Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat...

24
Prihatin Tanggungjawab kita sebagai pemandu Tanggungjawab kita sebagai pemandu SPANCO turut bantu SPANCO turut bantu MANGSA TSUNAMI MANGSA TSUNAMI Prihatin Prihatin Berita SPANCO Jilid 1 2005 Dato' Hamzah Mohd Salleh (kanan) menyerahkan cek sumbangan mangsa tsunami kepada Ketua Pegawai Eksekutif ntv7 Dato' Shazalli Ramly PP 10548/8/2005

Transcript of Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat...

Page 1: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

Prihatin

Tanggungjawab kita sebagai pemandu Tanggungjawab kita sebagai pemandu

SPANCO turut bantuSPANCO turut bantuMANGSA TSUNAMIMANGSA TSUNAMI

PrihatinPrihatinBerita SPANCO Jilid 1 2005

Dato' Hamzah Mohd Salleh (kanan) menyerahkan cek sumbangan mangsa tsunami kepada Ketua Pegawai Eksekutif ntv7 Dato' Shazalli Ramly

PP 1

05

48/8

/20

05

Page 2: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

Maklumat StatusServis Melalui SMS

TERKINI PelangganSPANCO akan dimaklumkanmelalui sistem pesanan ringkas(SMS) mengenai pembaikankereta yang telah siap sedia untukdiambil di Pusat Servis.

3

4

* Buat permulaan, SMS ALERT SYSTEM hanya diperkenalkan di Pusat Servis SPANCO Segambut sahaja.

Prosedur untuk menikmati perkhidmatanSMS terbaru itu:

Pelanggan memaklumkan nombor telefon bimbit semasa berurusan di kaunter perkhidmatan.Pemberitahuan melalui SMS akan dibuat setelah kerja pembaikan siap dilakukan.Pemberitahuan ulangan akan dibuat selepas 6 jam daripada pemberitahuan pertama (waktu kerja).Pemberitahuan berikutnya akan dibuatpada keesokan hari (waktu kerja).

SMS ALERTSYSTEM

1

2

SMS ALERT SYSTEM adalah sistempemberitahuan status pembaikan keretasecara automatik melalui SMS yangdiperkenalkan oleh SPANCO ServicesSdn Bhd bermula 1 Mac.

Dengan SMS ALERT SYSTEM,pelanggan menikmati kemudahan yang:

❏ Pantas dan cekap❏ Ringkas dan tepat❏ Kos efektif❏ Khidmat komunikasi yang lebih

peribadi

✓✓✓✓

Page 3: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

Jilid 1, 2005 Januari – Mac

PENAUNG

Dato’ Hamzah Mohd Salleh

SIDANG PENGARANG

Rozita Dawan

Mohd Wazir Ahmad Kassim

Rusman Bassri

Sharon Ng

PERUNDING PENERBITAN

Executive Mode Sdn Bhd (317453-P)

PENCETAK

Percetakan Lai Sdn. Bhd.

Sila alamatkan segala pandangan,

komen dan sumbangan anda ke:

SIDANG REDAKSI PRIHATIN

BERITA SPANCO

SPANCO Sdn Bhd (172957-U)

2, Jalan Murai Dua,

51100 Kuala Lumpur

Tel : 03-6253 2888

Fax : 03-6253 6230

emel : [email protected]

PRIHATIN – BERITA SPANCO bersedia

menerima sebarang bentuk sumbangan karya

sama ada rencana atau kartun.

Tip pemanduan dan penjagaan kereta adalah

sangat dialu-alukan.

Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali

dengan nama, alamat dan nombor telefon

penulis. Sidang Redaksi berhak melakukan

penyuntingan sebelum karya diterbitkan.

PrihatinPrihatinBERITA SPANCO

kandunganPERUTUSAN

4 Melaksanakan

tanggungjawab yang

diamanahkan

KORPORAT

6 SPANCO turut bantu

mangsa tsunami

8 Kadar kos pembaikan

kemalangan meningkat

KESELAMATAN

10 Peranan dan

tanggungjawab pelbagai

organisasi dalam

meningkatkan tahap

keselamatan jalan raya

12 Tanggungjawab kita

sebagai pemandu

14 Petua mudah letak kereta

PERLINDUNGAN

16 Samun kereta – elak diri

menjadi mangsa

18 20 tip keselamatan untuk

wanita di tempat letak

kereta

KESIHATAN

20 Petua mudah menjaga

kesihatan jantung anda

TEKNOLOGI

22 Perdana V6 (EV) versi

dipertingkatkan

6

10

16

22

Page 4: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

KESELAMATAN

4 PRIHATIN ¥ JILID 1 2005

KEJAYAAN sesebuah organisasiturut terletak padaperhubungan yang dijalinkan

dengan masyarakat setempat dalamusaha membangun dan membantumasyarakat itu.

Justeru atas rasa prihatin danpercaya bahawa kebajikan masyarakatadalah tanggungjawab sosial yang perludipikul bersama warga korporat,SPANCO sama-sama tampilmenghulurkan bantuankepada mangsa tragediombak besar tsunamiyang terjadi penghujungtahun lalu.

Pihak pengurusan,rakan sekerja danpembekal SPANCOsama-sama bergandingbahu mengumpulkandana selain bantuan makanan, pakaiandan ubatan. Sumbangan kecil itudiharap dapat membantu meringankanbeban mangsa yang ternyatakehilangan segala-galanya termasukorang yang dicintai.

Tanggungjawab sosial yangditunjukkan oleh masyarakat danwarga korporat Malaysia secaraproaktif dalam tragedi itusememangnya satu usaha yang harusdipuji dan diteruskan. Ia selari denganaspirasi nasional untuk membentuk‘Masyarakat Penyayang’.

Selain komitmen kemasyarakatan,tanggungjawab terhadap pelangganjuga sama pentingnya. Ini keranakewujudan SPANCO sebagai sebuahorganisasi yang berdaya maju terletakpada pelanggan – ringkasnya,tanggungjawab kami adalah memenuhikehendak anda.

Untuk itu kami akan memastikansetiap kenderaan konsesi berada dalamkeadaan yang terbaik dan diservis oleh

rakan sekerja kamiyang mahir. Selain itukami akan sentiasakomited memperting-katkan perkhidmatan,antaranya melaluikhidmat nilai tambahseperti SMS AlertSystem dan perkhid-matan dalam talian (on-line) yang diperkenal-

kan baru-baru ini.

Ke arah organisasi berorientasikanpelanggan, tanggungjawab kami jugamembantu pelanggan menjadipengguna dan pemandu yang mahir,berpengetahuan serta bermaklumatmelalui artikel yang dipaparkan dalamsetiap keluaran majalah PRIHATIN.

Antara yang dipaparkan dalamkeluaran kali ini ialah petua mudahletak kereta, tip elak menjadi mangsasamun kereta dan panduankeselamatan di tempat letak kereta

Melaksanakan tanggungjawab

PERUTUSAN

4 PRIHATIN ¥ JILID 1 2005

yang diamanahkan

tanggungjawab kamijuga membantu

pelanggan menjadipengguna dan

pemandu yang mahir,berpengetahuan serta

bermaklumat

Page 5: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

KESELAMATAN

JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5

yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagaipengguna jalan raya.

Pada masa yang sama pihakpelanggan juga turut memainkanperanan dalam memikultanggungjawab bersama.Tanggungjawab mereka sebagaipengguna dengan tidakmengabaikan aspek penjagaanharian kenderaan yang digunakan,sentiasa mematuhi peraturanjalan raya, memastikan jumlahsaman pada tahap yang minimumdan mengamalkan sifat sabar sertabertolak ansur ketika memandu.

Ringkasnya, SPANCO akan terusmemainkan peranan sebagaiwarga korporat yangbertanggungjawab dan kami jugapercaya pelanggan kami akanmemainkan peranan merekadalam memikul tanggungjawabyang diamanahkan.

SPANCO akan terus memainkan peranan sebagai wargakorporat yang bertanggungjawab dan kami juga percayapelanggan kami akan memainkan peranan mereka dalammemikul tanggungjawab yang diamanahkan.

PERUTUSAN

Dato’ Hamzah Mohd SallehKetua Pengarah Eksekutif

JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5

Page 6: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

KORPORAT

6 PRIHATIN ¥ JILID 1 2005

SPANCO turut bantu mangsa tsunami

OMBAK gergasi tsunamiyang melanda negara diAsia selatan selain

Indonesia, Thailand dan Malaysiapada 26 Disember lalusesungguhnya adalah satuperistiwa yang tidak dapat kitalupakan. Bencana itumemusnahkan tamadun, bandardan perkampungan. Walaupunsudah beberapa bulan berlakutetapi kita masih tidak mampumemadamkan kenyataan betapabencana alam itu menyebabkankemusnahan yang sangat burukdan di luar jangkauan pemikirankita.

PRIHATIN... Ketua PengarahEksekutif, Dato’ Hamzah Mohd Salleh(kanan) menyerahkan cek berjumlahRM100,000 kepada Ketua PegawaiEksekutif ntv7, Dato’ Shazalli Ramly,pada majlis penyerahan sumbangan.

Ratusan ribuan nyawa terkorbanmanakala masih ramai lagi yangdilaporkan hilang dan ratusan ribulagi penduduk yang terselamatkehilangan punca pendapatan dantempat tinggal termasuk diMalaysia.

Sejurus kejadian, ramai yangtampil menghulurkan bantuantermasuk kalangan individu,pertubuhan politik, institusipengajian tinggi, media, badanbukan kerajaan dan syarikatswasta. Pada 31 Disember,SPANCO tampil menghulurkanbantuan berjumlah RM100,000untuk diisi dalam dana Program

Page 7: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

Bantuan Ehsan Mangsa TsunamiLuar Negara. Cek sumbangan itudiserahkan oleh Ketua PengarahEksekutif, Dato' Hamzah MohdSalleh, kepada Ketua PegawaiEksekutif ntv7, Dato’ ShazalliRamly. Stesen televisyen itubertindak sebagai pusatmengumpul bantuan dan derma.

Daripada jumlah itu, RM50,000untuk Persatuan Bulan SabitMalaysia (PBSM) manakalaRM50,000 lagi untuk MERCYMalaysia.

Selain itu, SPANCO terbabitdalam ‘Konsert Kasih - TanganYang Memberi’ anjuranKementerian Kesenian,Kebudayaan dan Warisan dengankerjasama beberapa syarikat mediamassa yang diadakan di PanggungSari, Istana Budaya di ibu negara,pada 17 dan 18 Januari lalu.

SPANCO adalah salah satudaripada enam badan korporatutama yang menderma padamalam itu. Selain menghulurkansumbangan yang juga berjumlahRM100,000, SPANCO tidakketinggalan membeli tiket untukmenyaksikan persembahan itubernilai RM10,000.

Malam Gala itu diserikan dengankehadiran isteri Perdana Menteri,Datin Seri Endon Mahmood,sebagai tetamu kehormat. Disamping itu, Konsert Kasihmembariskan artis popular tanah

KORPORAT

JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 7

Hasilnya sejumlahRM22,289 berjaya

dikumpulkan daripadarangkaian pusat servis

diiktiraf (PSD) dari seluruhnegara, selain pihak

pembekal dan kakitanganSPANCO sendiri.

air dengan iringan OrkestraSimfoni Kebangsaan. Semua dermadan hasil kutipan jualan tiket padamalam itu diserahkan kepadaTabung Tsunami Malaysia.

Akhir sekali, rakan sekerjaSPANCO sendiri turutmenubuhkan sebuah tabung khassebaik saja berita tragedidilaporkan. Hasilnya sejumlahRM22,289 berjaya dikumpulkandaripada rangkaian pusat servisdiiktiraf (PSD) dari seluruh negara,selain pihak pembekal dan

kakitangan SPANCO sendiri.Semua cek yang dikumpulkan itudiserahkan kepada PBSM danMERCY Malaysia.

Semua sumbangan itu adalahsebagai tanda keprihatinanSPANCO terhadap mereka yangmemerlukan. SPANCO berharapdengan sedikit bantuan yangdihulurkan itu sedikit sebanyakdapat meringankan beban mangsatsunami yang sehingga hari inimasih kita ratapi dan rasaikesedihannya.

BERHIBUR SAMBIL MENDERMA... Kira-kira RM1.8 juta berjaya dikumpulkan padamalam amal Konsert Kasih di mana SPANCO adalah salah satu dari pendermanya.Gambar ihsan Utusan Melayu (M) Berhad.

GIGIH... Pengurus Kawalan Fleet, Encik Peter Lim (tengah) memerhatikan rakan sekerjadi Ibu Pejabat SPANCO mengira jumlah cek yang dikumpulkan dari pusat servis danpembekal untuk tabung mangsa tsunami.

Page 8: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004

KORPORAT

8 PRIHATIN ¥ JILID 1 2005

Kadar kos pembaikan kemalangan

meningkatPurata kos pembaikan kemalangan fleet SPANCO bagi 2004 meningkatberbanding sebelumnya walaupun jumlah kemalangan menurun

KADAR kemalangan fleetKerajaan Persekutuan dibawah penyeliaan SPANCO

bagi 2004 didapati menurunberbanding tahun sebelumnya. SistemPengurusan Fleet Berkomputer(SIKOM) mencatatkan 1,833 keskemalangan dilaporkan untuk fleetyang berjumlah 4,951 buah bagi 2004,dan 2,311 kes untuk 4,750 buah bagi2003.

Bagaimanapun prestasi yangbertambah baik itu tidak bolehdianggap satu pencapaian sebenarkerana purata pembaikan setiapkemalangan didapati meningkat.SIKOM mendedahkan kos pembaikandan tuntutan kemalangan fleetadalah RM6.6 juta untuk 2004 dan

RM7 juta untuk 2003.Ini menjadikan purata kos

pembaikan dan tuntutan setiapkemalangan meningkat dari RM3,029bagi 2003 kepada RM3,600 bagi 2004.

Secara amnya, kenaikan kadar kospembaikan itu berpunca daripadapeningkatan tahap kerosakan akibatkemalangan yang dilaporkan danmemerlukan kos yang lebih besaruntuk dibaikpulih.

Justeru SPANCO memerlukankerjasama pelanggan untukmempertingkatkan lagi usaha dalammemastikan

■ kadar kemalangan terus menurun

■ kadar kerosakan pada tahap yang rendah

Kos yang dijimatkan itu bolehdigunakan untuk memperting-katkan lagi program keselamatandan khidmat nilai tambahpelanggan.

Sementara itu, didapati insidenkemalangan serius yang membabitkanpemandu yang tidak sah semakinberleluasa. Sebagai peringatan, setiapkenderaan dilindungi polisi insuranskomprehensif yang menjaminperlindungan terhadap

■ kerosakan,■ kecurian, dan ■ kebakaran

Namun perlindungan menyeluruhitu secara automatik terbatal dalamkeadaan tertentu.

PERBANDINGAN JUMLAH KEMALANGAN DAN JUMLAH FLEET KERAJAAN PERSEKUTUAN SELIAAN SPANCO

6,000

5,000

4,000

3,000

2,000

1,000

0

1,925

1,970

1,519

1,926

2,4642,311

1,833

3,9553,922

4,1184,358

4,5404,750

4,951

Saiz Fleet

Jumlah Kemalangan

Page 9: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

KORPORAT

JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 9

Iaitu perlindungan insuransterbatal jika didapati pemandu:

■ memandu tanpa lesen yang sah■ berusia kurang 17 tahun ■ memandu dalam keadaan

mabuk, disebabkan arak atau dadah

■ memandu di luar kawasan yang tidak dilindungi, dan

■ mencederakan diri sendiri dengan sengaja atau membunuhdiri.

Terdapat juga pelanggan SPANCOyang tidak mematuhi garis panduanyang ditetapkan oleh PersatuanInsurans Am Malaysia (PIAM),antaranya:

■ kemalangan tidak dilaporkan■ membaiki sendiri kereta konsesi■ tidak membuat laporan polis■ lewat membuat laporan iaitu

melebihi 24 jam dari masa kemalangan, dan

■ lewat menyerahkan dokumen bagi urusan tuntutan insurans

Justeru menjadi tanggungjawabsemua jabatan memastikan setiapkenderaan konsesi dipandu olehmereka yang berkelayakan sahajaiaitu pemandu yang dibenarkan dibawah perjanjian konsesi.

SPANCO tidak ragu-ragu untukmengambil tindakan terhadap mana-mana pelanggan yang didapati tidakmengambil berat tentang penjagaankereta atau tidak mematuhi tatacarapenggunaan kereta konsesi.

SAMAN MENINGKATWalaupun jumlah kemalanganmenurun tetapi jumlah samansebaliknya. Saman keseluruhanterus meningkat iaitu bagisaman yang dikeluarkan olehPolis Diraja Malaysia (PDRM),sebanyak 19,647 kesalahandicatatkan pada 2004berbanding 13,839 kesalahanpada 2003.

Ini bermakna, secara puratasetiap kenderaan konsesimenerima 3.97 saman pada2004, meningkat daripada 2.91saman pada tahun sebelumnya.

Kesalahan memandu melebihihad laju masih menjadikesalahan yang terbanyakdirekodkan oleh pemandu

kenderaan konsesi iaitu hampir95 peratus daripada jumlahsaman keseluruhan.

Seperti yang pernahditekankan, memandu melebihihad laju yang dibenarkan(speeding) adalah penyumbangutama kemalangan jalan raya.Maklumat KementerianPengangkutan mendedahkan 32peratus daripada kemalanganmaut yang berlaku adalahberpunca daripada memanduterlalu laju.

Ringkasnya, memandu terlalulaju menyebabkan pemanduhilang kawalan, keretaterbabas, kerosakan yang seriusdan kemungkinan nyawaterkorban.

PERBANDINGAN JUMLAH SAMAN PDRM DAN SAIZ FLEET

2000 2001 2002 2003 2004

25,000

20,000

15,000

10,000

5,000

0

Saiz Fleet

Jumlah Saman

UCAPAN takziah untuk isteri dan anak AllahyarhamP/BM PKM Hussin bin Md Saat yang pulang kerahmatullah pada 25 Januari yang lalu.

Allahyarham bersama tiga rakan setugas Tentera LautDiraja Malaysia terlibat dalam kemalangan di KM 425Lebuh raya Utara-Selatan pada 24 Disember 2003.Dalam tragedi itu, ketiga-tiga rakan Allahyarham terkorbanmanakala beliau sendiri mengalami cedera parah.

Allahyarham yang lumpuh seluruh badan menjalani

beberapa siri rawatan selama setahun sebelummenghembus nafas terakhir.

SPANCO tumpang sedih dan simpati terhadap isteridan anak Allahyarham di atas pemergian beliau danturut mengucapkan takziah kepada kaum keluarga danrakan seperjuangan beliau yang lain di TLDM.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat bersamaorang-orang yang beriman.

UCAPAN TAKZIAH DARIPADA SPANCO

Al-Fatihah

Page 10: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

KESELAMATAN

10 PRIHATIN ¥ JILID 1 2005

Peranan dan tanggungjawab pelbagaiorganisasi dalam meningkatkan

KADAR kemalangan jalanraya yang semakinmeningkat dan

membebankan semua pihakmemerlukan tindakan bersepadubagi menangani masalah yangsemakin serius. Sebagai panduan,berikut adalah antara peranan dantanggungjawab yang bolehdimainkan oleh mereka:

1. Kerajaan dan Sektor Awam• Menyediakan rangka kerja

pembangunan dan pelaksanaanpolisi keselamatan jalan raya yang berkesan

• Menyediakan akauntabiliti yangtinggi dalam memenuhi objektifdan dalam memastikan penggunaan sumber yang berkesan

• Menyediakan dana bagi program

2. Pihak Berkuasa dan Kerajaan Tempatan

• Memainkan peranan utama menyusun usaha keselamatan jalan raya untuk agensi dan kumpulan masyarakat yang berkaitan

• Memastikan perancangan kemudahan mengambil kira keperluan masyarakat setempat

• Membiayai dan melaksanakan program dan inisiatif

• Memastikan polisi yang berkesan untuk menguatkuasakan undang-undang minuman keras

3. Sektor Pendidikan• Mempromosikan pendidikan

keselamatan jalan raya di peringkat sekolah dan prasekolah supaya amalan

dapat ditanam daripada peringkat umur yang muda

• Mengadakan pertalian di antarasekolah dan agensi lain seperti Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya dan polis

• Membantu dalam pendidikan sepanjang hayat bagi pengguna jalan raya

4. Pihak Media• Meningkatkan kesedaran dan

pemahaman masyarakat tentang faktor dan kos sebenar kemalangan jalan raya

• Menyokong inisiatif melalui laporan yang bertanggungjawabdan objektif

• Mempengaruhi perubahan masyarakat yang akan membawa kepada pemulihan tingkah laku dan sikap buruk pemandu

5. Polis dan Agensi Penguatkuasaan

• Memperbaiki tingkah laku pengguna jalan raya dan standard kenderaan melalui strategi pendidikan, galakan dan penguatkuasaan yang berkesan

• Memaksimumkan keberkesanan penguatkuasaan melalui sistem dan teknologi penguatkuasaan yang terbukti

• Mengekalkan tahap kemahiran yang tinggi dalam melaporkan kemalangan/kecederaan

• Menumpukan terhadap tingkah laku berisiko tinggi danmenggunakan data kecederaan dan kemalangan untuk mengenal pasti lokasi di mana penguatkuasaan mampu

meminimumkan tingkah laku tidak selamat tersebut

6. Jurutera jalan raya dan pihak berkuasa lebuh raya

• Memberi keutamaan terhadap keselamatan dalam perancangan, reka bentuk, pembinaan dan penyelenggaraan

• Menggunakan teknik pencegahan pelanggaran untuk menghasilkan rangkaian jalan raya yang lebih selamat

• Melakukan audit untuk memulihkan lokasi yang berbahaya serta tanda jalan yang mengelirukan/yang tiada

7. Industri Insurans• Membantu dalam

membangunkan, menaja dan membiayai program pencegahan

• Menyediakan insentif premium • Memberikan maklum balas

kepada kerajaan dan menyediakan kajian trendkemalangan untuk membantu membangunkan polisi

8. Pengeluar dan Pengimport Kenderaan

• Membaiki ciri-ciri tahan pelanggaran kenderaan termasuk perlindungan penumpang

• Memperkenalkan teknologi mengelak pelanggaran di dalamkenderaan

• Mengguna pakai kod pengiklanan yang menggalakkan ciri keselamatan

• Menghentikan import kereta yang terlibat dalam kemalangan- kenderaan ini perlu dibaiki di negara asal sebelum diimport masuk

tahap keselamatan jalan raya

Page 11: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

KESELAMATAN

JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 11

• Setiap kenderaan import perlu menjalani pemeriksaan wajib sebelum dibenarkan dipandu di jalan raya Malaysia

9. Industri Pengangkutan Kenderaan Berat

• Mengguna pakai sistem penghantaran barang dan jadual pemanduan yang bertanggungjawab yang memberikan waktu rehat yang mencukupi

• Mencegah penyalahgunaan alkohol dan dadah serta mempromosikan amalan gaya hidup sihat di kalangan pemandu

• Memastikan standard kenderaan dan keselamatan muatan yang tinggi

• Meningkatkan pengurusan fleetsecara profesional dan selamat

10. Sekolah Memandu• Menyediakan tanda yang

sewajarnya untuk semua kenderaan belajar memandu

• Membekalkan pelajar dan pemandu baru dengan kemahiran, sikap dan tingkah

laku yang perlu untuk memandudengan selamat

• Menaikkan taraf kemahiran pemandu, terutamanya pemandu kenderaan berat dan perkhidmatan awam

• Meningkatkan profesionalisme industri melalui pembangunan kod pengajar dan program latihan

11. Pengiklan• Tidak menggalakkan iklan yang

memuja atau mempromosikan amalan dan produk tidak selamat

• Menggalakkan amalan dan produk yang lebih selamat secara aktif

12. Badan Penyelidikan/Universiti• Memastikan keseimbangan di

antara kajian (teori) dan amalan(praktikal)

• Memastikan kajian bermutu tinggi, dan implikasinya dikenalpasti dan dipromosikan

• Membangunkan pangkalan data bermutu tinggi

• Menilai keberkesanan langkah untuk memastikan perbelanjaan

yang kos efektif• Menyediakan keputusan dan

maklumat kajian yang mantap yang mana keputusan polisi boleh dibuat

13. Semua Organisasi Yang Terlibat• Membangunkan polisi

keselamatan dalaman bagi staf mereka termasuk bidang tanggungjawab

• Organisasi yang lebih besar boleh menggalakkan staf mereka menyertai kursus memandu defensif, atau menajakursus di premis mereka sendiri

14. Individu Pengguna Jalan Raya• Mempelajari pemahaman,

kesedaran dan mengamalkan tingkah laku dan kemahiran yang lebih tinggi

• Menjadikan satu komitmen peribadi untuk meningkatkan keselamatan dengan mengamalkan tingkah laku yang lebih sopan dan bertimbang rasa serta prihatin terhadap keselamatan oranglain

Aktiviti danprogramkeselamatan jalanraya perlukonsisten denganpelan peringkatkebangsaan dandiselaraskandengan semuaagensi yangterlibat.

Page 12: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

KESELAMATAN

12 PRIHATIN ¥ JILID 1 2005

Tanggungjawab adalah amanah yang perlu dipikul oleh setiapindividu termasuk pemandu. Pemandu bertanggungjawabmemastikan kenderaan selamat dan sempurna serta sentiasamematuhi peraturan lalu lintas

sebagai pemanduTanggungjawab kita

STATISTIK yang dikeluarkan olehpihak berkuasa mengenaikemalangan jalan raya amat

membimbangkan dan wajar diberi perhatianoleh semua orang terutamanya pemandu.

Antaranya Ops Sikap VIII yangdilancarkan mulai 2 hingga 16 Februari2005 sempena sambutan Tahun BaruCina. Bayangkan terdapat 130 kematianyang dilaporkan dalam masa 10 haripertama sahaja. Malah angka inibertambah berbanding 112 kematian bagitempoh yang sama semasa Ops Sikap VItahun lepas.

Di senario antarabangsa pula, menurutlaporan Bank Dunia dan PertubuhanKesihatan Sedunia (WHO), seramai 1.2

juta nyawa hilang begitu sahaja diseluruh dunia akibat kemalangan jalanraya setiap tahun.

Kemalangan ini sebenarnya bolehdielakkan jika pihak yangbertanggungjawab khususnya pemandumembuat perancangan dan bekerjasamamematuhi tatacara, penjagaan danundang-undang yang ada.

SIKAP PEMANDU MALAYSIAWalaupun rakyat Malaysia terkenaldengan sifat yang peramah, beradabserta bersopan santun namun lainpula sikapnya ketika memandu. Antarasikap negatif yang perlu dikikisialah:

Encik Samsuri Yahya,dari Kem Batu

Kentonmen, KualaLumpur sedang

memeriksa tekanantayar kereta.

Memastikan kenderaansentiasa dalam keadaan

baik merupakantanggungjawab

pemandu.

Page 13: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

KESELAMATAN

JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 13

Memeriksa kenderaan secaraberjadual adalah salah satuamalan murni yang perluditerapkan dalam diri setiappemandu.

• Tidak sabar dan terburu-buru semasa memandu

• Memandu secara bahaya dan‘menempah maut’

• Tidak menjaga kenderaan dengan betul, walhal ia penting untuk keselamatan

• Tidak memikirkan keselamatan diri dan orang lain

Etika memandu di negara majuwajar dicontohi. Walaupun sibukmenjalani kehidupan harian,mereka masih mampu bersopansantun di jalan raya. Ada yangberpendapat mereka bersifatdemikian kerana sudah dididiksejak kecil lagi untuk mematuhiperaturan lalu lintas dansentiasa berhemah di jalan raya.Mungkin juga kerana ‘sejarah’memiliki kereta lebih lamaberbanding kita yang rata-rataadalah generasi pertama memandukereta.

PEMANDU BERWAWASANBerikut adalah beberapa panduanuntuk menjadi seorang pemanduyang lebih bertanggungjawab danberstatus ‘negara maju’:

• Sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan undang-undang jalan raya

• Sentiasa memastikan kesejahteraan semua pihak dan tidak mementingkan diri sendiri

• Sentiasa menentukan kenderaan yang dipandu berada dalam keadaan baik demi keselamatan diri, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain

• Memastikan kenderaan yangdipandu mempunyai cukai jalan dan insurans kenderaan yang sah dan pemandu mempunyai lesen memandu yang sewajarnya

• Merancang perjalanan serta peruntukan masa yang mencukupi untuk rehat dan sebagainya

• Memandu dalam keadaan yang waras, segar dan tenang. Elakkan memandu semasa marah, mengambil alkohol, ubat atau pun makan terlalu banyak sebelum perjalanan

• Menyimpan kotak kecemasan dan alat pemadam api kecil di dalam kenderaan untuk digunakan jika sesuatu yangtidak diingini berlaku

Jangan menjadi sebahagiandaripada statistik kemalanganjalan raya. Kita semua mampumengawal dan mengubahpemanduan kita ke arahpemanduan yang lebih bijak danselamat.

Faktormempengaruhiberlakunyakemalangan

• Kenderaan• Pemandu• Cuaca• Penglihatan• Lalu lintas• Keadaan jalan

Namun semua sikap burukpemandu Malaysia boleh diatasijika semua pihak sedar danmelaksanakan tanggungjawabpenting masing-masing. Tinggallima belas tahun sahaja lagisebelum kita sampai ke tahun 2020dan mencapai wawasankebangsaan menjadi sebuah negaramaju. Kita sewajarnya mengubahsikap dan menjadikan jalan rayakita lebih selamat untuk semuapengguna.

Page 14: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

KESELAMATAN

14 PRIHATIN ¥ JILID 1 2005

Petua mudah letak kereta

RAMAI pemandu yang masih takut dan ragu-ragutentang cara meletakkan kereta dengan betuldan selamat.

Terdapat tiga posisi meletak kereta yang biasa dan disini diberikan petua untuk melakukannya denganmudah.

LETAK KERETA SELARICara ini mungkin kelihatan sukar pada mulanyanamun dengan latihan anda dapat melakukannyadengan yakin. Anda perlu tahu mengagak sama adaruang meletak kereta cukup untuk kereta anda.Gambar rajah berikut menerangkan caranya:

1. Semasa menghampiri ruang kosong, perhatikankenderaan di belakang anda. Guna brek perlahan-lahandan berhenti dengan belakang kereta anda selaridengan kereta B. Jarakkan ruang anggaran 1 meter diantara kereta anda dan kereta B.

2. Undur perlahan-lahan dengan memusingkan sterengke kiri sehingga kereta berada anggaran 45 darjahdengan bahu jalan. Stereng depan anda sekarang patutberada selari dengan bampar belakang kereta B.

3. Luruskan semula tayar depan anda. Terus undursehingga hujung sebelah kiri bampar depan kereta andaselari dengan belakang kereta B.

4. Kemudian pusingkan stereng serta merta ke kanansampai habis semasa berundur sehinggalah kenderaananda selari dengan bahu jalan. Jaga jangan terlanggarkereta belakang.

5. Bawa kereta ke hadapan dan luruskan semula roda.Berhentilah di tengah-tengah kereta B dan C, tarik brektangan.

Langkah semasa meninggalkan posisi letak keretaselari• Undur habis tanpa menyentuh kenderaan di belakang • Lihat semua cermin termasuk sisi dan belakang• Hidupkan lampu isyarat ke kanan• Sebelum bergerak ke hadapan, toleh ke arah bahu

kanan untuk memerhatikan kenderaan yang tidak boleh dilihat melalui cermin

• Susur masuk ke jalan raya. Awasi kenderaan yang datang dari arah belakang

B A H U J A L A N

Page 15: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

KESELAMATAN

JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 15

KESELAMATAN

Keluar masuk kenderaan yang diletakkan selari• Sebelum keluar kenderaan, lihat cermin terlebih

dahulu untuk sebarang kenderaan atau basikal yang datang dari arah belakang

• Berhati-hati semasa membuka pintu, jangan buka terlalu luas dan segera tutup selepas masuk atau keluar kenderaan

• Hampiri kenderaan dari arah kenderaan yang datang semasa memasuki kenderaan anda

LETAK KERETA BERSUDUTCara letak kereta ini adalah yang paling kerap ditemui.

Ketika memasuki ruang letak kereta, jangan lupa • Memasang lampu isyarat• Jarakkan ruang anggaran 2 meter untuk

memusingkan kenderaan anda masuk• Luruskan tayar kenderaan anda selepas memasuki

ruang letak kereta

Ketika meninggalkan ruang letak kereta, jangan lupa • Undur dengan perlahan dan perhatikan kenderaan

di belakang anda. Berhenti jika perlu.• Jika kenderaan di sebelah anda lebih panjang

daripada kereta anda, berhenti apabila belakang kereta anda selari dengan kenderaan yang lebih panjang. Kemudian undur perlahan-lahan sambil memerhatikan ke belakang anda.

LETAK KERETA BERBUKITJangan lupa menarik brek tangan danmemasukkan gear rendah (transmisi manual)atau park (transmisi automatik) bagimengelakkan kenderaan anda berundur kebelakang.

Jika anda meletakkan kereta menaiki bukityang mempunyai bahu jalan, pusingkan tayardepan ke kanan dan biarkan kereta andaberundur sehingga roda kiri depan menyentuhbahu jalan.

Jika anda meletakkan kereta menaiki bukittanpa bahu jalan, pusingkan roda depan kekiri.

Jika anda meletakkan kenderaan arah turunbukit, ingat untuk sentiasa memusingkan rodadepan anda ke kiri.

Page 16: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

PERLINDUNGAN

16 PRIHATIN ¥ JILID 1 2005

Elak diri menjadi mangsaSamun kereta

Kes samun kereta atau carjacking semakin berleluasa. Penjenayahsentiasa mencari peluang untuk melakukan jenayah ganas ini.

ANDA boleh melindungi dirianda, keluarga sertakenderaan anda dengan

mengetahui kaedah, tipu helah danlokasi yang biasa digunakan olehpenyamun kereta.

Lokasi yang sering berlakusamun kereta

■ Kawasan jenayah tinggi■ Jalan yang kurang dilalui

(kawasan pendalaman)■ Persimpangan di mana

kenderaan perlu berhenti■ Kawasan tersorok tempat

meletak kereta■ Di kawasan perumahan dan

di depan pintu pagar rumah■ Di jalan raya dan kawasan

yang sesak

Sekiranya tidak dapat elakdaripada berada di kawasanitu, ambil langkah waspada

■ Sentiasa kunci keempat-empat pintu kereta anda semasa dalam perjalanan.

■ Fikirkan laluan melarikan diri – jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan hadapan untuk mudah meneruskan perjalanan anda.

■ Semasa berhenti, gunakan cermin belakang dan sisi untuk memerhatikan kawasan sekitar bagi mengelak serangan kilat.

Page 17: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

PERLINDUNGAN

JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 17

Tipu helah penyamun kereta■ Langgar belakang –

Penjenayah melanggar kereta mangsa dari belakang. Mangsa keluar memeriksa dan bertanyakan kerosakan. Kenderaan mangsa disamun.

■ Kemalangan olok-olok –Penjenayah melakonkan kemalangan dan kecederaan. Mangsa berhenti untuk membantu dan kenderaan mereka disamun.

■ Isyarat palsu – Penjenayahmemberi isyarat lampu atau tangan tentang kononnya ada kerosakan pada kenderaan mangsa. Mangsa berhenti dankenderaan mereka disamun.

■ Perangkap – Penjenayahmemerangkap mangsa di rumah setelah membuat pemerhatian. Semasa mangsa menunggu pintu pagar dibuka, penyamun menghalang kereta mangsa dari belakang dan kenderaan disamun.

Jika kereta anda dilanggar daribelakang atau pemandu lain cubamemberitahu anda tentangmasalah kenderaan anda, berhentihanya apabila anda sampai ketempat awam yang selamat.

Jika anda memandu masuk kekawasan berpagar, telefon dahuluuntuk pintu pagar dibuka. Tunggu

di luar jalan sebelum pintu pagardibuka untuk mengelakkankemungkinan anda diperangkap.

Berhati-hati semasa memberibantuan kepada mangsakemalangan yang mencurigakan.Kadangkala lebih selamat jikaanda menghubungi pihak polis danmembuat laporan tentangkemalangan.

Anda boleh mengelakkan diridaripada menjadi mangsa denganmengetahui kaedah dan tipuhelah penyamun serta jeniskereta yang sering disamun.Sentiasa bawa telefon bimbitbersama dan hubungilahseseorang sekiranya mengesyakianda akan disamun.

KESELAMATAN DIRI Pergi ke tempat selamat serta-merta. Selepas serangan ataucubaan serangan, anda mungkintidak dapat menumpukan perhatiankepada keselamatan diri anda.Berlindunglah di kawasan yangselamat sebelum menghubungiseseorang untuk melaporkankejadian. Sentiasa bawa telefonbimbit bersama anda.

MELAPORKAN KEJADIAN• Terangkan kejadian yang

berlaku: bila, di mana, bagaimana, siapa yang terlibat.

• Terangkan rupa penyerang:tinggi, berat badan, parut atau tanda lain, warna rambut, bermisai atau berjanggut, saiz tubuh dan warna kulit.

• Terangkan kenderaan

penyamun: dapatkan nombor kenderaan jika boleh, warna, buatan, model dan tahun serta apa-apa tanda (calar atau rosak) dan hiasan peribadi (pelekat, rim tayar, spoiler)

• Untuk membuat laporan yang berkesan, hanya berikan maklumat yang anda betul-betul ingat. Jika tidak pasti, jangan membuat tekaan.

BERWASPADALAH SELALUSamun kereta boleh dielakkan jikaanda berhati-hati dan menggunakanpertimbangan anda dalam menilaisesuatu keadaan. Ketahuilahkawasan yang selamat untukmelindungi diri jika berlaku sesuatu

yang tidak diingini. Jika anda disamun, tindak balas

terbaik kadangkala adalah janganmelawan. Matlamat anda adalah bukanuntuk melawan penjenayah tetapiuntuk menjaga nyawa anda!

SEKIRANYA KERETA ANDA DISAMUN

Page 18: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

PERLINDUNGAN

18 PRIHATIN ¥ JILID 1 2005

20 tip keselamatan untuk wanitadi tempat letak kereta

Tempat meletak kereta adalah antara sasaran popular penjenayah melakukan kegiatannya

terhadap mangsa khususnya wanita. Di situ berlaku kes seperti culik, samun, rompak, rogol,

serangan fizikal dan ragut. Paling bahaya ialah tempat letak kereta yang lengang dan tidak

diawasi. Ikuti tip berikut untuk menjaga keselamatan anda ketika berada di tempat letak

kereta.

Pilih kawasan letak kereta yangterjamin selamat – Jika andamempunyai pilihan, letakkan kereta dikawasan yang mempunyai sistemkeselamatan seperti kamera litar,peronda, peralatan interkom dan yangberpagar.

Jalan terus dan jangan berlengah– Sebaik saja keluar dari kereta,kunci dan terus beredarmenggunakan laluan kenderaan kedestinasi anda. Jangan lalu diantara celah kenderaan di situ.

Letak di petak berlampu –Walaupun anda tiba waktu siangdan merancang pulang sebelummalam, kemungkinan untukpulang lewat memang ada. Justeru,letak kereta di petak di bawahcahaya lampu terang.

Pastikan kereta dikunci – Pintudan tingkap mesti sentiasa ditutupserta dikunci supaya penjenayahtidak boleh mencapai pemegangpintu dari luar kereta. Sejurusmasuk ke dalam kereta, kuncisegera pintu menggunakan kekuncipusat atau automatik.

Masuk segera – Buka pintu danmasuk ke dalam kereta dengansegera tanpa berlengah. Perbuatanmenanggalkan kot atau menyusunbarang yang dibawa masukmendedahkan anda kepada bahayadiserang.

Elak guna laluan tertutup – Jikameletakkan kereta di petakbertingkat, lebih selamat untukberjalan di atas ramp daripadamenggunakan tangga yangtertutup.

1 2

3

4

5

6

LEBIH SELAMAT...Pilihlah petakberhampiran pintumasuk jika boleh.

Page 19: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

PERLINDUNGAN

JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 19

Letak berhampiran pintumasuk – Pilih petak palinghampir dengan pintu masukke bangunan.

Sorok barang berharga -Jangan biarkan barangberharga seperti dompet,komputer dan beg bimbitterbiar di atas kerusi ataudapat dilihat dari luar. Inimengundang pencurimemecah cermin tingkap danmeragut barangan berhargaitu. Sebaiknya, sorok atausimpan dalam but atau ditempat yang selamat.

Tunggu sebentar - Sebaiksaja meletakkan kereta,jangan terus matikan enjin.Perhatikan persekitaran dulu.Jika anda selesa, barulahmatikan enjin dan keluardengan cepat.

Tarik perhatian jika andadihalang - Jika kereta andadihalang, tarik perhatianorang ramai denganmembunyikan hon, meng-hidupkan siren kecemasanatau menyalakan lampuhadapan.

Imbas kawasan letak kereta –Apabila hendak pulang kekereta, imbas persekitaran

terlebih dulu. Waspadaterhadap individu yangmencurigakan terutama yangduduk di dalam kenderaankerana mereka mungkinpenjenayah yang menantipeluang atau merancangmelakukan jenayah.

Letak berhampiran laluanpejalan kaki – Pilih petakberhampiran laluan pejalankaki kerana penyamun akantakut untuk melakukanjenayah pecah masuk di laluanyang sibuk.

Pastikan anda boleh melihatkereta – Jika berhenti sebentaruntuk membuat pembayaranmelalui mesin bayar automatik(autopay), cuba letak palinghampir. Sediakan wangsecukupnya supaya pem-bayaran dapat dilakukandengan cepat.

Keluarkan barang sebelummeletakkan kereta – Jika andaperlu menghantar barang ataubungkusan, punggah danturunkan di pintu masukbangunan sebelum pergimeletakkan kereta anda. Carabegini adalah lebih selamatkerana anda tidak perluberulang-alik ke tempat letakkereta.

Jangan letakkan kereta ditempat tersorok – Lori, vandan kenderaan berat lainmenjadi tempat untuk penje-nayah bersembunyi. Justeru,jangan letakkan kereta disebelah kenderaan seperti itu.

Kembali ke tempat selamatjika anda diekori – Jika merasaanda diekori ketika hendak kekereta anda, segera kembali ketempat yang lebih selamat.Cuba minta bantuan kawanatau kenalan untuk menemanianda ke kereta.

Pastikan kunci sentiasa ditangan – Pegang kunci keretasehingga anda sampai kedestinasi anda. Begitu jugaketika hendak kembali semulake kereta; anda tentunya tidakmahu teraba-raba mencarikunci.

Kunci dan terus beredar –Sebaik saja masuk ke dalamkereta, kunci dan biarkantingkap tertutup. Tingkapboleh diturunkan kemudianselepas anda memandu danberedar dari kawasan itu.

Lihat ke dalam dan bawahkereta – Sebelum membukapintu kereta, imbas ke dalamdan ke bawah kereta untukmemastikan tiada penjenayahmasuk atau bersembunyi disitu.

Cergas dan yakin – Anda mestisentiasa kelihatan cergas danyakin ketika berada di tempatletak kereta. Kenal pasti arahpintu keluar masuk bangunan.Penjenayah sentiasa memer-hati dan menunggu peluanguntuk menyerang terutamamereka yang kelihatan lemah,sesat dan hilang arah.

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

AWAS... Imbaspersekitaran terlebihdahulu semasa pulangke kereta anda.

Page 20: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

KITA semua tahu bahawajantung merupakan ototyang paling penting dalam

tubuh dan ia adalah kunci kepadakesihatan tubuh kita. Untukmengekalkan fungsinya denganbaik, kita digalakkan bersenamselain menjaga pemakanan, tidakmerokok dan mengawal beratbadan.

Aktiviti berjalan cukup mudah.Anda tidak memerlukan pakaianyang mahal atau menganggotaimana-mana kelab kesihatan.Berikut adalah cara andamemberikan lebih banyak masa lagiuntuk berjalan:

• jika menggunakan pengangkutan awam, berhenti jauh sedikit daripada destinasi supaya anda dapat berjalan

• berjalan selama 15 minit sebelum memulakan

pemanduan ke tempat kerja anda, jika anda memandu

• jangan gunakan lif untuk naik atau turun ke tingkat anda

Berjalan kaki banyak faedahnya:• mengawal tekanan darah• meningkatkan paras tenaga• menurunkan paras kolesterol• menguatkan otot tubuh dan

tulang• mencegah serangan jantung dan

strok• memulihkan tidur dan

mencegah insomnia• meningkatkan fungsi organ dan

sistem ketahanan tubuh• menyegarkan badan,

meningkatkan kesihatan fizikaldan mental

Mulakan aktiviti berjalan kakianda sekarang dan nikmatifaedahnya serta merta.

PENYAKIT JANTUNG &

PEMANDU

Kajian yang pernah dilakukan di Sweden

dan Jepun mendapati, mereka yang

bertugas sebagai pemandu lebih

cenderung untuk gemuk, merokok,

bekerja syif, kurang bersenam dan

kurang sokongan dalam menjalankan

tugas harian.

Kajian sekitar 90-an itu juga

mendapati pemandu mempunyai risiko

yang lebih tinggi untuk mendapat

penyakit koronari jantung berbanding

pekerja kolar biru lain.

Pemandu Malaysia boleh mengambil

ikhtibar daripada hasil kajian itu dengan

mengamalkan kehidupan yang lebih

sihat.

Senaman seperti berjalan kaki merupakan aktiviti untukmenguatkan otot jantung sekali gus mampu memperbaikipengaliran darah ke jantung

KESIHATAN

20 PRIHATIN ¥ JILID 1 2005

Page 21: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

SEBELUM MEMANDUPEMANDU berhemah ialah pemandu yang

prihatin. Jangan lupa memeriksa kenderaan

anda setiap kali sebaik sebelum memandu.

Lakukan pemeriksaan senarai semak

mudah berikut secara berjadual:

❑ Bahan penyejuk ❑ Pencuci cermin

❑ Transmisi ❑ Stereng kuasa

❑ Minyak enjin ❑ Petrol

❑ Brek

❑ Penapis udara: Penapis yang kotor dan tersumbat meningkatkan penggunaan minyak.

❑ Bateri: Kebanyakan kereta terkandas disebabkan masalah bateri. Sementara itu, cuaca

terlampau panas atau sejuk turut melemahkan kuasa bateri. Justeru, pastikan bateri

dalam keadaan baik dan bersih.

❑ Pengelap cermin yang kotor mengaburkan penglihatan pemandu.

❑ Lampu yang terbakar mengelirukan pemandu lain.

❑ Isyarat yang rosak membantutkan komunikasi dengan pemandu lain.

❑ Tayar: Tekanan sempurna menjamin keselamatan di samping menjimatkan minyak.

Putaran tayar (depan ke belakang dan sebaliknya) pada jarak berkala memanjangkan

hayat bunga tayar.

❑ Brek: Perlu diperiksa dan diservis sebelum memulakan perjalanan jauh.

✓✓✓✓

✓✓

✓✓✓

✓✓✓

PARAS BENDALIR/CECAIR

PENGLIHATAN

Hubungi (24 jam) Free PHONE SPANCO

1-800-88-6999SERVIS KENDERAANSECARA BERJADUAL

atau Pusat Servis Wilayah Segambut

03-6252 2999untuk membuat temu janji.

Page 22: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan

TEKNOLOGI

22 PRIHATIN ¥ JILID 1 2005

Perdana V6 (EV)versi dipertingkatkan

MODEL Perdana V6 (EV) dengan versi dipertingkatkan kini berada di pasaran untukpeminat kereta mewah keluaran tempatan. Sungguhpun dengan penampilan baru bahagianluaran dan dalaman yang lebih menarik, harga kenderaan yang menjadi idaman ramai ituhanya mengalami kenaikan yang rendah dan masih kompetitif.

PEMEGANG CAWAN DEPAN &BELAKANGKemasan gangsa

VISOR MATAHARIPVC tabur hias

TRIM BUMBUNG & TIANGBahan trikot

WARNA KERETAi) Burgundy – menggantikan

Merah Tuaii) Midnight Blue (warna lanjutan)

RODA ALOIReka bentuk baru

SPOILER PENUTUP BUTReka bentuk baru

ACUAN PELINDUNGBAMPAR DEPAN & BELAKANGKrom

JARING DAWAIPerak

PENGESAN CERMIN PECAHCiri keselamatan tambahan

BUNYI BISING,GETARAN & KETIDAKSELESAAN Bunyi dalaman yang lebih senyap

STERENGBalutan kulit dan bulatan krombaru

KEMASAN PINTUKemasan & trim baru yang secocok

PANEL RADIO KASETKemasan gangsa

PENUTUP KONSOL LANTAIKemasan warna baru & hiasankrom

ALAS PERMAIDANIWarna baru

UPHOLSTERI KERUSIFabrik baru/warna kulit & rekabentuk - beige

KAWALAN SUHUKemasan krom

PANEL KONSOL TENGAHKemasan gangsa

BARU

BARU

BARU

BARU

BARU

BARU

BARU

BARU

BARU

BARU

BARU

BARU

BARU

BARU

BARU

UBAH SUAI

BARU

DIPERTINGKATKAN

B A H A G I A N D A L A M A N

B A H A G I A N L U A R A NF U N G S I

Page 23: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan
Page 24: Cover Jil1 05 - spanco.com.my · KESELAMATAN JILID 1 2005 ¥ PRIHATIN 5 yang pastinya dapat mening-katkan kemahiran anda sebagai pengguna jalan raya. Pada masa yang sama pihak pelanggan