Ctu 263.KRITERIA MAJIKAN YANG BAIK

12
CTU 263 ISLAM AND MANAGEMENT Learning Facilitator : USTAZAH SITI MARSITAH BINTI MOHD MOKHTAR STUDENT : NIK MARIAM BT NIK MAT ID STUDENT : 2013251558 CAMP3 UITM KUANTAN

Transcript of Ctu 263.KRITERIA MAJIKAN YANG BAIK

Page 1: Ctu 263.KRITERIA MAJIKAN YANG BAIK

CTU 263ISLAM AND MANAGEMENT

Learning Facilitator :

USTAZAH SITI MARSITAH BINTI MOHD MOKHTAR

STUDENT : NIK MARIAM BT NIK MATID STUDENT : 2013251558

CAMP3 UITM KUANTAN

Page 2: Ctu 263.KRITERIA MAJIKAN YANG BAIK

KRITERIA MAJIKAN YANG BAIK

Islam adalah agama yang syumul dan mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia yang merangkumi hubungan manusia dengan Al-Khaliq (Pencipta), manusia sesama manusia, individu dan masyarakat, pekerja dan majikan, rakyat dan pemimpin dan sebagainya.

Setiap bentuk perhubungan dalam sistem Islam melibatkan dua dimensi iaitu tidak terlepas dari hubungannya dengan Allah dengan makhluk sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Manusia berfungsi sebagai khalifah Allah. Istilah khalifah membawa maksud manusia bertugas sebagai pengurus dan pengelola berbagai urusan kehidupan baik pada peringkat individu, keluarga, organisasi, masyarakat atau Negara.

Oleh itu, sebagai khalifah Allah, manusia bertanggungjawab untuk mengurus tadbir kehidupannya agar sistem hidup berada dalam keadaan teratur dan mempunyai struktur yang menjamin kestabilan dan kefungsiannya

Page 3: Ctu 263.KRITERIA MAJIKAN YANG BAIK

PEKERJAAN MENURUT KONSEP ISLAM

Kerja menurut konsep Islam adalah segala yang dilakukan oleh manusia yang meliputi kerja untuk dunia dan kerja untuk akhirat.

Kerja untuk dunia terbahagi kepada dua iaitu bercorak aqli (mental) atau bercorak jasmani adalah dipandang penting dan mulia di sisi Islam asal sahaja dibolehkan oleh syarak.

Islam mewajibkan kerja ke atas seluruh umatnya tanpa mengira darjat, keturunan atau warna kulit, kerana seluruh umat manusia adalah sama di sisi Allah, melainkan ketaqwaannya.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

“Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya sendiri” (Riwayat Bukhari)

Islam menjadikan kerja sebagai tuntutan fardhu atas semua umatnya selaras dengan dasar persamaan yang diisytiharkan oleh Islam bagi menghapuskan sistem membeza-bezakan manusia mengikut darjat atau kasta dan warna kulit.

Page 4: Ctu 263.KRITERIA MAJIKAN YANG BAIK

Antara kriteria yang perlu menjadikan sesuatu kerja itu termasuk dalam ibadat ialah :

1) Pekerjaan tersebut mestilah halal dan bertepatan dengan syara’

2) Pekerjaan tersebut dikerjakan dengan niat yang ikhlas bagi mencari keredhaan Allah

3) Pekerjaan tersebut dilaksanakan dengan tekun, cekap dan profesional serta penuh ihsan

4) Dalam pekerjaan tersebut mestilah mengambilkira prinsip-prinsip syara’ seperti adil, amanah, bertanggungjawab, syura dalam membuat keputusan dan seterusnya.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi : “Allah sukakan hamba-Nya yang bekerja. Barang siapa yang bertungkus lumus mencari sara hidup keluarganya maka ia seperti seorang mujahid pada jalan Allah.” (Riwayat Imam Ahmad)

Page 5: Ctu 263.KRITERIA MAJIKAN YANG BAIK

TAFSIRAN MAJIKAN DAN PEKERJA DALAM AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN 1994

MAJIKAN

Majikan ertinya majikan langsung atau majikan utama atau kedua-duanya.

Majikan utama ertinya pemunya suatu industri atau orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan dan termasuklah:

1) Pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang pekerja

2) Penghuni sesuatu tempat kerja3) Wakil di sisi undang-undang pemunya atau penghuni yang telah meninggal dunia

4) Mana-mana kerajaan di Malaysia, jabatan mana-mana kerajaan itu, pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun.

Pekerja ertinya seseorang yang diambil kerja yang diberi gaji di bawah kontrak perkhidmatan mengenai atau yang yang berkaitan dengan kerja suatu industri

PEKERJA

Page 6: Ctu 263.KRITERIA MAJIKAN YANG BAIK

PEMIMPIN DAN KEPEMIMPINAN MENURUT ISLAM

Kepemimpinan (style of the leader) merupakan cerminan dari karakter/perilaku pemimpinnya (leader behavior).

Perpaduan atau sintesis antara “leader behavior dengan leader style” merupakan kunci keberhasilan pengelolaan organisasi; atau dalam skala yang lebih luas adalah pengelolaan daerah atau wilayah, dan bahkan Negara.

“Kepemimpinan adalah kegiatan-kegiatan untuk mempengaruhi orang orang agar mau bekerja sama untuk mencapai tujuan kelompok secara sukarela.”

Pemimpin adalah seseorang yang dapat menyatukan orang-orang dan dapat mengarahkannya sedemikian rupa untuk mencapai tujuan tertentu. Untuk mencapai tujuan yang diinginkan oleh seorang pemimpin, maka ia harus mempunyai kemampuan untuk mengatur lingkungan kepemimpinannya

Page 7: Ctu 263.KRITERIA MAJIKAN YANG BAIK

SYARAT-SYARAT PEMIMPIN DALAM ISLAM

Pemimpin yang berkesan dalam sesebuah organisasi adalah pemimpin yang bersifat terbuka, menerima pandangan orang bawahan, sentiasa mendapatkan maklumat yang benar dan tepat bagi melaksanakan sesuatu tindakan, berkemahiran, bertanggungjawab dan sntiasa mewujudkan suasana yang selesa dalam organisasi. 

Pertama: Muslim (Islam), ‘akil baligh dan lelaki

Islam mengharamkan sebarang jenis ketaatan  (wala’) kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam. 

Kedua: Adil

Seorang pemimpin mestilah tidak fasik seperti tidak meninggalkan solat, beramal dengan segala amalan yang di ketahui selagi mana amalan tersebut tidak menyalahi kata-kata dan perbuatan serta tidak menyalahi landasan islam

Ketiga: Berilmu.

Seorang pemimpin mestilah mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang ma’aruf dan yang mungkar serta mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan pimpinan

Page 8: Ctu 263.KRITERIA MAJIKAN YANG BAIK

Keempat: Mempunyai kuasa dan kemampuan

Bermaksud boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan atau masalah yang berlaku samada melalui tenaga, perkataan,tulisan atau fikiran dalam segala aspek.

Kelima: Beradab mengikut akhlak Islam

Seseorang pemimpin mestilah mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak islam kepada diri dan orang di bawah pimpinanya. Selain itu, di dalam dirinya mestilah mengandungi sifat ikhlas, jujur, tidak angkuh, ria dan sebagainya malah seorang pimpinan haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji dan jauh dari sifat-sifat yang terkeji.

Keenam: Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badanFirman Allah swt.

�Dه لوسلو�Dل سر سو �D�Dلل لوحلو ا سص سذا سن إ ج �Dإ سر سح سن سم ا لويفن�Dفلوقلو سن �Dجلودو سال سي سن �Dذي سعسل ى ال سال سو سض ى سم ر سعسل ى ا ل سال سو �Dء سعسفءآ ض سعسل ى ال سس ل ي

Maksudnya, "tiada dosa(lantaran tidak pergi berjihad)atas orang2 yang lemah, sakit dan orang2 yang tidak memperolehi apa yang akan mereka nafkahka, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasulnya"(surah al-Maidah ayat 91.)

Page 9: Ctu 263.KRITERIA MAJIKAN YANG BAIK

Sesungguhnya, dalam Islam, pemimpin ideal yang menjadi contoh dan tauladan yang baik, bahkan menjadi rahmat bagi manusia (rahmatan linnas) dan rahmat bagi alam (rahmatan lil’alamin) adalah Nabi Muhammad Rasulullah Saw., sebagaimana dalam firman-Nya :

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS.al-Ahzab [33]: 21).

dalam Islam seorang pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memiliki sekurang-kurangnya 4 (empat) sifat dalam menjalankan kepemimpinannya, yakni : Siddiq, Tabligh, Amanah dan Fathanah (STAF):

(1) Siddiq (jujur) sehingga ia dapat dipercaya;

(2) Tabligh (penyampai) atau kemampuan berkomunikasi dan bernegosiasi;

(3) Amanah (bertanggung jawab) dalam menjalankan tugasnya;

(4) Fathanah (cerdas) dalam membuat perencanaan, visi, misi, strategi dan mengimplementasikannya.

Page 10: Ctu 263.KRITERIA MAJIKAN YANG BAIK

berusaha mewujudkan suasana dan budaya kerja yang baik seperti yang disarankan oleh Al-Quran dan Sunnah. Contohnya

Mujahadah

Muraqabah

Muhasabah

Jamaah

UkhwahTa’awun.

BUDAYA KERJA YANG BAIK

Page 11: Ctu 263.KRITERIA MAJIKAN YANG BAIK

KESIMPULANIslam sangat mengutamakan konsep bekerja dengan selamat dan sihat malah semestinya tidak bertentangan dengan syara’. 

Al-Quran

Sunnah Rasulullah s.a.w.

Ijmak ulama

Qias

.Undang-undang Islam bermatlamat untuk mewujudkan keharmonian dan keselesaan kehidupan, manakala dalam konteks pekerjaan

Page 12: Ctu 263.KRITERIA MAJIKAN YANG BAIK

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pemimpin yang paling baik ialah mereka yang datang menemui para Ulama` dan Ulama` yang paling jahat ialah mereka yang datang menemui para Pemimpin (ulama`pengampu pimpinan)." (maksud hadis)

Sekian, terima kasih

NIK MARIAM BT NIK MAT