Ctu 231 Uitm Sabah

download Ctu 231 Uitm Sabah

of 62

Transcript of Ctu 231 Uitm Sabah

NOTA CTU231 BAB 1 SEJARAH PERKEMBANGAN PERAKAUNAN ISLAM. PENGENALAN Kehidupan adalah ujian dan dugaan daripada Allah swt dan ia hanya sementara, manakala hidup akhirat adalah kekal abadi. Ada yang diberikan kesenangan, ada yang diduga dengan kemiskinan, kecacatan, kebodohan, kesakitan dan sebagainya. Mereka yang bertaqwa adalah orang yang berjaya di dunia dan balasan syurga menanti di akhirat, manakala orang yang ingkar akan mendapat balasan di dunia mahupun di akhirat. Antara perkara yang akan diuji Allah swt dalam kehidupan kita ialah sejauhmana kita jujur dan amanah dalam kerja-kerja pengiraan termasuklah perakaunan. Islam adalah agama yang syumul didatangkan oleh Allah swt. Ia mengandungi tiga aspek penting iaitu:

1. Aqidah (tauhid, Usuluddin serta perkara yang berkaitan dengan kepercayaan khususnya kepada unsur-unsur ghaib, terkandung di dalamnya elemen-elemen iman). 2. Syariah (undang-undang berkaitan dengan muamalat, ibadat , jenayah, munakahat serta perkara yang menyusun kehidupan manusia di muka bumi. Ia yang mengatur hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam semesta) 3. Akhlak (perkara yang berkaitan dengan tingkah laku manusia) Apakah matlamat kehidupan manusia di muka bumi? Segala sesuatu yang dilakukan di dunia ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah swt. Oleh itu kehidupan manusia akan mengarah kepada ketaatan, ketundukan kepada Allah swt dan hasilnya hidup akan dihiasi dengan ketenangan, kedamaian, kesejahteraan. Masing-masing akan hidup atas dasar ajaran Islam dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. Tujuan perundang Islam adalah untuk memelihara 5 perkara. 1. 2. 3. Menjaga aqal Keturunan Agama 4. 5. Jiwa Harta

Ilmu perakaunan adalah berada dalam aktiviti muamalat. Di dalamnya terkandung urusan ekonomi, politik, perniagaan, perakaunan dan semua yang berkaitan dengan kehidupan. Ada beberapa persoalan tentang perakaunan. Antaranya apakah sistem perakaunan Islam diperlukan dalam masyarakat?. Apakah sistem perakaunan sekarang mengikut syarak, apakah matlamat ilmu perakaunan? Dan lain-lain persoalan.

DEFINISI PERAKAUNAN Perakaunan di dalam bahasa arab disebut sebagai al-Muhasabah atau al-hisab. Ia bermakna mengira atau menyukat. Al-Quran menyebut hasaba sebanyak 48 kali. Ilmu perakaunan tidak disimpan dalam bentuk pemikiran. Ia adalah pergerakan dua bahagian ( keluar dan masuk ) wang @ harta dan ia sempurna bila kedua-duanya ditulis dengan teliti di dalam daftar dan disusun rapi. American Accounting Association (AAA): (1966) Proses mengenalpasti, mengukur, mengkomunikasikan maklumat berbentuk ekonomi untuk membolehkan pertimbangan berpengetahuan dan keputusan dibuat oleh pengguna-pengguna maklumat itu

Accounting is the process of identifying, measuring and communicating economic information to permit informed judgements and decisions by the user of information.Muhammad Kamal Atiyah mendefinisikan sebagai: satu pengiraan hasil-hasil kerja yang halal menurut kaedah syarak dengan dilaksanakan berdasarkan perbandingan pendapatan dan kos Dapat kita fahami bahawa disiplin ilmu perkakaunan adalah satu sains sosial yang berasaskan laporan kewangan. Ia penting untuk orang yang terlibat secara langsung dalam aktiviti kewangan dan perakaunan. Surah al-Infitar 82: 10-12 bermaksud:

Pada hal bagi kamu ada malaikat-malaikat yang mengawasi pekerjaanmu, yang mulia di sisi Allah dan yang mencatat pekerjaan-pekerjaanmu itu, mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.Surah al-Qaf 50: 17-18

Ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.

SEJARAH PERKEMBANGAN PERAKAUNAN ISLAM Mengalami tiga tahap: 1. Zaman keagungan/ zaman awal Zaman Rasulullah: - Baginda menyuruh sahabat merekod urusan keluar masuk wang, demikian zaman Abu Bakar. - Baginda telah melaksanakan kewajipan membayar zakat yang menggunakan kaedah perakaunan. - Mata wang yang digunakan mesti mengikut nilaian semasa. Setiap pernyataan itu mesti mempunyai cop. Zaman Umar al Khatab: - Beliau telah menubuhkan kementerian khusus yang menguruskan urusan perakaunan. - Pengurusan asset di Baitul Mal direkod dengan jelas. Segala aktiviti kewangan direkod di dalam buku catatan harian dengan meletakkan tarikh, hari, bulan dan tahun (H). Perubahan keluar masuk wang perlu diberi penjelasan, setiap akaun yang ada perlu diaudit oleh pegawai yang lebih tinggi. Prinsip keseimbangan atau catatan beregu telah dipraktikkan dengan meluas dalam pengurusan Baitulmal dengan menggunakan istilah al- hisab/li hisab. yang merupakan institusi kewangan pertama dalam tamadun manusia. - Selain itu ketepatan ukuran juga amat dititk beratkan. Ia telah membawa kebaikan kepada aktiviti ekonomi dan kewangan, kerana dapat mewujudkan keadilan dan keharmonian dalam masyarakat. - Menggunakan mata wang semasa. Penggunaan wang dinar dan dirham bertujuan mengelak dari riba dan penindasan. Luca Pacioli muncul abad ke 15. 1494 beliau menulis buku Summa de arithmatica geometria et proportionalita. 600 tahun sebelum Luca pacioli dunia Islam sudah menulis tentang matematik, sistem angka. Surah al-Baqarah 282

Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan berkaitan dengan hutang piutang yang bertempoh, maka hendaklah kamu menulisnya (hutang dan tempoh bayaran)Firman Allah: Baqarah 286 Allah tidak memberati seorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya. Baginya pahala kebaikan yang diusahakan dan kepadanya juga dosa ke atas kejahatan yang diusahakan.

Surah al Rahman: Dan lakukanlah timbangan itu secara tepat serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang Hud 85: Wahai manusia, sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan tepat. Semakin jujur, tepat, adil ukuran, maka semakin tinggi tahap kemajuan dan pembangunan yang dicapai oleh tamadun berkenaan. Peringkat awal mereka menggunarkan dinar emas dan dirham perak. I dinar bersamaan 4.25 gm, dirham ialah 3 gm. Zaman Umaiyyah dan Abasiah: Zaman ini Islam berada dipuncak ketamadunan disebabkan oleh Islam menjadi pusat rujukan ilmu pengetahun, perluasan kuasa, kaedah percukaian, perdagangan antarabangsa, pengurusan baitulmal yang menjadi faktor kepada berkembangnya perakauanan. Hasilnya terdapat banyak kitab-kitab yang ditulis antara riba, percukaian, kewangan kitab-kitab feqah.

2. Zaman kemerosotan Faktor mempengaruhi: - Pertengahan abad ke 5 Hijrah, Perpecahan empayar dan umat Islam. - Ulamak dan pemimpin berebut kuasa untuk memerintah dan saling menjatuhkan di antara satu sama lain, Berijtihad untuk menjatuhkan sahabat, pemerintah sering bercakaran manakala ulamak-ulamak hanya mengikut pemerintah tanpa melakukan usaha-usaha ijtihad - Mendakwa pintu ijtihad telah tertutup. Ini menyebabkan terputusnya prinsip-prinsip Islam, termasuklah perakaunan dan perekonomian. - Berpecahnya negara Islam kepada wilayah-wilayah kecil dengan di pimpin oleh individu yang rakus kepada kekuasaan. umat Islam dalam kesenangan yang melampau, masing-masing hanya pentingkan harta sedangkan ajaran Islam sudah tidak diambil perhatian., - Pengaruh barat terhadap dunia Islam ( lewat abad 18 19M) Empayar Osmaniah di bawah pemerintahan Kamal Atartuk dipengaruhi barat. Turki berjaya di sekularkan oleh barat. Selain itu barat melakukan perluasan kuasa khusus ke negara Islam, Barat mahu mengaut keuntungan ekonomi di negara yang dijajah dan menyebarkan kristian.

Kejatuhan kerajaan Islam ke tangan barat

Zaman kebangkitan Eropah menyebabkan Islam jatuh. 1258 Hulagu telah melancarkan serangan ke atas kerajaan Islam di Andalus menyebabkan Islam terus jatuh. Musnahnya khazanah ilmu Islam apabila Pusat Sumber Baitul Hikmah di Sepanyol dihapuskan. Banyak bahan rujukan penting telah dimusnahkan. Akibatnya barat mula menguasai segala khazanah ilmu Islam, dan umat Islam hanya menjadi pengikut kepada barat. 3. Zaman kebangkitan semula. Abad 20 umat Islam mula bangkit kembali. Pengkajian perakaunan menjadi semakin rancak dan mereka mula sedar telah sekian lama terbelenggu dengan urusan riba. Ini adalah hidayat Allah. Umat Islam mula mengadakan seminar dan konferensi tentang pelbagai ajaran Islam khususnya dalam ekonomi. ASAS PERAKAUNAN ISLAM/FAKTOR PERAKAUNAN 1. Catatan dan Penulisan (al-kitabah) Perintah Allah dalam wahyu pertama: Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan manusia.. Ahli feqah mendefinisikan tulisan atau catatan sebagai tanda-tanda yang amat penting untuk difahami. Imam Syafie mengatakan bahawa ilmu itu umpama burung dan tulisan umpama sangkar. Burung atau ilmu yang diperoleh jika tidak disimpan di dalam sangkar atau ditulis, maka ia akan hilang begitu sahaja. Allah memerintah supaya mencatat segala kegiatan muamalat seperti kontrak, hutang, perjanjian perdagangan, surat menyurat dan lain-lain. Surah al Nur:33 Hendaklah kamu melaksanakan perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada sifatsifat baik pada diri mereka.. Di zaman Rasulullah Usman Affan adalah penulis wahyu, Ali bin Abi Talib adalah penulis perjanjian-perjanjian serta urusan-urusan pentadbiran. 2. Pengiraan (al-hisab) Para fuqaha mendefinisikan al-hisab/matematik ialah ilmu yang berasaskan angka-angka. Perkatan al-hisab diulang dalam Quran sebanyak 48 kali. Ini menunjukkan bahawa pengiraan mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan. Al-Qalak Syindi mendefinisikan hisab sebagai rekod catatan harta benda meliputi wang masuk, wang keluar dan segala yang berkaitan dengannya. Imam Shafie mengatakan bahawa sesiapa yang belajar matematik maka banyaklah ilmunya MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

3. Perkembangan ilmu hisab dan perakaunan(Penggunaan Angka) Kerajaan Abasiyah telah menggunakan angka tertentu dalam urusan jual beli. Dalam pembahagian harta rampasan perang, pembahagian pesaka, mengukur tanah, menyukat, menimbang dan sebagainya. Ia ditulis dalam bentuk perkataan bukan angka. Contohnya empat ratus empat dinar. 404. ditulis TD. T sebagai 400 dan D 4. Kemudian mereka mengikut sistem angka yang diambil dari India, iaitu angka kosong. Dengan menggunakan 9 angka dan ditambah dengan kosong membolehkan orang arab menyelesaikan masalah pengiraan, menulis pecahan dan perpuluhan serta sistem persamaan. 4. Pengiraan di zaman Rasulullah Rasulullah menyuruh sahabat memungut zakat dan sedeqah . Harta tersebut dikira dan dicatat. 5. Pengiraan harta di zaman khulafa al-Rasyidin Di zaman Abu Bakar ia berjalan seperti di zaman Rasulullah. Di zaman Umar al-Khatab beliau mula membuat perincian. Antara harta sahabat yang dikira ialah Saad Abi Waqas. Baitulmal telah menjalankan tugas pengiraan dan perakaunan dengan jelas dan tepat 6. Pengiraan harta di zaman Umaiyyah dan Abasiyyah. Zaman ini perakaunan telah mencapai tahap yang tinggi. Beberapa peraturan berkaitan dengan perakaunan telah dibuat antaranya: 1. Penyata harta benda hendaklah ditulis dengan angka yang ringkas dan jelas dalam menentukan semua kerja-kerja kewangan. 2. Keterangan penyata itu mestilah tepat dan tulisan angka yang ringkas dan menunjukkan data kemasukan yang jelas bertepatan dengan apa yang dikehendaki. 3. Setiap penyata perakaunan mestilah disertakan dengan dokumen yang sah 4. Pengawasan yang rapi ke atas harta benda 5. Semakan penyata hendaklah berdasarkan dokumen-dokumen yang sah dan urusan pengiraan dari pihak yang berkuasa dan yang ditetapkan oleh perundangan 6. Semakan itu hendaklah dilakukan oleh orang lain berdasarkan senarai laporan asal seterusnya mengesahkan penyata kira-kira itu.

CIRI-CIRI PERAKAUNAN ISLAM 1. Sumber perakaunan adalah daripada al Quran dan Sunnah. Segala kaedah asas perakaunan harta dan disiplin berasaskan kepada Quran dan Sunnah. Semua aspek perakaunan melibatkan aktiviti yang dibenarkan oleh syarak Pengiraan harta adalah berpandukan syarak Akauntan mestilah seorang yang bertanggungjawab, amanah, dan berakhlak Perakaunan Islam adalah gabungan antara kerohanian dan kebendaan

2. 3. 4. 5.

6. 7. 8.

Peraturan perakaunan memberi penekanan kepada aspek akhlak dan etika Larangan melibatkan riba Asas penilaian harta berdasarkan nilaian dan harga semasa.

KEPENTINGAN PERAKAUNAN ISLAM 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Syiar Islam Alternatif kepada sistem perakaunan yang sedia ada Menyelesaikan masalah di dalam sistem perakaunan konvensional Prinsip asas berteraskan al-Quran dan Sunnah Harta adalah hak milik Allah Perakaunan Islam menekankan aspek kemanusiaan Menerangkan bahawa perakauanan adalah pergerakan 2 bahagian iaitu keluar dan masuk wang atau harta Peranan juruaudit dalam mengawal harta Wang keluar masuk perlu ditulis dengan teliti di dalam daftar perakaunan yang tersusun rapi serta bercorak objektif

8. 9.

10. Allah menggesa supaya kita mempelajari hisab, menulis dan mengira.

PRINSIP PERAKAUNAN ISLAM 1. 2. 3. 4. 5. Seimbang iaitu sama antara wang masuk dan keluar/debit kredit Ketepatan ukuran Ukuran kewangan nilai semasa Rekod sejarah/rekod urusniaga Dokumen objektif/bukti yang sahih

TOKOH-TOKOH PERAKAUNAN ISLAM 1. Abu Bakar al-Kufi 2. Ibn al-Bina al-Marakisyi 3. Ghiyathuddin al-Kasyi: ( 1364 hingga 1424) Nama penuh ialah Giyathuddin Jamsid Ibnu Masud al-Kasyi, seorang sarjana Islam berbangsa Turki. Al- Kasyi ialah bapa perpuluhan. Beliau merupakan orang pertama menulis angka ( 1430 ) nombor perpuluhan seperti sekarang 2.5. Ia mendahului lebih kurang satu kurun setengah terlebih awal dari bapa perpuluhan barat Vieta dan Stevia. Buku karangan beliau ialah Miftahu al-Hisab yang mengandungi algebra, geometri, ilmu falak dan fizik. 4. Abdullah al-Khawarizmi: Al-Khawarizmi ( 780 M 850 ) dianggap orang yang bertanggungjawab tentang penemuan system angka yang kita pakai sekarang. Beliau dikenali sebagai alKhawarizmi, al-Ahawarizmi, al-Ghowarizmi, al-Karismi, al-Goritmi, Algorismi. Khawarizmi patut disanjung kerana kepintarannya mengubahsuai, mereka-bentuk dan memperkenalkan symbol yang begitu bersistem terutamanya dengan angka sifar yang berperanan seperti sekarang. Beliau adalah bapa aritmetik sehingga digelar Algorisma, bapa al Jabar. Buku karangan beliau mafatih al-Ulum telah menjadi sumber rujukan utama dalam ilmu perakaunan dan telah dialih bahasa ke bahasa latin dan lain-lain bahasa. 5. al-Qalak Syindi. Beliau adalah tokoh yang banyak memberikan sumbangan yang besar kepada ilmuilmu dalam Islam termasuk ilmu math, falak, fizik dan perakaunan. Beliau telah mendefinikan mathematic sebagai rekod catatan harta meliputi wang masuk, wang keluar dan segala yang berkaitan dengannya. Beliau telah memperkenalkan istilah berikut dalam urusan merekod aktiviti baitul mal. Al-Wasil (catatan penjelasan terperinci), al-Hasil (pengeluaran/hasil percukaian), al-Muhdir (asset/wang masuk), al-Mukhrij (asset/wang keluar). 6. Umar Khayam: ( 1045 1121) 7. Imam al-Ghazali. MATLAMAT PERAKAUNAN ISLAM 1. Memastikan hak semua yang terlibat dalam aktiviti kewangan terpelihara 2. Mengawal aktiviti aliran masuk dan keluar wang khususnya di bank 3. Menguruskan kewangan dengan lebih teratur 4. Menyediakan penyata kewangan yang akan dirujuk oleh semua yang terlibat

KEISTIMEWAAN PERAKAUNAN ISLAM 1. Berasaskan wahyu dan pemikiran manusia. Ajarannya datang daripada Allah. 2. Matlamat untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat. (tiada penyelewengan) 3. Pengawasannya adalah daripada dalam ( iman) dan luar (manusia dan peraturan) 4. Aktivitinya adalah ibadat. 5. Mementingkan kebenaran dan kejujuran sesama manusia/menekankan prinsip akauntabiliti./akhlak. SISTEM PERAKAUNAN MODEN 1. Penindasan akibat sistem riba 2. Berisiko untuk berlakunya penipuan dan penyelewengan 3. Pengutkuasaan undang-undang yang tidak berkesan - Dalam Islam penguasaan adalah berbentuk dalaman dan luaran. 4. Lahirnya manusia yang tamak haloba. PERBEZAAN PERAKAUANAN ISLAM DAN KONVENSIONAL:Sistem karekteristik Prinsip asas Perakaunan konvensional Perakaunan Islam

Ia merupakan ciptaan manusia dan boleh berubah-ubah mengikut keadaan. e.g. perakaunan berubah mengikut keadaan ekonomi semasa

Ia dibina berasaskan Al-Quran dan Sunnah. Prinsip asas (e.g. keadilan) tidak boleh di ubah. Hanya cara memperakaunkan sahaja yang boleh diubah, bukan prinsip asas dan hukum-hukumnya.

Kepentingan

Hanya tertumpu kepada kepentingan individu ataupun pemilik modal sesebuah syarikat. e.g. kapitalis system bersifat sekular iaitu mengutamakan keduniaan semata-mata.

Kepentingannya tidak terhad kepada pemilik modal sahaja, tetapi juga kepada masyarakat (yang meliputi semua umat). Ini jelas menunjukkan bahawa islam mementingkan semua makhluk yang ada dimuka bumi ini.

Etika

Berdasarkan kepada etika yang bersumberkan kepada hukum perdagangan masyarakat kapitalis moden. Ini bermaksud perakaunannya adalah melibatkan urusniaga yang haram disisi islam seperti riba dan judi.

Perakaunan islam berdasarkan kepada etika ynag sersumberkan Al-Quran dan Hadis. Urusniaga yang dijalankan mestilah mematuhi perundangan syariah dimana perniagaan yang haram seperti riba, judi, arak dan khinzir tidak boleh dijalankan.

Pendedahan

Penyajian maklumat yang sangat terbatas. Pendedahan dibuat dengan tujuan pengguna akhir dapat membuat keputusan ekonomi. Laporan yang dibuat bersifat konservatif dalam menghadapi ketidakpastian. Meyakinkan pengguna bahawa perekodan yang dibuat dan penyata kewangan yang disediakan adalah boleh dipercayai dan sahih tetapi ia tidak mengambil berat hasil pendapatan samaada is diperolehi dari sumber riba dan kosnya pula tidak diyakini samaada ia dari rasuah atau kos-kos lain yang salah dari hokum agama. Dalam konsep ketekalan, penyata kewangan dicatat dan dilapor secara konsisten selaras dengan GAAP iaitu amalan-amalan yang diterima pakai di dalam perakaunan. Disediakan untuk satu tempoh yang tertentu biasanya 12 bulan mengikut kalender masihi. Menekankan prinsip kepentingan relatif sebelum membuat sesuatu keputusan untuk merekod dan melapor. Contohnya, tidak mengambilkira amaun yang kecil (sen) yang dirasakan tidak memberi impak yang besar kepada penyata kewangan dan hanya meletakkan jumlah genap. Perkara ini dapat dilihat dalam penyediaan KKK dan penyata pendapatan. Mereka beranggapan bahawa perkara itu adalah remeh dan mengelirukan pengguna maklumat kewangan.

Pendedahan menyeluruh(full disclosure) untuk memenuhi maklumat kewanagn yang sesuai dan Syariah dan memenuhi Islamic Corporate Report (ICR).

Keobjektifan

Adalah menjadi tanggungjawab dalam menyediakan penyata kewangan dengan jujur dan sahih dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Segala kegiatan perusahaan dan urusniaga mestilah halal iaitu hasil pendapatan mestilah bukan dari sumber yang haram (e.g. riba dan judi)

Ketekalan

Perakaunan islam pula merekod dan melaporkan secara konsisten mengikut prinsip syariah.

Tempoh perakaunan

Disediakan dalam tahun hijrah untuk pungutan zakat.

Materialisme

Menekankan prinsip kewajipan kepada Allah, masyarakat dan individu sebelum membuat sesuatu keputusan untuk merekod dan melapor. Dalam perakaunan Islam, syarikat akan melaporkan setiap jumlah yang digunakan atau diperolehi walaupun jumlah itu sangat kecil.

KESIMPULAN: Perakaunan Islam adalah sebahagian dari ajaran Islam itu sendiri. Segala kegiatannya tidak boleh terpisah dengan ajaran Islam. Tauhid adalah pengawal kepada segala kegiatan perakaunan.

BAB 2: KONSEP HARTA DALAM ISLAM PENGENALAN Jawapan kepada persoalan di bawah ialah kerana wang, harta , kekayaan.

Kenapa si tanggang tidak mengakui ibunya Kenapa manusia bekerja walaupun ia memenatkan Kenapa manusia sanggup menerima rasuah, walaupun tahu ia salah Kenapa manusia sanggup menjual dadah walaupun ia bahaya Kenapa manusia mencuri dan merompak walaupun ia berbahaya Kenapa manusia sanggup menjadi pembunuh upahan Kenapa manusia mengemis biarpun ia suatu yang hina dan memalukan

Hidup memerlukan kepada harta. Tetapi harta bukanlah segala-galanya, namun tanpa harta manusia akan menghadapi kesusahan. Harta boleh membeli makanan tetapi tidak boleh membeli usia Harta boleh membeli ubat tetapi tidak boleh membeli kesihatan, Harta boleh membeli rumah tetapi tidak boleh membeli kebahagian, ketenangan jiwa, keseronokan Harta tidak boleh membeli kematian atau kehidupan Harta tidak boleh membeli agama, dosa, pahala Namun jika tiada harta manusia tidak boleh beribadat, Tidak boleh mengeluarkan zakat, tidak dapat menunaikan haji, tidak mampu berkahwin dan beranak pinak, memberi pendidikan, mengubati segala penyakit, memberi sedeqah, hibah, wasiat, pesaka. Segala kehidupan manusia adalah keluh dan kesah dan tidak ada kebahagian. Oleh itu wang dan harta adalah suatu yang mesti beriringan dengan kehidupan manusia

GAMBARAN ISLAM TENTANG KECINTAAN MANUSIA KEPADA HARTA. Ayat al-Quran Yang mengumpulkan harta dan menghitung dan mengira bahawa harta itu dapat mengekalkannya Sesungguhnya ia mencintai harta dengan kecintaan yang bersangatan. Hadis Jika diberi selembah harta, dia akan meminta yang kedua dna jika diberi dia akan meminta lagi. Islam menegaskan bahawa harta adalah perhiasan hidup. Dalam al-Quran sebanyak 65 kali disebut tentang harta.(Mata aul hayat) Allah mengambarkan kecintaan manusia kepada perkara berikut: Dihiasi indah kepada manusia cinta dan sukakan kepada; Perempuan, anak-anak, harta perhiasan emas dan perak, kuda peliharaan atau kenderaan, binatang ternakan, sawah lading. Semua itu disebut sebagai mata ul hayat. - Islam menggesa supaya mencari harta kekayaan. - Islam memberikan motivasi dalam diri untuk mencari kekayaan - Dengan harta umat Islam boleh beramal ibadat seperti solat, zakat, haji, sedeqah dan lain-lain - Islam memuliakan orang-orang kaya - Orang miskin diberi peringatan bahawa kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran - Islam mengiktiraf hak milik individu

DEFINISI HARTA Dr Abdul Salam Daud A-Ubuddy mendefiniskan: Sesuatu yang disisi manusia memiliki nilai material dan dibenarkan oleh syarak

pemanfaatannnya dalam kelapangan dan pilihan.Dr Shauqi Abduh al-Sahiyy memberikan pengertian:

Setiap sesuatu yang mempunyai kemanfaatan yang harus dari segi syarak merangkumi bumi, buah-buahan, galian dan haiwan yang diciptakan untuk kegunaan manusia dalam suasana hubungan dan peraturan yang disediakan bagi menjamin kebahagiaan hidup manusia.

Abdul Karim Zaidan memberikan definisi harta sebagai: Setiap yang boleh didapatkan (dikuasai) dan dimanfaatkan dalam keadaan biasa. Mohd Akram mendefinisikan sebagai: Sesuatu yang boleh dipegang atau disimpan untuk digunakan pada masa yang diperlukan. Menurut Mohd Kamal Atiyah harta ialah apa yang dikehendaki oleh jiwa dan dicintainya. Menurut Imam Syafie mal ialah benda yang mempunyai nilai yang boleh dijual dan nilai itu tidak hilang kecuali semua manusia tidak menggunakannya. Persoalan: Apakah manfaat dianggap harta, seperti hak penjagaan anak, hak menduduki rumah? Hak memandu kereta, menunggang basikal dll. Jika dikatakan harta maka ia memberikan impak kepada pengguna, contohnya bila barang atau harta yang digunakan itu rosak

CIRI-CIRI HARTA 1. Harta ialah benda yang kita boleh kuasai dan boleh memanfaatkannya secara langsung. Contohnya tanah, bangunan, rumah, kereta. Harta juga ialah sesuatu yang belum kita miliki, tetapi berkemungkinan untuk memilikinya. Contohnya ikan di sungai atau laut, mutiara di lautan, burung di udara, haiwan di dalam hutan dan lain-lain. Harta itu mesti wujud. Harta itu dapat dijadikan harta, dapat disimpan untuk waktu tertentu, atau waktu yang lama dan boleh digunakan diwaktu memerlukan, boleh digunakan oleh sebahagian atau masyarakat umum. Harta adalah sesuatu yang halal dan dibenarkan oleh syarak Barangan haram tidak dianggap mempunyai nilai ekonomi dalam Islam. Sesuatu yang tidak boleh dikuasai tetapi dapat dimanfaatkan seperti cahaya matahari tidak dianggap harta Sesuatu yang boleh dikuasai tetapi tidak boleh dimanfaatkan seperti sebiji beras tidak dianggap sebagai harta.

2.

3. 4.

5.

6.

7.

KONSEP HARTA 1. Harta adalah milik Allah. Semua harta yang ada di muka bumi adalah milik mutlak Allah. Tidak ada sesuatupun yang menjadi milik manusia secara mutlak. Diri, anakanak, serta harta adalah pinjaman Allah kepada manusia. Manusia hanya pemegang amanah. Mereka tidak boleh menganggu hak milik orang lain. Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang diperolehi dan dibelanjakan. Manusia mesti menggunakan harta dengan sebaik mungkin dan mesti mengikut peraturan yang telah dijelaskan oleh syarak. Manusia bertanggungjawab menggunakan harta ke jalan Allah Harta yang disediakan oleh Allah adalah banyak dan cukup untuk manusia. Jika berlaku ketidak cukupan, itu adalah kerana sifat manusia sendiri sama ada mereka zalim, malas, kufur, tiada ilmu atau lain-lain alas an. Manusia dikehendaki menggunakan harta dengan sebaik mungkin dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi. Peringatan daripada Allah bahawa berlakunya kerosakan di muka bumi akibat tangan manusia. Harta diberikan kepada manusia tidak sama antara satu dengan yang lain. Tujuannya adalah untuk menguji keimanan, supaya lebih kuat berusaha. Mengakui inilah realiti kehidupan, manusia masing-masing saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Bantu membantu dan tolong menolong adalah kewajipan kita. Syurga ramai dihuni oleh orang miskin dan neraka pula terdiri daripada orang kaya.

2.

3.

4.

CARA/KAEDAH MEMPEROLEH HARTA 1. Melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi atau dengan usaha sendiri seperti bekerja sendiri 2. Melalui pensyariatan seperti pesaka, nafkah, wasiat, pembahagian harta rampasan perang, agihan zakat 3. Kontrak pemindahan seperti jualbeli, hutang piutang, mas kawin atau berian 4. Bantuan orang lain baik individu, masyarakat atau kerajaan. seperti baitul mal,

CARA MEMBELANJAKAN HARTA 1. Perbelanjaan Wajib: Nafkah Seorang bapa bertanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada keluarga. Isteri, anak-anak dan ibubapa mereka. Zakat Kewajipan setiap muslim untuk membayar zakat sama ada zakat harta benda atau zakat fitrah. Infaq wajib derma yang disyaratkan oleh kerajaan untuk membayarnya. Di Malaysia contohnya ialah membayar cukai pendapatan.

2.

Perbelanjaan Sunat Wasiat Ialah harta yang telah dipesan oleh si mati kepada seseorang sebelum meninggal dan ia berkuatkuasa selepas ia meninggal dunia. Jumlah harta yang boleh diwasiatkan hanya 1/3 daripada keseluruhan hartanya. Wakaf sumbangan seseorang dari harta yang kekal zatnya seperti tanah, bangunan. Sedeqah sumbangan ikhlas seseorang untuk diguna, dimakan. Hibah Pemberian semasa hidup Sumbangan cenderhati, hadiah, tandamata dan seumpamanya.

LARANGAN DALAM MENCARI DAN MENGGUNAKAN HARTA 1. Larangan menimbunkan harta tanpa dilabur atau diusahakan 2. Tidak boleh memakan dan menghasilkan harta dengan jalan yang batil 3. Larangan mengusahakan harta yang merbahayakan peribadi, umum atau kemuliaan masyarakat. 4. Larangan terlibat dalam riba, rasuah, penipuan, penyelewengan dan lain-lain.

PEMBAHAGIAN HARTA/JENIS-JENIS HARTA 1. Dilihat dari sudut harus dan haram menggunakannya. Ia terbahagi kepada Harta Mutaqawwam dan Ghair Mutaqawwam Harta bernilai dan tidak bernilai. Atau harta halal dan haram. a. Harta mutaqawwam adalah harta yang dibenarkan oleh syarak pemilikannya, berdasarkan syarat-syarat berikut: i. ii. Harta tersebut dimiliki oleh pemiliknya secara sah Harta tersebut dimanfaatkan mengikut hukum syarat dalam keadaan biasa.

b. Harta tidak mutaqawwam. - Harta ini adalah harta yang tidak bernilai iaitu tidak dibenarkan syarak pemilikannya dan penggunaannya. Ia juga dikenali sebagai harta yang tidak dilindungi oleh syarak. Kecuali dalam keadaan dharurat. Contohnya memiliki atau menggunakan arak, babi, bangkai, barangan curi dan sebagainya.

Impak kepada pembahagian ini ialah: i. Dalam masalah kontrak dan jualbeli, dari sudut sah atau tidak. Harta ghair mutaqawwam tidak boleh sama sekali dilakukan transaksi dan dibuat kontrak.Ctnya babi, arak, biawak dll. Dari segi gantirugi jika berlaku kerosakan (compensation). Semua harta yang tidak bernilai tidak diiktiraf pemilikannya. Oleh itu sesiapa yang merosakkanya tidak perlu membayar pampasan.

ii.

2. Dilihat dari segi unitnya ada dan tidak persamaan iaitu Harta Mithly ( ada bandingan) dan Qimmiy ( tidak ada bandingan) Harta yang mempunya aspek persamaan dan perbezaan. Ia dilihat dari segi unitnya sama ada atau atau tidak persamaan atau perbezaan. Harta misli ialah harta yang mempunyai persamaan (homojenis) dengan harta lain sama ada dari segi bentuk dan nilai. Ia terbahagi kepada empat bahagian: a. Barang yang disukat seperti gandum dan padi b. Barang yang ditimbang seperti kapas dan besi c. Barang yang dibilang yang mempunyai bentuk yang hampir sama seperti telor, kelapa d. Barang yang diukur mengikut ukuran meter, ela, depa dll. Jika terdapat perbezaan antara keduanya, perbezaan itu boleh diterima oleh semua pihak. Harta Qimmi ialah harta yang berlainan jenis atau jika ada persamaan ia berbeza dari segi nilai dan harga yang ketara tidak boleh diterima oleh semua pihak. Harta ini dikenali dengan harta senilai. Impak pembahagian: i. ii. Jika merosakkan harta misli maka perlu membayar gantirugi iaitu yang serupa dengan barang yang telah dirosakkan. Jika seseorang ahli syarikat menuntut harta dibahagi sesama mereka, pembahagian tersebut boleh dibuat ke atas harta misli sahaja. Untuk harta qimmi tidak boleh dibuat kecuali ada persetujuan ahli syarikat.

3. Dilihat dari segi kekal dan tidak kekal di tempatnya iaitu Harta Manqul (harta alih ) dan Ghair Manqul ( harta tak alih) Dilihat dari segi kekal ditempatnya atau tidak. Harta alih dan tak alih. Harta alih adalah harta yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya kereta.

Harta tak alih ialah harta yang tidak boleh digerakkan atau dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya tanah, bangunan. Kesan pembahagian: i. Dalam masalah wakaf, fuqaha sepakat boleh mewakafkan harta tak alih, tetapi harta alih mereka berselisih pendapat. Dalam masalah wasiat, penjaga wasiat tidak boleh menjual harta tak alih kecuali dengan sebab yang tidak dapat dielakkan, seperti untuk membayar hutang orang yang di bawah jagaannya. Harta alih boleh dijual pada bila-bila masa. Sesuatu barangan yang telah dibeli tetapi belum diterima lagi adalah sah jualannya jika barang itu dari jenis harta tak alih, tetapi jika harta alih, maka ia dianggap tidak sah, kecuali melalui tempahan atau hutang Seseorang yang muflis boleh dilelong hartanya untuk menebus balik hutang. Walaubagaimanapun lelongan tersebut mestilah didahului dengan harta alih, sekiranya tidak cukup barulah boleh melelong harta tak alih. Dalam masalah syufah, hanya harta tak alih sahaja yang dibenarkan hak syufah, manakala harta alih tidak boleh disyufah.

ii.

iii.

iv.

v.

4. Dilihat dari segi kekal dan tidak kekal zatnya selepas menggunakannya iaitu Harta Istikmali ( harta yang diguna berkali-kali ) dan Istihlaki ( harta yang habis dipakai) Harta yang kekal zatnya atau tidak selepas diguna. Harta istikmali ialah harta yang kekal zatnya selepas digunakan.. Ia boleh digunakan berkalikali seperti pakaian, kereta, barang-barang perhiasan. Manakala harta istihlaki ialah harta yang habis apabila digunakan. Contohnya minyak, makanan dan minuman Kesan pembahagiannya i. ii. Jika kerosakan Mahu berurusan jualbeli.

KESIMPULAN Harta adalah ujian Allah. Ia merupakan perantaraan dalam kehidupan dan bukanlah segalagalanya atau menjadi matlamat utama dalam kehidupan manusia.Walaubagaimanapun tanpa harta manusia akan susah.

BAB 3: PEMILIKAN HARTA PENGENALAN Islam mengiktiraf hak pemilikan termasuk pemilikan peribadi, pemilikan umum atau pemilikan negara. Adalah menjadi kesalahan untuk menceroboh hak pemilikan orang lain. Tidak seperti dalam kapitalis atau sosialis mereka hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Kenapa Islam memberikan hak dan mengiktiraf pemilikan? Kerana ia bertepatan dengan naluri dan jiwa manusia yang inginkan kekayaan. Jadi hak pemilikan adalah sebagai motivasi untuk mereka terus bekerja untuk mengumpul sebanyak mungkin harta. DEFINISI PEMILIKAN Al-Milkiyah berasal daripada al-Milk. bermaksud: memliki sesuatu dan mampu bertindak ke atasnya sebebasnya. Dari segi istilah: Sesuatu pengkhususan yang ditetapkan oleh syarak yang menghalang orang lain, dan membenarkan pemilik khusus itu bertindak terhadap hak miliknya sebebasnya, kecuali jika ada penghalang. Seseorang yang telah menguasai sesuatu harta dan dapat memanfaatkan harta tersebut mengikut hukum syarak KESANNYA: 1. 2. 3. 4. 5. Boleh memanfaatkan Boleh menjual atau membelanja Tiada halangan dari syarak. Memiliki kebebasan untuk bertindak ke atas harta Menguji sejauhmana manusia amanah terhadap apa yang dimiliki 1. Pengiktirafan Islam ke atas hak milik Apakah semua harta boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja? Pada asasnya semua harta boleh dimiliki walaubagaimanapun jika ada halangan, maka harta itu tidak boleh menjadi hak individu iaitu harta yang tertakluk kepada kepentingan orang ramai, kecuali jika sifatnya telah luput. Contohnya jalanraya, sungai, laut dan sekolah, hospital dan lain-lain.

CIRI-CIRI HAK MILIK 1. Pemilikan adalah pengkhususan atau hubungan istimewa antara manusia dengan apa yang dimilikinya 2. Asas pengkhususan ini ialah kebenaran memanfaatkan dan melakukan tindakantindakan tertentu terhadap harta yang dimilikinya 3. Pemanfaatan itu mungkin terhalang jika ada sebab tertentu seperti gila atau belum cukup umur. 4. Semua perkara tersebut telah dinyatakan oleh syarak dengan jelas. PEMBAHAGIAN PEMILIKAN 1. Pemilikan sempurna (al Milk Tam) Al-Milk tam ialah keadaan apabila seseorang memiliki harta dan sekaligus memanfaatkan harta tersebut. Keistimewaan pemilikan sempurna ialah: 1. Hak pemilikan harta tersebut tidak terhad untuk masa tertentu. Ia tidak terikat dengan masa dan tempat. Ia kekal selagi masih wujud dan akan terhapus jika benda itu sudah hapus, berpindah milik atau tuanpunya meninggal. Pemilik harta mempunyai hak menggunakan, mengambil kesempatan dan peluang serta membuat kira bicara terhadap harta miliknya. Contohnya nak jual, sewa, beri pada orang. Pemilik harta tidak dikenakan sebarang gantirugi jika harta tersebut dirosakkannya.

2.

3.

Sebab-sebab pemilikan sempurna: 1. Penguasaan ke atas harta yang harus 2. Akad (kontrad) pindah milik 3. Pewarisan 4. Hasil dari pengembangan harta yang dimiliki

2. Pemilikan Tidak sempurna ( al-Milk Naqis) Harta yang dimiliki oelh seseorang sedangkan dia tidak memiliki manfaat harta tersebut atau dia tidak memiliki harta tersebut tetapi memiliki manfaatnya sahaja.

Ia terbahagi kepada 3 iaitu: 1. 2. 3. Pemilikan harta sahaja (al-milk ain) Pemilikan manfaat sahaja (al-milk manfaat) Hak memanfaatkan mata benda (hak irtifa al-ain)

1. Al-milk ain: Iaitu apabila seseorang itu memiliki harta tetapi tidak memanfaatkannya. Lazimnya pemilik harta adalah bersifat kekal manakala pemilikan manfaat adalah bersifat sementara. 2. pemilikan manfaat: Hak menggunakan manfaat secara peribadi iaitu apabila harta yang ditetapkan penggunaan manfaatnya untuk seseorang. Sebab-sebab pemilikan manfaat: 1. sewaan 2. pinjaman 3. wakaf dan wasiat 4. Ia tidak boleh diwarisi 5. Ia terikat dengan masa, tempat dan keadaan 6. Harta itu mesti diserahkan kepada pemilik manfaat 7. Segala perbelanjaan berkaitan harta yang dimanfaatkan hendaklah ditanggung oleh pemilik manfaat 8. Hendaklah dikembalikan kepada pemilik harta jika telah tamat tempoh

Tamat tempoh pemilikan manfaat: 1. Jika orang yang mendapat manfaat meninggal 2. Jika orang memiliki harta meninggal 3. Masa menggunakan manfaat tersebut telah habis 4. Jika harta itu rosak atau musnah

3. Haq irtifa al-ain Hak yang berhubung dengan penggunaan kemudahan-kemudahan seperti hak penyiraman tanaman, tali air, pengaliran air melalui tanah orang lain, melalui tanah orang lain, jalan lalu lintas, mempertinggikan bangunan dan sebagainya. Beberapa perkara berkaitan dengan hak irtifaq ialah: 1. Hak untuk mendapatkan air untuk manusia dan binatang 2. Hak saluran menerusi paip 3. Hak lalulalang di atas tanah 4. Hak berjiran 5. Hak meninggikan bumbung rumah Ciri-ciri haq irtifa al-ain: 1. Ia tidak mempunyai batas waktu, tidak lupus kecuali demi kepentingan umum 2. Boleh dipindahkan milik daripada seorang kepada orang lain 3. Boleh dipusakai 4. Berlaku hanya ke atas harta tak alih. 5. Tidak terbatal walaupun dibuat oleh tuan punya harta 6. Hak ini tidak menghalang tuan punya harta menikmati faedah daripada hata miliknya

Sebab-sebab haq irtifa al-ain: 1. Dua pihak yang berjiran boleh menetapkan hak irtifaq ke atas salah satu pihak yang lain 2. Haq irtifaq berlaku ke atas harta awam seperti sungai dan jalanraya 3. Haq irtifaq wujud dengan sebab penerokaan tanah ihyat al-mawat. Contohnya x telah membuka tanah dan membuat saluran melaui y, y ketika itu belum teroka tanah, kemudian bila y teroka tanah, maka hak pengaliran air terus kekal. 4. Haq irtifaq wujud sebab orang yang menerima haq telah menikmati faedah daripada harta tak alih beberapa lama tanpa diketahui mengapa hak itu wujud. 5. Haq milik ini berlaku pada harta milik khusus atau milik bersama di antara beberapa pihak dengan sebab hak tersebut telah disyartkan dalam kontrak jualbeli.

BAB 4: ZAKAT PENDAHULUAN Zakat adalah kewajipan dan merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia berkaitan dengan ekonomi, pengagihan dan pengagihan semula harta. Zakat adalah tanggungjawab kehartaan dan ibadat kemasyarakatan. Hubungan soaial antara sesama manusia adalah suatu yang diwajibkan Allah demi kepentingan hidup manusia bersama. Zakat adalah ibadat tahunan dan berhubung dengan keikhlasan pengeluar. PENGERTIAN Bahasa: Berkat, tumbuh, bersih dan baik Istilah: Pembayaran wajib sebahagian harta kepada golongan yang berhak berdasarkan kaedah dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak Berdasarkan definisi ini pelbagai perkara perlu difahami antaranya siapa yang wajib membayar zakat, harta yang waib dikeluarkan zakat, kaedah pengiraan,peraturan dan pengagihan zakat. DALIL-DALIL Ayat al-Quran: Terdapat sebanyak 30 kali menyebut zakat, 27 digandingkan dengan mendirikan solat. Ctnya Surah Taubah :11, Surah al-Baqarah :110, Surah Taubah :103 Firman Allah: Dirikan Solat dan bayarlah zakat (Al-Baqarah: 110) Firman Allah: Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya

dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka(Al-Taubah: 103) Firman Allah: Sedekah-sedekah itu hanya untuk orang yang fakir, miskin, amil. (Al-Taubah:9) Hadis: Sabda Rasulullah saw: Islam ditegakkan di atas lima dasar: Syahadah bahawa tiada

Tuhan selain dari Allah dan Muhammad adalah RasulNya, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji bagi sesiapa yang berkemampuan.(Mutaffak alaih) Hadis dari Qais bin Said bin Ubadah: Kami diperintah oleh Rasulullah saw untuk membayar zakat fitrah sebelum zakat diwaibkan; setelah itu barulah syariat zakat itu turun. (Ahmad, Nasai dan Ibn Majah)

Sabda Rasulullah saw: Kekayaan tidak akan binasa di darat atau di laut kecuali apabila zakat

tidak dikeluarkan.(Al-Tarani) HUKUM MEMBAYAR ZAKAT Wajib pada mereka yang berkelayakan dan cukup syarat adalah wajib dan pasti. Jika ingkar adalah satu kesalahan dan berdosa besar. Hukuman terhadap mereka adalah dipenjara, diperangi atau dibunuh.

KEPENTINGAN ZAKAT 1. Memahami fungsi zakat dalam sistem ekonomi Islam 2. Mengetahui hukum kewajipan zakat 3. Mengetahui kaedah perakaunan dan pengiraan zakat 4. Mengetahui kedudukan diri berhubung dengan zakat 5. Merancang perbelanjaan diri, keluarga dan syarikat 6. Menunaikan kewajipan pembayaran zakat

JENIS-JENIS ZAKAT 1. Zakat fitrah Pembayaran yang wajib ke atas setiap muslim bermula Ramadhan sehingga 1 Syawal. 2. Zakat harta Satu pembayaran yang wajib dikenakan apabila sesatu harta itu mencapai kadar dan tempoh yang telah ditetapkan oleh syarak.

SYARAT-SYARAT UMUM WAJJIB ZAKAT 1. Islam hanya diwajibkan ke atas orang Islam sahaja dan tidak diwajibkan kepada bukan Islam. Sempurna milik Milik yang sah dan bertanggungjawab ke atas harta sepenuhnya serta boleh digunakan pada bila-bila masa. Pinjaman, harta wakaf, wang dalam KWSP dan harta haram tidak wajib, tidak tertakluk atau memenuhi syarat ini.

2.

3.

Cukup nisab kadar atau nilai minima yang menentukan harta itu wajib dikeluarkan zakat atau sebaliknya. Pada umumnya kebanyakan jenis harta diukur berasaskan nilai emas semasa iaitu sebanyak 85gram. Cukup haul setahun mengikut bulan Qamariah iaitu 354 hari. Harta berkembang Harta yang berpotensi untuk berkembang dan bertambah. Harta itu sendiri tidak dikenakan zakat namun hasil dapatan daripadnya, pemilik mendapat faedah terus, seperti hasil daripada sewaan rumah atau bangunan, hasil daripada pelbagai jenis pengangkutan, hasil daripada ternakan binatang, hasil sampingan seperti susu dari binatang ternakan, hasil daripada pengeluaran madu.

4. 5.

JENIS-JENIS HARTA WAJIB ZAKAT a. b. c. d. e. f. g. h. i. Zakat emas dan perak Zakat perniagaan Zakat pendapatan Zakat saham Zakat wang Zakat simpanan Zakat pertanian Zakat maadin Zakat ternakan

ASNAF /PENERIMA ZAKAT 1. Fakir Orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungjawabnya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain. Miskin - Orang Islam yang mempunyai harta dan pekerjaan yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungnya. Amil Orang yang dilantik oleh pemerintah untuk menyelenggarakan hal-hak zakat/ Pengurus zakat Muallaf - orang yang baru memeluk Islam

2.

3.

4.

5. 6.

Hamba yang hendak merdeka/Riqab hamba yang ingin memerdekakan diri Orang yang mempunyai hutang/Gharimin Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan: Orang yang berhutang tidak mampu menjelaskannya Hutang itu dalam perkara yang taat dan diharuskan syarak Hutang itu sampai tempoh untuk dijelaskan

7.

Orang yang berjuang pada jalan Allah/Fisabililah Tiaptiap perbuatan/perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam. Orang musafir Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat: ia mengembara daripada negari tempat tinggalnya Pengembaraan itu diharuskan syarak

8.

Daripada aspek syarat orang yang berhak menerima zakat, ulama telah mengemukakan lima syarat: 1. Mestilah seorang yang fakir melainkan amil mereka berhak terhadap dana zakat sekalipun ia sudah kaya. Kewajipan diberikan kepada mereka kerana usaha yang telah mereka lakukan Mengistiharkan tentang harta yang telah wajib dikeluarkan Orang yang berhak menerima dana zakat adalah muslim Bukan daripada keturunan Bani Hasyim

2. 3. 4.

ASAS PERAKAUNAN ZAKAT 1. 2. Asas penilaian berdasarkan harga semasa Tempoh setahun Qamariah perlu digunakan yang tertakluk kepada tempoh haul iaitu 354 hari dalam setahun. Tahun Masihi 365 tahun biasa dan tahun lompat 366 hari. Cara pengiraan bermula 1.1.2009 hingga 20 Disember 2009. Tahun hasil pengeluaran Berdasarkan nisab yang telah ditetapkan sama ada 85 gram emas atau 595 gram perak.

3. 4.

5.

Dikenakan ke atas pendapatan bersih bukan pendapatan kasar ditolak semua perbelanjaan Bagi zakat pendapatan perlu ditolak keperluan asasi yang munasabah mengikut perkiraan semasa atau setempat.

6.

KADAR ZAKAT 1. Harta tetap : 5%, 10%, 20% 2. Harta berubah : 1.25%, 2.5% PENGIRAAN ZAKAT 1. 2. 3. 4. Zakat pendapatan Zakat simpanan Zakat perniagaan Zakat emas dan perak

PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN Zakat pendapatan/Mal al-Mustafad merangkumi apa jua perolehan yang halal. Caranya: 1. Campurkan semua pendapatan untuk tempoh setahun Hijrah. Ini termasuk gaji, keuntungan, sewaan, hasil perkongsian, bonus, elaun dan apa jua pendapatan yang diterima untuk tempoh berkenaan Tolakkan keperluan perbelanjaan asasi: a. Semua perkara yang melibatkan keperluan Dharuriyyah. Ini termasuk makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, kos keselamatan dan pendidikan. Ini merangkumi keperluan diri, isteri, nak-anak, ibubapa. Kesemua tanggungan ini tidak terhad bilangannya dan tertakluk kepada hukum syarak Tolakkan pendapatan daripada pelbagai sumber yang dibenarkan seperti bagi perbelanjaan menunaikan haji yang diwajibkan, iaitu haji yang pertama. Penolakan untuk perbelanjaan mengubati diri dan tanggungan, termasuk juga kedua ibubapa. Jumlah yang tinggal adalah pendapatan bersih.

2.

b.

c.

Pendapatan sebulan Pendapatan RM

Gaji pokok Elaun rumah Elaun keraian Elaun Pentadbiran Elaun Wilayah Jumlah sebulan Jumlah sebulan

4500 700 500 300 675 6675 6675

Jumlah 12 bulan

80,100

Bonus 2 bulan gaji

0000

Syarahan sambilan 8 bulan 9000

Jumlah setahun

95,500

Bagaimana nak mengira perbelanjaan? Tak perlu ikut pengiraan cukai pendapatan, tetapi boleh dijadikan ikutan dan panduan. Ia bergantung kepada banyak mana kita berbelanja secara jujur dan yang perlu. Cukup haul dan nisab selepas ditolak semua perbelanjaan.

LATIHAN:

1.

Pada 1 Muharram 1419 Hijrah, Kamisah dan Muslimah telah berkongsi menjalankan perniagaan mengusahakan kedai dobi dengan modal Kamisah RM 20,000.00 dan modal Muslimah RM 12,000.00. Mereka kemudian telah menggunakan wang tersebut untuk membeli aset tetap bagi perniagaan iaitu RM 5,500.00 untuk perabut, RM 6,500.00 untuk mengubah suai bangunan dan RM 20,000.00 untuk membeli mesin dan peralatan. Setelah setahun menjalankan perniagaan akaun semasa bagi Kamisah ialah RM 6,500.00 dan akaun semasa bagi Muslimah ialah RM 3,000.00. Mereka telah memperolehi keuntungan sebanyak RM 9,050.00. Aset semasa syarikat ialah stok akhir bernilai RM 6,500.00 wang tunai di tangan dan di Bank Islam berjumlah RM 8,000.00 dan hutang yang bakal diperolehi RM 4,050.00.

2.

Asrul ialah pegawai kewangan syarikat swasta. Beliau mendapat gaji pokok sebanyak RM 3,500.00 sebulan. Asrul juga mendapat elaun keraian sebanyak RM 500 sebulan dan bonus dua bulan gaji pada tahun zakat dikira. Asrul telah berkeluarga dan mendapat 3 orang anak dengan isteri pertama dan 1 anak dengan isteri kedua. Disebabkan beliau tidak mempunyai anak perempuan, beliau telah mengambil anak angkat dan menyara kehidupannya. Asrul mencarum sebanyak RM 300.00 sebulan di dalam Skim Takaful Keluarga dan menyimpan RM 200.00 setiap bulan di Tabung Haji. Sebanyak 10% gaji pokoknya dipotong untuk KWSP. Asrul mengirim RM 400 sebulan untuk ibu dan ayahnya di kampung.

3

Tarikh 1.1.2006 3.3.2006 12.5.2006 3.6.2006 28.6.2006 14.8.2006 2.9.2006 10.10.2006 3.12.2006 14.1.2006

Wang masuk RM 7,000.00 RM 1,000.00 RM 5,000.00 RM 1,000.00 Inst. RM 500.00 RM 2,000.00 RM 1,000.00 RM 2,000.00

Wang Keluar RM 3,000.00 RM 5,000.00 -

Baki RM 7,000.00 RM 8,000.00 RM 13,000.00 RM 10,000.00 RM 11,000.00 RM 11,500.00 RM 6,500.00 RM 8,500.00 RM 9,500.00 RM 11,500.00

PENGIRAAN EMAS DAN PERAK Barang kemas yang dipakai tidak dikenakan zakat. Setakat mana? Wilayah Persekutuan memperuntukkan harga dan nilaiannya ialah RM 5000.00 Lebih daripada itu dikenakan zakat. Permulaan nisab ? 85gm x harga semasa. - 85 x RM 75 = RM 6375 Yang dikenakan ialah emas tulin, bukan saduran, bukan kristal, bukan berlian, mutiara Lelaki yang ada emas diwajibkan membayar zakat. Lelaki hanya dibolehkan memakai emas pada gigi sahaja. Selain daripada gigi adalah haram dan berdosa. Walaubagaimanapun perak boleh dipakai Syaratnya, cukup setahun, cukup haul, merdeka dan Islam. - Pengiraannya: RM 15,000.00 x 2.5% = RM 375.00

BAB 5: BANK ISLAM Islam adalah agama yang sempurna. Ia mempunyai peraturan dan hukum untuk dipatuhi dan diamalkan oleh pemeluknya dalam semua lapangan dan kegiatan hidup mereka. Hukum dan peraturan bertujuan memberi kesejahteraan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Hukum dan peraturan mengenai bank dan kewangan telah wujud serentak dengan datangnya agama Islam dan bersumberkan daripada Quran, Sunnah, Ijmak dan ijtihad ulamak. Malangnya umat Islam di seluruh dunia tidak berjaya menyusun dan mengamalkan hukum dan peraturan dalam kegiatan bank dan kewangan mereka. Mereka masih melibatkan diri dengan urusan riba dalam aktiviti bank dan kewangan, sedangkan al-Quran jelas menegah: Firman Allah:

Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri betul kecuali seperti berdirinya seorang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong hayang kerana sentuhan (syaitan itu). Yang demikian ialah kerana mereka mengatakan bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja dengan riba. Pada hal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan ( larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti dari mengambil riba, maka apa yang telah diambil dulu ( sebelum pengharamannya) adalah menjadi haknya, perkara tersebut terserah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulanginya (perbuatan mengambil riba), maka mereka itu ahli neraka dan mereka kekal di dalamnya. ( al-Baqarah: 275)SEJARAH PENUBUHAN BANK ISLAM 1. Antara tahun 1940 hingga 1959. Era perbincangan tentang amalan riba di dalam ekonomi dan keburukannya kepada umat Islam. Sebagai alternatifnya cadangan agar ditubuhan Bank Islam yang akan berurusan tanpa riba. Sarjana Islam telah menulis buku mengenai bank Islam antaranya Dr. Muhammad Uzair An Outline of interestless Banking (1955). 2. Antara tahun 1960 hingga 1969. Ulamak feqah, ahli-ahli ekonomi dan pegawai-pegawai tingggi bank masyarakt Islam terutamanya di Asia Barat telah berpadu tenaga memikir dan merangka penubuhan bank perdagangan Islam yang menjalankan operasi mengikut landasan Islam. Hasilnya pada tahun 1962 Bank Islam pertama di tubuhkan di Mir Ghamr, Mesir oleh Ahmed El Naggar dan rakan-rakan. Sambutan daripada pengguna amat menggalakkan namun atas sebab-sebab politik ia terpaksa ditutup pada tahun 1967. 3. 1970 hingga sekarang. 1971 perwakilan dari Mesir dan Pakistan telah membentang usul penubuhan Bank Islam, akhirnya Islamic Development bank ditubuhkan tahun1974 seterusnya Bank Islam mula berkembang di seluruh Dunia.

ASAS FALSAFAH BANK ISLAM 1. Konsep pemilik sebenar 2. Konsep hubungan manusia dengan pemilik sebenar 3. Integrasi antara nilai-nilai akhlak dengan kegiatan ekonomi 4. Sikap positif terhadap kegiatan dan pembangunan ekonomi 5. Agihan semula kekayaan berorientasikan social 6. Penghapusan amalan riba 7. Perkongsian untung rugi.

PERBEZAAN BANK ISLAM DAN BANK KONVENSIONAL Bebas dari amalan riba. Bank Islam bank yang bebas dari amalan riba, tetapi ia bukalah satusatunya perbezaan antara ia dengan bank perdagangan moden. Sifat, pandangan dan operasi bank perdagangan mestilah ditukar sepenuhnya jika mahu menjadi bank Islam. Penekanan terhadap kepentingan umum. Bank Islam menerima simpanan dari orang ramai dan kerana itu mereka mesti menjaga kepentingan umum dan merealisasikan matlamat sosioekonomi Islam. Bank tidak boleh mementingkan profit semata-mata Perhubungan yang rapat antara bank dan peminjam/ pengusaha. Bank Islam menjalankan operasinya melalui perkongsian untung rugi, maka ia mengeratkan hubungan antara bank dengan pengusaha.Bank tidak mahu pengusaha rugi, jadi bank akan sentiasa membantu dan memberi pertolongan kepada pengusaha Bank Islam diharap menjadi bank pelbagai. Bank Islam bukan hanya bank perdagangan tetapi berfungsi sebagai bank pelaburan, institusi pengurusan pelaburan dan akan menawarkan pelbagai khidmat kepada pelanggan. Penilaian yang lebih rapi. Bank akan menilai setiap permohonan dengan teliti supaya tidak berlaku kerugian kepada bank atau pengusaha. Bank juga mestilah mempunyai pakar-pakar untuk membantu dalam apa jua bentuk pelaburan

SEJARAH PENUBUHAN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD Kongres Ekonomi Bumiputera 1980 telah meluluskan usul meminta kerajaan membenarkan Lembaga Urusan Tabung Haji menubuhkan sebuah Bank Islam untuk mengumpul dan melaburkan wang umat Islam Seminar kebangsaan Konsep Pembangunan Dalam Islam 1981 telah meluluskan resolusi meminta kerajaan mengambil tindakan segera untuk mengadakan undang-undang bagi membolehkan penubuhan bank dan badan kewangan yang dijalankan mengikut prinsip Islam. 30 Julai 1981 kerajaan telah melantik Jawatankuasa pemandu Kebangsaan Bank Islam dengan dipengerusikan oleh YM Raja Tan Sri Mohar Raja Badiozaman dan Lembaga Urusan dan Tabung Haji dilantik sebagai urusetia. 5 Julai 1982 Jawatankuasa ini menyediakan laporan: a. Sebuah Bank Islam yang menjalankan operasinya mengikut lunas-lunas hukum syarak hendaklah ditubuhkan Bank Islam tersebut hendaklah diperbadankan sebagai sebuah syaraikat di bawah Akta Syarikat 1965 Oleh kerana ankta bank 1973 tidak sesuai bagi operasi bank Islam, maka satu peruntukan undang-undang yang dikenal sebagai Akta Bank Islam 1982 hendaklah diadakan untuk melesen dan mengawasi bank Islam, dan pengawasan Bank Islam di bawah akta ini hendaklah dilakukan oleh Bank Negara Malaysia. Bank Islam hendakalah menubuhkan Majlis Pengawasan Syariah untuk menentukan bahawa ia menjalankan urusniaganya mengikut lunas-lunas hokum syarak.

b.

c.

d.

Bank Islam Malaysia Berhad ditubuhkan pada tahun Julai 1983. Ia merupakan Bank Islam pertama di rantau Asia.

FUNGSI BANK ISLAM 1. Institusi kewangan yang menyediakan kemudahan perbankan mengikut prinsip-prinsip kewangan Islam 2. Institusi kewangan yang tidak melibatkan urusniaga riba dalam kesemua urusannya 3. Institusi pilihan untuk masyarakat Malaysia yang inginkan pelaburan mereka bersih daripada unsur-unsur tidak bermoral 4. Kemudahan akaun simpanan, akaun semasa, dan akaun pelaburan 5. Kemudahan pembiayaan perumahan dan kenderaan, pembiayaan perdagangan, pembiayaan korporat, pembiayaan pengguna, pembiayaan saham 6. Kemudahan peti simpanan, pemindahan telegraf, cek kembara, pertukaran wang asing.

OPERASI BANK ISLAM 1. Sumber Dana 2. Kegunaan Dana Sumber Dana ialah sumber-sumber wang yang bank Islam terima daripada orang perseorangan, persatuan-persatuan, syarikat-syarikat dan agensi-agensi kerajaan. Sumber dana terbahagi kepada 3 iaitu akaun semasa, akaun simpanan dan akaun pelaburan. Bank Islam mempunyai pemegang-pemegang saham iaitu kerajaan Malaysia, Lembaga tabung Haji, PERKIM, Majlis-majlis agama Negeri, Perbadanan / Yayasan Agama negeri dan Perbadananperbadanan Peringkat Persekutuan. ( Peringkat awalnya modal berbayar ialah RM 80 juta) Kegunaan dana; Bank Islam menggunakan wang simpanan yang diperolehi daripada penyimpan-penyimpan untuk menjalankan perniagaan dengan menyediakan berbagai jenis pembiayaan, bentuk pelaburan dan khidmat peminjam, rakan pelabur dan pelanggannya. Bank boleh menyediakan pembiayaan, pelaburan dan khidmat bagi kegiatan-kegiatan pengeluaran ekonomi yang tidak bertentangan dengan kehendak-kehendak syarak. Antara factor yang yang menentukan pembiayaan, pelaburan dan khidmat ialah: 1. 2. 3. Kedudukan keuntungan projek berkenaan Kedudukan wang simpanan dan kemampuan bank Polisi bank mengenai pembiayaan dan pelaburaanya.

Dari segi bentuk pembiayaan, pelaburan dan khidmat ia meliputi empat bidang: 1. Membiayai atau melabur dalam sesuatu projek atau bahagian-bahagian dari projek tersebut seumpama projek-projek pengeluaran pertanian, binaan, perkilangan, perdagangan dan khidmat. 2. Membiayai pelanggan bagi memperolehi harta tetap sama aa yang bergerak atau tidak seperti rumah, bangunan, tanah, kilang atau loji, alat jentera dan pengangkutan 3. Membiayai pelanggan dari segi kehendak modal pusingan seumpama memperolehi dan memegang stok, inventori seperti alat ganti, bahan-bahan mentah dan barangan setengah siap. 4. Menyediakan berbagai khidmat bank.

Dipandang dari sudut jangka masa, pembiayaan, pelaburan dan khidmat yang disediakan oleh bank bolehlah dibahagi kepada tiga kumpulan: 1. Jangka pendek tempohnya kurang dari 1 tahun 2. Jangka sederhana tempohnya antara 1 3 tahun 3. Jangka panjang tempohnya melebihi 3 tahun Jenis-jenis pembiayaan dan pelaburan yang berkaitan dengan perlaksanaan projek, memperolehi harta tetap dan memperolehi khidmat harta tetap: 1. Pembiayaan berasaskan al-mudharabah a. Bank ( pemilik modal) menyediakan keseluruhan wang tunai bagi membiayai projek dan pelanggan ( pengusaha) mengurus dan mengusahakannya. b. Nisbah pembahagian keuntungan antara bank dan pelanggan dipersetujui dan dimeteraikan dalam perjanjian c. Bank tidak mencampuri pengurusan projek, tetapi boleh mengawasi dan membuat susulan d. Kerugian jika berlaku, ditangung oleh bank kecuali jika disebabkan oleh kecuaian, penyelewengan atau penyalahgunaan oleh pengusaha 2. a. Pembiayaan projek berasaskan al-Musyarakah Bank dan pelanggan atau pelanggan-pelanggan menyumbangkan pembiayaan projek secara usahasama bersama-sama

b.

Nisbah pembahagian keuntungan antara bank dan pelanggan atau pelangganpelanggan dipersetujui dan dimeteraikan dalam perjanjian. Nisbah ini tidak semestinya selaras dengan nisbah sumbangan pembiayaan masing-masing Bank akan menyertai pengurusan projek tersebut, kecuali jika Bank memberi keizinan kepada pelanggan atau pelanggan-pelanggan sahaja untuk menjalankan pengurusan Kerugian, jika berlaku, ditanggung bersama oleh bank dan pelanggan mengikut nisbah sumbangan pembiayaan masing-masing

c.

d.

3.

Pembiayaan memperolehi harta berasaskan jualan dengan tambahan untung (murabahah) a. Bank membeli harta yang dikehendaki oleh pelanggan b. Bank akan menjual harta tersebut kepada pelanggan dengan harga yang dipersetujui oleh kedua belah pihak yang meliputi:-

i. Kos asal harta tersebut yang dibayar oleh bank dan ii. Tambahan untung bank 4. Pembiayaan memperolehi harta berasaskan jualan harga tangguh (bai bi thaman ajil) a. Bank membeli harta yang dikehendaki oleh pelanggan b. Persetujuan antara bank dan pelanggan dicapai mengenai tempoh penangguhan bayaran atau cara bayaran ansuran c. Bank menjual harta tersebut kepada pelanggan dengan harga yang dipersetujui oleh kedua belah pihak yang meliputi: i. Kos asal tersebut yang dibayar oleh bank dan ii. Tambahan untung bank 5. Pembiayaan memperolehi kegunaaan atau khidmat harta berasaskan sewaan ( Ijarah) a. b. Bank membeli harta yang hendak digunakan oleh pelanggan Bank menyewakan harta tersebut kepada pelanggan mengikut tempoh, kadar sewaan serta syarat-syarat lain yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Berikut adalah jenis-jenis pembiayaan perdagangan yang disediakan oleh bank kepada pelanggannya bagi memenuhi kehendak-kehendak mereka sama ada di peringkat luar negeri atau dalam negeri: i. surat kredit ii. Surat kredit di bawah hukum al-wakalah iii. Surat kredit di bawah hukum al-Musyrakah iv. Surat kredit di bawah hukum al-Murabahah v. Surat jaminan di bawah hukum al-kafalah ( jaminan hutang dan perlaksanaan kerja) vi. Pembiayaan kehendak modal pusingan di bawah hukum al-Murabahah vii. Khidmat-khidmat lain: a. b. c. d. Pengirim dan pemindahan wang Jualbeli mata wang Pengurusan pelaburan Khidmat pemegang amanah

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD Bank Islam Malaysia Berhad ( BIMB) ditubuhkan pada Julai 1983 sebagai sebuah bank Islam pertama di Malaysia di bawah Akta Bank Islam 1983 (ABI). Seperti bank-bank berlesen yang lain, Bank Negara Malaysia ( BNM) diberi kuasa di bawah ABI untuk mengawal selia bank Islam. BIMB mula beroperasi pada 1 Julai 1983 dengan modal berbayar sebanyak RM 80 juta dengan sebuah cawangan di Kuala Lumpur. Sebagaimana yang diperuntukkan dalam ABI, BIMB menjalankan urusan perbankannya sama seperti bank-bank konvensional tetapi berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. BIMB menawarkan produk-produk pengambilan deposit seperti deposit semasa dan deposit simpanan di bawah konsep al-wadiah ( dengan jaminan) dan deposit pelaburan berdasarkan konsep al-Mudharabah . BIMB juga menawarkan kemudahan pembiayaan seperti pembiayaan modal kerja berdasarkan al-Murabahah, pembiayaan perumahan di bawah bai bi thaman ajil dan pembiayaan projek berasaskan al-Musyarakah. Dalam hubungan ini, kerajaan telah menetapkan tempoh selama 10 tahun sebelum penubuhan sebuah lagi bank Islam. Dasar ini adalah untuk membolehkan BIMB beroperasi tanpa saingan yang boleh menjejaskan perkembaangannya. Ia bertujuan supaya BIMB mewujudkan sebanyak mungkin produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang mencukupi kepada rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam. BIMB turut mematuhi peraturan pengawalseliaan yang sama seperti bank-bank konvensional. BIMB dikehendaki mematuhi nisbah modal berwajaran risiko minimum sebanyak 8%. BIMB juga dikehendaki mempunyai akaun rizab berkanun dengan BNM dan nisbah rizab berkanun semasa pada akhir bulan Jun 1999 adalah sebanyak 4% daripada keseluruhan tanggungan yang layak. Perbezaan dalam peraturan pengawalseliaan ke atas bank Islam hanya di dalam keperluan mudah tunai yang mana BIMB perlu mematuhi nisbah asset mudah tunai dua peringkat. Nisbah asset mudah tunai peringkat pertama ialah 10% daripada tanggungan yang layak tidak termasuk tanggungan akaun pelaburan, manakala nisbah asset mudh tunai kedua ialah 5 % daripada tanggungan akaun pelaburan. Pada akhir bulan Jun 1999, BIMB telah mematuhi semua ketiga-tiga keperluan kawalseliaan asas ini. BIMB disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 17 Januari 1992. Pada tahun 1997, BIMB melaksanakan satu perjanjian pengstrukturan semula untuk meningkatkan modal berbayar dan dana pemegang sahamnya masing-masing kepada RM 500 juta dan RM RM970 juta. Pada akhir Jun 1999, asset BIMB berjumlah RM 7.1 billion sementara deposit dan pembiayaan berjumlah RM 5.7 billion. BIMB kini beroperasi dengan hampir 90 cawangan. BIMB telah membuktikan bahawa perbankan Islam adalah berdaya maju dan berkemampuan bersaing dengan bank-bank konvensional dalam sistem perbankan Negara. Objektif jangka panjang BNM adalah untuk membangunkan satu system perbankan Islam yang komprenhensif dan kukuh yang beroperasi seiring dengan system perbankan konvensional. Bagi mencapai objektif ini BNM telah memperkenalkan berbagai langkah bagi merealisasikan objektif ini dalam bentuk dasar yang boleh dilaksanakan sejak 10 tahun lalu Walaupun Malaysia telah menubuhkan sebuah bank Islam sejak 1983, ia tidak mampu menyediakan perkhidmatan kepada keseluruhan keperluan masyarakat, terutamanya disebabkan operasinya dibatasi bilangan cawangan dan sumber yang terhad. Tambahan pula, sebuah bank tidak mencerminkan satu system perbankan. Satu system perbankan Islam memerlukan sebilangan besar peserta yang dinamik dan proaktif, rangkaian produk yang luas dan instrumen yang inovatif serta pasaran wang secara Islam yang bertenaga. Tambahan pula,

sebuah system perbankan Islam juga perlu mengambarkan nilai sosio ekonomi Islam yang sebenar. Dalam erti kata lain, ia mestilah menepati ciri-ciri dan lunas-lunas Islam.

SKIM PERBANKAN TANPA FAEDAH / SKIM PERBANKAN ISLAM Dalam usaha merealisasikan objektif, BNM telah melaksanakan pendekatan secara beransuransur untuk menyediakan prasarana yang perlu dengan mengoptimunkan sumber yang sedia ada. Langkah pertama ialah menyebarluaskan perbankan Islam ke seluruh Negara dengan meningkatkan bilangan peserta sebanyak mungkin dalam tempoh yang singkat. Ini dicapai melalui pelaksanaan Skim Perbankan Tanpa Faedah ( SPTF) pada bulan Mac 1993. Melalui skim ini, institusi perbankan konvensional dibenar menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam dengan menggunakan prasarana yang sedia ada termasuk kakitangan dan cawangan. Skim ini dilancarkan pada 4 Mac 1993 sebagai satu skim perintis yang melibatkan 3 buah bank. Selepas kejayaan skim perintis ini, BNM telah membuka pernyertaan skim ini menerusi satu set garis panduan khusus kepada bank-bank perdagangan, syarikat-syarikat kewangan dan bank-bank saudagar pada bulan Julai 1993. Sunnguhpun penyertaan institusi kewangan dalam skim ini adalah sukarela, bank-bank terlibat dikehendaki mematuhi keperluan skim ini seperti menubuhkan sebuah Unit Perbankan Islam (UPI) yang diketuai oleh seorang pegawai kanan bank beragama Islam, mewujudkan Dana Perbankan Islam (DPI) dengan peruntukan minima sebanyak RM 1 juta, membuka akaun semasa yang berasingan bagi operasi perbankan Islam di BNM, mendaftar sebagai Ahli Tidak Langsung di dalam system pembayaran SPEEDS ( sekarang dikenali sebagai RENTAS) dan mematuhi system penjualan cek yang berasingan bagi perbankan Islam. Bank juga dikehendaki menyediakan lejar am yang berasingan bagi operasi perbankan Islam. Keperluan ini adalah untuk memastikan bank tersebut tidak mencampuradukkan dana secara bebas tanpa kawalan dalam yang teratur. Bank juga digalakkan untuk melantik sekurang-kurangnya seorang penasihat Syariah untuk memastikan bank dalam urusan harian perbankan Islam.Bilangan yang menyertai skim ini meningkat kepada 54 buah pada akhir Jun 1999. Tahun 1998 BNM telah menjalankan kajian semula terhadap perbankan Islam. BNM mendapati SPTF tidak mencerminkan penampilan sebenar, ia telah ditukar kepada Skim Perbankan Islam (SPI) berkuatkuasa 1 Disember 1998.

BANK ISLAM KEDUA Bank Muamalat Malaysia Berhad ( BMMB) telah memulakan operasi pada 1 Oktober 1999 sebagai bank Islam kedua di Malaysia. Penubuhan BMMB adalah berikutan penggabungan Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMN) dan Bank of Commerce (M) Berhad (BOC). Aset BMMB terdiri daripada asset perbankan Islam BMMB, BOC dan BBMB Kewangan Berhad yang disatukan(BBMBK). BMMB memulakan operasi dengan 1009 kakitangan, terutamanya diserapkan daripada BBMB dab BBMBK dengan 40 cawangan di seluruh Negara. Modal berbayar BMMB semasa ia ditubuhkan berjumlah RM 300 juta

PEMBANGUNAN INSTITUSI Institusi sokongan ada 4 kumpulan: 1. Syarikat Takaful 2. Institusi tabungan 3. Institusi kewangan pembangunan 4. Perantara kewangan yang lain yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam seperti institusi kredit perumahan. Pengendali takaful adalah dikawalselia oleh BNM sejak 1988 berikutan perlantikan Gabenor BNM sebagai Ketua Pengarah Takaful. Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB), Takaful Nasional Sdn. Berhad (TNSB) antara syarikat takaful Islam. Institusi tabungan secara Islam yang terkemuka ialah Tabung Haji. Tabung Haji adalah institusi kewangan Islam pertama di Malaysia dan telah ditubuhkan Ogos 1969. Objektif Tabung Haji adalah untuk menggalakkan pengumpulan tabungan oleh umat Islam yang berhasrat untuk menunaikan haji dan menyelaras aktiviti berkaitan pemergian mereka ke Mekah. Tabung Haji mengurus dana terkumpul terutama daripada tabungan bakal-bakal haji di samping menguruskan pelaksanaan ibadat haji untuk umat Islam. Bank Rakyat merupakan institusi koperasi kredit yang utama di Negara ini dan kini giat menjalankan operasi perbankannya berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Aktiviti utama bank ini ialah menerima deposit dan menyediakan kemudahan pembiayaan peribadi, sewaan dan pembiayaan lain kepada ahli-ahlinya. Perbankan Islam diperkenalkan di Bank Rakyat pada tahun 1993 dan terus aktif mempromosi dan menyediakan produk dan perkhidmatan perbankan Islam melalui 76 cawangannya di seluruh Negara. Semua cawangan baru Bank Rakyat kini menawarkan hanya produk dan perkhidmatan perbankan Islam sementara cawangan sedia ada sedang ditukar kepada cawangan perbankan Islam secara beransur-ansur. Bank Rakyat juga merupakan antara pelopor perkhidmatan pajak gadai secara Islam, atau skim al-Rahn. Skim ini merupakan program kerjasama dengan yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM). Bank Simpanan nasional (BSN) menawarkan perkhidmatan perbankan islam berskel kecil melalui kaunter secara islam. Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan secara Islam kepada kakitangan kerajaan sejak Mei 1996 selaras dengan dasar kerajaan untuk menyediakan semula pembiayaan perumahan kepada kakitangannya berasaskan prinsip islam.

MAJLIS PENASIHAT SYARIAH KEBANGSAAN Salah satu syarat yang perlu dipatuhi oleh bank Islam di bawah Akta bank Islam 1983 ialah penubuhan satu badan penasihat Syariah. Bank-bank SPI pula perlu melantik sekurangkurangnya seorang perunding Syariah bagi membantu bank berkenaan dalam isu-isu syariah seperti termaktub dalam Garis Panduan SPI. BNM juga membenarkan institusi-institusi dalam kumpulan perbankan yang sama ( bank perdagangan, syarikat kewangan, bank saudagar dan syarikat diskaun) untuk melantik perunding Syariah yang sama bagi mengelakkan pertindihan sumber. BNM telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan (MPSK) untuk Perbankan Islam dan takaful pada bulan Mei 1997 sebagai sebuah lembaga Syariah terulung dalam perbankan Islam dan takaful di Negara ini.Antara tujuan MPSK adalah untuk bertindak sebagai satu badan berwibawa yang tunggal untuk menasihati BNM mengenai perbankan Islam, menyelaras isu-isu Syariah mengenai perbankan Islam dan kewangan, dan menganalisis dan menilai aspek-aspek Syariah bagi produk/ skim baru yang dikemukan oleh institusi perbankan. MPSK mempunyai bilangan ahli maksimun seramai 11 orang yang dilantik oleh Lembaga Pengarah BNM untuk berkhidmat bagi tempoh 2 tahun.

BAB 6: SYARIKAT TAKAFUL PENDAHULUAN Sebelum wujudnya Syarikat Takaful, masyarakat Islam di Malaysia menggunakan system insurans konvensional. TUJUAN Disebabkan insuran konvensional tidak memenuhi kehendak Islam, maka insuran Islam dibuat bertujuan: 1. Untuk membersihkan umat Islam daripada terlibat dengan system kewangan yang tidak memenuhi tuntutan Islam 2. Untuk memberi pilihan yang lebih luas kepada umat Islam dan masyarakat Malaysia mendapatkan khidmat insurans secara Islam 3. Untuk menjadi alternative kepada bentuk-bentuk insurans yang telah ada bagi melengkapkan system kewangan Islam 4. Untuk mengurangkan risiko terhadap pemegang polisi yang terdedah kepada kemungkinan-kemungkinan berlakunya kerugian besar terhadap perniagaan, kecederaan, kemalangan atau kematian. DEFINISI TAKAFUL: Suatu akad atau persetujuan di anatara dua pihak iaitu penginsuran (syarikat) dan yang menginsurankan ( pemegang polisi) ke atas suatu perkara (polisi) dengan cara ( sighah) dan syarat-syrata tertentu. Gabungan anggota masyarakat bagi meringankn beban perseorangan serta menjauhi kerosakan yang menyusahkan.

KONSEP INSURAN DI ZAMAN RASULULLAH Terdapat empat sistem perlindungan: 1. Sistem aqilah 2. Sistem Qasamah 3. Sistem Muwalah. 4. Kontrak Daman dan Kafalah Sistem Aqilah: System yang diperkenalkan oleh Rasulullah saw sebaik sahaja baginda berhijrah ke Madinah dan mempersaudarakan ansar dan muhajirin.

Mengikut system ini setiap ahli sama ada ansar atau muhajirin menyediakan tabung kewangan yang dikenali sebagai kunz. Tabung ini bertujuan untuk membantu mana-mana ahli yang terlibat dengan pembunuhan tidak sengaja dan membebaskan orang tawanan. Sistem Qasamah: Sistem bayaran pampasan kepada keluarga yang terbunuh, yang mana pembunuhnya tidak dapat dikesan oleh kerana kekurangan keterangan, bukti atau saksi. Akad Muwalah: Perkara ini dilakukan kalau A berkata kepada B Anda menjadi pelindung ( wali) kepada saya, kalau saya melakukan jenayah tidak sengaja, anda hendaklah membayar diat untuk saya. Kalau B bersetuju, maka kontrak mereka sah. Andainya A melakukan jenayah dan B membayar diat, maka B boleh mewarisi harta A jika ia meninggal, begitulah sebaliknya. Kontrak Daman dan Kafalah: Sistem ini merupakan jaminan yang diberikan A kepada B dalam hal-hal yang ada hubungan dengan tanggungjawab sehari-hari. Kontrak ini dikenali dengan berbagai-bagai nama, di antaranya Kafalah, Damanah dan Zaamah.

ASAS FALSAFAH INSURAN ISLAM 1. Takaful ( saling bertanggungjawab) Islam adalah agama yang lengkap termasuk dalam social dan kemanusiaan. Memikul tanggungjawab dengan niat baik adalah satu ibadat yang dituntut dalam Islam. Hadis:

Kedudukan hubungan persaudaraan dan perasaan orang-orang beriman antara satu dengan lain adalah seperti satu tubuh, apabila satu dari anggotanya tidak sihat maka akan memberi kesan kepada keseluruhan badan. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Seorang mukmin dengan mukmin yang lain ( dalam sebuah masyarakat) adalah seumpama sebuah bangunan yang mana tiap-tiap bahagian dalam bangunan itu mengukuhkan bahagianbahagian yang lain.2. Saling bekerjasama Islam juga menuntut umatnya bekerjasama dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan. Firman Allah bermaksud:

Bekerjasamalah kamu pada perkara-perkara kebajikan dan taqwa dan jangan bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan yang boleh menimbulkan permusuhan.(al-Maidah 5: 2)

Hadis:

Allah sentiasa menolong hambanya selagi hamba itu menolong saudaranya(Bukhari & Muslim) 3. Perlindungan Allah yang memberi perlindungan dan keselamatan kepada manusia. Maksud Ayat:

Ketika Nabi Ibrahim berdoa, Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini aman dan selamat(Baqarah 2: 126) SEBAB ISLAM MENOLAK INSURAN MODEN 1. Ada unsur gharar Iaitu ketidakpastian dalam akad atau perjanjian insurans konvensional. Dalam perjanjian tersebut pemegang polisis biasanya bersetuju membayar sekian banyak caruman bagi sekian tempoh, dan syarikat insurans pula bersetuju membayar sekian banyak pampasan apabila berlaku sesuatu malapetaka atau bencana. Malangnya syarikat tidka menjelaskan bagaimanakah pampasan yang dijanjikan itu akan dihasilkan. 2. Ada unsur perjudian (maisir) Unsur maisir wujud khususnya dalam insurans nyawa, sebagai lanjutan daripada terdapatnya unsure gharar, Islam menganggap sebagai perjudian apabila seseorang pemegang polisi insurans nyawa meninggal dunia sebelum tamat tempoh perjanjian serta selepas membayar hanya sebahagian daripada ansuran caruman yang dijanjikan dan kemudian diberikan pula pampasan yang tidak jelas asalnya. 3. Ada unsur riba Ada amalan riba dan lain-lain aktiviti yang tidak diiktiraf oleh syarak.

SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA Syarikat Takaful Malaysia ditubuhkan tahun 1985, syarikat insuran Islam pertama di rantau ASEAN Perkhidmatan yang ditawarkan oleh STMB i. ii. Pelan Takaful Am Pelan Takaful Keluarga

Jenis-jenis pelan Takaful Am: 1. Takaful Kebakaran: Kebakaran asas Pemilik rumah Kandungan dalam rumah Semua risiko perusahaan

2. Skim Takaful kenderaan berenjin Kereta Motosikal

3. Skim Takaful Kemalngan diri/ pelbagai Kemalangan diri/kemalangan diri berkelompok Kemalangan diri untuk jemaah haji Semua risiko Pampasan pekerja Liabiliti awam Wang Semua risiko alat-alat kelengkapan Liabiliti majikan Ganggungan perniagaan Cermin Plat Pecah amanah Kerosakan pemercik

4. Skim Takaful Marin Kargo

5. Skim Takaful Kejuruteraan Kerosakan jentera Semua risiko penderitaan Bencana tekanan

Pelan Takaful keluarga Jenis-jenis Pelan Takaful keluarga 1. Menyediakan pelan takaful keluarga dengan tempoh matang: a) 10 tahun b) 15 tahun c) 20 tahun d) 25 tahun e) 30 tahun f) 35 tahun

2. Perjanjian sampingan dalam bentuk manfaat-manfaat hospital, kemalangan diri dan keilatan kekal seluruh anggota badan. 3. Pelan takaful Gadaijanji 4. Pelan Takaful Pelajaran 5. Pelan Takaful Keluarga Berkelompok Operasi takaful Cara urusniaga takaful keluarga: Seseorang yang menyertai satu-satu skim perlindungan takaful keluarga dikenali sebagai peserta. Peserta memilih salah satu daripada beberapa skim perlindungan yang disediakan. Semua skim perlindungan takaful keluarga mengandungi tempoh matang yang ditetapkan terlebih dahulu. Syarikat takaful dan peserta seterusnya memeterai perjanjian al-Mudharabah dalam mana diterangkan dengan jelas perjanjian perjalanan skim perlindungan takaful keluarga berkenaan serta hak-hak dan kewajipan-kewajipan kedua-dua belah pihak. Peserta dikehendaki membayar ansuran caruman skim perlindungan takaful keluarga berkenaan.Jumlah caruman yang dibayar adalah terpulang kepada kemampuan seseorang peserta, tetapi biasanya jumlah caruman adalah yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat takaful. Bayaran caruman ini boleh dibuat secara tahunan, setengah tahun, suku tahun atau bulanan. Tiap-tiap kali peserta membuat bayaran ansuran caruman Syarikat Takaful akan membahagikan bayaaran ini kepada dua akaun yang dikenali sebagai akaun peserta dan akaun khas peserta. Sebahagian besar, seumpama 95% dari jumlah caruman akan dimasukkan ke dalam akaun peserta untuk tujuan tabungan dan pelaburan. Bakinya akan dimasukkan ke dalam akaun khas peserta untuk keperluan membayar manfaat takaful kepada rakan-rakan peserta yang ditimpa malapetaka dan bencana. Wang yang dimasukkan ke dalam kedua-dua akaun ini akan disatukan dalam suatu kumpulan wang. Syarikat takaful akan melaburkan kumpulan wang ini dalam bidang dan bentuk pelaburan yang halal mengikut hukum-hukum syarak. Apa-apa keuntungan yang diperolehi dari usaha pelaburan yang dijalankan dan diuruskan oleh syrikat takaful akan dibahagikan mengikut perjanjian al-Mudharabah yang telah dipersetujui antara syarikat dengan peserta seperti yang dinyatakan dalam perjanjian. Cara urusniaga Takaful Am: Peserta-peserta yang menyertai apa-apa skim perlindungan takaful am yang disediakan oleh syarikat takaful seperti perlindungan kereta, perlindungan kebakaran rumah, perlindungan gangguan perniagaan dan sebagainya akan menyerahkan wang caruman penyertaan yang dinamakan sumbangan takaful kepada syarikat. Wang caruman peserta-peserta ini akan dikumpulkan oleh syarikat dalam suatu kumpulan.

Kumpulan wang ini akan dilaburkan dalam perniagaan yang halal di sisi syarak. Semua keuntungan yang diperolehi dari kegiatan pelaburan yang diusahakan oleh syarikat akan dimasukkan ke dalam kumpulan wang ini. Dengan adanya keuntungan pelaburan ini kumpulan wang akan bertambah. Selaras dengan tujuan saling bantu membantu dan lindung melindungi seperti yang terkandung di dalam perjanjian perlindungan takaful atas persetujuan dan kerelaan peserta-peserta daripada kumpulan wang ini, syarikat takaful akan membuat bayaran pampasan kepada peserta-peserta yang menanggung kerugian kerana telah ditimpa malapetaka atau bencana yang tertentu. Syarikat juga akan menggunakan kumpulan wang ini bagi membiayai perbelanjaan kendalian urusniaga am seumpama persediaan bagi peruntukan tabung rizab teknikal dan sebagainya. Jika sekirannya selepas ditolak semua perbelanjaan kendalian urusniaga takaful yang dinyatakan kumpulan wang ini masih mempunyai lebihan, maka lebihan itu akan dibahagikan antara peserta-peserta dan syarikat mengikut perjanjian al-Mudharabah sebagaimana yang telah dipersetujui.

BAB 7: PAJAK GADAI ISLAM ( AL-RAHN) Firman Allah bermaksud:

Bertolong-tolonglah demi untuk kebaikan dan ketaqwaan( Al-Maidah: 2) Pada zaman Rasulullah saw muamalah gadaian telah menjadi sebahagian amalan yang telah diterima dalam masyarakat dan amalan ini dilakukan sendiri oleh baginda Rasulullah saw. dengan seorang Yahudi, seperti yang diriwayatkan daripada hadis Aisyah:

Bahawa nabi Muhammad saw telah membeli makanan daripada seorang Yahudi untuk suatu tempoh dan telah menggadaikan baju besi.Maksud Firman Allah:

Dan jika kamu berada dalam musafir ( lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati juru tulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang ( oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya ( dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu ( wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan ingatlah Allah sentiassa mengetahui apa yang kamu kerjakan(Surah al-Baqarah: 283) Tujuan al-Rahn:

Untuk menyediakan pilihan kepada umat Islam untuk berurusan dengan pihak pajak gadai secara Islam yang murah lagi adil Membebaskan umat Islam daripada belenggu riba yang menindas dan tidak dibenarkan dalam Islam Menyediakan bentuk pinjaman yang mudah kepada golongan yang memerlukan wang dengan segera Memecah monopoli perniagaan pajak gadai yang kini dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja.

Definisi Al-Rahn: Bahasa: Tetap, berlangsung, menahan Istilah: Menjadikan sesuatu benda yang bernilai menurut pandangan syarak sebagai

tanggungan hutang:Dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima.

Rukun-rukun al-Rahn: a. Orang yang menyerahkan barang gadaian ( rahin) b. Orang yang menerima ( menahan) barang gadaian ( murtahin) c. Barang gadaian (marhun) d. Hutang ( marhun bih/qard) e. Kontrak ( sighah) Syarat-syarat Rahin dan Murtahin: i. ii. iii. iv. Orang yang layak melakukan pertukaran barang ( berjual beli), sihat. Mumayyiz Orang yang diletakkan di bawah jagaan orang lain kerana bodoh, atau boros tidak layak. Kematian sesuatu pihak sama ada rahin atau murtahin tidak mempengaruhi dalam perjanjian gadaian, perjanjian tetap berlaku sehingga sampai waktu yang ditentukan.

Syarat barang gadaian i. ii. iii. Merupakan benda yang bernilai menurut ketentuan hukum syarak Sudah wujud sewaktu perjanjian itu ditandatangani Boleh diserahkan kepada murtahin

Sejarah al-Rahn di Malaysia. 1. Dilaksanakan di peringkat kebangsaan mulai 29 Oktober 1993 dengan nama Skim al-Rahn. 2. Dijalankan secara usahasama di antara YPEIM dan Bank Rakyat 3. YPEIM sebagai pemodal utama dan penyelaras modal daripada pihak lain, manakala Bank Rakyat sebagai pelaksana yang menjalankan urusniaga 4. Kemudahan Skim al-Rahn diperolehi di cawangan-cawangan Bank Rakyat di seluruh Malaysia. Tatacara: Perkhidmatan ini dibuka kepada semua yang berumur 18 tahun ke atas. Jumlah pinjaman dihadkan kepada 50% - 60% dari nilai barang sandaran (marhun) tetapi tidak melebihi RM 5,000. Barang-barang sandaran ( marhun) terdiri daripada barang-barang emas tulin sahaja yang diterima.

Penggadai dikenakan upah menyimpan barang dengan kadar tertentu contohnya: Kadar upah bulanan bagi setiap nilaian RM 100. Gadaian dikira sah dan sempurna apabila penggadai dan pemegang gadai serta saksi menandatangani tiket/ borang gadaian menandakan telah bersetuju menerima syarat-syarat yang dikenakan. Tempoh gadaian adalah selama 6 bulan dari tarikh gadaian. Bagaimanapun penggadai boleh memohon melanjutkan tempoh tebus mengikut persetujuan kedua belah pihak, sesudah membayar upah menyimpan barang gadaian untuk tempoh gadaian terdahulu. Jika penggadai gagal menebus, Bank /al-Raahin akan memberi notis lelong sebelum menjual marhun secara lelong oleh pelelong berlesen. Baki harga lelong itu, sesudah ditolak kos dan jumlah hutang, akan diberi balik kepada penggadai. Keistimewaan al-Rahn: 1. Tiada unsur Riba 2. Kadar upah barang yang sangat berpatutan 3. Penggadai dimaklumkan sebelum barang gadaian dilelong 4. Penggadai diberi jaminan mendapat kembali baki harga lelong. Perbezaan al-Rahn dengan system pajak gadai moden: Di dalam gadaian moden: 1. Ada unsur riba 2. Penindasan 3. Tidak berunsurkan pertolongan, tetapi keuntungan BENTUK-BENTUK TRANSAKSI MUSYARAKAH 1. Pengenalan: Menjalankan aktiviti perniagaan boleh dilakukan bersendirian atau secara permuafakatan. Jika tidak mampun untuk melakukan perniagaan sendirian, maka alternatifnya ialah menubuhkan syarikat.

2. Definisi Dari segi bahasa:

Percampuran (al-ikhtilaf) iaitu percampuran harta yang dimiliki oleh dua orang hingga tidak lagi boleh dikenalpasti lagi perbezaan antara keduanya.Dari segi Istilah:

Dua orang atau lebih yang mengikat perjanjian perkongsian untuk menjalankan sesuatu projek perniagaan ataupelaburan dimana mereka sama-sama bersetuju menyumbangkan modal dan berkongsi untung rugi.3. Jenis-jenis syarikat: Jumhur fuqaha membahagikan syarikat kepada 3 iaitu: 1. Syarikat Amwal ( harta) 2. Syarikat Ashkhas (individu) 3. Syarikat Mudharabah (syarikat Berhad) 1. Syarikat Amwal

Syarikat yang ditubuhkan pada asalnya untuk tujuan pencapaian kuasa kewangan. Tujuan adalah untuk mengumpul harta sebanyak mungkin daripada berbagai individu. Definisi: Persetujuan antara dua pihak atau lebih untuk berkongsi mengeluarkan kadar

tertentu sebagai modal perniagaan, keuntungan dan kerugian akan dibahagikan atau ditanggung oleh semua ahli syarikat.Ahli feqah membahagikan syarikat amwal kepada dua iaitu: 1. 2. Syarikat Mufawadah Syarikat Dhaman (Inan)

Syarikat Mufawadah : ialah perniagaan berdasarkan persamaan antara ahli syarikat dalam semua aspek sama ada pengurusan, tanggungan hutang, pemberian modal dan pembahagian keuntungan. Konsep ini dinamakan mufawadah kerana setiap ahli syarikat telah melakukan memberi kuasa kepada semua ahli syarikat untuk melakukan tugas-tugas syarikat sama ada semasa dia bersama atau ketika tiada. Oleh itu setiap ahli syarikat mesti bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan oleh rakan kongsi. Syarikat ini dikatakan jaminan dalam pekerjaan/mufawadah.

Syarikat Dhaman/ Inan Syarikat antara dua pihak atau lebih dalam mengeluarkan modal dan kerja. Modal dan keuntungan ditetapkan pada kadar tertentu sebagaimana dipersetujui. Nisbah keuntungan yang akan dibahagikan kepada ahli syarikat adalah berdasarkan kadar modal yang dikeluarkan oleh mereka. Syarikat ini dinamakan inan kerana prinsipnya tidak mengaitkan rakan kongsi dalam urusan perdagangan yang dijalankan, sama ada dalam sektor perindustrian, perdagangan dan pertanian. Begitu juga nisbah pemberian modal, pembahagian keuntungan dan kuasa pentadbiran adalah berbeza di kalangan rakan kongsi. Perbezaan antara syarikat mufawadah dan inan 1. Syarikat mufawadah berdasarkan persamaan, Inan tidak 2. Syarikat mufawadah masing-masing bertanggungjawab ke atas apa-apa risiko yang akan terjadi ke atas ahli syarikat, Inan tidak 3. Syarikat mufawadah semua akan bekerja dari peringkat atasan hingga ke bawah, Inan tidak semestinya ahli syarikat akan pengurus 4. Keuntungan dan kerugian dalam syarikat mufawadah adalah sama, dalam syarikat inan untung atau rugi berdasarkan modal yang disumbangkan. 2. Syarikat al-ashkhas ( syarikat individu)

Syarikat ashkas ialah syarikat yang mengambil kira perhubungan individu untuk berkongsi sebagai faktor utama. Syarikat yang mengambil tenaga kerja sebagai faktor utama dalam persyarikatan. Syarikat ini dibahagi kepada dua: 1. 2. Syarikat amal Dinamakan juga syarikat sanai, iaitu dua orang usahawan atau lebih bersetuju untuk menceburi bidang pembuatan seperti jahitan, pemakanan, perkhidmatan seperi firma peguam, kedoktoran, jurutera dan lain-lain. Keuntungan dibahagi mengikut nisbah yang tertentu berdasarkan kemahiran yang disumbangkan. Syarikat Wujuh Syarikat ini bergantung kepada pengaruh dua orang yang bersyarikat dan kemsyhuran mereka dalam bermuamalat. Syarikat ini dikenali juga dengan al-zimam. Syarikat amal (abdan) Syarikat wujuh

Syarikat ini ialah perkongsian barang-barang perniagaan. Mereka akan membeli secara tangguh dan menjualkannya, keuntungan akan dibahagikan. Syarikat ini kadangkala wujud pembelian secara tertangguh, sedangkan ahli syarikat tiada wang. Mereka hanya bergantung kepada kepercayaan orang ramai. Syarikat askhas kadang-kadang boleh menjadi syarikat mufawadah atau syarikat inan. Jika ada persamaan maka ia boleh jadi mufawadah, jika tidak sama syarikat inan. 3. Syarikat mudharabah

Mudharabah ialah perjanjian anatara pemilik modal dan pengusaha dimana pemilik modal bersetuju membiayai sepenuhnya sesuatu projek perniagaan datau pelaburan dan pengusaha bersetuju mengusahakannya secara berkongsi untung dengan nisbah pembahagian untung yang dipersetujui bersama terlebih dahulu. Syaarikat ini perkongsian antara pemodal dan pengusaha untuk menjalankan sesuatu projek. Syariakt mudharabah ada duaiatu medharabah mutlak dan mudharabah muqayyad. Mudharabah mutlak ialah pengusaha bebas melakukan apa jua projek yang dikehendaki.Mudharabah muqayadah ialah pemodala telah meletakkan syrat tertantu kepada pengusaha seperti jenis projek, tempat, tempoh dan sebagainya. Syarat perjanjian mudharabah: 1. Jumlah modal yang dikeluarkan diketahui oelh semua ahli syarikat ketika perjanjian itu dibuat. Modal hendaklah bentuk tunai atau wang yang laku dalam pasaran Modal hendaklah sesuatu yang boleh dikemukan atau boleh diserahkan semasa perjanjian dibuat. Hutang atau sesuatu yang ghaib tidak boleh menjadi modal. Pembahagian keuntungan untuk pengusaha hendaklah berdasarkan nisbah tertentu sama ada peratusan atau pecahan Pengusaha hendaklah menjalankan perniagaan berdasarkan skop yang telah ditetapkan oleh pemodal Kedua-dua pemodal dan pengusaha hendaklah memenuhi syarat-syarat untuk membuat perjanjian. Pengusaha dikira sebagai pemegang amanah ketika menerima modal, sebelum sesuatu pekerjaan dimulakan Pengusaha dikira sebagai wakil apabila memulakan perniagaan Apabila syarikat memperolehi keuntungan, pengusaha mempunyai hak atau bahagian tertentu sebagai rakan kongsi Apabila syarikat mengalami kerugian, semua akan ditanggung oleh pemodal dan pengusaha hanya akan mendapat upah sahaja

2.

3.

4.

5.

6.

7. 8.

9.

10.

Sebarang perlanggran syarakt adalah menjadi kesalahan dan orang yang melanggar akan membayar gantirugi atau bertanggungjawab Tidak ada had dalam perjanjian mudharabah kepada pemodal, malahan lebih ramai pemodal lagi elok. Tidak ada had kepada bilangan pengusaha, malahan lebih ramai lagi baik. Projek yang hendak dijalankan tidak ada batasan. Mereka boleh melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa, perindustrian dan sebagainya

11.

12. 13.

Kebaikan syarikat mudharabah: 1. 2. 3. 4. 5. Mengurangkan pengganguran M