dr Ahmad Ibrahim Shukri,pada masa
kini,terdapat banyak penyelewengan yang berlaku dikalangan setengah kaum muslimin yang
disebabkan oleh salah faham tentang hakikat Islam yang sebenar. Contohnya setengah dari
kaum muslimin menumpukan perhatian mereka dalam satu-satu segi sahaja,tetapi
mencuaikan ajran Islam yang lain.Sesetengah golongan lain pula mengambil berat tentang
perkara-perkara yang kecil serta menjadikan perkara ini sebagai persoalan pokok dan asas
dan terdapat juga golongan yang terlalu memegang perkara pokok dan memandang Islam
hanya terbatas dalam ruang itu sahaja tanpa menghiraukan ajaran-ajaran agama dari segi yang
lain.
Di masa kini,terdapat bayak golongan yang merasakan yang memadailah dengan
hanya berakhlak baik untuk menjadi seorang muslim.Ibadah-ibadah yang difardhukan oleh
Allah SWT,seperti sembahyang,bayar zakat dan lain-lain tidak penting untuk dilakukan.
Alasan yang diberikan mereka adalah mereka sudah berbudi pekerti baik, jadi mereka tidak
perlu lagi beribadat.Ada juga yang bertambah jahil dengan mempergunakan dakwaan yang
Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Mengasihi,jadi mereka tidak perlu takut jika
mereka melakukan maksiat.
Ada juga golongan yang menitik beratkan tenttang akidah tauhid,ibadat dan taat
kepada Allah SWT,tetapi dukacitanya,mereka tidak menjadikan ibadat yang ditunaikan itu
sebagai dorongan untuk membentuk akhlak,muamalah dan berbudi pekerti:umpamanya
mereka tidak pandai berbicara dengan khalayak ramai,akhlak buruk serta percakapan kasar
serta sombong.Terdapat juga golongan yang pandai dari segi ibadah dan akidah,tetapi
sayangnya kerana merekan sering berbohong,menerima rasuah dan memakan riba dengan
menggunakan alasan bahawa mereka terpaksa melakukannya.Sikap-sikap inlah yang
menyebabkan Islam yang sebenar yang sepatutnya dihormati semua,namun menjadi satu
agama yang biasa sahaja dipandangan umum dewasa ini.
Permasalahan-permasalahn ini bukan hanya berlaku sekarang,tetapi sudah berlaku
sejak zaman silam lagi.Semua ini menjerumus kepada perpecahan umat Islam.Golongan Al-
Murjiah misalnya,mereka mendahului dan menitiberatkan soal kebahagiaan iman sahaja dan
mencuaikan amalan.Bagi mereka,memadai dengan iman sahaja pada diri setiap insan tanpa
perlu melakukan sebarang amalan ibadat.Sesetengah daripada golongan ini menganggap
dengan adanya iman dalam diri seseorang itu,maka maksiat dan mungkar yang dilakukan
tidak akan menjejaskannya.
Terdapat juga ahli-ahli tasauf yang menyeleweng dengan melampau di dalam zuhud
dan ibadat,sehingga mereka mengasingkan diri daripada masyarakat dan menahan diri
daripada perkahwinan.Namun,ada juga puak tasauf ini menetapkan bahawa pencapaian
mereka akn mencapai tahap tertentu,jadi,apabila mereka tiba di tahap istimewa,mereka tidak
perlu beribadt lagi.
Tidak cukup dengan itu,ada juga yang menafsir melalui bahan bacaan mereka,bahawa
Islam adalah agama yang tidak boleh disatukan dengan politik.Semua ini amat tidak boleh
diterima akal langsung namun inilah yang dihadapi oleh masyarakat Islam sekarang.Pada
hakikatnya,semua penyelewengan tentang Islam itu tidak sepatutnya berlaku kerana
Rasullullah pernah bersabda yang bermaksud ;
Agama Islam itu terletak di atas lima perkara.Pertamanya kita menyaksikan tidak ada
Tuhan yang lain melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad itu Rasulnya.Keduanya
mendirikan sembahyang,ketiga mengeluarkan zakat,keempat puasa di bulan Ramadhan dan
kelima menunaikan fardhu haji.
Jika dikaji dengan mendalam hadis Rasullullah ini,kita akn dapati bahawa seorang muslim
tidak boleh dianggap sebagai seorang muslim sebenar kalau dia tidak beriktikad dan berikrar
dengan yakin didalam hatinya tentang kelima-lima rukun ini wajib ditunaikan semuanya dan
tidak boleh diasingkan atau diamalkan satu sahaja daripada lima itu.Seseorang itu boleh
dipanggil kufur jika dia tidak melaksanakan mana-mana satu daripada lima rukun ini.
Seperti yang dinyatakan di dalam surah Al-Ma'un yang bermaksud :
Maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang iaitu mereka berkeadaan lali
darpada menyempurnakan sembahyangnya(kerana sembahyang yang sempurna adalah tiang
agama.)
CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MEMBINA SEMULA
TAMADUN UMMAH
Terdapat banyak cabaran yang harus ditempuhi bagi membina semula tamadun
ummah di muka bumi ini.Kemegahan yang diperolehi semasa pimpinan RasullullahS.A.W
tidak akan mempunyai galang gantinya.Kehebatan Baginda menyatukan ummahnya hanya
dalam 23 tahun amat dikagumi,malah ramai yang ingin menyerupai Baginda namun tiada
siapa yang masih mampu menyainginya lagi sekaligus membuktikan betapa hebatnya
Baginda.Namun begitu,semuanya hampir musnah dek kerana sikap umat Islam pada zaman
ini.Jerit payah Nabi Muhammad suatu ketika dulu sudah makin dilupakan oleh umat-
umatnya.Kasih yang Rasullullah tumpahkan pada umat-umatnya sudah disalahertikan oleh
kebanyakkan umatnya.
Jesteru itu,kepimpinan umat Islam khasnya, perlu bersedia dan melengkapkn diri
dengan ilmu,kemahiran dan siasah kepimpinan yang diperlukan disamping banyak
memahami dan menganalis permasalahan umat semasa.Ini penting dalam memastikan setiap
umat Islam di bawah pimpinannya tidak akan rasa terabai dan sekaligus,salah sangka akan
terhapus.NGO-NGO Islam pula perlu bijaksana dalam merancang,menjana program tindakan
untuk dilaksanakan.Mereka juga perlulah berperanan sebagai badan-badan yang teguh berdiri
di belakang pemimpin sedia ada dan menegur dan saling berganding bahu dengan pucuk
pimpinan agar kebajikan setiap umat Islam akan terpelihara.Segala kekurangan yang ada
akan menterjemahkan potensi dan meningkatkan kemahiran berorganisasi,keengganan
berjuang dalam wadah. Ulama' perlu bangkit,bertindak,menyatukan barisan dan menguatkan
perpaduan dan integriti serta berusaha secara jama'i menghadapi tentangan musuh dengan
strategi yang lebih berkesan.Akibatnya,berlakulah pengabaian usaha membasmi kejahilan
umatnya yang akhirnya membawa kepada Ulama' berpecah,umat sengsara dan parah.
Selain itu,seolah-olah menjadi trend masa kini apabila kebanyakkan pemimpin yang
dipilh adalah pemimpin yang tidak mementingkan ilmu.Seperti yang semua ketahui,
'knowledge is power' namun disebabkan pemimpin disitu tidak mementingkan ilmu,
rakyatnya menjadi terabai.Disebabkan inilah,hal-hal yang berkaitan dengan agama sering
dianggap remeh.Undang-undang yang ada ditempat itu juga tidak mengikut syarak dan
kerana itulah hukuman dan peraturan yang ada di tempat itu sering menjadi persoalan
umum.Tidak hairanlah jika perbalahan sering berlaku di kawasan itu kerana pemimpin
ditempat itu kekurangan ilmu.Oleh itu,ini menunjukkan satu lagi kekurangan pemimpin
zaman sekarang iaitu mereka tidak mampu mencipta kegemilangan untuk umat Islam seperti
Nabi Muhammad.Tidak cukup dengan itu,ciri-ciri seorang Khulafa Ar-Rashidin sudah jarang
ditemui didalam diri seorang pemimpin itu.
Selain itu,golongan rakyat juga perlulah memainkan peranan.Tidak perlulah kita leka
dengan anasit-anasir yang tidak berputus ini oleh semua mereka tidak akan pernah puas
menganiya kita dan membawa kita ke arah penyelewengan.Masyarakat Islam juga perlulah
mengelakkan diri daripada taksub dengan kehidupan duniawi kerana ia sesungguhnya adalah
perangkap yang disediakan oleh orang kafir untuk kita agar kita terleka dengan dunia hakiki.
Taktik dan rancangan golongan yang memusuhi Islam ada dengan cara terang atau
bersembunyi,bersikap lokal,nasional atauglobal.Oleh itu,para Ulama' perlu bangkit,bertindak,
menyatukan barisan dan menguatkan perpaduan dan integriti serta berusaha secara jama'i
menghadapi tentangan musuh dengan strategi yang lebih berkesan.
Selain itu,oleh kerana terdapat terlalu banyak penyelewengan tentang Islam,ramai
umat Islam yang terpesong akidahnya.Konsep akidah dan ibadat itu sendiri sering
disalahertikan,jadi tidak mustahil ada diantara umat Islam sudah jauh terpesong daripada
agama Islam dan biasanya golongan ini hatinya sudah menjadi keras untuk menerima
kebenaran.Secara tidak langsung,penghayatan mereka terhadap agama Islam sudah terhapus
dan mereka sudah tidak mampu menerima agama Islam lagi.Golongan ini akan menjadi pasif
untuk menerima perubahan dalam diri dan gaya hidup mereka.
Tidak cukup dengan permasalahan dan tentangan dari umat Islam keseluruhannya,
cabaran dalam membina tamadun ummah juga menghadapi tentangan daripada para ibubapa
juga.Biasanya golongan ibubapa ini adalah golongan yang splastik.Mereka enggan
menghayati agama Islam dengan mendalam.Bahkan,biasanya golongan ibubapa ini megah
dengan cara hidup mereka yang jauh terpesong.Mereka biasanya tidak mendidik anak-anak
mereka tentang agama Islam itu dan sekaligus membiarkan seluruh keluarga mereka berada
dalam kekufuran.Tanpa disedari,cabaran dari dalam rumahlah yang menyebabkan atau
mendorong kepada cabaran-cabaran di luar.
Selain daripada itu,terdapat juga tentangan dari orang kafir.Mereka menghasut umat
Islam untuk sama-sama leka dengan kehidupan duniawi.Semakin hari,semakin ramai umat
Islam yang leka dengan aktiviti harian mereka sehingga kebanyakan daripada mereka
mengabaikan ibadat yang perlu dilakukan dan ada juga yang lupa terus akidah mereka
sebagai seorang muslim dan hanya mengunakan alasan kerja untuk mengelak daripadanya.
REFERENCE
1) Muhammad Abdul Rauf(1994)UMMAH Negara Islam.Malaysia:Dewan
Bahasa dan Pustaka
2) Che Zuina Ismail (2006) Pengantar Asas-Asas Islam.Kuala Lumpur:Pusat
Penerbitan Universiti(UPENA)
3) Dr. Ahmad Ibrahim Shukri(1992)Pedoman Hidup Islam.Terengganu:Kolej
Agama Sultan Zainal Abidin
4) www.ikim.gov.my (retrived: 31/08/2009)