Cover Ctu 555

34
KURSUS MALAYSIAN HISTORY (CTU555) TAJUK PERKARA 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DISEDIAKAN OLEH NURUL HUSSAIMAH BT MOHAMMAD ROBI (2013158365) SITI NURSYAKIRAH BT OSMAN (2014983273) ROSLAILIDYA WANIE A/P ROSLAN (2014362501) NOR NAJWA SOLIHAH BINTI ABD MOLOK (2013391965) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA JOHOR FACULTY OF BUSINESS MANAGEMENT BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION

description

Cover Ctu 555

Transcript of Cover Ctu 555

KURSUSMALAYSIAN HISTORY (CTU555)

TAJUKPERKARA 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

DISEDIAKAN OLEHNURUL HUSSAIMAH BT MOHAMMAD ROBI (2013158365)

SITI NURSYAKIRAH BT OSMAN (2014983273)

ROSLAILIDYA WANIE A/P ROSLAN (2014362501)

NOR NAJWA SOLIHAH BINTI ABD MOLOK (2013391965)

NAMA PENSYARAHPROF. MADYA AHMAD YAAKOB

PENDAHULUAN

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Perseketuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Dalam membentuk sebuah Negara yang bersatu-padu dari segi perpaduan serta kesepakatan kaum, Perlembagaan Persekutuan memainkan peranan penting dalam menentukan tanggunjawab, batasan dan larangan seseorang rakyat. Sebagai contoh, Perkara 153 yang telah menjadi salah satu dokumen undang-undang bertulis Perlembagaan Persekutuan melindungi hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta tidak boleh dipersoalkan lagi. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum dan bagi menjamin kehamornian hidup masyarakat Malaysia.

Di bawah Perkara 153 Yang di Pertuan Agong dikehendaki , dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang Persekutuan , melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera negeri Sabah Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam , dalam pemberian biasiswa , dan bantuan atau kemudahan pendidikan yang lain dan permit serta lesen yang diperlukan untuk perniagaan dan perdagangan .

Kedudukan istimewa orang melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan melayu .

Kedudukan istimewa orang melayu ini tidak mutlak , bahawa ia di seimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain , yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewaganegaraan dalam perlembagaan , hak untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak mengamalkan bahasa ibunda dan yang paling penting ialah, hak untuk mendapat layanan sama rata. Kedudukan istimewa orang Melayu adalah unsur tradisi yang keempat. Perkara 153 memberi tanggungjawab yang berat kepada Yang Dipertuan Agong untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra dari Sabah dan Sarawak. Dalam perjanjian itu antara Raja-Raja Melayu dengan kerajaan British, peruntukan untuk mengutamakan penduduk berbangsa Melayu tidak diperlukan, kerana Negara ini merupakan sebuah negara Melayu dan tiada sesiapa pun pada masa itu menyoal akan hak dan kedudukan orang Melayu. Ekoran daripada beberapa perjanjian dengan kerajaan British, Raja-Raja Melayu dikehendaki menurut nasihat British dalam semua hal ehwal kecuali adat istimewa dan agama Islam, hak dan kedudukan istimewa orang Melayu sedikit demi sedikit terhakis dek kerana perjanjian yang dihasilkan.

PERKARA 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perkaral 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Perkara 153 ini mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu , kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Perkara 153, Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.(1)Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.(2) Walau apa pun dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini daripada permit dan lesen itu.(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.(8)Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu.(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.(8A)Walau apa pun dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.(9)Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.(9A)Dalam Perkara ini ungkapan anak negeri berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.(10)Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.

HAK ISTIMEWA MELAYU DAN BUMIPUTERA DI BAWAH PERKARA 153

Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu seperti tanah untuk Orang Melayu iaitu hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat. Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai (bangsa lain) yang serupa, luas tanah untuk orang ramai tidak boleh melebih luas tanah orang Melayu. Tanah milik orang Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang bukan Melayu. Keduanya jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu. Ketiganya peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu. Dilihat juga dari segi bantuan ekonomi yang perlu mengikut peraturan yang dibuat bagi membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah perlindungan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berdasar hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hak Tanah

Mengenai peruntukan ini yang merupakan kedudukan istimewa orang Melayu yang diperuntukkan dalam Perkara 89 yang berkaitan tanah rezab orang Melayu menurut fasal (1),

Jika mana-mana tanah disesuatu Negeri yang menjadi rezab Melayu sebelum sahaja Hari Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri itu dengan suatu enakmen.

Menurut fasal (2) yang menyatakan, mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa itu bukan tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang yang ada dan yang belum dimajukan atau dicucuk tanam boleh diishtiharkan sebagai tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu.

Mengikut peruntukan pada Perkara 90 (berhubung dengan tanah rizab Melayu) yang memberi kuat kuasa undang-undang Perlembagaan kkepada undang-undang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Walau bagaimanapun, adalah dikesalkan bahawa meskipun undang-undang sedemikian rupa, pada amalannya banyak tanah rizab ini telah dipindah milik kepada orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f), juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

Apabila melihat kepada sejarah, MCA dibentuk dan berperanan semenjak zaman penjajahan British di mana MCA berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi menempatkan penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung-kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di Malaysia. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar -bandar di Malaysia adalah kaum Cina . Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila pelancong melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat dikatakan sebagai 'Chinatown'.

Penduduk Cina banyak bertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia, terutama sekali di kawasan-kawasan bandar. Mereka sedang menikmati pelbagai kemudahan prasarana yang disediakan oleh kerajaan kerana kerajaan tak dapat tidak terpaksa juga membangunkan kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Georgetown, Ipoh, Seremban dan lain-lain. Bandar utama menunjukkan mereka 'anti establishment' iaitu tidak pernah mengundi kerajaan kecuali setelah persempadanan semula bandar-bandar tertentu.

Peruntukan Biasiswa

Untuk mengelakkan orang Melayu tertinggal dalam bidang ekonomi, pembelaan terhadap pendidikan orang Melayu adalah penting bagi mendapat pembelaan terhadap hak dalam pendidikan orang Melayu. Kemudahan khas perlu diadakan kepada orang Melayu agar dapat bersaing dengan kaum lain khasnya dalam bidang ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya. Peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipertanggungjawabkan keatas YDPA untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputra di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perbezaan kepada mereka. Antara peruntukan utama untuk orang Melayu adalah kemasukan anak-anak orang Melayu ke universiti dan mendapat biasiswa. Di samping itu, perlindungan dan bantuan daripada pihak kerajaan disediakan bagi membantu pelajar, pengusaha dan peniaga. Contohnya dari segi pendidikan, kuota, pinjaman dan biasiswa, Maktab Rendah Sains MARA, Yayasan MARA, Kolej-Kolej Matrkulasi, Universiti Teknologi MARA, Unviersiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Politeknik, Sekolah-Sekolah teknik, institut latihan perindustrian dan seterusnya telah disediakan. Bantuan Ekonomi

Walaupun orang-orang Melayu membentuk kumpulan majoriti di kalangan penduduk Malaysia, penguasaan ekonomi mereka tidak setara dengan kedudukan tersebut. Pada tahun 1970, golongan Bumiputera hanya memiliki sekitar 1.9% daripada ekonomi Malaysia, manakala golongan bukan Melayu (kebanyakannya orang-orang Cina) mengawal sekitar 37.4 % dan selebihnya dipegang oleh orang-orang asing.

Berikutan ketaksamaan ini, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menuntut kerajaan menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa, jawatan dalam perkhidmatan awam dan sebagainya bagi memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk kepada pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar ataupun kampung dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan prasangka antara satu sama lain yang akhirnya mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971 - 1975) merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu. RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu. Namun begitu, RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini, sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.

Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam ekonomi.Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir.

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bahawa bangsa Melayu masih ketinggalan dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula telah menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan.

Dari segi perniagaan dan kewangan pula, Majlis Amanah Rakyat, Bank Islam, Takaful Nasional, Takaful Malaysia, taraf perintis, kuota jawatan di sektor swasta, skim pinjaman perusahaan industri kecil dan sederhana dan banyak lagi kelebihan yang diberikan. Selepas setiap perhimpunan agung parti dan persatuan Melayu, akan sentiasa ada insentif dan bantuan yang difikirkan dan disediakan pihak kerajaan. Bantuan-bantuan ini, berbeza dengan bantuan lain dan diwujudkan untuk membantu masyarakat Melayu dan pribumi Sarawak dan Sabah sebelum dibuka (secara terhad) kepada kaum lain. Masyarakat Melayu diberi keutamaan setiap kali mereka memohon berbanding kaum lain, termasuk pribumi Sarawak dan Sabah.

Satu bahagian yang penting daripada objektif dasar ekonomi ini ialah menggalakkan orang Melayu dan rakyat pribumi yang lain mengambil bahagian dalam sektor ekonomi moden sama ada dengan melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan seumpama itu atau dengan memiliki saham dalam syarikat-syarikat. Pendekatan asas dasar itu ialah melalui rancangan-rancangan ekonomi bagi membentuk perpaduan nasional.

ISU-ISU BERKAITAN DENGAN PERKARA 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

PERTIKAIAN PERLEMBAGAAN PERKARA 153

Utusan Malaysia pada 22 September 2010 melaporkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak dan keistimewaan orang Melayu. Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dalam portal blognya berjudul 'The ultimate Malaysia debate: Malaysia or Malaysaja?' yang disiarkan pada 31 Ogos 2010. Utusan Malaysia pada 1 September 2010 menyatakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu menyelar tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu. Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris),Dr. Ahmad Zaki Ismailberkata, Nurul Izzah tidak memahami apa itu Perlembagaan Persekutuan dan kepentingan untuk melindungi hak kaum sendiri apabila bertindak demikian. Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah di dalam sebuah portal propembangkang yang mendakwa Perkara 153 hanya menyebut 'kedudukan istimewa' dan bukannya 'hak keistimewaan' orang Melayu seperti yang digembar-gemburkan. Ahmad Zaki berkata, Nurul Izzah sepatutnya mendapatkan pandangan pakar berhubung Perlembagaan Persekutuan sekiranya tidak faham mengenainya dan bukannya membuat kenyataan atau pandangan yang menimbulkan kontroversi. Sebagai contoh, katanya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebelum ini juga hanya menetapkan sasaran yang sedikit bagi memajukan kaum bumiputera sedangkan kaum lain mendapat nikmat yang lebih banyak. Katanya, kenyataan Nurul Izzah itu sebenarnya membuka ruang bagi orang lain untuk memijak kepala orang Melayu sendiri.

Manakala Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia,Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, tindakan Nurul Izzah itu sebenarnya telah mengkhianati bangsa sendiri dan juga apa yang telah diperjuangkan pemimpin terdahulu. Katanya, pihak yang berterusan mempersoalkan mengenai Perkara 153 itu sebenarnya tidak faham sepenuhnya mengenai Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata, ada yang sanggup mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan kerana mempunyai kepentingan tertentu demi mengejar kuasa dan kedudukan politik. Dalam pada itu Yang Dipertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Lembah Pantai,M. Sazali Kamilanyang turut membidas tindakan Nurul Izzah itu berkata, wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sewajarnya diambil tindakan undang-undang kerana bertindak mempersoalkan Perkara 153. Katanya, pihaknya sendiri berasa malu kerana masih ada orang Melayu yang mempertikaikan hak kaum sendiri. M. Sazali berkata, tindakan Nurul Izzah itu juga dilihat seperti mahu mengalihkan isu dan kemelut yang berlaku di dalam PKR sendiri dan juga yang dihadapi oleh bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KETUANAN MELAYU

Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu atau kini digelar Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British). Hal ini disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940 apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 danDAPselepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan orang asal Malaysia, iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

Tentangan yang dimainkan olehDAPini sebenarnya merupakan lanjutan tentangan yang dimainkan oleh parti indukDAPiaitu partiPAP (Singapura).

Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153 Perlembagaan Malaysia olehPAP:-

Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atauDAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parlimen, dan menyeru satu Malaysian Malaysia. Mempersoalkan kontrak sosial, Lee telah menyatakan: Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato Syed Jaafar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.ISU BUKA KUOTA UITM UNTUK GOLONGAN BUKAN MELAYU

Pada tahun 2014 yang lalu, calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan iaitu Dyana Sofya Mohd Daud telah mencetuskan isu tentang salah sebuah universiti tempatan iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) . Dyana Sofya menerima kritikan hebat, khususnya daripada warga UiTM selepas secara lantang mempertikai peranan universiti itu yang memberi pendidikan peringkat tinggi untuk orang Melayu dan Bumiputera. Dyana Sofya, yang juga bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM sebelum ini mendakwa universiti itu hanya mengambil penuntut daripada kalangan keluarga pemimpin Umno yang berada untuk melanjutkan pelajaran, berbanding penuntut miskin yang lebih layak bukan daripada keluarga anggota Umno.

Dakwaan itu kemudian ditolak Naib Canselornya Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar yang berkata penuntut UiTM dipilih berdasarkan merit dan cukup syarat, bukan berdasarkan fahaman politik dan status keluarga masing-masing. Penubuhan UiTM termaktub di bawah Akta 173 atas dasar semangat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.

Ia bukan dalam erti kata tuan dan hamba tetapi lebih kepada penghormatan sebagai anak watan. Sehingga kini, terdapat 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini. Maka apa yang didakwa oleh Dyana Sofya bahawa UiTM hanya untuk orang Melayu adalah salah kerana pelajarnya juga terdiri daripada bukan Melayu iaitu pribumi Sabah dan Sarawak. Penubuhan UiTM juga selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berhasrat mengimbangi dari segi ekuiti, profesional dan juga sumber manusia dalam bidang industri dan swasta antara kaum-kaum utama di Malaysia.

Perlu diingat bahawa toleransi dalam institusi pendidikan yang dicapai antara kaum di antara pimpinan kaum di Malaysia. Kontrak sosial yang dicapai antara kaum menyebabkan kaum Cina dan India memahami bahawa UiTM perlu diwujudkan untuk orang Melayu dan bumiputera. Malangnya kontrak sosial ini sering dilupai sehingga menuntut Raja-Raja Melayu beberapa kali mengingatkan kita sejak kebelakangan ini.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak istimewa orang Melayu bumiputera Sabah dan Sarawak, kedudukan istimewa Islam dan Raja-Raja Melayu terletak di tempat tinggi, sehinggakan peruntukan berhubung perkara ini tidak boleh dipinda walaupun mendapat sokongan dua pertiga Parlimen.

Perkara 153 juga mengisytiharkan adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain. Ini dilakukan dengan kewujudan UiTM malah Seri Paduka Baginda juga ialah Canselor UiTM. UiTM telah melalui perkembangan yang amat pesat sejak mewarnai sektor pengajian tinggi dan terus mengembangkan sayapnya ke seluruh negara melalui 15 buah kampus cawangan, sembilan kampus kota, tiga kampus satelit dan 21 buah kolej bersekutu serta sebuah kampus pintar yang bakal didirikan.

Wawasannya ialah untuk memupuk kesarjanaan dan membina kecemerlangan akademik, agar mampu memimpin dalam apa juga arena. Sebenarnya, UiTM sejak 1980 lagi telah membantu pelajar bukan Melayu termasuk Cina dan India dalam program pra-luar negara (INTEC UiTM). Program kerjasama JPA/Mara/Petronas telah menghantar puluhan ribu pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Australia dan sebagainya.

Begitu juga program A-Level di Jerman melibatkan ribuan pelajar bukan Melayu. Fakta ini menunjukkan bahawa UiTM telah lama membantu pelajar bukan Melayu dalam pendidikan nasional. Dyana Sofya mendakwa UiTM bukan milik UMNO atau Barisan Nasional (BN) lantas para pelajarnya tidak perlu terikat kepada parti itu. Hakikatnya, memang UiTM ditubuhkan oleh pejuang UMNO. Malah ITM dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak manakala pengisytiharan naik taraf universiti dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tuduhan calon DAP Teluk Intan ini bahawa pelajar UiTM datang daripada ibu bapa yang kaya dan berpendapatan tinggi juga melulu dan tidak berasas sama sekali. Semua maklum bahawa UiTM sememangnya diwujudkan untuk membela nasib orang Melayu dan bumiputera yang kurang berkemampuan membaiki potensi diri.

Tidak cukup dengan itu, program pra-diploma khusus untuk mereka yang kurang bernasib baik diwujudkan dan setakat ini lebih 55,000 graduan dihasilkan oleh program ini. Program Destini Anak Bangsa (MDAB) khusus untuk pelajar miskin tegar melanjutkan pelajaran ke peringkat pra-diploma pula diperkenalkan sejak 2010 dan telah menghasilkan 35,000 alumni.

Program ini berjaya menyelamatkan anak bangsa yang kurang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada terabai. UiTM juga membantu penubuhan MDAIM khusus untuk anak-anak kaum India dengan kerjasama MIC, di samping program serupa Mengubah Destini Anak Orang Asli. Kini UiTM berbangga kerana mempelopori program khusus untuk anak miskin di bawah Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

ISU KUOTA BIASWISWA KEPADA MELAYU DAN BUMIPUTERAKouta biasiswa telah diperuntukkan kepada bumiputera adalah lebih daripada kaum bukan bumiputera sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Penganugerahan biasiswa perlu mengambil kira bukan sahaja soal merit pencapaian, tetapi juga persoalan merit sosioekonomi rakyat agar pembukaan ruang untuk memperolehi pendidikan lebih tinggi menjurus kepada kumpulan sasar yang tepat dalam masyarakat Malaysia.

Isu mengenai hak pemberian biasiswa ini mulai timbul apabila pihak kerajaan ingin memberikan 45 peratus kouta biasiswa kepada bukan bumiputera. Perkara ini telah mendapat bantahan ramai pihak khususnya golongan bumiputera yang berpendapat ini akan menggugat hak istimewa orang melayu. Hal ini kerana, pemberian kouta 45 peratus biasiswa kepada bukan bumiputera hamper menyamai peratusan kouta yang diberikan kepada bumiputera, sedangkan kaum bumiputera adalah golongan majority negara ini.

Antara pihak yang keras membantah pemberian kouta 45 peratus ini ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang menyeru kerajaan mengkaji semula langkah memberi 45 peratus peruntukan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada bukan bumiputera. Isu ini telah menimbulkan kebimbangan kepada beberapa organisasi bumiputera semenjak cadangan ini mulai diusulkan oleh pihak kerajaan.

Presiden GPMS Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, GPMS mahu keputusan tersebut wajar diteliti semula secara menyeluruh. Hal ini adalah kerana, ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kaum bumiputera kerana hak istemewa mereka semakin terhakis. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula menyifatkan langkah itu tidak akan memberikan "keadilan sosial" dan bercanggahan pula dengan semangat hak keistimewaan Melayu dan kaum bumiputera sabah dan Sarawak.

Langkah menaikkan peluang tersebut, yang asalnya dengan peratusan 10 bukan bumiputera dan 90 untuk bumiputera, adalah tidak tepat dan tersasar daripada matlamat dalam Perlembagaan Persekutuan. Mengambil kira tiga faktor, sudah pasti menaikkan peratusan pembahagian biasiswa untuk bukan bumiputera kepada 45 peratus, iaitu peratusan hampir sama dengan bumiputera, sama sekali tidak mencerminkan sebuah dasar yang dilaksanakan ke arah mewujudkan keadilan sosial di negara ini. Faktor-faktor tersebut, tambahnya, jumlah penduduk bumiputera lebih tinggi, kadar kemiskinan dalam kalangan bumiputera juga tinggi, dan mereka khususnya di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dalam bidang professional.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula membantah keputusan menaikkan kuota untuk bukan bumiputera dengan mencadangkan peruntukan biasiswa diberikan kepada semua. Menurut presidennya Mohd Hilmi Ramli, PKPIM bertegas bahawa kuota 45 peratus harus dihapuska. Hal ini kerana, beliau tidak bersetuju kerajaan menggunakan isu kuota untuk menangani tuntutan biasiswa dalam kalangan bukan bumiputera. Namum, cadangan kouta biasiswa 45 peratus ini masih diteruskan oleh pihak kerajaan. Namun, pemberian biasiswa kepada kaum bumiputera adalah 56 peratus, manakala selebihnya iaitu 44 peratus diberikan kepada kaum bukan bumiputera.

Keseluruhan 1,500 biasiswa JPA itu agihkan kepada pelajar-pelajar cemerlang berdasarkan empat kategori iaitu merit, kaum, bumiputera Sabah dan Sarawak serta kurang bernasib baik. aripada jumlah 300 biasiswa kategori merit, 59 atau 20 peratus diagihkan kepada pelajar bumiputera manakala 241 biasiswa atau 80 peratus kepada pelajar bukan bumiputera. Daripada jumlah itu, kaum Cina mendapat 209 (70 peratus), India 30 (10 peratus) dan lain-lain dua (0.7 peratus). Bagi kategori kuota kaum, pelajar bumiputera memperoleh 557 biasiswa (61.8 peratus) dan 343 biasiswa (38.1 peratus) diberikan kepada kaum bukan bumiputera. Sebanyak 150 biasiswa pula diagihkan sama banyak antara kaum di Sabah dan Sarawak manakala 150 biasiswa lagi diperuntukkan kepada golongan kurang bernasib baik.

Namun, hak istimewa bumiputera kian terhakis dari hari ke sehari. Jika kita lihat dalam peningkatan kouta biasiswa yang diberikan kepada bumiputera daripada 10 peratus kepada 44 peratus pada hari ini. Jika sebelumnya kita lihat, bumiputera memperolehi 90 peratus biasiswa namun sekarang hanya 56 peratus biasiswa diberikan kepada bumiputera. Ini jelas telah menggugat dan menghakis hak istimewa orang melayu mahupun hak orang bumiputera Sabah dan Sarawak. Kerajaan haruslah memandang serius perkara ini agar tidak berlaku berbalahan antara kaum dan sentiasa memelihara hak istimewa orang melayu, bukannya menggugat hak keistimewaan yang diberikan kepada orang melayu.

Pemberian kouta biasiswa kepada bukan bumiputera bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik bagi memperkembangkan pembangunan pendidikan negara. Hal ini demikian kerana, peratusan kouta akan meningkat dan menurun pada bila-bila masa. Persoalan mula timbul sekiranya jumlah kaum bukan bumiputra yang layak diberikan biasiswa menjangkaui 45 peratus? Adakah kuota ini akan dinaikkan sehingga 50 peratus atau mencecah 60 peratus yang melebihi kaum bumiputera? Dengan peningkatan 35 peratus kouta biasiswa kepada bukan bumiputera bukanlah satu penyelesaian terbaik yang boleh diambil oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan seharusnya mengambil kira isu-isu sampingan yang melibatkan sensitiviti penduduk peribumi dalam negara.

Sepertimana kita sedia maklum, biasiswa pendidikan ini adalah merupakan hak penuh pelajar melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang memperuntukan di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Ia menggariskan bahawa Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet, berkuasa menyelamatkan atau menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan menentukan kedudukan mereka dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan kerajaan termasukpermit atau lesen perniagaan. Daripada peruntukan ini jelas bahawa orang Melayu secara automatik mempunyai hak untuk mendapat biasiswa atau bantuan dan lain-lain kemudahan istimewa pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas. Ini jelas merupakan hak, harta dan pusaka yang haruslah kita pertahankan dengan nyawa dan kekuatan yang ada ada pada kita. Dan jangan sekali-sekali kita membiarkan ia dicabuli atau oleh mana-mana pihak atas apa-apa asas atau sebab pun oleh kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Biasiswa adalah salah satu keistimewaan orang Melayu yang dijamin di dalam Perlembagaan (Perkara 153). Jumlah biasiswa pelajar bukan bumiputera yang dinaikkan daripada 10% kepada 45% mulai tahun 2008 telah menyebabkan pelajar bumiputra mengalami kerugian dan ini bertentangan dengan peruntukan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu. Isu biasiswa ini bukan sesuatu yang boleh diguna sebagai justifikasi politik. Ia adalah hak yang telah diperlembagakan.

PENUTUP

Semakin hari hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera semakin tergugat. Hal ini disebabkan oleh campur tangan daripada beberapa pihak yang sering mempertikaikan tentang hak-hak yang telah diberikan oleh Perlembagaan dan Undang-undang. Hak-hak ini telah dicatatkan dan diperuntukkan di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.

Sebagai penduduk asal negara ini, golongan Bumiputera telah diberikan hak keistimewaan dan perlindungan oleh kerajaan. Perkara 153 secara amnya memberi perlindungan dan keistimewaan kepada kaum Melayu dan Pribumi Sarawak dan Sabah dari segi pekerjaan di sektor awam, biasiswa, pendidikan, bantuan khas, lesen, permit dan perniagaan yang merangkumi dan melibatkan hak istimewa. Bagi Orang Asli pula, hak-hak mereka dilindungi melalui Akta 134. Walau bagaimanapun hak-hak Orang Asli banyak tertumpu dalam aspek tanah.

Rentetan daripada kelebihan yang telah diberikan kepada golongan Bumiputera ini, banyak pihak yang tidak berpuas hati telah mengecam ketenteraman awam dengan menimbulkan spekulasi-spekulasi yang sekaligus telah menggugat kedudukan istimewa yang telah diberikan kepada Bumiputera. Pelbagai masalah ditimbulkan yang berkait rapat dengan hak istimewa golongan Bumiputera terutamanya yang berkaitan dengan isu tanah, biasiswa dan pendidikan. Keadaan ini secara tidak langsung telah mencetuskan masalah politik dan perkauman.

Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang telah mencapai 58 tahun kemerdekaan, kita seharusnya berfikir seiring dengan perubahan masa yang berlaku. Isu Hak Keistimewaan Bumiputera ini merupakan isu yang sensitif. Sehubungan itu, janganlah kita mempertikaian perlembagaan yang telah dibuat untuk keadilan semua pihak. Jika dahulu, isu-isu berkaitan hak Bumiputera ini tidak pernah disuarakan, tetapi kini isu ini dibangkit dan sengaja diperbesarkan. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, kemungkinan berulangnya Peristiwa 13 Mei adalah tinggi.

Oleh itu, sebagai golongan cerdik pandai dan bakal mendidik anak bangsa, kita seharusnya berfikir di luar kotak dan bekerjasama sebagai usaha untuk menjaga perpaduan dalam negara. Hak Keistimewaan yang diberikan mestilah dikekalkan untuk mengelakkan sebarang perselisihan.

RUJUKAN

1. Cara Pemerintahan Tanah Melayu (1957-1963), oleh Tan Sri Dato' Abdullah Bin Ayub, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1978, cetakan pertama 1961, Tiada ISBN.

2. Kamarudin, Raja Petra (26 September 2005)."Article 153 of Malaysia's Federal Constitution"3. Adam, Ramlah binti, Samuri, Abdul Hakim bin & Fadzil, Muslimin bin (2004).Sejarah Tingkatan 3. Dewan Bahasa dan Pustaka.4. Mohamed Suffian Hashim. 1987. Mengenal perlembagaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur5. Mohd Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.6. Abdul Aziz Bari. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka7. Ahmad Nazri Abdullah. 1985. Melayu dan tanah. Petaling Jaya: Media Intelek Sdn. Bhd.8. Hak Istimewa Orang Melayu dalam http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/02/23/hak-istimewa-orang-melayu/ diakses pada 24 April 2015

9. Bolehkan Dyana Memberi Reaksi Jujur oleh Free Malaysian Today dalam http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2014/05/23/bolehkah-dyana-memberi-reaksi-jujur/ diakses pada 22 April 201510. UiTM Hak Istimewa Orang Melayu oleh Utusan Online dalam http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140522/dn_07/UiTM-hak-istimewa-Melayu diakses pada 16 April 2015

11. Polis Ambil Keterangan Nurul Izzah oleh Utusan Online dalam http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm diakses pada 25 April 2015

12. Nisbah Biasiswa Perlu Lebih Adil dalam 1 Utusan http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0713&sec=Rencana&pg=re_04.htm diakses pada 25 April 2015UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA JOHOR

FACULTY OF BUSINESS MANAGEMENT

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION