Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

93
SEJARAH SEJARAH KESENIAN ISLAM KESENIAN ISLAM Tajuk : Tajuk : Seni Khat Islam Seni Khat Islam

Transcript of Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

Page 1: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

SEJARAHSEJARAH

KESENIAN ISLAMKESENIAN ISLAM

Tajuk :Tajuk :

Seni Khat IslamSeni Khat Islam

Page 2: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 3: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Kaligrafi ialah seni tulisan indah, berasal daripada bahasa Yunani iaitu kalios ( indah ) dan graphia ( coretan atau tulisan ).

• Bahasa Arab mengistilahkannya dengan khat ( tulisan atau garisan ), yang ditujukan pada tulisan yang indah ( al-

kitabah al-jamilah atau al-khat al-jamil ). • Syeikh Syamsudin al-Akfani - Ialah ilmu yang

memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penempatannya dan cara merangkaikannya menjadi tulisan; ataupun apa yang ditulis dalam baris-baris, bagaimana cara menulisnya, dan menentukan mana yang tidak perlu ditulis; mengubah ejaan yang perlu digubah dan bagaiman mengubahnya

• Yaqut al-Musta’simi - kaligrafi adalah sesuatu yang lahir dari dalaman diri seseorang dan dipersembahkan menjadi sesuatu yang dapat dilihat.

Page 4: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Ada beberapa pendapat dalam mengatakan asal-usul khat. Antaranya ialah:

- khat adalah anugerah daripada Allah kepada manusia. Allah telah mengajar ilmu dan cara menulis kepada Adam dan diwarisi turun-temurun hingga kini.

- Ibnu Khaldun - tulisan jenis masnad berasal daripada Yaman, kemudiannya berpindah kepada keluarga al-Munzir di Herat

- Ada juga yang mengatakan khat berasal dari Herat dan akhirnya ke Hijaz.

- Ada yang mengatakan khat berasal daripada Finiqi

yang diambil daripada huruf Mesir purba. - Ada pula yang mengatakan berasal daripada tulisan

Nabat (Aramai).

Page 5: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Kebanyakan ahli sejarah bersetuju dengan pendapat terakhir, iaitu khat berasal dari Nabat. Ia sampai ke Hijaz melalui dua jalan:

- Jalan dekat dari Nabat ke Batra ke Ula, ke Madinah dan Mekah.

- Jalan jauh, iaitu melalui Harran ke lembah Furat ke Daumatul Jandal, ke Madinah, Mekah dan Taif.

Page 6: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

Khat IslamZaman Rasulullah

Page 7: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Islam datang dengan membawa beberapa faktor tentang betapa perlunya penggunaan tulisan yang semakin bertambah luas ruang penggunaannya. Bidang penulisan telah memasuki era baru yang bergemerlapan dengan kedatangan Islam.

• Selepas penghijrahan Nabi ke Madinah, seni khat telah menjadi manifestasi bagi suatu perubahan yang agung yang mengatasi perkembangannya selama tiga abad sebelum itu.

• Dengan turunnya lima ayat pertama kepada Nabi s.a.w yang dimulai dengan firman Allah s.w.t.: Iqra’ ( bacalah ),maka penulisan telah memperoleh kepentingan suci yang sehingga kini masih kukuh terpelihara

• Kemudian turun pula ayat-ayat lain yang sering mengaitkan penulisan dengan sumber ketuhanan dan memerintahkan penggunaannya sehinggalah tulisan mendapat kedudukannya dalam kehidupan umat Islam sebagai salah satu keperluan asas

Page 8: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Nabi memerintahkan para sahabat merakam maklumat-maklumat dengan tulisan dan mewasiatkan mereka memelihara tulisan tersebut.

• Baginda juga menggesa supaya mengajar anak-anak mereka membaca dan menulis.

• Mengarah tawanan Perang Badar supaya mengajar anak-anak Ansar membaca dan menulis sebagai bayaran tebusan diri mereka.

• Baginda sendiri mengendalikan urusan kelab latihan tulis-menulis di Madinah dengan tujuk ajar dari individu-individu dan sahabat-sahabat yang telah mahir dalam kemahiran menulis.

Page 9: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Hasilnya, wujud dikalangan mereka orang yang mahir dalam banyak bahasa seperti Zaid bin Thabit yang mempelajari bahasa Parsi, Rom, Qibti dan Habsyah semasa di Madinah

• Beliau juga menterjemah surat-surat balasan kepada Rasulullah s.a.w yang ditulis dalam bahasa-bahasa tersebut.

• Sesetengah daripada mereka diperintahkan menulis dalam beberapa lapangan dan tajuk-tajuk tertentu seperti menulis perjanjian dan surat-surat yang diutuskan oleh Nabi kepada raja-raja dan lain-lain lagi.

• Terdapat juga dikalangan para sahabat yang mengetahui bahasa Hebrew dan Suryani dan pakar dalam tulisan-tulisannya

Page 10: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Selain itu, Baginda juga menekankan tentang soal sifat bentuk huruf-huruf yang berbagai-bagai itu.

• Memberi perhatian khusus kepada huruf-huruf ini adalah asal-usul khat. Perbezaan bentuk huruf-huruf, misalnya antara sin dan shin yang dirujuk oleh Rasulullah s.a.w dengan segera mengilhamkan para penulis khat berusaha melahirkan nilai-nilai khas kepada huruf-huruf dalam bahasa arab.

• Pada zaman Rasulullah SAW antara penulis khat adalah seperti Ali Bin Abi Talib, Uthman Bin Affan, Umar Al-Khattab, Abu Bakar al-Siddiq, Khalid Bin Said Bin Al-As, Hanzalah Bin Rabi`, Yazid Bin Abi Sufian, Muawiyah Bin Abi Sufian, Ubai Bin Ka`ab, Zaid Bin Tsabit, Ubai Bin Ka`ab dan ramai lagi.

Page 11: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Ubai Bin Ka`ab adalah antara penulis awal semasa zaman nabi SAW di Madinah, sebagai penulis surat-surat Rasulullah, manakala Zaid Bin Tsabit sebagai pengganti ketika ketiadaan beliau. Mereka berdua juga turut menulis wahyu Allah SWT.

• Abdullah bin arqam juga dikatakan sebagai penulis surat kepada Baginda SAW, manakala Ali pula dikatakan penulis perjanjian yang berlaku antara mana-mana pihak dengan Rasulullah SAW.

• Muawiyah pula menjadi penulis selepas pembukaan Mekah, termasuk juga menulis wahyu atas arahan Rasulullah SAW

Page 12: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

Zaman Khulafa’ al-Rasyidin

Page 13: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Kepentingan tulisan semasa pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin semakin bertambah dengan meluasnya penggunaan tulisan dalam urusan-urusan agama, pentadbiran dan muamalat harian.

• Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, al-Quran ditulis di atas berbagai-bagai bahan seperti halnya semasa zaman Rasulullah s.a.w. bahan-bahan ini dikumpul oleh Zaid bin Thabit dan kemudian ditulis di atas lembaran-lembaran yang sejenis.

• Apabila para penghafiz al-Quran semakin berkurangan disebabkan syahid di medan peperangan dan timbulnya kelainan bacaan al-Quran di pelbagai tempat, maka Khalifah Uthman bin Affan mengambil lembaran-lembaran yang dicatat oleh Zaid bin Thabit yang diletakkan dalam simpanan Hafsah binti Umar r.a

Page 14: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Kemudian, beliau menitahkan Zaid bin Thabit, Abdul Rahman bin Amru al-As, Abdullah bin al-Zubair, Ibn al-Abbas dan Abdul Rahman bin al-harith bin Hisham supaya menyalin semula naskhah itu untuk dihantar ke segenap pelosok negara.

• Apabila siap disalin, Uthman r.a sendiri mengambil satu naskhah untuk simpanannya.

• Dalam sesetengah riwayat menyebutkan yang beliau juga turut mengutuskan naskhah-naskhah itu ke Makkah, Yaman dan Bahrain.

• Beliau juga turut mengutuskan bersama-sama naskhah itu seorang qari sebagai guru.

• Kesemua naskhah ini disalin di atas lembaran kulit dengan dakwat hitam. Naskhah-naskhah itu tidak mempunyai titik, baris dan hiasan bungaan. Ia juga tidak mempunyai nama-nama surah dan tanda-tanda yang membezakan di antara ayat-ayat dalam setiap juzuk dan sebagainya

Page 15: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Pada masa kekuasaan Khalifah Uthman bin Affan, penulisan mushaf masih kaku kerana tidak mempunyai tanda baca.

• Untuk menghindarkan dari salah dalam membaca, ahli bahasa iaitu Abu al-Aswad bin Sufyan ad-Duali ( w. 69H/688M ) memasukkan tanda baca dan juga titik diatas perintah khalifah Ali bin Abi Talib

• Tugas yang dilakukan oleh Abu Aswad tadi juga merupakan permulaan kepada asas ilmu nahu Arab apabila kesilapan bahasa dalam pertuturan semakin bertambah dan lari dari bahasa yang betul ditambah pula dengan kesilapan dalam pembacaan al-Quran al-Karim

• Usaha yang dilakukan oleh Abu al-Aswad amat penting. Beliau membariskan dengan teliti kalimah-kalimah al-Quran dari awal hingga akhir dengan menggunakan kaedah yang diasaskannya sendiri

Page 16: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Kaedahnya ialah dengan meletakkan titik di atas huruf untuk menunjukkan baris atas, titik di bawah sebagai menunjukkan baris bawah, titik di depan huruf sebagai baris hadapan dan dua titik untuk menunjukkan baris dua.

• Ini merupakan suatu peristiwa penting dalam sejarah al-Quran, tatabahasa dan penulisan Arab.

• Titik ( dengan erti baris ) bertujuan untuk menghilangkan kesamaran dalam tulisan merupakan satu inisiatif untuk memelihara agar tidak terpesong ketika membaca ayat-ayat al-Quran

• Titik yang diletakkan oleh Abu al-Aswad bagi menunjukkan baris adalah berbentuk bulat.

Page 17: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Oleh kerana ia sebagai tambahan ke atas matan yang tertulis dengan dakwat hitam, maka titik-titik itu ditulis dengan dakwat merah untuk membezakannya darpada matan-matan.

• Disebabkan bimbang jika simbol-simbol yang diletakkan menyebabkan percampuran, maka simbol-simbol ini diletakkan dalam bentuk garisan-garisan nipis yang condong dari kanan ke kiri atau dalam baris yang sama, yang lebih luas penggunaannya.

• Kemudian ia ditulis dengan dakwat hitam kerana ia dianggap sebagai binaan asal bagi huruf.

Page 18: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 19: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Pada zaman Umawi, pelbagai jenis penulisan Khat telah muncul, antara yang muncul adalah Khat Shami, muncul dari Bandar Syam, dan juga Damsyik yang menjadi pusat pemerintahan kerajaan Umawi.

• Selain daripada yang telah diwarisi dari zaman sebelumnya seperti Kufi, Madani dan sebagainya.dikatakan pada zaman Umawi, seorang individu yang jarang disebut namanya merupakan pelopor kepada khat Arab iaitu Qutbah.

• Beliau adalah penghubung kepada penulis khat selepas daripadanya. Qutbah dikatakan menggunakan 4 kaedah penulisan iaitu Jalil, Thumar, Sulul, dan Nisf. Akan tetapi, kaedah penulisan oleh Qutbah tidak sampai ke hari ini, yang ada hanyalah penulisan Thumar yang digunakan pemerintah, seperti yang digunakan oleh Muawiyah.

Page 20: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Selain daripada Qutbah, penulis selepas beliau antara lainnya adalah Malik Bin Dinar yang meninggal pada 130 H menggunakan batu bata sebagai pena untuk menulis Mashaf.

• Antara lainnya, Khalid Bin Abi Haiyaj menulis ayat Quran, Syair dan lain-lain menggunakan warna emas. Pada zaman ini, perkembangan penulisan khat berlaku ke serata tempat.

• Ketika zaman kekhalifahan Bani Umayyah (661-750) mulai timbul ketidakpuasan hati terhadap khat kufi yang dianggap terlalu kaku dan sulit. Daripada ini banyak perubahan yang dilakukan terhadap penulisan khat dengan gayanya yang tersendiri. Antaranya yang popular ialah, Tumar, Jali, Nisf, Sulus, dan Sulusan.

Page 21: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Pada zaman ini, penulisan diatas Ar-Rukkun dan juga kulit diteruskan, kemajuan dan perkembangan semasa telah menambahkan lagi bahan-bahan untuk menjadi tempat tulisan. Pada zaman ini, antara penambahannya adalah ;

- Penulisan dilakukan di atas kertas, disebut Qaratis dalam Bahasa Arab. Bahan kertas ini diperbuat dari Bardi iaitu sejenis tumbuhan yang terdapat di Mesir. Perkembangannya sehinggalah ke Rum, Baghdad dan Mesir.

- Selain itu, pada era Umawi penggunaan Qimash Al-Harir telah mula digunakan juga, iaitu Kain Sutera turut menjadi bahan untuk menulis. Antaranya adalah Umar bin Abi Rabia`h pernah menggunakannya untuk menulis surat.

Page 22: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 23: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Pada masa ini juga dikembangkan lagi gaya-gaya baru dan pengubahsuaian bentuk-bentuk lama yang menghasilkan khat-khat Khafif Sulus, Khafif Sulusain, Riyasi dan al-Aqlam as-Sittah ( Sulus, Nasakh, Muhaqqaq, Raihani, Riqah dan Tauqi’ ).

• Tokoh terkemuka pada zaman ini ialah al-Ahwal, Ibnu Muqlah, Ibnu Bawwab dan Yaqut al-Musta’simi.

• Melalui penciptaan Ibnu Muqlah, khat-khat direka dengan bentuk yang geometris.

• Ciptaan Ibnu Muqlah ini dinamakan al-Khat al-Mansub yang diukur mengikut nipis tebal, panjang pendek serta lengkung goresan secara pasti sehingga menghasilkan bentuk anatomi yang seimbang

Page 24: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Khat al-Mansub dicipta dengan ukuran dan sudutnya yang tepat serta kaedah untuk meletakkan titik dan juga barisnya.

• Kaedah tersebut dibuat sehingga memberikan khat satu corak keindahan yang tersusun yang bergantung pada jalinan titik, bentuk bulat dan penulisan

• Dia menjadikan huruf alif yang dahulunya ukuran panjangnya ditetapkan melalui bilangan beberapa titik untuk satu bulatan dan semua huruf diukur mengikut titik-titik tersebut

• Kemudian, ia dikembangkan lagi oleh Ibn Bawwab menjadikannya lebih eksklusif dan menarik. Seterusnya, Yaqut al-Musta’simi mengemaskinikan lagi khat Ibnu Muqlah dan Ibnu Bawwah dengan bentuk tersendiri.

Page 25: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Yaqut mendapati bahawa kaedah penulisan khat al-Mansub yang dibuat oleh kedua-duanya mempunyai kekukuhan serta kesinambungan antara ukuran, sudut dan keindahan bentuk

• Tetapi ia memerlukan cara yang lebih unik dalam membuatnya, iaitu dengan menambah keindahan bentuknya, huruf dan kesinambungan pada semua unsurnya.

• Dia telah menumpukan sepenuh usahanya dalam aliran ini dan berjaya mencipta pen yang belum pernah dibuat sebelum itu. Dia telah menjadikan mata pennya lebih nipis dan menambahkan kecondongannya yang membentuk satu keindahan yang tinggi dalam mengemaskinikan enam bentuk pen khat al-Mansub.

• Penciptaaan ini telah membuahkan hasil dengan cepat dan ia tersebar ke pelbagai pusat kebudayaan yang sering bersaing di Baghdad.

Page 26: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

Antara ahli khat zaman Abbasi ialah ;

- Ibrahim al-Syujairi yang menghasilkan khat jenis al-Jalil, al-Thuluthain dan al-Thuluth.

- Yusuf al-Syujairi menghasilkan khat al-Riyasi.- Al-Hasan al-Naqulah mahir dalam khat nasakh- Muhammad bin Muqalan mahir dalam khat al-Duri- Muhammad al-Samsari & Muhammad bin Asad

telah memperbaiki khat nasakh dan Tauqia’ah.- Abu Hasan Ali bin Hilal ( Ibnu Bawwab )

memperlengkapkan lagi kaedah penulisan khat.- Syeikh Jamaluddin Yaqut al-Mustakami, ahli khat

yang handal di Baghdad

Page 27: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 28: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Perkembangan khat al-nasakh di Syam serta perkembangan khat thuluth dan khat thuluthain di Mesir telah membentuk satu contoh yang dijadikan panduan oleh penulis khat Turki.

• Jemputan sultan Uthmaniyyah terhadap beberapa orang penulis khat dari Iraq, Syam dan Mesir bersama-sama para seniman dan pereka ke Istanbul telah memberi peranan yang besar dalam mengembangkan khat dalam kerajaan Uthmaniyyah.

Page 29: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Orang Turki menggunakan khat al-ta’liq al-farisi ketika menulis bahasa mereka yang boleh berubah ke huruf Arab. Di samping itu, mereka juga menggunakan khat al-mansub yang digunakan dalam pelbagai bentuk penggunaan.

• Satu lagi jenis tulisan yang berpengaruh di dunia Islam ialah jenis Diwani yang dikembangkan oleh penulis-penulis kesultanan Uthmaniyyah pada akhir abad ke-15.

Page 30: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Jenis khat Diwani digunakan terutama untuk dokumen rasmi, pengisytiharan dan cop mohor rasmi yang dicipta untuk setiap sultan Uthmaniyyah.

• Jenis khatDiwani tidak pernah terkenal sebagai tulisan al-Quran atau ukiran.

Page 31: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

Tokoh terkenal Seni Khat Zaman Uthmaniyyah

• Abdullah al-Sirafi al-Baghdadi. Muncul pada abad ke-9.

• Syeikh Hamdullah al-Amasi.

• Ahmad al-Qurrah Husari

• al-Hafiz Uthman ibn Ali muncul pada akhir abad ke-11 H.

Page 32: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 33: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Datang daripada pengaruh seni khat dari Parsi.

• Galakan daripada pemerintah Mughal pada ketika, maka melahirkan ramai tokoh seni khat yang masyhur.

• Maharaja Akhbar;- terdapat ramai ahli khat yang tersohor. Antaranya ialah Muhammad Husain Kashmiri yang juga dikenali dengan Zarin Qalam ( Golden Pen ). Beliau menyalin semula khat-khat Parsi dan mengemaskinikannya kembali dalam bentuk yang baru.

Page 34: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Maharaja Akhbar;- Menjalankan projek mega dalam pemerintahannya iaitu khususnya dalam bidang kaligrafi Islam. Dalam projek mega tersebut, baginda memperkenalkan projek Hamzane iaitu salah satu projek yang mengaplikasikan ilustrasi-ilustrasi Mughal dengan kaligrafi-kaligrafi Islam.

• Maharaja Jahangir;- baginda memperkenalkan satu folio yang mana di dalamnya terkumpul kaligrafi-kaligrafi Islam dalam pelbagai bentuk dan jenis. Baginda amat menitikberatkan bentuk-bentuk khat nasta’liq dan folio-folio tersebut disediakan oleh pakar-pakar kaligrafi Islam.

Page 35: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

Tokoh Tersohor Zaman Mughal

• Muhammad Husain Kashmiri

• Mir Dauri Katib

• Abd al-Haqq Shirazi (Pereka Khat pada makam Maharaja Akhbar & Taj Mahal.

Page 36: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 37: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Persekitaran semasa dan tradisi silam telah mempengaruhi kesenian khat di Mesir.

• Al-Qalaqshandi terkenal sebagai orang yang banyak memberikan sumbangan khat di Mesir. Beliau sentiasa berpegang kepada tradisi silam yang terpelihara dalam Diwan Insha’.

• Khat yang paling lama muncul di Mesir ialah khat tawqi dan raqa’ah.

• Antara tokoh seni khat zaman Fatimiyyah yang terkenal ialah Al-Qalaqshandi dan al-Athari.

KERAJAAN FATIMIYYAH

Page 38: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

Jenis-Jenis Khat Zaman Fatimiyyah

• Tumar• Mukhtasar tumar,• Thuluth • Khafi al-thuluth, • Tawqi • Raqa’ah• Muhaqqaq • Raihan• Ghubar • Manthur • Hawashi

Page 39: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 40: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Di Sepanyol terikat dengan kaedah yang digunakan di Madinah. Untuk baris hamzah wasal yang datang di awal perkataan, titik hijau atau lazaward digunakan

• Antara uslub yang paling ketara kelainannya ialah penggunaan khat Maghribi yang tersebar di Afrika Utara, Tengah, Barat dan juga di Sepanyol.

• Khat ini mengandungi peringatan tentang tahun-tahun awal pembukaan Islam dan seterusnya peringatan hari pertama penukilan di dalam penulisan Arab dalam beberapa masalah seperti turutan huruf-huruf abjadiah dan titik-titik di atas sesetengah huruf serta barisnya sekali

• Apa yang jelasnya uslub ini muncul buat pertama kalinya di Bandar Qairawan yang diasaskan pada tahun 50H dan dalam jarak masa yang singkat ia bertukar menjadi pusat ilmu, pemikiran dan kesenian.

Page 41: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Selain mempunyai corak baru yang dikenali sebagai khat Qairawan nisbah kepada tempat mula berkembangnya khat ini, banyak uslub-uslub lain yang turut muncul seperti khat Mahdiyah dan khat Andalus atau Cordova

• Khat Sepanyol telah berjaya mengambil alih tempat khat Qairawan dan Mahdiyah di Utara Afrika sehinggalah penghujung zaman pemerintahan golongan Muwahhidun

• Setelah itu muncul khat Farsi dan diiikuti khat Sudani bermula dari abad ke-7 Hijrah. Pada hari ini di Afrika terdapat berbagai-bagai bentuk uslub yang berlainan iaitu bentuk khat Tunisia, Algeria ( al-Jazair ), Maghribi dan Sudan

Page 42: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 43: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Seni khat telah sampai ke Alam melayu serentak dengan kedatangan Islam di rantau ini.

• Sumbangan yang besar kepada Alam Melayu kerana sebelum ini mereka bukan sahaja buta huruf tetapi juga tidak mempunyai tulisan.

• Tulisan yang diperkenalkan oleh Islam di rantau ini dikenali sebagai tulisan jawi.

Page 44: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Pada zaman keagongan kerajaan Melayu Islam di seluruh Alam Melayu, seni khat diabadikan di atas duit syiling.

• Selain itu cokmar, cop mohor, pingat dan bintang kebesaran kerajaan negeri di Malaysia juga diukir dengan ayat al-Quran.Juga diabadikan di atas temuan songket untuk memperolehi perlindungan daripada Allah. .

• Pameran seni khat diadakan di Pusat Islam, jabatan Perdana Menteri dan lain-lain. Ini adalah tanda kebangkitan kembali penghayatan dan penghargaan terhadap seni khat dan ukiran Islam.

Page 45: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

Tokoh-Tokoh Seni Khat Di Nusantara

• Tokoh Khat Malaysia yang terkenal ialah, Syed Abdul Rahman al-Attas

• Wan Ahmad bin Muhammad Zain (1856 - 1908) atau lebih dikenali sebagai Syeikh Wan Ahmad Patani .

Page 46: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

• Khat yang tertua sampai ke Malaysia ialah Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 1303 Masihi.

• di seluruh Alam Melayu dan Samudra, Pasai, Aceh, Jawa, Perlis, Kedah, Perak, Johor dan lain-lain banyak terdapat batu-batu nesan yang mengandungi khat yang diukir dengan ayat al-quran terutama makam sultan dan mubaligh Islam.

• Di Malaysia seni khat dimajukan daam pelbagai bidang, misalnya diukir di atas kayu keras

Page 47: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 48: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

ZamanAwal Islam

Zaman

Awal Islam

Page 49: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 50: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 51: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 52: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 53: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 54: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 55: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 56: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 57: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 58: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 59: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 60: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 61: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 62: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 63: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 64: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 65: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 66: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 67: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 68: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 69: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 70: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 71: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 72: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 73: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 74: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 75: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 76: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 77: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 78: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 79: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 80: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 81: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 82: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 83: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 84: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 85: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 86: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 87: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 88: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 89: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 90: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 91: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 92: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Page 93: Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

SEKIANTERIMA KASIH