Ctu dasar2

20

Transcript of Ctu dasar2

Page 1: Ctu dasar2
Page 2: Ctu dasar2

Latar belakangDasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan

melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957.

Sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan

Page 3: Ctu dasar2

RASIONAL

Untuk mengekalkan tumpuan taat setiarakyat pendatang dan keturunan merekakepada negara asal mereka dan menekansemangat pembangunan rakyat tempatan.

Hanya sesuai dipraktikkan ketika itu (zaman jajahan )

Page 4: Ctu dasar2

OBJEKTIF

untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akandapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkanperkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politik.

Untuk menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilangkaum dan menyediakan tenaga kerja.

Untuk memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalamjangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakatyang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.

Untuk melahirkan insan yang berilmu danberakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapaikesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepadakeharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Page 5: Ctu dasar2

STRATEGI PERLAKSANAAN

Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasapengantar yang utama.

Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang danmutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil danmemberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurangbernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman

Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan

pendidikan di peringkat universiti terutama dalambidang sastera gunaan dan sains gunaan

Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dandisiplin

Page 6: Ctu dasar2

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM

PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Zaman Pramerdeka (sebelum 1957) Zaman Pasca Merdeka (1957-1970) Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-

2000) Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-

hingga sekarang)

Page 7: Ctu dasar2

Zaman pramerdeka (sebelum 1957)

Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepadaempat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, SekolahMelayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil.

menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan beberapa laporan.

Page 8: Ctu dasar2

Laporan Barnes (1950)

(menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu ) satu percubaan menuju ke arah perpaduan negara apabila mengusulkan

agar matlamat pendidikan hendaklah membentuk satu rupa bangsa yangberasaskan berbagai kaum.

Antara cadangan dalam Laporan Barnes ialah :

i. Pendidikan percuma untuk semua kanak-kanak di sekolah kebangsaan.ii. Sekolah Cina dan Tamil dihapuskan pada peringkat sekolah rendah.

Sebagai ganti hanya satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan.iii. Sekolah kebangsaan menggunakan satu bahasa sahaja sebagai bahasa

pengantar iaitu bahasa Melayu atau Inggeris.iv. Sekolah kebangsaan ditadbir dan dibiayai bersama oleh Penguasa

Pelajaran Tempatan.v. Untuk sekolah menengah, hanya satu bahasa pengantar Inggeris sahaja

yang akan wujud.

Page 9: Ctu dasar2

Laporan Fenn-Wu (1951) ( menyemak pendidikan kaum Cina )

diperkenalkan ekoran ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat Cina.

Antara cadangan Laporan Fenn-Wu ialah:i. Dasar pendidikan di Tanah Melayu hendaklah bermatlamat ke arah

pembentukan kewarganegaraan Malaya.ii. Pemaksaan terhadap rakyat berbilang kaum untuk mempelajari satu

atau dua bahasa akan menjejaskan perpaduan kaum.iii. Orang Cina sedar dan akan bersedia mempelajari bahasa Melayu dan

Inggeris di samping bahasa mereka, maka hendaklah memberigalakan.

iv. Kelemahan sistem pendidikan Cina ialah kurangnya guru terlatih dantidak mempunyai kelengkapan yang sesuai.

v. Pihak Inggeris perlulah memberi dan menambahkan bantuankewangan kepada pentadbiran sekolah Cina.

Page 10: Ctu dasar2

Ordinan Pelajaran (1952)

( mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan )

Penubuhan dua jenis aliran persekolahan, iaitu bahasa Melayu danInggeris.

Bahasa Cina dan tamil akan diajar sebagai bahasa ketiga jika terdapatpermintaan daripada ibu bapa dengan syarat terdapat 15 orang dalamsebuah bilik darjah.

Sekolah Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem pelajarankebangsaan.

Objektif : Penggunaan dua bahasa secara beransur-ansur di sekolah vernakular

melayu dan penggunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil, supaya sekolah itu akan secara beransur-ansur dapat diserapkan ke dalam sistem sekolah kebangsaan.

2. Menghadkan kadar kemasukan murid ke sekolah kebangsaan Inggeris seperti sediakala.

3. Penubuhan pendidikan menengah vokasional.

Page 11: Ctu dasar2

Laporan Razak (1956)

Antara kandungan yang termaktub dalam Laporan Razak ialah:i. Persamaan sukatan pelajaran bagi semua sekolah di Tanah

Melayu.ii. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa kebangsaan dan menjadi

bahasa pengantar utama di sekolah.iii. Bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi

semua sekolah rendah dan menengah.iv. Penubuhan satu jenis sekolah menegah kebangsaan yang

terbuka kepada semua bangsa dan menggunakan satu sukatan pelajaran yang sama.

v. Sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar.

vi. Penubuhan Penguasa Pelajaran Tempatan bagi mengelolakan sekolah di Tanah Melayu.

vii. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidamatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.

Page 12: Ctu dasar2

Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)

Jawatankuasa Rahman Talib

Antara kandungan utama laporan ini ialah:i. Pelajaran rendah percuma untuk semua kanak-kanak.ii. Semua sekolah rendah bantuan kerajaan akan berubah

menjadi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.iii. Umur berhenti sekolah dinaikkan kepada 15 tahun.iv. Murid akan dinaikkan darjah secara automatik.v. Semua peperiksaan am di sekolah menengah akan

menggunakan satu bahasa rasmi sahaja.vi. Pelajaran agama Islam hendaklah disediakan di semua sekolah

bantuan penuh yang mempunyai murid Islam tidak kurangdaripada 15 orang. penubuhan sekolah pertukangan dansekolah menengah teknik.

Page 13: Ctu dasar2

Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi.

Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979).

Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988.

Page 14: Ctu dasar2

Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)

Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan.

Antara perubahan yang berlaku;i. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya

peringkat tertiari.ii. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk

penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999.iii. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil

kepada diploma.iv. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris

kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)v. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional

kepada Sekolah Menengah Teknik.

Page 15: Ctu dasar2

Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)

Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat.

Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama.

Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004.

KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.

Page 16: Ctu dasar2

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada

(a) Pendidikan Prasekolah - Program pendidikan bagi murid yang berumurdari empat hingga enam tahun.

(b) Pendidikan Rendah - Kursus pengajian pada peringkat rendah yangdirencanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalamtempoh antara lima hinggah tujuh tahun.Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaanatau Sekolah Jenis Kebangsaan.

(c) Pendidikan Menengah - Pendidikan yang terdiri daripada pendidikanMenengah Rendah dan Menengah Atas. Pendidikan Menengah yang diadakanterdiri daripada

o Sekolah Akademiko Sekolah Teknik dan Vokasionalo Sekolah Kebangsaan Agama

(d) Pendidikan Lepas Menengah - Pendidikan yang disediakan untukseseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah danmenengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi. Persekolahan di bawahKategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagiSekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit SekolahBerasrama Penuh Bahagian Sekolah. Institusi pendidikan lain di peringkatpersekolahan yang ditubuhkan adalah :-

o sekolah pendidikan khas yang dipetanggungjawabkan Jabatan PendidikanKhas.

o Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

Page 17: Ctu dasar2

Falsafah Pendidikan Negara

Suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkanlagi potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbangdan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi danjasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhankepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yangberilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberisumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuranmasyarakat dan negara.

Page 18: Ctu dasar2

BAGAIMANA PENDIDIKAN BOLEH MEMBENTUK PERPADUAN

1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa

pengantar utama.3) Kurikulum yang sama4) Sukatan pelajaran yang seragam5) Peperiksaan yang seragam

Page 19: Ctu dasar2

KESIMPULAN

Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secocok dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya.

Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif.

Page 20: Ctu dasar2