Cth Temu Bual

download Cth Temu Bual

of 68

  • date post

    13-Jan-2016
  • Category

    Documents

  • view

    73
  • download

    1

Embed Size (px)

description

interview

Transcript of Cth Temu Bual

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    1

    TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA

    PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN

    DAN PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    NURUL AIN BT MARSAN 2006128587

    ROHANA BT MOHAMAD RASHID 2006128589

    PROJEK DIMAJUKAN KEPADA

    FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM

    BAGI MEMENUHI KEPERLUAN

    KURSUS IMR603 DOKUMENTASI SEJARAH LISAN

    JULAI-DISEMBER 2009

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    2

    ISI KANDUNGAN

    Penghargaan.......iii

    Singkatan...iv

    Abstrak...v

    Ralat..vi

    1.0 Pendahuluan......1

    1.1 Sejarah Pendidikan di Malaysia......2

    1.2 Dasar Pendidikan di Malaysia.3

    1.3 Falsafah Pendidikan Negara5

    1.4 Disiplin di Sekolah..6

    2.0 Biodata..7

    3.0 Transkrip9

    4.0 Senarai Soalan.47

    5.0 Log Temubual..55

    6.0 Indeks..58

    7.0 Bibliografi....61

    Lampiran....62

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    3

    PENGHARGAAN

    Terlebih dahulu kami ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya

    kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan

    ini, kami telah mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.

    Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada dua orang pensyarah bagi subjek ini, IMR 603-

    Pendokumentasian Sejarah Lisan iaitu Cik Hanis Diyana Bt Kamarudin dan Encik Mohd Nazir B.

    Ahmad di atas kesudian mereka membimbing kami dalam menyiapkan tugasan ini. Segala

    bimbingan yang diberikan sangat berguna kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini dengan baik.

    Ribuan penghargaan juga kami ucapkan kepada Puan Samilah Binti Jusoh di atas kesudian

    beliau meluangkan masa bercerita mengenai pengalaman beliau dalam bidang pendidikan bermula

    sebagai guru biasa dan sekarang sebagai Guru Besar. Segala komitmen yang beliau berikan amat

    bermakna kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Diharap beliau tidak jemu mencurahkan

    bakti dalam membantu kejayaan anak bangsa kita.

    Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak

    membantu memberi pendapat yang amat berguna kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini.

    Segala pendapat dan maklumat yang dikongsi bersama semasa menyiapkan tugasan ini amat kami

    hargai.

    Akhir sekali, ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam

    membantu kami sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala maklumat dan bantuan yang

    diberikan telah memberi makna yang cukup besar kepada kami. Diharap projek ini dapat memberi

    manfaat kepada semua dalam apa jua tujuan.

    Sekian, terima kasih..

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    4

    SINGKATAN

    AADK Agensi Anti Dadah Kebangsaan

    AJK Ahli Jawatankuasa

    BI Bahasa Inggeris

    BM Bahasa Melayu

    DCL Declassic Life

    H1N1 Influenza A

    IAB Institut Aminuddin Baki

    ICT Information Communication Technology

    IT Information Technology

    J-QAF Jawi, Quran dan Fardhu Ain

    KGSK Kumpulan Guru Simpanan Kerajaan

    KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

    KTM Keretapi Tanah Melayu

    LADAP Latihan Dalam Perkhidmatan

    P&P Pengajaran dan Pembelajaran

    PIBG Persatuan Ibu Bapa Guru

    PJJ Pengajian Jarak Jauh

    PPD Pejabat Pendidikan Daerah

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    5

    PTK Penilaian Tahap Kerja

    SK Sekolah Kebangsaan

    SM Sekolah Menengah

    SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

    SPM Sijil Pelajaran Malaysia

    STAR Sekolah Tuanku Ampuan Rahimah

    SU Setiausaha

    UiTM Universiti Teknologi Mara

    UMP Universiti Malaysia Pahang

    UPM Universiti Putra Malaysia

    UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    6

    Abstrak: Wawancara bersama Puan Samilah Binti Jusoh ini telah dikendalikan oleh saudari Nurul Ain

    Binti Marsan dan saudari Rohana Binti Mohamad Rashid, pelajar semester akhir di Fakulti

    Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara, kampus Puncak Perdana, Shah Alam pada 7

    September 2009. Lokasi temubual ini diadakan di pejabat beliau, Sekolah Kebangsaan Sungai Merab

    Luar. Transkrip ini disediakan mengikut temubual yang dijalankan bersama Puan Samilah Binti Jusoh

    berkenaan pengalaman dan penglibatan beliau dalam bidang pendidikan. Beliau menceritakan

    tentang latar belakang, sejarah pendidikan, pengalaman sebagai guru dan seterusnya pengalaman

    sebagai Guru Besar bermula dari tahun 1977 hingga 2009. Selain itu, beliau juga memberi

    pandangan dan pendapat tentang isu-isu semasa di dalam dunia pendidikan serta nasihat kepada

    bakal-bakal pendidik. Beliau juga memberi amanat kepada guru-guru dan murid-murid sebelum

    beliau bersara.

    Kata kunci: Puan Samilah Binti Jusoh, Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar, Pendidikan, Guru

    Besar.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    7

    RALAT

    Di dalam transkrip ini, terdapat beberapa ralat atau gangguan yang tidak dapat dielakkan sepanjang

    temubual ini berlangsung. Antara ralat dan gangguan ketara adalah seperti berikut:

    1. Bunyi telefon

    Bunyi telefon tidak dapat dielakkan kerana temubual ini dijalankan di pejabat tokoh.

    2. Bunyi hon kenderaan

    Bunyi hon kenderaan juga terdengar semasa temubual dijalankan. Ini kerana, pejabat

    tokoh berada di tepi jalan.

    3. Bunyi gangguan getaran (frekuensi) telefon bimbit

    Bunyi gangguan getaran (frekuensi) telefon bimbit juga menggangu kami semasa

    kami ingin transkrip temubual ini. Ini adalah kerana semasa sesi temubual, anak

    tokoh berada berhampiran dengan kawasan temubual ini dan dia telah menggunakan

    telefon bimbitnya.

    4. Suara tokoh yang dirakam tanpa sengaja

    Terdapat juga suara tokoh yang dirakam tanpa sengaja.

    5. Suara orang lain yang dirakam tanpa sengaja.

    Semasa sesi temubual berlaku, terdapat ganguan dari orang luar yang berbual dengan

    tokoh dan dirakam tanpa sahaja.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    8

    1.0 PENDAHULUAN

    Sistem pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan sistem pendidikan Inggeris.

    Pendidikan di Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta,

    atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan

    sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain

    pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh Kementerian

    Pelajaran Malaysia. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi

    negara-negara Asia seperti di Singapura dan China.

    Pendidikan di Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat iaitu prasekolah,

    pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pengajian tinggi. Pendidikan prasekolah

    merupakan program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.

    Pendidikan rendah pula merupakan kursus pengajian pada peringkat rendah yang

    direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara

    lima hingga tujuh tahun. Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis

    Kebangsaan. Pendidikan Menengah merupakan pendidikan yang terdiri daripada pendidikan

    Menengah Rendah dan Menengah Atas. Ianya terdiri daripada Sekolah Akademik, Sekolah

    Teknik dan Vokasional dan Sekolah Kebangsaan Agama. Manakala pengajian tinggi pula

    ialah pengajian di universiti-universiti awam kepada mereka yang berkelayakan menerusi

    STPM (Sijil Tinggi Pengajian Malaysia) atau matrikulasi. Kriteria pemilihan tidak jelas

    kerana tiada peraturan yang dikuatkuasakan dengan tegas diwujudkan. Selain itu, para pelajar

    juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan peringkat tinggi.

    Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau universiti di luar

    negera. Sesetengah universiti di luar negara pula membuka cawangan di Malaysia.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    9

    1.1 SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

    Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan

    Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan

    Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama

    Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia

    Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

    Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini

    Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

    Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin

    yang diingini

    Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

    Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

    Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

    Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran

    keseluruhan

    Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979

    Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

    Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin

    yang diingini

    Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

    Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

    Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

    Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran

    keseluruhan

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    10

    Rang Undang Undang Pendidikan 1995

    Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf

    dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.

    Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan

    kebangsaan

    Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun

    Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan

    kebangsaan

    Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan

    Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

    1.2 DASAR PENDIDIKAN DI MALAYSIA

    Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek

    penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju kearah negara yang

    maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan

    terhadap pelaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang

    dilaksanakan di dalam sesebuah negara penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan

    dan sosialisasinya iaitu di mana kanak-kanak di didik untuk menjadi insan yang

    berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan

    sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu

    melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai-nilai positif untuk perpaduan kaum

    di kalangan para pelajar.

    Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun

    1957. Ummnya terdapat tiga tujuan utama yang terkandung dalam dasar ini. Pertama,

    tujuan dasar pendidikan ini diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    11

    yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan

    kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang

    berdisiplin serta mematuhi dan menghormati ibu bapa mereka di mana prinsip ini

    sejajar dengan dasar dan polisi untuk mengadakan proses pengajaran dan

    pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan

    perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Tujuan yang ketiga ialah untuk memastikan

    agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan

    perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan

    sebagai bahasa pengantar yang utama.

    Integrasi antara kaum pula merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh

    pihak kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai

    kemerdekaan. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah

    menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai-nilai integrasi antara

    kaum ini. Antaranya langkah yang telah diambil dalam usaha untuk mengukuhkan

    dasar pendidikan negara ini ialah dengan mewujudkan bahasa melayu sebagai bahasa

    kebangsaan dan bahasa pengantar utama di semua sekolah, menggunakan sukatan

    pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama di setiap sekolah dan guru-guru yang

    mengajar di sekolah haruslah dilatih di bawah satu sistem latihan perguruan yang

    sama. Ketiga-tiga faktor ini merupakan kunci kepada pembentukan arah dan orientasi

    nilai sistem pendidikan kebangsaan negara ini. Menerusi peranan yang sistematik,

    kurikulum latihan pengurusan yang seragam dan amalan-amalan pedagogi di bilik-

    bilik darjah yang bersesuaian, maka sistem pendidikan kebangsaan ini dijayakan

    dapat membentuk ciri-ciri tingkah laku dan sikap pelajar yang bersesuaian dengan

    tatasusila masyarakat Malaysia.

    Antara perkara yang paling penting perlu wujud bagi mana-mana sistem

    pendidikan kebangsaan ialah dasar pendidikan itu sendiri. Ia bukan sahaja menjadi

    asas pembentukan sistem pendidikan bahkan menjadi panduan yang amat penting

    dalam melaksanakan sistem tadi. Tanpa dasar yang jelas, sudah tentulah sistem dan

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    12

    pelaksanaannya tidak akan tersusun rapi, terumbang ambing dan tidak tentu arah.

    Kemungkinan juga pelaksanaan sistem akan mengikut suatu arah pada satu ketika dan

    kemudiannya mungkin juga bertukar haluan pada lain masa. Kadangkala perubahan

    haluan atau arah ini boleh berlaku kerana faktor kepimpinan, kewangan, pengaruh

    politik dan lain-lain.

    Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah

    yang jelas. Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan kita. Ia mengandungi

    matlamat, corak dan kaedah pendidikan secara kasar, ciri-ciri yang hendak dibentuk

    dalam diri individu yang hendak menerima pendidikan tadi serta skop yang

    dirangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri. Sebagai perbandingan, negara

    Amerika Syarikat misalnya tidak memiliki satu falsafah pendidikan yang digubal di

    peringkat negara walau pun sistem pendidikannya adalah antara yang terbaik di

    dunia. Howard D. Mehlinger (1995) dalam bukunya School Reform in the

    Information Age mengenalpasti masalah ketiadaan falsafah dan dasar memberi dua

    bentuk kesukaran. Pertama, pendidikan guru dan kedua, pembaharuan pendidikan.

    Kesukaran yang kedua iaitu pembaharuan pendidikan adalah antara isu yang amat

    menyeluruh kerana ianya meliputi isu-isu kurikulum, sistem pendidikan dan

    kemajuannya daripada satu tahap kepada tahap yang lain.

    1.3 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

    Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah

    memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

    jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

    bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    13

    1.4 DISIPLIN DI SEKOLAH

    Secara umumnya disiplin boleh didefinisikan sebagai suatu sistem hidup yang

    ditetapkan oleh sesuatu kumpulan atau badan yang mewujudkan suasana yang teratur dan

    tenteramkan supaya perkhidmatan yang memuaskan diperolehi daripada anggota kumpulan.

    Disiplin di sekolah merupakan satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana

    tenteram dan keadaan teratur agar proses pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan

    lancar. Disiplin di sekolah juga adalah untuk membentuk dan mengawal diri pelajar daripada

    melanggar undang-undang norma, kebudayaan dan akhlak masyarakat, di samping menanam

    nilai-nilai murni bagi membolehkan mereka membentuk sikap, kepercayaan keimanan,

    keteguhan prinsip dan lain-lain asas moral dan etika hidup.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    14

    2.0 BIODATA

    Nama Penuh : Samilah Binti Jusoh

    Tarikh Lahir : 19 April 1954

    Tempat Lahir : Kelantan

    Umur : 55 tahun

    Jantina : Perempuan

    Agama : Islam

    Bangsa : Melayu

    Nama Penuh Bapa : Jusoh Bin Awang

    Nama Penuh Ibu : Halimah Binti Adam

    Bilangan adik-beradik : 6 orang

    Status : Bekahwin

    Nama Suami : Zulhemay Bin Mohd Jidin

    Bilangan Anak : 6 orang

    Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor, Kelantan

    : Sekolah Menengah Jalan Kelang Lama, Klang

    : Sekolah Tuanku Ampuan Rahimah, Klang

    : Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    15

    Pengalaman Kerja : Guru

    - Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Datuk,

    Banting

    - Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kurau,

    Pahang

    - Sekolah Menengah Kebangsaan Cemomoi, Pahang

    - Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang, Serdang

    - Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bangi

    : Guru Besar

    - Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya, Puchong

    Petaling

    - Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar

    Jawatan Sekarang : Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar

    Anugerah : Anugerah Khidmat Cemerlang (2002)

    Alamat Rumah : No 16 Jalan 4/4b, 43600 Bandar Baru Bangi, Selangor.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    16

    3.0 TRANSKRIP

    KASET 1 BAHAGIAN A

    Salam sejahtera berikut merupakan temubual sejarah lisan yang telah dijalankan oleh

    saudari Nurul Ain Binti Marsan dan Rohana Binti Mohamad Rashid bersama dengan

    Puan Samilah Binti Jusoh mengenai pengalaman dan penglibatan beliau sebagai Guru

    Besar. Temubual ini dijalankan di pejabat beliau, Sekolah Kebangsaan Sungai Merab

    pada tarikh tujuh haribulan sembilan dua ribu sembilan (7.9.2009) pada pukul dua

    belas tengah hari.

    RMR: Bilakah dan di manakah Puan dilahirkan?

    SJ: Saya dilahirkan pada sembilan belas April sembilan belas lima puluh empat (19

    April 1954) di Kelantan.

    RMR: Siapakah nama ibu bapa Puan?

    SJ: Ibu, Halimah Binti Adam bapa, Jusoh Bin Awang.

    RMR: Pekerjaan ibu bapa Puan?

    SJ: Ibu hanya suri rumah tangga, bapa pula bekerja dengan KTM sebagai mandur.

    RMR: Ibu bapa Puan berasal daripada mana? (bunyi getaran telefon bimbit)

    SJ: Mereka berasal dari Kelantan.

    RMR: Berapah bilangan adik-beradik Puan?

    SJ: Bilangan adik-beradik seramai enam orang, tiga lelaki dan tiga perempuan.

    RMR: Puan adalah anak ke berapa di dalam keluarga?

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    17

    SJ: Saya anak ke lima dari enam beradik.

    RMR: Siapakah nama suami Puan dan apakah pekerjaannya?

    SJ: Suami saya bernama Zulhemay Bin Mohamad Jidin dan beliau bekerja sebagai

    Penyelia petang [sesi petang] di sebuah sekolah di Kajang.

    RMR: Boleh saya tahu sekolah apa? Nama sekolah?

    SJ: Sekolah Menengah Jalan Reko, Kajang.

    RMR: Bilakah Puan mendirikan rumah tangga?

    SJ: Pada tahun sembilan belas lapan puluh (1980).

    RMR: Puan mempunyai berapa orang anak?

    SJ: Enam orang, dua perempuan empat lelaki.

    RMR: Boleh Puan ceritakan sedikit latar belakang pendidikan dan kerjaya anak-anak

    Puan?

    SJ: Kerjaya anak? Latar belakang pendidikan ini saya sendiri?

    RMR: Tidak, anak-anak.

    SJ: Oh anak-anak. Latar belakang satu persatu ke setiap orang ke macam mana?

    RMR: Setiap orang, daripada yang sulung.

    SJ: Yang sulung sehingga Master [Sarjana], yang ke dua masih di UiTM, yang ketiga

    di UMP Pahang, ke empat di UPM, ke lima belum lagi bekerja belum lagi

    melanjutkan pelajaran ke mana-mana setelah habis SPM dan yang ke enam masih

    dalam tingkatan lima.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    18

    NAM: Bolehkah Puan ceritakan kepada kami sejarah pendidikan Puan dari sekolah

    rendah hingga menengah?

    SJ: Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah? Saya bersekolah rendah di

    Kelantan, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor Kelantan, sekolah menengah dari

    tingkatan satu hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Jalan Klang Lama Batu

    Enam Jalan Klang Lama, tingkatan enam, enam rendah dan enam atas di STAR

    Klang Sekolah Tuanku Ampuan Rahimah Klang.

    NAM: Adakah Puan aktif dalam persatuan semasa Puan masih bersekolah?

    SJ: Ya, aktif dalam Persatuan Bahasa dan Persatuan Seni. Persatuan saja [sahaja],

    permainan?

    NAM: Boleh Puan ceritakan dengan lebih lanjut?

    SJ: Selain persatuan akademik, saya juga kira aktif dalam permainan terutama bola

    tampar dan badminton sabagai wakil sekolah.

    NAM: Adakah semasa berpersatuan Puan telah mula memegang jawatan-jawatan

    yang penting?

    SJ: Ya, saya memegang jawatan sebagai antaranya sebagai Pengerusi, Setiausaha dan

    Bendahari bagi Persatuan Badan Pengawas.

    NAM: Pada pendapat Puan, apakah perbezaan pembelajaran sekarang dengan

    dahulu?

    SJ: Dari segi apa? Pembelajaran dari segi keseluruhan ya? Memanglah banyak

    perbezaan. Zaman dahulu ini dahulu dari mana? Masa saya lah? Ok dari segi

    kurikulum pun berbeza saya kira sebab dahulu dia tidak begitu banyak

    matapelajaran, subjeknya tidak banyak, kemudian kokurikulum pun tidak begitu

    banyak dia main letak sahaja apa bendanya tidak banyak sangat ini la kan

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    19

    persatuan yang ada jadi berbezalah dengan sekarang ini macam-macam dan

    diwajibkan pula.

    NAM: Dimanakah Puan menyambung pengajian selepas tamat sekolah menengah?

    SJ: Saya terus ke maktab, Maktab Perguruan Bahasa masa itu [semasa itu] di Lembah

    Pantai untuk ---

    NAM: Bidang apakah yang telah Puan pilih? (bunyi getaran telefon bimbit)

    SJ: Semasa di maktab saya diberi untuk Pendidikan Awal Remaja.Itu bermaksud bila

    keluar nanti saya akan mengajar di sekolah menengah awal remaja.

    NAM: Adakah Puan meminati bidang yang Puan pilih?

    SJ: Hendak kata minat sangat masa itu pun tidak tapi minat itu sebahagian sahaja

    tetapi masa itu pun tidak ada pilihan rasanya macam ada sekarang, ambil sahaja

    apa peluang yang ada.

    NAM: Adakah Puan menerima mana-mana biasiswa atau semuanya atas tangungan

    sendiri?

    SJ: Memang diberi biasiswa bukan biasiswa dipanggil lebih kurang biasiswa apa

    istilahnya ya? Semua ditanggung KPM, Kementerian Pelajaran [KPM]. (bunyi

    getaran telefon bimbit)

    NAM: Selepas tamat di maktab, adakah Puan menyambung pelajaran ke tahap yang

    lebih tinggi? (bunyi getaran telefon bimbit).

    SJ: Tidak sebab selepas itu terus berkahwin. (Sambil tersenyum)

    NAM: Berapa lamakah Puan mengambil masa untuk tamat pengajian?

    SJ: Dua tahun sahaja. Dua tahun di maktab.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    20

    NAM: Boleh Puan ceritakan kenangan manis dan pahit sepanjang Puan menjadi

    seorang pelajar?

    SJ: Seorang pelajar? Patah balik ke pelajar?

    NAM: Maksudnya semasa di maktab.

    SJ: Oh, tidak ada banyak sangatlah biasa sahaja seperti normal sahaja. Tidak ada yang

    manis sangat tidak ada yang pahit sangat. Biasalah asam garam hidup. Itu sahaja.

    NAM: Tidak ada peristiwa yang betul-betul Puan ingat?

    SJ: Tidak ada. Biasa sahaja.

    NAM: Adakah Puan pernah menerima anugerah semasa Puan bergelar pelajar?

    SJ: Anugerah? Anugerah yang macam mana? Ini rasa bukankah --- (sambil bercakap

    dengan seseorang)

    NAM: Apakah pegangan dan prinsip Puan sebagai pelajar?

    SJ: Sebagai seorang pelajar?

    NAM: Semasa di maktab.

    SJ: Prinsip? (Sambil ketawa). Buat yang terbaik, itu sahaja.

    NAM: Pada tahun berapa Puan menamatkan pelajaran dan memulakan alam

    pekerjaan?

    SJ: Tamat berkursus perguruan tahun sembilan belas tujuh puluh enam (1976) dan

    mula bekerja pada tahun sembilan belas tujuh puluh tujuh (1977).

    RMR: Boleh Puan ceritakan serba sedikit latar belakang sekolah ini, Sekolah Sungai

    Merab?

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    21

    SJ: Sekolah Kebangsaan Sungai Merab mula dibuka pada tahun sembilan belas tiga

    puluh enam (1936). Ini antara sekolah yang tertua. Bilangan pelajar masa itu

    [semasa itu] hanya lebih kurang dua puluh lebih sahaja.

    RMR: Maksudnya di awal pembukaan sekolah ini?

    SJ: Di awal pembukaan.

    RMR: Berapakah bilangan pelajar di sekolah ini pada masa sekarang?

    SJ: Pada masa sekarang bilangan pelajarnya berjumlah dua ratus lima puluh dua

    termasuk pra sekolah, dua puluh lima orang.

    RMR: Adakah bilangannya meningkat dari tahun ke tahun?

    SJ: Ya, bilangannya meningkat sebab peningkatan perumahan, taman-taman

    perumahan dan orang pun semakin ramai duduk di Sungai Merab, banyak rumah-

    rumah baru dibina perumahan pun ada beberapa fasa telah dibuat jadi secara tidak

    langsung bilangan pelajar pun bertambah.

    RMR: Adakah pelajarnya terdiri daripada satu kaum atau pelbagai kaum?

    SJ: Pelajar hanya satu kaum sahaja, kaum Melayu Bumiputera.

    RMR: Pernahkah sebelum ini Puan berkhidmat di sekolah yang mempunyai pelajar

    yang berbilang kaum?

    SJ: Ya, semasa di sekolah menengah atau pun sebelum datang ke sekolah ini saya

    berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya di mana bilangan muridnya

    Cina, Melayu dan India hampir sama banyak.

    RMR: Pada pandangan Puan, adakah isu perkauman menjadi satu masalah kepada

    pihak sekolah?

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    22

    SJ: Isu perkaumanan kalau di sekolah rendah tidak begitu jelas sebab mereka ini

    masih anak-anak lagi jadi benda-benda macam itu [seperti itu] tak ini sangat lah

    (Isu perkauman tidak serius sangat di sekolah rendah) berbanding dengan sekolah

    menengah mungkin ada masalah disiplin.

    RMR: Dari segi masalah disiplin sahaja?

    SJ: Ya, yang lain tidak ada.

    RMR: Bagaimana pula dengan bilangan guru di sekolah ini pada masa sekarang?

    SJ: Bilangan guru seramai lima puluh orang, tiga orang guru India yang lain semua

    Melayu.

    RMR: Adakah bilangan guru perempuan mendominasi bilangan guru di sekolah ini?

    SJ: Ya, bilangan guru perempuan memang lebih ramai berbanding dengan guru

    lelaki, dari lima puluh orang itu cuma sembilan orang guru lelaki yang selebihnya

    semua guru perempuan.

    RMR: Apakah pandangan Puan mengenai isu guru lelaki yang semakin berkurangan

    pada masa sekarang?

    SJ: Apa nak kata mereka ini kurang minat (sambil ketawa kecil) ke arah kerjaya

    sebagai guru dan kalau di sekolah rendah pun nampaknya memang guru

    perempuan yang lebih ramai dan mungkin bersesuaian dengan mereka sebagai

    pendidik bagi murid-murid di peringkat awal.

    RMR: Adakah Puan berpuas hati dengan persekitaran sekolah ini?

    SJ: Puas hati persekitaran ya, sebab bersekolah di kawasan kampung ini agak lebih

    tenang tidak terlalu sibuk sama ada komunitinya atau pun persekitarannya agak

    lebih tenang.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    23

    RMR: Adakah sekolah ini pernah memenangi sebarang anugerah?

    SJ: Oh banyak, walaupun sekolah kampung tetapi antara yang mendapat pencapaian

    tertinggi kalau di daerah Sepang. Kami pernah mendapat pada tahun dua ribu

    tujuh (2007) kami mendapat tempat yang pertama dalam peperiksaan UPSR

    peratus yang tertinggi. Anugerah itu anugerah kurikulum dan sekolah ini juga

    banyak meraih anugerah dari segi ko-akademik dan juga kokurikulum contohnya

    walaupun kami tidak ada padang tetapi sekolah ini pernah memenangi johan bola

    sepak. Kami tidak ada padang, kemudian johan daerah untuk permainan kabadi,

    johan tilawah, johan bercerita di peringkat Selangor malah murid kami ada yang

    mendapat tempat yang ke tiga bagi deklamasi sajak peringkat kebangsaan.

    RMR: Sekolah itu tidak ada padang, pelajar-pelajar practice [berlatih] di mana?

    SJ: Di padang awam sahaja.

    RMR: Boleh saya tahu di mana tempat perlawanan padang yang dikatakan sekolah

    Puan memenangi?

    SJ: Tempat mereka berlatih kah?

    RMR: Tidak, tempat mereka menang.

    SJ: Menang? Dia bermain di sekolah lain biasanya di Sungai Pelit, kalau bola sepak

    pertandingan diadakan di Sekolah Sungai Pelit atau pun Methodist di mana

    mereka mempunyai kelengkapan atau padang yang luas.

    RMR: Boleh Puan ceritakan pengalaman kerja Puan?

    SJ: Pengalaman kerja kalau hendak diikutkan saya ini dah dikira penghujung kerjaya

    di mana saya akan mengisi borang pencen, dah ambil pun borang pencen itu.

    Kalau hendak ikut pengalaman itu memang banyak sebagai guru biasa, guru

    penolong dan sebagai seorang pentadbir memang banyak kalau nak cerita tidak

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    24

    cukup masa (sambil ketawa). Agaknya pengalaman yang macam mana yang

    hendak itu? Pengalaman sebagai Pengurus Sekolah sebab sekarang istilah Guru

    Besar atau pun Pengetua dipanggil Pengurus Sekolah sebab kalau Guru Besar ini

    dia cari orang yang besar-besar sahaja (sambil ketawa). Penagalaman contohnya

    kami pernah menganjurkan sebagai tuan rumah program MKQ maksudnya Majlis

    Khatam Quran bagi peringkat daerah baru-baru ini. Kami sebagai tuan rumah,

    semua sekolah di daerah Sepang datang ke sekolah kami untuk acara tersebut dan

    memandangkan kami kekurangan tempat kami telah melaksanakannya di masjid

    di Sungai Merab. Sebab benda itu tidak boleh dibuat di sekolah tidak cukup

    tempat, tidak cukup tempat letak kereta, tidak ada padang, tidak ada dewan, tidak

    ada bilik-bilik khas jadi kami telah mendapat kerjasama dari penduduk Sungai

    Merab untuk melaksanakannya di masjid di Sungai Merab.

    RMR: Apakah jawatan pertama yang Puan sandang dan di mana?

    SJ: Jawatan pertama itu sebagai guru biasa dan mula-mula bertugas di Sekolah

    Menengah Kebangsaan Teluk Datuk, Banting di mana saya bertugas selama lapan

    tahun di sana. (Bunyi getaran telefon bimbit).

    RMR: Berapakah umur Puan semasa Puan mula-mula berkhidmat di bidang

    pendidikan?

    SJ: Umur saya lebih kurang dua puluh tiga tahun masa itu. (Bunyi getaran telefon

    bimbit).

    RMR: Apakah pekerjaan sebagai pendidik merupakan cita-cita Puan?

    SJ: Cita-cita ibu saya (sambil ketawa kecil). Terpaksa ambil juga kemudian barulah

    saya jatuh cinta dengan kerjaya ini. (Bunyi getaran telefon bimbit).

    RMR: Siapakah yang memberikan galakan dan dorongan untuk Puan menceburi

    bidang ini?

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    25

    SJ: Seperti yang saya katakan tadi,ibu saya ibu yang membela.

    RMR: Boleh Puan ceritakan di sekolah mana Puan pernah berkhidmat satu-persatu

    hingga sekarang?

    SJ: Sekolah yang pertama saya sudah sebutkan tadi Sekolah Menengah Kebangsaan

    Teluk Datuk, Banting, sekolah yang kedua Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala

    Kurau, Pahang, sekolah ketiga Sekolah Menengah Kebangsaan Cemomoi, Pahang

    juga sekolah keempat Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang, sekolah kelima

    Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bangi, keenam Sekolah Kebangsaan Puchong

    Jaya, Puchong Petaling dan sekarang Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar.

    RMR: Pada tahun berapakah Puan dilantik menjadi Guru Besar dan di mana?

    SJ: Pada tahun dua ribu empat (2004) di Sekolah Kebangaan Puchong Jaya.

    RMR: Adakah Puan bermula dengan jawatan sebagai seorang guru atau terus sebagai

    Guru Besar?

    SJ: Sudah ada tadi kan? (Sambil tersenyum) Mestilah dari guru biasa tidak ada yang

    terus-terus tidak pernah ada orang terus-terus dilantik sebagai Guru Besar

    sebabnya ada tengok [dilihat] pengalaman kita, pengalaman kerja, kelulusan dan

    sebagainya untuk naik satu peringkat ke satu peringkat.

    RMR: Sudah berapa lamakah Puan memegang jawatan sebagai Guru Besar?

    SJ: Sudah masuk tahun ke empat dari tahun dua ribu empat (2004).

    RMR: Puan berpindah dari satu sekolah ke satu sekolah lain atas sebab kenaikan

    pangkat atau atas permintaan sendiri?

    SJ: Dua-dua pun sama. Kenaikan pangkat pun ya, permintaan sendiri pun ya juga.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    26

    RMR: Sehingga sekarang sudah berapa sekolah Puan berkhidmat sebagai Guru

    Besar?

    SJ: Dua sekolah sahaja, Sekolah Puchong Jaya dan Sekolah Sungai Merab.

    RMR: Adakah di antara keluarga Puan yang berkhidmat sebagai pendidik seperti

    Puan?

    SJ: Tidak ada. Ipar-ipar itu adalah.

    RMR: Seperti sedia maklum, isu masalah disiplin pelajar semakin menjadi-jadi pada

    masa sekarang. Apakah pendapat Puan tentang isu ini?

    SJ: Memang tidak dinafikan tetapi rasanya tidak semua sekolah hanya sekolah-

    sekolah tertentu di kawasan-kawasan tertentu sahaja yang ada masalah disiplin

    yang teruk. Kalau ada sekolah itu biasa sahaja di mana lautnya tidak bergelora.

    (Bunyi getaran telefon bimbit)

    RMR: Siapakah yang patut dipersalahkan, pelajar, sekolah, ibu bapa atau masyarakat

    dalam isu ini?

    SJ: Kalau nak [hendak] ikut salah, semua salah. Pelajar pun ada, pihak sekolah pun

    ada, ibu bapa lagi banyak rasanya, masyarakat pun terlibat sama menyumbang ke

    arah disiplin pelajar.

    RMR: Adakah masalah-masalah ini terjadi di sekolah Puan?

    SJ: Sebab saya di sekolah rendah, tidak banyak sangat. Kalau ada biasa sahaja gaduh

    kecil-kecil sahaja antara budak-budak sekolah yang mana mereka ini masih kecil-

    kecil lagi jadi kalau bergaduh itu tidak ada teruk sampai menggunakan senjata,

    tidak lah biasa sahaja.

    RMR: Bagaimana Puan menangani masalah ini?

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    27

    SJ: Menanganinya sama ada kita bagi [beri] nasihat, kalau yang lebih sikit kita denda,

    hantar ke kaunselor, pergi ke guru disiplin dan sebagainya sebab bagi saya

    sekolah rendah ini tidak teruk sangat. Sekolah rendah ditempat saya bertugas ini

    tidak teruk sangat.

    RMR: Kalau macam kesalahan bergaduh selalu denda yang macam mana yang

    dikenakan?

    SJ: Tidak semestinya denda tengoklah cara dia bergaduh itu. Kalau boleh kita nasihat,

    nasihatlah. Selalunya kita nasihat, selepas itu suruh dia berbaik, bagitahu

    [memberitahu], tanya dahulu salah siapa yang mulakan, selesai macam itu sahaja.

    RMR: Adakah campur tangan ibu bapa memberi impak kepada pengurusan sekolah?

    SJ: Tengok keadaan juga, biasanya kalau dia teruk sangat atau pun benda itu berulang

    nampak dia serius sikit memang kita panggil ibu bapa berbincang supaya dia tahu

    apa masalah anak dia sebab kadang-kadang murid-murid ini, mereka ini ada lebih

    dari satu watak mungkin di rumah watak dia lain, di sekolah watak dia lain

    dengan ibu bapa lain wataknya dengan guru lain wataknya jadi ada masa kita

    panggil juga ibu bapa dia tengok keadaan, tengok apa kesalahan dia buat, apa

    masalah yang dia hadapi.

    RMR: Isu saman oleh ibu bapa pelajar terhadap pihak sekolah selalu kita dengar dan

    sering tersiar di dada akhbar. Apakah pandangan Puan tentang perkara ini?

    SJ: Saman? Saman ini macam mana ya? Banyak sangatkah saman? Rasa tidak juga

    kan. Tengoklah, itu terpulang kepada dia tengok kesalahan dia kalau perlu dia

    saman, dia saman. Kalau perlu masuk mahkamah dan sebagainya kena [perlu]

    siasat dahulu sebenarnya kalau nak saman semua.

    RMR: Tetapi setakat ini adakah kes saman di sekolah Puan?

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    28

    SJ: Oh, tidak ada langsung yang penting kita kerjasama dengan komuiniti,

    masyarakat situ dan seperti yang saya cakap selalu sekolah rendah dia tidak ada

    masalah banyak.

    RMR: Sebagaimana yang kita tahu PIBG adalah satu persatuan yang penting bagi

    sesebuah sekolah. Jadi apakah peranan yang perlu dimainkan oleh PIBG

    dalam memajukan sekolah?

    SJ: Ya, PIBG. Memang sekolah rata-ratanya ada PIBG di mana mereka ini memang

    memainkan peranan sebagai tangan kanan juga bagi sesebuah sekolah di mana

    banyak peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG ini terutamanya dalam

    mengumpul dana untuk menjalankan sesuatu aktiviti sebab apa sahaja aktiviti

    yang kita nak buat, kecil atau pun besar semuanya memerlukan duit. Jadi

    peruntukan yang kerajaan bagi [beri] biasanya tidak mencukupi. Kalau kita nak

    banyak aktiviti untuk murid kita kena [perlu] banyak duit. Selain daripada

    mengumpul dana atau mencari dana, menyumbang dana untuk sekolah PIBG juga

    menyumbang aktiviti-aktiviti lain contohnya kita nak adakan peperiksaan,

    kemudian kita nak buat solat hajat memang kita minta kerjasama PIBG untuk

    sukan, untuk hari anugerah dan sebagainya. Ini memang PIBG memainkan

    peranan sebab yang terlibat pun anak-anak mereka juga.

    RMR: Adakah masalah-masalah ini mempengaruhi kehidupan Puan bersama

    keluarga? (Kesalahan soalan, ke soalan seterusnya)

    RMR: Sebagaimana yang umum tahu tugas sebagai Guru Besar atau pun Pengurus

    Sekolah sangat berat dan sibuk, jadi bagaimanakah Puan membahagikan masa

    Puan antara kerjaya dan keluarga?

    SJ: Membahagikan masa, masa kerja kita kerja yang selebihnya untuk keluarga. Ada

    masanya kena [perlu] ambil cuti sebab sebagai Pengurus Sekolah cuti bukan

    macam guru biasa, dia cuti tahun. Kalau guru biasa cuti sekolah mereka bercuti

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    29

    tetapi kalau sebagai Pengurus Sekolah kerja sebagai biasa waktu pejabat dan

    kalau nak guna masa sepenuhnya kena [perlu] ambil cuti.

    RMR: Adakah sekarang Puan masih mengajar subjek atau hanya terlibat dalam

    bidang pentadbiran?

    SJ: Pengurus Sekolah wajib mengajar, jadi sama ada Guru Besar atau Pengetua,

    mereka ada waktu yang dikhaskan lebih kurang lima atau pun enam waktu

    seminggu mesti masuk kelas,mengajar.

    RMR: Boleh saya tahu Puan mengajar subjek apa di sekolah ini?

    SJ: Saya mengajar Kajian Tempatan.

    RMR: Pada pendapat Puan adakah patut seseorang Pengurus Sekolah itu terlibat

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah?

    SJ: Memang patut sebab kalau kita tidak masuk kelas kita tidak rapat, tidak mesra

    dengan murid. Kita kena [perlu] tahu juga murid walaupun sekejap kita masuk

    kita harus mendekati diri dengan murid.

    RMR: Sejajar dengan Wawasan Dua Puluh Dua Puluh (2020), _____ _____ _____

    _____ _____?

    TAMAT KASET 1 BAHAGIAN A: KASET 1 BAHAGIAN B

    SJ: Pendedahan dalam bidang teknologi maklumat bukan saya bukan sahaja saya,

    sebenarnya saya menjalankan dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian

    Pelajaran. Dimana memang pendedahan ini wajib diberi di semua sekolah,

    semua murid di Malaysia ini memang ada jadual khas, ada alat-alat khas dan

    sebagainya memang lengkap.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    30

    RMR: Apakah usaha dan langkah-langkah pihak sekolah Puan dalam hal tersebut?

    SJ: Hal macam mana? Untuk teknologi maklumat ini? Seperti yang saya kata kita

    sudah dibekalkan dengan segala peralatan dan sudah dibekalkan dengan jadual.

    Jadi kita laksanakan sahaja.

    RMR: Sebagai Pengurus Sekolah adakah Puan menganggap aktiviti kokurikulum

    penting kepada pelajar?

    SJ: Ya. Penting. Maknanya saya bersetuju dengan dasar kerajaan aktiviti kokurikulum

    ini memang penting untuk pelajar. Dimana di situlah mereka akan bergaul, belajar

    bekerjasama, belajar menghormati dengan orang lain dalam aktiviti kokurikulum

    dan banyak lagi yang boleh mereka garapkan dalam kokurikulum ini.

    RMR: Bagaimanakah Puan menangani pelajar yang bermasalah dalam bidang

    akademik?

    SJ: Dalam bidang akademik. Macam-macam. Pertamanya kita adakan kelas

    tambahan, tuisyen khas bukan sahaja pihak sekolah malah pihak kerajaan pun ada

    sediakan dipanggil SBT, Sistem Bantuan Tuisyen eh Skim Bantuan Tuisyen.

    Memang kerajaan sediakan bayaran dan sebagainya murid-murid yang lemah dan

    tidak berkemampuan memang dibagi [diberi] tuisyen percuma. Guru itu dibayar

    oleh kerajaan kemudian bincang juga dengan ibu bapa dia masalah keciciran

    kalau dikira keciciran murid-murid ini dari segi akademik. Bukan keciciran

    sekolah, keciciran akademik dia lemah.

    RMR: Apakah falsafah pendidikan yang Puan pegang selaku Pengurus Sekolah?

    SJ: Falsafah Pendidikan Negara itu adalah. Falsafah saya kerja dengan ikhlas.

    RMR: Adakah Puan boleh berkomunikasi menggunakan bahasa ketiga?

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    31

    SJ: Bahasa ketiga? Selain BM dan BI? Maksudnya Tamil, Cina? Tidak boleh.

    Sepatah dua boleh. (Sambil tersenyum).

    RMR: Adakah Puan rasakan bahasa ketiga amat penting di alam pekerjaan?

    SJ: Di alam pekerjaan? Tengoklah apa pekerjaan yang diceburi tapi pada pendapat

    saya, makin banyak bahasa yang kita kuasai, makin cerahlah masa depan.

    Potensi dia lebih banyak.

    RMR: Apakah nasihat Puan pada anak-anak muda sekarang yang ingin menceburi

    alam pekerjaan?

    SJ: Pertamanya, kalau hendak sebut alam pekerjaan itu, biarlah bersesuaian, kena

    bersesuaian dengan kelulusan dia dan kena bersedia, kena ikhlas, komited,

    dedikasi.

    RMR: Adakah Puan akan bersara pada umur 56 tahun?

    SJ: InsyaAllah.

    RMR: Setelah bersara, Puan ingin terlibat dalam bidang apa?

    SJ: Mungkin belajar berniaga sebab sembilan peratus dari rezeki adalah dalam

    perniagaan. Mungkin saya antara yang terlibat dengan sembilan peratus itu.

    RMR: Boleh saya tahu, perniagaan dalam bidang, perniagaan yang macam mana yang

    Puan hendak meniaga itu?

    SJ: Setakat ini saya mula berkecimpung, mula berminat dalam jualan langsung.

    NAM: Adakah Puan pernah mendapat anugerah selama berkhidmat dalam bidang

    perguruan ini?

    SJ: Ada. Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun dua ribu dua (2002). Pingat jasa

    tidak ada.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    32

    NAM: Apakah dan bilakah anugerah pertama yang Puan terima?

    SJ: Itulah. Pada tahun dua ribu dua (2002). Itu sahaja. Untuk peribadi bukan untuk

    sekolah.

    NAM: Secara peribadi, apakah definisi perguruan pada pendapat Puan?

    SJ: Definisi perguruan? Kalau saya senang sahaja. Kerjaya sebagai seorang pendidik.

    Sebab pendidik ini dia luas (bunyi getaran telefon bimbit). Dia bukan setakat

    mengajar dalam kelas sahaja. Dia melibatkan luar kelas sekali.

    NAM: Sebelum berkhidmat sebagai Guru Besar adakah Puan dihantar untuk

    menjalani apa-apa kursus kelayakan? (Bunyi getaran telefon bimbit)

    SJ: Ya. Bila dilantik biasanya seseorang Guru Besar atau Pengetua pun sama juga

    dimana akan dihantar berkursus selalunya di IAB selama sebulan. Di situ diberi

    yang asas untuk kita menjalankan tugas sebagai Pengurus Sekolah. Ada lapan

    bidang yang penting untuk organisasi sekolah yang terpaksa kita buat lapan

    bidang.

    NAM: Boleh Puan terangkan apa lapan bidang itu?

    SJ: (Bunyi getaran telefon bimbit) Mana tadi? Pendedahan tentang lapan perkara

    yang harus diuruskan. Antaranya pengurusan kewangan, pengurusan pejabat,

    pengurusan akademik, pengurusan kokurikulum, komuniti, hal ehwal murid dan

    seterusnya.

    NAM: Boleh Puan terangkan apakah tugas-tugas seorang Guru Besar?

    SJ: Tugasnya macam saya sebut tadi. Banyak. Dia tidak terhad kepada menjaga guru,

    menjaga murid sahaja. Banyak benda lain lagi. Kewangan pun itu tugas Guru

    Besar juga. Menguruskan pejabat dan sebagainya.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    33

    NAM: Adakah pemilihan untuk menjadi Guru Besar ini tertumpu kepada kelayakan-

    kelayakan tertentu sahaja?

    SJ: Ya. Sebab tidak semua orang boleh jadi Guru Besar atau pun dilantik, bukan

    boleh jadi. Mungkin ada yang boleh jadi tapi kelayakannya bergantung kepada

    kelayakan ikhtisas atau pun akademik berapa lama dia pernah bertugas, apakah

    kekananan dia, seniority [pangkat yang lebih tinggi].

    NAM: Berapa lama dia bertugas untuk melayakkan dia menjadi Guru Besar seperti

    yang Puan kata tadi?

    SJ: Itu terpulang pada kelayakan dia. Ada orang dia cepat naik. Hendak-hendak

    [tambah-tambah] sekarang dia ada peperiksaan dan sebagainya, PTK. Tidak

    lulus PTK pun tidak boleh jadi Guru Besar.

    NAM: Apa pendapat Puan apabila ramai graduan sekarang yang tidak mendapat

    pekerjaan menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan mereka?

    SJ: Kadang yang ini, nak [hendak] kata tidak boleh pun tidak tentu juga. Sebab ada

    orang ini pada awalnya dia tidak minat, tapi bila dia sudah menceburi, sudah

    mendalami, mungkin dia akan suka walaupun dia tidak minat. Tengoklah. Itu

    atas individu itu sendiri. Sebab saya pernah jumpa juga semasa dahulu. Saya

    sendiri pun kalau ikutkan memang tidak berapa suka tapi bila kita sudah

    mendalami, kita dah faham, kita dah tahu apa tugas kita, dah tahu bekerja, kita

    rasa suka sebab kita tidak tahu yang lain, kita tahu yang ini sahaja.

    NAM: Apakah persediaan yang perlu ada untuk memegang jawatan sebagai Guru

    Besar ini?

    SJ: Pertamanya kelulusan. Itulah yang penting, kelulusan.

    NAM: Adakah bidang ini mencabar bagi pendapat Puan?

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    34

    SJ: Boleh dikatakan mencabar juga sebab kita bekerja ada masanya, ada ketikanya,

    ada tempatnya mungkin ada masalah lebih, jadi kira mencabar jugalah untuk

    menyelesai masalah (bunyi motosikal).

    NAM: Apakah cabaran dan dugaan yang Puan hadapi sebagai seorang Guru Besar?

    SJ: Cabaran yang utama untuk mengekalkan prestasi. Kalau kita dapat sesuatu

    anugerah ataupun pengiktirafan --- Cabaran dan dugaan dia pertamanya untuk

    mengekalkan prestasi sekiranya kita mendapat sesuatu pengiktirafan. Misalnya

    seperti yang saya kata kami pernah mendapat kedudukan yang tertinggi sebagai

    sekolah yang mendapat peratus tertinggi dalam UPSR. Jadi nak [hendak]

    mengekalkan itu sebab semua orang pandang, semua orang pandang dan disebut-

    sebut jadi nak [hendak] mengekalkan itu satu cabaran juga. Kena [hendaklah]

    bekerja keras dan kami juga pernah selepas itu keputusannya jatuh jadi itulah

    dengar desas-desus masyarakat dan sebagainya.

    NAM: Pada pendapat Puan apakah ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang

    pendidik yang berjaya?

    SJ: Mesti komited. Komited, mesti utamanya kena [hendaklah] sayang, kena

    [hendaklah] suka pada pelajar, cinta kepada kerjaya tersebut. Sebab kalau

    pelajaran itu ataupun kelulusan itu kita boleh cari. Sekarang pun guru-guru yang

    guru maktab ini mereka ramai yang memajukan diri dengan terlibat dengan PJJ

    ini. Jadi pendidikan tidak menjadi masalah. Jadi untuk ini kena [hendaklah]

    mencintai profesion ini barulah boleh berjaya sebagai seorang pendidik.

    NAM: Bagaimana Puan memimpin pengurusan bawahan Puan supaya mereka dapat

    melakukan tugas dengan (bunyi hon kenderaan) baik?

    SJ: Kalau saya berbaik sangka, kerja dengan ikhlas maknanya kita jadikan dia kawan.

    Tidak adalah arahan yang ataupun tugas yang kita suruh dia buat itu kita buat

    secara kasar ke kita nak [hendak] bagitahu [memberitahu] dia atau nak [hendak]

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    35

    suruh dia jalankan. Sentiasa ingatkan bahawa rezeki itu yang kita nak [hendak]

    bagi [beri] anak-anak itu kita kena [hendaklah] inilah bekerja dengan ikhlas.

    Sentiasa tekankan yang itu.

    NAM: Adakah terdapat sebarang masalah komunikasi dengan pengurusan bawahan?

    SJ: Tidak ada masalah.

    NAM: Bagaimana Puan menguruskan arahan-arahan yang diberikan daripada pihak

    atasan?

    SJ: Arahan yang diberi dari pihak atasan? Menguruskan macam mana itu? Kena

    [hendaklah] mengikut arahan dialah. Biasanya kalau sesuatu arahan yang di bagi

    [beri] itu, dia akan bagi [beri] date [tarikh] tertentu. Jadi kita kena [hendaklah]

    buat mengikut inilah. Misal yang dikata ok dia nak [hendak] benda-benda ini

    dalam masa seminggu. Jadi kita kena [hendaklah] selesaikanlah dalam masa

    sebelum seminggu itu mengikut peraturan.

    NAM: Bagaimana yang dimaksudkan dengan kelancaran sesebuah pentadbiran?

    SJ: Kelancaran itu apabila tidak berlaku sebarang masalah. Tidak ada masalah

    lancarlah (tersenyum).

    NAM: Pada pandangan Puan adakah kelancaran sesebuah pentadbiran bergantung

    kepada struktur pentadbirannya?

    SJ: Sebenarnya kelancaran bergantung pada banyak benda. Bukan setakat pentadbiran

    itu sahaja. Kadang kalau pentadbiran itu ok benda lain pula tidak ok kan?

    NAM: Apakah perbezaan yang paling besar antara sistem pembelajaran pada zaman

    dahulu dan sekarang?

    SJ: Sama kan? (terbatuk)

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    36

    NAM: Adakah sistem pendidikan di Malaysia relevan untuk masa sekarang jika

    dibandingkan dengan negara maju yang lain?

    SJ: Ya. Kira relevan jugalah kalau banding dengan negara-negara maju yang lain.

    Kitalah kena [hendaklah] ikut rentaklah.

    NAM: Adakah Puan berpuas hati dengan sistem pendidikan di Malaysia?

    SJ: Ya. Pada dasarnya ya.

    NAM: Jika diberi peluang, apakah yang akan Puan ubah untuk memperbaiki sistem

    pendidikan di Malaysia?

    SJ: (Ketawa) Jika diberi peluang? Memang tidak akan ada peluang lah itu ya? Bagi

    saya tidak adalah. Tidak ada apa perlu nak [hendak] diubah sebab yang membuat

    dasar yang menggubal semua itu memang orang-orang dah cerdik pandai dah.

    Mereka tahu apa yang perlu untuk sistem pendidikan di Malaysia.

    NAM: Apakah harapan Puan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Merab

    pada masa akan datang?

    SJ: Harapan saya memang tingi. Agar semua murid dapat apa yang ingin kami

    berikan dari segi akademik dan dari segi sahsiah mereka. Bila dia keluar, bila dia

    masuk dengan kosong, bila dia pulang penuh dengan ilmu di dada sama ada untuk

    diri dia sendiri dan juga untuk bangsa dan agamanya.

    RMR: Boleh Puan terangkan apakah Falsafah Pendidikan Negara?

    SJ: Falsafah Pendidikan Negara atau Falsafah Pendidikan Kebangsaan berbunyi,

    pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

    untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani,

    emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    37

    Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan

    mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

    dan kemakmuran masyarakat dan negara. Itu falsafah.

    RMR: Boleh Puan terangkan visi dan misi sekolah ini?

    SJ: Visi sekolah, berpadu tenaga untuk merealisasikan murid cemerlang, gemilang

    dan terbilang. Misinya pula ingin melahirkan insan berilmu dan berkeperibadian

    mulia.

    RMR: Boleh Puan terangkan dengan lebih lanjut tentang visi dan misi sekolah ini?

    SJ: Ulang balik kah?

    RMR: Tidak, macam terangkan apa disebalik itu.

    SJ: Berpadu tenaga itu maksudnya semua kakitangan di sekolah ini berpadu tenaga

    sebab kita menginginkan bila murid itu keluar dari sekolah ini dia menjadi murid

    yang cemerlang dari semua aspek. Sama ada dari segi akademik dia dan dari segi

    sahsiah dia. Maksud cemerlang di situ itu merangkumi semua. Sebab itu kami

    ambil yang ringkas sahaja.

    RMR: Apakah piagam sekolah ini?

    SJ: Piagam sekolah. Piagam sekolah SKSML Sekolah Kebangsaan Sungai Merab

    Luar. Pertama guru sentiasa prihatin untuk mengatasi masalah yang dihadapi

    oleh murid, guru dan masyarakat. Kedua kemesraan, kasih sayang antara murid,

    guru dan masyarakat adalah landasan ke arah masyarakat penyayang. Ketiga

    sentiasa berusaha untuk mencapai sasaran kecemerlangan pelajar ke tahap

    maksima selaras dengan slogan sekolah Ilmu Suluh Hidup. Keempat

    mendorong murid, guru dan kakitangan sekolah agar sentiasa berkeyakinan Kita

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    38

    Boleh. Laluan getir dan mencabar sanggup ditempuh, InsyaAllah kita akan

    berjaya.

    RMR: Tentang prasarana di sekolah ini, saya difahamkan rupanya sekolah ini sudah

    lama. Adakah Puan berpuas hati dengan prasarana di sekolah ini?

    SJ: Nak [hendak] kata puas hati itu memanglah kurang berpuas hati tetapi kita kena

    [hendaklah] faham bahawa sekolah yang lama ini banyak kalau nak [hendak]

    ikutkan kami banyak kekurangan. Ada sekolah lain yang lebih teruk lagi. Kalau

    kita lihat bahawa saya ada menyebutkan bahawa kita tidak ada padang ini

    disebabkan bila pertambahan penduduk, ada bangunan yang di bangunkan

    memakan ruang padang tersebut. Bila ada peruntukan ataupun ada juga

    bangunan yang dibuat secara gotong-royong, ada yang disumbangkan oleh

    kerajaan. Jadi mereka naikkan sahaja bangunan itu tanpa mengambil kira apa?

    Maknanya terpaksa mengorbankan kawasan lapang yang saya sebut padang. Jadi

    mana ada tempat dikira boleh naik bangunan, dinaikkan sahaja. Itu menyebabkan

    ruang untuk murid bermain, berkumpul, sudah tidak ada.

    RMR: Jika diberi peluang apakah penambahbaikan yang ingin Puan lakukan terhadap

    prasarana sekolah ini?

    SJ: Oh, kalau diberi peluang? Memanglah kami inginkan sebuah bangunan yang baru

    yang lengkap dengan bilik-bilik khas, kantin, surau, bilik sakit dan sebagainya.

    Sebab kalau di lihat sekarang kantin tidak begitu dapat menampung murid-murid

    yang ramai sebab pada asalnya kantin yang dibuat hanyalah sekitar murid - yang

    boleh menampung murid lebih kurang seratus lebih sahaja sebab dahulu tapi

    memandangkan beberapa kali ganda sudah murid ini bertambah dan kantin tidak

    bertambah keluasannya menyebabkan kami terpaksa mengadakan rehat dua kali

    dan murid terpaksa bersesak-sesak. Ada juga yang makan di kaki lima bilik guru.

    Maknanya tidak cukup tempat.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    39

    RMR: Boleh saya tahu sekolah ini ada berapa sesi?

    SJ: Sekolah ini hanya satu sesi sahaja. Satu sesi hanya cukup-cukup untuk kelas

    pembelajaran sahaja. Jadi kami tidak ada bilik-bilik khas. Dewan pun hanya

    kelas yang dibuka sahaja, dua kelas. Kemudian perpustakaan pun hanyalah dua

    kelas sahaja. Jadi bilik-bilik khas lain tidak ada. Kecuali kalau dikira bilik khas,

    makmal sains, pusat sumber dan bilik J-QAF sahaja. Yang lain tidak ada.

    RMR: Bagaimana pula dengan makmal komputer?

    SJ: Makmal komputer ada. Satu kelas sahaja.

    RMR: Berapakah bilangan bangunan di sekolah ini?

    SJ: Bangunan. Bangunan bertingkat satu tingkat ada tiga, bangunan dua tingkat dua,

    tiga tingkat satu.

    RMR: Adakah Guru Besar ini mempunyai persatuan yang tersendiri?

    SJ: Boleh saya sambung tentang tadi satu sesi kami cuma ada dua puluh tiga kelas

    termasuk pra. Mengenai persatuan Guru Besar, ada. Ada di peringkat daerah ada,

    di peringkat negeri ada dan di peringkat kebangsaan pun ada dinamakan Majlis

    Guru Besar. Kalau daerah, daerah. Kalau negeri, negeri. Begitu juga kalau di

    peringkat kebangsaan.

    RMR: Boleh Puan ceritakan serba sedikit tentang persatuan Guru Besar ini?

    SJ: Persatuan ataupun Majlis Guru Besar ini tujuannya adalah untuk macam

    persatuan-persatuan lain juga kebanyakannya adalah untuk mengeratkan lagi

    silaturrahim sesama ahli. Bertukar-tukar pendapat dan juga menjaga kebajikan

    ahlinya.

    RMR: Adakah Puan memegang sebarang jawatan dalam persatuan ini?

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    40

    SJ: Saya hanya AJK biasa di peringkat daerah sahaja.

    RMR: Boleh saya tahu siapakah yang menjadi Pengerusi dalam persatuan ini?

    SJ: Pengerusi kalau untuk negeri seorang Guru Besar dari daerah Sabak Bernam,

    Encik Halim Yazid dan di peringkat daerah Guru Besar dari Sekolah Kebangsaan

    Bandar Baru Salak Tinggi.

    RMR: Siapakah rakan sekerja yang paling rapat dengan Puan sepanjang Puan

    bergelar Guru Besar ini?

    SJ: Rakan sekerja ini di sekolah ini ataupun di luar sekolah maksudnya?

    RMR: Di sekolah ini.

    SJ: Di sekolah ini sudah tentulah dengan pembantu Guru Penolong Kanan. Ketiga-

    tiga Guru Penolong Kanan. Saya ada Guru Penolong Kanan Akademik atau

    Kurikulum, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan

    Kokurikulum. Terrmasuk juga dengan Pembantu Tadbir. Kami sering berhubung

    rapat, berbincang bersama, mencapai keputusan bersama ataupun menyelesaikan

    masalah bersama. Kalau rakan Guru Besar, ada juga selain daripada Majlis Guru

    Besar itu kami selalu berbincang yang selalu, yang paling rapat yang kami sering

    bertukar pendapat, bertukar apa-apa sahaja dengan Guru Besar Sekolah

    Kebangsaan Datuk Abu Bakar Baginda. Memang selalu bersama.

    RMR: Boleh Puan sebut salah seorang nama Guru Besar yang Puan rapat?

    SJ: Oh, salah seorang itulah Cikgu Norizan Abu Bakar dari Datuk Abu Bakar

    Baginda. Sekolah Datuk Abu Bakar Baginda.

    RMR: Bagaimana pula dengan pelajar? Adakah pelajar yang paling rapat dengan

    Puan?

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    41

    SJ: Paling rapat itu susah nak [hendak] kata sebab sebagai Guru Besar biasanya kalau

    murid-murid ini dia tidak berapa berani. Cuma yang murid yang menonjol yang

    apa-apa sahaja penglibatan memang dialah sama ada akademik, ko-akademik.

    Ada seorang murid memang kalau keputusannya memang tidak pernah jatuh dan

    dia aktif seperti yang saya kata tadi, apa sahaja pertandingan yang dia masuk dia

    mesti mencipta nama sampai ke peringkat kebangsaan iaitu Abul Munzer bin

    Muhammad Isa. A-B-U-L (sambil mengeja) Mun Z-E-R (sambil mengeja)

    Muhammad Isa dan beliau merupakan - dia merupakan murid harapan kami untuk

    mencipta nama di sekolah ini.

    RMR: Sekarang dia berada di?

    SJ: Tahun Enam.

    TAMAT KASET 1 BAHAGIAN A: KASET 2 BAHAGIAN A

    RMR: Sebagai Guru Besar apakah pengalaman paling manis yang pernah Puan lalui?

    SJ: Paling manis itu banyak juga. Apabila murid ataupun sekolah ini mendapat

    kejayaan dalam apa jua yang diiktiraf.

    RMR: Apakah pengiktirafan tersebut yang Puan telah katakan tadi?

    SJ: Ok. Pengiktirafannya antaranya ialah kami dianugerahkan Sekolah Harapan

    Gemilang pada tahun dua ribu lapan (2008). Kami juga memenangi pertandingan

    choral speaking [pengucapan koir] bagi peringkat negeri pun ada, peringkat

    daerah tentulah johan. Sebagai johan dihantar ke peringkat negeri. Kemudian

    UPSR _____ cemerlang pada tahun dua ribu tujuh (2007), kemudian sepak takraw

    lagi satu. Kalau dalam kokurikulum selain bola sepak, kami sering mendapat

    johan dalam sepak takraw dan juga mini olimpik, Tunas Mini Olimpik. Kemudian

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    42

    adalah lagi timang-timang takraw. Takraw dan timang-timang takraw lain. Adalah

    lagi. Saya pun sudah tidak berapa ingat.

    NAM: Pengurusan sesebuah pentadbiran di sekolah berdasarkan apa?

    SJ: Kita berdasarkan pekeliling-pekeliling ataupun arahan-arahan yang diturunkan

    atau dikeluarkan oleh KPM. Kemudian dia ada bagi [beri] garis panduan untuk

    kita menjalankan tugas. Dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

    Maknanya kita tidak boleh nak [hendak] buat sesuka hati. Kena [hendaklah] sama

    dan kena [hendaklah] ikut. Kalau kita tidak ikut kita dianggap sudah melanggar

    dasar dan ini menjadi satu kesalahan kalau kita melanggar dasar. Apa yang telah

    ditetapkan kita kena [hendaklah] ikut. Biasanya arahan-arahan ini dia keluarkan

    sama ada yang lama, masih diguna pakai ataupun kalau ada pembaharuan dia

    akan turun melalui surat-surat pekeliling dan kita kena [hendaklah] patuh surat-

    surat tersebut dan sebagai Pengurus Sekolah memang telah pun di buat satu garis

    panduan untuk Guru Besar atau Pengurus Sekolah menjalankan tugas. Ia

    dipanggil sebagai fail meja dan manual prosedur kerja.

    NAM: Adakah sekolah ini pernah menghadapi masalah alam sekitar?

    SJ: Masalah alam sekitar. Kalau awal, awal pembinaan dahulu kalau mengikut

    sejarahnya, cerita orang-orang lama kawasan sekolah ini - sekolah ini di bina

    dalam kawasan berpaya. Bermakna kalau musim hujan dia akan banjir. Tapi

    perubahan yang berlaku apabila perumahan semakin banyak dibuat, saliran-

    saliran telah diperbaiki, masalah itu sudah tiada. Cuma ada satu lagi iaitu sekolah

    ini merupakan laluan angin. Bila angin itu kuat memang bumbung tercabut,

    lubang dan untuk tahun ini sahaja sudah dua kali sudah peristiwa berlaku dimana

    bumbung - bumbung sekolah dan rumah-rumah di sekitar telah diterbangkan

    oleh angin dan sudah tentulah bila bumbung tidak ada angin disertai dengan

    hujan sudah tentulah bocor.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    43

    NAM: Bagaimana pula dengan masalah fizikal?

    SJ: Lebih kurang itu juga. Tadi sudah cerita, sekolah ini lama, maknanya ada benda-

    benda yang sudah reput, sudah usang, lantai pun sudah berlubang. Tapi bila

    benda ini berlaku kita akan laporkan ke pihak atasan dan kalau yang serius itu

    mereka akan bertindak serta-merta. Macam bumbung yang tercabut tadi, kita call

    [telefon] sahaja, bagitahu [beritahu] sahaja tanpa menunggu surat pun mereka

    akan datang untuk baiki. Sebab itu kalau perhatikan komputer kami, alat-alat

    yang menggunakan elektrik kami tutup dengan plastik. Bukan kata apa, tidak.

    Bimbang kalau benda-benda itu berlaku macam hari itu, habis. Bila bumbung

    tercabut air akan menitik ataupun mencurah terus ke peralatan elektrik. Semua

    rosak. Jadi terpaksa kami tutup dengan plastik.

    NAM: Sepanjang tahun ini, boleh Puan nyatakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di

    sekolah ini?

    SJ: Oh, banyak. Aktiviti itu banyak sebab kalau aktiviti kita bahagikan kepada tiga.

    Pertamanya kurikulum sendiri, akademik yang kedua kokurikulum dan ketiga ko-

    akademik dan bahagian hal ehwal murid dan aktiviti ini kita rancang dari awal.

    Biasanya sebelum cuti sekolah kita akan minta guru-guru penyelaras, guru

    panitia, ketua-ketua persatuan akan memberi perancangan untuk tahun hadapan.

    Jadi, mereka akan bagi [beri], mereka berbincang sesama ahli, mereka akan bagi

    [beri] perancangan itu, kita akan susun dan kita bukukan. Kita susun dan atur

    program itu supaya tahun berikutnya dapat dilaksanakan dengan lancar dan

    biasanya kita bukukan kita panggil takwim atau perancangan pengurusan untuk --

    -. Setiap tahun memang kita buat.

    NAM: Boleh Puan nyatakan antara aktiviti tersebut?

    SJ: Antaranya. Antara - Ada aktiviti yang memang wajib dilasanakan contohnya

    peperiksaan, peperiksaan mesyuarat-mesyuarat panitia, permainan, pertandingan-

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    44

    pertandingan. Macam program J-QAF --- Program motivasi untuk pengawas,

    untuk murid-murid tahun enam, untuk murid-murid lain juga program maju diri,

    untuk guru-guru, program perkembangan staf, mesyuarat agung PIBG, sukan -

    sukan peringkat sekolah, peringkat daerah kemudian sambutan-sambutan

    keagamaan dan macam-macam. Program AADK dadah, perkhemahan unit-unit

    beruniform, macam program J-QAF kem bestari solat, kita kena [hendaklah]

    buat empat kali setahun. Itu peruntukan semua diturunkan oleh kerajaan.

    Kemudian hari akademik - hari untuk ibu bapa datang hari terbuka untuk

    mengambil keputusan peperiksaan anak mereka kemudian program LADAP.

    LADAP ini Latihan Dalam Perkhidmatan maknanya kursus untuk guru-guru pun

    kami buat. Sambutan hari guru, sambutan bulan kemerdekaan, kemudian teknik-

    teknik menjawab soalan, kelas-kelasa tambahan, solat hajat dan macam-macam

    lagi. Sebenarnya kalau nak [hendak] kira banyak.

    NAM: Bagaimanakah sambutan hari merdeka di sekolah ini pada tahun ini?

    SJ: Ok. Memandangkan kita dalam bulan kemerdekaan lagi. Jadi tahun ini sambutan

    sederhana sahaja memandangkan sambutannya pada bulan puasa dan juga negara

    di landa dengan wabak H1N1 jadi kami kumpulkan murid-murid itu tidak lama,

    sekejap sahaja. Cuma buat acara-acara yang penting sepertimana ucapan Guru

    Besar membaca perutusan dari menteri kemudian menyanyikan lagu-lagu

    patriotik sambil mengibarkan bendera. Itu sahaja. Kemudian, itu semasa

    pelancaran. Kemudian pengisiannya kami juga buat dalam kelas pada masa-masa

    tertentu seperti peraduan mewarna, kuiz, peraduan mengarang, kemudian

    melukis tadi sudah sebut? Belum? Pertandingan mewarna bukan melukis,

    mewarna bagi budak-budak kecil maknanya tahap satu. Mewarna, mencipta

    sajak, eh bukan mencipta. Mendeklamasikan sajak. Itu sahaja dan kita bahagi-

    bahagi bukan semua murid ambil itu. Tahap satu lain, tahap dua lain dan untuk

    penutupnya kita akan buat pada selepas UPSR nanti pun masih dalam bulan

    puasa juga. Jadi kita tidak buat acara-acara yang banyak menggunakan tenaga.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    45

    NAM: Bagaimana dengan sambutan setiap aktiviti tersebut?

    SJ: Aktiviti yang ketiga-tiga bahagian tadi itu?

    NAM: Ya

    SJ: Sambutan itu memanglah kena [hendaklah] --- Sebab kita kena [hendaklah] buat

    betul-betul. Sambutan itu pun memang kena [hendaklah] positif sebab setiap

    aktiviti kita kena [hendaklah] buat laporan, buatkan dokumentasi dan hantar ke

    PPD. Jadi kita tidak boleh buat sambil lewa. Kita kena [hendaklah] buat betul-

    betul dan buat laporan hantar ke PPD. Jadi PPD nak [hendak] memastikan yang

    setiap program yang kita rancang itu berjalan dengan baik.

    NAM: Sekarang, seperti yang sedia maklum negara kita dilanda wabak H1N1. Apakah

    tindakan sekolah ini tentang isu ini?

    SJ: Untuk mencegah. Pertamanya kita memang pesan pada murid-murid sekiranya

    mereka ada tanda-tanda itu sama ada demam dan sebagainya. Tanda-tanda

    wabak tersebut memang kita minta mereka supaya tidak hadir ke sekolah.

    Terutamanya tidak hadir ke sekolah dan itu urusan ibu bapa mereka untuk

    membawa mereka untuk dapatkan rawatan. Kalau yang --- Ada juga antara

    mereka yang demam datang ke sekolah. Memang pihak sekolah dengan

    kerjasama PIBG memberikan mereka topeng mulut hidung itu secara percuma

    untuk pertama kali. Sebab kita juga tidak mampu untuk tiap-tiap hari nak

    [hendak] bagi [beri]. Murid ramai dan benda itu pun harga pun boleh tahan juga.

    Kalau tujuh ratus orang tujuh ratus ringgit sehari. Mana nak [hendak] cari duit?

    Dan pihak PPD juga ada membekalkan topeng-topeng dan juga jangka suhu.

    Jangka suhu kan? Dan itu pun kita akan guna seandainya murid itu kita nampak

    dia sakit. Kalau murid sihat kita tidak bagi [beri] dan penerangan memang diberi

    dalam perhimpunan (telefon berbunyi) melalui risalah dari semasa ke semasa

    (telefon berbunyi).

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    46

    NAM: Adakah kes ini terdapat di sekolah ini?

    SJ: Oh, tidak ada (telefon berbunyi). Tidak ada. Cuma demam-demam biasa sahaja.

    NAM: Adakah sekolah ini menerima guru-guru pelatih untuk menjalankan praktikal

    mereka?

    SJ: Ya. Sering. Setahun berapa kali kumpulan-kumpulan yang berlainan datang dan

    disebabkan sekolah ini sangat hampir dengan IPGM, Institut Perguruan apa yang

    dekat sekali ini? Islam dan yang jauh pula Institut Perguruan _____ Bahasa

    IPGM, Bahasa _____ pun ada datang dan datang ialah sekali datang sampai

    sepuluh orang dan kita sentiasa menerima dengan tangan terbuka sebab bakal-

    bakal guru ini kalau tidak kita terima, besok tidak ada pengalaman dia. Kalau

    tidak ada pengalaman, bila dia keluar mengajar maknanya ke alam nyata

    memang susahlah bagi mereka. Jadi kita memang menerima dan bila mereka

    datang pada awalnya memang kita akan bagi [beri] suai kenal. Memang kita bagi

    [beri] suai kenal tentang budaya sekolah ini, tentang staf-staf di sini dan

    sebagainya.

    NAM: Berapa lama suai kenal itu dijalankan?

    SJ: Oh, suai kenal itu sekejap aje [sahaja] jumpa sekejap je [sahaja] dalam setengah

    ke satu jam saje [sahaja]. Kita cuma terangkan budaya sekolah sahaja dengan

    berkenalan dengan kakitangan di sini supaya mereka itu tidak kekok, mesra dan

    tidak ada rasa malu-malu nak [hendak] bertugas dan sebagainya.

    NAM: Bagaimana penerimaan sekolah ini terhadap mereka?

    SJ: Bagus, kami suka juga sebab disamping dia menerima ilmu kadang mereka

    datang dengan ilmu-ilmu yang baru atau teknik-teknik yang baru sebab mereka

    belajar, dari semasa ke semasa itu memang ada peningkatan teknik- teknik

    pengajaran yang baru, idea-idea yang baru inovasi dan sebagainya dan mereka

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    47

    juga selalunya balik akan meninggalkan buah tangan biasanya mereka akan buat

    sesuatu projek untuk sekolah yang biasanya mural dan sebagainya.

    NAM: Setakat ini adakah Puan berpuas hati dengan guru-guru pelatih tersebut?

    SJ: Ya, saya berpuas hati. Setakat ini memang mereka itu bagus. Mana-mana yang

    datang pun kesemuanya bagus.

    NAM: Apakah pandangan Puan tentang guru-guru pelatih tersebut?

    SJ: Guru pelatih ke guru baru? Guru pelatih? Ok, semua ok.

    NAM: Sekolah ini sudah semestinya sentiasa menerima guru baru untuk berkhidmat di

    sekolah ini. Bagaimana tanggapan Puan terhadap mereka?

    SJ: Tidak ada guru baru setiap tahun sebab boleh dikatakan sekolah ini cukup guru-

    gurunya dan mereka pun tinggal tidak jauh dari sekolah jadi tidak ada mereka itu

    sering nak berpindah. Jadi apabila staf sudah cukup tidak adalah orang baru

    datang Cuma setakat saya belajar di sini eh eh belajar pulak (salah sebutan)

    bekerja di sini hanya beberapa orang dan mereka itu sebab sama ada guru pelatih

    atau guru tetap pada awalnya memang kami akan bagi suai kenal dahulu. Jadi

    tiada apa sangat semua bagus.

    NAM: Puan berpuas hati dengan mereka?

    SJ: Ya, puas hati yang penting dia kerja bagus.

    RMR: Apakah pandangan Puan tentang pelajar dahulu dan sekarang?

    SJ: Pelajar dahulu dan sekarang ini kena [perlu] tengok dua kategori sama ada murid

    sekolah rendah ataupun pelajar di sekolah menengah. Saya rasa benda itu berbeza

    kalau di sekolah rendah lain, sekolah menengah lain. Saya rasa perbezaannya

    kalau dahulu murid ini tidak begitu hiperaktif, dia lebih jujur bukan kata sekarang

    tidak jujur tetapi sekarang sudah macam-macam pengaruh. Dahulu tidah banyak

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    48

    yang ditengok, tidak banyak yang dapat ditiru maknanya mereka ini lebih baik

    dari segi ini. Mereka tidak pandai ponteng ada setengah itu tidak tahu pun istilah

    ponteng pergi sekolah, kemudian balik rumah mengaji itu sahaja tidak ada macam

    berbanding dengan sekarang mereka ini banyak ruang banyak benda-benda yang

    lain lagi yang boleh mempengaruhi peribadi mereka itu selain daripada datang

    sekolah ada di antara mereka itu mendapat pengaruh kawan untuk membuat

    aktiviti-aktiviti lain. Itu sahaja.

    RMR: Puan lebih gemar mengajar di sekolah rendah ataupun menengah?

    SJ: Di sekolah menengah saya sebagai guru biasa dan saya terlibat sepenuh masa

    dengan P&P, di sekolah rendah saya sebagai pentadbir. Kedua-duanya berbeza.

    Kalau mengajar di sekolah rendah ini tengok tahap mana kita masuk, kalau saya

    memang saya ditugaskan atau mendapat jadual untuk Tahun Enam jadi mereka ini

    sudah tahu. Pernah juga saya mendapat atau ditugaskan mengajar Darjah Dua

    sedangkan saya baru sahaja turun dari sekolah menengah memang kejutan budaya

    sikit sebab di sekolah menengah kita tidak perlu ajar budak itu pegang pensel,

    mengeja dan sebagainya. Kita terus bagi [beri] isi pelajaran. Jadi kalau di sekolah

    rendah ini kita nak [hendak] kena [perlu] mula dari awal terutama bagi mereka

    yang tidak tahu membaca dan menulis lagi belum pandai lagi. Jadi nak [hendak]

    kata suka tidak suka itu kedua-duanya ada suka dan dukanya.

    RMR: Selain matapelajaran Kajian Tempatan yang Puan ajar sekarang apakah

    matapelajaran yang Puan pernah ajar?

    SJ: Pernah ajar? Seni. Biasanya sebagai Guru Besar jarang sangat yang dibagi [diberi]

    matapelajaran teras sebab kami ini boleh dikatakan sibuk ada masanya terpaksa

    keluar, keluar mesyuarat sana sini dan sebagainya ataupun kursus dan sebagainya

    jadi kalau ambil matapelajaran teras itu rasa kesianlah pada murid. Kalau kursus

    setakat pergi pagi balik petang tidak apa lagi kalau kena [perlu] dua tiga hari

    ataupun seminggu memang menjejaskan prestasi murid juga. Jadi kebanyakan

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    49

    Guru Besar memang dibagi [diberi] subjek-subjek yang ringan dan yang biasanya

    yang tidak melibatkan peperiksaan.

    RMR: Bagaimanakah hubungan sekolah dengan masyarakat sekeliling?

    SJ: Hubungannya bagus, biasanya kalau sekolah ada buat aktiviti atau program

    kerjasama dengan PIBG insyaAllah setakat ini ada hubungan yang baik. Kalau

    contohnya kita buat gotong-royong insyaAllah mereka akan datang sekarang pun

    PIBG membantu untuk membuat pelbagai projek untuk sekolah.

    RMR: Bagaimana pula dengan hubungan Puan dengan jiran di tempat tinggal Puan?

    SJ: Oh jiran, baik alhamdulillah.

    RMR: Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat tinggal Puan?

    SJ: Biasanya, sebab kawasan tempat tinggal saya itu ramai yang bekerja jadi kami

    memang ada persatuan, Persatuan Penduduk dan kebanyakan aktiviti itu

    melibatkan keagamaan dan juga perayaan. Misalnya aktiviti solat hajat yang baru

    lepas kami adakan untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan, semua

    peperiksaan. Biasanya jamuan, mesyuarat, aktiviti yang macam itulah. Kalau

    jamuan raya itu memang tidak miss [lepas].

    RMR: Di manakah perjumpaan tersebut selalu diadakan?

    SJ: Kalau mesyuarat-mesyuarat itu kami bergilir-gilir adakan di rumah-rumah AJK,

    bergilir-gilir. Kalau kali ini di rumah pengerusi, mesyuarat sekali lagi di rumah

    SU ataupun ahli-ahli yang lain siapa yang volunteer [sukarela] yang nak

    [hendak] menggunakan rumah mereka. Tetapi kalau acara-acara itu jamuan, solat

    hajat dan sebagainya memang kita akan buat di kawasan lapang di padang

    ataupun ada gelanggang serbaguna di situ kami sewa khemah, kerusi, meja dan

    sebagainya.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    50

    RMR: Bagaimana hubungan sekolah ini dengan bekas-bekas pelajar?

    SJ: Bekas pelajar? Ada juga bekas-bekas pelajar datang membantu kalau kita adakan

    aktiviti-aktiviti yang besar contohnya sukan. Ramai murid-murid, bekas-bekas

    pelajar yang sudah pun ke sekolah menengah, apabila ada aktiviti yang macam

    itu mereka akan tolong membantu sebagai AJK.

    RMR: Ada atau tidak bekas pelajar ini kembali berkhidmat disekolah ini?

    SJ: Ada, kita ada setakat ini Cuma seorang sahaja, seorang lagi sudah berpindah, dia

    bekas pelajar sini apabila dia tamat kursus merantau juga selama setahun dua

    ataupun beberapa tahun kemudian kembali bertugas di sini iaitu cikgu Mohamad

    Nor Jailani bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris dan guru IT, penyelaras ICT.

    RMR: Secara peribadi bagaimanakah Puan memberi galakan kepada murid-murid?

    SJ: Selalunya galakan memberi hadiah sahaja. Murid-murid yang akan mengambil

    peperiksaan UPSR memang saya iklankan dari awal siapa yang dapat lima A

    dalam setiap ujian mereka saya suruh datang ke pejabat dan tuntut hadiah.

    Memang saya sediakan hadiah secara peribadi.

    RMR: Selalunya hadiah apa yang diberikan?

    SJ: Hadiah itu tidak adalah barang yang mahal sam ada pensel ataupun buku nota

    yang fancy [beraneka warna] sikit, budak-budak suka macam itu. Tetapi bagi

    saya nilai hadiah dan rupa hadiah itu tidak penting, yang penting dari siapa dia

    dapat hadiah itu. Dia akan bangga, dia akan tunjuk dekat [kepada] kawan-kawan

    dia Guru Besar bagi [beri] hadiah. Dia akan --- kalau orang yang sama macam

    Abul tadi dia kumpul hadiah itu. Saya pun memang selalu beritahu murid-murid

    itu awak kumpul seberapa banyak hadiah dari saya tengok siapa yang paling

    banyak dan mereka memang berlumba nak [handak] dapatkan hadiah itu.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    51

    Memang hadiah itu tidak mahal, saya pun tidak mampu nak mahal-mahal sebab

    ada kalanya mereka ramai juga.

    NAM: Untuk menjaga kesihatan apakah yang Puan amalkan?

    SJ: Diet seimbang pun ya tetapi ada masanya tergelincir juga. Kemudian saya

    mengamalkan makanan kesihatan yang berasaskan herba yang dirumus mengikut

    piawaian yang diluluskan oleh kementerian kesihatan.

    NAM: Boleh kami tahu apakah produk yang Puan amalkan?

    SJ: Oh produk. Nak tahu produk kena [perlu] jadi ahli (sambil ketawa kecil). Saya

    mengamalkan produk DCL di mana dia menggunakan seratus peratus bahan

    herba tidak ada bahan-bahan kimia dan produk ini pun saya baru amalkan.

    InsyaAllah rasanya dia bersesuaian dengan badan saya.

    NAM: Sudah lamakah Puan menggunakan produk ini?

    SJ: Baru juga dalam beberapa bulan ini dan nampaknya seperti yang saya kata

    bersesuaian dengan badan. Masalah kesihatan pun semakin berkurangan dan

    saya akan terus amalkan produk ini.

    NAM: Seperti yang Puan telah katakan tadi, Puan akan bersara pada umur 56 tahun,

    bilakah agaknya?

    SJ: Oh bilakah agaknya, lebih kurang tahun hadapan saya akan mencapai umur lima

    puluh enam pada bulan April. Biasanya orang bersara mengikut tarikh lahir.

    TAMAT KASET 2 BAHAGIAN A: KASET 2 BAHAGIAN B

    NAM: Puan akan bersara pada umur 56 tahun, agaknya bila Puan akan bersara?

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    52

    SJ: Umur lima puluh enam saya mencapai pada tahun hadapan bulan April, jadi

    insyaAllah saya akan bersara pada tahun hadapan itu seandainya diluluskan

    permohonan saya itu.

    NAM: Setelah Puan bersara adakah Puan masih berminat untuk meneruskan kerjaya

    ini?

    SJ: (Sambil ketawa) Rasanya tidak tetapi seandainya setelah bersara, seandainya saya

    rasa teringin untuk berkecimpung dalam pengajaran ini lagi mengajar, saya boleh

    memohon melalui KGSK iaitu Kumpulan Guru Simpanan Kerajaan di mana

    kumpulan ini merupakan kumpulan guru-guru pencen. Apabila kita menjadi ahli

    KGSK kita layak untuk menjadi sebagai guru ganti kalau nak mengajar. Guru

    ganti contohnya kalau ada guru yang pergi kursus kita dibenarkan mengajar dan

    diberi gaji. Sambilan maksudnya.

    NAM: Apakah amanat yang ingin Puan sampaikan sebelum Puan bersara?

    SJ: Amanat kepada siapa?

    NAM: Sekolah.

    SJ: Sekolah, oh. Amanat kepada guru-guru ataupun murid. Kepada guru menjalankan

    tugas dengan dedikasi dan ikhlas, kepada murid belajar bersungguh-sungguh dan

    ikut kata guru sebab setiap guru dia akan mengajar benda yang baik, guru yang

    baik akan mengajar benda yang baik. Jadi ikutlah cakap guru dan hormati orang

    yang lebih tua. Itu sahaja kalau kepada murid.

    NAM: Baiklah, apakah kata-kata akhir Puan sebelum kami mengakhiri temubual ini?

    SJ: Kepada anda berdua, saya ucapkan semoga berjaya dalam tugasan ini dan

    mendapat markah yang terbaik.

    NAM: Terima kasih Puan.

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    53

    SJ: Sama-sama

    Terima Kasih diucapkan kepada Puan Samilah Binti Jusoh dengan sesi temubual itu

    tadi. Demikian tadi mengenai pengalaman Puan Samilah Binti Jusoh sebagai Guru

    Besar. Kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian

    beliau memberi maklumat mengenai peristiwa yang berlaku. Semoga hasil rakaman

    ini akan memberi manfaat kepada pendengar, penyelidik dan juga generasi akan

    datang. Sekian terima kasih.

    TAMAT KASET 2 BAHAGIAN B

  • TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

    PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

    2009

    54

    4.0 SENARAI SOALAN

    Latar Belakang

    1. Bilakah dan di manakah Puan dilahirkan?

    2. Siapakah nama ibu bapa Puan?

    3. Pekerjaan ibu bapa Puan?

    4. Ibu bapa Puan berasal dari mana?

    5. Berapakah bilangan adik beradik Puan?

    6. Puan adalah anak ke berapa di dalam keluarga?

    7. Siapakah nama suami Puan dan apakan pekerjaannya?

    8. Boleh saya tahu sekolah apa? Nama sekolah?

    9. Bilakah Puan mendirikan rumah tangga?

    10. Puan mempunyai berapa orang anak?

    11. Boleh Puan ceritakan sedikit latar belakang pendidikan dan kerjaya anak-anak Puan?

    Pendidikan Awal

    12. Bolehkah Puan ceritakan kepada kami sejarah pendidikan Puan dari sekolah rendah

    hingga menengah?

    13. Adakah Puan aktif dalam persatuan semasa Puan masih bersekolah?

    14. Boleh Puan ceritakan denga