Cth Surat Mohon Tinggal Di Asrama

download Cth Surat Mohon Tinggal Di Asrama

of 1

description

educations

Transcript of Cth Surat Mohon Tinggal Di Asrama

Victoria Institution Cadet Corps Band Jalan Hang Tuah, 55200 Kuala Lumpur. Tel: 03-20782489 V I C C B Fax: 03-20316854

Rujukan : Tarikh : 30 OKT 2013

Kepada Tn Syed Zakaria B Syed HassanPenolong Kanan HEM

Melalui,En Mohd Yusof B Mohd AliPenolong Kanan Kokurikulum

Tuan

Permohonan Kebenaran Tinggal Di Asrama SMK Victoria(Perkhemahan VICCb 5/2013 : Persediaan Dan Persembahan VICCB Untuk Festival Kebudayaan Remaja 2013) Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan VICCB telah dipilih dan dijemput secara khusus oleh pihak penganjur dan akan terlibat dalam Sambutan Festival Kebudayaan Remaja 2013, di Jalan Raja Laut, pada 16 dan 17 November 2013. Oleh yang demikian perkhemahan ke 5 VICCB akan dilaksanakan dan mohon jasa baik pihak tuan untuk memberi kebenaran untuk tinggal di asrama VI. Butir selanjutnya adalah seperti berikut

Tarikh/Hari: 08 10 Nov 2013 (Jumaat Ahad) Rujukan: Lampiran 1 (tentatif program), surat dari penganjur.

3. Sehubungan dengan itu juga, perkhemahan serampang dua mata ini juga untuk memulakan latihan dan persedian awal menjelang pertandingan Marching Brass Band awal tahun hadapan.

4. Kami mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang pihak tuan berikan.

Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

[HASNANI ABDUL SAMAD]Guru Penasihat VICCB

s.k : Fail pancaragam (kluster) Fail pancaragam (Kualiti)