Cover soalan teks penuh

7
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM PERAK KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB SEMESTER 1-2012/2013 PENSYARAH: PROF. MADYA DR ABD LATIF B HAJI GAPOR TUGASAN 4: Pembacaan dan penilaian kendiri (merujuk teks) BAB 3: SOALAN 2,3 DAN 5 DISEDIAKAN OLEH: VINCENT RAJ A/L L ANDRAIAH (M20111000173)

description

 

Transcript of Cover soalan teks penuh

Page 1: Cover soalan teks penuh

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS35900 TANJONG MALIM

PERAK

KPT 6044PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

SEMESTER 1-2012/2013

PENSYARAH:PROF. MADYA DR ABD LATIF B HAJI GAPOR

TUGASAN 4:

Pembacaan dan penilaian kendiri (merujuk teks) BAB 3: SOALAN 2,3 DAN 5

DISEDIAKAN OLEH:VINCENT RAJ A/L L ANDRAIAH

(M20111000173)

Page 2: Cover soalan teks penuh

CHAPTER 3

2. Why are learning objectives an important aspect of lesson planning?

Mengapakah objektif pembelajaran aspek yang penting dalam rancangan

pembelajaran?

Rancangan pengajaran dibuat sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Dalam rancang pengajaran kandungan seperti tajuk, standard kandung, objektif, aktiviti,

penutup dan impak. Rancang pengajaran yang baik akan menghasilkan pengajaran dan

pembelajaran yang efektif serta murid-murid akan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti

dengan aktif.

Dalam rancangan pengajaran, objektif pembelajaran merupakan salah satu aspek yang

penting dan perlu diberi tumpuan yang khas. Objektif pembelajaran dilihat sebagai kontrak

antara guru dan murid. Guru berperanan menentukan aktiviti pembelajaran yang sesuai bagi

mencapai objektif pembelajaran. Objektif pembelajaran akan menentukan satu hala tuju yang

jelas untuk pengajaran dan pembelajaran. Rumusan pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat

dengan melihat objektif pembelajaran. Ini kerana dengan adanya objektif pembelajaran, guru

dapat merangka strategik pembelajaran yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka. Di samping

itu, bahan media dan teknologi yang sesuai boleh dipilih serta guna pakai dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Penilaian yang paling tepat boleh disediakan dengan berpandukan objektif

pembelajaran yang dirangkakan itu. Penilaian yang sesuai mengikut tahap kefahaman pelajar

dapat dilaksanakan.

Page 3: Cover soalan teks penuh

3. What are the four components of a well-written objective?

Apakah empat komponen yang terdapat dalam objektif?

Dalam rancangan pengajaran, objektif pembelajaran perlu ditetapkan dan ditulis ayat

yang tepat dan mudah difahami. Untuk menghasilkan satu ayat yang terbaik, penulisan

objektif pembelajaran perlulah melalui empat komponen yang penting iaitu “ABCD”

(‘Audience’, ‘Behavior’, ‘Conditions’ dan ‘Degree’).

‘Audience’. Target pembelajaran ataupun dikenali sebagai ‘Audience’ merupakan mereka

yang menjalani proses pembelajaran. Di sini murid ataupun pelajar adalah ‘audience’.

Penulisan objektif pembelajaran juga akan bersemuka dengan seperti berikut.

‘Behavior’. Tujuan utama dalam ayat objektif pembelajaran adalah kata kerja iaitu

menerangkan sifat pembelajaran. Ini akan menentukan puncak pencapaian pengajaran dan

pembelajaran. Sebagai contoh, murid dapat menganalisis, memilih, membezakan dan lain-lain

lagi.

‘Condition’. Objektif pembelajaran perlu ditetapkan dengan batasan atau syarat untuk

dinilaikan. Sebagai contoh, ‘murid dapat menyebut antara haiwan liar dan haiwan jinak’.

‘Degree’. Perkara yang kemuncak yang perlu ditetapkan dalam objektif. Pembelajaran

adalah tahap ataupun ‘Degree’ yang perlu dicapai untuk objektif pembelajaran. Contoh,

‘murid boleh menyebut lime perbezaan antara haiwan liar dan haiwan jinak’.

Page 4: Cover soalan teks penuh

5. What are the five basic steps for utilizing technology, media, and materials?

Apakah lima langkah yang terdapat dalam menggunakan teknologi, media dan bahan.

Terdapat lima langkah yang perlu dibuat untuk menggunakan teknologi, media dan

bahan. Ia dikenali sebagai proses ‘5 ps’.

‘Preview the technology, media and materials’ iaitu dalam proses ini teknologi, bahan

dan media yang sesuai akan dikenalpasti untuk pelajar. Adalah perlu melihat teknologi, media

dan bahan yang digunakan itu berkaitan dengan objektif pembelajaran. Sebagai contoh,

apabila guru menggunakan perisian untuk mengajar tatabahasa. Maka perisian tersebut perlu

dilihat terlebih dahulu sebelum digunakan. Misalnya jika video klip yang hendak digunakan,

maka guru perlu melihat terlebih dahulu.

‘Prepare the technology, media and materials’. Selepas itu, semua bahan, material dan

teknologi yang dikenalpasti itu perlu disediakan untuk aktiviti pembelajaran. Langkah

pertama adalah dengan mengumpulkan segala bahan yang digunakan untuk pengajaran dan

pembelajaran. Kemudian pastikan kekerapan menggunakan bahan itu dan bagaimana

menggunakannya. Perlu disenaraikan bahan-bahan yang akan digunakan secara sistematik

dan buat latihan dan percubaan sebelum pengajaran dan pembelajaran dimulakan.

‘Prepare the environment’. Penggunaan bahan-bahan teknologi perlu sesuai dengan

tempat yang hendak digunakan. Oleh itu, penyediaan tempat perlu dititikberatkan dalam

proses ini. Contoh, jika LCD digunakan di kelas terbuka dan cerah, maka visualnya tidak

efektif. Oleh itu, penggunaan baharu instruksi perlulah bersesuaian dengan tempat yang

hendak digunakan.

Page 5: Cover soalan teks penuh

‘Prepare the learning’. Kajian dalam pembelajaran menunjukkan pembelajaran dalam

sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bergantung pada tahap penyediaan pelajar untuk

sesuatu pembelajaran(Gagne, Briggs & Wagger, 1992). Permulaan pengajaran dan

pembelajaran itu penting dan set induksi yang sesuai perlu dibuat supaya pelajar boleh

bersedia untuk belajar dengan instruksi yang telah disediakan oleh guru.

‘Provide the learning experience’. Proses ini adalah mengediakan pengjaran dan

pembelajaran jika berpusatkan guru, pembentangan, latihan tubi, tutorialdan demo adalah

strategik yang lumrah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Skill pembentangan

dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai pelbagai kaedah untuk diikuti.